Thursday 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia 17

Bab 17

Usai mandi Tuan Haris  menyarung baju pijama ke tubuh. Walaupun usia sudah mencecah separuh abad tapi dia tetap segak dan mengacam. Tak hairan ramai perempuan duk tergila-gilakan dia. Tambahan pula dia berharta lagilah dikejar. Tuan Haris  menjatuhkan tubuhnya ke tilam. Lengan kanannya naik ke dahi dengan mata memandang siling. Dadanya berombak dalam keresahan. Tika ini nafsunya sedang bergelora. Sesekejap dia mengiring ke kanan dan mengiring ke kiri. Bayang liuk lentok tubuh Afina bermain di fikirannya.
Dia cuba memejam mata tapi tak berhasil. ‘Ah, kenapa dengan aku malam ni? Asyik terbayangkan tubuh si Fina saja. Gelak tawanya membuat aku betul-betul resah. Tangisan yang bersendu itu seolah menggoda aku. Tak boleh jadi ni, aku mesti daptkan dia. Tapi... aku dah janji tak akan sentuh dia selagi dia tak jadi isteri aku!’ Otak Tuan Haris  bertambah serabut. Akal cuba menahan tapi nafsu cuba mendesak.
‘Haris kau tak ingat ke, dia cuba lari dari kau sebab cintakan budak hingusan tu? Kau masih nak bertahan lagi. Alah kalau kau ‘kerjakan’ bukan orang tahu pun. Lagipun kau ada kuasa. Kau boleh buat segalanya yang kau mahukan. Jangan biarkan dia terlepas lagi. Cepat pergi ‘kerjakan’ dia sekarang.’ Hati jahat Tuan Haris  semakin mendesak supaya dia melakukan sesuatu yang tidak elok pada Afina.
Tuan Haris  tiba-tiba bangkit. Dia meraup kepalanya berkali-kali sambil mendengus geram. ‘Tak boleh jadi ni. Aku harus jumpa Afina.’ Gumam Tuan Haris . Dia bingkas bangun lalu keluar dari bilik tidurnya.
Tuan Haris  menempah masuk ke bilik Afina. Dia tidak tahan lagi dengan sikap Afina. Semakin hari  Afina semakin berani dengannya. Nasib baik dia sempat mencari balik Afina kalau tak sia-sia dia melabur wangnya ke atas gadis itu.
 Afina yang sedang menyikat rambut tiba-tiba terkejut. Bila daun pintunya di tolak kuat. “Uncle! Ada apa uncle?” Soal  Afina gugup. Lihat wajah Tuan Haris  yang tidak dapat dia tafsirkan menambahkan kegusaran di hatinya.
Tuan Haris  tidak menjawab. Nafsunya sedang bergelora hebat. Dia menghampiri  Afina lalu mengheret gadis itu ke katil. Dia menghempas tubuh kecil Afina ke tilam dengan kasar. Tanpa berfikir panjang dengan rakusnya dia mengoyakkan pakaian gadis itu lalu menindih di atasnya.
“Aku dah tak tahan lagi, aku nak kau layan aku malam ini juga?!” ujar Tuan Haris  dengan nada mendesak.
“Apa kena dengan uncle ni? Kan kita dah janji tak akan lakukan perkara terkutuk itu selagi kita tak kahwin?!” jerit  Afina bersama lingangan air mata. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Sudahlah kepenatan berlari siang tadi masih belum hilang. Malam ini dia perlu meronta sekali lagi untuk menyelamatkan maruah diri.
“Ah, aku tak peduli semua tu! Aku dah lama bersabar. Bersabar sampaikan kau nak larikan diri dengan kekasih kau tu kan? Lagipun dulu dengan mak kau yang masih ada suami aku boleh lakukan. Inikan pula kau yang masih anak dara. Lagi senang nak lakukan. Tak de siapa nak larang dan marah,” tempelak Tuan Haris . Dia menjatuhkan wajahnya. Batang leher Afina dicari.
