Friday, 29 June 2012

PAPAKU BADUT


Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun seorang gadis remaja yang berusia 16tahun masih lagi termenung seorang diri di tingkap kayu rumahnya yang usang itu. Angin pagi, sungguh kedinginan, dibiarkan menyapa seluruh tubuhnya begitu sahaja. Hatinya cukup resah bila papa tercinta masih tidak pulang. Gadis itu diberi nama Nurul Alyana binti Zaynal, lebih selesa dipanggil Yana membesar tanpa seorang ibu di sisi. Kehidupan yang dilaluinya setiap hari hanya berdua, bersama-sama seorang lelaki bernama papa. Sedang dia asyik dibuai lamunan tiba-tiba terdengar pintu utama terkuak dengan perlahan . Sebaik sahaja kelibat papanya kelihatan Alyana pantas meluru  lalu mendakapi tubuh papanya yang semakin susut.
“Papa..” Seru Alyana dengan sebak.
“Yana, kenapa tak tidur lagi ni nak?” Tanya Encik Zaynal dengan nada suara keletihan.
“Tak boleh nak tidurlah papa.  Teringatkan papa.”jawab Alyana tersenyum manis menampakkan  kedua lesung pipit dipipinya.
“ Eh, ini macam kesan solekan. Papa jadi badut ke?” soal Alyana cuba mengesan sesuatu dari papanya.
“Eh, mana ada sayang.”  Encik Zaynal kelihatan gugup untuk menjelaskan keadaan hal sebenarnya.
“Papa…  Yana tak suka kalau papa jadi badut. Biar pun kita perlu mengemis di jalanan sekalipun. Asalkan kita jangan jadi badut untuk menghiburkan orang ramai sedang kita sendiri terluka, pa. Yana tak suka. Yana bencikannya.” Luah ALyana dengan air mata yang sudah mengalir keluar.
“Syhhh..Ya,Yana. Papa ingat pesan Yana tu. Papa tak akan jadi badut. Kerja itukan memalukan. Betul tak sayang.”  Pujuk Encik Zaynal lantas memeluk bahu anak tunggalnya itu erat sambil mengelus lembut rambut gadis itu.
“Maafkan papa sayang .” ucap Encik Zaynal dalam hatinya.
“Habis solekan apa tu, dekat pipi papa.” duga Alyana lagi.
“Oh.. ini..ini.”  Encik Zaynal cuba mencari idea. “Hah, kesan dakwat ni. Kan Yana tahu setiap malam papa akan pergi mencatit batik kat Kilang Kain Pak Desa.” Jelas Encik Zaynal sambil melepas nafas lega kerana berhasil menipu anaknya.
~~~~~~~~~~~
“Yana ,papa kau kerja sebagai badut eh.” Tanya Suzie musuh utama Alyana tiba-tiba pada masa yang sama dia cuba menyindir Alyana.
“Hey!! jaga sikit mulut kau tuh Suzie, jangan sesedap mulut kau je, nak tuduh papa aku macam tu. Semiskin mana pun kami, papa aku tak akan jadi badut tahu.” Bidas Alyana tegas.
“Yelah Suzie, tak baik awak tuduh papa Yana macam tuh.” Campuk Aidid tiba-tiba untuk membela kekasih hatinya.
Betul Aid, Suzie tak pernah cakap tipu. Semalam suzie nampak.” Adu Suzie lagi.
“Sudahlah kau Suzie.” Tempelak Alyana lagi.
Belum sempat Suzie membalas balik kelihatan Cikgu Ria sudah menerpa masuk ke bilik darjah itu. Cikgu Ria merupakan guru kelas Tingkatan Empat Cempaka. Dia mengajar bagi mata pelajaran Perdagangan dan Bahasa Malaysia. Dia seorang guru yang ceria, tidak hairanlah semua pelajar menyenangi dirinya itu.
“Wa’laikumussalam, sila duduk semua!” arah Cikgu Ria bila kesemua anak muridnya selesai memberi salam .
“Hmm.. Alyana sila jumpa saya lepas kelas nanti, ya.” Pesan Cikgu Ria sebelum memulakan pembelajaran.
Selepas waktu sekolah Alyana pergi berjumpa dengan Cikgu Ria. Dalam hatinya berdebar sejuta rasa. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum memberi salam.
“Wa’laikumussalam. Sila duduk Yana.” pelawa Cikgu Ria sambil tersenyum manis. Cikgu Ria merenung anak muridnya yang seorang itu sebelum berkata sesuatu padanya.
“Cikgu nak tanya kamu sejujurnya. Kenapa kamu tulis karangan kamu pasal papa kamu, bukannya mama kamu. Ke kamu tak faham soalan. Kamu tahu tak. Sebabkan hal itu markah untuk karangan kamu sangat rendah.”
Sebenarnya cikgu. Saya faham soalan itu. tapi saya tak dapat nak buat pasal seorang ibu, mama ataupun mak. Sebab saya tak punyai semua itu. Yang saya ada hanya seorang papa juga merupakan seorang mama pada saya. Jadi bila terbaca soalan itu. yang terlintas difikiran saya, hanya seorang papa yang cukup menyayangi saya.” Jawab Alyana dengan wajah ditundukkan sedikit, menahan sebak.
