jalan cerita untuk novel ini diubah suai semula untuk melengkapkan jalan cerita yang sedia ada...semoga setelah dioleh dan diedit dapat memuaskan semua :)
Prolog
“Tepi sikit boleh tak? Aku nak lalu!”
Kedebuk! Tak sempat nak buat apa-apa, badan aku
dilanggar dari belakang. Kesemua buku
dari pegangan aku terjatuh ke bawah. Ya Allah apa punya oranglah! Tak
menyempat langsung. Tahulah ruang kedai ni sempit lagi padat. Jangan nak
dirempuh kalau dah tahu orang di hadapan nak lalui. Siap bawa timbunan buku
sampai tak nampak jalan!
“Dah tahu diri tu nipis macam lidi, tak payahlah bawa
buku banyak sampai menggunung! Orang berjalan pun susah.” Oh Allah! Bukan saja
dia berkasar dengan aku malah nak mengejek lagi saiz badan aku dan siap blah
lagi. Bukan nak tolong! Hello aku bukan suka-suki nak bawa, tapi ini kerja aku!
Ini rasa nak meletup saja. Jantung dan hati dan tersentak habis.
Aku mengecilkan mata. Menatap belakang tubuh seorang
lelaki yang baru berlalu pergi itu, “hey, berhenti!” Jerit aku kuat seraya
menunding jari telunjuk lurus ke arahnya. Tak tahan lagi rasa marah yang sedang
membuak kini. Nasib baik keadaan kedai ini tak de pelanggan kecuali si dia yang
kasar itu.
Lelaki itu menoleh sekilas kemudian dia melangkah
pergi lagi. Tak sempat aku nak menangkap gambaran raup wajahnya. Hati
mengelegak menahan kemarahan. Aku tunduk membuka kasut sebelah. Bangkit semula
dan bersiap sedia untuk berperang. Aku mengangkat naik tangan kanan ke atas dan
mata mencari sasaran yang tepat. Sasaran dikenalpasti, aku dengan ringan
melayangkan kasut dan melemparkan pada si dia. Yeay! Tepat dan mengena. Hebat
juga aku ni. Boleh tukar kerja jadi sniper!
“Aduh!” Lelaki itu menggosok belakang kepalanya. Dia
kalih pandang dengan mata yang tajam menikam menembusi sampai ke belakang. Aku
tayang muka toya. Seram sejuk juga. Buatnya dia baling balik. Mati kena
hempuklah aku!
Tanpa berkata
lelaki itu menunduk, mengambil kasut aku dan terus melangkah keluar dari kedai
buku ini. Kepalaku senget sebelah. Ingatkan dia nak balas balik tapi sebaliknya.
Alahai…
Sesaat kemudian, “Wey, kasut tu!” Jeritku. Tapi
lelaki itu dah menjauh pergi. Hmmm… nampak gayanya berkaki ayam jugalah aku
balik rumah nanti. Lelaki yang kasar dan berlagak itu pasti aku kenang
perbuatannya sampai seumur hidup! Tak cam wajahnya tak mematahkan rasa geram
aku pada perbuatan dia itu tadi. Siaplah kau!
Bab 1
Buku-buku yang tersusun cantik di rak, aku pandang kosong. Hari-hari
mengadap timbunan buku. Rasa dah naik berpinar biji mata aku. Mana taknya
hampir 5 tahun aku kerja dekat buku ini. Sebuah kedai buku yang tidak besar dan
tidak kecil. Terletak di Jalan TAR. Menjual semua jenis buku. Buku untuk
budak-budak sekolah, majalah, novel termasuklah buku-buku agama. Di sinilah
punca rezeki aku. Di sini jugalah aku banyak
mengenali pelbagai jenis ragam manusia. Walaupun gajinya tak lumayan
tapi cukuplah untuk tampung diri sendiri.
