Saturday 30 August 2014

SCK 10

Bab 10
Usai mandi dan mengenakan pakaian di tubuh, aku panjat katil sambil memikirkan apa yang diceritakan granny dan juga Isha padaku. Sakit kepala bila difikirkan. Aku simpul sila. Rambut yang basah dikesat dengan tuala sebelum membalutnya. Dulu langsung tak tahu pasal arwah Dani sekarang dalam waktu yang sama aku dibongkarkan kisah hidup dua orang lelaki yang berkaitan rapat denganku. Granny menceritakan perihal arwah Dani. Danisha pula membongkar kisah hidup abang Rayyan. Oh, takdir!
“Dina!”Aku tersentap lantas menoleh ke pintu. Terjengul wajah abang Rayyan di sana. Riak di wajahnya sangat menakutkan.
“Cepat berkemas, lepas maghrib kita balik.”
“Balik mana?” soalku cuak. Wajahnya aku pandang takut-takut saja.
“Jangan banyak tanya boleh tak?! Jam 8 aku nak tengok kau dah siap semuanya,”sergah abang Rayyan kasar seraya menghempas kuat pintu bilik Danisha. Naik bahuku, akibat terkejut. Tak beradab langsung punya orang! Nasib baik aku sihat dari penyakit lemah jantung.
Tak sempat aku mengaminkan bacaan doa, kelihatan bayangan abang Rayyan asyik berulang-alik ke kiri dan kanan seperti ayam berak kapur sambil bercekak pinggang. Aku mengeluh berat. Doa aku cepat-cepat habiskan sebelum bangkit membuka telekung.
“Dah siap?”soalnya. Aku mengangguk.
“Apa lagi, cepatlah!”arahnya dengan tengkingan. Terkulat-kulat aku menyarung tudung dan mencapai beg pakaian bila mendengar arahan itu. Nasib baik aku dah berkemas. Kalau tak, mahu mengamuk sampai pecah rumah ni!
Kami keluar dari bilik, abang Rayyan terus merampas beg dari tanganku agak kasar. Lengan aku pula dicengkam kuat untuk sama laju langkah semasa meniti turun anak tangga. Dia macam nak cepat saja keluar dari rumah ini. Nasib baiklah aku tak tersungkur dibuatnya. Dalam hati dah mengucap panjang. Takut mati jatuh tangga. Dia ni.. nak bunuh aku ke apa? Tadi kata pukul lapan sekarang baru pukul tujuh lima puluh yang kalut semacam apasal?
“Rayyan, sayang nak ke mana ni? Dengan beg sekali?” Lembut granny menyoal. Dia yang baru muncul dari dapur sambil membawa hidangan makan malam ke meja. Langkah abang Rayyan terhenti secara mendadak dan saat itu juga aku terlanggar belakang badannya.
“Aduh.. maaf abang,” pohonku perlahan. Takut dimarahi. Dia nampak senyap saja. Tubuh menggigil, seolah-olah menahan sebak. Granny sudah menghampiri kami berdua. Perlahan-lahan pegangan pada tanganku dilepaskan dan tubuh tua granny dirangkul seerat mungkin.
“Maafkan Rayyan, granny… Rayyan terpaksa keluar dari rumah ni. Rayyan tak sanggup nak hadap dia….” Abang Rayyan sudah teresak-esak. Begitu mudah air mata jantannya mengalir.
“Rayyan tak sayangkan granny lagi? Tak boleh ke Rayyan cuba bertahan sehari dua hari lagi sebelum granny dan Isha balik ke US nanti, sayang,” pujuk granny sambil menggosok lembut belakang badan cucunya itu. Abang Rayyan menggeleng lelaju tanda dia tidak mahu. Aku di sebelah dikerling tajam. Aku teguk air liur kemudian pandang ke arah lain.
“Tak boleh granny, Rayyan tak sanggup,” sambung dia lagi, dalam sebak. Aku kembali toleh ke arahnya.Wajahnya nampak sugul.
“Mama, Rayyan. Kenapa ni?” suara mamy, kedengaran dari atas sana. Pandangan kami semua menghala ke atas. Kelihatan mamy sedang meniti turun dan disampingnya Kak Bella ada sama. Terlihat Kak Bella aku terus kalih pada abang Rayyan pula. Dia senyap tidak terkutik.
“Rayyan…” Granny menegur.
“Rayyan pergi dulu, granny. Assalamualaikum.” Pantas abang Rayyan mencelah. Tangan aku sekali lagi diheret kemudian mengangkat kaki keluar dari situ. Aku seperti patung yang tidak bernyawa. Ikut orang mahu heret ke sana ke mari.
“Rayyan!Rayyan!” Kedengaran suara granny melaung memanggil nama abang Rayyan kuat dari dalam. Tapi abang Rayyan buat tak dengar. Diteruskan langkahnya masuk ke dalam kereta.
Sebaik saja pintu kereta ditutup serta merta abang Rayyan menekan pedal minyak dan memecut laju keretanya membelah jalan raya. Terkejut beruk aku dibuat. Aku curi pandang kelihatan air mata jantannya masih tersisa. Sungguh terkejut juga bila melihat seorang lelaki yang berhati batu menangis. Nak pujuk ke? Ah,tak sanggup aku! Hati mula berperang sendiri. Akhirnya aku diamkan diri dan pasrah saja ke mana dia mahu bawa aku pergi. Yang penting bukan aku yang drive!
Semasa melalui highway, aku terpandang papan tanda yang menunjukan ke Jalan Bangsar. Tiba-tiba aku teringatkan rumah pak su di jalan Pantai Permai. Rindunya dekat diorang. Baru dua hari aku keluar dari rumah. Tapi membuak-buak rasa rindu tak dapat lagi dibendung. Nak suruh dia singgah tak?  Aku mengerling abang Rayyan di sebelah. Nampak gaya abang Rayyan masih lagi dalam keadaan marah. Nak mengada-ngada dengan mesti kena penampar free aje. Dalam pasrah aku kuburkan niat hendak singgah di rumah pak su sekejap.
Tanpa sengaja, terkeluar dari mulut aku satu keluhan berat. Rasa bosan pun ada. Tak tahu nak buat apa. Aku sesuka hati membuka tingkap kereta lalu menjengul kepala keluar sedikit tanpa meminta izin darinya. Tidak lama kemudian aku terdengar abang Rayyan mendengus kasar dan terus menutup penghawa dingin keretanya.  Kelakuannya aku tak ambil pusing. Pandangan dihalakan ke kaki langit yang terbentang luas, dihiasi berjuta-juta bintang bersinar cantik sambil menopangkan tangan. Subhanallah indahnya ciptaanMu ya Allah! Aku memuji alam ciptaan Illahi, membiarkan angin kuat selari dengan kelajuan pemanduan abang Rayyan menjamah wajahku. Angin yang sangat kuat membuatkan mataku semakin lali. Otakku berhenti beroperasi sedetik. Lama kelamaan aku terus hanyut dalam lena.
“Dina, bangun!” Aku tersentap secara mengejut bila terdengar suara abang Rayyan menjerit kuat. Kus semangat. Nasib tak lemah jantung aku dibuatnya! Abang Rayyan keluar dari perut kereta lalu menuju ke bonet.
“Kita dekat mana ni?” soalku sebaik membolos keluar dari perut kereta sambil melilau keadaan sekeliling.
“Rumah aku,” suara abang Rayyan dari arah belakang kereta. Aku mengangguk. Pandangan masih melilau pada kawasan rumah itu. Rumah teres dua tingkat yang berderetan dari hujung kanan sampai ke hujung kiri semuanya ada sebuah 10 buah di hadapannya juga sama. Ini kalau duduk rumah macam ni kena bertegur sapalah selepas ini.
“Yang kau duk melilau macam rusa masuk kampung ni, apasal pula? Cepatlah masuk!” sergah abang Rayyan. Dia sudah pun berada di muka pintu. Terkonco-konco aku berlari mendapatkan dia.
