Bab 4
Novel di tangan aku belek-belek mencari bab yang menarik untuk aku baca.
Tak sampai seminit tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Aku terus mencapai telefon
di kepala katil terus tekup ke telinga.“Waalaikumussalam, kak Lina. Ada apa ya?
petang ni ek… hurm… boleh je. Tak pe tak menganggu pun. Okey jumpa nanti.
Bye….”
Panggilan
itu dari Puan Salina salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Bangsar.
Dia meminta bantuan aku untuk melatih pelajarnya. Kak Lina dah sedia maklum
tentang aku yang pernah jadi dinobatkan Pemain Bola JaringTerbaik semasa
menuntut di sekolah itu. Dia meminta pengetua untuk mengambil aku sebagai
tenaga pengajar setiap kali pertandingan bola jaring mahupun bola tampar akan
berlangsung.
Belum
sempat aku mahu letakkan handset ada
satu mesej masuk. Aku buka peti masuk lalu membacanya.
“sayang,
jom pergi Genting Highland naik cable cars sambil berdating” Aku tersenyum
seketika sebelum membalas mesejnya.
“Maaf
dah terlambat.Saya dah ada org booking utk dating petang nanti.”
“Siapa?!”
jgn nak curang pada abg, ya!” Oit, marah nampak. Ini yang semakin nak
menyakat ni. Beruntunglah ada orang sayang.
“Kak
Lina dah booking. Dina kena p sek men Bangsar sbb nak latih budak.”
Lima
minit aku tunggu Dani membalas mesej aku tapi tak juga berbalas. Merajukkah
dia? Haih, nak buat macam mana aku dah berjanji dengan Kak Salina dulu. Jadi aku kena utamakan orang yang mula-mula
kita janji.
Usai
solat asar aku bersiap-siap. Aku mengenakan baju t-shirt muslimah berwarna
unggu campur hitam dan seluar tracksuit serta tudung berwarna unggu
gelap. Ringkas dan selesa. Yang paling penting menutup aurat. Sebaik keluar bilik aku terus mendapatkan pak
su di kereta. Setia menantikan aku untuk berangkat ke sekolah.Tiba di pekarangan
sekolah itu pak su sempat memberi pesanan agar aku menelefon dia bila nak balik
nanti.
“Maaf semua, Kak Dina lewat sikit,”ujarku sambil
termengah sebaik mendapatkan mereka di padang sudah bersiap sedia untuk berlatih.
“Tak
pe kak. Lagipun kami dah warming up dengan abang hensem,” jawab Rina salah seorang pelajar sekolah itu.
“Hah,
abang hensem? siapa?” soalku kembali
dengan wajah berkerut.
“Tu…
dekat sana! Tengah ajar budak laki main bola tampar,” beritahu Sarah pelajar
tingkatan 4. Aku lantas menoleh pada lelaki yang ditunjukkan oleh Sarah itu
tapi dia membelakangi kami. Hensem
sangat ke dia? sampaikan budak-budak ini mengelarkan dia abang hensem?
Aku
berjalan perlahan sambil tertinjau-tinjau untuk curi pandang ke arahnya. Pelik!
Selain aku dan Kak Salina ada panggil
tenaga pengajar lain ke? Kalau ada pun mesti abang Kimi tapi dia tak datang
hari ni menurut Kak Lina cakap isteri abang Kimi sudah melahirkan anak lelaki
tambahan pula budak-budak ni gelarkan dia, abang sporting. Habis kalau
bukan abang Kimi… siapa, ya? Asyik aku mengelamun tiba-tiba sebiji bola terkena
tepat di dahiku. Terpinar mata sebentar.
“Kot
ya pun terpikat dengan saya…jangan sampai berangan!” Suara abang hensem itu.
Suaranya seakan sudah sebati di cuping telingaku. Para pelajar sudah terkekek.
“Dani!”
jeritku terkejut sambil menggosok dahi. Aku memang tidak menyangka dia turut
berada di sini. Dani sudah tersenyum manis.
“Macam
mana awak boleh ada kat sini? Tadi awak mesej kata nak pergi Genting Highland,”
soalku bila dia tiba betul-betul hadapan.
“Tak
jadi pergi sebab gadis jacks saya tak ikut,”jawabnya seraya menggosok kepala
aku yang bertudung. Aku menepis. Tak
gemar diperlakuan sedemikan. Nadanya berbaur jauh hati. Aku sengih.
