Friday, 13 April 2012

Kerana Dikau AMV8 Kami Kahwin


DOOM!!
“Alamak-alamak mati aku kali ni.Aduss..” Dhia Maira melatah tatkala motor Skuter Ego usang miliknya tiba-tiba terlanggar bontok sebuah kereta mewah yang baik terparking.
“Ehem-ehem!!” tiba-tiba si pemandu kereta AMV8 Vantage keluar dari perut kereta itu berdehem sambil mencekak kedua belah pinggangnya itu.
Dhia Maira tak keharuan jadinya. Dia cepat-cepat turun dari Skuter Egonya seraya meminta maaf atas khilafnya itu.
“Awak tahu tak!” Berapa kos untuk kerosakkan kereta saya ni hah?” marah lelaki itu sambil menunding jarinya kearah bontot keretanya sedikit tercalar akibat tercium oleh skuter Ego milik Dhia Maira.
“ Maaf encik saya tak sengaja. Tadi saya cuba elak dari terlanggar anak kucing tup-tup terlanggar bontok kereta encik.” cerita Dhia Maira dengan bersungguh tentang kejadian sebenar sambil membuka cermin helmetnya. Sebelum menyambung bicaranya.
“ Lagipun sikit je yang tercalar tu. Eh encik ada sesuatu kat baju encik.” Dengan selamba badaknya Dhia Maira menepis serangga kecil yang hinggap di kemeja lelaki yang berkaca mata hitam tanpa diperintah. Sebaik sahaja dia mahu mengangkat wajahnya semula satu hantuk sederhana kuat terkena di dagu lelaki itu.
“What the hell ? Awak ni memang nak cari pasal dengan saya ke, hah ?” jergah lelaki itu lantang sambil mengosok lembut dagunya yang terasa perit akibat hantukkan helmet Dhia Maira.
Dhia Maira hanya mengigit jemarinya sahaja . Dia tak tahu kenapa malang sangat nasib dia hari ni. Gara-gara kebodohan dirinya yang baik ini sudahlah terlanggar kereta malah gatal-gatal mahu menolong lelaki itu menepis serangga di baju lelaki itu. Dia juga terlupa yang tangannya masih kotor dengan kesan minyak rantai motornya yang terluncut sebentar tadi belum dia bersihkan.
“ Saya nak awak bayar ganti kerosakan yang awak buat semuanya ,termasuk kemeja ni dan juga luka di dagu saya.” tempelak lelaki itu dengan marah.
“ Tapi encik.. saya tak sengaja.” Dhia Maira tergagap-gagap membela dirinya yang tak sengaja itu.
“ Peduli apa aku, kau sengaja atau tak, kesalahan kau kan. Tanggung sendirilah.” balas lelaki itu tanpa perasan simpati
Dhia Maira malas nak bertengkar lama-lama dengan mamat dihadapannya sebab dirinya yang sudah sedia penat dengan kerja di KFC sejak dari pagi lagi dan malam ini kena kerja di stesen minyak pula. Dia mengambil keputusan untuk menamatkan berbalahan itu.
“ Berapa kosnya?” tanya Dhia Maira selamba sambil tergaru-garu kepalanya yang elok dilitupi tudung.
Lelaki itu mengangkat kesemua sepuluh-sepuluh jari- jemarinya. Tanpa bersuara .
“Sepuluh ringgit je ke? Murahnya.” ujar Dhia Maira terkejut dengan jumlah yang dikenakan keatas kesalahannya itu.
“ Kenapa bodoh sangat kau ni ?” perli lelaki itu berbaur sinis. “Sepuluh ringgit buat apa. Aku pun tak hingin, bagi kat pengemis pun belum tentu dipandangnya.” ujar lelaki itu lagi sambil mengutuk Dhia Maira bertubi-tubi.
“Hello!! cik abang sepuluh ringgit tu bagai seratus buat aku tau .” gerutu Dhia Maira dalam hati
“Sepuluh ribu tak termasuk dengan kemeja ni lagi. Campur-campur semuanya dalam 15 ribu.” tambah lelaki itu bongkak sambil menyilangkan tangannya .
“Apa 15 ribu!!!!!!!” pekik Dhia Maira kuat.
“ Gila ke apa mamat kurang asam ni? Aku jual skuter buruk aku ni pun belum tentu dapat mencecah angka tu. Nak minta ihsan dari sapa lah ni. Matilah aku kali ni.” gumam Dhia Maira tanpa didengari oleh lelaki itu.
“Err.. boleh kurangkan sedikit tak?” rayu Dhia Maira dengan nada menagih simpati.
“ Nope! laju jawapan dari pemuda itu. Ini kad saya dalam masa seminggu awak boleh contact saya ya.”
Dhia Maira mengambil dan membelek-kad yang dihulur oleh lelaki itu . “Seminggu biar betul mamat ni. Macamana ni, mana aku nak dapatkan duit tu.” rintih Dhia Maira dalam hati.
“ Seminggu encik, saya rasa tak pasti dapat bayar dalam tempoh tu, boleh tunda lagi tak?” Dhia Maira cuba memujuk lelaki itu yang kelihatan agak segak dengan pakaian pejabat itu.
“ Bak sini dompet kau tu?” minta lelaki itu lalu merampas dompet Dhia Maira dengan kasar dari tangannya. “ Macam kanak-kanak tak cukup umur je. Ada juga perempuan zaman sekarang guna dompet anime . Apa punya kolot betul kau ni ya.”perli lelaki itu.
“Hello suka-suki kau kutuk dompet ya, aku dapat dompet tu dari cabutan bertuah majalah komik KREKO tau, kau tahu apa, bukan calang-calang orang boleh dapat tau.” Jawab Dhia Maira dengan bangga tetapi hanya dalam hatinya sahaja.
“ Hmm kalau begitu i/c kau ,aku amek .”kata lelaki itu sambil membelek isi dompet Dhia Maira. Oh budak “U” rupanya okey aku amek juga kad pelajar kau ni ya. Dalam tempoh seminggu dari sekarang lepas kau buat bayaran tu kau boleh tuntut i/c dan kad pelajar kau dekat aku. Bagaimana nak cari aku kat mana, boleh tengok kad bisnes aku tu. Baiklah jumpa awak dari seminggu sekarang, kalau tak saya tak jamin i/c dan matric kad awak akan selamat dengan saya .” lelaki itu berjeda panjang dalam nada mengugut lalu menghilangkan dirinya ke dalam kereta AMV8 vantagenya berwarna hitam berkilat dan mengaum kuat meninggalkan Dhia Maira yang terkial-kial.