“Bilik kau dekat hujung sana,” suara abang Rayyan sebaik kami menapak masuk ke dalam. Dia meletakkan beg pakaian ke lantai dengan kasar. Dia meniti anak tangga dengan laju dan turun kembali sambil membimbit beg berisi toto.
 “Nah, ini toto untuk kau! Bilik hujung tu tak de katil. Jadi kau kena tidur atas toto,” tegas abang Rayyan bersuara. Dia menghempas beg toto itu betul-betul di depan aku dan terus memanjat anak tangga semula.
“Doommm!”
Ya Allah! Terkejut aku bila terdengar bunyi pintu bilik dihempap kuat dari tingkat atas sana. ‘Bertuah punya suami. Ada ke patut dia suruh aku tidur atas toto yang dia sedap-sedap pula tidur atas katil empuk.  Memang tak gentleman langsung, dahlah pemarah!’ ngomelku seraya mengheret beg toto masuk ke bilik itu.
Sebaik saja daun pintu bilik itu terkuak, mataku membuntang, terkejut.  Punyalah cantik perhiasan dalam bilik yang dia bagi dekat aku. Labah-labah dengan bebasnya bersawang di situ sini. Bantal tidur dan segala jenis bantal habis lintang pukang. Macam tak de tuan dalam rumah. ‘Ish, tempat macam ni dia suruh aku tidur? memang tak de hati perut langsung, punya suami!’ marahku seraya  mengutip bantal-bantal yang berselerak tadi diletak ke tepi.
Bila semuanya selesai aku memandang sekeliling dengan senyuman yang meleret. Puas hati bila sesi mengemas sudah pun beres, jadi sesi untuk tidur pun boleh bermula sekarang. Aku membaringkan diri ini di atas toto sambil mengelap peluh yang memenuhi dahiku. “Aduh… penatnya. Ingat, balik tadi boleh terus tidur. Tapi… hampeh! Nasib baik ada aku yang rajin ni. Kalau tak memang tak nampak bilikla jawabnya. Aku rasa sarang tikus lagi cantik kot. Macam manalah dia boleh hidup dalam keadaan macam ni? Entah-entah bilik tidur dia pun macam ni juga kot?” ngomelku lalu tersenyum sendiri sambil membayangkan keadaan bilik abang Rayyan.
“Okey… time to sleep! Good nyte Dina.” Aku mengucapkan selamat malam kepadaku sendiri bila selesai mengaminkan bacaan doa tidur berserta ayat kursi dan 3 Qul. Itulah yang sering diajar oleh mak su tidak pernah aku lupakan. Aku menarik selimut hingga ke paras dada dengan harapan tidurku lena pada malam itu. Maklumlah aku ini kalau dah berubah tempat tidur susah sikit nak lelapkan mata. Memang itu perangai yang sukar untukku lunturkan dalam diri ini.

“Selamat malam, Dani…” ucapku perlahan berserta air mata yang mengalir. Rasa rindu padanya mula bertandang. Semoga mimpiku dapat hadirkan bayangannya.

SCK 9

Bab 9
Aku menyusuri anak tangga dengan langkah perlahan-lahan. Takut terserempak dengan mamy. Tak mahu mencetus perbalahan dengan mamy malam-malam begini. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat, tak gitu? Aku berhenti di hadapan pintu bilik abang Rayyan. Biliknya masih cerah dengan sinaran lampu, tandanya dia masih belum tidur. Niat di hati nak juga ketuk pintu bilik itu, nak minta izin dengan dia nak tumpang tidur di bilik Isha. Namun aku masih belum kuat untuk berhadapan dengan dia lagi.
Aku meneruskan langkah. Tanpa izin dari si dia aku menuju ke bilik Danisha. Bila melewati satu lagi bilik. Kakiku bagaikan berhenti sendiri. Aku pandang lama tanda nama Dani yang terpaku cantik di daun pintu. Rasa pilu dan sedih sudah bercampur gaul. Satu suara bisikan menyuruh aku masuk ke dalam. Seolah ada sesuatu yang dapat mengubat rinduku pada arwah. Pintu bilik Dani aku buka dan terus melangkah masuk.
Sebaik kaki mencecah lantai ruangan bilik itu. Mata aku kembali berair. Setiap ruang bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar arwah Dani. Wajahnya yang sentiasa tersenyum membuatkan hati ini dihimpit sendu lagi. Teringatka arwah sewaktu hidupnya. Aku mengelilingi bilik sambil menyentuh kesemua gambar Dani yang tergantung cantik di dinding dengan penuh syahdu. Memori demi memori bersama dengan arwah singgah di benak fikiranku.
Tiba pada satu gambar Dani bersama aku diambil ketika kami berdating dulu, aku capai lalu mengucup gambar itu seketika. “Dani… Dina rindukan saat bersama Dani. Sampaikan Dina juga mahu ikut jejak Dani… Dina tak pernah tahu, rupanya Dani pandai berahsia dengan Dina. Sampaikan otak Dina tak boleh nak  cerna semua rahsia Dani. Mula-mula pasal latarbelakang Dani. Dina pun bodoh sebab tak pernah nak siasat betul-betul sebelum serahkan cinta Dina pada Dani. Rumah kecil, kereta pinjam konon! Padahal awak tu anak orang kaya. Patutlah awak selalu belikan Dina dan keluarga pak su itu ini tanpa batasan. Lepas tu pasal penyakit, bila tanya kenapa muka pucat. Tak cukup tidur. Banyak kerja! Dani…kenapalah Dina percaya bulat-bulat pembohong Dani tu.” Aku cuba mengimbas kembali kenangan bersama Dani, insan yang pernah bertahta di hati ini dan tak mungkin aku lepaskan cinta kami begitu saja cinta.
Aku membawa gambar itu ke birai katil sambil mencapai baju t-shirt Dani yang sudah tersedia terhampar di tilamnya. Aku memeluk erat baju itu dan menghidu bau badan Dani. Aku dapat rasakan seolah Dani sedang berdiri dihadapanku kini. ‘Dani, Dina rindu Dani. Kenapa nasib kita begini?’  rintihku dalam tangisan.
Aku meletakkan baju arwah ke tepi dan terus mencapai foto Dani yang lain. Perlahan-lahan aku menjatuhkan tubuh, terlentang mengadap kipas syiling yang ligat berputar sambil memeluk erat foto itu. ‘Kenapa jodoh kita pendek Dani? Dina masih perlukan Dani di sisi Dina. Kenapa Dani jodohkan Dina dengan abang Rayyan yang tak sebulu dengan Dina, kenapa?’ soalku bertubi-tubi. Namun semua soalan itu tak akan ada jawapannya.
‘Dani…Dani…Dani….’ Nama Dani terus meniti di bibirku berkali-kali. Di pandanganku hanya wajah Dani yang tergambar. Air mata semakin mencurah-curah dengan sendu tak terhenti sehinggalah aku terlelap sendiri.

“Iyaaaah!”Aku menggeliat untuk memperbetulkan segala urat sendi memandangkan tidurku sangat nyenyak malam tadi. Seolah tak de perkara yang terjadi. “Hurm.. dah pukul berapa ya sekarang? Subuh tak lagi ni,” ngomelku sendiri.  Aku kalih pada jam besar yang tergantung betul berada di hadapan aku.
“Alamak subuh!” jeritku terus bangkit. Kalut bila jam sudah menunjukkan 2 minit lagi mahu pukul 7 pagi. Tergesa-gesa aku terjun melompat turun dari katil takut ketinggalan solat subuh.
“Kau nak ke mana? Ini haa.. telekung. Granny bagi. Aku kejutkan kau berkali-kali untuk solat berjemaah ramai-ramai tapi haram tak sedar.”  
