Showing posts with label mini novel. Show all posts
Showing posts with label mini novel. Show all posts

Wednesday, 18 September 2013

Aku Ingin Bahagia 13

Bab 13
Penat berlatih sukan, Alia mencari tempat untuk berteduh. Tangannya mengibas muka yang membahang kepanasan. Botol mineral dicapai lalu meneguk sedikit untuk menghilangkan kehausan di kerongkongnya.
“Kak Alia kan, cucu Tuan Haris ?”
Seseorang menyapa Alia dari belakang. Alia kalih ke belakang dengan wajah berkerut kemudian dia mengangguk perlahan. “Siapa awak?” soal Alia, gadis hadapannya dipandang sekilas.
“Emma. Kawan sekelas Afina.”
“Uf!” Alia mendengus kasar. “Kalau kawan budak tu baik kau blah. Aku tak nak ada kaitan dengan dia mahupun kawan-kawan dia faham!” bidas Alia sombong, dia bangkit untuk meninggalkan gadis itu.
“Kak Lia sekejap. Saya bukan kawan yang akan fikirkan. Begini saya dan Afina memang tak pernah sebulu sejak dulu lagi. Mak dia keji, sanggup pisahkan ayah dan mak saya.”
Alia pandang Emma sekilas kemudian dia memandang kawan-kawanya yang asyik berlatih bola jaring di gelang.  “Ada aku kesah pasal budak tu,” balasnya.
“Kak kena ambil kesah. Saya tahu Kak Llia juga tak sukakan dia kan? Hari tu saya lihat Kak Lia ada tampar dia.  Kita sama. Sama-sama bencikan Afina. Dulu senang saja nak buli dan kenakan dia tapi bila budak baru tu datang. Susah untuk kenakan dia. Apa yang hebatnya Afina di mata dia saya sendiri tak faham?”
“Budak lelaki?” soal Alia.
Emma mengangguk.
“Haydar Firdaus?”
“Ya, mana akak tahu?”
Alia tersenyum menyenget.
“Haa.. Kak Lia itupun mereka,” suara Emma. Jarinya lurus menunjuk ke arah Afina dan Haydar yang sedang seronok berlatih badminton bersama-sama.
Automatik kornea Alia menghala ke situ. Diteliti wajah Haydar. “Hrmm... boleh tahan juga orangnya.”
“Kak Lia nak tengok saja mereka?” soal Emma cuba mencucuk aura-aura kejahatan di dalam hati Alia yang sememangnya sudah ada sekelumit niat jahat.
Alia menjeling sekilas sambil tersenyum menyenget. “Aku nak biarkan mereka? Hrmm... itu bukan namanya Hana Alia. Kau tunggu dan tengok saja kat sini,” Alia bertutur dengan bongkak. Tak sampai seminit, dia melaung memanggil Afina.
“Afina!”
Afina yang mahu menyambut baling dari Haydar di seberang sana terkejut dan terlepas. Dia menoleh ke sana ke sini mencari siapa gerangan yang memanggilnya itu bagaikan suara halintar.
“Fina, kenapa?” soal Haydar bila melihat Afina terhenti dari bermain.
“Saya dengar ada orang panggil nama saya tadi.”
“Perasaan awak je kot. Dahlah mari kita sambung main,” sangkal Haydar supaya Afina meneruskan permainan.
Afina menurut perintah Haydar. Dia tidak mempedulikan panggilan itu. Alia mendengus geram. Geram pangilannya di ibarat angin berlalu sepi. Dia mendekati Afina dan Haydar sambil memeluk tubuh.
“Oii Fina, pekak ke apa?!”
Afina terkejut lantas menoleh. “Kak Lia!”
Alia gigit hujung bibir. “Aku panggil kau macam nak tercabut anak tekak boleh kau buat bodoh?” marah Alia dengan anak mata dijengilkan sedikit.
Jadi betullah aku apa yang aku dengar tadi, ada orang panggil nama aku. Orang itu adalah Kak Lia,gumam Afina.
“Oii! tak akan dah pekak kot,” herdik Alia kasar.
“Kak tak baik cakap orang macam tu. Nanti apa yang kakak cakap itu akan kembali kepada kakak balik,” tegur Haydar dengan bahasa yang lembut.
Alia menjeling maut kepada Haydar. “Fina pergi ambil persalinan aku dekat dalam kelas sekarang!” arah Alia.
Afina blur seketika.
“Kau dengar ke tak ni? Ee… tengok muka kau ni buat hati bertambah panas ada! Cepat sikit aku nak salin baju, sekejap lagi nak balik!” tempelak Alia lagi
Belum sempat Afina berbuat apa-apa. Haydar lebih dahulu bersuara. “Tunggu Fina,” larangnya sambil memapir menghampiri Afina. “Itu bukan tugas awak, jadi jangan nak terlalu baik sangat,” tegas Haydar matanya tidak berkelip memandang wajah sombong Alia itu.
“Hey, kau siapa nak pandai-pandai atur hidup dia!”
“Kakak tanya saya siapa dengan Fina? Okey, saya kekasih Afina. Itu jawapan saya wajarlah kalau saya larang dia untuk buat perkara yang membebankan dia. Sekarang saya soal kakak balik. Kakak siapa dengan Afina?”
Alia membuntang biji mata, menahan marah.
“ Kenapa senyap? Tiada jawapan?” sindir Haydar dengan wajah sinis.
‘Er.. bencinya. Lelaki ni memang tak guna. Sama tak berguna macam Afina si bodoh tu!’
“Fina jom kita balik,” ajak Haydar supaya meninggalkan padang itu.
Afina mengangguk lalu membontot Haydar dari belakang. Dia sempat lagi meminta maaf dari Alia.
“Haydar!” Panggil Alia tiba-tiba.
Haydar berhenti lalu menoleh ke belakang. “Kenapa? Ada yang tak selesai lagi ke?” Soal Haydar tenang.
“Kau pasti akan menyesal nanti sebab terlibat dengan keluarga aku!” Alia memberi amaran. Dia akan pastikan Haydar menyesal. Untuk menyatakan Afina itu bakal nenek tiri barunya dia tidak sanggup. Budak 15 tahun itu akan menjadi nenek barunya tidak kena diejek dek pelajar sekolah ini nanti. Berhubungan dengan Afina, Haydar bakal menempah maut.
Haydar tersengih. “Ya, saya akan menyesal. Menyesal sebab biarkan Afina dibuli oleh perempuan berlagak sombong seperti awak,” balas Haydar dengan sinis yang begitu menghiris hati Alia, sebelum dia dan Afina kembali melangkah.
Alia tersentap. ‘Berani sungguh budak lelaki ni,’gerutu Alia.
“Hah, Kak Lia! tak akan nak biarkan saja mereka. Kita perlu buat sesuatu,” sergah Emma tetiba.
Alia masih memerhati susuk tubuh dua orang manusia di hadapanya. “Aku tak biarkan!” balasnya dengan nada benci.
“Kak Lia,” panggil Emma seraya membisikkan sesuatu di telinga gadis itu.
Alia mengukir senyuman jahat. “Aku setuju.”