“Ooo…
kira marahkan sayalah ni. Merajuk. Sampai tak nak balas mesej saya, ya?”
“
Mestilah merajuk! sebab tu abang datang sini nak suruh orang tu pujuk kita.”
“Hehehe…
ngada!”Aku ketawa bila Dani tarik muka masam sambil memeluk tubuh sendiri.
Macam budak-budak Dani ni, tak matang langsung!
“Sayang
tahu tak, lepas saja sayang mesej kata nak pergi sekolah petang ni. Abang terus
ke sini semata-mata nak jumpa gadis jacks abang. Sehari tak jumpa
bagaikan bertahun.” Suara Dani. Dari nada yang rajuk sudah bertukar romantik.
“Mengarut
betullah awak ni. Miang keladi!” amukku geram. Sikap psikonya dah mula dah.
“Eh,
keladi ada miang ke?” soalnya sambil tersengih-sengih. Geramku semakin
bertambah.
“Ee…
kalau keladi tak de miang. Buluh ada. Miang buluh!”balasku tidak mahu mengalah.
Dia tarik muncung lagi.
“Siapa
hantar tadi? Faiz ke?” soalnya sudah menukar topik tapi ada nada cemburu
kedengaran.
“Pak
su la, buat apa abang Iz nak hantar pulak? Diakan kerja,” jawabku acuh tak
acuh.
“Nasib
baik. Dani tak suka Dina rapat dengan dia. Dia macam berkenan je dekat gadis jacks
abang ni,”ujar perlahan.
“Ya
Allah! apa yang Dani mengarukkan ni? Dia tu abang sepupu merangkap abang susuan
Dinalah!”balasku sedikit tegas.
“Sepupu
je… bukan abang kandung!” balasnya sinis.
“Dani!
Walaupun kami sepupu tapi kami ni adik beradik susuan. Tak boleh kahwin! Dina tak suka kalau Dani asyik sebut pasal
abang Iz sukakan Dina. Itu semua mengarut! Sebut lagi, kita putus!” marahku
lantas menghayun kaki ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang bersiap sedia
untuk berlatih bola jaring.
“Dina!
Dani gurau je tadi!” laungnya dia sambil berlari mengejarku. Lenganku dipegangnya
untuk memalingkan tubuh mengadapnya. Aku merentak kasar lantas memeluk tubuh
sendiri. Benci betul aku dengan orang lelaki cemburu tak tentu pasal!
“Maaf
ya, Dani janji tak buat lagi.” Rayunya. Aku masih tidak memandangnya.
“Yelah-yelah.
Hmm… apa kata kita adakan pertandingan bola tampar, nak? Kalau pasukan Dina
menang abang janji akan pergi jumpa dengan Faiz untuk meminta maaf darinya.
Tapi… kalau pasukan abang menang. Siaplah Dina!” Aku tersenyum herot.
“Baiklah.
Dina setuju,” jawabku dengan berlagak. Yakin yang aku akan memenangi
pertandingan itu. jaguh bola tampar ini kot!
Dani
mengenyitkan matanya sebelah sebelum dia beredar ke gelangang tapi dia sempat
membisikkan sesuatu padaku. “Dina pasti kalah!” Keningku bertaut kemudian mencemik. Dia ketawa
bahagia. Hampeh betul!
Kami
membahagikan dua kumpulan yang dicampur antara pelajar lelaki dan juga pelajar
perempuan. Di gelanggang sebelah Dani sedang menunjukkan gaya seorang yang pro
dalam bola tampar mahu termuntah aku dengan gelagatnya itu. Perasan habis!
“Adik-adik kena tolong kak Dina. kita mesti
jadi juara, please!”Aku buat muka kesian mereka mengangguk.
Masa
disetkan selama setengah jam. Kami memulakan perlawanan ini dengan ghairahnya. Hampir
sedikit lagi setengah jam perlawanan antara kumpulan aku dan Dani bakal
berakhir . Setakat ini kumpulan Dani mendahului kumpulan aku satu mata. Peluang
aku untuk menang ada 10 saat lagi. Aku menjerit menyuruh mereka memberi peluang
untuk aku menyerang balas. Tiba-tiba Dani berteriak.
“Dina!