Aku
hanya sebatang kara di dunia ini. Hidup pun menumpang kasih sayang dengan keluarga
pak su dan mak su. Berkongsi kasih dengan lima orang lagi anaknya yang semuanya
lelaki. Aku sangat terhutang budi dengan mereka. Walaupun tak mewah, tapi kasih
sayang terlebih mewah. Sehingga aku tak pernah merasakan diri ini tidak beribu
dan berayah.
“Dina!Dina!”
Aku tersedar dari lamunan sebaik Fara, rakan sekerja melaung memanggil nama
aku. Aku kalih ke belakang.
“Apa?”
“Tadi
kata nak balik kan? Dah lewat ni, pergila balik.”
Aku kerling
jam tangan di pergelangan tangan kiri. Jarum sudah menunjukkan hampir pukul
enam setengah petang. “Ya Allah!” Aku tepuk dahi sendiri.
“Apa
hal pulak ni?” Fara terkejut dengan telatah aku. Aku tayang wajah suci.
“Betul
cakap kau. Aku dah terlebih lewat. Balik dulunya. Kejar tren. Heee…”
“Tahu
sangat dengan perangai kau tu. Dah pergilah lagipun shift kau dah habis
dari pukul 5 lagikan?” Aku senyum manis dan bangkit lalu ke bilik belakang
untuk mengemas apa yang patut. Seketika kemudian aku kembali ke hadapan.
“Aku
balik dulu ya Fara, nanti bagitahu Kak Am sekali ya,” ujarku kepada Fara sebaik
kelibat Kak Am isteri kepada bos aku Encik Khalid tiada di situ.
“Okey,
hati-hati balik tu.” Sempat lagi Fara menjerit memberi pesanan. Aku yang sudah melangkah keluar dari kedai
hanya angkat tangan saja tanpa menoleh kepadanya.
Aku
mengagau mencari kad touch and go di dalam beg sandar. Dari tadi
lagi duk cari tapi tak jumpa-jumpa. “Ish, mana pula pergi kad ni? pagi tadi
elok je ada dalam beg. Time kelam-kabut nilah dia nak buat hilangkan
diri pula!” ngomelku sendiri. Mata masih menjenguk ke dalam beg dengan kaki
melangkah. Tiba-tiba…
“Aduhh!”
Aku terlanggar seseorang dari hadapan.
“Maaf, saya tak sengaja!” Aku tunduk memohon
maaf.
“Dina!
Dina kan?” Aku terus mendonggak. Dahi sedikit berkerut. Seorang lelaki yang aku
langgar tadi menegur. Seolah dia kenal dengan aku.
“Siapa
ya?” soalku kembali. Wajah itu gagal untuk aku mengecam di dalam memori otak
ketika ini.
“Amboi,
mentang-mentang lama tak jumpa! Dah tak kenal dekat aku ya? Akulah Hafis... yang
pernah ngorat kau dulu. Tapi tak sempat, kena penampar abang kau. Eh, abang Faiz
dekat mana sekarang, dia sihat tak?”
Aku
ketuk dagu seketika. Cuba mengecam figure lelaki itu. “Hafis… Hafis... Haa… ingat-ingat.
Oit, tetiba tanya pasal abang Faiz ni mesti rapat gila dengan dia kan?” usikku
sambil mengerling sekilas pada orang seorang lelaki di sebelah Hafis yang tidak
berkelip memandang aku.
“Hahaha…
me…mang rapat gilaaa. Penumbuk sulung yang dia kasi dekat aku masih terkesan
lagi,tau!” Aku mencemik.
Hafis memang begini. Tak sah kalau tak kenakan
aku setiap kali bersua muka dengannya. Teringat zaman sekolah dia cuba mengorat
aku, tak sempat nak mengayat dah kena penumbuk sulung abang Faiz, anak lelaki
sulung pak su. Jadi hubungan kami kekal sebagai kawan baik saja.