      Afina asyik berbincang kertas latih tubi untuk persediaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan Haydar tanpa menghiraukan rakan-rakan sekelas yang lain. Baginya cukuplah ada Haydar seorang di sampingnya. Dia tidak perlukan kawan-kawan yang lain kerana hanya Haydar seorang saja yang betul-betul memahami dirinya.
Wajah Haydar ditatap lembut. Tiba-tiba hatinya sebak bila memikirkan nasib dia dan Haydar. Masihkah ada peluang untuk dia larikan diri dengan Haydar setelah perjanjian yang dibuat dengan Tuan Haris  bakal dituntut dua tahun lagi.
Haydar tidak penat bercoleteh itu perasaan akan dirinya ditatap lama oleh Afina. “Eh, kenapa tenung saya lama-lama ni? bahaya tahu,” selorohnya.
Afina senyum. “Kenapa pula bahaya? Bukan luat pun kalau saya tenung lama-lama,” balas Afina dengan gurauan juga.
Mereka gelak bersama-sama.
“Fir…” panggil Afina bila tawanya reda.
“Hrmm…” balas Haydar pendek. Pandangannya melekat pada wajah Afina yang berwajah redup itu.
“Awak sayang saya kan? Awak sanggup tunggu saya?”
Berkerut dahi Haydar bila Afina tiba-tiba menyoal soal hati dan perasaan. Dia sekadar mengangguk.
“Andai kata kita tak dapat lari bersama… awak masih nak tunggu saya?” Sayu saja kedengaran suara Afina bertutur.
“Fina jangan cakap macam tu!” Bantah Haydar.
“Fir, kita tak tahu apa takdir kita nanti. Apa yang saya ingin dengar dari awak…  adakah awak sanggup tunggu saya? Sanggup menerima saya seadanya diri saya?”
Haydar membisu seketika.  Mata mereka berlaga. “Saya akan,” balasnya penuh keyakinan.
Afina mengukir senyuman. Sebuah senyuman bahagia.
“Assalamualaikum! Hari ini kami akan buat spotcheck, kami terima aduan ada pelajar bawa video lucah dekat sekolah.”
Tiba-tiba guru disiplin bersama pengawas sekolah itu masuk ke dalam kelas untuk membuat pemeriksaan secara mendadak. Terkulat-kulat pelajar dalam kelas bila sebut pasal spotcheck.
“Sila berdiri dekat luar sekarang,” arah guru displin.
Afina dan Haydar bangkit untuk keluar sama seperti pelajar lain. Aktiviti menggeladah beg secara besar-besaran dilakukan. Habis semua benda di dalam beg sekolah pelajar disepahkan. Tiba-tiba guru disiplin menjerit sambil mengangkat beg sekolah berwarna coklat pekat.
“Ini beg siapa?”
Haydar dan Afina saling bertatapan. “Itu beg saya,” jawab Haydar.
“Oo, jadi awaklah budak tu. Mari ikut saya ke bilik pengetua,” tegas saja suara guru disiplin yang lain senyap. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri.
“Cikgu salah faham. Ada orang fitnah saya!” nafi Haydar cuba membela diri.
“Nak cakap banyak dekat bilik pengetua nanti,” sindir guru disiplin. Lengan Haydar diheret kasar untuk pergi bersama-samanya. Afina terkebil-kebil.
“Padan muka, pasti kena gantung sekolah. Senang sikit kerja aku nak jalan,” Emma tersenyum puas. Ada sesuatu yang dia sembunyikan.
Afina perasan akan kelakuan Emma itu. Dia yakin gadis itulah pembawa wabak fitnah.
“Saya tak bersalah cikgu! Saya tak bawa semua tu!” Haydar mempertahankan diri.
“Kalau awak tak bawa kenapa benda kotor ni ada dalam beg awak?” soal guru disiplin keras sekali tona suaranya.
“Saya tak tahu!” balas Haydar kasar.
“Hrmm…pencuri tak akan mengaku dia pencuri begitu juga dengan pesalah dia tak akan mengaku bersalah,” sinis sekali jawapan guru disiplin itu.
“Demi Allah saya tak bawa!” Haydar bersumpah.
“Jangan nak main sumpah-sumpah kalau tak sumpah itu akan makan diri awak nanti,” marah guru disiplin dengan mata terjengil.
“Sudah-sudah. Jangan nak bertengking dekat sini. Hrmm.. macam nilah telefon penjaga awak suruh mereka datang sekarang,” arah Tuan Pengetua berhemah, berdepan dengan remaja dia perlu bijak.
Haydar kacip gigi ketat-ketat. Ini kali pertama dalam hidup dia dituduh sebagai budak jahat. Ilmu agama yang dibekal oleh orang tuanya masih kuat, tak mungkin dia akan  buat perkara kotor apatah lagi membawa benda-benda itu mesti dia difitnah tapi siapa yang busuk hati itu?
15 minit kemudian mak saudara Haydar, Puan Anis penjaga di sini datang ke sekolah untuk menyelesaikan masalah Haydar. Tuan Pengetua dan guru disiplin telah membuat kata sepakat terpaksa mengantung sesi persekolahan Haydar selama dua minggu sebagai hukuman kepada remaja itu.