“Uncle.. bawa mengucap uncle, ingatkan Allah. Dia sentiasa melihat kita,” rayu  Afina cuba mengelak dari di kucup oleh lelaki gatal itu.
“Jangan nak bagi ceramah agama dekat akulah! Kau ingat kau tu suci sangat ke nak jelaskan hukum hakam dekat aku. Ayah kau tu kaki judi. Segala yang masuk dalam perut kau selama ini adalah dari hasil judi ayah kau, kau masih nak berlagak alim?” sindir Tuan Haris  sambil mencengkam kuat kedua belah tangan  Afina dari meronta-ronta. Kini tiada lagi kasih sayang terhadap gadis. Apa yang dia mahukan adalah Afina melayani nafsu serakahnya.
 Afina tersentap. Tak mampu lagi untuk dia bersoal jawab. Betul dia memang dah tak suci lagi. Darah yang mengalir dalam tubuhnya sekarang hasil daripada benda haram. Sebab itu hidupnya gelap.
Bila melihat  Afina diam, Tuan Haris  cepat mengambil kesempatan. Dia mengucup bibir gadis itu dengan rakus. Rontaan si gadis tidak endahkan. Nafsu yang menggila menguasai diri Tuan Haris  ketika ini. Afina terus menjerit dan meronta. Daya seorang gadis yang baru 15 tahun tidak mampu untuk menolak tubuh sasa itu dari terus menindih tubuhnya yang kecil. Dia tahu Pak cik Salleh dan Mak cik Imah ketika ini sudah lena dibuai mimpi.  Kalau mereka tidak tidur lagi pun mereka tetap tak berani untuk menyelamatkan dia dari genggaman Tuan Haris  sekarang.
‘Ya Allah hanya padaMu aku pohon. Lindungi aku dari Tuan Haris  yang kejam ini.’ Doa  Afina dalam hati dengan air mata mencurah-curah.
‘Fir.. mana awak Fir. Tolong selamatkan saya…saya merayu.’ Rintih Afina pula.
Tuan Haris  tidak menghiraukan rayuan Afina. Dia terus menerus mencium segenap wajah  Afina yang dibanjiri dengan air mata. Dalam keasyikkan berajakan nafsu tiba-tiba nafasnya sesak.
“Er… to..tolong..a..aku, Fina,”rayu Tuan Haris dengan suara tersekat-sekat sambil memegang dadanya.
Nampak Tuan Haris  lemah terkulai Afina lantas menolak tubuh Tuan Haris  hingga katil ke bawah. Pantas dia bangkit untuk melarikan diri.
“To…tolong aku... to..tolong uncle,” rengek Tuan Haris  dengan mata terbeliak memandang susuk tubuh belakang  Afina yang mahu meninggalkannya.
 Afina berhenti sekejap lalu kalih ke belakang. Dia teragak-agak sama ada mahu membantu atau tidak. Bila tengok keadaan Tuan Haris  agak nazak akhirnya dia menjerit meminta tolong.
“Mak cik! pak cik! Tolong!” jerit  Afina. Dia menghampiri Tuan Haris  yang sedang bertarung nyawa dengan malaikat maut.
Uncle! uncle!” panggil Afina berkali-kali sambil menepuk lembut wajah Tuan Haris  yang bernafas tercungap-cungap.
“Mak cik! Pak cik!” laung Afina sekuat hati.
“Apa apa Fina?” soal Pak cik Salleh kalut sambil mengilas kain pelikat yang hampir terlucut.
Uncle... uncle pak cik, mak cik. Dia sesak nafas,” aju Afina sambil teresak-esak.
“Tuan! Tuan! Kenapa ni? Mengucap tuan.” Pantas Pak cik Salleh mendapatkan majikannya. Kepala Tuan Haris  dipangku ke riba.
“Macamana boleh jadi macam ni, Fina?” tanya Mak cik Imah cemas. Tubuh Afina dipeluk.