“Hai,
saya Dani. Kawan pada kawan awak ni,” suara lelaki di sebelah Hafis. Aku curi
pandang sekilas. Segak dengan kemeja berwarna unggu terang. Kena dengan kulit
tubuhnya yang cerah. Orangnya tak besar dan tak kurus. Rambut nampak berikal
sedikit. Wajahnya asyik tersengih macam kucing miang saja.
Tiba-tiba
dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku. Aku hanya menunduk
tanda hormat dan tangannya dibiarkan tanpa disambut. Dia seakan menyedari
khilafnya terus memohon kemaafan.
“Er…
maaf,” pintanya sambil menggaru belakang kepalanya. Aku senyum herot sekilas
sebelum beralih pada Hafis.
“Kau
sekarang kerja dekat mana?” soalku pada Hafis.
“
Kerja dekat sana tu, haa.” Hafis berpaling ke belakang sampai menunding jari
pada sebuah bangunan empat tingkat, bersebelahan dengan bangunan complex
Sogo yang tertera tulisan ‘Syarikat Rady Jaya Holdings’.
“Wah,
hebat kau sekarang! Syarikat besar jugak tu. Siap jadi pengurus besar lagi,
jelesnya aku…” Aku jungkit kening. Hafis sengih panjang sambil menggaru
belakang tengkuknya.
“Saya
pun kerja dekat sana juga. Tapi kuli aje…” celah kawan Hafis tanpa dipinta. Aku
ukir senyum nipis. Tersangatlah nipis. Hmmm… menyibuk aje dia ni. Orang tak
tanya pun! Mestilah dia kerja dekat situ. Kan dia kuli si Hafis.
“Eh,
Hafis lain kalilah kita borak-borak lagi, aku kejar masa ni,” ujarku sambil
kerling jam di tangan. Mamat di sebelah Hafis itu masih setia duk pandang aku. Aku
buat tak reti. Bukan aku tak tahu maksud muka miang itu.
“Kalau
ya pun baklah nombor telefon dulu,” pinta Hafis pula. Lelaki itu turut
mengangguk sama. Aish, memang kaki penyibuk!
“Banyak
songeh betulla kau ni. Meh sini telefon kau.” Hafis mencapai telefonnya di
kocek seluar lalu menghulurkan kepada aku. Sebaik memasukkan nombor telefon
sendiri ke dalam telefonnya, aku meminta izin untuk balik ke rumah memandang
senja mahu melabuhkan tirainya. Masa aku
mengatur langkah meninggalkan mereka, kawan si Hafis beria melambai tangan say good bye padaku. Aku buat tak nampak.
Nasib
aku baik. Sesampai saja di Stesen Masjid Jamek, Lrt baru saja tiba. Jadi aku
tak perlu menunggu 15 minit lagi untuk tren seterusnya. Setiap petang waktu
pejabat memang beginilah. Penuh sesak dengan orang yang baru balik dari kerja. Tiba
di KL Sentral aku turun dan keluar dari stesten itu untuk mendapatlan bas rapid
sebelum sampai ke rumah pak su. Masa naik bas, aku dapat rasakan ada seseorang
sedang perhatikan aku. Bila aku berpaling. Tiada sesiapa yang mencurigakan. Tangan
dah siap pegang telefon. Kot-kot terjadi sesuatu aku boleh tekan nombor abang
Faiz terus. Abang Faizkan pegawai polis.
Tiba
di simpang rumah pak su, aku tekan loceng menandakan aku mahu turun di
situ. Turun dari bas tiba-tiba ada seorang
pemuda menyapa.
“Cik,
boleh saya tanya?”
“Ya?”
Aku mengerling sekilas pada lelaki di sebelah dengan wajah berkerut. Macam
kenal aje mamat ni. Berbaju kemeja unggu terang. Siapa ek? Aku ni kalau bab
mengecam orang memang fail!
“Ni
dekat mana ya?” soalnya sambil tertinjau-tinjau.
“Pantai
Permai,” jawabku pendek.
“Alamak
saya tersalah turunla ni?” Soal dia balik. Ada nada sedih kedengaran. Kesian
pulak aku tengok.
“Awak
nak ke mana sebenarnya ni?”soalku pula.
“Err…
nak ke Mid, hah! ya nak ke Mid.”
“Oo…
Mid. Dah betul. Sepatutnya tadi awak tak perlu turun, awak teruskan aje. Bas
tadi akan berhenti dekat Stesen Universiti. Jangan risau awak tunggu bas datang,
lepas tu awak turun dekat stesen u, dekat situ awak boleh pilih nak naik teksi
atau bas untuk ke Mid,” jelasku berjeda. Harap-harap mamat itu faham.
Mamat
itu mengangguk. Itu tandanya dia fahamlah apa yang aku bagitahu. Kalau sesat
lagi pandai-pandailah dia tanya orang nanti. Aku teruskan perjalanan masuk ke
lorong rumah.
“Assalamualaikum
mak su!” laung aku. Kasut dibuka lalu meletakkan di atas rak.
“Walaikumussalam.
Dah balik Dina?” soal mak su sebaik menyahut salam dari aku.
“Yup,”
balasku pendek seraya melangkah masuk ke dalam sambil melepaskan lelah di sofa.
Mak su menghilangkan diri ke dapur semula.
“Pak
su ke mana mak su?!” Soalku sedikit kuat agar suara sampai ke telinga mak su.
“Ke
mana lagi kalau petang-petang macam ni, ke kebunlah,” jawab mak su mendekati
aku sambil menatang dulang. Mak su
melabuh duduk di sebelah aku sambil meletakkan dulang ke atas meja. Air kopi
dituangkan kepadaku. Aku menyisip air kopi sedikit sebelum jejemput yang
dihidang oleh mak su aku capai lalu disumbat masuk ke dalam mulut.
“Dina
tak nak kahwin lagi ke? Umur dah 25 tahun.” Aku tersedak sebaik mak su
mengutarakan soalan cepumas itu.
“Err… laa, Dina dah 25 tahun ke mak su?”
jawabku sambil tersengih kambing. Sengaja nak elak.
“Ish,
budak ni! boleh pula dia buat lawak,” bebel mak su. Pipi aku ditarik sedikit. “Iyalah
sayang, kamu dah 25 tahun! Dah boleh kahwin pun. Nak tunggu abang Faiz kamu
lambat lagi. Kamu yang perempuan eloklah kalau kamu kahwin dulu.”
“Alah
mak su… Dina bukan tak nak kahwin tapi calonnya tak de lagila nak kahwin. Kalau
mak su ada calon… sekarang juga Dina nak langsung,” candaku seraya melentok
manja di bahu mak su
“Betul
ni Dina?”
Aku tegakkan
badan. Badan dipalingkan mengadap mak su. “Betul apa mak su?” soalku kembali. Buat-buat
tak faham maksud mak su itu.
“Kamu
nak kahwin kalau mak su ada calon?”
“Mak
su ada ke?” soalku lagi dengan dahi berkerut seribu.
“Ada.
Anak Mak cik Timah dekat belakang rumah kita. Anak sulung dia yang baru balik
dari Jepun. Nak ke? kalau nak mak su boleh pergi risik sekarang.”
“Abang
Hakim ke? tak naklah! Lagipun buat malu aje orang perempuan yang risik pihak
lelaki,” dalihku lembut. Aku bangkit dari duduk. Bersedia nak larikan diri.
“Laa…
kenapa tak boleh pula? Sekarang ni orang tak kira dah kalau perigi mencari
timbanya. Hakim tu budak baik, lembut, orangnya pun sedap mata memandang, Dina.