Terkedu Cikgu Ria bila mendengar luahan perasaan yang selama ini dipendam kemas oleh anak muridnya itu.
“Patutlah dia nampak murung je bila tiba Hari Ibu.” duga Cikgu Ria dalam hatinya. “ Cikgu bangga sekali dengan awak Yana, sebab sangat menyayangi papa awak.  Yana ingat tak kira apa terjadi sekali pun, terus sayangi papa awak ya.” Cikgu Ria memberi amanat terakhir sebelum sesi kaunseling berakhir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Nah kad jemputan untuk party hari jadi aku. Kau jangan tak datang pulak ya Yana. Aku ada surprise untuk kau.”  Tukas Suzie kasar lantas melemparkan sekeping kad jemputan tepat terkena muka Alyana.
Malam itu seperti yang dijanjikan Aidid datang menjemput Alyana dengan pemandunya. Party yang diadakan di rumah Suzie agak mewah maklumlah keluarganya agak kaya berbanding dirinya. Terselit di sudut kamar hatinya rasa segan dan pilu bila melihat kesemua tetamu yang hadir mengenakan pakaian yang fesyen sekarang. Namun ditebalkan muka untuk hadiri majlis itu bagi menghargai jemputan rakan sekelasnya itu
“Eh, Cikgu Ria pun datang sama.” Sapa Alyana sebaik sahaja melihat cikgu kesayangan masuk ke ruang majlis itu bersama suami dan anaknya tersayang.
“Aah..” jawab Cikgu Ria sambil menurunkan anaknya ke bawah.
 “Yana aku ada hadiah untuk kau.” Suzie mencelah tiba-tiba sambil menunjuk seseorang pada Alyana.
Alangkah terkejutnya Alyana. Dia tersentak bila melihat ke arah seorang badut yang sedang membuat persembahan di taman untuk menghiburkan beberapa oranmg kanak yang sedang bersorak gembira. Alyana cuba mengamati dengan teliti wajah yang bersalut solekan merah putih itu. Dia dapat mengecam wajah itu
“Papa.”  hanya perkataan itu yang terpancul dibibirnya..
“Kan. Kan. aku dah bagitahu kau. Tak nak mengaku yang kau tu anak si badut. Tengok kawan-kawan si Yana ni sebenarnya anak badut dekat sana.” jerit Suzie sedikit kuat sambil tersenyum sinis.
“Betul ke itu papa awak Yana?”
“Pedih hati Alyana bila Aidid turut menyoal perkara yang sama. Dia memandang setiap wajah rakan sekelas yang sedang berbisik mengejeknya. Tanpa membuang masa Alyana berlari meninggalkan rumah mewah itu, dalam masa itu dia terlanggar  dengan Cikgu Ria yang sedang menyuap anaknya makan.
“Kenapa ni Yana”” soal  Cikgu Ria penuh kehairanan.
Alyana tidak menjawab, air matanya mengalir keluar laju lantas dia berlari meninggalkan cikgu Ria dengan seribu persoalan. Dia amat malu ketika itu.

Seminggu kejadian itu berlalu. Alyana lebih suka diam dari bercakap dengan papanya.
“Yana, mari makan sayang. Papa masak nasi goreng kesukaan kamu ni. Nasi Goreng Pataya. Sedap rasanya sayang.”  Encik Zaynal bersuara tiba-tiba dari arah dapur.
Alyana masih membisu. Dia membuang pandangannya ke luar rumah, melihat kanak-kanak yang sedang bermain bola sambil bersuka ria.
“Yana, sayang..” sapa Encik Zaynal lagi seraya menyentuh lembut bahu anaknya itu bila panggilnya tidak disahut.
 Alyana masih diam, dia menepis tangan Encik Zaynal dari terus dipegang oleh papanya dengan kasar.
“Kenapa ni sayang. Papa buat salah ke?” Soal Encik Zaynal betul-betul keliru dengan perubahan anaknya secara mendadak.
“Papa tanyalah diri papa sendiri. Kenapa papa tipu anak papa.”  herdik Alyana tanpa menghirau perasaan orang disebelahnya itu.
Encik Zaynal tersentak dan terkilan dengan tindakan anak kesayangannya itu. Alyana dapat melihat wajah kekecewaan Encik Zaynal dengan jelas, namun perasaan geram dan marahnya pada papanya itu membuat dia betul-betul begang. Dengan rengusan yang kasar dia bangkit dan terus keluar rumah meninggalkan Encik Zaynal dalam kepiluan. Alyana berlari dengan selaju yang mungkin, meninggalkan perasaan kecewanya terhadap papanya sendiri. Sanggup menipu dirinya. Sedang dia berlari ada sebuah kereta muncul di simpang jalan tiba-tiba . Alyana terkejut sekaligus berhenti berlari. Dia kaku sendiri. Apa yang mampu dia lakukan hanya menyebut.
Papa!!!!!!!!!!!
“Adik, adik okey ke? Nasib baik makcik sempat brek, kalau tak entah apa yang akan berlaku nanti.” Tanya seorang wanita agak cemas sebaik sahaja keluar dari perut kereta.