“Sa...Salleh.. to..tolong..ak..aku,” ujar Tuan Haris  tercungap-cungap. Tangan diangkat sedikit meminta bantuan.
 “Ya Allah Tuan! Cepat Imah telefon ambulans sekarang,” arah Pak cik Salleh kepada isterinya.
Mak cik Imah mengangguk terus keluar dari situ untuk membuat panggilan.
“Apa hal ni?” Soal Puan Halisa dan Alia yang baru muncul. Dia memandang Afina dari atas hingga ke bawah. Pakaian  Afina koya rabak. Tahulah dia perangai gila ayahnya mahu menyerang Afina.
“Papa!” jerit Puan Halisa. Dia berlari mendapat ayahnya yang dipangkuan Pak cik Salleh.
“Sayang, apa yang tercegat dekat situ lagi? Meh sini, atuk sedang nazak ni,” bebel Puan Halisa pada Alia yang masih mamai.
Alia mengenyeh mata sambil memegang teddybear mendengus geram. Dia sempat hentakkan kakinya sedikit sebelum mendapatkan ibu dan atuknya. “Atuk dah nak mati ke mom?” soal Alia biadap sekali.
“Cik Alia!” Marah Pak cik Salleh sambil menggeleng. Kesal dengan sikap kurang ajar Alia itu. Orang yang nazak itu bukan orang lain tapi darah daging dia sendiri.
“Apa, salah ke Lia cakap? Tu balasan untuk atuk yang miang. Tak padan dengan tua tapi ada hati nak buat maksiat. Kau perempuan kenapa kau tak ikut mati sekali dengan atuk aku hah?” jerkah Alia tiba-tiba. Dia mendekati Afina dan terus menunjal kepala gadis itu.
“Astaghfiruallah Cik Lia, bawa mengucap. Atuk kamu sedang sakit ni,” nasihat Pak cik Salleh cuba menyedar cucu majikannya itu.
“Alia kenapa biadap sangat dengan atuk ni?” Marah Puan Halisa. Dalam hati. ‘Bagus Lia. Memang betul apa yang anak mama cakap tu.’
“Uff, malas Lia nak ambik peduli dengan semua ni,” bentak Alia terus keluar dari bilik itu. Afina masih seperti tadi. Menahan sendu.
“Abang, ambulans dah sampai,” suara Mak cik Imah sebaik tiba di muka pintu.
“Baiklah, puan mari,” pelawa Pak cik Salleh. Tubuh Tuan Haris  diangkat untuk turun ke bawah dibantu oleh isterinya.
“Tak pe. Pak cik dan mak cik pergi dulu. Saya nak pujuk Alia. Sekejap lagi kami akan menyusur,” tolak Puan Halisa berlakon baik. Dalam hati dia sudah rancangan lain.
Sebaik Mak cik Imah dan Pak cik Salleh keluar dari bilik itu, Afina turut bangkit mahu ikut sama. Dia bergerak ke almari untuk menggantikan baju yang terkoyak rabak itu. Usai mengenakan baju dia tergesa untuk keluar tiba-tiba Puan Halisa menegur.
“Kau nak ke mana budak?”
Afina kalih kebelakang. “Nak ke hospital,” balas Afina pendek.
“Ada hati kau nak pergi? Hey kau tak sedar ke papa aku jadi macam tu sebab kau! Dah tak payah nak tunjuk baik. Duduk je rumah,” marah Puan Halisa. Tubuh kecil Afina di tolak kasar kemudian dia beredar dari situ.
Afina jatuh tersungkur. Air matanya sekali lagi gugur. ‘Kenapa Fir... kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak tipu saya?’ Rintihnya.
“Lia, jom,” ajak Puan Halisa. Keluar saja dari bilik Afina, dia terus masuk ke bilik anaknya.
Alia yang terbaring di tilam mendengus perlahan. “Ke mana mamy?”jawabnya malas.