Aku tersentap bila kedengaran suara seorang lelaki dalam bilik itu. Aku terus menoleh ke kiri dan kanan mencari suara itu. Rupanya abang Rayyan yang sedang ralit membaca buku di atas katil sana. Aik bila masa dia duduk atas katil tu? Tak perasaan pula aku tadi. Anak mataku melilau seketika. Dahi berkerut tiba-tiba ini bukan bilik Dani tapi… anak mataku terus kalih pada abang Rayyan yang masih dengan aktivitinya. Sah! Memang dia yang angkat aku masuk bilik ni. Nak kata aku tidur sambil berjalan masuk bilik ni? Tak mungkin! sebab aku bukan jenis macam tu. Aku menapak untuk keluar dari bilik itu dan sekali lagi si dia bersuara.
“Kau nak pergi mana lagi?” Mata kami saling bertentang.
“Bilik air,” jawabku pendek, sambil mengaru-garu kepalaku yang masih bertudung ini. Aku fikir sejenak. Selamat tak terjadi apa-apa semalam.
“Kau tak nampak ke bilik air kat tepi sana?”ajunya, kasar sekali bunyi suara itu. Mulutnya dijuihkan pada arah bilik air yang berada di sebelah balkoni bilik. Anak mataku turut terikut sama ke arah itu. Oh, lupa ini bilik anak orang kaya bukan bilik anak miskin macam akulah! Bilik air mesti ada dalam ni.
Usai menunaikan kewajipan kepada Yang Esa aku bangkit dan berfikir sejenak.  Beg pakaian masih dalam bilik Danisha lagi, jadi aku kena ke sana untuk salin pakaian. Aku pandang atas katil, tengok abang Rayyan kembali syahid sekali lagi, enak dibuai mimpi pagi hari. Tak mahu kacau tidurnya, aku keluar dari bilik itu dengan penuh berhati-hati. Pintu bilik Danisha aku ketuk. Sebaik terdengar suara gadis itu mengarah aku masuk, aku menapak masuk ke dalam. Tengok si adik ipar sudah tayang senyum lebar dengan kening terjungkit-jungkit. Aku buat tak nampak. Tahu, dia nak perli akulah tu.
“Semalam kan… ada budak tu, dia kata… segan nak tidur sebilik dengan suami sendiri. Tapi tengok-tengok dah terkurung kat sana terus. Entah-entah dia dah kena ngap dengan suaminya kot?” usik Danisha dengan drama yang dikarang sendiri. Senyuman di wajahnya sangat lebar.
“Mengarutlah Isha ni! Jangan nak fikir yang bukan-bukan, ek,”sanggahku sambil mencari baju yang sesuai untuk dipakai pagi itu. Baju kurung aku capai kemudian menapak mendekatinya.
“Tapikan Isha, akak sendiri pun pening, macam mana akak boleh berada di situ? Setahu akak semalam akak tertidur di bilik Dani.”
“Mesti tidur mengingau sambil berjalan ni,” sakat Isha lagi sambil tergelak.  
Mataku membuntang memandangnya. Sebiji bantal dicapai lalu dilempar ke arahnya. Sasaranku tepat mengena wajahnya dan akhirnya kami bermain balas membalas bantal itu sehinggalah Mak Siti panggil untuk turun makan sarapan. Aku meminta masa untuk membersihkan badan dan meminta isha menemaniku.
Setengah jam kemudian aku dan Danisha keluar dari bilik dan turun menuju ke dapur. Masuk saja dapur, seorang perempuan tinggi lampai. Berambut keperangan beralun, memakai dressing separa lutut menerpa dan  memeluk tubuhku, erat. Terkelu aku seketika. Isha membiarkan kami. Dia terus menapak ke meja makan.
“Ini ke isteri Rayyan?” soalnya sambil tersenyum manis. Aku angguk perlahan. Dahi berkerut. Hati mula menyoal. Siapa perempuan cantik dan seksi ni? Datang terus peluk aku.
“Saya Nabila Husna. Panggil aje kak Bella. Kak Bella anak sulung dalam keluarga ini. Ni nak panggil apa? Maaflah masa majlis nikah kamu Kak Bella masih di Jerman. Ini pun baru sampai pagi tadi.” Cerita dia tanpa dipinta.
“Tak pe kak. Saya Dina,” jawabku dengan riak muka sedikit cuak.
“Okey, jom Dina kita sarapan dulu,” pelawa Kak Bella penuh ramah. Tangan aku ditarik untuk melabuh duduk di sisinya. Tak tahu pula mereka ada kakak sulung yang cantik. Dulu Dani tak pernah cerita pun! Oh, lupa. Dani kan suka berahsia. Aku sempat kerling pada mamy yang duduk setentang dengan aku. Seperti biasa wajahnya sentiasa bengis padaku. Sadisnya!
“Isha.. tunggu abang dulu.” Larang papa bila Danisha mahu menjamah makanan.
“Isha laparlah pa,” rengek si bongsu itu.
“Aahlah, mana Rayyan, Dina? Tak nampak pun dia?” soal granny pula. Yang lain turut turut pandang aku sambil jungkit kening kecuali mamy dan Danisha. Tanya pasal abang Rayyan juga. Tercekik air liur sendiri aku dibuatnya.
“Err…” Tergagap-gagap aku mahu menjawabnya. Almaklumlah tadi masa aku keluar dari bilik tu dia sedang tidur. Tak kan nak bagitahu kot. Kalau aku jujur mesti terkantoi sebabnya aku turun dengan Danisha tadi. Minta-minta granny tak soal macam-macam lagi.
“Kat sini haa…” sampuk abang Rayyan yang entah bila dia muncul di sini. Selamat aku. Fuhh!
“Meh, duduk sayang. Kita sarapan sama-sama. Bella pun ada ni. Pagi tadi baru sampai,” pelawa mamy dari tadi senyap tiba-tiba bersuara. Siap muka tu nampak ceria lagi.
Aku lihat langkah abang Rayyan terhenti. Matanya terpaku pada wajah seseorang tapi menghala pada aku. Aku sangka dia pandang aku tapi bukan. Aku kalih pandang sebelah. Ternyata betul sangkaan aku, dia bukan pandang aku tapi pandang Kak Bella. Lama dia merenung lama wajah Kak Bella. Bagaikan nak terkeluar biji mata dari soket. Wajah yang tenang sebentar tadi tiba-tiba berubah bengis. Dia tak lama di situ. Langkahnya dipusing balik naik ke atas kembali. Aku kaget dengan sikap abang Rayyan itu. Dan bertambah hairan bila semua yang berada di meja itu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pelik bin ajaib betul. Ada sesuatu yang aku tak tahu ni?
Aku keluar dari dapur selepas membantu Mak Siti mencuci pinggan mangkuk. Biarpun berkali-kali dilarang oleh Mak Siti. Masing-masing sudah buat hal sendiri.  Aku bosan lalu ke ruang tamu. Hajat nak tonton televisyen. Masa aku mahu menuju ke televisyen untuk mengambil remote aku ternampak Kak Bella sedang berbual dengan abang Rayyan di gazebo luar sana. Niat tadi aku ubah. Aku cuba mengintai dari dalam. Mereka nampak macam bergaduh saja. Kak Bella nampak bersungguh merayu pada Abang Rayyan. Siap mahu pegang lengan abang Rayyan lagi. Tapi abang Rayyan mengelak. Wajah dia nampak seperti orang sedang marah.
“Rayyan!” Kak bella tiba-tiba menjerit.  Abang Rayyan buat tak endah saja. Dia meninggalkan Kak Bella dan menapak mahu masuk ke dalam rumah. Aku menyedari yang abang Rayyan sedang menuju ke ruang tamu terus berselindung di sebalik langsir tebal. Namun tak sempat nak berselindung, abang Rayyan sempat tangkap aku. Dia berhenti melangkah dan pandang aku dengan wajah bengis. Aku gigit ibu jari dan kalih ke arah lain. Buat tak tahu. Sesaat kemudian abang Rayyan melepasi aku terus panjat tangga naik ke atas. aku terus hembus nafas lega. Selamat! Kelakuan mereka tadi menimbulkan kecurigaan pada aku.
