“Abang Aisy,
tak boleh ke belajar kat sini, je?
Kenapa nak pergi jauh-jauh?” Keysha memandang buah hatinya dengan pandangan
yang redup.
“ Ke,
abang memang dah tak sayangkan Keysha lagi?” ujar Keysha lagi sambil memuncungkan mulutnya yang
sememangnya dah muncung itu.
“Hah! Buatlah
lagi, nanti abang cubit mulut tu baru tahu.” usik Aisy bila melihat Kesyha
sudah membelakanginya, merujuk .
“Dengar sini
sayang, abang ke sana nak sambung belajar, bukan bercuti ke apa. Lagipun abang
tak pernah berniat nak berjauhan dengan Keysha, tetapi rezeki abang dapat dekat
sana. Janganlah merajuk lagi, dah tak manis
dah.” pujuk Aisy.
Aisy
faham benar dengan sikap Keysha rajuknya tak lama, Keysha bukan seorang yang
mudah merajuk dan marah sesuka hati. Biasalah merajuk manja-manja sayang
dengannya saja, maklumlah jantung hati katakan. Itu jugalah sifat yang ada pada Keysha, telah membuka
hatinya untuk menyunting Keysha yang muda darinya dua tahun itu sebagai kekasih hatinya.
Dia masih ingat lagi ketika mana dia mengikuti bapa
saudaranya menziarahi jenazah ayah Keysha lima tahun yang lalu. Di situ dia terlihat
seorang budak perempuan, duduk seorang
diri, berjauhan dengan tetamu. Dia kagum budak itu tidak menangis mahupun meraung tapi hanya memandang ke arah jenazah
ayahnya, tidak seperti budak lain mesti menangis sepuas-puas hati dengan seusia
sementah itu. Dia bagaikan terpesona pertama kali melihat budak perempuan itu,
tiba-tiba perasaan mahu mengenali budak
itu lebih dekat mula terbit didalam hatinya.
“Lepas
ni, tinggallah Keysha sorang-sorang. Tak
bestnya .” Keysha merungut.
“Kalau Keysha nak ikut abang boleh?” soal Keysha
sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun putih itu.
Kata-kata Keysha mengejutkan Aisy dari
mengenangkan peristiwa silam. Dia membetulkan duduknya sebelum membalas bicara
Keysha.
“Hmm.. kalau
macam tu, kita kena cepat-cepat kahwin
ni, Keysha.” Aisy berjenaka belum sempat Aisy menghabiskan tawanya satu cubitan
hinggap dilengannya, dia mengaduh kesakitan.
“Ok-ok
abang gurau je. Tapi Keysha juga yang cakap nak ikut abang kan?”
Keysha
mencebikkan mulutnya dan mendengus halus.
“Kenapalah Keysha tak jumpa abang masa 2 tahun
yang lalu kan? Kalau tak, Keysha mintak abang apply kat Malaysia je.”
“Abang kenal Keysha dah lama, masa abang Form
3 lagi. Cuma Kesyha sahaja, tak pandang abang langsung .” Aisy berkata perlahan
tidak didengari oleh Keysha sambil menatap wajah ayu Keysha. Sebelum dia
menyambung bicaranya.
“ Amboi-amboi,
belum kahwin dah nak control abang, ek? Tulah, Keysha lambat sangat muncul dihati abang.” Usik Aisy
berpura-pura tarik muka .
“Tapi takpelah,
Keysha kan dah dapat tawaran belajar kat Maktab Kuala Lipis. Sekurang-kurangnya,
kita dapat berjihad untuk dapatkan
ilmukan?” suara Aisy riang lalu tersenyum manis bila melihat
wajah Keysha masam.
“Aisy
Syakirin! Keysha serius ni?” rajuk Keysha.
“Oklah
sayang.” sahut Aisy sambil mencuit hidung Keysha yang tak berapa nak mancung
itu.
“Baiklah
cikgu Keysha, bila abang jadi doktor nanti, dan masa tu Keysha dah jadi cikgu
kan? Abang nak kita sama-sama berbakti kepada pada masyarakat dan juga
anak-anak kita nanti, ye sayang.” pujuk Aisy bernada romantik.
“Ee… sapa cakap nak kahwin dengan abang? Tak malu bluweek.” usik Keysha sambil menjelir
kecil ke arah Aisy dan terus berlari .
“Keyshaa!
Nak pergi mana? Mari sini, tadi kata tak sanggup nak berpisah dengan abang.
Nakal ye..”
***********************
Tiga hari lagi Aisy akan ke Ireland selama 3 tahun.
Bagi memenuhi tempoh pengajiannya dalam bidang kedoktoran. Dan hari juga
merupakan date kali terakhirnya dengan
Keysha sebelum dia ke luar Negara. Dia
sengaja keluar awal kerana mahu belikan sesuatu khas buat Keysha sebelum dia
berangkat . Sebaik sahaja Aisy melangkah keluar dari Kedai Butik Muslimah yang
menjual pakaian dan tudung. Dia terserempak dengan ibu Keysha Puan Ismah yang
kebetulan mahu masuk kedalam kedai itu juga, lalu Aisy menyapanya.
“Assalamuaikum,
makcik apa khabar?”
Tanpa
menjawab salam Aisy Puan Ismah mendengus kasar.
“Huh! Dengar
kata kau nak ke luar Negara? Baguslah. Senang sikit aku nak halang anak aku
dari jumpa kau.”
“ Dengar
sini Aisy, selagi aku hidup . Aku tak mahu kau jadi menantu aku tau. Sampai
bila-bila, faham!” Sebaik sahaja
menghabiskan katanya Puan Ismah melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Terkebil-kebil Aisy memandang Puan Ismah sehingga
hilang dari pandangannya. Dia binggung tiba-tiba dimarahi oleh Puan Ismah, salahkan
dia menegur tadi. Orang yang lalu lalang di situ hanya menjadi permerhati
sahaja hendak membantu takut dikatakan menyibuk hal orang . Aisy dapat rasakan
yang dirinya diperhatikan, terus meninggalkan kedai itu dengan rasa kesal
dihatinya. Dia tidak faham kenapa Puan Ismah tidak menyenangi dirinya? Rasanya
dia tak penah buat apa-apa kesalahan pada Keysha mahupun Puan Ismah selama ini.
Bila
difikirkan kembali pertama kali dia menjejak kaki ke rumah Keysha. Dia dilayan
baik sekali oleh Puan Ismah malah dia dianggap sebagai anak sendiri oleh mama
Keysha. Selepas mengetahui dia anak
kepada Encik Aisy Hidayat dan Puan Bariah,
Puan Ismah menjadi dingin dengannya dan sering kali bagi amaran kepadanya supaya
jangan mendekati Keysha lagi. Aisy tidak pernah memberitahu hal ini kepada Keysha, dia takut
nanti Keysha akan memutuskan perhubungan
mereka. Aisy tahu Keysha seorang anak
yang taat dan sayang akan mamanya itu kerana hanya mamanya sahaja yang ada di dunia
ini seperti dirinya. Ayah Keysha mati disebabkan kemalangan dengan sebuah
kereta ketika mahu pergi ke surau waktu subuh, 5tahun yang lepas. Ayahnya pula
meninggal disebabkan terkena buatan orang menurut ibunya. Aisy sangat sayang akan
perhubungannya dengan Keysha apatah lagi akan mengkhianatinya.