“Ke hospitallah. Atuk kamu kan sakit,” pujuk Puan Halisa lagi.
“Biar jelah. Buat apa kita nak pergi. Perempuan simpanan atuk kan ada, biar dia je yang teman,” dalih Alia. Selimut ditarik naik ke atas lagi.
“Lia. Listen to mamy... atuk kamu tu tengah nazak nak mati. Buatnya dia serahkan segala hartanya pada budak tu macamana? Lia nak hidup merempat?” aju Puan Halisa dengan memek muka sekali.
“Tak nak!” Laju Alia membantah. Dia mana pernah hidup susah. Kalau harta atuknya yang bertimbun itu jatuh ke tangan Afina, merempatlah dia nanti.
“Baiklah, tunggu kejap. Lia nak tukar baju.” Akhirnya dia akur jua.
“Hmm...macam tulah anak mamy. Okey mamy tunggu.”
“Mamy… atukkan masuk hospital. Mamy masih nak tengok budak tu ada dalam rumah ni lagi ke?” soal Alia cuba menghasut ibunya. T-shirt ketat sudah tersarung di tubuhnya.  Rambut dirapikan sedikit. Selesai semuanya dia mendekati Puan Halisa.
“Maksud Lia apa?” soal Puan Halisa dengan wajah berkerut.
“Oh, mamy. Tak kan tak faham kot?” keluh Alia. Tangan diangkat lalu memegang ke dua pipi ibunya.
“Begini... Lia rasakan. Dah tiba masanya untuk kita halau budak tak guna tu dari sini. Peluang untuk atuk hidup, Lia rasa agak tipis. Dan kalaulah atuk masih ada harapan nak hidup pun kita bagitahu budak tu larikan diri sebab tak sanggup bertahan dengan sikap gatal atuk tu. Lia yakin sangat nyawa atuk dah melayang sekarang ni,” terang Alia dengan jelas. Sempat lagi dia mengutuk Tuan Haris tanpa ada rasa sayang terhadap lelaki itu.
Puan Halisa menepis tangan anaknya dari memegang wajahnya. Dia julingkan mata pandang ke atas. “Hmm... betul juga kata Lia tu. Inilah peluangnya. Kita halau dia. Jangan benarkan dia berani pijak kaki dia ke sini lagi,” tokok dia.
“Macam ni baru mamy Lia?” ujar Alia dengan nada teruja. Tubuh Puan Halisa dipeluk seketika.
“Mamy apa lagi jomlah!” ajak Alia. Dia bangun kemudian menarik tangan ibunya.
Mereka berdua menerjah masuk ke bilik Afina dengan tergesa. Tak sabar mahu menghalau gadis itu keluar dari rumah ini.
“Hey budak!” jergah Puan Halisa.
Afina sedang menangis sambil memeluk kedua belah lututnya panggungkan wajahnya sedikit. Wajahnya nampak sembab akibat banyak menangis.
“Jangan nak buat drama air mata dekat sini. Dah bangun sekarang!” Puan Halisa menghampiri Afina. Tangan gadis itu ditarik agak kasar supaya berdiri.
Afina menyeringai kesakitan. Tangannya ditarik kasar seperti mahu tercabut saja. “Apa mak cik nak buat ni?” soal Afina
“Kau tak layak duduk dalam rumah ni lagi. Dah keluar,” sembur Puan Halisa dengan kata-kata amarah seraya menolak tubuh Afina untuk keluar dari bilik itu.
Alia tersengih sambil berpeluk tubuh. Seronok dia menyaksikan situasi itu.
Afina mengeraskan diri. Dia berdegil tidak mahu keluar dari situ. Dia nak tahu bagaimana keadaan Tuan Haris sekarang. Walaupun dia benci lelaki tua itu tapi dia tetap mahu bertanyakan khabar pasal lelaki itu. Dia bukanlah perempuan yang jenis tidak mengenang jasa orang kepada dia. Kerana Tuan Haris  dia dapat merasai kemewahan dunia walaupun  maruah diri menjadi taruhan.