Puan Anis mengeluh dan terpaksa akur dengan keputusan pihak sekolah. Dia menatap wajah anak saudaranya dengan hiba, dia tahu Haydar bukan anak yang jahat. “Maafkan Haydar cikgu, saya harap masalah ini tidak diperbesarkan lagi,” suara Puan Anis cuba memujuk pengetua agar Haydar tidak digantung sekolah.
“Maafkan kami puan tapi ini jalan yang terbaik. Tidak adillah kalau dia tidak didenda, apa kata pelajar lain malah pihak kami khuatir pelajar lain semakin berani membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” berjeda Tuan Pengetua, tidak makan dengan pujukan Puan Anis itu.
“Hrm… baiklah. Kalau macam tu kami pulang dulu, ya. Terima kasih cikgu.” Puan Anis meminta Haydar untuk pulang. Tangan Haydar dipegang lembut cuba menenangkan hati remaja itu.
“Haydar, cikgu harap selepas ini kamu tak buat hal lagi. Kamu budak cerdik, cikgu tahu itu,” Tuan Pengetua sempat berpesan. Dia tahu Haydar budak cerdik berdasarkan sijil-sijil yang dibawa oleh bapanya semasa membuat pendaftaran dulu.
“Terima kasih cikgu, saya terima hukuman ini tak bermakna saya yang bersalah,” jawab Haydar berbaur sinis sebelum menapak keluar dari bilik pengetua.
Tuan Pengetua terkedu. “Betul ke tindakan aku ini?” Dia bersoal sendiri.
“Fir, awak okey tak?”soal Afina sebaik Haydar menapak masuk ke dalam kelas.
Haydar mendengus, hatinya bengkak bila dituduh sebagai pengedar video lucah. Wajah Afina di sisi direnung lembut sebelum dia mengangguk tanda dia tak de apa-apa.
“Alhamduillah, baguslah kalau macam tu. Saya risau tadi takut awak kena rotan ke apa  nasib baik tak.” Afina memanjat kesyukuran lelaki yang dia sayangi terselamat. “Saya tahu cd itu bukan awak yang punya. Mesti ada orang nak sabotaj awak,”
Kata-kata Afina membuatkan Haydar menyedari sesuatu anak matanya lantas mencari kelibat seseorang. ‘Emma atau Yasman? Hanya mereka berdua saja asyik cari pasal dengan aku dan Afina. Aku yakin salah seorang dari mereka atau kedua-duanya sekali terlibat dalam hal ini,’duga Haydar di benaknya sekarang.
“Fir!Fir! awak dengar tak ni?” Panggil Afina berkali-kali bila Haydar tidak menjawab persoalannya.
“Maaf. Fina tanya apa tadi?” soal Haydar kembali. Tangan giat mengemas segala peralatannya untuk di masukkan ke dalam beg. Dia perlu cepat, emak saudaranya sudah sedia menunggu di kereta.
“Saya tanya awak nak pergi mana? Siap berkemas barang lagi?” Sekali lagi wajah gadis itu di pandang. Sedih dihatinya bukan kerana kena gantung sekolah tapi sedih memikirkan bagaimana nanti keadaan Afina jika dia tiada di sekolah ini selama dua minggu pasti Afina terus dibuli.
Afina masih menanti jawapan dari Haydar. Haydar memikul begnya sambil mengeluh. “Saya kena gantung sekolah dua minggu.”
“Apa? Gantung? Awak tak salah Fir, kenapa awak kena gantung pula?”
“Fina, hanya awak seorang yang percayakan saya tapi cikgu.. pengetua semua tak percaya. Haa…” Haydar mengeluh kecil sebelum menyambung bicara.
 “…awak jangan risau saya okey saja. Awak tu.. awak kena jaga diri bila saya tak de dekat sekolah nanti jangan biar Emma terus buli awak faham?” berjeda Haydar menasihati buah hatinya.
Afina tersentap, matanya tiba-tiba berair. “Betul ke? Habislah saya nanti,” keluh Afina kesayuan.
“Fina dengar sini, awak kena kuatkan semangat. Lawan balik. Fir akan cuba datang ke sekolah untuk memerhatikan Fina dari jauh.”  Haydar buat kata janji. Perjanjian mahu memastikan Afina tenang berada di sekolah ini ketika dia tiada.
“Terima kasih Fir, saya akan cuba,” janji Afina.
“Macam nilah gadis Fir. Hrmm… Fir terpaksa balik dulu. Ingat pesanan Fir tu, ya.” Haydar sempat berpesan buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar tanpa menghiraukan rakan sekelas yang lain.
Afina mengangguk lemah susuk tubuh Haydar dari belakang dipandang dengan penuh syahdu.
So sad, angel penyelamat dah kena halau macam anjing kurap!” tiba-tiba Emma datang tanpa diundang menyampuk dengan bahasa kasar.
Afina lantas kalih ke arah gadis itu, sakit hati bila mendengar kata-kata Emma itu. “Saya tahu Haydar tak bersalah dan saya tahu siapa yang buat?”Afina cuba menduga hati Emma.
Emma pandang wajah Afina sambil tersengih sinis. “Kenapa kau nak tuduh aku yang buat ke?”
“Siapa yang makan cili dia terasa kepedasannya,” bidas Afina pantas.
Mata tajam menikam Afina, rambut gadis itu direntak kasar. “Eh, perempuan mulut tu jaga sikit! Hutang kau dengan aku tak terlunas lagi,” ugut Emma sebelum pergi dari situ.