******
“Abang
akan bertolok malam ni. Tumpang kat rumah
Pak Long di Subang Jaya sebelum berangkat ke sana nanti.” tiba-tiba Aisy
bersuara. Dia memandang Keysha yang masih menunduk menahan sebak.
“Keysha..
abang ada sesuatu nak bagi ni. Sebagai kenangan dan tanda cinta abang pada
Keysha. Nah! bukalah.” pujuk Aisy untuk mengembirakan permaisuri hatinya itu.
Keysha
membuka bungkusan hadiah dan
mengeluarkan sepasang jubah dan tudung Ariani yang berwarna biru air laut warna sama dengan
tudungnya.
“Cantiknya abang, terima kasih, ye”. ucap
Keysha sambil tersenyum senang.
“Nanti,
pakai masa jemput abang kat Airport 3tahun dari sekarang. ye.” kata Aisy dengan
nada romantik.
Sebelum melangkah keluar dari perkarangan
rumah Keysha Aisy sempat berpesan kepada Keysha.
“Keysha
ini merupakan kali terakhir pertemuan kita, lepas ni tak tahu bila pulak kita
nak jumpa. Abang ke sana mungkin dalam 3
tahun. Nak balik ke Malaysia pun, abang
tak tahu dapat balik ke tidak sebelum tamat pengajian. Keysha kan tahu, family
abang bukan kaya raya, ni pun nasib baik abang dapat tajaan JPA. Kalau tak, tak
merasa abang nak pergi negera orang.”
ujar Aisy berjeda dengan suara berjenaka.
Keysha
menunduk kepalanya memandang tanah dan cuba menahan tangisannya. Setelah mendengar
kata-kata Aisy dia mendongak lalu memandang tepat pada anak mata Aisy yang kuyu
itu seraya bersuara.
“Keysha tahu abang, tapi Keysha nak abang
janji satu pada Keysha.” Keysha berhenti sejenak cuba tahan sebak di dadanya.
“Apa
sayang? Insya-Allah kalau abang mampu,
abang akan cuba tunaikan.” Aisy cuba
memujuk.
“Nanti
sampai disana, setiap bulan abang mesti hantar surat kat Keysha, ye.” pinta
Keysha.
“Hah,
surat? Kenapa tak minta abang call je atau email?”. Aisy keliru dgn
permintaan Keysha.
“Abang
kan tahu, mama tak berkenan sangat dengan perhubungan kita. Jadi kalau kita
bergayut mahu tak nya mama mengamuk nanti . Hmm kalau email susah, kena pergi cyber
cafe. Tak naklah Keysha. Kalau surat boleh simpan dan boleh baca kalau
teringatkan abang.” jelas Keysha bersungguh-sungguh.
“Oklah
sayang, abang janji.” Tekad Aisy dihatinya.
“Hmm..” Keysha
menepuk-nepuk pipi gebunya dengan jari telunjuknya.
“Hah!
lagi satu, yang paling penting jangan
cari orang lain ya, Keysha janji akan tunggu abang balik. Keysha nak kahwin dengan
abang saje, ni ikrar Keysha pada abang.” Ucap Keysha semangat.
“Lah, ingatkan apa? Ok! Tapi Keysha pun kena janji
sama, jangan cari dengan orang lain. Abang ke sana pun nak buktikan pada mama Keysha
yang abang boleh berjaya.” ujar Aisy
sebelum melangkah menuju kearah kereta Proton Saga peninggalan ayahnya itu
Sebaik
sahaja Aisy masuk ke dalam perut keretanya Keysha memanggilnya. Satu flying kiss dari Keysha buat Aisy
. Dan satu kuntuman senyum hinggap dibibir Aisy lalu dia membalasnya dengan
membuat pergerakan mulut dengan perkataan i love so much. Mereka
tersenyum bahagia.
*********************
7 tahun
sudah berlalu, Keysha masih tetap menunggu surat dari Aisy. 2 tahun sejak Aisy
ke Ireland mereka masih saling berutusan surat. Selepas itu sepucuk surat dari Aisy tak pernah dia menerimanya, beratus surat
Keysha tulis untuk Aisy dan setiap kali dia mahu poskan surat itu Puan Ismah
melarangnya kerana ibu Aisy Puan Bariah tak mahu Keysha menganggu Aisy kerana Aisy
mahu tumpukan pelajarannya. Menurut mamanya lagi, ibu Aisy melarang mereka
berutusan surat,dia tak mahu Aisy gagal dalam menggapai impiannya menjadi
seorang doktor. Sebelum ini Aisy terpaksa repeat paper dan kemungkinan tempoh
pengajian Aisy akan dilanjutkan lagi akibat kegagalan dalam exam, gara-gara
teringatkan Keysha. Keysha mengambil keputusan hanya menanti kepulangan kekasih
hatinya ke Malaysia.
Tamat
belajar dari Maktab Kuala Lipis, Keysha mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah pedalaman
di Johor jauh dari kampungnya di Sri Gombak, selepas 6 bulan dia menjadi penganggur
terhormat di rumah. Sejak akhir-akhir ini Keysha ditimpa masalah dengan seorang
pemuda yang bernama Mikael merupakan teman sekampus Maktab Keysha dahulu.
Pemuda itu selalu mengejar dan menangih
cinta darinya dan sanggup menunggu sampai Keysha menerima lamarannya.
“Keysha
tolonglah, aku cintakan kau Keysha.” Luah Mikael yang cuba mengejar Keysha dari
belakang.
“Kau
memang tak faham bahasa ke Mikaeal? Dah beribu kali aku cakap dekat kau. Cuba
korek telinga kau betul-betul. Aku dah ada Aisy kat Ireland sana!” bentak
Keysha bengang.
“Dahlah,
pergi baliklah tak gunanya kau datang sini lagi!” marah Keysha lagi.
“Tapi
Keysha dah 7 tahun berlalu? Dia tetap tak pulang-pulang kat Malaysia,
jangan-jangan dia dah kahwin? Tapi kau
je tak tahu. Yang jadi mangsanya kau. Kau kan tahu sejak di Maktab lagi aku
sukakan kau.” Mikaeal cuba membatu api dan masih merayu tak mahu mengalah.
“Jaga
mulut kau sikit Mikael!” mengigil badan Keysha menahan marah yang berombak
didadanya.
“Keysha,
tolonglah bukalah pintu hati kau pada aku.
Minggu depan, aku hantar rombongan, ok.” pinta Mikael dengan mata
bersinar-sinar tanpa menghiraukan amukan dari Keysha.
“MIKAEL!”
laung Keysha bengang dengan sikap Mikael suka mendesaknya.
“Jangan
buat kerja gila. Kalau kau buat juga, aku tak teragak-agak untuk memalukan
keluarga kau.” ugut Keysha geram.
“Keysha
tolonglah! Lagipun mak kau dah setujukan? Kalau kau kahwin dengan aku?” rayu
Mikael bersungguh-sungguh.