Tengok Afina tetap berdegil Alia menjadi geram. “Mamy apa tunggu, mari kita heret dia keluar dari sini,” celah Alia tiba-tiba. Dia menapak menghampiri Afina. Lengan gadis itu dicengkam kuat.
“Kau nak berdegil, ek. Meh sini aku tolong lunturkan kedegilan kau tu!” pekik Alia kasar. Tubuh Afina ditolak bertalu-talu sehingga tubuh itu terdorong ke hadapan.
“Kak Lia!” Afina turut menjerit. Tangannya digawang untuk menarik rambut Alia.
“Oo...nak melawan ya? Mamy!” panggil Alia kuat, untuk meminta bantuan ibu.
Puan Halisa cepat-cepat mendapatkan mereka. “Berani kau nak pukul anak aku. Tak guna!” marahnya turut memukul Afina.
Afina tidak mampu untuk melawan. Dia hanya bertahan. Tiba di tangga. Alia pandang ibunya sambil tersengih jahat. Puan Halisa pun sama. Mereka mengangguk kemudian menolak tubuh Afina bersama hilaian jahat.
Afina dapat merasakan tubuhnya seakan orang terbang. Dia kalih kebelakang. Dia terkejut. Rupanya dia ditolak oleh mereka. Afina kembali menoleh ke hadapan. “Kak Lia! mak cik! tolong Fina,” jerit Afina memohon simpati.
Mereka berdua hanya tersenyum herot. Berpuas hati kerana berjaya membalas dendam. Afina pasrah. Dia jatuh tergolek dari anak tangga atas sampailah ke beranda kecil. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Tiba-tiba ada cecair pekat mengalir turun dari dahi. ‘Ya Allah darah!’ Dia cepat-cepat mengagau dahi. Dahinya luka.
“Padan muka! Itu baru sikit”, perli Alia dari atas.
Puan Halisa meniti turun. Hatinya tak cukup untuk membelasah Afina. Kerana budak itu papanya sanggup hina dan maki-hamun diri dan anaknya. Tiba di hadapan Afina. Puan Halisa tarik tangan Afina untuk membangunkan gadis itu.
“Aku belum puas lagi tengok kau menderita budak. Aku akan heret kau macam bapak kucing gonggong anaknya di mulut. Bukan sebab kasih tapi sebab benci!” tempelak Puan Halisa sambil mengheret Afina untuk turun ke tangga satu lagi.
Afina tak sempat nak berdiri bila tangannya diheret. Dia terheret seperti kain buruk. Badannya bertalu-talu ditimpa anak tangga. Sakit tidak terkata. “Mak cik... sakit mak cik. Maafkan Fina.... Fina..akan keluar dari sini,” rayu Afina dengan tangisan semakin kuat kedengaran.
Di anak tangga paling bawah Puan Halisa berhenti melangkah. Dia melepaskan tangan Afina kasar. “Sekarang kau boleh blah!” ujar Puan Halisa kasar sambil menuding jari ke arah pintu yang luas terbuka.
Afina bangkit perlahan-lahan. Kesan tarikkan di tangan digosok perlahan. Wajah Puan Halisa dipandang dengan bibir bergetar-getar menahan tangisan. “Mak cik tak halau saya pun saya tetap akan pergi. Terima kasih mak cik. Terima kasih layan yang teristimewa ini,” ujarnya dalam sendu. Sesaat kemudian dia melangkah dan berlari sambil menyeka sisa air mata yang berbaki. Tiba-tiba… dia terlanggar tubuh seseorang yang sasa darinya terus dia terjatuh lagi.
“Opss… maaf,” pinta satu suara.
Afina mendonggak dengan wajah habis melencu dek air mata. Lama mereka bertatapan.
“Hadry!”