“Saya okey mak cik. Maafkan saya.” ujar Alyana sambil mengosok lembut pergelangan tangannya.
Puan Soraya cuba membantu Alyana supaya dapat berdiri dengan elok. Ketika itu,dia terpandang sesuatu yang mengingatkan dia pada kisah sepuluh tahun yang lalu.
“Selagi abang tak berhenti dari jadi badut Aya akan tinggalkan abang. Kan abang pernah berjanji dengan mak Aya, yang abang tak akan jadi badut lagi setelah kita kahwin. Tapi kenapa abang buat lagi kerja tu.”
“Aya, itu sahaja hasil pencarian abang. Abang bukannya belajar tinggi macam Aya. Abang hanya mampu jadi pencatit batik dan badut je Aya. Lagipun Aya yang  jatuh hati dengan abang masa abang buat persembahan party hari jadi Aya kan. Lepas  tu,  Aya yang paksa abang supaya kahwin dengan Aya walapun ibubapa Aya menghalangnya. Aya patut terima itu semua dari dulu lagi. Bukan menghina abang.” Marah Encik Zaynal sambil menguak rambutnya ke belakang.
“Tapi abang janji yang abang tak akan jadi badut lepas kita kahwin nanti. Abang janji nak cari pekerjaan yang lebih baik.” bentak Puan Soraya lagi.
“Aya dalam hidup abang jadi seorang badut amat menggembirakan hati abang. Badut itu dah sebati dalam hidup abang. Sejak kecil abang tak pernah hidup senang, tak pernah berhibur. Sentiasa bekerja untuk teruskan hidup. Dan pada masa itu abang tanam dalam hati abang. Abang tak akan biarkan zaman kecil abang terus terjadi. Jadi abang pilih untuk jadi badut agar dapat menghiburkan kanak-kanak yang sedih. Abang tak kesah apa orang nak kata asalkan abang bahagia apabila orang lain bahagia.” Jelas Encik Zaynal berjeda meluahkan perasaan yang disimpan selama ini dengan harapan isterinya itu memahami.
“Kalau abang dengan keputusan abang itu. Aya akan tinggalkan abang.” ugut Puan Soraya.
“Abang tak akan halang Aya. Tapi ingat Aya, Yana akan ikut abang bukannya aya. Titik!!”
“Mak cik, mak cik!!  Alyana mengoncang bahu wanita itu bila panggilan tidak diendah.
“Mak cik tak de apa-apa?” Soal Alyana lagi
“Gelang ni, siapa yang bagi?”  tanya Puan Soraya tiba-tiba, dan cuba untuk memegang seutas gelang emas yang ada tertulis A&Z pada tangan Alyana.
“Oo.. papa yang bagi. Papa kata A itu singkatan nama mama saya Aya dan Z itu nama papa Zaynal.” jujur Alyana memberitahunya. Tercengang Puan Soraya bila mendengarnya. Secara spontan dia memeluk erat tubuh gadis di hadapannya.
“Anak mama. Mama sangat merinduimu. Sudah bertahun-tahun mama cuba mencari Yana. Siang malam mama berdoa. Akhirnya ia benar-benar berlaku. Terima kasih ya Allah.”
Alyana yang berada dalam pelukan Puan Soraya bingung sendiri. Dia tidak mengerti semua ini. Dia cuba melepaskan diri dari pelukan Puan Soraya namun pelukan itu dikemaskan lagi. Sepuluh tahun Puan Soraya cuba menjejaki bekas suaminya namun gagal. Dia hampir gila. Lalu ibunya mengahwinankan dia dengan seorang peguam bagi mengubati hatinya yang luka. Hasil perkahwinan keduanya itu menghasil dua orang zuriat keduanya lelaki. Tapi di hatinya Alyana dan Zaynal tetapi diingati sampai sekarang.
“Anak mama.” rintih Puan Soraya lagi lalu meleraikan pelukan itu lantas mengucup lembut dahi Alyana.
“Siapa mak cik ini. Mama saya dah lama meninggal”
“Meninggal? Sampai hati abang menipu anak kita. Mama masih hidup yana. Sekarang mama ada di hadapan Yana.”
“Apa semua ni. Apa yang mak cik mengarut ni?” marah Alyana tiba-tiba.
“Betul Yana. Mama tak tipu. Geleng ni buktinya. Tengok mama pun ada satu. Papa yang buatkan untuk kita berdua Yana. Mama masih memakainya. Setiap kali mama teringatkan kamu pasti mama menatap geleng ini.” berjeda Puan Soraya bercerita sambil menunjukkan geleng miliknya.sama dengan Alyana punya.
Bulat mata Alyana memandangnya. Dia tidak percaya semua itu. Puan Soraya menceritakan hal sebenar dari awal hingga akhir. Alyana terharu. Dia menangis sepuasnya dalam pelukkan mamanya itu.
“Yana ikut mama ya, tinggal bersama mama sayang.” Pinta Puan Soraya.