*******************
“Kak Aira!” sergah seorang gadis tiba-tiba
“ ya Allah Hafiya Eryna Haji Hanafiya boleh tersemput akak tahu, jangan buat macam tu lagi.” marah Dhia Maira siap memanggil nama penuh berserta bintinya sekali gadis itu akibat terkejut beruk dengan sergahan gadis itu. “ Ada apa eryn nak jumpa akak ni?”
“Saja rindu, dah seminggu Eryn tak jumpa akak sibuk dengan pengurusan butik peninggalan mama . Kak Aira itu yang mengelamun memanjang, Eryn panggil tak dengar.” ujar gadis yang bernama Hafiya Eryna lalu mengambil tempat duduk di hadapan Dhia Maira seraya memesan air jus lemon dan spaghetti keju.
“Akak jangan nak kata pada Eryn, yang akan dah jumpa pengarang jantung hati.” tanya Eryna sebaik sahaja pelayan meletakkan pesanannya dengan membuat memek muka yang mahukan kepastian.
“ Ke situ pulak fikiran Eryn melayang ek, tak delah akak tengah serabut kepala ni .”keluh Dhia Maira sambil menguis nasi goreng dihadapannya itu. Tidak tertelan oleh tekaknya kerana asyik memikirkan masalah yang dihadapi.
“ Akak ada masalah ke? ceritalah kat Eryn mana tahu Eryn boleh bantu.” Eryna cuba memberi semangat kepada Dhia Maira yang dikenalinya sejak setahun yang lalu yang kelihatan runsing dan resah itu.
“Hmm ..” Dhia Maira mengeluh perlahan. Macam mana akak nak mulakan ye”
Eryna mendengar khusyuknya, terselit dihatinya sangat rasa bersyukur kepada Sang Pencipta kerana mengurniakan seorang sahabat serta seorang kakak yang betul-betul memahami dirinya yang perangai manja ini. Terbayang-bayang di memorinya ketika mana kali pertama dia berkenalan dengan Dhia Maira.
“ Fiya boleh lah, I janji I akan bayar minggu depan . Fiya.. you kan kaya setakat seribu dua tak habis dalam akaun Fiya tu kan?” pujuk lelaki itu.
“ Adam, Fiya tak de duit, semua perbelanjaan Fiya abang Fiya yang urusankan.” Ujarnya lembut.
“ What abang control? Kenapa kolot sangat kau ni Fiya. Tak guna punya Ryena , dia tipu aku rupanya, menyesal aku couple dengan kau . Bukan dapat untung pun.” marah lelaki itu berbaur kutukan.
“ Hey kau tak malu ke minta duit dengan perempuan. Menjatuhkan kerabat kaum Adam je kau ni.” sindir seorang perempuan yang datang entah dari mana cuba membantunya.
Dia terkejut lantas menoleh pandangan melihat siapa gerangan yang membantunya itu.
“ Adik, lain kali kita kenal bijak.” kata perempuan itu lagi sambil meletakkan lengan kirinya di atas bahu Eryna.
“ Adik ni nak kata hodoh memang butalah orang tu, dan jika nak digandingkan dengan mmat tak sedar diri ini memang tak sesuai langsung. Si adam ni playboy kasanova kat UITM ni, kalau adik nak tahu.” tutur gadis itu perlahan-lahan. Hafiya Eryna tak berkelip memandang gadis disisinya itu.
“ Hey.. Dhia Maira ! Jangan menyibuk hal aku boleh tak?” marah lelaki yang dikenali sebagai Adam itu
“Well playboy campus! kalau boleh aku tak nak tengok dah, kaum sejenis aku di tipu mentah-mentah oleh buaya macam kau ni. Kesian aku tengok. Kau dengan Ryena sama padan tahu tak? Sorang pemberi maklumat sorang lagi pemain cinta. Bila lah korang nak bertaubat hah. Ingat hidup hanya sementara.” tempelak berjela Dhia Maira selingan ceramah percuma.
“ Kau dengki kan ? sebab aku tak pernah nak pikat kau kan. Siapa yang nak terpikat kat kau kan. Sampai sekarang tak habis-habis lagi belajar, orang lain yang satu batch dengan kau semua dah nak keluar. Kau ? asyik extand je. Apa kes. Kalau tak duit nak sambung study jangan berlagak kaya la wei.” cemuh Adam menghina Dhia Maira.
Hafiya Eryna kalih pandang sekejap ke arah Adam sekejap ke arah gadis itu. Hafiya Eryna hairan melihat gadis itu boleh tersenyum manis lagi padahal maruahnya direndah-rendahkan oleh Adam si playboy kampus itu.
“Dah lah, buang masa aku layan korang yang tak berguna ni.”,marah Adam terus meninggalkan Hafiya Eryna dan Dhia Maira.
“ Oklah adik, akak pergi dulu . Lagi pun akak dah lewat sangat nak pergi kuliah ni. Oh ya lain kali hati-hati pilih kawan ye.” ujar Dhia Maira sambil mengenyitkan matanya ke arah Hafiya Eryna yang masih terpinga-pinga.
Langkah gadis itu berhenti dan kembali semula ke tempat Hafiya Eryna tatkala namanya dipanggil. Dhia Maira berdiri betul-betul dihadapan Hafiya Eryna sambil mengerakkan jari telunjuknya kekiri ke kanan.
“ No! jangan panggil Kak Dhia , tak sedap. Panggil je kak Maira. Ada apa ye?” tanya Dhia Maira menguntum senyuman.
“Nak number phone boleh tak?” minta Hafiya Eryna tiba-tiba
Dhia Maira mengerutkan dahinya kehairanan sambil mengaru kepalanya yang dilitupi tudung itu kehairanan. Tiba-tiba meletus ketawanya sampai terkeluar air matanya .Dirasanya gadis dihadapannya itu seorang budak yang pelik dan lucu.
“ Please kak Maira, saya nak nak ucapkan terima kasih dekat akak sebab tolong saya tadi.”
“ Oh! ok terima kasih adik diterima .” jawab Dhia Maira dengan tawa masih berbaki sambil menyapu airmatanya.
“ Panggil Eryn. Nama penuh Hafiya Eryna.” Hafiya Eryna yang polos itu memperkenalkan diri tanpa dipinta.
“ Bolehlah kak.” Hafiya Eryna merayu lagi.
“ Baiklah 0145089***”
“ Terima kasih kak, nanti kita jumpa lagi.” ucap Hafiya Eryna menguntum senyuman lalu meninggalkan Dhia Maira kelihatan pelik dengan perangainya.

“ Kak Maira lah.” Dhia Maira memperbetulkan panggilan Hafiya Eryna terhadap namanya.
“ Tak! saya nak panggil kak Aira juga sebab kak Aira comey macam Barbie, cute sangat mata bulat macam buah guli .” puji Hafiya Eryna dengan mata besinar-sinar .