Jerit Puan Halisa di sebelah sana. Dia berlari mendapatkan anak sulung itu. “Mamy rindukan kamu Adry. Kenapa baru sekarang kamu nak balik sayang?” soal Puan Halisa tubuh lelaki itu dirangkul erat.
Hadry meleraikan pelukkan itu. “Atuk telefon minggu lepas. Dia suruh Adry balik,” jawab Hadry pandangan masih lagi pada gadis di hadapannya. Dia kerut dahi. Cuba mengimbas bayangan gadis ini di otaknya. ‘Adik aku ke? Tapi kenapa nampak lain?’ Tebak dia sendiri.
“Dah jom masuk dulu. Sekejap lagi kita ke hospital. Atuk sakit,” suara Puan Halisa membawa Hadry ke alam nyata.
Dari wajah Afina, Hadry terus mencari wajah ibunya. “Apa? Atuk sakit?” soalnya terkejut.
“Ya, sayang,” jawab Puan Halisa pendek. Tubuh Hadry ditarik masuk ke dalam.
Afina bangkit sambil menyeka air mata yang masih mengalir dengan kasar. Tanpa berlengah lagi dia kembali berlari. Lari dari rumah ini. Itulah impiannya. Tapi ke mana harus dia tuju. Dulu ada Haydar yang menanti tapi sekarang...? ‘Allah... mana aku nak pergi? Fir mana awak? Tolonglah kembali pada saya.’ Rintih Afina.
Dia berlari keluar dari rumah Tuan Haris hanya sehelai sepinggang dan berkaki ayam. Dia mengatur langkah entah ke mana. Yang pasti dia semakin jauh dari kawasan rumah Tuan Haris . Malam-malam begini mana dia nak pergi. Dia tak de teman rapat selain Haydar. Dia tak de saudara mara. Dia yatim di dunia. Ada ayah tapi entah hilang ke mana.
“Mak... Fina rindu mak. Tolong Fina mak,” rintih Afina dalam tangisan. Tiba di satu lorong dia mahu melintas untuk ke seberang sana tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba dia ternampak satu cahaya terang yang menyilaukan anak matanya. Tak sempat dia mengelak sebuah kereta menghala laju padanya dan akhirnya tubuhnya tumbang dan jatuh di situ. Nafasnya tercungap-cungap.
“Ya Allah abang! Kita langgar orang!”
Itulah kalimah yang terakhir dia dengar dari cuping telinganya. Pandangnya kabur. Semakin lama semakin gelap.

Usai menguruskan jenazah dan majlis tahlil untuk Tuan Haris, Hadry Iskandar selaku satu-satu cucu lelaki tunggal Tuan Haris dilantik sebagai pengganti lelaki itu. Dia sudah berbincang dengan ayahnya di Korea bahawa dia akan terus menetap di sini. Alhamduillah dia dikurniakan seorang ayah yang memahami keadaan dia sekarang. Puan Halisa dan Alia pun dah isytihar bebas. Mereka seronok melakukan apa saja tanpa disekat oleh sesiapa dengan menggunakan harta Tuan Haris yang bertimbun itu.
“Adry tinggal dekat sini ke nak?” tanya Mak cik Imah pada satu pagi.
Hadry yang sedang menyisip air teh di cawan panggung wajah sedikit. “Insya-Allah mak. Patutlah atuk beria telefon Adry suruh balik Malaysia rupanya dia nak tengok wajah Adry buat kali terakhir,” balas Hadry. Dia memang tak menduga panggilan dari Tuan Haris  pada kali ini meninggalkan kesan di hatinya. Atuknya telah siap-siap buat wasiat untuk menyerahkan segala urusan syarikat atas namanya sebagai pewaris.
Hadry mengeluh sambil menyandar pada kerusi kayu. Wajahnya didonggakkan sedikit ke atas. Dia tiba-tiba teringatkan kata-kata Tuan Haris  pada malam sebelum lelaki itu menghembus nafas terakhir.