Mikael
tahu hati dan jiwa Keysha hanya untuk Aisy seorang. Itulah sering kali diucap
oleh Keysha ketika dia mahu mencuba memikat Keysha . Mikael masih teringat
kenangan kali pertama melihat Keysha di kampus Maktab Kuala Lipis, dia terus
jatuh cinta pandang pertama. Tanpa segan silunya, dia terus melamar Keysha
untuk menjadi permaisuri penghuni hatinya. Tetapi malang nasibnya,
mentah-mentah ditolak oleh Keysha.
“Sudahlah
Mikael. Kau carilah perempuan lain, ramai lagi perempuan kat luar sana, menanti
cinta kau. Selama ni, aku sabar dengan sikap kau. Aku masih anggap kau sahabat
baik aku. Tapi mulai detik ini kau bukan
lagi sahabat aku. Jangan cuba contact
aku faham!” marah Keysha dan terus berlalu meninggalkan Mikael yang terlopong.
*********************
Petang itu
Keysha kelihatan resah dan tak tenteram duduknya memikirnya kata-kata Mikael
boleh jadi ada benarnya . Hatinya meronta-ronta mahu tahu khabar berita buah
hatinya yang jauh nun disana kerana mengikut perkiraannya Aisy sudah tamat
belajar, mungkin sudah menjadi seorang doktor sekarang. Dengan penuh persoalan
dihatinya Keysha mengambil keputusan
untuk menziarahi Puan Bariah hari itu juga, disamping mahu bertanyakan keadaan
Aisy.
“Hah! Keysha
nak ke mana tu?” tegur Puan Ismah tiba-tiba muncul dari dapur sambil membawa
minuman petang.
“Er..
hajatnya… Keysha nak ke rumah Aisy,
mama. Nak melawat makcik Bar. Bolehkan ma?” Pinta Keysha sedikit gugup.
“Alah,
tak perlu susah-susah diri kamu ke sana, bukan dia ade pun.” jawab Puan Ismah
acuh tak acuh.
“Hah!
makcik Bar ke mana ma?” tanya Keysha sedikit terkejut .
“Hrmm.. dengar
kata dia dah pindah Subang Jaya, rumah saudara dia kat sana.”Puan Ismah
berbohong.
“Pindah?
Patutlah aku tengok semalam sunyi je rumah tu? Jangan-jangan abang Aisy pun duk
dekat sana juga? Ahh, tak mungkin dia balik Malaysia tak inform kat aku
dulu! Aduss abang Aisy pun satu, kenapalah tak hantar berita langsung? 5 tahun
abang menyepi tanpa khabar berita. Keysha betul-betul rindukan abang.” rintih
Keysha didalam hatinya.
“Daripada
kau tunggu anak dia, baik kau nikah je dengan si Mikael. Baik budaknya. Lagi pun
keluarga dia, mama kenal sangat.” tiba-tiba Puan Ismah bersuara.
“Mama..
jangan sebut pasal ni lagi boleh tak? Kan Keysha dah bagitahu mama, cinta
Keysha hanya untuk Abang Aisy sorang! Keysha yakin abang Aisy akan balik
Malaysia nanti.” keluh Keysha tak suka cadangan mamanya itu.
“Balik?
Bila? 10 tahun? ke 20 tahun lagi? Dahlah Keysha tak guna kau tunggu budak tu
lagi, dah 7 tahun kau tunggu dia. Ada dia tanya khabar kau? Tak de kan? Kau tahu berapa umur kau sekarang ni? 25
tahun! Dah boleh ada anak pun!”marah Puan Ismah kesal dengan sikap degil Keysha
itu.
“Keysha
yakin, yang abang Aisy akan balik
Malaysia nanti.” jawab Keysha sebak sambil menundukkan pandangannya.
**************
Sedang
asyik Keysha memilih sayur tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis sebaya
dengannya dari belakang.
“Hey, Keysha
kau bila kau balik ni? Lama tak dengar khabar kau, sihat ke? tanya gadis itu
Keysha
masih kebingungan memikirkan siapa yang gadis yang menegurnya itu
“Aii.. tak
kan dah tak kenal aku dah? Alah, Ain sepupunya
Aisy Syakirin?” Perempuan yang sebaya dengannya meperkenalkan diri.
“Laa Ain
ke? ya Ampun maaf-maaf. Dah lain dah kau sekarang. Hampir tak cam aku
dibuatnya, kau...” kata Keysha terhenti di situ.
“Dah
kuruskan?” sambung Ain menghabiskan kata
Keysha yang tergendala seketika.
“He!he!he
biasalah Keysha, aku kerja akauntan bank, tak de masa nak rest. Penat
gila, sampai kurus aku jadinya.” jelas Ain dengan nada jenaka menceritakan
keadaan dia sekarang sambil tersenyum bangga.
“Yelah
tu, jangan-jangan kau jaga badan kan?.” Keysha cuba korek rahsia kenapa Ain
menjadi slim berbanding dahulu.
“Tau takpe,
biasalah lelaki nak yang slim-slim, baru nak buat bini kalau kembang situ sini,
jangan haraplah. Sebelah mata pun belum tentu mereka pandang.” marah Ain merungut
dengan sikap sesetengah lelaki hanya mahukan perempuan yang cantik dan berbadan
seperti model sebagai kekasih mereka.
“Hisy.. ada ke macam tu? orang laki ni kan Ain, kalau nak
cari isteri mesti hati yang ikhlas biar tak cantik asalkan hati baik, lagipun cantik
ini hanya pinjaman sahaja. Eh! kau cuti ke sekarang ni, Ain?” Keysha mula
berceramah
“Aah ,aku
ambik cuti sempena majlis abang Aisy nak
bawa balik isteri dia kat sini. Aku ingat kau dengan Aisy. Dulu korang couple bagai nak rak . Tengok-tengok si
Aisy pilih doktor juga jadi isteri dia.
Hmm tak faham aku, tapi kenapa dengan korang sebenarnya, ek?” bebel Ain namun sempat bertanya keadaan hubungan Keysha dengan sepupunya itu.
“Hah! Aisy
dah kahwin?”
Keysha terperanjat besar dengan apa yang Ain
beritahunya seketika tadi. Ketika itu perasaan Keysha masa itu bagai dihiris
sembilu dan hati dirasakan juga dicincang-cincang sampai lunyai. Keysha kembali
bersuara setelah diam seketika.
“Ye ke? Aku
tak tahu pun.” Keysha cuba mengawal emosinya.
“Aah,
kau tahu bila aku dapat berita tentang Aisy
nak kahwin dekat Ireland. Mati-mati aku ingat kau pengantin perempuan. Lepas
mak aku cerita, terkejut beruk aku dibuatnya. Haa satu lagi, betul ke mak ngah
aku cakap kau dah kahwin? Sampai hati kau tak bagitahu aku, ye.” Tanya Ain lagi,
sambil membuat muka sedih.
“Kau
mengaruk apa ni? Mana ade aku kahwin.”
Balas Keysha ternyata terkejut dengan persoalan
Ain.
“Ye ke?”
duga Ain seakan tidak percaya.
Tiba-tiba
telefon bimbit Ain berbunyi nada Hanyut nyanyi Faizal Tahir.