“ Mengarutlah Eryn ni. Tak de nak nampak Barbienya. Lagipun mana ada muka Barbie gelap, nampak macam bear adalah.” balas Dhia Maira berjenaka.
“Ha!Ha!Ha” tiba-tiba ketawa Hafiya Eryna meletus kuat.
“ Hisy.. syuhh nanti orang dengar jangan kuat-kuat .” tegur Dhia Maira dengan matanya memandang sekeliling.
“ Akak ni so sweet lah, Eryn suka sangat . Macam dah kenal lama ,boleh tak Eryn jadi adik angkat akak .” kata Eryna tanpa menghiraukan teguran Dhia Maira.
Akhirnya dia secara rasmi menjadi angkat kepada Dhia Maira pada hari itu juga. Peristiwa itu tak dapat dia lupakan.
“Kak dibuang kerja semalam sebab asyik dapat kad merah 10 hari berturut-turut.” Dhia Maira bersuara tiba-tiba mengejutkan Hafiya Eryna dari kenangan lama.
“ Laa ye ke? Jadi sekarang akak nak cari kerja part time kat mana?” tanya Hafiya Eryna betul-betul terkejut dengan perkhabaran dari kakak angkatnya itu.
“ Entah tak terpikir nak cari lagi, sebab 2 minggu lagi dah nak exam. Akak tak nak extand dah asyik-asyik extand sampai ke tua kak duk kat Uitm ni lagi.”luah Dhia Maira sambil mengeluh.
“ Tak pelah,nanti boleh temankan Eryn. Kita boleh grad sekali .”usik Hafiya Eryna
“ Banyak cantik, akak kena cari kerja tetap cepat-cepat. Adik-adik akak masih sekolah lagi, seorang STPM, SPM dan seorang lagi PMR orang lagi baru masuk tingkatan 1, Eryn kan tahu keadaan kakak macamana.” keluh Dhia Maira sedih.
“ Eryn faham sangat akak. Kalau akak ada masalah kewangan , akak bagitahu je Eryn.” Ujar Eryna dengan suara riang untuk memujuk kakak angkatnya itu.
“Entahlah Eryn ,banyak sangat masalah timbul sekarang . Boleh pecah kepala akak kalau asyik berfikir. Kalau Eryn nak tahu sebenarnya dua hari yang lepas akak ada terlanggar kereta seorang mamat ni, dia minta ganti rugi dari akak. Tapi akak tak cukup duit. Dia bagi tempoh seminggu untuk akak jelaskan ganti rugi itu.” cerita Dhia Maira berjeda.
“Berapa dia mintak?” tanya Eryna terperanjat.
“ 15ribu!” jawab Dhia Maira pendek.
“ Apa mana akak nak dapat sebanyak itu. Memang kurang ajar betul mamat tu kan?” marah Hafiya Eryna tiba-tiba
“Tu lah Eryn, nak harapkan duit PTPTN mana nak cukup kalau tambah harga jualan skuter akak tu belum tentu dapat mencecah harga tu lagi.”Dhia Maira mengeluh sebelum menyambung bicaranya lagi. “Adik-adik akak kat kampung dah minta duit nak bayar yuran bertambah peninglah akak. Nak harapkan gaji partime kat stesen minyak tu manalah nak cukup.”
“Sabarnya ye akak, insya-Allah ada jalan penyelesaian nanti .” pujuk Eryna lagi cuba menenangkan hati Dhia Maira dengan memandang sayu kearahnya.
“Haah.. Eryn ada satu idea.” tiba-tiba Hafiya Eryna bersuara ceria semula.
“ Abang sulung Eryn dah balik Malaysia. Dia tukar kerja kat sini , kalau setakat 15ribu ibarat 15ringgit je bagi along. Bak kata ciput punya hal la.” cadang Hafiya Eryna sambil menolok rambutnya yang panjang itu ke belakang.
“Abang Eryn yang pertama? Siapa? Setahu akak Eryn ada abang Hafiy Zaquan sorang je kan.” soal Dhia Maira sambil terkerut-kerut dahinya.
“ Tak lah Eryn ada dua orang abang, along yang pertama, abang wan kedua dan Eryn. Along tinggal kat Melbourne selepas tamat belajar dia dapat kerja terus di sana . Berlawanan dengan abang Wan dia tak suka tinggal di Negara orang putih, sebab itulah segala urusan syarikat papa along serahkan kepada abang Wan .Macam Eryn juga . Eryn bangga jadi rakyat Malaysia. Sekarang grany minta along balik Malaysia . Dia tak nak along terus menetap kat sana, yang paling grany risaukan takut nanti along akan berkahwin dengan minah salleh.” cerita Eryna panjang berjela sambil menghirup minuman yang dipesannya tadi
Terlopong Dhia Maira mendengarnya bagaikan tak percaya. Memang Eryn pernah cerita latar belakang familynya tapi dia hanya ingatkan Eryna ni cuma kaya biasa sahaja yang ada butik sendiri tapi hari ni barulah terbongkar rahsia sebenarnya.
“ Patutlah ramai lelaki cuba mengejar Eryn. Kejar kerana cinta tau sebaliknya terletak atas niat diorang .” Dhia Maira monolog dalam hatinya.
********
“ Ok kak nanti saya datang balik.” laung Dhia Maira matanya menatap alamat surat yang mahu dihantarnya itu.Tanpa dia sedari dia terlanggar pintu yang ternganga menandakan ada orang mahu masuk kedalam kedai fotokopi itu.
“ Adus sakitnya dahi aku, hey buta ke….”
Bulat mata Dhia Maira melihat orang dihadapannya itu lebam di dagu orang itu masih berbekas.
“ Alamak! kenapa aku jumpa dengan dia ni lagi. Mintak-mintak ni cuma mimpi. Pergi jauh-jauh lah bayangan lelaki Vantage syuhh..syuhh.” bebel Dhia Maira sorang-sorang.
“Ha!Ha!Ha Hello awak ni tak betul ke? Cakap-sorang-sorang.” kutuk lelaki itu dengan sisa tawa masih belum terhenti lalu melintasi Dhia Maira yang terkulat-kulat.
“Nasib baik dia tak cam aku fuh. Aku sujud syukur pada Mu ya Allah.” ucap Dhia Maira sebaik sahaja lelaki itu melintasinya.
“Wait the minute. I think I know you are?” tanya lelaki itu tiba-tiba lantas memalingkan badannya ke belakang. Dhia Maira yang mahu melangkah keluar dari kedai itu terhenti tiba-tiba.
“Betullah sangkaan aku. Hmm kecil betul dunia ni kan. Hari tu awak bagi saya satu kenangan yang cukup pahit nak di telan. Sekarang awak bagi satu lagi kenangan yang cukup lucu untuk digelakkan. Macam mana ganti rugi saya sudah tersedia ke?” sempat lagi lelaki itu mengungkit ganti ruginya selepas mengutuk Dhia Maira.
