Tuesday, 13 June 2017

Bab 10
Fayyad menghempas pintu kereta dengan begitu kuat. Seolah ingin menunjuk hatinya sekarang cukup marahkan seseorang kepada dunia. Sebaik kaki menjejak masuk ke dalam rumah, dia merebahkan diri ke sofa. tangan dah naik sebelah ke dahi sambil menghela nafas dengan kasar. sungguh hati fayyad ketika ini hancur dan berkecai bila teringatkan kejadian tiga hari yang lalu. di sebabkan perkara itulah dia hilangkan diri dan langsung tak balik ke rumah. telefon jugak dimatikan dari dihubungi oleh sesiapa.
"Baru nampak bayang abang? Abang ke mana?" sergah Fatin dari dapur sebaik terdengar ada seseorang membuka pintu. Fatin melabuh duduk di sebelah Fayyad.
"Abang kecewa sangat dik...Hati abang dah terluka...Abang sayang dia sepenuh hati abang, tapi dia rela curang dengan abang," luah Fayyad. Keadaan dia masih seperti itu juga. Fatin dah garu kepala.
"Apahal dengan abang ni? Fatin tak fahamlah. Ini abang tahu tak yang Waina dah kahwin dengan bos Fatin malam tadi," terus terang fatin berkata.
" Apa?! Waina dah kahwin. Bila?" terkejut Fayyad. serta merta dia betulkan kedudukan dan terus mengadap Fatin.
"Yang abang nak terkejut sangat ni kenapa? Rilekslah sikit. Pasal Waina sekejap lagi Fatin cerita. tadi abang duk emosional sangat tu dekat siapa sebenarnya? dekat kak erin ke?"
Fayyad mengeluh berat. dia kembali bersandar ke sofa.
"Ya dik, pasal kak ekin. Tiga hari yang lepas abah dia telefon bagitahu abang yang erin tak balik rumah. abah dia ingatkan abang ada dengan erin. Abang jugak terkejut jadi abang pergi ke rumah dia untuk cari erin tengok-tengok erin balik bagitahu yang dia kena tangkap basah. Luluh hati abang dik...abang malu...abang tahu macam mana nak bagitahu pasal dekat mama dengan papa..jadi nak ubat hati abang yang terluka ni abang sewa chalet di melawi..." Fayyad bercerita. setitis air mata jantannya menitis turun. Fatin rasa simpati. Bahu Fayyad disentuh lembut.
"Sabar ya abang. Mungkin kak Erin bukan jodoh abang,"
"Takpelah. Biarkan dia dengan laki yang dia pilih tu. Ni, abang nak tahu kenapa Waina boleh kahwin dengan bos Fatin secara tiba-tiba ni?"
"Dah abang jual mahal dengan dia sangat! Waina pun dah penat nak tunggu abang. daripada tunggu abang bagai pungguk rindukan bulan lebih baik dia kahwin dengan bos Waina yang pantas bertindak," selamba saja Fatin menjawab. Mulut Fayyad sudah luas melopong.
"Ap..apa yang adik cakap ni? Waina tunggu abang?" tergagap Fayyad menutur.
"Ya.Waina memang dah lama sukakan abang. Sejak kami berkawan lagi. Fatin selalu perhatikan dia. Bila berhadapan dengan abang Waina pasti menunduk. bila fatin tanya perasaan dia dekat abang, dia mengaku yang dia sayangkan abang. Dia terpikat dengan abang masa lihat cara abang ambil berat terhadap Fatin. Waina ada bagitahu beruntungnya Fatib sebab ada abang macam abang. Tapi sayang ketulusan cinta dia kepada abang langsung tak disambut oleh abang. Abang, Waina pernah cintakan abang…abang tahu ke?” soal Fatin matanya setia menatap wajah kusam Fayyad.
“Waina cintakan abang…? Tanya Fayyad semula perlahan saja. Sesaat kemudian dia gelak halus. “adik jangan nak bergurau boleh tak? Ia tak lawak langsung,” sanggah Fayyad.
“Allah ya rabbi! Kepala otak abang memang dah jamming selepas kak erin tinggalkan abang ke? Seumur hidup adik, adik tak pernah nak buat lawak yang tak lawak pada abang ya? Adik cakap betul. Ini betul-betul bukan cubaan! Waina memang suka dan cinta dekat abang, tapi sebelum dia kahwin dengan bos adiklah. Sekarang adik rasa dia dah tak cintakan abang kot! lagipun dia ada bagitahu, tak guna jadi pungguk rindukan bulan,”
Fayyad terkelu seketika. Sungguh dia terkejut sekarang. “betul ke Waina cintakan abang? Macam tak percaya aje abang rasa. Selama ini dia takde pula tunjuk yang dia sukakan abang. Abang…abang…
“Abang oii! Waina tu perempuan bukannya lelaki yang berterus terang tanpa selindung. Abang tak payah ambil kisah pasal ini sebab waina dah selamat jadi isteri pada encik riyad,” cantas fatin laju.
Fayyad mencari anak mata fatin. “Waina dekat mana sekarang? Dia tak datang ke hari?” soalnya seakan orang sasau saja.
“Dia dah berhenti. Sekarang mereka ada di rumah lama Waina. Kenapa tanya?”
Fayyad dibersuara sebaliknya dia bangkit seraya mencapai gugusan anak kunci kereta. Dia perlu mencari Waina untuk mendapatkan kepastian dari gadis itu. Fatin sudah bingung sendiri.

Waina ralit memasak nasi kerabu untuk Riyad. Pagi ini dia nak masak special untuk suaminya. Semalam dia sudah menjalankan hak dia sebagai isteri buat riyad. Dia rela dan bahagia dengan layanan riyad terhadap dia. riyad seorang lelaki yang baik dan penyayang itulah anggapan waina terhadap lelaki itu.