“Jap ek Keysha” Ain meminta izin mahu
menjawab panggil itu.
Keysha
mengangguk dengan perasaan berdebar-debar
menantikan Ain untuk mendengar
tentang Aisy dan bagaimana Ain boleh kata dia dah berkahwin. Penantian itu
begitu lama baginya. Keysha menjadi memerhati yang setia, dilihatnya Ain
mengangguk- angguk. Apa yang dibicarakan dengan si pemanggilnya Keysha sendiri
tak tahu. Selepas mematikan talian Ain segera
menuju ke arah Keysha.
“Eh Keysha,
maaf aku terpaksa pergi dulu. Mak aku dah bebel ni, tak sempat nak story-story la,
sory sangat.” keluh Ain kesal.
“Laa..
Ain kau tak sempat bagitahu aku lagi, mana kau tahu aku dah kawen ni.” ujar Keysha
menagih simpati Ain.
“Maaf
lah mak aku nak ke hospital ni, lain kali ye? Oh ye, belum terlupa esok majlis Aisy datanglah ye, buat
kejutan pada Aisy nanti. Ok chow
dulu, daa.” ujar Ain panjang sebelum menghilangkan dirinya kedalam keretanya.
“Insya-Allah
aku datang, nanti kirim salam dekat mak kau nanti ye?” sempat lagi Keysha
melaung kerana Ain sudah menghidupkan enjin kereta Kelisanya yang berwarna
biru.
“Tak boleh
jadi ni, aku mesti ke rumah Aisy.” gumam Keysha.
Keysha
cepat-cepat membuat bayaran dan menuju ke rumah Puan Bariah.
“Assalamuaikum,
makcik , oo makcik .”Keysha memberi sebaik sahaja kakinya mencecah di depan
pintu rumah Aisy.
“Walaikumusalam,
eh! Keysha masuk lah”
Puan Bariah
terkejut dengan kedatangan Keysha kerumahnya secara mendadak. Satu perasaan aneh terbit dihatinya.
“Duduk dululah Keysha makcik buatkan air.”pelawa
Puan Bariah.
“Tak pe
mak cik, Keysha datang ni pun nak jenguk makcik. Dengar kata makcik dah pindah
betul ke?” tanya Keysha mahukan kepastian.
“Eh, mana
ada Keysha makcik duduk sini je. Sekali sekala naik Subangjaya melawat saudara
mara.” jawab Puan Bariah dengan debaran dihatinya.
“Ooo,
hmm makcik..” Keysha serba salah mahu bertanya namun perasaan ingin tahu
terbuak-buak di hatinya dia mengambil
nafas seketika bagi mengumpul tenaganya untuk bertanya tentang Aisy.
“Mak…
Makcik. Betul ke abang Aisy dah kahwin?” akhirnya Keysha meluahkan apa yang
terbuku dihatinya itu.
“Hah!
Err..Keysha mak cik mintak tolong, jangan ganggu Aisy. Makcik tahu Keysha sedih
dan kecewa, tapi makcik mahu Keysha berhenti dan jangan jumpa lagi dengan Aisy.
Mak cik merayu Keysha tolonglah.”
tiba-tiba Puan Bariah merayu pada Keysha.
Keysha kebingunggan
melihat tindakan Puan Bariah secara tiba-tiba. Keysha juga terkejut apa yang
dia dengar, dia hanya menundukkan wajahnya dan menahan sebaknya. Didadanya
berombak-ombak perasaan sedih yang teramat. Ngilu sekali rasanya.
“Jadi betulah
perkara ni?” soal Keysha dengan nada sebak.
“Tolonglah
makcik merayu jangan ganggu Aisy lagi, makcik tak nak kehilangan dia lagi.”
rayu Puan Bariah sambil melutut dihadapan Keysha.
“Makcik,
Keysha mohon pada makcik. Beri peluang sekali sahaja, untuk Keysha berjumpa
dengan abang Aisy. Keysha nak tanya kenapa dia sanggup buat Keysha macam ni?
Keysha janji lepas ni Keysha tak kan
jumpa dia lagi, cakaplah makcik mana abang Aisy?”
Keysha
tetap bekeras mahu jumpa Aisy. Baginya selagi dia tak berjumpa dengan Aisy
masalahnya tak kan selesai.
“Keysha
tolonglah pulang sekarang, sekejap lagi Aisy akan sampai. Tolonglah Keysha lupakan Aisy, makcik tak nak
rumitkan keadaan.” Puan Bariah masih merayu.
“Keysha
tak faham makcik. Keysha kena jumpa dengan abang Aisy. 7 tahun makcik. 7tahun! Keysha tunggu dia,
tanpa khabar berita. Tiba-tiba Keysha dengar dia dah kahwin. Apa salah Keysha
makcik? Apa salah Keysha?” herdik Keysha
tiba-tiba yang gagal mengawal emosinya.
“Apa
salah Keysha? Keysha nak tahu!” Aisy mengamuk sebaik sahaja dia mahu naik
kerumahnya bila dia terdengar suara Keysha yang kuat mengherdik ibunya.
“Aisy sabar
dulu nak jangan nak marah, Aisy sampai bila? Kenapa tak bunyi enjin kereta?”
Puan Bariah sengaja menukar topik supaya Aisy dapat mengawal marahnya.
Keysha
terdiam dan terkejut. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Selama
tujuh tahun dia menanti-nantikan kehadiran wajah kekasih hatinya dan hari ini akhirnya
dia dapat menatap wajah yang dirinduinya selama ini. Aisy yang dia kenali dulu
jauh berbeza yang berada dihadapannya, kini wajahnya yang sawo matang itu kelihatan matang sesuai dengan usianya 27tahun, kini
Aisy berkaca mata dan ada sedikit kumis
hinggap di bahagian bibir bawahnya. Aisy begitu kacak pada pandang Keysha dari
dulu sampai sekarang. Dan hanya Aisy
sorang yang berhak bertahta dihatinya.
“Keysha
ikut abang. Kita bincang kat bawah jangan
libatkan mak abang dalam hal ni.” Aisy menarik tangan Keysha dengan kasar.
“Abangg!
Lepaslah, tangan Keysha sakit.” marah
Keysha yang kesakitan.
“Aisy
kau nak buat apa dengan Keysha tu? Tolong
Aisy,” rayu Puan Bariah dengan air mata bercucuran.
“Mak, biar
Aisy dan Keysha selesaikan masalah kami berdua. Mak jangan masuk campur!” Aisy
meninggikan suaranya sedikit.
Terselit
dihati Puan Bariah rasa bersalah, dia tahu Aisy mahupun Keysha tak bersalah
dalam hal ini.
“Ya Allah”,
kau lindungilah mereka berdua” doa Puan Bariah dalam hati.
“Abang,
kenapa abang buat Keysha macam ni? 7 tahun Keysha tunggu abang, kalau abang dah
tak sayang Keysha . Sekurang- kurang
abang hantar surat pada Keysha,
tak pun telefon bagitahu abang dah ada perempuan lain. Susah sangat ke?”
laung Keysha melepaskan geramnya yang terbuku lama dihatinya.