Kalau mak su tak kahwin lagi, dah lama mak su pergi mengorat.” Mak su
berseloroh pula. Aduhai mak su ni! Boleh tahan juga gediknya. Hee…
“
Apa kata, mak su aje yang ambik. Lagipun mak su cakap tadi dia lembutkan. Itu
bukan lembut mak su. Tapi terlebih santun!” jawabku seraya mencicit lari masuk
ke bilik dengan terkekek ketawa.
“Dina!
“Tak
guna si Fara! Nasib baik aku pakai seluar panjang hari ni. Kalau tak, jangan
harap aku nak panjat tangga ni!” Pagi tadi sesampai aku di kedai, Fara
mengeluarkan arahan untuk mendera aku. Dahlah tak bagitahu yang stok baru nak sampai.
Banyak pula tu nak kena susun. Dia pula entah hilang ke mana. Memang nak kena
si anak tu!
“Cik!
cik!” Aku berdecit sedikit bila ada seseorang memanggil dari bawah.
“Apa?”
soalku geram sambil menjenguk ke bawah. Dalam ramai pekerja dekat bawah,
kenapalah aku yang duk panjat tangga ini yang dicarinya. Ish, angin betul aku!
“Nak
tanya, novel dekat mana, ya?” Novel
yang ditanya. Aku ingatkan nak cari buku anak sekolah! Muka macho tapi sayang… mat
jiwang rupanya ni.
“Tu…dekat
rak sana!” laung aku dari atas sini. Kerja
aku dekat atas sini masih belum selesai lagi dek kerana lelaki itu pelanggan
aku jadi aku perlu tunjukkan kepada dia. Masa aku mahu turun tangan luruskan ke
kiri untuk menunjukkan arah rak yang
mengandungi novel kepada lelaki itu. Entah macam mana tiba-tiba tangan aku
tersentuh buku yang masih belum disusun. Serentak itu semua buku tersebut
terjatuh dan menghempas dia di bawah.
“Aduhh!” Alamak! alamak mati aku! Aku terus turun
dengan cemas.
“Maaf-maaf…
maaf encik, saya tak sengaja.” Aku tunduk berkali-kali bila kaki mencecah
lantai. Harap dia tak kenapa-kenapa.
“Tak
pe,” jawabnya.
Aku
mengerling sekilas. Boleh dia senyum sedangkan tadi baru kena hempap dekat buku
yang agak tebal juga? Dalam terpaksa aku menghulurkan sebuah senyuman nipis
sebelum menunduk sedikit untuk mengutip buku-buku yang jatuh tadi untuk di bawa
ke rak lain. Bila mana aku mahu melangkah, aku terlanggar tangga dan menyebabkan
tangga itu terjatuh dan mahu menimpa lelaki itu.
“Bahaya!”
jeritku kuat. Sepantas kilat lelaki itu menoleh dan menangkap tangga itu.
“Fuh!
selamat.” Aku menghembus nafas lega. Kalau tak dah jadi arwahlah lelaki tu.
“Awak
ni memang membawa virus malapetakalah! Ini dah dua kali awak membawa bala pada
saya.Cukup kali ke tiga, kita memang berjodoh,” bebel lelaki itu dengan wajah
serius.
“Gila!”
bidasku geram. Kenal pun tak. Boleh pulak nak sebut pasal jodoh? Sewel!
“Awak
cakap saya gila?” sergah mamat itu sambil bercekak pinggang. Tertelan terus air
liur aku.
Lelaki
itu berjalan ke rak yang tersusun novel. Dia main capai saja novel-novel yang
berada di atas rak itu. Aku agak dalam sepuluh biji dia ambil. Tidak lama
kemudian dia kembali mendekati aku.
“Nah,
pergi bayar!” arah dia tiba-tiba. Dengan selamba badaknya dia menjatuhkan
kesemua novel di tangannya kepada aku.
“Beratnya,” ngomelku. Sepuluh buah kot! Mahu
tak patah tulang tangan aku.