Afina menggosok sedikit rasa mahu tersiat kulit kepalanya. ‘Fir, macamana Fina nak hadapi semua ini sendiri,’ rintih Afina.

Wednesday, 28 August 2013

Aku Ingin Bahagia 11

Bab 11

Afina menjerit kuat sambil meronta-ronta cuba menolak badan lelaki itu. Tuan Haris  tidak menghiraukan semua itu. Tangannya galak menyentuh setiap inci tubuh Afina. Bila tangannya mahu menyelak gaun yang tersarung longgar di badan Afina. Afina meronta semakin kuat. Tapi dengan mudah Tuan Haris  menampar pipi Afina supaya akur dengan kehendaknya yang ‘satu’ itu.
“Diam! Kalau tak nak sakit baik kau turut apa yang aku mahu!” sergah Tuan Haris .
“Fina tak nak, uncle!” Jerit Afina pula sambil teresak-esak menangis, tangan tergawang-gawang cuba mempertahankan maruahnya sebagai gadis perawan.
“Nak tak nak aku peduli apa! Tubuh kau tu aku dah beli kau tahu tak?! Jadi apa yang aku nak kau kena bagi,” Herdik Tuan Haris, mulutnya sudah mencecah ke leher Afina.
Perasaan Afina semakin cemas. Dia tidak maruah dirinya ternodai oleh orang yang tidak halal bagi. Dia tidak mahu kesucian gadisnya diragut begitu saja. ‘Ya Allah lindungi diriku.’ Doanya dalam sendu. Bagikan ada satu bisikan halus. Dia mengangkat kaki kanannya lalu menendang senjata sulit kepunyaan Tuan Haris .
Tuan Haris  yang keasyikan ombak nafsu terasa satu senakkan di situ. Terus dia menjerit kesakitan.
“Arghh!! Tak guna punya budak,” pekik Tuan Haris  sambil memegang ‘itu’
Bila Tuan Haris  menapak ke belakang sedikit Afina terus memboloskan dirinya. Dia berlari ke balkoni. Panik! Afina betul-betul cemas. Itulah situasi yang dihadapinya sekarang. Dia tercari-cari sesuatu yang boleh menjadikan senjata untuk melindungi dirinya tapi sayang tiada apa yang boleh membantu.
Dilihat sudu, garpu dan pisau disediakan menghiris daging tersusun cantik di meja semasa mereka menikmati makan malam bersama tadi. Dia mengeluh semua itu tidak boleh memberi ancaman kepada Tuan Haris  yang gagah itu. Fikirannya buntu. Buntu bagai mana mahu lari dari situ.
“Ya Allah apa yang perlu aku lakukan? Aku tak ingin dinodai sekarang.” Suaranya dalam cemas.
“Afina!” Jerit Tuan Haris. Dia menapak laju ke arah gadis itu.
Afina ibarat cacing kepanasan. Dalam kekalutan tiba-tiba dia terlihat balkoni di belakangnya. Diintai ke bawah. Arasnya sangat tinggi. Jika dia terjun alamak jadi arwahlah dia.
“Macamana ni? Mahu terjun ke tak? Kalau aku terjun mati, tapi kalau aku kekal kat sini pasti maruahku tergadai.” Afina berteka-teki sendiri. Di hadapan musuh di belakangnya juga musuh. Dia tiada pilihan lain kecuali terjun dari situ.
Tuan Haris  semakin menghampiri Afina. Tangannya dipanjangkan sedikit untuk menarik Afina dari memanjat balkoni itu. Afina semakin gusar, dia lebih rela memilih mati dari dinodai oleh Tuan Haris . Jika dia mati tiada lagi penderitaan yang akan dihadapinya selepas ini. Jika dia dinodai, kehidupannya kelak bakal gelap. Dia khilaf tentang apa hukum membunuh diri ketika itu.  Afina memanjat sedikit balkoni.
Tuan Haris  menjerit memanggil namanya. “Afina! Jangan... tolong jangan panjat!” Jerit Tuan Haris  seakan merayu.
“Fina rela mati dari dirogol oleh uncle!” bidas Afina lancang dengan suara kuat, tangisannya sudah kering.
“Jangan Afina.. uncle merayu. Kita bincang baik-baik,” pinta Tuan Haris  cuba menapak setapak ke arah Afina.
“Jangan dekat, kalau tak Afina terjun sekarang!” ugut Afina sambil menjenguk ke bawah balkoni yang tinggi itu.
“Tak..tak.. jangan. Tolong jangan terjun. Jangan tinggal unlce sendirian di dunia ini lagi, uncle sayangkan Fina. Tolonglah sayang jangan terjun..” rayu Tuan Haris  dengan titisan air mata gugur dari kelopak mata jantannya.
“Kalau uncle sayangkan Afina, kenapa uncle sanggup buat benda keji itu dekat fina?!” tempelak Afina.
“Uncle sayangkan Fina. Terlalu sayang… tapi bukan sebagai anak, sebagai seorang wanita,” balas Tuan Haris  perlahan.
“Kenapa uncle? Kenapa?!” bentak Afina masih geram.
“Sebab...” Tuan Haris  senyap seketika.
“... wajah Afina membuatkan uncle teringatkan arwah isteri uncle, ibarat dia hidup semula. Uncle nak Fina jadi isteri uncle. Uncle sanggup bayar mahal kepada ayah Fina semata-mata mahukan Fina menenami uncle selamanya.”
Afina teresak-esak menangis. Lututnya lemah tidak mampu menampung imbangan badannya lalu terjelebuk jatuh ke lantai. “Jadi betullah apa yang Fina dengar tempoh hari? Ayah memang jual Fina dekat uncle. Sampai hati ayah dan uncle berpakat menipu Fina. Patutlah dekat sekolah semua orang cakap Fina ni perempuan simpanan uncle. Bodohnya Fina sebab terlalu dahagakan kasih sayang seorang ayah Fina butakan mata hati Fina untuk menilai uncle. Fina benci uncle...” luah Afina dalam sendu.
Tuan Haris  turut membongkokkan badannya. Dia menarik Afina dalam pelukkannya. “Maafkan uncle. Uncle terpaksa...”
Afina mengelepur kasar. Dia tidak mahu dipeluk lagi. Dia trauma. “Lepaskan Fina?!”
“Tak, uncle tak akan lepaskan? Uncle tahu Fina pasti cari jalan untuk bunuh dirikan? Berdosa Fina. Tak bau syurga kalau kita bunuh diri,” nasihat Tuan Haris  ibarat seorang ustaz.
“Bunuh diri berdosa. Merogol orang pun berdosa juga uncle!” Tempelak Afina kasar.
Tuan Haris  tergamam. Tidak dinafikan apa yang diluahkan oleh Afina memang terkena pada batang  hidungnya. Mereka senyap seketika.
“Uncle betul sayangkan Fina? Mahu Fina jadi isteri uncle?” Suara Afina setelah membisu buat seketika. Matanya yang merah memandang tepat ke wajah Tuan Haris .
Tuan Haris  membalas renungan itu. “Ya, uncle terlalu sayangkan Afina,” jawab Tuan Haris  pantas.
“Kalau macam tu uncle kena janji tak akan sentuh Fina walaupun seinci sebelum Afina cukup umur untuk bernikah. Lepas exam SPM nanti… “ berat mulut Afina mahu meluahkannya.
Mata Tuan Haris  bersinar-sinar. Tidak terkeluar sebarang suara dari peti suaranya. Dia bagaikan baru tersedar dari mimpi lena yang panjang.
“Terserah pada uncle untuk nikahi Fina ataupun halau Fina dari rumah itu,” sambung Afina lagi, fikirannya buntu. Tiada jalan lain selain bernikah dengan Tuan Haris  untuk menghalalkan perhubungan itu. Lagipun dia tiada tempat lagi ingin di tuju. Hanya Tuan Haris  saja masa depannya.
“Ya, uncle sanggup tunggu Fina habis SPM nanti. Lepas tu kita kahwin ya,” Tuan Haris  mengangguk laju tanda persetujuan. Dia tidak sabar untuk menunggu saat itu.
Afina kembali menangis sambil memeluk kedua lututnya.  Sedih mengenangkan nasib yang bakal di hadapinya nanti. Terlalu naïf mempercayai kebaikan Tuan Haris  kepadanya mengundang satu penderitaan dalam hidupnya. Tuan Haris  menarik Afina lalu dirangkul kemas tubuh itu. Ubun-ubun Afina dikucup berkali-kali tanda terima kasih kepada gadis itu kerana sanggup menjadi permaisurinya walaupun terpaksa.

Afina melangkah longlai masuk ke kelas. Masalah masih tersarat di benak otaknya. Mahu gila dia bila memikirkan hal dia dengan Tuan Haris  itu. Tiba di mejanya dia mengeluh berat, tak cukup masalah di rumah di tambah pula di sekolah. Segala sampah sarap bertaburan di meja dan kerusinya. Tanpa bicara, Afina memungut segala kotoran itu lalu masukkan ke dalam tong sampah semula. Dia tahu itu semua kerja Emma dan rakan sekutunya.
“Rasakan! Anak jijik macam kau memang sesuai duduk tempat busuk macam tu. Mana boleh bercampur dengan kami yang keturunan baik-baik ni,” sindir Emma kasar sambil memeluk tubuhnya. Dia yang berada di hadapan bersama yang lain sentiasa mencari masalah untuk mengenakan Afina.
Afina membisu. Malas menjawab sindiran itu. Baginya kalau dia membalas balik perbuatan itu, dia sama seperti pembuat itu.
Melihat Afina tiada reaksi hati Emma semakin bengkak. Dia mendengus kasar. “Oi, Fina! terasa bagus sangat ke diri tu bila dah  jadi perempuan simpinan orang kaya hah?”
Afina tersentap. Matanya tajam merenung Emma di hadapan. Emma tersenyum sinis. Puas hati bila Afina tayang muka marah itu, makna Afina ada reaksi.
Haydar masuk ke kelas. Dia hairan suasana kelas itu terasa aura tegang. Dia kalih pandang ke arah Afina yang sedang longgakkan sampah ke dalam tong berwarna hitam. Kemudian dia kalih pada Emma yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum mengejek. Panas hatinya bila melihat senyuman Emma itu.
Dia melangkah ke arah Afina sebaik meletakkan beg sekolahnya. Tong sampah di tangan Afina dirampas kasar lalu di bawa ke depan. Tepat di hadapan Emma. Afina terkejut dengan tidakkan sengaja dari Haydar itu.
“Kau nak apa?” Soal Emma, wajahnya cuak sambil memandang Haydar dengan perasaan takut.
Haydar tidak menjawab malah dia mengangkat tong sampah itu lalu mencurahkan segala isi perut tong sampah itu atas Emma. “Rasakan!” Suara Haydar lalu meninggalkan Emma yang tergamam itu.
Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan tindakan berani Haydar itu. Bulat mata Afina. Dia memandang Haydar tanpa berkerdip yang semakin menghampirinya dengan senyuman manis di bibir.
Emma mengacip ketap giginya. Hatinya membara. Dia menapak ke arah Haydar dengan laju. Baju lelaki itu di tarik dari belakang untuk menghadiahkan tamparan sulung kepada Haydar.  Tapi Haydar cepat bertindak. Dia sempat mengelak.
 Haydar ketawa kecil. Dia mengangkat tong sampah itu kembali, lalu menutup kepala gadis itu dengan tong tersebut. “Ini hadiah untuk orang kurang ajar macam kau!” suara Haydar sambil mengenyit sebelah matanya ke arah Afina. Afina mengukir senyuman.
Emma menjerit kuat suara bergema di dalam tong sampah itu. “Tak guna lelaki!” Marah Emma sebaik menghempas tong itu ke bawah.
“Apa hal ni?”
Dalam kekecohan guru kelas mereka masuk ke kelas.
“Cikgu! Haydar dan Afina buli saya. Tengok apa yang diorang dah buat apa saya.” Adu Emma, dia tayang muka sedih. Sengaja, biar guru kelas mereka mendenda Afina dan Haydar. Itu yang dia mahukan.
Cikgu Rogayah memandang Haydar, Afina dan juga Emma silih berganti dengan memek muka yang agak garang. “Sudah! Kamu bertiga keluar sekarang lepas tu cuci semua tandas  kat bangunan ni!” Arah Cikgu Rogayah tanpa memilih kasih.
“Cikgu!” Bentak Emma, geram lain yang diingini lain pula yang terjadi.
“Tak payah bagi alasan. Sekarang keluar!” arah cikgu Rogayah kuat.
Emma sempat mehentak kakinya ke lantai tanda protes sebelum keluar dari kelas itu. Haydar dan Afina turut dari belakang. Yang lain hanya jadi pemerhati saja. Takut untuk membela Emma bila cikgu Rogayah, singa betina gelaran yang diberikan oleh semua pelajar sekolah itu masuk campur.
Emma dari depan menoleh ke belakang tiba-tiba. “Korang berdua dengar sini, aku tak akan berdiam diri selagi korang ada kat sekolah ini!” amuk Emma kasar.
“Ada kami kesah?” Sindir Haydar balik dengan wajah menyampah melihat Emma di hadapannya.
“Arggh!!” Jerit Emma geram. Tak sampai sesaat dia menapak laju ke hadapan.
Afina tergelak halus. Lucu bila melihat wajah Emma tidak berpuas hati itu. “Terima kasih Haydar,” ucapnya lembut.
Haydar kalih memandang Afina di sebelah. Dia menyimpul senyuman. “Sama-sama,” balasnya pendek. Hatinya berbunga setiap kali melihat wajah sedih Afina itu mempamerkan senyuman ikhlas kepadanya.
Ketika dalam tandas mata Emma tidak lepas dari memandang Afina dan Haydar yang asyik bergurau senda. Gurauan mereka menyakitkan hatinya. Seolah-olah mereka sedang memijak-mijak maruahnya. Tiba-tiba ada bisikan halus di telinganya. Dia tersenyum jahat. ‘Kau perlu di ajar sikit hari ni Fina,’bicaranya sendiri.
“Fina, awak tunggu sekejap saya nak pergi minta pencuci dengan mak cik cleaner,” ujar Haydar kemudian dia berlari anak keluar dari tandas meninggalkan Afina dan Emma di dalam tandas
“Baiklah, cepat sikit tahu!” laung Afina sedikit sambil tersenyum
“Bahagianya kau di luar ada bapa ayam. Di sekolah pula ada pak we ayam,” sindir Emma mengejek.
Senyuman di bibir Afina mati kemudian dia menoleh kalih pada Emma. “Kenapa dengan awak ni? tak cukup-cukup lagi ke awak nak buli dan sindir saya?” soal Afina tulus. Dia ingin sekali nak tahu kenapa gadis itu benci sungguh padanya.
“Aku tak akan puas selagi kau ada di sekolah ni,” balas Emma dengan wajah menyinga.
“Saya tak pernah sakiti awak. Kenapa awak asyik cari pasal dengan saya?” soal Afina lagi. Dia tidak terima alasan itu .
“Sebab mak kau, mak dan ayah aku bercerai. Aku kehilangan ayah disebabkan perangai keji mak kau tu!” pekik Emma, memarahi gadis itu tiba-tiba.
“Jangan nak salah mak saya seorang dalam hal itu. Ayah awak tu pun sama salah. Mudah tergoda dengan perempuan lain dan mak awak pun sama tak pandai jaga hati suami!”bidas Afina lancang.
“Kurang ajar punya perempuan!” marah Emma sambil mengacip ketat giginya. Dia menapak menghampiri Afina. Rambut panjang gadis itu di tarik kuat. “Kau cakap sekali lagi?”
Afina menjerit kesakitan. Kulit kepalanya bagaikan mahu tercabut. Dia menahan tangan Emma dari terus menarik rambutnya. “Sakitlah!”
Emma bagaikan dirasuk sesuatu. Suara Afina menjerit kesakitan tidak diendahkan. Dia menarik rambut Afina sambil berjalan ke arah baldi berisi air kotor yang telah digunanya untuk mencuci lantai tandas.  Dengan kudrat yang ada dia menolak badan Afina ke bawah, dia menekan kepala Afina dari belakang untuk menyelamkan muka Afina ke baldi itu. Tangan Afina tergawang-gawang. Dia tahan nafas agar air kotor itu tidak masuk ke mulutnya. Emma menarik sedikit rambut Afina sambil mengilai kuat.
“Em..Emma...”Tak sempat Afina mahu bernafas Emma menyelamkan semula kepalanya ke dalam baldi itu.
 “Rasakan! Puas hati aku. Baik kau mati sekarang, baru bahagia aku!”ujar Emma dengan muka berpuas hati.
“Fina!” Jerit Haydar sebaik menapak masuk ke dalam tandas itu semula. Emma tersentap terus melepaskan tangannya yang sedang memegang rambut Afina itu.
“Jahanam kau perempuan!” Marah Haydar dia menghampiri mereka berdua. Tubuh Afina di angkat. Emma masih tergamam. Tanpa berfikir panjang Haydar mengambil baldi itu terus menjirus pada Emma.
“Padan muka! Jom Fina.” Haydar mengheret Afina keluar dari situ, meninggalkan Emma yang terkebil-kebil memandang mereka berdua. Hari ini dua kali dia kena simpah. Pertama disimbah dengan sampah kedua air kotor oleh Haydar.
“Awak okey?” soal Haydar. Sapu tangan di poket seluar di keluarkan untuk mengelap wajah Afina yang basah kuyup itu.
Afina mengangguk perlahan sambil membetulkan rambutnya yang sudah kusut masai.
“Emma itu memang tak makan saman betul! Ee... rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia itu. Nasib baik dia perempuan kalau laki memang tak nampak orang dah muka dia tu,” tempelak Haydar dengan perasaan marah.
“Haydar sudahlah tu,” pujuk Afina lembut.
“Fina, awak boleh bertahan lagi dengan perempuan perangai syaitan macam tu?” soal Haydar, bingung dengan sikap Afina yang terlalu baik itu.
Afina senyum kelat. Dia tahu Emma bencikan dia disebabkan sikap arwah ibunya. Dia sendiri malu dengan perangai maknya. Tapi dia tak pernah membenci mahupun marahkan ibunya.  Gara-gara si bapa yang suka berjudi ibunya terlibat sama. Dia tetap bangga dengan ibu kerana sanggup mempertahankan dia dari terus didera oleh ayahnya. Jasa seorang ibu sukar untuk diganti.
“Fina, lepas kejadian ini saya akan hati-hati tentang keselamatan awak. Saya tak akan tinggalkan awak dengan dia lagi selepas ini. Sakit awak derita saya. Sihat awak bahagia saya,” tutur Haydar penuh bermakna.
Afina menatap wajah Haydar dengan sayu. Dia tahu Haydar cuba meluahkan rasa cinta padanya. Dia tidak boleh. Tidak boleh menyambutnya. Bukan kerana dia tidak ada rasa cinta terhadap lelaki itu. Tapi dia ada satu perjanjian yang perlu dia laksanakan.
“Saya akan jaga awak. Saya.. saya cinta kan awak Fina,”ucap Haydar lagi bila Afina tiada tindak balas.
Afina masih tidak beralih memandang lelaki itu. Dia tidak terkejut dengan luahan rasa cinta itu. Sebab dia sendiri menyimpan perasaan yang sama. Dia hanya mampu mengangguk. Untuk meluahkan juga, dia tiada daya. Dia tidak kuasa untuk membalas cinta itu. Tuan Haris  sedang menantinya sekarang.

 ‘Maafkan Fina, Fir. Cinta kita tidak mungkin bersatu.’



----> dapatkah cinta mereka bersatu nanti? atau adakah Afina betu tekad dengan kata persetujuan untuk menjadi isteri kepada Tuan Haris??
tunggu sambungan cerita ini yang akan update secepat mungkin oleh DN :)

Sunday, 14 July 2013

Aku Ingin Bahagia 7

Bab 7
Sebaik turun dari kereta, Alia sengaja melanggar bahu  Afina dan dia sempat memberi amaran pada gadis itu sebelum meninggalkan  Afina. “Petang nanti, jangan harap dapat naik satu kereta dengan aku faham!”
 Afina mengeluh berat. ‘Adakah setiap hari aku terpaksa menghadapi situasi ini? Ah, kenapalah nasib aku sentiasa begini.’
 Afina melangkah masuk ke dalam kelas. Sebaik kaki mencecah lantai kelas, suara ejekan mula kedengaran.
“Tengoklah baju dia tu, baru kan? Aku dah cakap korang tak percaya! Sekarang tengok sendirilah!” sindir Emma, rakan sekelas  Afina juga merupakan anak kepada salah seorang daripada pelanggan ibu  Afina, dengan wajah jijik memandang ke arah  Afina. Dialah kaki gosip di sekolah itu. Dia jugaklah yang menyaksikan kejadian  Afina dan Tuan Haris  di Pasar Raya Ekonomi semalam.
“Aahlah, baju baruu.. semalam baju lusuh kuning macam air longkang je aku tengok. Sekarangg..Fuh! Merelip-relip kau!” tokok Faima, satu geng dengan Emma.
“Wey, tak hairanlah sebab dia sekarang ada bapa ayam yang boleh tanggung dia sekarang! Korang ada ke?” ejek Emma lagi.
 Afina tersentap. ‘Bagaimana mereka boleh tahu dia tinggal dengan Uncle Haris? Siapa yang bagi tahu mereka?’
“Hrmm... memang tak boleh nak elak, mak dia dulu pun pelacur.. sekarang dia pula yang ambil alih. Jaga ayah korang baik-baik wey, aku takut nanti dia jadi perempuan simpanan ayah-ayah korang pula,” sambung Emma lagi, yang lain turut sama mengata.
Haydar terkebil-kebil memandang kawan sekelasnya asyik menghina seseorang. Dia mencuit rakan di sebelahnya. “Mereka cakap pasal siapa?” Soalnya dengan wajah berkerut.
“Itu... budak yang baru melangkah masuk. Memang betul-betul berubah, tengok sekarang gaya berjalan pun dah ala-ala model gitu, maklumlah pakaian, beg serba baru...”  tambah Yasman, ketua kelas itu.
Haydar tersentap. “ Afina?” Sebutnya perlahan.
 Afina memekakkan telinga. Dia melangkah tanpa menghiraukan ejekan itu, bila terpandang wajah Haydar dia tiba-tiba teringat key chain kepunyaan lelaki itu. Dia mengubah langkah, dari menapak ke tempat duduk kepada ke tempat lelaki yang bernama Haydar Firdaus.
“Haydar,hati-hati nanti dia goda kau, masaklah kau!” jerit Emma bila melihat  Afina melangkah ke arah lelaki itu.
Haydar serba salah. “Jangan dekat dengan saya!” Jerit Haydar tiba-tiba, yang lain tergelak.
Langkah  Afina terhenti. Dia memandang wajah Haydar. Key chain di tangannya digenggam kuat. Lalu dimasukkan kembali ke dalam kocek bajunya, tidak jadi memulangkan kembali pada lelaki itu. Hatinya terguris, dia sangkakan lelaki itu tidak seperti yang lain tapi sangkaannya silap!
 Afina berundur semula lalu menuju ke tempatnya. Haydar mengekori setiap langkah  Afina dengan ekoran anak matanya. ‘Jahatnya dia, tak padan dengan muka nonsense tapi pembohong!’
 Afina perasan ada seseorang sedang memerhatinya, dia berpaling. Haydar lantas memandang kearah lain. Malu tertangkap oleh gadis itu.
‘Hah, semuanya sama! Ingat Fina, jangan nak berangan ada yang mahu berkawan dengan kamu.’  Afina cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.
Di kantin sekolah....
“Alia, datuk awak nama Haris kan?” soal seorang pegawas perempuan yang satu kelas dengan Alia.
Alia yang baru mahu menyuap nasi ke mulut berhenti sesaat. “Aah, kenapa? Awak kenal ke dengan datuk saya?”
“Siapa tak kenal Tuan Haris  pemilik syarikat kenderaan dekat Temerloh malah ketua PIBG dekat sekolah kita ni. Hmm... betul ke saya dengar datuk awak jadi bapa ayam pada budak tingkatan 3 yang nama  Afina tu?” jelas pengawas itu sambil melabuh duduk di hadapan Alia.
Alia terpempan. “Awak tahu dari mana ni?” Soalnya.
“Dah kecoh satu sekolah, ada budak sekolah kita nampak datuk awak bawa budak tu pergi shopping. Hrmm... Nampak gayanya awak bakal ada nenek tiri muda dari awaklah ya,” sindir pengawas itu sambil tergelak.
“Kalau awak nak tahu, ayah budak itu kaki judi mak dia pula pelacur. Jadi kami tak hairanlah kalau dia ikut perangai macam mak itu. Melanggan jantan sebab mahukan wang untuk hidup. Yang kami hairan, kenapa dengan datuk awak…” sambung itu lagi teragak-agak dihujung bicaranya.
Alia mendengus geram. ‘Ceh, tak guna punya budak tak sampai seminggu aku masuk sekolah ni, dia dah conteng muka aku!’ Alia bangkit  nasi di depan tak jadi di makan. Dia melangkah dengan laju mencari kelibat  Afina.
“ Afina! sini sekejap!” jerit Alia dari luar kelas.
 Afina yang khusyuk mentelaah buku terkejut, dia menoleh. Terpandang Alia sudah tercegak di depan pintu kelasnya. Alia geram melihat wajah  Afina seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sambil mendengus dia menerjah terus masuk ke dalam kelas itu lalu mengheret tangan  Afina keluar dari kelas itu dengan kasar.
Tiba di atas bumbung bangunan sekolah Alia melepaskan tangannya dengan kasar,  Afina hampir tersungkur.
“Haa… benci betul aku dekat kau!” kau dah buat maruah aku jatuh, tahu tak?!” Pekik Alia sambil mengcekak pinggangnya.
“Apa Kak Lia cakap ni? Fina tak faham...” soal  Afina perlahan. Lengannya digosok sedikit terasa pedih akibat cengkaman kuat dari Alia tadi.
“Kau, memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan? Di rumah kau dah rampas segala yang sepatutnya jadi milik aku, di sekolah pula kau nak jaja cerita yang kau tu perempuan simpanan atuk aku pula! Memang muka tembok betul kau ni. Muka nmpak suci tapi perangai... oh, God! sesuai sangat kau ini anak penjudi dan anak pelacur.”
“Kak Lia!” jerit  Afina dengan mata berair tiba-tiba.
“Kenapa tak betul ke apa yang aku cakap?” Sinis kata-kata Alia sambil tersengih mengejek.
 Afina senyap sambil mengesat air mata yang mengalir dari hujung tubir matanya.
Dalam pertelingkah di antara mereka ada sepasang mata sedang memasang telinga. Haydar baru selesai di kantin sengaja melewati kawasan itu sebelum loceng masuk kelas berbunyi tiba-tiba dia terdengar ada suara pekikan, dia cuba mengintai. Matanya membulat bila melihat  Afina dengan seorang budak perempuan yang dia tidak kenal sedang bertengkar. Dia cuba menyorot di sebalik pintu stor untuk mencuri dengar.
“Aku dan mamy memang dah agak kau ni memang ada niat jahat terhadap atuk aku!” sambung Alia lagi.
“Apa yang Kak Lia cakap ni? Uncle jadikan saya anak angkat dia sebab dia kesaiankan saya!” cantas  Afina, intonasinya berubah menjadi kasar.
“Kau ingat atuk aku tu baik sangat ke nak ambik anak hina seperti kau buat anak angkat. Sedar diri sikitlah. Kau tahu di sebabkan kau atuk bencikan aku tahu!” amuk Alia pula.
“Tuan Haris  sayangkan saya sebab Kak Lia dan mak cik tak pernah ambil peduli tentang dia!” tengking  Afina. Sama-sama menggunakan nada yang kuat. Tak mahu mengalah!
“Tak guna punya budak, nah kau... PANG!”
Satu tamparan yang agak kuat singgah di pipi  Afina.  Afina terpanar dan berundur ke belakang sedikit. Begitu juga dengan Haydar yang sedang menyaksikan perbalahan di antara mereka.
“Rasa kau, itu tak cukup apa yang kau dah rampas segala hak aku! Aku benci kau! Baru dua hari aku sekolah kat sini kau dah conteng maruah aku dengan cerita murahan aku tu. Kau rasa  bangga sangat ke kalau semua warga sekolah tahu, kau tu perempuan simpanan atuk aku! Tuih! Puas hati aku..” amuk Alia sambil melundah ke muka  Afina lalu beredar dari situ.
 Afina menyapu air liur yang melekat di dahinya, pipinya masih terasa pijar. Perlahan-lahan dia berjalan untuk turun sambil mengesat air mata yang merembes keluar. Haydar mengesot ke tepi sedikit untuk mengelak dari di kesan oleh  Afina. Malang nasibnya dia terpijak batang penyapu, lalu jatuh.
 Afina memandang ke belakang. Dia melihat Haydar sedang menepuk dahi sendiri.
Haydar perasan akan itu, cuba menelan air liur bagaikan terlekat dikerongkong. “Err… saya...”
 Afina tidak berkata apa-apa. Dia menyelup poket baju sekolahnya dan mengeluarkan key chain lalu dihulurkan kepada Haydar. “Ini awak punya.  Tercicir semalam,”hulurnya.
Haydar teragak-agak mahu menyambut.  Afina tahu Haydar takut untuk berkawan dengannya, lalu dia meletakkan key chain itu ke dalam tangan Haydar lalu berpaling untuk beredar dari situ.
“Kenapa awak tipu saya?” Laung Haydar sedikit bila  Afina mahu melangkah pergi.
 Afina berpaling semula. Dia ditenung wajah Haydar sebelum bersuara. “Semalam saya ada tanya awak sama ada kenal saya atau tak? Awak tanya saya balik saya ini anak raja ke, anak Datuk, Tan Sri yang perlu diinterview sebelum hendak berkawan tapi awak tak kesah,” sindir  Afina, wajah masih tidak beriak.
Haydar senyap, tidak mampu membahas balik.
“Saya tak kesah sebab awak masih baru di sini dan tak kenal siapa saya lagi. Jadi lepas ini jangan mudah menghulurkan salam persahabatan sekiranya awak tak yakin ingin menjadi seorang kawan yang betul-betul mahu bersahabat,” sinis sekali  Afina bersuara lalu meninggalkan lelaki itu termelongo sendirian.
Petang itu,  Afina balik seorang diri selepas berkali-kali diberi amaran oleh Alia jangan nak naik satu kereta dengannya. Dia malas hendak bertengkar dengan gadis itu jadi dia mengambil keputusan ingin pulang sendiri tidak kiralah dengan apa-apa pun, kerana dia sudah mengingati jalan untuk ke rumah Tuan Haris . Di pertengahan jalan dia tiba-tiba teringatkan arwah ibunya. Memandangkan rumah dia dahulu di Kampung Batu Satu tidak jauh dari sekolahnya jadi dia mengatur langkah ke sana.
Kata-kata  Afina tadi benar-benar menusuk kalbunya. Dia baru sedar yang dia bersalah terhadap gadis itu. Dia cuba mengekori gadis itu. “Ke mana  Afina nak pergi tu?” bebel Haydar sendiri.
 Dengan hati-hati dia mengekori  Afina supaya tidak di kesan oleh gadis itu. Dia ingin meminta maaf dengan gadis itu. Dia yakin  Afina bukan seperti yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya.
 Afina masuk ke kawasan perkampungan rumahnya yang dulu, jiran tetangga yang sibuk bergosip tiba-tiba diam bila melihat kelibat  Afina.
“Hey, anak jahanam buat apa kau ke sini lagi?! Dengar-dengar dah ada bapa ayam senanglah kau ya?  mana ayah kau? Lepas curi duit aku terus lesap!” jergah Mak Cik Faridah bekas jiran dulu, emak kepada Emma.
 Afina berhenti. “Mak cik Faridah…” ujarnya perlahan.
“Eh, hidup lagi. Aku ingat dah mampus macam mak dia dah,” tokok Mak cik Som lalu bangkit, baju di selising ke lengan mendekati  Afina.
“Hey Fina, kau ni kau boleh tak jangan jejakkan kaki kau ke sini lagi? Aku dah naik menyampah tengok muka kau? Tiap kali aku tengok muka kau, aku teringat perangai mak kau yang ketangih jantan! Sampaikan laki aku pun nak kebas!” marah Mak cik Som sambil menenyeh-nenyeh kepala  Afina.
“Mak cik mak saya dah tak de. Ampunkan dia, jangan dihina-hina lagi,”  rayu  Afina cuba melarikan diri dari dipukul oleh wanita itu.
Ewah budak ni sekarang pandai menjawab! Hoi, mak kau tu pelacur! Dekat kubur tu dia tengah diseksa. Apa? Kau ingat jadi pelacur ni mulia sangat ke?” sambung Mak cik Som lagi, kali ini dia memukul  Afina dan menolak gadis itu sampai tersungkur.
“Habis mak cik ingat mak cik duduk mengata orang ni mulia sangat ke?!” jawab  Afina balik cuba melawan.
“Budak ini memang kurang ajar!” Hati Mak cik Som membara di tarik rambut  Afina sekuat hati.
Mak cik Faridah serta yang lain turut terasa lalu menghampiri  Afina untuk membelasah gadis itu secukupnya. Rambut yang terikat rapi menjadi serabai.
“Puas hati aku dapat balas dendam! Dah jom pergi,”ujar Mak cik Som geram, serentak itu juga dia melangkah pergi meninggalkan  Afina diikuti dengan yang lain. Haydar memekup mulutnya terkejut dengan kejadian yang disaksikan dengan kepala matanya sendiri.
 Afina yang terduduk terbaring, air mata menjuntai turun dengan laju. “Mak….” rintihnya
Haydar perlahan-lahan mendekati  Afina, dia menghulurkan sapu tangan kepada gadis itu.  Afina mendongak  lalu mencapai sapu tangan itu. Dia kesat air mata yang keluar dengan sapu tangan itu. Haydar menghulurkan tanganya sekali lagi, kali ini ingin membantu gadis itu untuk bangun. “Awak tak de apa-apa ke?” soalnya.
 Afina tersenyum kelat lalu menggeleng. “Terima kasih.”
“Sama-sama, jom saya hantar awak balik,” pelawa Haydar tersenyum manis.
“Hah?”  Afina kaget.
“Hari ni, saya datang dengan basikal. Jadi saya boleh hantar awak balik rumah,” jawab Haydar lagi dengan senyuman masih melekat di bibir.
Haydar membonceng  Afina ke Sungai Pahang, bukannya ke arah jalan rumah  Afina. Sebaik tiba di tebing dia meletakkan basikalnya di bawah sebatang pokok besar.
“Inilah tempat yang saya suka datang mula-mula saya sampai di Temerloh.” Cerita Haydar tanpa dipinta.
 Afina mengikuti langkah Haydar dari belakang. Haydar memanjat sebuah batu besar lalu mendepakan kedua belah tangannya sambil menyedup angin petang.
“Cantikkan? Tenang je rasa. Tapi tak mustahil air yang tenang tak de buaya tambah-tambah ini sungai.” Lawak Haydar tanpa menoleh kearah  Afina.
 Afina tersenyum pendek. “Awak masih nak berkawan dengan saya?”
Haydar yang asyik dengan ketenangan air sungai menoleh  Afina. Di tatap wajah redup itu sejenak. “Kenapa, tak boleh ke?”
“Awak tak malu?” soal  Afina cuba menduga Haydar, wajah lelaki itu ditatap.
“Kenapa, awak tak pakai baju ke?” balas Haydar sambil tersengih.
“Haydar! Saya serius ni...” getus  Afina geram.
“Hrmm... cuaca sangat terang tapi tiba-tiba mendung ke hari nak hujan atau ada orang yang sedang bersedih sekarang ni,” Haydar cuba mengubah topik berbualan.
“Haydar….”
“Dah!  Afina mulai sekarang awak sahabat saya dunia akhirat.” Ikrar Haydar, dia mencapai tangan   Afina itu lalu memaut jari kelingking  Afina dengan jari kelingkingnya menjadi satu.

 Afina terpempan kemudian mengoret senyuman.