Pantas Alyana mengangkat wajahnya untuk mengadap mamanya. Dia betul-betul terkejut permintaan Puan Soraya. Siapa tak gembira bila dapat berjumpa dengan ibu yang disangkakan mati selama ini. Tiba-tiba muncul dan diajak untuk tinggal bersama. Tapi kalau dia tinggal dengan Puan Soraya bagaimana pula dengan papanya. Fikiran benar-benar buntu..
“Ahh!! rengus Alyana kasar lalu memulas tombol pintu rumahnya. Sebaik sahaja dia mahu menutup kembali pintu itu, kelihatan kelibat papanya yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Papa nak ke mana?” pertanyaan dari Alyana mengejutkan Encik Zaynal. Encik Zaynal kelihatan resah untuk memberitahu.
“Nak jadi badutkan?”
“Papa…”
“Sudah lah pa, tak payah nak sembunyikan hal itu lagi, Yana dah tahu semuanya. Yana tengok dengan mata Yana sendiri. yang papa jadi badut bodoh untuk hibur orang lainkan. Kenapa pa??” teking Alyana mematikan kata-kata papanya.
“Bukan macam tu sayang….” Papa sebenarnya..
“Papa diam! Biar Yana yang bercakap.” Herdik Alyana lagi dengan matanya agak merah akibat menangis sambil merenung dengan penuh kebencian pada papanya.
“Depan Yana papa cakap, kerja badut memalukan tapi kenapa papa lakukannya juga. Kenapa pa..?  Biar Yana bagitahu alasannya, badut ini sudah sebati dengan kehidupan papakan, sejak dulu lagi badut itu hasil pencarian papa kan!!” marah Alyana dengan nada mengejek.
Terpana Encik Zaynal bila anaknya sudah mengetahui.
“Papa hairankan kenapa Yana tahu. Puan Soraya! Mama Yana yang bagitahu.” Marah Alyana sambil menekan perkataan MAMA.
 “Sampai hati papa tipu Yana hidup-hidup, mama Yana yang papa cakap dah mati masih hidup lagi pa. Apa lagi yang papa cuba sembunyikan dari Yana pa?” Alyana sudah meraung.
“Yana!!  PANG! Encik Zaynal melepaskan tamparan sulungnya pada anak itu. Sebelum ini dia tak pernah pukul anaknya itu walaupun dia marah sekalipun.
“Nampaknya papa pun benci dengan Yana sama papa bencikan mama. Disebabkan membenci pekerjaan papa itu kan. Papa dah tak sayang dengan Yana lagikan. Yana akan tinggal dengan mama.” Jerkah Alyana dalam tangisan semakin menggila.
“Yana, jangan macam ni sayang, papa minta maaf.  Papa buat semua ni kerana sayang, papa..”
“Sudah lah papa!” pekik Alyana lagi lantas menolak papanya. Dia keluar dari rumah itu tanpa menoleh sedikitpun ke arah papanya yang tergolek jatuh.
“Maafkan papa sayang. Papa buat semua ni ada sebabnya.” rintih Encik Zaynal sambil menangis.
~~~~~~~~~~~~~
Cikgu Ria keluar dari bilik guru untuk memantau anak muridnya yang sedang gigih berlatih. Bila pandangnya jatuh pada susuk tubuh Alyana. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena pada anak muridnya yang seorang itu, lantas dia menghampiri Alyana yang duduk bersendirian di bawah sepohon pokok.
“Kenapa ni Yana? Ada masalah yang hendak dikongsi dengan cikgu ke?” tegur Cikgu Ria.
“Cikgu…” Alyana menangis tiba-tiba.
“Kenapa ni?”Cikgu Ria cuba memujuk. Dia mengosok lembut bahu anak muridnya itu.
“Papa. Papa tipu Yana selama ni, cikgu..”
“Yana benci papa, dia tipu Yana, papa bilang mama dah meninggal tapi hakikatnya mama masih hidup. Papa jahat. Yana benci papa. Selama ni Yana ingat papa lah segala-galanya tapi..” Alyana luah perasaan geramnya pada cikgu Ria.
“Yana marah sebab papa Yana seorang badut ke?”
“Mana cikgu tahu ?” tanya Alyana kehairanan.
“Aidid. Dia ceritakan semuanya pada cikgu tentang kes malam tu.” Tenang sahaja Cikgu Ria bersuara. “Yana pernah tak terfikir, kenapa papa yana buat semua itu. Yana ada bagi papa Yana peluang untuk terangkan segala-galanya pada yana.”
Alyana mengelengkan kepalanya.
“Hmm.. Yana, Yana. Habis macamana Yana nak tahu, apa sebabnya papa Yana buat macam tu. Yana memang betul syurga seorang anak perempuan yang belum berkahwin terletak dibawah tapak kaki seorang ibu. Tapikan Yana kalau tak de papa, tak mungkin Yana dapat wujud di dunia ni sekarang, tahu. Ya, mungkin Yana rasa tertipu disebabkan papa Yana tipu tentang mama Yana. Cuba Yana bagi peluang pada papa Yana untuk dia terangkan semuanya. Mungkin ada peristiwa kenapa mereka terpisah dahulu. Kita sebagai anak tak boleh menghukum kedua orang tua kita Yana. SeLagi kita mampu, kita wajib patuh dan taat kepada mereka, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan syariat Allah.”