Nampak rambut!” Aku secara automatik
terus mengagau rambut di dahi dan saat itu juga bola jatuh di kepala.
Aku
berdecit marah. Ceh! Dia tipu aku rupanya.. mana ada rambut keluar tadi? Tatkala
itu juga aku mendengar kumpulan Dani bersorak kemenangan kerana masa sudah
tamat. Ini bermakna kumpulan Dani menang. Dan aku? Pasrah jelah apa yang Dani
nak buat.
“Bersedia
untuk dihukum ya, sayang,” liriknya menggoda.
“Yelahh!”
balasku geram. Dani mengarah aku berdiri
di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar. Setiap
daripada mereka sedang memegang sebiji bola.
“Abang
akan memulakan lontaran dulu kemudian baru diikuti oleh yang lain. Nak tak nak
Dina kena sambut bola ni sebab Dina dah
tak boleh nak lari,” jelas Dani sambil mengenyit matanya pada aku.
“Betul
tu!” jawab mereka serentak. Haih mereka ni dah kena rasuk ke apa? Boleh pulak
berpakat dengan lelaki hacks aku nak kenakan aku.
“Dina
bersedia, ya,” jerit Dani yang berada betul-betul di hadapan aku. Aku
mengangguk geram. Dalam hati sudah berdebar. Buatnya bola
tu tak dapat ditangkap macam mana? Matilah aku kena hentak dek bola itu!
Dalam
kiraan stau, dua dan tiga… Dani melontorkan sesuatu. Aku ingatkan dia mahu
melempar bola besar. Tapi… hanya bekas yang berbentuk bulat dilontarkannya.
Dengan senang aku berjaya menyambutnya. Selamat tiba digenggaman aku, Dani
menyuruh aku membukanya. Dahi masih berkerut sambil membuka bekas itu
perlahan-lahan. Sebaik terbuka bekas itu mata aku juga turut terbuka luas.
Sebentuk cincin bertahta berlian ada di dalamnya.
Aku lantas menoleh ke arah Dani. Dia tersenyum
sambil mengatur langkah menghampiriku. Serentak itu dia menepuk tangannya
sebanyak tiga kali. Telinga aku dapat menangkap suara pelajar menyebut huruf j.a.c.k.s seorang demi seorang sambil
mengangkat sebijik bola akhirnya terbentuk Jacks. Mataku terbeliak dengan mulut
ternganga luas.
“Kak
Dina pandang sini! pandang sini!” jerit Sarah dan Rina serentak. Mataku terus
beralih pada mereka berdua sorang di kanan sorang di kiri. Sehelai kain putih
terbentang ‘kaulah gadis jacks ku’. Kemudian keluar pula dua orang pelajar
lelaki iaitu Amri dan Badrul sambil memetik gitar kemudian mereka menyanyikan
sebuah lagu, kalau tak silap aku dari kumpulan Ahdan ‘Permaisuriku’.
Wooohoo
woowoo….
Kau
yang selalu ku puja, yang selalu ku damba di dalam hatiku, di dalam jiwaku
Kau
begitu indah, tak pernahku sangka,
Hadirnya dirimu merubah diriku begitu memikat,
Kau
mampu hapuskan pesona dirimu di dalam benakku
Percayalah
sayang, hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau
permaisuriku, pujaan hatiku,
Berikan
aku satu senyuman yang terindah
Semoga
cinta kita selalu abadi untuk selamanya…..
Mereka
mengulang lirik itu berkali disertai tepuk gemuruh oleh pelajar-pelajar yang
lain. Nasib baik hanya kami saja yang berada di situ kalau tak pasti dah masuk
surat khabar ni! Dani dah sedepa dekat
dengan aku. tiba-tiba dia melutut.
“Sudikah
Cik Irdina Awfa menjadi permaisuri hati Dani Rizqi,” ujarnya penuh menggoda.
“Terima!
terima!” sorakkan para pelajar mula kedengaran sambil menepuk tangan.
“Hah,
Dina apa tunggu lagi? terimalah!” Aku yang masih lagi dalam keadaan terkejut
terus berpaling. Kak Salina sudah tersengih di sisiku. Tak perasan aku yang dia
juga turut berada di situ.
Aku
mengaru kepala yang tidak gatal. Bingung tiba-tiba. Terjadi secara mendadak dan
tak pernah terfikir oleh aku yang Dani nak melamar aku dengan cara begini.