Petang itu aku seperti cacing kepanasan tak tahu nak buat apa. Dari pagi tadi sampailah petang dudukku serba tak kena. Rumah memang besar tapi aku masih tak biasa lagi dengan keadaan rumah ini. Nak buat sesuatu takut kena marah. Lainlah kalau dekat rumah pak su ni, mesti tak de kerja lain. Pasti novel aku khatam  tak pun tolong pak su dekat kebun dia. Asyik merayap di segenap ruang tamu. Tiba-tiba mata aku tertancap wayar getah yang tersandar di batang paip dekat laman luar rumah. Idea pun datang.
 “ Kak Dina buat apa tu?” sapa Danisha dari belakang. Aku kalih sambil tersengih.
“Ini haa… siram pokok bunga, bosanlah tak tahu nak buat apa.”
“Rajin betul Kak Dina ni. Pak Abu kan ada, dahlah jom kita sembang.” Danisha menghenyek pungungnya di bangku batu sambil menggamit agar aku mendekatinya. Pili paip ditutup dan terus mendekati Danisha yang sedang melayan lagu melalui Ipodnya. Buktinya kedua belah telinganya disumbat earphone.
“Ada apa?”soalku sebaik melabuh duduk di hadapanya. Danisha pamer senyum nipis. Tangan ligat menekan Ipodnya. Mungkin mematikan terus.  
“ Kak Dina… kalau Isha nak bagitahu sesuatu… Kak Dina boleh terima tak?” Keningku bertaut.
“Isha tahu. Dalam hati Kak Dina hanya ada arwah Dani. Isha nak ucap terima kasih sangat sebab sanggup terima arwah walaupun kita semua tahu umurnya tak panjang …”  Sebelum Danisha terus menyambung bicaranya aku cepat-cepat mencelah.
“Pasal apa?”  Danisha senyum nipis. Wajahku ditatap sekilas kemudian dia mengeluh lembut sebelum membuka mulut.
“ Kak Dina bahagia ke kahwin dengan abang Rayyan? Aku tersentap. Pandangan ditundukkan. Sesaat kemudian aku panggung muka tatap wajah cantik Danisha.
“Nak kecapi rasa bahagia bukan mudah macam sekelip mata. Tapi ia memerlukan ruang dan waktu untuk kita dapatkannya. Kak Dina tak nafikan sekarang akak masih tak dapat nak terima abang Rayyan dalam hidup akak. Sukar untuk Kak Dina tukarkan cinta, dari Dani kepada abang Rayyan. Akak perlukan masa. Akak harap Isha mengerti.” Danisha mengangguk.
“Isha faham kak Dina. Tapi yang Isha tak faham bila abang Dani beria sangat suruh abang Rayyan kahwin dengan akak sekiranya dia tak sempat jadi suami akak. Masa abang Dani bagitahu Isha dan granny pasal ini, kami bantah. Kami cakap mana boleh buat macam tu. Sebab Kak Dina berhak pilih siapa suami dia nanti sekiranya abang Dani tak sempat jadi suami akak. Abang Dani bekeras juga. Dia nak abang Rayyan yang jadi suami Dina. Dia tak rela Dina jadi milik orang lain.” Aku tersentap. Kata-kata yang terkeluar dari mulut Danisha membuat hatiku dihimpit pilu. Pedih sangat.
“Abang Rayyan tahu pasal perkahwinan yang dirancang ini?” Sampukku laju. Danisha mengeluh berat.
“Haaa… tak. Abang Rayyan langsung tak tahu soal ini. Abang Dani minta kami rahsiakan dari dia. Kalau tak, sah-sah abang Rayyan tak akan benarkan majlis perkahwinan Kak Dina dan abang Dani akan berlangsung kalau dia sendiri akan berkahwin dengan Kak Dina akhirnya. Abang Dani sangat bijak. Mula-mula dia minta abang Rayyan ambil kursus kahwin sekali dengan dia. Lepas tu detik terakhirnya, dia minta abang Rayyan kahwin dengan Kak Dina dan kami semua tahu abang Rayyan paling sayangkan kami adiknya. Dia tak mungkin menolak. Tambah-tambah abang Dani dah nazak. Isha syak abang Rayyan terima Kak Dina sebab amanah terakhir abang Dani…” Danisha berhenti berbicara. Aku mengangguk. Semuanya sudah ditakdirkan untuk aku. Bercinta dengan orang itu tak semestinya dia jodoh kita. Perkahwinan aku dengan abang Rayyan sudah tertulis sejak azali lagi. Aku perlu cuba untuk menerima walaupun pahit.
“Ya, abang Rayyan terima akak sebab amanat Dani,” suaraku agak perlahan. Namun masih dapat di dengar oleh Danisha. Kata-kata yang diungkap oleh abang Rayyan dulu masih segar diingatan.
Isha kembali mengeluh. Tangan aku diraih dan diusap lembut. “Kasihan Kak Dina. Tersempit di antara dua beradik. Maafkan kami ya Kak Dina. Apa yang Isha boleh bantu, hanya doakan kebahagiaan Kak Dina dan abang Rayyan saja.” Aku senyum. Kami menyepi melayan perasan masing-masing. Bila teringat kejadian tadi. Wajah Danisha aku cari.
“Isha kalau akak tanya sesuatu boleh tak?” soalku kembali.
“Apa dia?” Dahi Danisha berkerut.
“Kak Bella dan abang Rayyan ada masalah ke?” Isha nampak tersentap.
“Err… maksud akak, mereka gaduh ke? Sebab pagi tadi akak ternampak diorang macam gaduh aje…”
“Kak Dina tak tahu lagi ke pasal ni? Oh,lupa pula Isha yang Kak Dina tak pernah tahu pasal abang Rayyan. Hmmm… sebenarnya Isha masih tak percaya ada lagi orang kahwin tapi zero tentang suaminya. Ingatkan hanya berlaku dalam drama saja. Tapi kali ini betul-betul berlaku pada keluarga Isha sendiri. Oh my! Kalau akak nak tahu, Kak Bella dan abang Rayyan pernah… bercinta dulu. Sebab tu mereka sekarang tak boleh nak jumpa. Macam tikus dengan kucing. Apa yang Kak Dina tengok tu memang itulah hakikatnya. ” Rahangku hampir jatuh. Mata membulat besar. Terkejut besar dengan cerita Danisha. Bercinta dengan adik beradik sendiri, biar betul?! Oh dunia!
“Kak dina jangan pelik muka pelik sangat, ya. Kak Bella tu bukan anak papa dan mamy. Dia hanya anak angkat keluarga ini. Kenapa dan sebab apa mamy dan papa ambil Kak Bella sebagai anak angkat, kami tiga beradik tak pernah tahu. Mamy, papa dan granny tak pernah bagitahu kami. Apa yang kami tahu sejak bayi lagi Kak Bella dibela oleh keluarga ini dan kewujudan Kak Bella dalam keluarga ini bukan sebagai anak angkat tapi anak sulung. Orang lain tak tahu yang Kak Bella ni anak angkat mamy dan papa.”  Tenang saja Danisha bercerita. Aku pula yang tak sabar nak tahu lebih lanjut.
“Kak Bella dibintikan atas nama siapa?” Soalku ingin tahu.
“Setahu Isha, Kak Bella berbintikan nama papa dia. Kebetulan nama arwah ayah Kak Bella sama dengan nama papa sebab itu orang lain tak syak yang Kak Bella anak angkat.  Kami anak-anak sendiri, tahu pasal ni masa Kak Bella di tingkatan lima. Itupun terbongkar masa Kak Bella terdengar berbualan antara granny dengan mamy. Dia mengamuk dan menjerit. Satu rumah terkejut. Iyalah siapa yang tak sedih dan tak terkilankan bila dapat tahu kita ni hanya anak angkat? Kak Bella tekad nak lari dari rumah. Dia tak dapat nak terima semua itu. Masa Kak Bella lari dari rumah mamy jatuh tangga. Abang Rayyan keluar mencari Kak Bella. Entah ayat apa yang abang Rayyan pakai untuk pujuk Kak Bella, kami sendiri tak tahu. Tengok-tengok Kak Bella balik dan minta ampun, berjanji tak akan tinggalkan mamy dan keluarga ini lagi.”