Alyana khusyuk mendengar sesekejap dia menyapu air matanya yang jatuh mengalir.
“Sekarang cikgu nak Yana pergi jumpa papa. Dan minta maaf tentang semuanya ya Yana. Cikgu tahu Yana seorang anak yang baik.”
Alyana mengangguk tanda faham. Dia memeluk Cikgu Ria seerat mungkin.
Dah dua minggu Alyana langsung tak berjumpa dengan papanya. Dia sangat rasa bersalah atas sikapnya yang kurang ajar dahulu. Dia hanya memerhatikan rumah usang itu. Bila terlihat kelibat Encik Zaynal, Alyana cepat-cepat sembunyikan dirinya dari dilihat oleh Encik Zaynal. Dia segan untuk bersemuka dengan papanya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari Puan Soraya menyuruhnya pulang ke rumah untuk membuat persiapan sambutan hari jadi adik tirinya.
“Terima kasih Yana.” ucap Puan Soraya lantas mengucup lembut dahi anaknya itu. Encik Zukifli suami kedua Puan Soraya memandang ke arah mereka dengan pandangan penuh amarah cemburu.
‘Siaplah korang, aku ada sesuatu untuk dipersembahkan kepada korang. Tengoklah nanti.” bisik Encik Zukifli dalam hatinya sambil tersenyum sinis.
 “Okey semua, acara yang paling dinanti-nantikan sudah tiba. Sekarang terimalah persembahan badut yang paling terkenal di kampung ni, dipersembahkan badut Encik Zaynal.”
Tatkala mendengar nama Encik Zaynal Puan Soraya dan Alyana lantas menoleh ke arah badut itu. Alyana mahu menghampiri badut itu namun Encik Zukifli menahannya. Puan Soraya kelihatan sudah menitis air mata. Tetamu yang berada di situ sudah bersorak riang. Encik Zaynal kelihatan amat terkejut bila melihat dua insan yang dia sayang ada di hadapannya itu. Namun dia cekalkan hatinya supaya senyumannya itu masih lekang di bibir.
“Apa lagi, aku upah kau untuk membuat persembahan yang paling seronok untuk anak-anak aku kan. Yang kau tercegat kat situ buat apa?” herdik Encik Zukifli tiba-tiba. Mengetarkan bahang amarah hati Alyana.
“Apa yang pak cik buat ni? Pak cik sengaja nak malukan papa Yana kan?”tukas Alyana geram.
Encik Zulkifli masih tersenyum kali ni lebih sinis tanpa menghiraukan amukan Alyana. Encik Zaynal memulakan tugasannya dengan hati sedikit gusar.
Semasa membuat persembahan itu, Encik Zaynal jatuh terjelepok kebawah dan tidak sedarkan diri. Alyana menjerit lalu meluru ke arah papanya itu.
Papa!!!!!!!!
~~~~~~
Sayang!
Alyana tersedar dari khayalan lantas berpaling ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang mendukung kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun sedang melambai ke arahnya.
Yana!!
Sekali lagi dia mendengar seruan, memaksa Alyana menoleh semula ke hadapan .Dia tersenyum manis bila seorang lelaki yang semakin dimamah usia memanggilnya dan mengajak untuk ketempatnya. Aidid menghulurkan tangan sambil tersenyum menggoda. Alyana menyambut tangan suaminya itu. Mereka berdua bergerak menuju ke arah Encik Zaynal yang sedang  membaling bola untuk menghiburkan kanak-kanak yang berada di sekitar Taman Tema dalam keadaan ketawa bahagia.
Selesai sahaja Encik Zaynal membaling bola. Alyana menghampiri papanya itu lalu sebuah kucupan hinggap dipipi Encik Zaynal. Kanak-kanak yang berada disitu terlopong melihatnya. Tidak kedengaran suara sorakan.
“Adik-adik sekalian, ini papa yang kakak paling sayang. Papaku seorang badut.” Kata Alyana sambil tersenyum bangga lantas memeluk Encik Zaynal seerat mungkin.


p/s DN = walapun kita berduka, bersedih atau bersendirian. Jangan teruskan perasaan itu terus menghimpit kita. Jangan tonjolkan perasaan sedih itu kepada orang lain. Kerana kita akan lebih bahagian jika orang sekeliling kita bahagia. Bahagian selagi kita mampu. Hargailah seorang ayah, abah,papa,abi ketika mereka masih ada. Bila mereka tiada pasti sejuta kesesalan tak dapat kita gambarkan. Selamat hari Abah DN ucapkan. Setiap hari jadikannya hari ayah dan ibu kita.















Tuesday, 5 June 2012

bab 2


BAB 2

“Maksu Dani. Dani Maksu… Dina nak ikut mereka.” rayuku dengan esakan masih bersisa. Badanku cukup lemah untuk berdiri. Maksu menghampiri cuba membantuku.
“Sabar Dina. Sabar! Insya Allah Dani selamat.” pujuk Maksu memapahku untuk berdiri.