“Ni tak!
Abang seksa jiwa Keysha selama 7tahun!” Keysha menyambung marahnya.
“Abang tahu sampai sekarang Keysha membujang, sebab
apa abang nak tahu? Sebab Keysha tunggu abang tapi abang sedikit pun tak
kesahkan?” luah Keysha suaranya menjadi perlahan dek kerana tak tahan sebak. Abang
dah ade orang lain kan? Cakap abang! Cakaplah!. Betul orang kata lelaki memang tak boleh
setia. Keysha tak sangka abang macam ni, kalau Keysha tahu abang dah kahwin Keysha
tak teragak-agak nak terima lamaran Mikael. Keysha benci abang, benci!” tuduh
Keysha yang semakin menggila marahnya.
“Enough
Keysha! jangan nak tuduh abang bukan-bukan.”Aisy membela dirinya.
Keysha
terkedu Aisy tiba-tiba menengkingnya.
“Sapa yang
buat hal dulu? Keysha atau abang? Keysha
ingat abang dekat sana nak main-main ke? Abang ke sana pergi belajar nak
buktikan pada mama Keysha, yang abang boleh jadi orang berjaya. Boleh jaga Keysha.
Boleh bagi kemewahan pada Keysha.” terang Aisy nada sedikit kasar.
“Keysha tak mahukan kemewahan! Keysha mahu abang!” Keysha
memekik sambil menutup kedua belah telinganya Keysha mahukan abang.” tangisannya
semakin menjadi.
“Keysha,
sabar Keysha. Dengar dulu apa abang nak cakap?” Aisy mengoncangkan kedua bahu
Keysha bagi menenangkan Keysha yang semakin tidak keruan.
“Tak nak,
abang tipu. Abang sanggup buat macam ni pada Keysha. Keysha setia dengan abang,
setiap bulan Keysha tulis surat untuk abang tapi Keysha tak berani nak poskan.
Keysha takut menganggu abang. Makcik Bar
bagitahu pada mama yang abang
kena repeat paper sebab Keysha, abang tipu sebenarnya, abang ada perempuan
lain kan? Apa salah Keysha, abang?” rungut Keysha berjeda air matanya mengalir
dengan lajunya.
“Ye!
memang abang kena repeat paper dan hampir hilang nyawa gara-gara surat Keysha. Abang hantar surat pada Keysha, tapi Keysha tak pernah nak balas. Selama setahun abang menunggu surat dari Keysha. Keysha tahu tak?” Aisy berhenti
sejenak dan memandang Keysha yang masih
tersedu-sedu.
“Dengan sabar abang menanti, tanpa disangka-sangka abang terima surat dari Keysha akhirnya, tak
sia-sia penantian abang. Betapa gembiranya
hati abang hari tu. Tapi abang tak menyangka surat kiriman dari Keysha, memberi
satu tamparan hebat bagi abang. Abang hampir bunuh diri tapi Allah masih
menyayangi abang. Dia utuskan Diana menyelamatkan abang dari membuat perkara
terkutuk itu, Diana tak putus-putus nasihatkan abang.”
“ Hampir
dua tahun abang berputus asa dalam kehidupan abang tetapi Diana sentiasa
bersama abang, dia menjadi peneman setia abang. Membuatkan abang terbuka hati
untuk menerima cintanya . Abang ambil keputusan untuk berkahwin dengan Diana,
mak pun setuju. Masa tu mungkin Keysha sedang berbahagia kan?” Aisy menyelesaikan
katanya dengan nada memerli bekas kekasihnya itu.
“Begitu
mudah bagi abang, begitu mudah sangat,” ujar Keysha tersedu-sedu. Surat apa yang Keysha kirim pada abang. Sampai
abang buat keputusan nak berkahwin dengan perempuan lain.” tanya Keysha berbaur
sinis.
“Jangan
menfitnah abang, Keysha. Berdosa! Keysha tunggu sini sekejap.”
Aisy masuk ke dalam rumahnya setelah itu dia
kembali pada Keysha dan menyerahkan sepucuk surat yang agak kekuningan dek kerana dimakan masa itu pada Keysha.
“Nah! Keysha
bacalah sendiri.” Aisy menyerahkan surat itu pada Keysha.
Keysha
membuka sampul surat dengan tergesa-gesa tak sabar dia nak tahu apa isi yang telah ditulis
olehnya, dia sendiri tak tahu apa kandungan surat tersebut. Keysha menatap
surat itu dengan beribu kerut didahinya.
Assalamuaikum…
Buat Kekasihku Abang Aisy Syakirin.
Keysha
doakan abang sihat2 selalu. Keysha minta maaf kerana tak dapat balas surat2 abang
kerana Keysha sekarag sangat sibuk dengan tugasan Maktab.
Abang, tujuan
Keysha utus surat ni untuk bagitahu abang satu perkara besar dan mungkin akan
mengejutkan abang, tapi Keysha harap abang dengan hati terbuka untuk menghadapinya.
Untuk
pengetahuan Abang, Keysha dah berkahwin dengan seorang jurutera dari Kuala
Lumpur setahun yang lalu, dia merupakan kenalan mama, anak Datuk Zaidi seorang
jutawan di Kuala Lumpur, Keysha tengok dia kali pertama, Keysha terus jatuh
cinta dekat dia, abang. Dia pandai jaga hati Keysha, Keysha akui memang susah
nak lupakan Abang tetapi adanya dia, Keysha terpikir cinta antara kita hanya
cinta monyet sahaja, Keysha tahu mesti abang marahkan Keyshakan? Keysha dah
minta petunjuk dr Allah, Keysha dapat rasa dia jodoh terbaik untuk Keysha. Keysha
juga yakin mesti di sana abang dan jumpa
seseorang yang lebih cantik dan baik dari Keysha. Keysha tak kesah kalau
abang nak berkahwin dengan dia.
Akhir
sekali, Keysha minta abang jangan ganggu Keysha lagi , sebabnya Keysha dah
mengandung 2 bulan dan Keysha juga minta ampun dari hujung rambut ke hujung
kaki kerana baru sekarang Keysha beritahu abang perkara ni, maaf juga kerana
melukakan hati abang, Keysha doakan abang akan bahagia tidak kira siapa pilihan
abang.
Salam
Sayang dari,
KEYSHA
Selesai
membaca surat itu Keysha menatap wajah Aisy dengan muka yang agak sembat akibat
kuat menangis. Pandangan mereka bertaut.
“Keysha
nak cakap apa lagi? bukti dah adakan ? kenapa
nak jumpa dengan abang lagi? Mana pergi suami dan anak Keysha tu?” marah Aisy.
“Ini
bukan surat dari Keysha abang, demi Allah Keysha tak pernah dan tak akan tulis
surat ni. Satu perkara lagi...” Keysha
berhenti sejenak menarik nafasnya kemudian hembus pelahan.
“Keysha
tak kenal pun mana –mana lelaki dari
Kuala Lumpur, Keysha juga tak pernah berkahwin macam mana nak hamil.” jawab Keysha menahan tangisan yang
semakin lebat bercucuran.
“Habis
surat tu bukan dari Keysha dari siapa, Keysha? Dah terpapar nama dan alamat
rumah Keysha, dan setem pun ada tertulis tarikh dan tahunnya. Jawablah kenapa
diam?” Aisy meninggikan suaranya dengan muka merah padam menahan marah.
“Keysha
tak tahu abang, Keysha tak buat semuanya.” laung Keysha tangisannya semakin
laju dan dia terduduk lemah
“Keysha,
Aisy. Mak minta maaf korang tak salah
yang salah mak dan mama kamu Keysha.” tiba-tiba ibu Aisy mencelah. Mak cik Bariah
serba salah mahu bagitahu hal sebenar kepada mereka berdua
“Mama?
Kenapa dengan mama mak cik?” tanya Keysha inginkan kepastian.
“Keysha,
mama kamu pernah datang ke rumah mak cik. Dia maki hamun dan minta makcik
jauhkan Aisy dari kamu.”cerita Puan Bariah menbongkarkan semuanya.
“Tapi
kenapa mama sanggup buat macam tu?” soal Keysha dengan sedikit terkejut.
“Kamu tanyalah
mama kamu sendiri, mak cik tak nak keruhkan lagi keadaan.” ujar Puan Bariah perlahan.
Tanpa berfikir
panjang Keysha terus bangkit dari duduknya berlalu ke arah kereta kancilnya
lantas menghidupkan keretanya dan terus meluncur ke rumahnya.
“Aisy, jom
kita kerumah Keysha, mak takut sesuatu akan terjadi.”ajak Paun Bariah menarik
tangan anaknya yang masih kelihatan bingung.
Sampai
di rumah Keysha, Aisy dan maknya terdengar suara Puan Ismah marahkan Keysha.
Mereka meluru naik ke rumah kayu yang masih cantik itu.
“Ya,
memang mama yang tulis!” sergah Puan Ismah
“Tapi
kenapa ma? Kenapa mama buat macam ni. Apa salah Aisy mama buat dia macam tu? Kenapa
mama sanggup pisahkan kami mama? Mama kan tahu saya hanya cintakan Aisy saja.”
tanya Keysha bertalu-talu. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangisan.
“Aku tak
nak kau dengan dia bersatu, aku mahu balas dendam terhadap ayah dan mak dia, apa
yang aku mahu tak dapat? Jadi apa yang anak dia nak, aku akan halang. Kau faham
tak Keysha, kau tu anak aku. Aku nak kau bahagia!” jerkah Puan Ismah dengan
kasar.
“Bahagia?
Mama tahu tak orang yang Aisy mahukan itu adalah Keysha ma. Anak mama. Mama tak
sayangkan Keysha ke ma?” Keysha masih merayu dengan tangisan yang tersedu-sedu.
“Kak
sudah-sudahlah” tiba-tiba Puan Bariah dan Aisy sebaik sahaja tak tahan melihat
Keysha terus dipersalahkan.
“Korang
buat apa kat sini? Aku tak nak tengok muka
korang. Keluar sekarang!” Kemarahan Puan Ismah bertambah apabila melihat Puan
Bariah dan Aisy berdiri di muka pintu rumahnya.
“Sabar
mak cik”. Aisy cuba menghalang Puan Ismah
daripada memukul maknya
“Kak
sudahlah. Perkara dulu kita lupakan, saya tahu kak masih berdendam dengan
arwah. Tapi arwahkan dah tak de. Tak
elok akak masih simpan dendam, lagipun
kita sudah tua, kak.”pujuk Puan Bariah untuk meredakan kemarahan Puan Ismah.
“Kau
diam! kau sedaplah cakap sebabnya kau dapat apa yang kau mahukan! Tapi aku? Apa
aku dapat? Kau tahu tak, aku menderita
hidup dengan orang yang tak pernah aku cinta, kau tahu tak!” herdik Puan Ismah
marahnya semakin menggila.
“Mama!
Mama cakap apa ni?” soal Keysha benar-benar keliru .
“Bertenang
Keysha.” Aisy memegang bahu Keysah untuk memujuknya yang hampir terduduk. Dia
sendiri tak faham masalah yang pernah terjadi antara maknya dan juga makcik Ismah.
“Kak
dengar dulu apa yang saya nak cakap? Saya tahu, saya yang memisahkan kakak
dengan abang Hidayat. Tapi percayalah abang Hidayat tak penah lupakan akak. Walaupun
dia kahwin dengan saya, dia masih sayangkan akak.’ jelas Puan Bariah sambil
bercucuran air matanya keluar.
“Jangan
kau nak merepeklah Bar! Kalau dia betul-betul sayangkan aku. Kenapa masa majlis
perkahwinan kami dia tak datang? malah kena tangkap khlawat dengan kau. Kau
tahu betapa malunya family aku masa tu. Malah aku terpaksa kahwin dengan si
Khalid si kaki betina!” bentak Puan Ismah tidak puas hati.
“Kalau
kakak nak tahu, abang Khalidlah yang perangkap kami malam tu. Dia tak mahu kakak
dan Abang Hidayat berkahwin.” luah Puan
Bariah keadaan sebenar.
Dalam keadaan
yang tegang sempat Aisy memerhatikan Keysha. Dia begitu terpesona dan jatuh
cinta buat kali kedua pada Keysha, dilihatnya Keysha tak berubah ketika mana pertama
kali dia terlihat Keysha. Keysha masih dapat bertahan hanya memerhatikan
suasana sedih itu dengan mata yang sayu, tangisan cuba ditahannya supaya tidak gugur
dari tempatnya. Keysha betul-betul seorang yang tabah tak cepat melatah
sentiasa tenang walaupun rebut taufan melanda dirinya. “Kalaulah hal ini tak
terjadi, pasti Keysha sudahku miliki.” desis Aisy dihatinya.
“Apa kau
cakap ni? Abang khalid? Dia yang rancang semua tu!” tanya Puan Ismah tidak
percaya.
“Ye kak,
maafkanlah abang Hidayat. Dia betul-betul menyesal pada masa hayat dia. Dia sentiasa
pesan pada saya, jangan bagitahu perkara sebenar pada kakak . Dia takut nanti
akak akan benci pada abang Khalid.”
“Abang Hidayat
mati pun, disebabkan berbuatan abang Khalid kak. Saya dah tak sanggup tengok
akak terus berdendam dengan saya dan juga Aisy. Saya juga tak nak tengok Keysha
dan Aisy meneruskan dendam tu lagi kak, maafkanlah kami kak.” jelas Puan Bariah
panjang lebar.
“Ya
Allah!! abang Hidayat betul ke semua ni? abang tak bersalah ke? Kenapa abang
Khalid buat macam ni? Ya Allah, ampun kan aku. Bar ampunkan akak Bar.”Puan
Ismah meraung sambil memeluk kaki Puan
Bariah.
Puan Ismah tak menyangka Aisy Hidayat begitu terseksa gara-gara arwah suaminya.
Dia menangis sepuas hatinya. Puan Bariah duduk dan memeluk kakak angkatnya itu.
Dia tahu pasti Puan Ismah betul-betul menyesal atas berbuatan arwah suaminya Si
Khalid.
Keysha dan Aisy menjadi pemerhati, mereka tak
sangka ibu mereka mempunyai sejarah yang amat memilukan. Keysha keluar
meninggalkan mamanya dan mak Aisy untuk seketika bagi mendapatkan ketenangan
dihatinya langkahnya diekori Aisy.
“Keysha”
Aisy menyapa lembut
Keysha
berpaling sambil menyapu air matanya yang sudah berguguran.
“Abang, maafkan mama Keysha. Perbuatan mama
memang melampau, hampir buat abang mati.” keluh Keysha sebak.
“Abang
maafkan Keysha, abang menyesal kerana
tak siasat perkara ini betul-betul. Keysha tak bersalah, abang juga bodoh
kerana percaya bulat-bulat, sampai tak cam itu tulisan Keysha atau tak. Kalaulah
abang dapat putar masa abang tak akan terburu-buru kahwin masa tu.”jawab Aisy
menyesal.
“Abang jangan
cakap macam tu, walaupun kita tak berjodoh tapi kita dapat satukan hubungan
mama Keysha dan mak abang yang lama
terpisahkan?”
Esok
majlis abangkan?” Keysha sengaja tukar topik dan pura-pura ceria kerana dia tak
sanggup untuk terus mendengar kata-kata yang mungkin akan melemahkan hatinya.
“Abang tak boleh sedih. Kena sentiasa ceria
maklumlahkan orang dah jadi pengantin kena seri tu lebih dari yang tak kahwin
lagi.”Keysha berjenaka dalam sedih.
Aisy
hanya mampu tersenyum dia tahu Keysha cukup terseksa begitu juga dengan
dirinya. Kalau diikutkan hasrat hatinya
mahu saja dia menyunting Keysha untuk menjadi isterinya sekarang itu juga. Tapi
dia tahu perempuan mana mahukan hidup bermadu. Dia sendiri pun tak tahu tahap
keadilan dirinya sekiranya dia berkahwin dua. Sekarang dia sudah menjadi milik Diana
yang sah. Isteri yang dikahwinnya ketika di Ireland setahun yang lepas. Jadi batas
pergaulan dengan Keysha dia harus jaga takut nanti isterinya terluka.
*************
“Mama! Mama!
Sekejap.” panggil Keysha tatkala melihat
ibunya bersiap-siap mahu kerumah Aisy. Dia memeluk mamanya lama.
“Keysha
sayang mama tau.” ujar Keysha manja.
“Hisy
budak ni macamlah dah tak jumpa dah. Nanti sampai rumah Aisy telefon mama.”
pesan Puan Ismah dalam hatinya timbul perasaan hairan dengan sikap Keysha
tiba-tiba itu.
Keysha
memerhatikan sampai hilang kelibat mamanya. Sejak dari peristiwa semalam
hubungan mamanya dengan mak cik Bariah menjadi betul-betul rapat. Sampaikan mamanya
sanggup pergi awal pagi gara-gara mahu membantu ibu Aisy. Keysha merasakan
dirinya bahagia walaupun dia dan Aisy tak dapat bersatu
asalkan mamanya bebas dari berdendam.
“Hmm,
majlis tu tinggal 2 jam lagi, hadiah dah siap balut. Bolehlah buat kali terakhir aku tulis surat cinta untuk
abang Aisy. Maafkan Keysha, kak Diana. Walaupun dia suami akak, tapi Aisy
Syakirin akan selalu bertahta dihatiku ni, dan akan ku kunci disini.” kata
Keysha sendirian sambil tunjuk ke arah dadanya.
“Alamak
dah lewatlah adus.. ” Keysha tergesa-gesa gara dia terlelap tadi, sampaikan dia
tertinggal hadiah untuk Aisy.
“ Maaf makcik! mama! Keysha terlelap tadi. Pengantin
dah sampai ke?” tanya Keysha dengan wajah penuh rasa bersalah.
“ Lebih 10
minti tadi baru sampai, pergilah makan dulu .” pelawa mak cik Bariah. Keysha
mengangguk dan berlalu dari situ.
Sedang Keysha
mahu beratur untuk mengambil makanan tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit
seseorang. Lantas dia menoleh pandangannya ke belakang.
“Abang!
Jahat, ye. Hmm.. pengantin kita gatal ni, isteri tak de depan mata dah nak menggatal.”usik
Keysha menghilangkan rasa debaran dihatinya.
“Tak pe.
Dengan kekasih lama je kan? cantik Keysha hari ni, tapi abang rasa macam kenal
je jubah dan tudung ni. Sapa bagi ek?”Aisy cuba bergurau ingin membuang
perasaan sangsinya pada Keysha.
“Eleh
kura-kura dalam perahu.” jawab Keysha
Mereka
berdua tergelak mengekek. Walaupun masing-masing kelihatan sangsi untuk bergurau senda seperti dulu, perasaan
cinta yang mendalam diri mereka masih kuat telah menolok perasaan keganjalan
itu.
“Tapi
abang jugak kan suruh Keysha pakai ni nanti nak jumpa abang ?”jawab Keysha lagi
sambil tersengih
“Hmm .. tapi
abang suruh Keysha pakai ketika
mahu jemput Abang kat KLIA dulu kan?” keluh Aisy perlahan dengan rasa kecewa dihatinya.
“Keysha
kata nak bagi hadiah special kat abang mananye?” Aisy cuba tukar suasana sedih menjadi ceria semula sambil hulurkan kedua
belah tanganya.
“Alamak
abang, Keysha terlupa nak bawaklah, Keysha pergi ambik sekarang, ya. 20 minit je,
nak naik kereta susah nak keluarkan, Keysha jalan je, tunggu tau.” ujar Keysha
sambil meletakkan semula makanannya di meja.
“Ok hati
–hati .”pesan Aisy tersenyum
“ Abang maafkan
Keysha ye. Bye.” kata Keysha tiba-tiba
Aisy
hairan dengan sikap Keysha, dia terasa berat nak lepaskan Keysha pergi.
“Ahh,
Cuma fikiran aku je kot.” ujar Aisy memujuk hatinya.
Lebih
kurang sudah setengah jam Keysha pergi. Kelibatnya masih tak muncul-muncul. Hati Aisy didatangi kerusingan.
Matanya sentiasa terjenguk-jenguk ke arah
jalan mahu masuk ke rumahnya menanti kemunculan Keysha.
“Tolong!
Lori balak terbalik lori balak terbalik kat simpang sana.” Terdengar suara seorang
budak berteriakkan.
“Apa hal
ni adik?” tanya Aisy kehairanan.
“Abang Aisy
lori balak terbalik, Kak Keysha kena tindih dengan kayu balak. Abang cepatlah.”
jawab budak itu dengan termegah-megah .
“Apa?
Keyshaa tak mungkin.” Terkaku Aisy seketika. Dia tidak percaya dengan berita
itu.
“Keysha…
Ya Allah Keysha anakku. Keysha bangun
nak, bangun!” teriak Puan Ismah sambil memangku kepala Keysah diribanya.
“Sabar
kak, sabar. Sekejap lagi ambulans sampai.” Puan Bariah memujuk dengan suara
tangisan.
Aisy
hanya memerhati tak sanggup dia mahu melihat Keysha terlantar. Seluruh tubuh
Keysha dipenuhi dengan darah, dia dapat mengagak Keysha tak dapat menggerakkan
badannya walau sedikit pun tulang belulangnya patah akibat ditimpa kayu balak.
Keysha sendiri tak menyangka perkara ini akan
terjadi. Keysha masih teringatkan peristiwa yang menimpanya sebentar tadi sebaik
sahaja dia mendapatkan hadiah Aisy. Terus dia ke rumah Aisy tanpa disedarinya
datang sebuah lori balak yang mahu memasuki lorong sebelah kiri
tiba-tiba terbabas dan masuk ke kedalam
parit semua kayu balak dibelakang lari itu terjatuh dah bergolek. Keysha yang
tak sempat melarikan diri kena hempas dek balak yang besar itu.
“Keysha
jangan tinggalkan mama sayang. Maafkan mama tak dapat tunaikan impian Keysha. Tolonglah
jangan pergi Keysha.” rayu ibunya dengan teresak-esak.
Keysha
hanya mengelipkan matanya kerana dia tak mampu untuk bercakap, justeru itu dia melarikan
anak bola matanya ke arah Aisy, mata mereka bertaut. Hanya mata sahaja yang menjadi perantaraan antara mereka. Aisy menghampiri Keysha mengambil alih tempat
mak cik Ismah, dia meriba kepala Keysha lalu membisikkan sesuatu ditelinganya.
“Abang
sayangkan Keysha, selagi hayat abang ada. Mengucap Keysha Assyahaduallahillahha Illallah”
“Lailahillallah” hanya
bibirnya sahaja yang bergerak.
Akhirnya
Keysha menghembus nafasnya dipangkuan orang yang dia kasihi. Air mata Aisy
bercucuran. Puan Ismah ditenangkan oleh Puan Bariah dan menantunya Diana.
“Aisy ni
hadiah untuk kamu, mungkin dari Keysha.” kata salah seorang penduduk kampung
itu.
Aisy
meyambutnya dengan berat hati untuk mengambil hadiah itu dia mencabut sepucut surat
yang dilekatkan diatas bungkusan itu lalu membukanya. Dengan tangan yang masih
mengigil Aisy mahu membacanya.
Assalamuaikum
…. selamat pengantin baru abang =)
Walaupun
sakit hati Keysha, Keysha tetap tabahkan hati untuk menulis surat ini untuk
Abang, anggaplah surat ini yang terakhir dari Keysha. Keysha minta maaf sebab Keysha masih tak rela lepaskan abang
untuk orang lain. Tapi Keysha akan berdoa agar Keysha tidak menjadi penghalang
antara abang dengan kak Diana nanti, tapi abang jangan paksa Keysha untuk tidak
terus menyintai abang, OK!. Keysha akan tetap menyintai abang sampai ke akhir
hayat Keysha =), insya-Allah sampai syurga dengan izinNya. Kalau Allah
memakbulkan doa Keysha, nanti di alam sana Keysha mahu jadi isteri abang,
bolehkan abang? Keysha berharap sangat Allah memakbulkannya.
Sekarang
abang mesti utama kan kak Diana tau jangan curang padanya. Kalau abang curang
padanya bermakna abang memang tak sayang Keysha.
Pesanan
untuk abang khas dari yang pernah bertahta dihatimu…
Abang mesti lupakan Keysha, jangan simpan cinta dalam hati abang
buat Keysha berikan pada kak Diana. Abang mesti jaga kak Diana baik2 macam
abang jaga Keysha. Abang mesti menyayangi kak Diana lebih dari sayang Keysah ya.
Abang mesti cintakan kak Diana lebih dan lebih dari Keysha. Sebabnya kak Diana
sekarang dah jadi isteri abang. Alangkah bahagianya kak Diana, kerana dapat
berkahwin dengan abang. Bertuahkan dia? Kalaulah Keysha yang berada tempat kak
Diana sekarang pasti tak tergambar perasan Keysha.
Dalam kotak ni ada dua hadiah satu khas untuk abang dan satu lagi untuk
kak Diana abang bukaklah tapi jangan bagi tahu kak Diana tentang hadiah abang
tu takut nanti dia dengki huhu… akhir kata Keysha sangat menyintai abang
sepenuh hati….
Salam sayang dari yang pernah memiliki hatimu,
Keysha
Sebaik sahaja Aisy selesai membaca dia dapat membayang setiap gelagat
Keysha. Dia merenung seketika sebelum membuka kotak yang dipenuhi beratus pucuk
surat, kesemuanya sudah memakan usia. Tahulah Aisy semua surat-surat itu dari
Keysha untuk dirinya semasa dia berada Ireland lagi.
“Keysha abang tak tahu, apa yang harus abang lakukan untuk Keysha tapi
dengan izin Yang ESA, Keysha mesti tunggu abang di sana ya, sayang.” Ujar Aisy perlahan.
Air matanya bercucuran
keluar tak sanggup rasanya dia kehilangan orang amat dia sayang. Diana memeluk
suaminya untuk memberi kekuatannya buat suaminya itu. Dia tahu perempuan yang terbaring
dihadapanya itu pernah menghuni hati suaminya dahulu dan mungkin sampai
bila-bila.
“Keysha tunggu abang .” kata
Aisy dalam hatinya.
p/s cinta tak semestinya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan,
tapi untuk melupakannya perlu memakan masa yang agak lama. Berdoa dan bersabar
yang menjadi penawarnya. Buat di luar sana bagi yang tak dapat memiliki cinta
yang dikasihi berdoalah agar si dia
sentiasa bahagia. Ingat pertemuan dan perpisahan datang dari yang Maha Esa…
~Domi Nisa~
6 comments:
p/s cinta tak semestinya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan, tapi untuk melupakannya perlu memakan masa yang agak lama. Berdoa dan bersabar yang menjadi penawarnya. Buat diluar sana bagi yang tak dapat memiliki cinta yang dikasihi berdoalah agar si dia sentiasa bahagia. Ingat pertemuan dan perpisahan datang dari yang Maha Esa… ini merupakan cerpen pertama saya. Harap diberi tunjuk ajar ~ Domi Nisa~
p/s cinta tak semestinya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan, tapi untuk melupakannya perlu memakan masa yang agak lama. Berdoa dan bersabar yang menjadi penawarnya. Buat diluar sana bagi yang tak dapat memiliki cinta yang dikasihi berdoalah agar si dia sentiasa bahagia. Ingat pertemuan dan perpisahan datang dari yang Maha Esa… ini merupakan cerpen pertama saya. Harap diberi tunjuk ajar ~ Domi Nisa~
jln citer ok.. ada part yg slh ejaan..
keep it up..
-min-
salam Domi....
cite tu bestt dik..dan ada sikit salah ejaan...teruskan dik kak fika selalu kat belakang kamu.chaiyokkk!!! akhirnya ada n3 baru dari adik... hihi :D
~~kak Fika~~
terima kasih min kerana sudi singgah membacanye..pasal ejaan i.Allah lain kali domi akan telitikan dengan baik2
kak fika..huhuhu tq banyak2 nti domi baiki segala kesilapan ejaan luv you so much
Post a Comment