Suara sokongan dari pelajar masih tidak berhenti, aku memandang Dani yang masih
setia melutut. Pandangan kami bertaut dan akhirnya aku mengangguk perlahan.
Bila melihat anggukan dari aku semua pelajar semakin galak bersorak termasuk Cikgu
Salina. Cikgu Salina lantas memelukku sambil mencium kedua pipiku.
“Tahniah,
Dina!” ucapnya.
Aku mengukir senyum dalam tangisan
kegembiraan. Marahku tadi sudah ada penawarnya. Dani betul-betul gila. Latihan
hari ini terpaksa ditunda pada petang esok gara-gara rancang si Dani. Cikgu
Salina membatalkan latihan kerana Dani sudah berjanji dengan para pelajar hendak
belanja mereka makan pizza yang sudah tersedia terhidang di kantin.
Usai
makan bersama, aku dan Dani minta diri untuk pulang memandangkan siang mahu
melabuh tirai. Siap bersalaman dan saling mengucap selamat tinggal, aku dan
Dani terus bergerak ke tempat kereta Dani. Aku betul-betul gembira. Inilah pengalaman yang cukup memeranjatkan
bagi aku dan tak mungkin aku lupakan saat ni.
“Awak
memang dah rancang ke?” soalku sebaik membolos diri ke dalam kereta selepas
membuat panggilan kepada pak su bahawa aku pulang dengan Dani.
“Yup!
Abang minta bantuan Hafis untuk turut serta bantu abang dalam rancangan ini
pagi tadi. Tapi sayang dia tak dapat ikut serta sebab tunangannya ajak dating.
Dia siap pesan supaya menyogok para pelajar serta Cikgu Salina untuk
melancarkan rancangan ini. Hafis cakap mereka memang sporting habis,” jelasnya
berjeda diselangi tawa halus.
“Awak
ni…memang tahu! Buat malu saya je tadi,” ujarku sedikit geram sambil memakai
tali pinggang keledar.
“
Ingat tak, abang pernah bagitahu Dina yang abang akan melamar Dina dengan
cara akan membuatkan Dina tidak akan
melupakannya sampai bila-bila pun?” soalnya dengan nada romantik seraya menghidupkan
enjin kereta dan terus meluncur pergi. Aku tersenyum bahagia. Ya… aku pasti tidak
akan melupakan saat ini.
“Sayang…
sayang tak de lesen kenderaan, ke?” soalnya memecah suasana kesepian seketika.
“Hah?”Dahiku
berkerut sedikit terkejut dengan pertanyaan darinya tiba-tiba.
“Ada,”balasku
pendek. Tiba-tiba timbul idea mahu mengenakannya.
“Lesen
apa? motor? kereta?” soalnya tiba-tiba bersemangat.
“
Tak lah… lesen Bas Rapid dan Lrt,” ujarku sambil tesengih dengan wajah dibuat
comel.
“Nak
loyar buruk, ya? Abang tanya betul-betul ni!” marahnya, mesti dia bengang. Aku ketawa halus.
Hah, ambik kau! nak bergurau sangat. Sekali aku betukar jadi tukang karut semua
benda nak mengarut!
“Jangan
marah. Dina memang tak de, takut!” jawabku
jujur setelah dia memarahi aku.
“Hah,
takut? Aduh, kalau macam ni… susahlah abang nanti!”
“Kenapa
pulak?” soalku hairan.
“Yelah
nanti kita kahwin esok-esok, mesti abang kena pergi hantar dan ambik sayang
hari-hari. Penatlah abang kalau macam ni,”balasnya dengan senyuman menghiasi
bibirnya.
“Amboi,
tak kahwin lagi dah nak berkira! Nahm ambik balik cincin ni, tak jadi kahwin! Tarik
balik kata persetujuan tadi,” ugutku dengan wajah dibuat serius. Cincin di jari
dilonggarkan sedikit. Sengaja!
“ Janganlah!
Abang gurau jelah. Jangan serius sangat,” ujarnya cemas.
“Tak
nak! tak kira! tarik balik,” bidasku lagi. Aku memalingkan muka ke tepi sambil
tergelak perlahan lucu pulak dapat tengok kegelisahan di wajahnya. Tiba-tiba Dani
menekan brek secara mengejut hampir tersungkur aku dibuatnya. Dengan pantas aku
menolehnya.
“Apa
hal ni?” marahku
“Kalau
Dina tarik balik… Dani takkan hidupkan kereta ni. Biar kita mati sama-sama,”
ugutnya pulak. Kecut perut aku
tiba-tiba. Ya Allah! gila ke si Dani ni? Aku hanya bergurau saja.Yang dia ambik
serius sangat kenapa?
“Dani,
saya gurau je. Asyik awak je nak bergurau dengan saya. Sekali sekala biar saya
bergurau dengan awak pulak,” suaraku perlahan cuba memujuknya. Dani merenungku
dalam. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
“Sayang…
abang berhenti sebab lampu bertukar merah kalau nak teruskan juga. Nanti kita
bertukar menjadi arwah tau!”
Aku
tergamam seketika. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia. Ceh! sekali lagi dia
berjaya mengenakan aku. Memang dia ni psiko!
“Sayang…
betul ke Faiz dengan sayang, tak boleh kahwin?” soal Dani tiba-tiba. Aku
tergelak kecil. Dani..Dani tak habis-habis nak bangkitkan soal aku dan abang Faiz.
“Ya Danikuu…sayang!
Kami adik beradik susuan memang tak boleh kahwin. Haram! Bukan setakat abang Iz
saja, dengan adik beradik lelaki dia yang lain pun Dina tak boleh kahwin. Kami
mahram. Darah yang mengalir dalam badan kami adalah darah yang sama.”
“Kenapa
pula macam tu?” soal Dani. Dia kerling aku sekilas.Nada suaranya masih
kedengaran tidak puas hati. Aku geleng kepala. Cemburu, tak hingat!
“Dani,
pak su dan mak su bela Dina masa Dina umur setahun lebih. Masa tu abang Iz baru
berumur dua tahun. Kami masing-masing masih menyusu badan. Dua-dua tak hisap
susu botol. Masuk botol saja terus muntah. Nak tak nak mak su susukan Dina
sekali. Berkongsi susu dan kasih sayang. Susu ibukan berasal dari darah. Jadi
susu yang Dina hisap mengalir masuk ke badan bertukar menjadi darah daging
Dina. Penghulu kita nabi Muhammad saw pun anak susuan kepada Halimatun Saadiah.
Dalam Quran sendiri ada menyebut pasal halal haram anak susuan ini. Nak jadi
anak susuan mesti ada syaratnya. Pertama mestilah kanak itu berumur tidak lebih
dari dua tahun ke atas. Kedua mesti menyusu lebih daripada lima kali kenyang.
Kenyangnya bersyarat pula. Bukan sekaligus. Tapi mesti berasingan. Contoh
menyusu hari ni, esok dan hari berikutnya. Lebih atau cukup lima kali dah
dikira anak susuan. Itulah apa yang
kawan Dina cakapkan. Nak tahu lebih lanjut nanti Dani buat rujukan sendiri ya.”
Aku kenyit mata kepada Dani di sebelah sebelum menyambung bicara.
Dan
diharamkan juga kamu mengahwini ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan
saudara-saudara perempuan kamu. An-nisa 23.
“Mak
su ada cakap, elok juga kalau dia jadikan Dina sebagai anak susuan dia. Senang
pada Dina dan juga anak-anak dia. Maklumlah anak mereka semuanya putera. Tak perlu tutup aurat bila dalam rumah.
Batasan kami seperti batasan adik beradik kandung. Boleh bersentuhan dan
bergurau sendiri seperti adik sendiri. Wuduk pun tak batal bila bersentuhan.
Kahwin pun haram. Ada faham!”
“Oo,
baru Dani faham. Tapi kan… cara Faiz pandang Dina pelik semacam aja abang
tengok.” Masih curiga lagi ke? Aduh, susah juga dengan dia ni sorang!
“Dani…
jangan nak mula ya! Abang Iz tengok tu sebab dia nak jaga Dina. Sejak kecil
lagi kami memang dah rapat. Macam kembar.”
“Yelah-yelah.
Maaf. Hmm… nak buang rasa cemburu tu, apa kata Dina tukar panggilan awak kepada
panggilan abang…?” Dah mula dah miang buluh dia.
“Tak nak! kita belum kahwin lagi,” bentakku
keras.
“Degil!”
Bebel Dani. Aku mencebir. Sesuka hati dia aja cakap aku degil. Menyampah!
“Kenapa tak pakai
cincin yang abang bagi?” soalnya bila kami masuk ke ruangan Berjaya Times
Square. Aku, Dani keluar untuk berdating
di hujung minggu dan Farhan ada sekali sebagai bodyguard aku.
“Tak
nak, buat serabut aje!” jawabku laju.
“Nasib
baik Farhan ada hari ni. Kalau tak dah lama abang terkam Dina,” ugutnya sambil
membuat gaya orang mahu terkam. Aku menjelir dan lantas berlari mendapatkan Farhan di
depan.
Sedang
kami berjalan sambil mata melilau memandang itu ini Farhan tiba-tiba bersuara.
“Kak Didi, An nak main roller coaster kat atas tu.” Farhan menunjukkan
ke arah taman tema Cosmo World yang berada di tingkat empat. Farhan sejak kecil
lagi suka panggil aku Kak Didi. Sedap bunyi katanyalah.
Aku
dan Dani berpandangan seketika kemudian mengangguk setuju. Alang dah bawa dia
sebagai peneman bagilah peluang untuk dia bersuka ria. Kami mengatur langkah ke tingkat empat. Sebaik
masuk ke dalam tema itu Dani membeli tiket dan memberi kepada Farhan. Aku
mengalah terlebih dulu. Tak mahu naik apa-apa permaian yang ada di situ. Sebabnya
permainan di situ semuanya menggerunkan.
Aku
ingatkan Dani nak turut serta join si Farhan tapi alih-alih dia memilih untuk
jadi peneman aku. Alahai dia ni… Farhan bersorak sakan bila rollercoaster
mula bergerak. Aku yang tukang tengok terasa nak termuntah. Entah macamalah si
Farhan yang menaikinya. Aku tengok budak tu relaks saja tak de gaya
orang takut ataupun gayat. Tak padan dengan nampak lembut! Aku melambai-lambai
ke arah Farhan bila rollercoaster itu melintasi hadapan kami. Si Farhan
pun beria melambai ke arah kami. Siap mendabik dada lagi.
Tak
lama kemudian Dani menciut lembut bahu aku. Aku kalih dengan kening
dijungkitkan.
“Jom
keluar… boringlah,”rengeknya manja.
“Ngada!”
balasku. Dia ketawa lalu melangkah keluar. Aku membontotinya.
Sebaik
keluar dari situ kami memasuk satu ruangan lain tapi masih di tempat permainan
itu juga. Tempat khas untuk budak-budak dan mak budak. Sungguh cantik tempat
itu, bercahayakan malap macam taman fantasi saja aku tengok. Ramai juga kanak-kanak
yang bermain dekat situ. Kalau aku ada anak nanti aku pasti akan membawa anak
aku ke sini. Sempat lagi kot aku berangan!
Ralit
aku melihat kanak-kanak bersorak ria menaiki crazy train yang siap buat gaya kereta api bergerak. Aku
tergelak sendiri kerana lucu. Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki bersama
ibu yang menaiki crazy train itu melambai ke arah aku. Aku membalas
balik sehingga kereta api itu bergerak pergi. Aku menoleh pada Dani di sebelah.
Aku lihat dia tersengih sambil memegang handsetnya. Aku tahu dia telah
menangkap gambar-gambar aku secara curi.
“Dani
awak tak pernah bawa saya jumpa keluarga awak. Mereka tak sukakan saya ke?”
tanyaku. Hati kecil ada juga terdetik. Sepanjang aku bersama dengan Dani yang
hampir lima bulan. Mana tahu kan kot-kot keluarganya tak berkenan dengan aku.
Dani
terbatuk sedikit sebelum bersuara. “Bukan macam tu sayang. Hmmm…buat masa
sekarang ni keluarga abang ada krisis sikit. Jadi tak sesuailah nak bawak
sayang jumpa mereka. Tapi jangan risau tahu, abang dah bincang pasal kita
dengan mereka. Mereka setuju sangat dengan pilihan abang ni.” Dani tayang
sengih memanjang.
“Saya
bukan apa. Saya takut mereka tak sukakan saya. Tak guna juga kalau kita kahwin
tapi tak dapat restu dari keluarga awak. Kalau boleh rumah tangga kita nanti
dapat restu dari kedua belah pihak.”
“Sayang
jangan risau. Bila semuanya dah selesai abang janji, abang akan bawak sayang
jumpa keluarga abang. Tak pun sayang jumpa saja mereka masa akad nikah, kan
senang.” Dani bercanda. Senang aje dia cakap. Dia tak pelah lelaki. Aku ni yang
perempuan. Bakal menantu. Mesti akan terperap dekat rumah mengadap mentua
setiap waktu. Haru!
“Ikut
awaklah. Saya tak kisah. Yang penting restu dari mereka dan mereka sukakan
sayang!”
“Mestilah
mereka akan sukakan sayang abang ni. Sayang abangkan cantik. Aku mencemik.
Cantiklah sangat!
“Kita
nak ke mana lagi ni?” soalku bila kami keluar dengan jalan seiring.
“Kita
tunggu An sekejap, lepas tu kita pergi makan ya.” Aku hanya mengangguk.
Farhan
keluar kami terus ke tingkat 10 untuk ke Food Court, sebaik sampai di atas
sana. Kami semua mengeluh penat, rupa-rupanya Food Court sudah berpindah di LG
sebab apa kami sendiri tak tahu. Lepas itu kami turun kembali dengan escalator
untuk ke tingkat LG untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong lapar.
Selesai
makan kami melangkah keluar dari Food Court, tiba-tiba ada seorang gadis yang
agak cantik dan nampak seperti orang berada datang menegur Dani.
“Dani!
Tak sangka dapat jumpa kau dekat sini? Kau macam mana sekarang?”
“Lah…kau
Rissa. Sayang… sekejap ya,” pinta Dani lalu membawa perempuan yang entah dari
mana muncul menjauhi kami sedikit.
Dari
sini aku memerhatikan Dani dan seorang perempuan yang aku tidak kenali
berbual-bual. Mereka nampak sangat mesra betul. Panas hati aku tiba-tiba. Rasa
nak pergi jergah je perempuan itu dan cakap kat dia Dani milik aku okey. Lebih kurang 15minit berbual-bual Dani
menghampiri kami semula.
“Siapa
tu?” soalku ada aura cemburu sebaik Dani berada di hadapanku.
“Kekasih
lama,” jawabnya selamba. Mataku sudah tercerlung memandangnya.
“Tak delah
sepupu abang,” jawabnya pantas mungkin takut bila aku memandangnya begitu.
“Jangan
jeles… dia dah kahwin
dengan doktor lagi tu! Siap ada anak express lagi. Dia dari Kelantan saja
melawat keluarga mentua dekat sini.” Bersungguh-sungguh Dani menjernihkan
keadaan.
“Tak
nampak pun suami dan anak dia?” tebakku dengan wajah masam.
“Ada…
tapi tak sempat nak jumpa. Mereka nak cepat. Dahla.. jom kita shopping. Abang
belanja sayang dan An hari ni,” ujarnya dan ditambah cuba memprovok aku. Dengan
hati sedikit panas aku terus meninggalkannya dari belakang. Dia menjerit
memanggil aku. Aku buat tak mau layan!
Dekat tiga jam kami dekat situ,
selepas mendapat barang yang dikehendaki Dani menghantar aku dan Farhan ke
rumah. Bimbang juga keluar lama-lama takut dimarahi pak su. Walaupun ada Farhan sebagai peneman. Pak su
tetap bertegas dalam bab pergaulan antara lelaki perempuan. Kalau dah kahwin
lain ceritalah.
“Dani…
saya tak cemburu kalau awak keluar dengan mana-mana perempuan yang ada
pertalian darah dengan awak. Tapi saya paling benci… kalau awak keluar dengan
wanita lain selain dari saudara mara awak,” suaraku sebaik Farhan sudah berlalu
masuk ke dalam rumah.
Dahinya
berkerut sesaat kemudian meletus tawanya. “Wah, bahagianyaaaa! Akhirnya gadis jacks
ku dah pandai nak cemburu. Ini bermakna dia dah jatuh cinta denganku!” jerit Dani
sambil ketawa besar. Aku cepat-cepat menutup jari telunjukku ke mulut sendiri
sebagai isyarat supaya diam. Malulah aku kalau ada orang yang dengar mesti
mereka tahu aku ni cemburu! Wah, bikin malu aja!
No comments:
Post a Comment