“Adry... atuk nak kau jaga Afina. Mak dan adik kau benci sangat dengan budak itu. Tapi atuk nak kau jaga dia. Ingat pesan atuk.”
“Afina...” Nama itu disebut perlahan. Mungkinkah budak perempuan itu. Budak perempuan yang dia terlanggar masa nak masuk ke rumah ini.
“Baguslah macam tu Adry. Dah lama Adry tinggalkan Malaysia ni. Duduk sini ya. Temankan mak dan ayah,” ujar Mak cik Imah lagi.
“Mak, siapa Afina?” soal Hadry tiba-tiba. Kata-kata Mak cik Imah tadi langsung tak masuk ke telinganya.
“Afina?” Mak cik Imah tersentap seketika kemudian dia mengeluh berat. “Kenapa kamu tiba-tiba tanya pasal dia? Kamu kenal ke?”
“Atuk. Atuk suruh saya jaga dia dari mamy dan Lia,” jelas Hadry. Wajah Mak cik Imah ditatap.
Mak cik Imah tarik kerusi lalu melabuh duduk di kerusi. Wajah anak asuhannya itu ditatap lembut. “Afina tu budak gadis yang sungguh kasihan Adry. Ayah dia jual dia dekat atuk kamu. Kamu faham-faham dengan  perangai atuk kamu tu. Budak bawah umur pun dia nak. Hmm... tapi mak tak tahu dia dekat mana sekarang. Balik dari hospital malam tu dia dah tak de dekat rumah. Dekat manalah dia sekarang,” keluh Mak cik Imah.
“Oh, terlupa pula nak bagitahu. Semalam ada budak lelaki cari Fina. Tak silap mak kekasih dia. Mereka berdua pernah berjanji nak lari sama tapi bila tiba masanya. Budak lelaki itu tak datang. Itu yang atuk kamu buat perkara terkutuk dengan Fina tu. Mungkin dia geram sebab afina berdegil. Mak harap afina selamat saja,” sambung Mak cik Imah lagi.
Dahi Hadry berkerut sedikit. Dia teringatkan akan kejadian malam itu. Wajah polos si gadis penuh dibasahi air mata. Tahulah dia kenapa gadis itu jadi macam tu. Mamy dan adik tirinya yang melakukannya. Patutlah datuknya bersungguh minta dia jagakan gadis itu. ‘Hmm... atuk,atuk. Dah tua pun masih nak cari pucuk muda. Bawah umur pulak tu. Tapi... tak kata dekat atuknya. Dia sendiri kali pertama terpandang wajah itu. Jiwa lelakinya bergetar hebat. Jatuh cintakah dia?’
“Mamy dan Lia mana mak?” soal Hadry bila tidak melihat kelibat mereka berdua di meja makan pagi ini.
“Hmm... tak akan kamu tak tahu Adry. Lepas arwah dikebumikan mamy kamu jadi semakin liar. Berhibur sana sini. Adik kamu pula entahlah mak malas nak cakap,” jawab Mak cik Imah sedikit kesal dengan sikap mereka berdua.
Hadry mengeluh kecil. Sikap mamy memang tak pernah berubah. Patutlah papanya mahu berpisah dek kerana tak tahan dengan sikap mamy yang tak pernah nak serik dari berfoya-foya itu. Alia... dia memang tak rapat dengan gadis itu memandangkan Alia merupakan anak mamynya dengan lelaki lain. Tapi mereka lahir dari rahim yang sama jadi hubung mereka tidak akan putus. Dia akan cari jalan untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang lama terputus dengan adanya dia di Malaysia.

Berkurun lama menetap di Korea akhirnya dia kembali ke tanah air semata mahu memikul amanah arwah atuknya. Syarikat Haris Muklis bakal miliknya. Dan gadis bernama Afina harus dijejak untuk dijaga sebagai tanggungjawab. Di manakah gadis itu.

No comments: