BAB 2
“Maksu Dani. Dani Maksu… Dina nak ikut mereka.” rayuku
dengan esakan masih bersisa. Badanku cukup lemah untuk berdiri. Maksu
menghampiri cuba membantuku.
“Sabar Dina. Sabar! Insya Allah Dani selamat.” pujuk Maksu
memapahku untuk berdiri.
“Jom Dina !Abang hantarkan.” Faiz bersuara
tiba-tiba. Baginya tidak sanggup untuk
melihat setiap titisan air mata yang jatuh di jubir mata adik sepupunya itu.
Walaupun mereka sepupu itu tidak dapat menghalangnya daripada menyintai gadis
yang bernama IrDina Awfa itu secara diam.
“Pergilah sayang, Maksu dan Paksu akan uruskan segala
urusan disini.” Ujar Paksu sambil menyapu sisa air mataku.
Aku dan abang Faiz tiba di perkarangan hospital PPUM selepas 10 minit perjalanan.
Ketika aku mahu menghampiri keluarga Dani. Aku lihat ibu Dani tergesa-gesa
meluru ke arahku dengan muka yang agak bengis.
“Tak guna punya perempuan. Di sebabkan kau lah, anak
aku mati. Kau tahu tak ,hah!” Jergah ibu
Dani sambil memukul tubuhku dengan handbagnya.
“ Apa? Dani… Dani dah tak de ke?” ujar ku perlahan
dengan air mata merembes keluar. Aku hampir pitam tetapi abang Faiz sempat
memaut tubuhku.
“ Kau sukalah kan? Kau memang dah rancang awal-awal
kan, supaya anak aku yang sakit tu kahwin
dengan kau cepat-cepat. Dapatlah kau bolot semua harta benda anak aku , kan? Dasar perempuan tak tahu malu?” herdik ibu
Dani berbaur hinaan .
Aku tidak berganjak dari situ. Aku rela dipukul dan di
hina. Demi Allah aku tak tahu siapa keluarga Dani sebenarnya. Dia tak pernah menceritakan perihal
keluarganya padaku.
“Dani jangan tinggalkan Dina, Dani.” Rintihku di dalam
hati.
“Puan tolong hormat sikit. Di sini hospital bukannya
rumah Puan, yang boleh sesuka hati mengutuk adik sepupu saya. Puan sepatutnya
bersyukur sebab dia masih sudi untuk kahwin dengan anak Puan yang dah nak mati
itu.” bentak Faiz dengan kasar benar-benar berang dek kerana tak tahan bila
melihat Dina dikasari.
Dany yang bersabar dari tapi terus naik angin dan
memandang dengan penuh perasaan amarah ke arah Faiz bila nama adiknya disebut.
“Encik tolong, arwah adik saya baru je pergi. Tolong
jangan kaitkan dia dalam hal ini.” Dany cuba berlembut walaupun ada getar dalam
bicaranya.
“Mak kau ni. Tak reti nak hormat orang langsung!!. Dina!
Kan abang pernah bagi amaran pada Dina. Kalau nak kahwin cari yang setaraf
dengan kita. Kalau tak jadi macam nilah!!” Lantang sekali suara abang Faiz
sambil menakutkan semua orang yang berada di situ.
Aku tidak mampu berkata apa. Aku pun tak tahu samada
aku perlu bersedih atau marah pada Dani. Selama 2 tahun kami bercinta.
Sepanjang kami berhubungan dia sentiasa berlagak macam orang kebiasaan macam
kami. Kalau aku tahu keluarga dia orang berada, pasti ku tutup pintu hatiku ketat-ketat
buatnya. Tapi hal ini sudah pun berlaku. Aku tak boleh tarik balik pintu hatiku
yang dipenuhi dengan cinta Dani.
“Hey mulut kau jaga sikit. Dasar orang kampung tak
beradab. Sedarlah diri sikit. Kalau tak kerana Dani tu anak aku. Tak mahunya
aku kahwinkan dia dengan kau.” Sekali lagi ibu Dani mengherdik aku dan abang Faiz.
“Mamy sudah lah Dani baru je pergi. Sabarlah mamy.” Dany
cuba memujuk Mamy yang semakin menggila.
“Mamy tak nak tengok perempuan ada di sini, juga pada
hari pengebumian Dani dan buat
selama-lamanya. Mamy nak kau halau dia sekarang, Dany!” laung ibu Dani sambil
menunding lurus jari telunjuknya tepat ke wajahku.
Dany mengeluh kasar sambil menguak sedikit rambutnya
ke belakang sebelum menghampiri isterinya itu.
“Kau baliklah dulu. Kalau kau terus di sini, roh Dani
pasti terseksa.”
“Tolonglah, saya merayu . Saya mahu tatap wajah Dani
buat kali terakhir.” rayuku sambil merenung anak mata Dany untuk menagih
simpati padanya. Rayuanku tidak dipedulikannya.
“Aku kata balik. Baliklah! Kau nak tengok mamy aku
mengamuk lagi ke!!.” Jergahan dari Dany secara tiba-tiba mengejutkan ku dan tangisan
ku semakin laju.
“ Dina dah lah. Baik kita balik. Tak guna merayu dekat
keluarga macam ni. Tak pernah nak hormat maruah kita. Jom!!”
Abang Faiz memcengkam
kuat lenganku lalu mengheret aku keluar
dari ruangan bilik pembedahan itu. Pandangku masih menatap Dany yang sedang
memandangku tajam.
Seminggu selepas kejadian itu, aku asyik mengurungkan
diri dalam bilik tanpa makan dan minum. Malam dan siang bagiku sama sahaja.
Hidupku seperti tidak bermakna tanpa Dani disisiku.
“Macamana harus ku lalui liku-liku kehidupanku selepas
ini.” Aku mengeluh sendiri.
“Dina!Dina ,bukalah pintu ni sayang,dah seminggu Dina
macam ni. Tak baik nak. Yang dah pergi tetap akan pergi nak. Kita yang masih
hidup ni mesti teruskan sayang , bukak lah.”
Suara Maksu
kedengaran dari luar kamar cuba memujuk aku. Aku memekakkan telinga.
“Dina! Bukan pintu ni sekarang! Sebelum abang
pecahkan!”
Aku terdengar suara abang Faiz memekik tiba-tiba
membuatkan aku terkedu sendiri.
“Abang dah tak boleh nak sabar dengar sikap Dina macam
ni. Dina nak ikut mati sama ke, hah?”
Aku masih terdiam.
“Dina! Cuba Dina fikirkan? Siapa yang besarkan Dina
selama ni? Mak dan ayah abang kan?? Dina
tak kesian mereka ke? Bukan Dina sorang yang menderita tahu tak? Kami semua pun
turut menderita kalau sikap Dina terus macam ni. Kenapa Dina perlu bersedih
sangat hah. Abang tak sangka, Dina boleh selemah ini disebabkan seorang
lelaki.”
“Iz, jangan macam ni. Bawa bersabar Iz.”
Aku mendengar Maksu cuba memujuk anak sulungnya itu.
Hatiku betul-betul tersentuh dengan kata-kata abang Faiz. Aku tahu aku banyak
menyusahkan keluarga ini. Di sebabkan kematian kekasih hati aku sanggup lupakan
keluarga yang banyak menolong aku. Aku berdoa dalam hati untuk diberikan kekuatan dalam kesabaran. Dengan keadaan yang
masih lemah aku membuka pintu kamar ku. Maksu cepat-cepat menghampiriku lantas
memelukku erat. Pandanganku jatuh pada
abang Faiz yang sedang memekup wajahnya ke dinding. Aku terkejut bila melihat
seorang yang aku anggap seperti abangku sendiri
turut menangis buat kali pertamanya kerana sikap aku yang bodoh ini.
Sejak itu aku mula bangkit dari kemurungan. Aku tekad
mahu berubah tidak mahu bersedih lagi. Cutiku masih berbaki seminggu,untuk
menghilangkan rasa bosan aku banyak menghabiskan masaku termenung di buaian
halaman rumah. Kenangan bersama arwah masih berlegar segar di benak fikiranku.
“Nah bunga ros?” Hulur Dani tiba-tiba. Membuatkan aku
terperanjat.
“Sa...saya.. aaa syemmm!!!!”
“Dina how dare you ,ya? Tahu lah bunga ros ini Dani
beli dekat lorong sana, harganya pun tak
mahal. Tak payah nak kutuk bagai” rajuk Dani dengan mulut memuncung.
“Bukan macam tulah . Sebenarnya Dina alah dengan
bunga. Sebab tu terbersin. Dani ni sikit-sikit nak merajuk tahu .” bidasku
geram.
“La macam tu ke?
Tak tahu pun.” tanya Dani dengan muka tak bersalah langsung.
“Hmm nampak sangat Dani tak peka dengan Dina kan?”
soalnya lagi dengan muka dibuat-buat comel.
“Tu lah. Lain kali siasat dulu, sebelum tuduh.”
marahku sengaja ingin mendera perasaannya.
“ Sory, sory. Janji Dani tak nak buat lagi
.”ucapya siap berikrar lagi. Melihat telatahnya. Kami ketawa bersama-sama.
“Dina nampak susut lah. Dah tak cantik lagi.”
Sapaan dari abang Faiz, memoriku bersama Dani terus
pergi dibawa angin bayu.
Aku hanya tersenyum kelat padanya. Abang Faiz
mengambil tempat dihadapanku. Sambil menayangkan sepingan berisi beberapa
potong kek. Abang Faiz sangat mengambil berat terhadap diriku, sampaikan si Dani
pun naik cemburu. Abang Faiz ni abang sepupu yang paling aku sayang mana taknya
masa aku berusia setahun lagi dia sudah memanjakan aku. Masa tu aku dan dia
sahaja ada. Fazlee, Faizal, Fairuz dan Farhan tidak wujud lagi. Sebab itu abang
Faiz lebih sayangkan aku berbanding adik-adiknya yang lain tambahan pula aku
sorang je perempuan. Lagi naik minyak lah aku.
“Nah abang bawak kek kegemaran Dina. Penat tahu abang
pergi beli tadi, semata-mata nak pujuk adik abang ni. Cepat bukak mulut biar
abang suapkan.” Ujar Faiz sambil
menyuakan sudu yang berisi secubit kek Cheese Peanut Blueberry kepadaku.
“Abang .. Dina dah besarlah. Malulah.” Pantasku
menolak pelawaannya sambil menggeleng kepalaku laju seraya menutup mulutku
kemas-kemas.
“Apa yang nak dimalukan. Dari kecil lagi abang yang
duk mandi dan suapkan Dina. Sekarang baru nak malu dengan abang, ya. Tahu lah orang tu
dah kahwin. Ujar abang Faiz sambil
menekan sedikit kata akhirnya itu. Aku tahu dari dulu lagi abang Faiz tak
berkenan aku berhubungan dengan Dani.
“Okeylah-okeylah…” Aku cuba untuk memujuknya lalu ku
ngangakan sedikit mulutku.
“Nah? Macamana sedap tak Dina?” Tanya Faiz dengan
matanya bersinar-sinar.
“Sedap-sedap. Dah lama tak makan kek ni. Lambatlah
abang suap. Biar Dina suap sendirilah.”
Aku cuba merampas pingan dari tangannya kerana tak sabar
mahu menghabiskan kesemua kek itu. Sedang kami bergelut, kek yang berada dipingan itu terkena di mukanya. Aku mengetawakannya.
Dia geram bila aku ketawa lantas dia mencalit sedikit kek yang berada di
mukanya itu lalu dilumur ke muka ku.
“Abang!!!! Apa ni?” Pekikku sambil menyapu
sisa kek dipipiku.
Sedang mereka asyik bergurau senda. Ada sekeping hati
sedang membara panas.
“Ceh!! baru seminggu Dani pergi, kau mula jumpa
pengantinya. Nampak sangat kau tak ikhlas menyintai adik aku. Dani aku akan
tolong ajar kau perempuan ini, untuk
hargai cinta kau.” Cemuh Dany lalu membuka pintu keretanya dengan kasar.
“Assalamuaikum!!”
“Waalaikumussalam.”
Salam itu dijawabku serentak dengan abang Faiz.
Aku bagaikan terkaku sendiri bila terlihat seorang
lelaki tercegat berdiri di luar pagar rumah yang hampirku lupakan.
“Kenapa dalam tempoh seminggu baru dia datang
mencariku. Adakah aku ini isterinya lagi atau tidak?” soalku dalam hati.
“Err abang buat apa ke sini?” tanyaku gugup sebaik
sahaja membuka pintu pagar.
“Cepat berkemas , ikut aku balik. Malam ni ada kenduri
arwah.” jawab Dany dingin.
Aku terkesima dengan kata-katanya, satu arahan yang
wajib ku patuhi. Aku kalih pandanganku pada abang Faiz. Dia hanya mengangguk sahaja.
Aku bagaikan mengerti lalu beredar dari situ dan terus masuk ke rumah.
Sebaik sahaja melihat kelibat adik sepupunya masuk ke
rumah Faiz menghampiri Dany.
“Hai.. tak kan baru sekarang, teringat nak jemput
isteri kot.” perli Faiz sinis.
Dany hanya memeluk tubuhnya sahaja.
“Aku tak kenal kau, tapi aku memang tak suka dengan
kau. Disebabkan kau sudah jadi suami adik sepupu aku. Aku minta sangat jangan
lukai hatinya. Hatinya cukup rapuh untuk dilukai. Kalau aku dapat tahu dia
menderita disebabkan kau. Aku tak teragak-agak akan tuntut bela.” Marah Faiz
berbaur ugutan sebelum berlalu dari situ.
“Berani kau ya.? Aku akan pastikan fizikalnya tidak
tercedera, tapi aku jamin hatinya lenyai disebabkan kau.!! Laung Dany sambil
tersenyum sinis.
Faiz pantas memalingkan tubuhnya menghadap Dany.
Sambil memgenggam tangannya dia meluru ke arah Dany. Belum sempat dia berbuat
apa-apa. Ibu dan ayahnya berserta Dina muncul.
“Selamat kau kali ni.” Sungut Faiz dalam hati.
“Mak Su, Pak Su Dina pergi dulu ya.” Ujarku selepas menyalami
tangan kedua-duanya itu.
“Hati-hati Dina. Ingat pesan Pak Su. Kamu sekarang
sudah bersuami, taat perintahnya. Sekarang syurga kamu terletak padanya.”
Pesanan dari paksu ku balas dengan anggukan aku
arahkan padanganku ke arah Dany yang sudah berada di keretanya.
“Dina, kalau senang selalu jenguk kami disini ya.” Mak
su cuba mengingatiku.
Air mataku merembes keluar dengan laju. Mulai detik
dan saat ini kehidupanku bakal berubah.
“Tak payah nak buat drama air mata kat sini lah
.”perli Dany sebaik aku masuk ke dalam kereta Audinya.
“Ya Allah, macamana aku mahu menempuhi kehidupan dengan
lelaki yang panas baran serta berhati dingin ini.” rintihku.
Sepanjang
perjalanan ke rumahnya kami diam seribu bahasa. Tanpa siaran radio mahu siaran
percuma dari kami berdua. Bila tiba di sebuah villa agak besar. Dia mengarahku
keluar. Aku keluar dengan langkah perlahan-lahan. Mulutku terlopong kerana
terlalu terpegun. Buat kali pertama aku menjejak kaki kerumah besar begini.
“Yang kau tercengap terlopong lagi apa hal? Cepatlah
masuk.!!” Arah Dany bengis.
Sergahan dari Dany membuatkan aku mempercepatkan
langkah mendekatinya.
p/s
untuk waniey yang sentiasa setia nak baca cerita ini. betul ke tak tak tahu ehehe
salamsayang dari Domi Nisa
No comments:
Post a Comment