“Selepas tahu Kak Bella tu anak angkat terus mereka bercinta ke?” Isha kerling aku di sebelah sekilas sambil senyum kelat kemudian dia membuang pandangan terus ke hadapan.
“Abanag Rayyan ni jenis pendiam. Tak banyak cakap. Perahsia pun dia. Nak korek kisah cinta dia pun susah apatah lagi nak minta dikongsi. Dalam diam-diam mereka bercinta tanpa pengetahuan kami sekeluarga. Masa bila mereka bercinta pun kami tak tahu. Sebelum atau selepas kami tahu yang Kak Bella hanya anak angkat, abang Rayyan sendiri yang ada jawapannya.  Mereka pandai berlakon. Isha agakkan kenapa Kak Bella kembali pada keluarga ini mungkin abang Rayyan tak benarkan Kak Bella pergi. Demi cinta mereka.”
“Kalau dah bercinta dan bukan adik- beradik kandung, kenapa tak disatukan?” Danisha pandang aku. Dia jungkit bahu. Tanda dia sendiri tak tahu.
“Entahlah granny dan papa memang melarang keras pasal itu. Sebelum abang Rayyan berangkat ke Taiwan untuk sambung pelajaran, dia ada mengutarakan hasrat untuk menikahi Kak Bella. kami sekeluarga apa lagi, terkejut besarlah. Tak de angin tak de ribut tiba-tiba abang Rayyan nak kahwin dengan Kak Bella. Orang yang dianggap kakak sendiri. Tak ke gila mamy dan papa apatah lagi granny yang dah tua. Bila dilarang abang Rayyan mengugut tak mahu sambung pelajaran. Last sekali mamy pujuk, habiskan belajar lepas tu baru boleh kahwin.”
“Isha, abang Dani dan mamy ingatkan mereka berdua akan berkahwin sebab dah bercinta bagai nak rak katakan. Tapi lain pula jadinya, papa dan granny rupanya dah ada calon suami untuk Kak Bella. Anak kawan papa, mereka akan disatukan selepas abang Rayyan tamat pelajaran. Kami dua beradik tak boleh bagitahu hal ini kepada abang Rayyan takut pelajaran dia akan kecundang. Kesian abang Rayyan. Masa dia balik ke Malaysia dia dikejutkan majlis perkahwinan kekasih sendiri. Abang Rayyan kecewa. Dia marahkan papa kenapa buat dia macam tu. Abang Rayyan cakap kenapa dia disisihkan padahal apa yang papa mahukan dia buat dia patuh tanpa bantahan. Bila benda yang dia nak, papa buat tak endah. Masa tu pergaduhan Abang Rayyan dan papa sangat hebat sampaikan kami pun tak berani nak masuk campur.” Danisha menyeka cecair jernih yang mula terbit di kelopak matanya. Aku mengusap lembut bahunya. Tangannya aku sentuh lembut.
“Kami ingatkan granny mahu memihak pada abang Rayyan, tapi tanggapan kami silap. Granny dan papa bergabung menentang hasrat abang Rayyan. Mereka cakap abang Rayyan dan Kak Bella tak boleh nikah, sebab orang luar dah anggap Kak Bella anak kandung papa. Mamy pula tak tahu nak buat apa. Di sebelah sini anak yang dikandung dan dijaga. Di sebelah sana pula suami dan ibu tercinta. Abang Dani nak masuk campur tapi abang Rayyan melarang. Dia cakap biarlah soal dia yang tanggung. Ini masalah dia. Abang Rayyan pula tak boleh nak terima alasan itu. Dia tekad untuk tinggalkan rumah ini. Api kemarahan papa semakin marak, papa ugut abang Rayyan. Kalau abang Rayyan keluar dari rumah ini satu sen harta papa tak akan diberikan. Abang Rayyan tetap berdegil. Dia keluar dari rumah ini. kami semua dilarang untuk mencari atau berhubung untuk pujuk abang Rayyan ke rumah ini. Itu kali pertama kami dapat lihat perangai degil abang Rayyan.”
“Selepas kahwin Kak Bella membawa diri ke Jerman, ikut suaminya. Isha tahu dia tak boleh nak membantah sebab dia tak de hak. Suasana rumah ini semakin hari semakin suram. Dulu ada gelak tawa kami empat beradik, selepas semuanya terjadi ibarat rumah tanpa penghuni. Isha dapat tawaran belajar di US dan granny ikut sama. Granny tak sanggup nak nak hadap masalah keluarga ini lagi. Granny cakap dia dah tua. Mahu pergi bercuti sambil temankan Isha. Di antara kami semua, abang Dani yang degil. Dia selalu curi keluar jumpa dengan abang Rayyan. Abang Dani cakap abang Rayyan buka studio lukisan di Damansara untuk sara hidup dia sendiri. Kehidupan dia pun seakan tidak terurus. Abang Dani sedih. Selalu juga dia hulurkan duit pada abang Rayyan tapi abang Rayyan keras tak mahu makan duit papa. Dekat syarikat papa pun tempat abang Rayyan, abang Dani tak mahu ambil. Dia biarkan kosong. Abang Dani cakap, dia lelaki anak kedua bukan anak lelaki pertama. Jadi tempat abang Rayyan tak boleh diganti.” Aku berfikir sejenak. Patutlah hari sebelum kami kahwin wajah dia penuh dengan jambang dan misai bagai. Serabai aje nampak. Frust menonggeng rupanya.
“Masa abang Dani bagitahu mamy yang dia nak kahwin dengan Dina, mamy pula yang mengamuk dia tak nak menantu orang miskin. Papa dan granny tak bantah. Diorang tak nak ulangi sejarah abang Rayyan. Tapi mamy tetap dengan keputusan dia. Tak tahu nak  buat apa, abang Dani pergi berjumpa dengan abang Rayyan minta sokong. Abang Rayyan sanggup tolong, sebab dia tak akan benarkan nasib abang Dani jadi macam dia. Tambah-tambah kami tahu nyawa abang Dani tak panjang. Demi kebahagian abang Dani, abang Rayyan kembali ke rumah ini setelah sekian lamanya abang Rayyan pindah keluar. Lepas kita berjumpa di kedai makan hari tu, kami balik ke rumah ini untuk berbincang soal perkahwinan akak dengan abang Dani. Masa itulah mamy buat tawaran perjanjian dengan abang Rayyan. Kalau mamy izinkan abang Dani kahwin dengan Kak Dina, abang Rayyan kena kembali ke rumah ini dan bekerja dengan papa. Abang Rayyan bersetuju, studio yang dekat Damansara dijual pada rakan kongsinya. Dia akan kembali ke rumah ini dan akan bekerja syarikat keluarga. Mamylah orang yang paling gembira bila abang Rayyan kembali ke rumah ini. Siap panggil Isha dan granny balik Malaysia lagi. Tapi kami tak boleh balik lagi sebab pengajian Isha masih dan semester lagi.” Danisha mengakhiri ceritanya.
Abang Rayyan… orang yang bertanggungjawab majlis akad nikah, aku dan Dani berjalan dengan lancar. Dia mempertahankan istana mahliga kami. Namun kuasa Allah aku dan dia disatukan dalam ikatan nan suci. Demi Allah tak pernah terlintas di fikiran aku untuk kahwin dengan lelaki yang pernah aku tak suka dulu.
Kak Nabila ataupun Kak Bella… perempuan yang pernah bertahta di hati abang Rayyan. Ah, cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Macam aku juga! Habis kalau macam tu macam mana dengan jalan perhubungan kami nanti? Allah hanya Engkau saja yang mengetahuinya.








SCK 8

Bab 8
Masa kami mahu melangkah masuk, abang Rayyan menarik lenganku mendekati dia agak kasar sedikit. “Kau dengar sini, mamy tak sukakan kau dan aku takkan berkepit dengan kau semata-mata mahu bela diri kau tu! Jadi kau pandai-pandai sendirilah nak elakkan diri dari berjumpa dengan mamy,” bisik abang Rayyan berbaur ugutan. Aku tarik lengan sambil mengusap lembut.
“Habis tu, kenapa abang bawak saya ke sini?” bidasku lancang, geram dan begang. Dia sepatutnya bersyukur sebab aku sanggup datang ke mari. Ini tak? nak marah-marah adalah.  Abang Rayyan mengerling tajam sebelum dia mengatakan sesuatu dan aku tayang muka biasa seolah tak ada apa-apa yang berlaku.
“Kau ingat aku kempunan sangat nak ajak kau ke sini? Kalau bukan disebabkan granny dan Isha yang beria mahu jumpa dengan kau tak perlu aku tebalkan muka aku ni menghadap keluarga kau, tahu tak? Dahlah jangan cakap banyak lagi. Masuk cepat!”tukasnya dengan wajah dingin. Hilang muka kacaknya. Sesaat kemudian dia menapak laju meninggalkan aku. Aku membuat muka geram sebelum berlari anak untuk menyamai langkahnya.
Sebaik saja kaki mencecah masuk ke villa yang di beri nama Villa Astana. Agak  besar juga, kelibat abang Rayyan terus ghaib dari pandangan. Aku ditinggalkan sendirian terkapai-kapai di tengah puluhan orang para tetamu yang langsung tidak aku kenali. Sakit hati betul dengan sikapnya itu. Mahu saja aku menangis sekuat hati untuk mengatakan yang aku mahu pergi dari sini pada saat itu juga. Dani… Dina perlukan Dani sekarang, tolonglah. Aku merintih dalam hati.
“Puan Irdina ke?” Aku menoleh ke belakang bila namaku diseru.
“Ya,” balasku pendek.
“Oh, nasib baik. Mak Siti orang gaji kat rumah ni. Tadi Encik Rayyan pesan minta puan naik ke biliknya. Tuh di atas,” beritahu wanita tua itu dengan sebuah senyuman terukir dibibir sambil menuding jari telunjuknya ke atas, arah bilik abang Rayyan. Aku mengangguk tanda faham sambil berbalas senyuman dengan wanita separuh abad itu sebelum dia beredar dari situ.
“Eh, tangga yang mana satu? belah kanan ke belah kiri bilik dia? Aku dah lupa la. Aduh…” ngomelku, bila tiba di tengah ruangan rumah itu. Mana taknya ada dua belah anak tangga. Tergaru-garu aku memikirkan arah yang mana satu ditunjukkan oleh Mak Siti baru sebentar tadi. Tersalah naik dan masuk bilik orang naya aku nanti! Itulah masa orang tunjuk jalan bukan nak dengar betul-betul sekarang sendiri yang pening. Ah, naik jelah. Dah nama anak tangga. Semuanya nak tuju naik ke juga ataskan? Aku meredah saja tangga sebelah kanan kerana kanan perlu diutamakan. Semua perbuatan kena didahulukan yang kanan. Lebih afdal.
“Heh!Heh! Nak ke mana tu? Siti! Siti! kamu tak bagitahu budak ni, ke? Aku memang pantang kalau orang luar naik rumah aku bebas macam ni!” Jantung bagaikan berhenti berdegup bila suara nyaring itu menampar di cuping telingaku. Dengan perlahan-lahan aku memusingkan tubuh untuk menoleh ke belakang. Air liur kuteguk berkali-kali.
“Hey, perempuan! Kau rupanya! Apa yang kau buat apa kat sini, hah?” herdik mamy. Mak mentua tersaaayang! Mengundang semua mata-mata menoleh ke arah kami berdua. Aku menggeletar tiba-tiba. Malu diperlakukan sedemikian.
“Kan aku dah bagitahu kau jangan berani tunjuk muka kau depan aku! Baik kau pergi sebelum aku halau kau!” pekik mamy lagi, siap dengan amaran sekali. Soksek-soksek. Aku terdengar bisikan demi bisikan dalam kalangan tetamu yang hadir itu. Air muka jatuh begitu juga dengan air mata. Malu. Itulah yang aku rasa sekarang seolah aku hina dipandangan mereka. Dengan pantas aku berlari turun dari anak tangga dan mahu meninggalkan rumah itu. Namun langkahku terbantut kerana disekat oleh seorang gadis. Tanganku dipegangnya kemas. Aku kerling sekilas. Danisha!
“Kau ni kenapa Dynaz? Dah tak reti nak hormat orang ke? Mana tatatertib yang mama ajar kau selama ini? Kau tak malu dekat tetamu ke, hah? Maki hamun menantu sendiri.” Seorang wanita separuh yang anggun bertudung datang membela aku.
“Kalau mama nak tahu. Disebabkan dialah! Anak saya Dani, mati! Dynaz tak suka dia!” Lantang sahaja suara mamy menjerit sambil menuding tepat jari telunjuknya betul-betul ke arah wajah aku. Air mata sekali lagi menitis keluar. Wajah mamy yang bengis aku pandang. Aku tahu aku tak layak untuk menjadi menantu keluarga ini. Tapi kenapa aku dikaitkan dengan kematian kekasih hati sendiri? Salahkah aku minta dikahwinkan dengan orang yang usianya tak panjang semata-mata mahu menghalalkan perhubungan kami ini?
“Suka hati kaulah Dynaz, yang penting dia isteri pada cucu aku. Jadi aku nak dia ada dekat sini untuk majlis pada malam nanti!” suara wanita tua itu, tegas.
“Yelah mamy, biarlah Kak Dina duk sini. Lagipun Isha nak beramah mesra dengan kak ipar Isha yang cantik ni,”suara Danisha disebelah aku pula, dengan senyuman yang manis sambil mengemaskan pelukkan di lenganku.
“Huh!” rengus mamy kasar. Jelingan tajam dihadiahkan kepadaku sebelum dia beredar dari situ.
“Jangan pedulikan kata-kata mentua kamu tu, Dina. Walaupun dia tu anak granny, kalau kamu tak puas hati jangan asyik ikut telunjuk dia. Sekali sekala melawan,” ujar wanita tua itu lagi dengan membiasakan dirinya granny. Oh, inilah granny. Sekarang baru aku berkesempatan berjumpa dengannya.
 “Wah, granny! Ajar ajaran yang tak baik untuk cucu menantu ni. Tapi kalau sikap mamy macam tadi, Isha setuju sangat!” usik danisha. Aku cuba mengukir senyum.
“Hrmm.. kamu ni Danisha nak perli granny konon. Yang kamu tu, macam granny tak tahu. Suka sangat melawan mamy kamu,”bidas granny. Isha tersengih kambing.
“ Kak Dina, jom! Isha tunjukkan bilik abang Rayyan.” Badanku tergerak sedikit bila Danisha menarik lenganku untuk menaiki anak tangga.
“Granny kami naik dulu ya,”laung Isha kepada granny.
“Iya. Tapi jangan lupa turun pula nanti,”pesan granny. Aku hanya jadi pendengar saja.
“Ok, sini bilik abang Rayyan,” beritahu Danisha bila kami tiba betul-betul di hadapan sebuah bilik yang ada tanda nama ‘Rayyan’. Aku mengangguk sambil memerhatikan keadaan sekeliling dalam rumah ini.
Aku dapat lihat ada buah empat buah bilik di atas tingkat ini dan dua buah bilik pula di seberang sana. Di tengah ruang satu ruang kosong yang menyambung tingkat ini untuk ke sebelah sana. Sejadah dan kain telekung banyak yang tersidai di penyidai. Mungkin itu ruangan solat. Siap ada almari, sofa dan meja bulat lagi. Memang mewah. Aku kalih kembali pada Isha di sebelah kemudian pandang bilik di hadapan. Bagaikan ada satu suara berbisik ke telinga aku untuk kalih pada bilik sebelah. Hatiku menjadi sebak.
“Ini bilik Dani ke?” soalku perlahan.
“Aah,” ujar Danisha sebak. Tapi tidak lama, terus dia kembali ceria.
 “Eh, apa tunggu lagi jomlah masuk? Mesti abang sedang tunggu tu!” Eh, kejap! Abang sedang tunggu tu! itu bermaksud abang Rayyan sedang tunggu aku dalam bilik dia kan? Biar betul ni..Tak akanlah kot. Walaupun dia suami aku tapi aku tak rasa akan mendatangkan keamanan tapi mengeruhkan keadaan adalah. Tak nakkk!
“Isha.. boleh tak kalau Dina tumpang bilik Isha dulu buat masa sekarang,” pintaku dengan wajah dibuat sedih.
“Haa..mesti Kak Dina segan dengan abangkan? Tak pe Isha faham. Dah, jom Isha bantu Kak Dina mengemas, ya.” usik Danisha sambil tersenyum dengan penuh bermakna padaku. Aku mengangguk perlahan-lahan.
Aku yang ditinggalkan Danisha keseorangan di bilik, berkira-kira mahu mengenakan baju yang sesuai untuk dipakai pada majlis malam nanti. Ikutkan hati tak kisah pakai baju kurung mana-mana pun memandangkan aku ini jenis biasa saja. Bila difikirkan kembali majlis ini diadakan di rumah mentuaku yang gah dengan kemewahan walaupun hanya majlis tahlil. Rasa seganlah pula nak pakai macam selalu aku pakai.
“Kak Dina, dah siap ke belum.” Teguran dari Danisha mengejutkanku. Danisha sudah mendekat. Bahuku dipegang untuk menghadap dirinya. Dagu aku juga dia donggakkan untuk pandang ke wajahnya.
“Kenapa ni? Berkerut je muka tu?” soal dia lagi.
“Sebenarnya Isha, akak tak tahu nak pakai baju apa? Baju akak semuanya dah lama. Kalau pakai cincai-cincai takut rosakkan majlis  pulak,” aduku dengan nada sebak. Danisha ketawa kuat sampai keluar air matanya. Terasa aku sekejap. Nampak sangat aku ni anak kampungan.
“Isha, akak serius ni!” suaraku seakan merajuk.
“Maaf-maaf. Sekejap ya.”Danisha memohon maaf sebaik sahaja tawanya hilang. Air mata yang keluar disapu lembut. Dia berjalan ke arah almari bajunya. Mencari sesuatu.
“Dah jumpa pun!” Danisha menayangkan sepasang jubah berwarna unggu hitam. Penuh dihiasi manik di bahagian leher dan lengan yang berwarna putih mutiara, membuatkan mataku bulat memandangnya.
“Tak payah nak segan, ya. Ambil dan pergi salin. Anggap ini hadiah Isha kepada Kak Dina. Cepat sikit tau!” arah Danisha lalu menolakku ke arah bilik air.
Usai mengenakan jubah yang diberikan oleh Isha, aku sarung selendang yang aku bawa dari rumah. Warna unggu muda untuk matchkan dengan jubah itu. Dari biasan cermin solek, aku nampak mata Isha bersinar-sinar. Aku terus kalih.
“Kenapa? Nampak pelik ke?” soalku lurus.
“Tak lah. Cantik sangat!” puji Danisha terus tersengih.
“Ada-adalah Isha ni. Danisha lagi cantik.” bantahku.  Dia mencemik. Tapi memang tak dapat dinafikan Danisha memang cantik. Kalau aku jadi lelaki memang dah lama aku ngorat. Hee…
“Abangg… cuba tengok!” Danisha menjerit memanggil abangnya sebaik kami keluar dari bilik dan kebetulan abang Rayyan juga mahu turun ke bawah.  Abang Rayyan sedang mengemaskan butang baju melayunya pantas menoleh ke belakang. Dia nampak tercengang sedikit. Aku cepat-cepat tundukkan pandangan, malu dengan renungan tajam darinya.
“Hah, dah terpikatlah tu!” sergah Danisha cuba mengusik abangnya. Aku masih menunduk memandang lantai. Segan pula bila abang Rayyan pandang aku macam nak telan masuk ke mulut saja.
Majlis tahlil arwah berjalan lancar dengan kehadiran jemaah masjid. Namun yang cacatnya, sepanjang majlis itu berlangsung aku langsung tak dapat duduk dengan keadaan selesa. Mamy asyik terjeling maut pada aku. Nasib baik granny dan Isha ada di sebelah, dapat jugalah aku bernafas sikit. Nak bergantung harapan dengan suami sendiri yang dua puluh empat jam serius memanjang tu… jangan berharaplah Dina oii.
 Usia berkemas apa yang patut, granny meminta aku temani dia untuk ke biliknya. Masuk ke bilik granny yang agak luas, besar dan cantik itu aku melabuhkan granny ke tilamnya. Granny meminta aku letakkan bantal di kepala katil untuk dia bersandar. Katanya dia ada sesuatu nak bagitahu aku.
“Dina duduk sini.” Granny mengarahku agar duduk di tepinya. Tilam ditepuk berkali-kali. Aku menggeleng tanda tidak mahu. Rasa tidak layak untuk duduk di sebelah granny. Disaat aku mahu melabuh duduk bersimpuh di bawah, tangan granny pantas menarik tanganku untuk duduk di sisinya.
“Dina, terima kasih sebab sudi jadi menantu di rumah ini. Terima kasih juga sebab sudi terima Rayyan sebagai suami Dina. Maaf granny tak de masa majlis akad nikah kamu. Masa tu granny dan Isha masih ada dekat US,” suara granny seraya mengusap lembut kedua belah tanganku. Aku hanya tersenyum lembut.
Granny tahu, mustahil untuk Dina menerima perkahwinanan ini. Mana taknya, bercinta dengan adik tapi nikah dengan abang,” canda granny pula. Aku masih membisu. Kekok mahu berbual dengannya tatkala ini.  Kami sepi seketika sebelum granny buka mulut.
“Dina, nak tengok gambar Dani sewaktu dia kecik?” Granny mengambil sebuah album yang terletak di meja lampu sebelah kepala katil. Dia menggamit aku agar mendekatinya. Album dibelek. Mata terus tertancap pada album itu.
“Ini gambar Dani masa dia di lahir. Comelkan dia? Ini pula masa dia mula-mula pandai merangkak. Ini pula masa dia pandai berjalan dan berlari. Ini masa dia masuk tadika . ini sewaktu dia ada perkhemahan pengakap di sekolah menengah. Ini gambar dia sewaktu terima keputusan SPM. Antara calon terbaik. Ini gambar dia di UM. Semuanya dirakam dalam album ini. Khusus untuk dia saja. Granny rindukan arwah, sebab tu granny belek album dia. Tak sangka dia dahulu yang pergi tinggalkan granny. Dulu granny selalu pesan dekat mereka bertiga, sekiranya granny pergi dulu sedekahkan al-fatihah selalu buat granny. Tapi hakikatnya terbalik, dia yang pergi dulu.” Aku senyap. Wajah granny aku tatap lembut. Jelas di wajah tuanya riak kesedihan.
“Dina,” Granny pegang pipiku.
“Ya granny,” ujarku. Tatapan granny sangat mendalam ke anak mataku.
“Tiga sebelum majlis akad nikah kamu, Dani ada telefon granny. Dia minta sesuatu daripada granny. Dia minta granny cerita segala-galanya pasal dia dan juga keluarga ini pada Dina. Dia cakap dia mungkin tak sempat nak cerita semua pada kamu. Mulanya granny enggan, granny suruh dia yang cerita sendiri sebab granny tak sanggup untuk kehilangan dia lagi.  Tapi apa daya kita, ajalnya yang sampai dulu.” Aku ukir senyum nipis.
“Granny Dina seorang gadis yang baik. Garang tapi suka senyum. Hormatkan orang tua walapun keras kepala tu ada sedikit. Kalau granny jumpa dia nanti granny juga akan jatuh cinta dengan dia. Itulah yang sering Dani bagitahu granny. Dani selalu report pasal Dina pada granny. Serba sebri tentang Dina, granny akan dimaklumkan oleh dia setiap hari. Ternyata memang betul apa yang diperkatakan oleh arwah. Patutlah Dani beria nak kahwin dengan Dina. Dina betul ikhlas sayangkan dia. Kalau Dina nak tahu, Dani juga ada bagitahu granny. Nak pikat Dina susah sangat. Sampai dia sendiri adakalanya berputus asa. Granny nasihatkan dia kalau dia cakap nak pikat Dina kena pikat keluarganya dulu. Baru diterima.” Granny tergelak kecik. Lucu dengan cerita dia sendiri.
“Dani budak yang ceria. Sejak kecil lagi dia selalu aktif. Tak pernah kenal erti putus asa. Apa yang dia inginkan dia akan dapatkan. Walaupun terpaksa melawan cakap orang tuanya dan berebut dengan adik beradik sendiri. Sejak kecik lagi dia memang macam tu. Suka  bertengkar dengan orang tua sendiri kalau keputusan yang dia nak tak sebulu. Mamy suruh dia sambung dekat oversea sama seperti Rayyan, dia berkeras nak sambung dekat Malaysia saja. Dia cakap belajar di dalam Negara pun boleh berjaya juga. Macamlah di Malaysia ni tak de yang pakar. Itulah Dani. Suka sangat nak menangkan keputusan dia sendiri.” Aku jungkit kening. Seakan tidak percaya dengan cerita granny. Dani seorang yang begitu ke? Sepanjang kenal dengan dia, baik aje dia layan pak su dan  mak su. Siap patuh lagi arahan mereka. Mungkin dia ikut cakap granny. Nak pikat aku, dia kena pikat hati orang tua aku dulu. Kerana cinta manusia sanggup lakukan apa saja!
“Sampaikan perkara serius pun dia sembunyikan dari kita semua. Dia rela tanggung sendiri dari bagitahu keluarganya. Kalau tak jumpa dia pengsan di pejabat kami tak akan tahu yang dia sedang alami sakit barah otak. Dani... Dani. Suka bertindak sendiri. Granny memang tak sangka juga masa dia cakap dia nak kahwin, granny ingatkan dia bergurau. Sebelum ini mana pernah dia cakap yang dia ada kekasih. Dia kata dia tak layak untuk bercinta dan dicintai disebabkan penyakit dia. Tup-tup cakap dia ada kekasih dan mahu berkahwin. Mahu mengamuk mamy kamu tak nak restu perkahwinan kamu. Tak setaraflah. Tapi Dani tetap berkeras dengan keputusannya. Granny ikut saja. Asalkan dia bahagia.” Granny berhenti seketika. Tubuhku dirangkul seketika.
“Isha juga ada bagitahu granny, penyakit Dani dah sampai tahap kritikal. Badan dia pun semakin susut. Wajah pucat memanjang. Masa itu dia tertekan sangat. Sama ada nak teruskan perhubungan dengan kamu ataupun tidak. Akhirnya dia rela melepaskan kamu kerana dia sayangkan kamu. Dalam masa yang sama dia tak sanggup nak tinggalkan kamu. Puas dia cari jalan sampaikan dia minta tolong granny. Granny sendiri sedih dengan takdir hidup cucu granny sendiri. Dia terpaksa luka hati orang dia sayang demi cinta.”
“Patutlah bila Dina sebut pasal keluarga dia senyap saja. Dia suruh tunggu. Sampai satu saat Dina akan tahu juga. Dina tak tahu mamy tak pernah nak restui perhubungan ini dan Dani berasal dari orang berada. Kalaulah Dina tahu, Dina tak mungkin bercinta dengan dia.” Akhirnya aku bersuara dalam sendu. Setelah lama membisu. Sungguh kalau aku tahu dari awal lagi pasal latarbelakang Dani, aku akan jauhkan diri dari dia.
Granny tersenyum sebelum menyambung bicaranya. “Dia ada cerita pasal itu dengan granny. Granny yang suruh dia buat macam tu dekat Dina. Maafkan granny Dina. Granny buat semua tu untuk Dani. Granny tak nak Dani menderita disebabkan penyakit dan cinta. Granny minta Dani rahsiakan semuanya daripada kamu. Nak tengok keikhlaskan kamu kepada Dani. Ternyata cinta kamu membuktikan segalanya. Pasal mamy tu, kamu bersabarlah sikit, insya Allah granny yakin suatu hari nanti dia akan terima kamu juga nanti.” Aku tahan sendu. Bila difikirkan balik, kisah cinta aku sangat menyedihkan. Dugaan bercinta dengan orang kaya. Perlu diuji dulu sama ada ikhlas ataupun tidak.
“Dina… granny pinta pada Dina sangat-sangat. Kalau Dina boleh cintakan Dani, tak akan Dina tak boleh cintakan Rayyan juga, kan? Granny nak Dina lembutkan hati Rayyan yang keras itu dengan kasih sayang Dina yang tulus. Dani dan Rayyan perangai lebih kurang sikit. Tapi Rayyan egonya tinggi sangat. Runtuhkan ego kelelakiannya dengan cinta sejati Dina. Tolonglah ya, sayang.”
Ucapan granny membuat aku lagi sekali terdiam dan terkelu. Tidak mampu berkata-kata. Air mata tiba-tiba menitis, hatiku juga begitu. Terharu dengan permintaan dari granny itu. Dia nampak sangat berharap agar aku menyintai cucunya seorang lagi. Tapi aku… aku tak yakin yang aku dapat melakukannya. Dahlah rahsia yang disembunyikan oleh Dani baru saja granny bongkarkan. Ini nak mintak aku serahkan hati aku pada abang Rayyan pula. Tak semudah itu.
 “Dina, granny tak sanggup untuk lihat Rayyan terluka lagi sekali. Granny dah terlalu tua, mungkin tidak lama untuk hidup di dunia ini. Granny teringin sekali untuk melihat wajah itu tersenyum. Dina jadilah penawarnya. Ubati dia dengan cinta sejati Dina itu,”sambung granny lagi seraya menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Erat sekali untuk aku leraikan.
Aku mengeluh kecil. Granny masih lagi berusaha memberi harapan kepada aku dengan kata-kata yang mendalam dan sangat tersirat maksudnya. Air mata semakin laju bercucuran sampaikan granny menyeka dari terus mencurah sebaik sahaja dia meleraikan rangkulan itu.
“Jangan menangis sayang, granny tahu Dina boleh lakukannya. Hmmm…alang dah terlanjur bercerita ni,  Dina nak tahu pasal suami Dina pula ke?”
  “Dah lewat ni, granny perlu berehat. Lagipun otak Dina masih belum dapat terima dengan cerita tadi, ini nak ditambah pula dengan cerita baru. Nanti jamlah otak Dina.” Aku bercanda dalam duka.  Granny mengangguk.
“Granny faham. Lagipun Dina dah jadi menantu keluarga ini, bila –bila masa granny boleh cerita kan? Tak pelah granny dah ngantuk ni. Dina pun tentu Rayyan sedang menunggu di bilik di.”  Granny membaringkan diri ke tilam lalu memejamkan mata. Aku menarik kain selimut untuk menyelimuti tubuh tua itu. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik dan mematikan lampu.
‘Ya Allah, Kau bimbinglah hati ini. Kau tabahkanlah hati ini untuk menempuhi segala ujian yang datang dari Engkau. Bukakanlah pintu hati ini untuk menerima si dia yang bergelar suamiku walaupun hati ini sudah mempunyai cinta yang lain. Sekiranya dia sememangnya tercipta untukku ya Allah, satukan kami dengan redhaMu,’ doaku sebaik aku menutup kemas daun pintu bilik granny.