“Ayang,” sapa Riyad dari belakang. Masuk ke dapur terus dia mendapatkan waina yang membelakangi dia. tubuh Waina dirangkul lembut dan dagu ditongkat ke bahu wanita itu. “masak apa?”
Waina kalih sambil mendongak ke atas sedikit. “Huna nak masak nasi kerabu kuning untuk abang. Hari tu abang makan nasi kerabu warna birukan? Hari ini Huna buat khas untuk abang sorang. Nasi ni ada tumis tahu,” jelas Waina sambil tersenyum manis.
Riyad tersenyum juga dan terus mengucup pipi mulus Waina. “Tak sabarnya nak makan masakan dari isteri abang ni. Masakan yang paling sedap,”
Waina sudah tersipu malu terus kalih ke tempat lain. Bibir bawah digigit perlahan. Hatinya sudah berombak tsunami. Riyad jungkit hujung bibir. Wajah waina yang sedikit menunduk diangkat sedikit. Mata mereka saling berlaga sekarang.
“Huna, jujur abang cakap. Abang bahagia semalam,” ujar Riyad. Lembut dan menggoda. Sudah berapa lama dia dahagakan belaian seorang wanita yang bernama isteri, semalam telah ditunaikan dengan baik dan menyenangkan hatinya oleh Waina.
“Abang duduklah Waina sediakan makanan untuk abang,” Riyad senyum kemudian dia menarik tangan seraya dibawa ke bibir untuk dikucup. Pipi Waina semakin membara. Riyad mendongakkan semula wajahnya. Dia mendekati wajahnya ke wajah Waina. Semakin lama semakin hampir.Satu kucupan singgah di dahi Waina dan diteruskan aktivitinya itu dipundak hidung pula. Akhirnya perhentian bibir tebal itu mahu singgah di bibir nipis Waina bila sahaja mahu memagut tiba-tiba…
“Assalamualaikum!”
Ada seseorang datang berkunjung ke rumah mereka.
“Wa’alaikumussalam,” Waina cepat-cepat menjawab salam dan terus sahaja dia mendapatkan siapa tetamu yang datang berkunjung itu.
Riyad mengeluh berat. Hati tiba-tiba panas. Sikit sahaja lagi bibir nipis milik Waina mahu bersatu dengan bibir ada pulak si pengacau siapa tak bengang!
“Abang Ayyad?!” mata Waina serta merta membulat dan mulut pula melopong besar. Waina terkejut besar sebaik sahaja dia membuka pintu sudah terpacak lelaki itu di hadapannya kini. Wajah Fayyad sangat kusut dan jambang sudah mulai menjalar di atasnya.
“Waina…” perlahan sahaja suara Fayyad menyapa. Bibir tebal itu cuba mengukir senyum tapi nampak agak sukar sikit. Jika tidak tahu hukum haram memeluk wanita ini mahu sahaja di memeluk sekejap mungkin dan tidak mungkin melepaskan Waina pergi ke pangkuan orang lain. Kenapa Waina mencintai dia secara diam-diam? Fayyad tak tahu akan perasaan Waina tu.
“Ayang siapa tu?” laung Riyad dari dapur dan dia sudahpun melangkah ke mari untuk mendapatkan Waina. “Eh, Fayyad?” Riyad sendiri terkejut dengan kedatangan lelaki itu tiba-tiba ke mari. Waina di sebelah terus kerling Riyad seketika sebelum memandang Fayyad semula.
“Maafkan saya Encik Riyad kalau kedatangan saya secara mengejut ini. Saya datang nak ucapankan selamat pengantin baru untuk encik dan juga Waina. Kalau encik tak keberatan boleh saya nak minta izin dengan encik nak bercakap sedikit dengan Waina?” lembut tutur kata Fayyad untuk meminta izin daripada Riyad.
Riyad pandang wajah Waina sebelum dia menjatuhkan mukanya tanda setuju.
“Waina siapkan sarapan abang dulu ya?” Riyad geleng.
“Tak payahlah abang boleh senduk sendiri nasi tu. Pergilah Fayyad ada sesuatu nak cakap dengan ayang,” Waina mengangguk terus membontot langkah Fayyad sudah melencong ke wakaf yang di bawah sana.
“Waina gembira?” soal Fayyad sebaik mereka selesa melabuh duduk di wakaf. Dahi Waina berkerut sedikit.
“Alhamduillah Waina gembira. Abang Ayyad pergi mana dalam seminggu ni? Waina tunggu abang datang ke majlis Waina tapi abang tak datang pun?” nada suara Waina kedengaran ada rajuk sedikit. Fayyad hanya senyum nipis.
“Kenapa Waina memilih untuk bernikah dengan Encik Riyad sedangkan hati Waina ada orang lain?” Waina tersentap terus pandang wajah Fayyad.
Abang Ayad dah tahu ke yang aku pernah sukakan dia dulu? Tapi macam mana dia tahu?
“Waina tak rasa dia pergunakan Waina ke? Maksud abang Waina dengan dia baru sahaja kenal tak sampai dua minggu tup-tup dia sanggup bayar hutang Waina dah terus saja Waina terima. Waina tak fikir dia ada muslihat lain atau apa-apa yang Waina tak tahu?” Fayyad dah buat teori sendiri untuk menduga Waina.
“Abang! Jangan tuduh abang Riyad macam tu. Dia betul ikhlas nak bantu Waina. Dia sanggup beli tanah sawah arwah ayah dulu dengan Encik Ibrar nak bagi dekat Waina dan Abang Riyad juga sanggup bayar semua hutang piutang Waina sebab dia taknak Waina bersedih. Dia tak bersalah dan langsung tak tahu itu tanah Waina sehinggalah Waina pergi merayu dekat dia dan minta dia jangan robohkan tanah sawah dan juga rumah pusaka kami…Waina tak dapat nak terima kalau tanah itu dirobohkan untuk dibuat kawasan perumahan…Semua kenangan Waina bersama ayah dan mek bermula di sana. Waina masih perlukan tanah itu sebagai kenangan,” Waina membela suaminya.