“Jom Dina !Abang hantarkan.” Faiz bersuara tiba-tiba.  Baginya tidak sanggup untuk melihat setiap titisan air mata yang jatuh di jubir mata adik sepupunya itu. Walaupun mereka sepupu itu tidak dapat menghalangnya daripada menyintai gadis yang bernama IrDina Awfa itu secara diam.
“Pergilah sayang, Maksu dan Paksu akan uruskan segala urusan disini.” Ujar Paksu sambil menyapu sisa air mataku.

Aku dan abang Faiz tiba di perkarangan  hospital PPUM selepas 10 minit perjalanan. Ketika aku mahu menghampiri keluarga Dani. Aku lihat ibu Dani tergesa-gesa meluru ke arahku dengan muka yang agak bengis.
“Tak guna punya perempuan. Di sebabkan kau lah, anak aku mati. Kau tahu tak ,hah!” Jergah  ibu Dani sambil memukul tubuhku dengan handbagnya.
“ Apa? Dani… Dani dah tak de ke?” ujar ku perlahan dengan air mata merembes keluar. Aku hampir pitam tetapi abang Faiz sempat memaut tubuhku.
“ Kau sukalah kan? Kau memang dah rancang awal-awal kan, supaya  anak aku yang sakit tu kahwin dengan kau cepat-cepat. Dapatlah kau bolot semua harta benda anak aku , kan?  Dasar perempuan tak tahu malu?” herdik ibu Dani berbaur hinaan .
Aku tidak berganjak dari situ. Aku rela dipukul dan di hina. Demi Allah aku tak tahu siapa keluarga Dani sebenarnya.  Dia tak pernah menceritakan perihal keluarganya padaku.
“Dani jangan tinggalkan Dina, Dani.” Rintihku di dalam hati.
“Puan tolong hormat sikit. Di sini hospital bukannya rumah Puan, yang boleh sesuka hati mengutuk adik sepupu saya. Puan sepatutnya bersyukur sebab dia masih sudi untuk kahwin dengan anak Puan yang dah nak mati itu.” bentak  Faiz dengan kasar  benar-benar berang dek kerana tak tahan bila melihat Dina dikasari.
Dany yang bersabar dari tapi terus naik angin dan memandang dengan penuh perasaan amarah ke arah Faiz bila nama adiknya disebut.
“Encik tolong, arwah adik saya baru je pergi. Tolong jangan kaitkan dia dalam hal ini.” Dany cuba berlembut walaupun ada getar dalam bicaranya.
“Mak kau ni. Tak reti nak hormat orang langsung!!. Dina! Kan abang pernah bagi amaran pada Dina. Kalau nak kahwin cari yang setaraf dengan kita. Kalau tak jadi macam nilah!!” Lantang sekali suara abang Faiz sambil menakutkan semua orang yang berada di situ.
Aku tidak mampu berkata apa. Aku pun tak tahu samada aku perlu bersedih atau marah pada Dani. Selama 2 tahun kami bercinta. Sepanjang kami berhubungan dia sentiasa berlagak macam orang kebiasaan macam kami. Kalau aku tahu keluarga dia orang berada, pasti ku tutup pintu hatiku ketat-ketat buatnya. Tapi hal ini sudah pun berlaku. Aku tak boleh tarik balik pintu hatiku yang dipenuhi dengan cinta Dani.
“Hey mulut kau jaga sikit. Dasar orang kampung tak beradab. Sedarlah diri sikit. Kalau tak kerana Dani tu anak aku. Tak mahunya aku kahwinkan dia dengan kau.” Sekali lagi ibu Dani mengherdik aku dan abang Faiz.
“Mamy sudah lah Dani baru je pergi. Sabarlah mamy.” Dany cuba memujuk Mamy yang semakin menggila.
“Mamy tak nak tengok perempuan ada di sini, juga pada hari  pengebumian Dani dan buat selama-lamanya. Mamy nak kau halau dia sekarang, Dany!” laung ibu Dani sambil menunding lurus jari telunjuknya tepat ke wajahku.
Dany mengeluh kasar sambil menguak sedikit rambutnya ke belakang sebelum menghampiri isterinya itu.
“Kau baliklah dulu. Kalau kau terus di sini, roh Dani pasti terseksa.”
“Tolonglah, saya merayu . Saya mahu tatap wajah Dani buat kali terakhir.” rayuku sambil merenung anak mata Dany untuk menagih simpati padanya. Rayuanku tidak dipedulikannya.
“Aku kata balik. Baliklah! Kau nak tengok mamy aku mengamuk lagi ke!!.” Jergahan dari Dany secara tiba-tiba mengejutkan ku dan tangisan ku semakin laju.
“ Dina dah lah. Baik kita balik. Tak guna merayu dekat keluarga macam ni. Tak pernah nak hormat maruah kita. Jom!!”
 Abang Faiz memcengkam kuat  lenganku lalu mengheret aku keluar dari ruangan bilik pembedahan itu. Pandangku masih menatap Dany yang sedang memandangku tajam.

Seminggu selepas kejadian itu, aku asyik mengurungkan diri dalam bilik tanpa makan dan minum. Malam dan siang bagiku sama sahaja. Hidupku seperti tidak bermakna tanpa Dani disisiku. 