“Awakkan
pekerja dekat sini. Jadi sebagai pelanggan, saya berhak nak suruh awak bawakkan
untuk saya.” Tokok dia pula sambil menjungkit kening sebelah. Darah sudah
berderau naik ke muka menahan marah.
“Awak
ingat awak pelanggan… awak boleh buat apa saja ke? Kedai ni ada sediakan raga
atau… awak tak nampak? Awak ingat saya ni pekerja yang baik ke? Sorryy… Nah, rasakan!” Dengan sengaja
aku jatuhkan kesemua novel yang dia mahu beli di atas kakinya.
“Aduhh!!”
jerit lelaki itu menyeringai kesakitan. Padan muka!
“Dina,
kenapa tu?!” soal Kak Amnah ataupun Kak Am melaung dari kaunter hadapan. Mungkin
terkejut dengar pelanggan dia menjerit kuat. Kalah pontinak!
“Tak
de apa-apa Kak Am! Janganlah risau,”jawabku cuba berselindung. Aku menari-narikan
kedua belah kening diiringin dengan senyuman sinis pada dia. Itulah siapa suruh
cari pasal dengan aku? Lelaki itu masih lagi tersenyum. Pelik betul.
Dia
mengalih novel-novel itu ke sebelahnya. “Dah cukup 3 kali! Jadi sekarang secara
rasminya awak jadi makwe saya ya, sayang. Nah,ini kad saya. Nanti jangan lupa
hubungi,”suara lelaki itu sambil membuat gaya orang sedang bercakap dengan
telefon sebaik dia meletakkan kad namanya di atas himpunan novel tadi. Serentak
itu dia pun beredar dari situ. Aku terpinga seketika.
“Hey,
novel-novel ni!” jeritku sebaik dia sudah menghilangkan diri dari kedai ini.
“Tak perlu nak terpekik-pekik. Dia dah bayar
tadi. Novel tu semua dia hadiahkan untuk Dina,” bagitahu Kak Amnah yang semakin
menghampiriku. Aku garu kepala yang bertudung. Bila masa pula dia pergi bayar? Pelik
bin ajaib betul lelaki itu.
Aku tunduk
mengambil kad namanya dan menatap seketika. Kemudian aku menyerahkan kad itu kepada
Kak Amnah. “Kak Am ambillah. Kalau tak nak buang je,”ucapku bersahaja. Kaki
mahu mengatur langkah untuk menyusun buku-buku yang belum siap disusun lagi
tapi dihalang oleh kak Amnah
“Kenapa nak buang pula? Sayang tahu Dina. Masuk
saja dia terus bayar harga novel yang dia nak beli. Siap cakap simpan duit
baki. Beruntung sungguh kalau Dina dapat dia , tau! Dapat baca novel free…tak akan tak nak berkenalan kot?”
soal Kak Amnah dengan senyuman melirik padaku. Aku senyum herot.
“Kalau
Kak Am nak ambillah, Dina tak mahu! Kalau Kak Am tak nak, Kak Am kasi aje dekat
si Fara. Dia tu memang pantang tengok lelaki pelik macam mamat tadi.”
“Amboi,
jual mahal tu!”bidas Kak Amnah sambil menggeleng. Sebuah cubitan lembut dia
kasi pada lenganku sebelum dia beredar dari situ. Aku mengaduh manja.
“Kak
Am ambil ni! buat spare, kot-kot abang Khalid kamu buat hal nanti. Bolehlah
akak ngorat dia. Jangan menyesal ya kalau
mamat pelik tu terpikat dekat akak!” laung Kak Amnah sebaik dia tiba di kaunter
depan sana.
Aku mencebir. “Ambillah!” balasku kembali
sambil tersenyum.
Seperti biasa lepas waktu kerja aku akan menuju
ke Stesen Lrt Masjid Jamek untuk pulang ke rumah selepas solat Asar di kedai. Masa
aku mengatur langkah tiba-tiba…
“Aduhh!!”
Aku lantas menoleh bila ada seseorang menjerit mengaduh kesakitan.
“
Encik dah kenapa?” soalku hairan.
“Awak
pijak kaki saya! Eh, awak, sayang saya!” Pada mulanya kedengaran agak garang
lepas tu cepat saja berubah intonasi.
Aku
amati wajahnya. Eee... mamat ni lagi! Jap! kalau tak silap aku, kan? Dia ni
juga yang tanya aku nak pergi ke Mid tempoh hari. Yelah memang sah dia! Dia memang
sengaja nak cari pasal dengan aku ke? Baiklah kita tengok siapa yang menang!
“Bila
masa saya pijak kaki encik? Setahu saya tadi saya jalan elok je?” soalku
sedikit kasar.
“Tadi…
sakit tau! Nasib baik tak patah aje. Kalau tak awak kena hantar saya pergi
hospital,” rengeknya manja. Aku mencemik, geram.
“Awak tahu tak, sayang. Awak memang
ditakdirkan untuk sayalah. Jumpa sekali dah rasa kuatnya jodoh kita. Buktinya
ni dah 4 kali awak sakitkan saya. Biasanya orang cakap 3 kali dah berjodoh. Ini
dah lebih 3 kali memang sah awak jodoh saya,” katanya ceria. Aih, tadi sakit. Tetiba
guna ayat macam nak mengorat ni. Tak boleh pakai mamat sengal ni.
“Encik
ni perasan lebih tau! Kenal tak sampai sehari boleh cakap yang saya ni jodoh
awak? Betul ke tak encik ni?!” pekikku, geram.
Eh,
bukan ke kita dah kenal? Sayalah Dani, kawan Hafis.” Jujur dia berterus terang.
Aku juling ke atas. Hah? Kawan si Hafis ke dia ni? Oo… mamat yang duk tenung
aku bagai nak tembus saja. Patutlah miang semacam!
“Kenapa
ni Dina?” Dalam kekecohan kami berdua, Hafis
tiba-tiba datang. Aku tarik nafas lega.
“Ni!
kawan kau memang perasan habis!”aduku dengan wajah marah.
“ En…
Eh, Dani apahal kau ni?”suara Hafis
berbelit-belit.
“Apa
kau sebut tadi?”soalku dengan wajah berkerut. Hafis ni cakap berbelit. Pening
aku dibuatnya.
“Eh,
tak de sebut apa-apalah,” pintas Hafis laju. Aku pandang Hafis tajam. Dia mengangguk.
“Betul!”
Tekad dia menjawab.
“Tak
kesahla! Tapi aku nak kau ajar dia Pendidikan Moral sikit. Aku rasa time
sekolah dulu dia selalu ponteng kelas ni,” bidasku lancang.
“Pendidikan
Moral untuk orang bukan Islamlah sayang,” celah lelaki itu lembut. Ya Allah! Apa
kena dengan mamat ni…tapi silap aku jugakan? Pelajar Islam mana masuk kelas
Pendidikan Moral. Aigoo….
“Sudahlah!”
marahku lantas meninggalkan mereka berdua. Hafis dengan kawannya memang
sama-sama sengal dan sewel!
Sebaik
menapak tiga langkah ke hadapan, aku kembali menoleh kebelakang. “Hafis! nasihat
sikit dekat pekerja kesayangan kau tu! Jangan mudah mengaku cinta pada orang
yang tak kenal. Nanti merana!” laungku.
“Saya
takkan merana! Sekali saya dah jatuh cinta malah siap kata cinta dekat
seseorang itu. Pasti saya akan setia pada orang yang saya cinta itu!” balas mamat tadi dengan laungan
juga.
“Uh!”
dengusku lantas melajukan langkah kerana orang awam di sekeliling sudah
berbisik sesama mereka.
No comments:
Post a Comment