“Jadi Waina korbankan diri Waina untuk jadi isteri dia?” tebak Fayyad lagi.
“Abang Ayyad Waina dah tahu bagaimana cara nak balas budi Abang Riyad. Bila abang riyad minta Waina jadi isteri dia walaupun nombor dua Waina sanggup. Bertahun Waina asyik membayar hutang arwah kepada pak long rupanya mereka dah lama menjual tanah itu kepada Encik Ibrar tanpa pengetahuan Waina. Kalau Waina tak jumpa dengan Abang riyad pasti Waina tak tahu yang tanah itu sudah beralih hak milik. Waina nak bayar harga tanah itu mustahil bagi Waina sebab itu Waina bersetuju. Waina ikhlas terima Abang Riyad sebagai suami Waina,”
“Allah…Waina tahu tak Waina dah hancurkan masa depan Waina sendiri tahu? Waina cakap Waina jadi isteri kedua dia. Jadi dia dah ada isterilah sebelum ini?” Waina mengangguk. Fayyad mencengkam bahu Waina.
“Waina waras atau tak ni? Kehidupan Waina nanti adalah bermadu bukannya makan madu. Kenapa Waina tak tunggu abang…Kenapa Waina tak pernah nak bagitahu masalah Waina kepada abang? Abang boleh bantu Waina lari dari membayar hutang tu malah abang juga boleh beli tanah daripada Encik Ibrar dan bagi balik hak Waina kalau Waina mahukan. Tapi Waina langsung tak bagitahu abang hal ini kenapa…? Abang pun bodoh sebab lambat nak sedar yang Waina selama ini cintakan abang…Maafkan abang…” Fayyad mengeluh berat seraya kedua belah tangannya jatuh.
“Abang bukan Waina taknak cerita masalah Waina pada abang, tapi Waina taknak menyusahkan abang. Keluarga abang dah banyak bantu Waina sepanjang Waina kerja dekat rumah abang. Waina taknak lagi menyusahkan keluarga abang…”
“Waina berapa kali nak abang ingatkan Waina. Kami sekeluarga dah anggap Waina macam keluarga kami sendiri. Fatin dan Wainakan dah lama jadi sahabat. Waina selalu menolak bila mama dan papa nak hantar Waina ke sekolah. Waina bantah setiap kali mama ajak Waina tinggal dengan kami kalau tak tentu Waina tak hidup macam ni…”
“Ini yang sudah tertulis buat Waina abang…”
Fayyad memicit kepalanya yang tiba-tiba pening. Darah sudah meninggi nak marahkan Waina yang terlalu banyak berahsia dengannya.
“Betul ke Waina cintakan abang?” terus sahaja di memanah panahan soalan maut ke dalam hati Waina. Waina gigit bibir.
“Kalau bukan Fatin yang bagitahu dah tentu-tentu abang tak akan tahu langsung perasaan Waina terhadap diri abang. Kenapa Waina tak pernah nak cakap?” soal Fayyad tanpa berselindung. Haih Fayyad ni macamlah Waina itu lelaki. Dah suka dekat awak kena berterus terang! Sepatutnya awak yang kena luahkan dulu. Eh, kejap bukan ke Fayyad dah ada Erin?
“Abang Ayyad macam mana Waina nak bagitahu perasaan Waina dekat abang sedangkan abang ayyad langsung tak pandang Waina. Dari dulu sampailah Waina hendak diangkat menjadi isteri orang mata Waina tak pernah beralih dari pandang abang ayyad. Abang ayyad tak nampak pun. Waina sedar siapalah Waina pada abang. Cantik pun tidak apatah lagi kaya bodoh pulak tu. Jelas di situ kita tidak sedarjat,”
“Kita tak sedarjat?” Fayyad menyoal dalam tawa. Waina, Waina tahu tak yang suami Waina tu lebih berharta dari keluarga abang. Atau abang yang tak layak buat waina memandangkan abang tak sekaya Riyad?” tegas pula suara Fayyad.
Waina terkejut. Dah kenapa Fayyad nak marahkan dia pasal ini. Bukan ke Fayyada dah ada kekasih?
“Abang Ayyad Waina langsung tak fikir pasal harta. Waina cuma fikir macam amna nak dapatkan harta waina balik dan waina terlepas daripada bebanan hutang abang ayyad. Huna nak hidup bebas macam mana orang lain. Dulu Waina ada tanam angan-angan dalam hati Waina nak jadi isteri abang tapi semuanya musnah setelah abang bawa balik kak erin ke rumah. Hati Waina hancur sangat…”
“Maafkan abang Waina. Abang sepatutnya lebih peka pada perasaan orang sekeliling. Abang buta untuk menilai ketulusan hati Waina pada abang kerana abang terpikat dengan kecantikan dan kemanjaan yang ada dalam diri Erin. Di sebabkan itu abang dikhianati oleh dia. Kesetiaan abang dia memperjudikan hubungan kami. Waina tahu tak kenapa abang tak balik ke rumah seminggu,” Fayyad kerling Waina. Wajah Waina nampak blur sedikit.
“Abang ke Terengganu untuk tenangkan fikiran abang yang cukup serabut. Erin ditangkap basah dengan bekas kekasih dia dalam chalet dekat melawi seminggu yang lalu. Hancur hati abang Waina. Abang rasa hidup abang dah gelap. Abang malu nak berhadapan dengan keluarga abang…Abang selalu puji Erin depan mereka..Erin gadis yang baik menutup aurat dan pandai menjaga maruah diri tengok-tengok gadis yang bagus itu ditangkap basah oleh bapa dia sendiri. Nak tutup malu ayah dia minta abang kahwin dengan dia lawak betul… Fayyad tiba-tiba ketawa sendiri.
“ sampai mati pun abang tak kahwin dengan perempuan macam tu! Bila sampai ke rumah Fatin bagitahu Waina dah kahwin abang dah terkejut kemudian dia cakap pulak yang Waina ada perasaan dekat abang dah lama lagilah abang terkejut. Tak fikir penat yang melanda abang terus ke mari nak tanya Waina sendiri. Memang abang tak sangka macam mimpi aje semua ini. Waina cintakan abang abang cintakan orang lain bila abang dah sedar yang waina cintakan abang waina dah kahwin dengan orang lain pulak,” Waina senyum lembut. Dia tahu hati Fayyad sedang berapi sekarang. Siapa yang tak marah kalau kena paksa kahwin dengan orang yang dah rosak maruah dirinya.
“Abang mungkin kita tak berjodoh. Waina sekarang dah ada suami yang perlu Waina mencintai dia setulus hati Waina. Waina tak minta dia mencintai Waina sebab Waina tahu dia masih ada sorang lagi seorang isteri dekat sana tapi cukuplah dia menyayangi dan menjaga Waina dengan baik. Waina pun akan selalu mendoakan kebahagiaan abang sekeluarga. Waina yakin abang akan dapat penganti yang lebih baik dari kak erin,” Fayyad senyum nipis.
“ Terima kasih Waina…Abang pun akan doakan semoga Waina bahagia dengan pilihan Waina ini.Lepas kahwin ni janganlah lupa abang sekeluarga dekat sini kalau senang datanglah jenguk kami di Kelantan. Abang nak balik dulu lama-lama dekat sini nanti apa kata suami Waina pulak nanti,” Fayyad dah melompat terjun dari wakaf. Wajah Waina yang masih duduk di wakaf ditatap lama.
“Patutlah mama ada tanya pasal hubungan abang dengan erin rupanya mama dah tahu perasaan Waina terhadap abang…” Fayyad meneruskan langkah sebaik dia menghabiskan kata-kata terakhirnya itu. Pintu kereta BMW yang berwarna hitam bergilap miliknya dibuka dan terus membolos masuk ke dalam sebelum menekan pedal minyak untuk keluar dari perkarangan rumah kayu milik Waina. Waina memerhati kereta itu sehinggalah hilang dari tanah bendangnya. Tangan Waina nak ke dada cuba merasa getaran hati. Ada sedikit berombak di dalam sana. Mungkin Waina masih belum melepaskan kesemuaannya perasaan cinta itu.
“Ayang masih ada hati lagi pada Fayyad ke?” soal Riyad sebaik tiba di sebelah Waina. Dia dari tadi lagi duk mencuri memerhatikan Waina dan Fayyad dari atas. Riyad tahu Waina ada simpan rasa cinta buat abang setiausaha dia. Cara Waina pandang Fayyad pun Riyad dah boleh agak.
“Abang! Bila masa abang boleh ada dekat sini?” Waina terkejut. Hampir sahaja dia melompat turun. Riyad senyum manis.
“Abang tahu Waina cintakan Fayyad. Abang boleh nampak melalui air muka Huna semasa Huna bercakap dengan dia. Mata Huna langsung tak pandang dia. Tapi malangnya buat Huna sebab abang tak akan lepaskan Huna pergi kepada dia semula. Dia yang terlambat untuk tahu perasaan Huna terhadap dia. Sekarang orang guna slogan siapa cepat dia dapat. Abang dah dapatkan Huna jadi dia perlu tarik diri,” Waina kerut dahi. OPtak masih belum dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Riyad. Riyad bagaikan mengerti tergelak sendiri.
“Maksud abang sekarang ini Waina dah sah jadi milik abang walaupun nombor dua. Abang nak miliki hati Waina sepenuhnya. Bagi abang nombor itu tak penting yang penting keserasian kita bertiga nanti. Abang percaya Huna akan sukakan Hira bila jumpa dia nanti. Abang nak Huna percayakan yang abang mampu mencintai dua orang sekaligus dalam hati abang yang satu ini,” Riyad dah mengeluarkan kata perjanjian hati. Riyad tidak sedar yang dia bakal melukakan hati Waina kerana Riyad dah berjanji palsu. Padahal Riyad hanya nak memujuk Waina agar jangan curang dengan dia sebab Waina sekarang adalah isterinya. Dalam hati Riyad cuma ada Syahira sorang. Kejam sungguh hati Riyad.
“Mungkin ramai yang anggap isteri pertama tak pandai jaga suami sebab tu suami gatal nak cari yang lain, tapi Hira bukan macam tu. Dia seorang isteri yang cukup baik bagi abang. Dia lumpuh dan tak mampu nak jaga abang jadi dia suruh abang carikan seorang lagi isteri untuk membantu abang. Abang tunaikan permintaan dia sebab abang nak ada orang yang dapat jagakan dia ketika abang tiada di rumah. Abang nampak ciri-ciri itu dalam diri Huna. Abang yakin kita bertiga boleh hidup bahagia,” sambung Riyad lagi. Waina pandang saja wajah tenang Riyad tanpa mengetahui niat sebenar lelaki itu.
“Abang jangan risau pasal hati Waina. Abang adalah suami Waina sekarang jadi seleuruh jiwa dan raga Waina milik abang sorang. Abang Ayyad masa lalu Waina biarkan dia berlalu pergi sekarang Waina dah ada abang untuk teruskan hidup yang masih panjang ini. Waina dah bersyukur sangat sebab abang dah bebaskan Waina dari bebanan hutang dan melepaskan Waina bebas mengepakkan sayap sendiri di awanan. Terima kasih untuk semua ini abang waina tak akan melupakan jasa baik abang,” Waina memeluk sisi tubuh Riyad. Waina tak segan nak peluk sebab jasa lelaki itu sangat besar buatnya. Waina rela diri dia jadi hamba untuk suaminya sendiri.