“Macamana harus ku lalui liku-liku kehidupanku selepas ini.” Aku mengeluh sendiri.
“Dina!Dina ,bukalah pintu ni sayang,dah seminggu Dina macam ni. Tak baik nak. Yang dah pergi tetap akan pergi nak. Kita yang masih hidup ni mesti teruskan sayang , bukak lah.”
 Suara Maksu kedengaran dari luar kamar cuba memujuk aku. Aku memekakkan telinga.
“Dina! Bukan pintu ni sekarang! Sebelum abang pecahkan!”
Aku terdengar suara abang Faiz memekik tiba-tiba membuatkan aku terkedu sendiri.
“Abang dah tak boleh nak sabar dengar sikap Dina macam ni. Dina nak ikut mati sama ke, hah?”
Aku masih terdiam.
“Dina! Cuba Dina fikirkan? Siapa yang besarkan Dina selama ni? Mak dan ayah abang kan??  Dina tak kesian mereka ke? Bukan Dina sorang yang menderita tahu tak? Kami semua pun turut menderita kalau sikap Dina terus macam ni. Kenapa Dina perlu bersedih sangat hah. Abang tak sangka, Dina boleh selemah ini disebabkan seorang lelaki.”
“Iz, jangan macam ni. Bawa bersabar Iz.”
Aku mendengar Maksu cuba memujuk anak sulungnya itu. Hatiku betul-betul tersentuh dengan kata-kata abang Faiz. Aku tahu aku banyak menyusahkan keluarga ini. Di sebabkan kematian kekasih hati aku sanggup lupakan keluarga yang banyak menolong aku. Aku berdoa dalam hati untuk diberikan  kekuatan dalam kesabaran. Dengan keadaan yang masih lemah aku membuka pintu kamar ku. Maksu cepat-cepat menghampiriku lantas memelukku erat.  Pandanganku jatuh pada abang Faiz yang sedang memekup wajahnya ke dinding. Aku terkejut bila melihat seorang yang aku anggap seperti abangku sendiri  turut menangis buat kali pertamanya kerana sikap aku yang bodoh ini.

Sejak itu aku mula bangkit dari kemurungan. Aku tekad mahu berubah tidak mahu bersedih lagi. Cutiku masih berbaki seminggu,untuk menghilangkan rasa bosan aku banyak menghabiskan masaku termenung di buaian halaman rumah. Kenangan bersama arwah masih berlegar segar di benak fikiranku.
“Nah bunga ros?” Hulur Dani tiba-tiba. Membuatkan aku terperanjat.
“Sa...saya.. aaa syemmm!!!!”
“Dina how dare you ,ya? Tahu lah bunga ros ini Dani beli dekat lorong sana, harganya pun tak  mahal. Tak payah nak kutuk bagai” rajuk Dani dengan mulut memuncung.
“Bukan macam tulah . Sebenarnya Dina alah dengan bunga. Sebab tu terbersin. Dani ni sikit-sikit nak merajuk tahu .” bidasku geram.
“La macam tu ke?  Tak tahu pun.” tanya Dani dengan muka tak bersalah langsung.
“Hmm nampak sangat Dani tak peka dengan Dina kan?” soalnya lagi dengan muka dibuat-buat comel.
“Tu lah. Lain kali siasat dulu, sebelum tuduh.” marahku sengaja ingin mendera perasaannya.
“ Sory, sory. Janji Dani tak nak buat lagi .”ucapya siap berikrar lagi. Melihat telatahnya. Kami ketawa bersama-sama.
“Dina nampak susut lah. Dah tak cantik lagi.”
Sapaan dari abang Faiz, memoriku bersama Dani terus pergi dibawa angin bayu.
Aku hanya tersenyum kelat padanya. Abang Faiz mengambil tempat dihadapanku. Sambil menayangkan sepingan berisi beberapa potong kek. Abang Faiz sangat mengambil berat terhadap diriku, sampaikan si Dani pun naik cemburu. Abang Faiz ni abang sepupu yang paling aku sayang mana taknya masa aku berusia setahun lagi dia sudah memanjakan aku. Masa tu aku dan dia sahaja ada. Fazlee, Faizal, Fairuz dan Farhan tidak wujud lagi. Sebab itu abang Faiz lebih sayangkan aku berbanding adik-adiknya yang lain tambahan pula aku sorang je perempuan. Lagi naik minyak lah aku.
“Nah abang bawak kek kegemaran Dina. Penat tahu abang pergi beli tadi, semata-mata nak pujuk adik abang ni. Cepat bukak mulut biar abang suapkan.”  Ujar Faiz sambil menyuakan sudu yang berisi secubit kek Cheese Peanut Blueberry kepadaku.
“Abang .. Dina dah besarlah. Malulah.” Pantasku menolak pelawaannya sambil menggeleng kepalaku laju seraya menutup mulutku kemas-kemas.
“Apa yang nak dimalukan. Dari kecil lagi abang yang duk mandi dan suapkan Dina. Sekarang  baru  nak malu dengan abang, ya. Tahu lah orang tu dah kahwin. Ujar abang Faiz  sambil menekan sedikit kata akhirnya itu. Aku tahu dari dulu lagi abang Faiz tak berkenan aku berhubungan dengan Dani.
“Okeylah-okeylah…” Aku cuba untuk memujuknya lalu ku ngangakan sedikit mulutku.
“Nah? Macamana sedap tak Dina?” Tanya Faiz dengan matanya bersinar-sinar.
“Sedap-sedap. Dah lama tak makan kek ni. Lambatlah abang suap. Biar Dina suap sendirilah.”
Aku cuba merampas pingan dari tangannya kerana tak sabar mahu menghabiskan kesemua kek itu. Sedang kami bergelut,  kek yang berada dipingan  itu terkena di mukanya. Aku mengetawakannya. Dia geram bila aku ketawa lantas dia mencalit sedikit kek yang berada di mukanya  itu lalu dilumur ke muka ku.
“Abang!!!! Apa ni?” Pekikku sambil menyapu sisa kek dipipiku.     
Sedang mereka asyik bergurau senda. Ada sekeping hati sedang membara panas.
“Ceh!! baru seminggu Dani pergi, kau mula jumpa pengantinya. Nampak sangat kau tak ikhlas menyintai adik aku. Dani aku akan tolong ajar  kau perempuan ini, untuk hargai cinta kau.” Cemuh Dany lalu membuka pintu keretanya dengan kasar.
“Assalamuaikum!!”
“Waalaikumussalam.”  Salam itu dijawabku serentak dengan abang Faiz.
Aku bagaikan terkaku sendiri bila terlihat seorang lelaki tercegat berdiri di luar pagar rumah yang hampirku lupakan.
“Kenapa dalam tempoh seminggu baru dia datang mencariku. Adakah aku ini isterinya lagi atau tidak?” soalku dalam hati.
“Err abang buat apa ke sini?” tanyaku gugup sebaik sahaja membuka pintu pagar.
“Cepat berkemas , ikut aku balik. Malam ni ada kenduri arwah.” jawab Dany dingin.
Aku terkesima dengan kata-katanya, satu arahan yang wajib ku patuhi. Aku kalih pandanganku pada abang Faiz. Dia hanya mengangguk sahaja. Aku bagaikan mengerti lalu beredar dari situ dan terus masuk ke rumah.
Sebaik sahaja melihat kelibat adik sepupunya masuk ke rumah Faiz menghampiri Dany.
“Hai.. tak kan baru sekarang, teringat nak jemput isteri kot.”  perli Faiz sinis.
Dany hanya memeluk tubuhnya sahaja.
“Aku tak kenal kau, tapi aku memang tak suka dengan kau. Disebabkan kau sudah jadi suami adik sepupu aku. Aku minta sangat jangan lukai hatinya. Hatinya cukup rapuh untuk dilukai. Kalau aku dapat tahu dia menderita disebabkan kau. Aku tak teragak-agak akan tuntut bela.” Marah  Faiz  berbaur ugutan sebelum berlalu dari situ.
“Berani kau ya.? Aku akan pastikan fizikalnya tidak tercedera, tapi aku jamin hatinya lenyai disebabkan kau.!! Laung Dany sambil tersenyum sinis.
Faiz pantas memalingkan tubuhnya menghadap Dany. Sambil memgenggam tangannya dia meluru ke arah Dany. Belum sempat dia berbuat apa-apa. Ibu dan ayahnya berserta Dina muncul.
“Selamat kau kali ni.” Sungut Faiz dalam hati.

“Mak Su, Pak Su Dina pergi dulu ya.” Ujarku selepas menyalami tangan kedua-duanya itu.
“Hati-hati Dina. Ingat pesan Pak Su. Kamu sekarang sudah bersuami, taat perintahnya. Sekarang syurga kamu terletak padanya.”
Pesanan dari paksu ku balas dengan anggukan aku arahkan padanganku ke arah Dany yang sudah berada di keretanya.
“Dina, kalau senang selalu jenguk kami disini ya.” Mak su cuba mengingatiku.
Air mataku merembes keluar dengan laju. Mulai detik dan saat ini kehidupanku bakal berubah.
“Tak payah nak buat drama air mata kat sini lah .”perli Dany sebaik aku masuk ke dalam kereta Audinya.
“Ya Allah, macamana aku mahu menempuhi kehidupan dengan lelaki yang panas baran serta berhati dingin ini.” rintihku.
 Sepanjang perjalanan ke rumahnya kami diam seribu bahasa. Tanpa siaran radio mahu siaran percuma dari kami berdua. Bila tiba di sebuah villa agak besar. Dia mengarahku keluar. Aku keluar dengan langkah perlahan-lahan. Mulutku terlopong kerana terlalu terpegun. Buat kali pertama aku menjejak kaki kerumah besar begini.
“Yang kau tercengap terlopong lagi apa hal? Cepatlah masuk.!!” Arah Dany bengis.
Sergahan dari Dany membuatkan aku mempercepatkan langkah mendekatinya.


p/s
untuk waniey yang sentiasa setia nak baca cerita ini. betul ke tak tak tahu ehehe
salamsayang dari Domi Nisa