Riyad memeluk hujung bahu Waina. Pandangan masing-masing terhala pada tanah sawah yang menghijau. Kedamaian sebegini dirasa ketika berada di kampung yang jauh dari Bandar. Sedetik kemudian Riyad pandang wajah Waina secara kerlingan sekilas. Maafkan abang terpaksa berbohong soal hati pada Huna. Huna wujud di sebabkan Hira yang paksa abang untuk ada zuriat sendiri. Untuk mencintai lebih dari sorang sukar buat abang.

BAB 9

Dengan sekali lafaz riyad mirza sah menjadi suami kepada huna huwaina berwalikan pak long malik di masjis kampung periok. Mak long zahrah memaperkan senyuman palsu dan plastik kerana terpaksa menghadirkan diri dalam majlis itu. Itupun di sebabkan pak long malik yang paksa. Nak harapkan keikhlasan dalam diri mak long zahrah, maaflah ya. Majlis untuk menjamu para tetamu pun mak long zahrah tidak menyediakan langsung. Atas alasan Waina bukan anak dia. Usai mengaminkan bacaan doa selamat pengantin baru Riyad menapak seraya melutut di hadapan waina untuk menyarung cincin di jari manis isteri keduanya itu.
“terima kasih Huna sudi jadi isteri abang,” ucap riyad seraya mengucup ubun-ubun waina.
Lidah Waina kelu untuk bersuara. Air mata pula yang mengalir keluar. Tapak tangan yang kasar habis melencun basah terkena air matanya. sungguh Waina tak mampu nak gambarkan perasaan dia sekarang. Terlalu gembira dan terharu kerana dia baru saja menukar status dirinya.
“Encik Riyad saya nak jumpa mak su dan pak su sekejap,” pinta Waina sebagai semua dah beransur pulang. Tak ramai yang hadir ke majlis ini. hanya keluarga pak long dan keluarga Fatin serta kenalan rapat saja. Pernikahan yang tergesa-gesa persiapan pun ala kadar saja. Tetamu yang hadir puan ana dan encik ramli sudah menjemput pergi ke rumah mereka untuk menjamu selera.
“Baiklah, abang izinkan,” kepala Waina yang lengkap bertudung digosok sekejap sebelum melepaskan gadis itu pergi mendapatkan pasangan itu. Waina tersenyum manis sebelum menapak pergi.
“pak long, mak long, waina nak ucap terima kasih. Waina tahu waina banyak menyusahkan keluarga ini. ampunkan Waina. Halalkan makan minum dan tempat tinggal selama Waina tinggal dengan mak long dan pak long,” suara Waina tangan pak long diraih lalu dikucup kemudian beralih kepada mak long zahrah pula.
“Hmmm…sekarang kau bukan lagi bawah jagaan aku. Kau sekarang dah bersuami. Segala hal kau aku tak akan ambil peduli lagi,” ujar pak long malik. Langsung tak tersentuh dengan kata-kata Waina. Sayang kepada gadis itu hanya setitis saja yang ada.
“lepas ni kalau laki kau bawa kau dari sini, kau tak nak balik pun takpe. Aku dengan pak long tak nak ambil kisah pasal kau. Dah pergi,” mak long zahrah dah menghalau.
Waina kecil hati. Tangisan cuba ditahan selagi boleh. Waina mendapatkan zaim adam dan ika di sebelah memandangkan yang lain tidak hadir di majlisnya. “Zaim, ika, lepas ni kak waina nak pergi jauh. Mungkin kita tak dapat nak jumpa lagi. kak waina nak pesan ni, jaga mama dan babah baik-baik ya? Jadi anak yang baik untuk mereka. Kak waina doakan zaim dan ika berjaya dunia akhirat,” tubuh zaim adam dan ika, waina peluk kemas.
“Kak Waina jangan tinggalkan ika…lepas ni ika nak cakap dengan sapa?” ika sudah merengek sendu.
“aahlah kak Waina. Nanti siapa nak tolong Zaim menukis?” zaim adam dah sebak.
Dada waina semakin sebak dan sesak. Walaupun mak long dan pak long bencikan Waina namun anak-anak pasangan itu sudah Waina anggap macam adik-adiknya sendiri. Sekali lagi air mata Waina melimpah keluar. Tidak sanggup untuk berpisah dengan Zaim Adam dan juga Ika.
“Zaim, ika tak payah nak menangis sangat! Dia tu pergi suami dia bukannya pergi mati! Dah mari balik,” ujar mak long zahrah kasar. Tangan kedua orang anaknya direntap dari pelukan Waina untuk dibawa pulang.
“Huna, jangan layan mak long tu nanti awak juga yang sakit hati. Jom kita ke rumah Fatin,” lembut saja Riyad memujuk. hujung bahu kanan Waina dipeluk rapat ke dada.
Waina dongak seraya mengangguk. Air mata yang masih tersisa diseka lembut. “Encik terima kasih sekali lagi. saya janji saya akan berbakti kepada encik dan juga isteri encik nanti.” Riyad hanya senyum herot.
Di rumah Fatin gamat suasana dengan para tetamu. Walaupun tidak mewah tapi agak meriah juga. Majlis ini asalnya Riyad mahu menaja semuanya, tapi dibantah oleh puan ana dan juga encik ramli. Mereka mahu mengadakan majlis kerana Waina dah mereka anggap sebagai anak sendiri.
“jemputlah semua. Jangan segan,” pelawa encik ramli kepada para tetamu.
“Fatin abang kamu tidak dihubungi lagi ke?” soal puan ana kepada anak bongsunya.
“Entahlah mama. Dah tiga hari abang menghilang, dia ke mana sebenarnya? Eh! Waina dengan bos fatin tak sampai lagi ke ma?” soalan fatin pula.
“tu haa…dorang baru sampai. Pergilah sambut mereka berdua makan sekali,”
Mendapat arahan terus saja fatin melencit keluar untuk mendapatkan pasangan pengantin baru itu.
“Hamboi! Baru selesai akad nikah dah bawa kawan saya jelajah kampung ni ke bos?” usik Fatin sambil menjungkit kening sebelah. Riyad yang baru keluar sudah tersengih panjang. Manakala Waina tersipu malu.
“awak ni kan fatin sibuk aje nak kacau daun tahu! Kami lewat sebab Waina nak bercakap dengan keluarga pak longnya. Jelajah kampung tu aktiviti untuk esok,” selamba badak saja Riyad menjawab.
“oo…macam tu ke? Saya ingat bos dah bawa Waina ke..
“Huna jom masuk dalam. Kalau awak asyik duk layan Fatin sampai kesudah saya tidak dilayan oleh awak,” cantas Riyad laju. Dia segera mendapatkan waina di sebelah sana dan menonong masuk ke dalam. Tinggalkan fatin yang sudah terlopong.
“bos!” fatin menjerit terus mencicit untuk mendapatkan pasangan itu.
“terima kasih mak cik, pak cik sebab buat majlis ini untuk Waina. Waina tak tahu nak balas macam mana hanya Allah saja yang dapat balas jasa mak cik dan pak cik,” ujar Waina sebaik semuanya selesai makan.
“Waina, kamu dah anggap macam anak kami. Takde sebarang masalah bagi kami untuk menyediakan semua ini untuk kamu. Mak cik rasa sedih sebab hanya ini saja yang mampu mak cik sediakan. Mungkin Riyad nak cepat kalau tak lagi meriah mak cik sediakan, kana bang? Nak tunggu anak sendiri lambat lagi,” sempat lagi puan ana menyindir Fatin di sebelah.
“aah, Waina. Lagipun arwah ayah Waina kawan baik pak cik. pak cik rasa bertanggungjawab ke atas kamu. Nak tengok kamu bahagia dan gembira,” tambah encik ramli. Kepala waina digosok lembut.
“Dengar tu Waina. Jangan asyik nak merungut kata kamu keseorang di dunia ini. kami sekeluarga selalu ada untuk Waina jangan sedih-sedih ya? Hah bos jangan nak buli kawan baik saya ni. Kalau tak saya karate bos,” fatin dah tayang muka samseng tak berapa nak samseng. Riyad gelak besar. Waina pula dah merah wajah menahan malu.
“InshaAllah awak jangan risau pasal itu Fatin. Sekarang Waina dah jadi isteri saya , tahulah saya bagaimana nak buat dia bahagia nanti. Mak cik, pak cik terima kasih untuk semua ini. terima kasih juga sebab sudi jadi wakil untuk pihak saya. maklumlah parents saya masih di oversea jadi dia tak sempat nak balik,” riyad cuba berselindung kenyataan sebenar. Dia tidak mahu keluarga fatin terkejut bila dapat tahu Waina jadi isteri keduanya.
“takpe Riyad. Kami sepatutnya bersyukur dengan kamu sebab sudi ambil fatin kerja dengan kamu dekat sana dan juga terima kasih sangat-sangat sebab sudi ambil Waina sebagai isteri. Kami bukan ibu bapa Waina tapi apa yang kami harap Riyad dapat beri kebahagiaan kepada Waina. Waina anak yatim piatu keluarga sendiri tak nak menjaga dia dengan baik kami harap riyad boleh menggantikan kasih sayang yang telah lama hilang untuk Waina nanti,” pesan puan ana bahu riyad disentuh lembut. Riyad mengangguk kecil.
“sama-sama mak cik. inshaAllah saya akan jaga kedua-duanya dengan baik. Fatin saya da anggap sebagai adik saya sendiri. Waina pula dah jadi isteri saya. dua-dua saya akan jaga bila di sana nanti,”
“baguslah kalau macam tu. mak cik percayakan kamu riyad. Malam ni kamu nak tidur dekat sana ke dekat sini? Kalau dekat sini mak cik dah hiasa katil untuk kamu berdua,
“takpelah mak cik. terima kasih saja. Saya akan bawa Waina ke sana. Untuk mengembirakan hatinya,” ujar riyad. Senyuman meleret pada Waina di sebelah. Waina sudah terpinga-pinga. Tak faham akan situasi sekarang.
“ehem! Bos…”fatin dah nak mula sesi mengusik namun tak sempat telinga yang terselindung dek tudung sudah ditarik oleh puan ana.
“jangan nak mula ya adik. Baiklah Riyad, jaga Waina baik-baik nanti,”
“baiklah mak cik. saya pergi dulu ya?” riyad sudah memegang tangan Waina dibawa keluar dari rumah itu. Waina hanya menurut.
“datanglah ke sini kalau kamu berdua tak tahu nak buat apa-apa,” pesan Encik Ramli sebaik mereka tiba di kereta mewah Riyad.
“inshaAllah saya akan singgah sebelum balik ke temerloh nanti,”
“mak cik, esok Waina tak datang kerja dah. Waina nak minta maaf,” ujar Waina sedikit sebak. Tubuh puan ana dirangkul kemas.
“ish, Waina ni…ke situ pula yang difikirnya. Waina hari ni hari bahagia Waina jangan fikir benda lain lagi. soal tu tahulah mak cik nak suruh Fatin yang belajar buat kerja rumah. Hujung tahun ni dah nak jadi tunang orang,” kata puan ana. Pipi Waina diusap lembut.
“kami pergi dulu mak cik, pak cik, Fatin,” pinta Riyad bila badan dah separuh masuk ke dalam kereta sambil melambai. Waina turut melambai kea rah mereka bertiga. Air matanya sekali lagi tumpah.
“Huna, abang tak suka lihat Waina menangis. Hati abang turut sedih sama,” suara Riyad sebaik kereta yang dipandunya meluncur keluar dari perkarangan rumah fatin. Waina kalih sebelum, cuba mengukir senyum.
“maafkan Huna encik. Huna terharu sangat,” ringkas saja waina menjawab.
“Haa…ini lagi saya tak suka. Huna awak sekarang dah jadi isteri abang tahu. Huna kena panggil saya abang bukan encik lagi dah. Untuk hilangkan rasa sedih hati huna, abang akan bawa huna ke tempat yang paling huna suka,” riyad dah tayang muka manis.
“Ke mana en…abang?” jawab waina macam tak tergoda saja dengan senyuman manis riyad itu. Iyalahkan dalam hati Waina hanya ada abang Fayyad. Nak cintakan riyad yang baru jadi suaminya perlu masa jugakkan?
“tunggu dan lihat sendiri nanti,” riyad senyum lagi. waina nampak blur saja.
Tiba di perkarangan rumah kayu yang sederhana besar di tengah-tengah bendang, riyad memarkir keretanya betul di hadapan anak tangga yang diperbuat daripada kayu. mata waina dah membulat besar serta merta waina kalih pada riyad di sebelah.
“ini hadiah untuk perkahwinan kita. Abang tahu dah lama Huna nak datang ke rumah ini kan?” riyad terlebih dahulu bersuara. Waina mengangguk laju.
“mak cik aisyah dengan keluarga dia dah pindah keluar ke?” soal waina
“abang dah suruh mereka sewa dekat rumah lain sebabkan ini tanah abang yang dah abang kasi pada Waina. Sekarang rumah ini pun milik Huna jugak. Tunggu apa lagi jom kita masuk ke dalam,” Riyad sudah membuka pintu untuk melangkah keluar. Waina di sebelah turut sama melangkah keluar.
“masuklah Huna,” pelawa riyad sebaik pintu dibuka.
“Terima kasih abang,” waina dari belakang terus memeluk tubuh riyad dari belakang. Abang betul-betul baik pada huna…huna tak tahu nak balas jasa abang macam mana,” waina sudah sebak.
Riyad memusingkan tubuhnya kepada tangan terus melingkari tubuh waina. “huna isteri abang tak perlu balas apa-apa. Apa yang abang nak huna dapat jaga abang dan kak hira nanti. Itu saja hajat abang pada huna,”
“huna sanggup jaga abang dan kak hira seumur hidup huna abang,”
“dah, jom masuk. Kelengkapan dalam rumah ini semua dan lengkap. huna nak masak atau membasuh semua dan ada. Abang dah upah orang uruskan. Huna jangan risau lagi,”
“betul ke? Hmmm..kalau macam tu huna nak pergi kemaskan baju abang dalam bilik kita ya?” pinta waina. Terus saja dia menerjah masuk ke bilik arwah ayah dan ibunya.
Masuk ke bilik waina berdiri tegak sambil memandang sekeliling bilik itu. Betul kata riyad tadi. Semuanya sudah dibereskan. Bilik ini sudah siap dengan pakej bilik pengantin baru. Semua gambar arwah ayah dan mak Waina dah tiada. Mungkin pak long dan bakar sebelum kasi rumah ini disewa oleh kak aisyah sekeluarga. Sungguh waina terlalu rindukan arwah orang tuanya.
“Huna! Sini kejap,” laung Riyad dari ruang tamu. waina yang baru selesai memasukkan baju-baju mereka ke dalam almari terus bangkit untuk mendapatkan suaminya.
“Ada apa abang?” soal Waina lembut. Riyad kerdip mata sekali sebagai isyarat meminta Waina menghampiri dia. waina seakan mengerti terus mendekat.
Sebaik waina berada di hadapan, riyad terus menghulurkan telefon pintasnya kepada waina. Terpinga waina seketika.
“Hira,” ujar riyad perlahan. Waina mengangguk seraya menyambut telefon itu.
“Hello, assalamualaikum kak hira,” sahut Waina. Semasa dia mahu melabuh duduk di sebelah Riyad, lelaki itu lebih pantas bertindak. Tangan waina ditarik laju serta merta Waina jatuh ke paha Riyad. Membulat mata Waina akan reaksi suaminya itu. Riyad hanya senyum.
“Huna, terima kasih sebab sudi jadi madu akak. Masih tak terlambat untuk kak hira ucapkan selamat pengantin baru untuk huna dengan abang,” suara Syahira yang jauh nun di bumi temerloh.
“Err..aah…sama-sama kak Hira,” tergagap-gagap waina menjawab. Hampir terleka waina seketika. Langsung tidak menyedari yang dia sedang berbual dengan madunya sekarang. Ini semua sebab riyad yang terlalu romantik. Riyad mengambil peluang dengan membuka tudung yang masih tersarung elok di kepala Waina.
“Huna, kak hira tak sabar nak jumpa dengan huna. Abang dah send gambar huna dekat akak.huna memang cantik,” serta merta waina kalih kea rah riyad di sebelah. Tangan kirinya cuba menyekat aktiviti riyad yang semakin hanyut itu.
“bila masa abang ambil gambar huna dan bagi dekat kak hira?” soal waina tanpa berselindung. Riyad senyum saja. Sungguh tika ini nafsunya yang satu itu tidak dapat dikawal bila berhadapan dengan Waina yang sudah halal buatnya.
“Huna, jangan risaulah. Kak hira yang suruh abang buat semua tu. kak hira nak tengok bagaimana rupa huna yang berjaya menawan hati abang yang keras macam batu konkrit tu,” suara syahira bersama tawa halus di hujung kalamnya.
“saya biasa-biasa aje kak hira. Tak sabar rasanya huna tak tengok kak hira nanti. Huna juga nak ucap terima kasih pada kak hira sebab sudi benarkan abang kahwin dengan huna yang takde apa-apa ni. Huna takut nanti huna yang akan mendatangkan masalah pada kak hira dengan abang nanti,”jujur waina meluah.
“Huna, jangan cakap macam tu. inshaAllah huna tak akan mendatangkan masalah kepada kami nanti. Bagitahu abang kata macam ni, kak hira pesan bawa huna pergi honeymoon puas-puas bila balik nanti pastikan sudah berisi. Okeylah huna, kak hira letak dulu. Kirim salam dekat abang nanti ya? Assalamualaikum…”
Klik!
Waina masih terpinga-pinga lagi. gagal otaknya nak menangkap apa maksud madunya tadi.
“Hira cakap apa dengan huna?” soal riyad. Suaranya sudah berubah tone. Kepalanya sudah terlentok di bahu waina.
“Huna tak fahamlah, tadi kak hira suruh bagitahu abang macam ni bawa huna pergi honeymoon puas-puas bila balik nanti pastikan sudah berisi. Apa maksud kak hira abang? Honeymoon tu apa?” waina pandang wajah riyad dengan mata terkebil-kebil. Riyad tergelak besar. Polos betul isteri keduanya ini. idea nakal sudah mula mencanak naik di otaknya.
“Huna nak tahu apa itu honeymoon?” soal riyad sambil tersengih.
Waina mengangguk dengan ekperasi muka yang masih blur. Serta merta riyad mencempung tubuh genit waina untuk dibawa ke bilik pengantin. Waina yang terkejut terus menjerit ketakutan. Batang leher riyad terus dirangkul kemas. Riyad masih tergelak. Bahagia dan rasa cinta buat gadis itu sudah mula menyerap secara perlahan-lahan. Hati dia satu tapi dua cinta telah terisi di dalam sana.
Tubuh huna perlahan-lahan dijatuhkan ke tilam. Tudung yang masih terbalut dileraikan. Sebaik saja tudung terlucut mata riyad seakan tidak mahu kalih ke tempat lain. Mahkota waina sungguh cantik dan beralun lembut. Hati riyad sudah berdetak hebat. nafsunya mula goyah. Dia melabuh di hadapan waina sambil melutut. Wajah waina disentuh lembut.
Hati waina juga sama. bertaufan ribut bagai. Rasa nak pecah saja dada sekarang. Sungguh waina tak senang duduk. Tambah-tambah bila wajah riyad dan hampir seinci dengan wajahnya.
“Abang, huna nak cakap sesuatu dengan abang,” ujar waina dalam gugup. Waina cuba menentang panahan tajam dari mata sang suami.
“Ya, ayang…” nada suara riyad kedengaran kecewa sedikit. Kata ganti diri untuk huna sudah bertukar.
“Kenapa abang ambil huna sebagai isteri abang? Huna masih terfikir sampai sekarang kenapa abang mahu huna sedangkan abang dah ada kak hira,”
Riyad mengeluh sambil mengaup rambutnya ke belakang. Dia bangkit untuk mengambil sesuatu dalam laci meja solek seketika kemudian dia melabuh duduk kembali.
“kali pertama abang jumpa huna, hati kecil abang dah terdetik. Huna perasaan tak huna pernah bagi cermin mata hitam abang yang tercicir tapi huna sendiri tak pernah nak sedar yang huna ada tercicir sesuatu. Masa kita jumpa dekat rumah fatin abang dapat cam huna, tapi sayang huna tak pernah nak cam abang. Ini buku nota 555 yang milik huna ada dengan abang, malam ini abang serahkan kembali pada huna,” sebuah buku nota kecil diserahkan pada waina. Mulut waina terlopong luas.
“Jadi sebelum ini kita dah pernah jumpalah? Dah abang rupanya yang mengambil buku waina? Alhamduillah, waina ingatkan buku ini dah hilang. Risau waina tahu. Dalam ni semua ada hutang arwah ayah dan gambar kali sekeluarga,” waina memanjat kesyukuran. Bila mana dia mahu mengambil riyad menarik balik.
“buku ini waina dah tak perlukan lagi. semua hutang piutang waina abang dah uruskan. Malam ini awak tak nak ayang risaukan pasal apa-apa termasuklah kenapa abang pilih ayang bukannya orang lain. Percayalah akan jodoh kita ayang. Huna huwaina sudah tertulis untuk riyad mirza walaupun dia sebagai isteri kedua. Malam ini huna milik abang dan selama-lamanya milik abang,” buku tadi sudah dicampak ke bawah. Dia bangkit lalu mematikan suiz lampu. Keadaan menjadi suram dan kelam. Bahu waina menjadi mangsa pegangannya. Perlahan-lahan riyad menjatuhkan tubuh waina ke bawah. Mata langsung tak lepas dari memandang wajah polos itu. Sungguh indah ciptaan Allah buat gadis yang bernama Huna Huwaina di mata dia sekarang.

“Bersaksikan bulan dan bintang dan juga nama Allah yang Maha Agung waina akan menjadi hak abang secara mutlak. Semoga malam ini menjadi malam yang paling bahagia untuk Waina dan juga abang,” riyad sudah mula mengucup segenap wajah waina. Perlahan-lahan Waina memejamkan mata. Bagai menurut perintah melayan saja kehendak suaminya itu.
Semoga ada sinar untuk perkahwinan mereka nanti, itulah doa waina untuk dia dengan riyad.