“Lagi lima hari kan? Mana boleh saya bagi sekarang ,so saya akan bagi 5 hari dari sekarang lah.” jawab Dhia Maira geram sambil memandang tajam ke arah lelaki itu.
“Baiklah saya akan tunggu awak tempat hari jam 5 petang. Kalau awak lewat seminit kira i/c dan kad pelajar awak dikira burn terus.” ujar lelaki itu tegas.
“Kira, bayaran ganti rugi tu pun burn juga lah.” soal Dhia Maira riang tiba-tiba
“ Sapa cakap ganti rugi burn? Saya cakap barang awak je burn, bayaran tetap kena bayar.” marah lelaki itu sakit hati.
“Ceh! aku ingatkan tak kena bayar. Mahu aku peluk cium kalau tak kena bayar. Oii Dhia Maira binti Ahmad Darius dia bukan ayah, abang, adik mahupun suami kau nak peluk cium . Sedar sikit diri. Kau berhutang dengan dia.” Dhia Maira bersoal jawab dalam hatinya.
“ Yelah saya faham.”ujar Dhia Maira dengan hati membengkak lalu keluar dari kedai itu.
“ Miss Skuter Pink ingat 15ribu tu!” laung lelaki itu jelas kedengaran dicuping telinga Dhia Maira.
“ Sengal betul mamat kurang asam tu. Mahu aku tambah gula banyak-banyak supaya tak masam lagi.” kutuk Dhia Maira lalu menunggang skuternya dan terus meninggalkan kedai fotokopi itu.
**********************
“ Eryn baru perasan kenapa dengan Vantage kesayangan abang tu?” tanya Hafiya Eryna tatkala melabuhkan punggungnya ke tilam milik abang sulungnya itu.
“Tulah Eryn nak pinjam tak bagi sangat.Padan muka abang.” Hafiya Eryna pura-pura marah sambil membuat muka meluat.
“ Entahlah, maybe dia dah lama tak masuk wad kot, so sekarang dah tiba masanya dia nak
diservice kan .” balas Hafiy Ziqri berselamba
“ Ada juga ke macam tu ? “ ujar Hafiya Eryna sambil mencebik mulutnya. “Dagu tu dah ok ke? Hilanglah saham encik Hafiy Ziqri kita, hilanglah ke macholannya ha!ha!ha.” perli Hafiya Eryna sambil mendekek ketawa.
“Hah! ada apa tiba-tiba masuk bilik abang tanpa di undang ni?” tanya Hafiy Ziqri yang sedang khusyuk membelek fail yang bertimbun di meja kerjanya itu tanpa mempedulikan langsung gurauan adiknya itu. “ Kalau nak perli-perli baik tak payah masuk.”sambungnya lagi
“Saja nak curi masa abang, dah lama tak borakkan? Hmm abang ingat lagi tak pasal kak angkat Eryn, yang Eryn selalu ceritakan pada abang.” Hafiya Eryna cuba memancing abangnya itu.
“Hmm.. pasal budak perempuan yang bernama Aira tu kan? Ada apa? Dia dah nak kahwin ke?” tanya Hafiy Ziqri sedikit pun tidak tertarik.
“Hisy mana ada, dia setia menunggu abang.” Hafiya Eryna bernada serius walhal dia cuba mengusik.
“Hah!!”. Bulat mata Hafiy Ziqri lantas berpaling melihat adiknya yang tersengih –sengih.
“ Eryn tipu abang ye.” Marah Hafiy Ziqri . Eryn… abang rasa abang dah jatuh cinta dengan dia lah Eryn.” luah Hafiy Ziqri selepas senyap seketika.
Dia sendiri tak tahu apa yang sudah terjadi kepada dirinya selepas mendengar segala cerita tentang kakak angkat adik bongsunya itu . Sejak setahun yang lalu, dia bagaikan tengah angau dengan peribadi perempuan itu. Tapi yang anehnya dia tak pernah jumpa apatah lagi bersemuka perempuan itu.
“ What you say? Hah! Falling love?” Hafiya Eryna ternganga sedikit akibat terkejut.
“Biar betul abang ni. Abang tak pernah kenal pun kak Aira tu. Tengok pun tak pernah macamana abang boleh terjatuh hati dengan kak Aira ni. Mengaruklah abang ni. Ada juga ke macam tu .” soal Hafiya Eryna bagaikan tidak percaya. Tapi dihatinya terselit rasa gembira.
“Betul. Ada abang pernah berbohong dengan Eryn ke sebelum ni? Hmm bila mendengar cerita dari Eryn, abang dah boleh agak tuannya lagipun Eryn kan sayang gila-gila kat dia. Jadi tak mustahil abang akan sayang kan dia juga.” jawab Hafiy Ziqri dengan muka serius.
“ Abang nak tengok picture kak Aira tak? Nanti Eryn tangkap esok.” provok Hafiya Eryna tiba-tiba.
“Tak! Abang takkan tengok sekarang. Biar jadi persoalan dihati abang tentang raup wajahnya itu. Abang percaya abang akan jumpa dia sendiri nanti.” kata Hafiy Ziqri cuba memasang angan-angan.
“ Angah akan kahwin dalam masa 3 minggu lagi kan. Nanti Eryn jemput dia kat majlis tu abang kan jumpa dengan dia.” cadang adiknya.
“ Ingat jangan bagitahu dia , walaupun sepatah ayat tentang perasan abang ni pada dia, nanti terkejut pulak dia.” pesan Hafiy Ziqri sekali lagi.
“ Ok lah abang ku tersayang.” jawab Hafiya Eryna sambil bangkit dari duduknya lalu memeluk abangnya yang sulung itu.
“Tapikan abang.” kata Eryn berhenti dengan mata sayu memandang mata buntar abangnya itu.
“Kenapa?” tanya Hafiy Ziqri mengangkat keningnya ala-ala penyanyi Ziana Zain.
“ Sekarang dia ditimpa masalah. Berat sungguh ujian dia terima, but she still so strong. Sedih Eryn tengok kak Aira. Ayah dia masuk wad perlukan duit untuk pembedahan . Sekarang dia buntu nak cari duit tu kat mana. Eryn ada suruh pinjam duit Eryn dulu dia tolok mentah-mentah, dia tahu Eryn sendiri pun tak de duit sebanyak itu. Abang punya pasal la ni, semua kad kredit Eryn abang dah sekat.” ujar Eryna panjang lebar berpura-pura merajuk.
“ Adik! Abang buat macam tu abang tak nak adik kena tipu lagi dengan kawan-kawan adik. Tak kira perempuan atau lelaki. Ngah ada bagi tahu abang, setiap bulan mesti 3000 akan hilang dari akuan adik . Adik terlalu naïve tahu tak. Sekarang nak cari kawan susah tambah-tambah dia tahu adik ni terlalu baik hati sangat.” Nasihat Hafiy Ziqri lembut.
“Tapi kak Aira tak macam tu abang.” bantah Eryna sambil tersengih.
“Ye ..abang tahu kakak kesayangan adik memang baik kan. Berapa dia perlukan.” tanya Hafiy Ziqri pandangannya masih menatap Eryna.
Terbit dihati Eryna rasa bersalah kerana terpaksa membohongi abangnya. Demi membantu kakak angkatnya itu. “Abang maaf Eryn terpaksa bohong.”
“Ok! Ni ceknya nanti Eryn bagi dekat kakak angkat Eryn. Abang percayakan Eryn ni.” pesan Hafiy Ziqri lagi sambil menandatangani sekeping cek yang tertulis digit 15 ribu ringgit sahaja.
“ Terima kasih abang, sayang abang sangat.” ujar Eryna terlompat kecil sambil mencium pipi kiri abangnya. Riang sekali dapat memujuk abangnya itu sebelum keluar dari kamar tidur indah lagi luas itu.
Sedang Hafiy Ziqri menyusun fail yang berselak di mejanya itu sekeping kad pengenalan seorang terjatuh. Dia menatap gambar perempuan yang terpapar di situ. Satu kuntuman senyuman hinggap di bibirnya.
“Si minah skuter pink.”bisik Hafiy Ziqri
*******

“La.. Eryn rupanya masuklah.” jemput Dhia Maira sebaik sahaja membuka pintu rumah teres yang disewanya itu.
“Kak sorang je ke? Mana yang lain?” soal Eryna terjenguk-jenguk lalu mengambil tempat di sisi Dhia Maira yang sedang mengsterika baju .
“Kerja la sayang oii.” jawab Dhia Maira berirama.
“Baju siapa semua ni?” soal Eryna pelik.
“ Semua ada tapi baju Eryn tak delah.” ujarnya sambil tersengih menampakkan giginya.
“Maksud akak?”tanya Eryna sambil menyangkut pakaian yang telah siap disterika.
“Biasalah Eryn, lepas berhenti jadi pelayan KFC. Akak ambik upah cuci dan tolong gosok baju housemates akak. Diorang busy tak sempat nak basuh dan gosok, daripada diorang bawak pergi dobi jadi diorang syorkan akan jadi pemdobi. Akak fikir baik juga cadangan tu so akak ambik peluang ni iklan kat depan pintu. Alhamduillah sambutan menggalakkan tambah-tambah dari orang macam housemate akak.Pemalas orangnya maklumlahkan kerja stesen tv .” cerita berjela Dhia Maira sambil mengutuk rakan serumahnya.
“Akak tak penat ke buat semua ni.” tanya Eryna tiba-tiba rasa sayu.
Dia kesian melihat kesungguhan Dhia Maira mencari rezeki. Bukan dirinya tak pernah menghulur bantuan tetapi Dhia Maira sentiasa menolok. Takut dikatakan ambil kepentingan kekayaan dari dirinyalah macam-macam alasan yang diberikan oleh Dhia Maira kepada dirinya. Betapa tabahnya diri Dhia Maira , mana mungkin ada seorang perempuan yang sanggup bekerja keras semata-mata mencari rezeki mahu menampung keluarga. Dhia Maira menjadi ketua keluarga penganti ayahnya sekarang memandangkan ayahnya yang sedang sakit dikampung.
“ Akak cukup ke duit nak bagi keluarga akak.” soal Eryna lagi
“Hah!” Dhia Maira kebingungan pertanyaan dari Eryna
“Tak. maksud Eryn. Akak ada duit tak nak kirim kat kampung. Nah 500 ratus.” Eryna menghulurkan duit bernot 50 sebanyak 10 keping . Dia tahu Dhia Maira amat memerlukannya.
“Ish, apa ni Eryn.” Dhia Maira kaget lantas menolak dengan lembut.
“Tak pe.” ujar Eryna lalu meletakkan duit itu kembali ditapak tangan Dhia Maira.
“Eryn ada berita gembira cuba teka?” Eryna cuba bermain-main kata.
“Apa?” Dhia Maira mengerutkan dahinya lalu tercantum kedua belah keningnya itu
“Ini” jawab Eryna tersengih sambil menhayun-hayun sekeping cek yang berada ditangannya.
“Cek? Mana Eryn dapat?” ujar Dhia Maira laju.
“ Dari Abang Ziqri yang terlalu baik hati sangat yang beria-ria nak bantu kakak angkat Eryn yang cute ni.” terang Eryna tersenyum-senyum.
“Ye ke? Tak sangka akak, boleh kenalkan pada akak mana tau kot-kot dapat jadi kak ipar Eryn kan .”ujar Dhia Maira cuba mengusik Eryna.
“ Insya-Allah coming soon.” jawab Eryna tersenyum penuh bermakna.
“Oh ya akak, ngah jemput akak ke kenduri kahwin dia hujung bulan ni. Jangan tak datang tahu. Exam pun dah habis time tu? “pesan Eryna bersungguh-sungguh lalu bangkit dari duduknya sebelum meminta izin mahu pulang.
Dhia Maira mengangguk dan tersenyum. Dhia Maira sedikit kecewa kerana rancangannya untuk meminta Eryna menemaninya berjumpa dengan lelaki yang dilanggarnya tempoh hari tidak kesampaian. Menurut Eryna dia mahu pergi ke Indonesia untuk menemani abang keduanya Hafiy Zaquan atas urusan syarikat butik kepunyaan keluarga mereka. Yang mencuit hati Dhia Maira pada pesanan Eryna memintanya kirim salam pada lelaki kurang asam itu.
Hari yang dinanti sudah tiba. Kesemua surat yang perlu dihantar sudah dibereskan secepat mungkin kerana tidak mahu terlewat berjumpa dengan si dia. Dengan mengenakan baju kurung yang dipakainya pagi tadi yang berwarna kuning air yang bercorak abstrak dengan tudung warna yang sama. Dia menunggang skuter pinknya itu ke bank untuk mengeluarkan wang sejumlah 15ribu . Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan si dia tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil. Boom
“Alamak! Kenapa ni? eh..eh kenapa dengan motor ni.” Dhia Maira segera turun dari motornya untuk melihat apa yang tak kena dengan motornya itu.
“ ya Allah! Macamana boleh terpancit tayar ni, seingat aku pagi tadi aku pamkan anginnya. Aduss melayang lagi duit aku.” Dhia Maira merenguk seorang diri lalu memandang kiri kanan mencari workshop motor.
Hampir satu jam Dhia Maira menunggu motornya dibaiki dengan penuh kesabaran. Sebaik sahaja motornya siap dibaiki dengan sepantas kilat Dhia Maira memecut skuternya sekuat hati. Sampai di tempat yang dijanjikan Dhia Maira turun dari skuternya lalu membuka helmetnya . Dia meninjau-ninjau sekeliling mencari empunya diri sambil membetulkan baju dan tudungnya yang serabai itu. Tak lama kemudian sasaran ditemui. Dia terus ke sana dengan riang hati segala hutangnya akan dilangsaikan hari itu juga. I/c dan matrik kadnya akan dipulangkan tak perlulah dia membuat yang baru untuk masuk exam nanti.
Tiba di depan pintu pemandu kereta Vantage yang berwarna hitam berkilat dengan selamba dia mengetuk-ngetuk cermin kereta itu secara berirama. Diatersengih sebaik sahaja cermin kereta itu diturunkan.
“ Sudah-sudahla mengetuk tu ,nanti tak pasal-pasal pecah pula cermin kereta aku.” marah pemandu kereta itu.
“Nah amik duit ni, kira sendiri kalau tak cukup, pergi saman bank sebab bagi tak cukup jumlah.” ujar Dhia Maira dengan riak muka menjengkelkan.
“Mana i/c dan kad matrik saya?” tanya Dhia Maira dengan menunjukkan gaya tangan macam mahu mengajak bergaduh.
“Uaaaa..” lelaki itu menutup kuapnya dengan belakang tanganya.
“ Mengantuknya tunggu orang yang tak menepati masa ni kan? Hmm cuba awak tengok betul-betul. Sekarang jam tangan saya ni dah pukul berapa sekarang.” kata lelaki itu berbaur sinis lalu menunjukan jam mahalnya hampir terkena muka Dhia Maira.
“Apa kes mamat kurang asam ni. Tak reti tengok jam ke? Ke buta. Sebab setiap kali aku terserempak dengan dia asyik pakai kaca mata hitam je musykil aku.” Dhia Maira mengutuk dalam hati.
“5.30”
“Dah 5.30 ke? Patutlah aku tertidur. Ok duit ni aku terima.” Dengan pantas lelaki itu mengambil sampul surat berwarna coklat yang berisi wang dari tangan Dhia Maira.
Dhia Maira terkaku seketika dengan kelakuan lelaki itu. Selepas mendapatkan sampul surat lelaki itu mengucapkan salam lalu dia menaikkan cermin kereta itu lalu menghidupkan enjin keretanya untuk beredar dari situ. Dhia Maira tersedar dengan spontan dia mengetuk kuat cermin kereta itu.
“Encik !Encik mana janji encik?” laung Dhia Maira dengan tangannya masih mengetuk cermin kereta itu.
“ Awak ni kan! Memang tak faham bahasa ke? Nanti pecah cermin kereta saya awak mampu lagi ke awak bayar.” marah lelaki itu sebaik sahaja menurun cermin keretanya.
“Alah kereta encik kan mahal, setakat ketukkan saya tu tak mahu pecahnya, karate pun belum tentu retak.” Dhia Maira memerli dalam nada marah.
“Dah lah encik saya nak kad pelajar dan i/c saya sekarang juga!” minta Dhia Maira kali ini marahnya benar-benar membuak-buak.
“Ish!Ish muda-muda dah nyanyuk kan?” kutuk lelaki itu sambil mengelengkan kepalanya.
“Sedap ayat?” getus Dhia Maira dengan memandang tepat pada sasaran mata lelaki itu.
“Awak ingat tak? Saya pernah cakap kat awak kan, seminit je awak lewat . Barang-barang awak dah hilang ok. Dah ke tepi awak dah buang waktu saya. Dan satu lagi, saya harap akan jumpa awak lagi, seronok berkenalan dengan awak .” ujar lelaki itu mengakhir perbualannya lalu meluncur meninggalkan Dhia Maira terpinga-pinga.
“ Woooi i/c dan matrik kad aku.” laung Dhia Maira tanpa menghirau keadaan sekeliling. Dia cuba mengejar tapi kereta itu sudah jauh ke hadapan.
“Tak guna punya jantan. Aku sumpah kau jadi suami aku nanti baru padan muka kau, aku terajang kau habis-habis. Kalau tak sia-sia tali pinggang hitam silat aku yang tersimpan di almari rumah. Macam mana ni.” marah Dhia Maira tercungap-cungap sebaik sahaja langkahnya berhenti mengejar kereta itu.
*******
“ kak Aira sory lambat, nah ambil baju ni cepat bersiap tahu sejam lagi majlis dah nak mula.” kata Eryna menunjuk gaya meminta ampun sebaik sahaja keluar dari perut kereta Mazda2 berwarna putih bila terlihat Dhia Maira sedang menunggu kedatangannya.
Dhia Maira menyambut kedatangan adik angkatnya itu dengan sebuah senyuman yang cukup manis. Dia mengambil beg kertas yang dihulurkan Eryna kepadanya. Dhia Maira terkejut bila melihat sini di dalam beg itu. Ada sebuah gaun labuh berlengan panjang yang berwarna kelabu serta tudung Ariana warna yang sama, siap dengan bertatah berlian bergemerlapan sinarnya.
“Eryn apa ni?” tanya Dhia Maira
“Itu gaun terbaru dari butik Eryn, yang direka khas untuk akak. Akak nak tahu siapa yang reka design ni?” Eryna berteka –teki sambil mengangkat-angkat keningnya yang cantik terukir.
Berkerut dahi Dhia Maira memandang adik angkatnya itu.
“Along..” jawab Eryna bila melihat Dhia Maira senyap. “Dah lah pergi salin cepat kita dah lewat dah ini.” ujar Eryna lagi lalu menolak lembut belakang Dhia Maira.
“Wah cantiknya akak. Hmm one day, Eryn ingat nak bertudung jugalah, sejuk tengok kak Aira berpakaian macam ni. Nampak macam puteri .” puji Eryna sebaik sahaja Dhia Maira keluar dari bilik dengan mengenakan baju yang diberikan olehnya.
“ Ngada-ngada Eryn ni. Akak rasa nak tukar baju lah . Macam nak pergi dinner je pakai gaun segala. Kita nak pergi kenduri kahwin je kot.” Omel Dhia Maira
“ Jangan nak mengarut ya. Kalau akak nak tahu, ada seorang putera raja sedang menanti kedatangan akak kat majlis tu. Mana tahu kot dia melamar akak terus.” Ujar Eryna tersengih-sengih sambil menekan alat kawalan jauh keretanya lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta.
“Hah!” Dhia Maira blur.
Sampai di rumah Eryna . Mula-mula dia terasa segan mahu bercampur dengan golongan datuk datin kerana sudah lama dia tidak bertandang ke majlis yang agak formal dan mewah seperti ini. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke halaman Villa Eryna yang tersegah indah, mata-mata memandang pelik kepadanya mungkin dia bertudung fikir Dhia Maira. Konsep majlis perkahwinan abang kedua Eryna bertemakan cinderellah tak hairanlah Eryna menyuruhnya memakai gaun untuk menghadiri majlis itu. Sedang asyik Dhia Maira memerhatikan keadaan sekeliling Eryna tak putus-putus menasihatinya buat macam biasa. Dia tahu mustahil Dhia Maira boleh menyesuaikan diri dengan majlis itu.
“Akak duduk sini kejap eh, Eryn nak masuk dalam nak tengok angah. Ingat tahu .” pesan Eryna berkali-kali. Dhia Maira hanya mengangguk.
Semasa mahu melangkah masuk ke dalam rumahnya itu Eryna disapa oleh abangnya Hafiy Ziqri.
“ Mana kakak angkat adik yang baik tu.” tanya Hafiy Ziqri tersengih sambil mengangkat –angkat kedua belah keningnya.
“ Tu yang duk sorang-sorang, yang pakai gaun berwarna kelabu bertudng.” Jawab Eryna sambil menunjuk ke arah Dhia Maira yang duduk seorang diri, sebelum menyambung katanya lagi dengan nada berbisik.
“Cantiklah kak Aira along, tambah-tambah mengenakan baju rekaan adik.” ujar Eryna sambil memuji dirinya sendiri sebelum meletus ketawanya. Walhal baju itu direka oleh Hafiy Ziqri.
“ Perasan betullah adik along yang sorang ni.”ujar Hafiy Ziqri sambil memcebik mulutnya sebelum meninggalkan adiknya itu.
Hafiy Ziqri melangkah berhati-hati ke arah kak angkat adiknya itu. dengan penuh syahdu dia memberi salam sambil menghulurkan tangan kananya untuk si gadis yang menjadi igauan setiap malam mimpi tidurnya itu.
“Aira kan?” soal Hafiy Ziqri dengan tangan masih dihulurkan untuk berjabat tangan.
“Walaikumussalam.. maafkan saya.”jawab Dhia Maira lalu bangkit dari duduknya dan menunduk sedikit tanda hormat. Dia hanya menoleh sekilas kepada si pemilik suara salam itu. Hafiy Ziqri menarik tangannya kembali tersipu malu. Dia menatap wajah gadis itu seketika dengan sedikit kerut didahi.
“ Hah! Awak ? Minah skuter pink tu kan?” soal Hafiy Ziqri terkejut.
Sebaik sahaja mendengar suara itu lantas Dhia Maira mendonggak. Dia bagaikan dipanah petir tatkala melihat lelaki dihadapannya itu. Jantung seakan berhenti. Tepat anak matanya menikam anak mata lelaki dihadapannya .
“ Apa si mamat kurang asam? Macam mana dia boleh ada kat sini. Kerana dial ah aku terpaksa buat i/c dank ad matrik yang lain. Dan sesedap perencah adabi je, dia panggil aku aira.Hanya si Eryn sahaja je yang boleh panggil nama tu. Sekejap-sekejap tak kan lah. Sah! memang abang sulung si Eryn no!” Dhia Maira bersoal jawab dalam hatinya.
“ Uh, tak sangka kau rupanya yang selama ni dicerita-cerita oleh Eryn ye. Memang aku tak sangka kau orangnya. Kalau akulah tahu, kau orang dari dulu lagi aku mintak Eryn tunjuk gambar kat aku.” Bentak Hafiy Ziqri kasar.
Dhia Maira hanya terlopong mendengar kemarahan dari lelaki kurang asam itu . Sepatah haram pun dia tak mengerti tanpa membantah. Tanpa disedari oleh mereka Eryna datang menyapa mereka berdua sambil tersengih.
“Macamana abang cantik kan?”
“ Cantik apa ke benda. Kalau hidup hanya memperalatkan orang tak gunanya cantik.” hina Hafiy Ziqri dengan muka yang bengis.
“ Hey, mamat kurang asam mulut kau tu tak de insuran ke? Sesuka hati kau je nak kutuk-kutuk aku. Aku tahu lah kau orang kaya. Tapi tak bermakna kau berhak menghina orang susah macam aku ni.” marah Dhia Maira dengan nada berteriak tanpa mempedulikan orang sekelilingnya itu
“Along kenapa ni? Along sudah lah tu, ni majlis kahwin angah.” Eryna cuba meredakan keadaan yang tegang itu. Dia sendiri tidak tahu punca bergaduh antara abangnya dengan kakak angkatnya itu. Tapi sayang nasihat dari adiknya itu tidak dipeduli oleh Hafiy Ziqri.
“ Betul apa aku cakap? Nak pinjam 15 ribu untuk pembedahan ayah kau konon. Padahal nak bayar hutang. Berapa banyak helah kau ni hah? Apa jenis perempuan kau ni. Memperalatkan adik aku semata-mata mahukan kemewahan. Kelakarkan .” hina Hafiy Ziqri lagi sambil tertawa sinis.
“Hey!!” jergah Dhia Maira dengan menahan marah.
“ Apa tak betul apa aku kata?” perli Hafiy Ziqri lagi.
“Abang Ziqri bukan itu hal sebenarnya.” Eryna cuba berterus terang.
“Terima kasih Eryn atas jemput ini. Dan terima kasih atas segala bantuan Eryn pada akak. Sampai hati eryn kan. Cerita semua hal peribadi akak pada mamat kurang asam yang biadap ni. Mulai ia sekarang kita putus hubungan. Jangan cuba hubungi akak lagi. Segala hutang kakak pada Eryn, akak akan bayar nanti.”ujar Dhia Maira berjela dengan nada sebak. Matanya masih memandang wajah Hafiy Ziqri kelihatan jelek memandang ke arahnya.
Tanpa menjamah sedikit pun makanan Dhia Maira meninggalkan majlis itu. Dia mengangkat gaunnya sedikit memudahkan untuk dia berlari. Dia malu diperlakukan begitu dihadapan tetamu yang hadir oleh seorang yang bernama si mamat kurang asam. Seumurnya hidupnya inilah kali pertama dilayan sebegitu rupa. Sebaik sahaja dia mahu melangkah keluar dari pagar rumah Villa itu dia mendengar Eryna memanggilnya. Eryna mengejarnya dari belakang dengan suara menangis . Dhia Maira hanya menoleh sekilas dengan titisan air mata yang mengalir laju di jubir matanya. Dia dapat melihat lelaki itu cuba menahan Eryna daripada mengejarnya. Dia tidak menyangka bila dia mahu berubah menjadi seorang yang baik dengan ikhlas dalam persahabatan dengan Eryna terpaksa berakhir dengan begitu sahaja.
“ Kenapa ni along?” tanya Hafiy Zaquan sebaik sahaja mendengar pergaduhan yang berpunca dari abang sulungnya.
“Along tak paham!! Kak Aira tak macam tu! Eryn berkawan dengan dia nak masuk 2 tahun along! Along tak boleh nak hukum kak Aira macam tu!!” teriak Eryna lalu masuk ke dalam rumah mereka meninggalkan kedua-dua orang abangnya.
“Hah! baguslah tu. Berkawan lagi dengan orang macm tu. Patutlah jadi macam tu.” Marah Hafiy Ziqri dengan menekan suaranya sedikit sebaik sahaja Eryna berlari masuk ke dalam rumah.
“Dahlah along, tak kan along tak kenal dengan Eryn tu, kalau dia dah sayang seseorang memanglah begini. Lagipun ni majlis kahwin angah masih berlangsung, tak elok lah nanti tetamu kata apa-apa pulak.” pujuk Hafiy Zaquan yang tak tahu akar umbi dari cerita sebenarnya.
“Haah, maafkan along .”Hafiy Ziqri hanya mengeluh halus.
Dia sendir tidak tahu apa yang terjadi dengan dirinya sebentar tadi. Dia begitu benci dengan sikap seseorang yang hanya mahu berkawan atas dasar kekayaan adiknya itu. Dia kenal sangat dengan sikap adik bongsunya itu. Bukan maksud dia mahu mengawal segala perilaku adiknya itu. Baginya Eryna terlalu baik tak hairanlah kesemua kawan-kawan adiknya itu suka pergunakan kekayaan adiknya itu.
Dah seminggu peristiwa itu berlaku. Dhia Maira telah mendapat pekerjaan baru di kedai runcit yang agak besar. Perasan rindunya pada Eryna tak dapat dia bayangkan namun bila teringatkan kata-kata lelaki kurang asam itu niatnya mahu menjawab semua panggilan dan mesej dari adiknya itu terkubur sahaja. Dia tidak menyangka bahawa lelaki kurang asam itu dengan Eryna adik-beradik rupanya. Tapi perangai mereka amat ketara.
“Adik sos tiram yang botol besar ada lagi tak?” tanya seorang pelanggan mematikan lamunan Dhia Maira.
“Hah? Oh cuba akak tengok kat situ, kalau tak de dah habis lah tuh.” jawab Dhia Maira cuba menyembunyikan perasaan resah dan pilu itu.
“Eryn rindunya nak jumpa dengan si genit tu, kalau dia ada pasti tak lekang tawa ku di mulut. Tapi kenapa aku tak cam lelaki kurang asam tuh hah?” soal dihatinya.
“Oh patutlah,setiap kali aku jumpa dia .Dia mengenakan kaca mata hitam . Tapi masa hari tu dia baju melayu dengan songkok hitam patutlah tak cam. Hensem jugak dia masa pakai baju melayu putih tu.” Dhia Maira cuba berangan.
“ Eh apa aku ni tak boleh-tak boleh mana boleh berjatuh cinta-cintu ni.utamakan keluarga Dhia Maira ingat tu.” Dia monolog lagi.
“Cik !”panggil seseorang.
“Tapi mamat kurang asam tu kaya kan, kalau kahwin dengan dia tentu-tentu aku dapat goyang kaki kat rumah he!he!he.” Dhia Maira masih berangan sampai dia tak mendengar panggilan itu.
“ Cik saya nak tanya kalau nak buat spageti kena guna bahan apa ya.”tanya si pelanggan yang baru memanggilnya tadi sambil memerhatikan rak yang tersusun sos rapi itu.
Dhia Maira tersedar. Dia memerhatikan lelaki itu seketika. Memang sudah dia menjangka lelaki yang berdiri dihadapanya sekarang sama dengan lelaki yang pernah menghinanya dulu. Dhia Maira tak menyahut apa-apa lantas dia berlalu dari situ dengan sengaja.
“Eh cik,cik saya tanya ni. Ni kali pertama saya nak masak untuk orang yang saya sayang dia suka makan spagetie, tapi saya tak tahu nak masak macam mana .” tanya Hafiy Ziqri dengan suara yang lembut mengekori Dhia Maira dari belakang.
“Cari sendirilah, tu pun nak menyusaahkan orang.”cemuh Dhia Maira.
Hafiy Ziqri terpanar seketika dia tidak menyangka dia akan dilayan sebegitu.
“Hello! cik tak sedar ke yang awak tu pekerja kat sini. Tugas awak layan pelanggan bukan main blah macam tu je.” Ujar Hafiy Ziqri sedikit tegas lalu memegang bahu Dhia Maira untuk menghadap mukanya.
Dhia Maira buat bodoh dengan kata-kata lelaki itu hampir tersungkur akibat tubuhnya dipalingkan oleh lelaki itu.
“Kau ke? Patutlah . Hmm tak sangka . Kalaulah sikap kau macam ni terus, semua majikan tak mahu ambik kau kerja tau tak. Bukan nak layan dengan elok tapi siap dengan muka masam lagi. Hairan aku macam mana tuan kedai ni terima kau eh.” kutuk Hafiy Ziqri lagi.
“Suka hati saya lah, yang awak menyibuk buat apa. Yang penting saya tak minta duit dengan adik awak dah.” Bidas Dhia Maira geram.
“Hah! akhirnya kau mengaku juga ye.” ujar Hafiy Ziqri berbaur sinis.
“Mengaku apa?” tanya Dhia Maira blur
“Yang selama ini kau selalu amik duit adik aku kan?” tuduh Hafiy Ziqri dengan senyuman sinis.
“Aa..awak ni kan memang kurang asam dan tak berhati perut tahu tak !”jergah Dhia Maira mengegarkan seluruh mini market itu.
“Ada apa ni Dhia?” tanya pemilik mini market itu yang dikenali sebagai Encik Hamdan lembut, dahinya berkerut melihat situasi itu.
Dhia Maira yang sedang menahan marahnya pada Hafiy Ziqri mengigil seluruh tubunhya itu terkejut tatkala ditegur oleh oleh encik Hamdan . Hafiy Ziqri hanya tersengih sinis padanya.
“Oh ya ,encik ni pemilik kedainya ya.Saya nak mengadu sikit, macam mana encik boleh ambik pekerja macam budak perempuan ni. Saya tanya tentang barang-barang kat sini boleh je dia suruh saya cari sendiri. Apa kes ni? Dia ke saya yang jadi pelanggan ni .” adu Hafiy Ziqri sambil matanya masih menatap muka Dhia Maira yang kelihatan lucu dihatinya ketika menahan marah itu.
“Maaf ye encik. Saya janji hal ini tak mungkin berulang lagi. Dhia apa yang awak lakukan ni, awak perlu ingat peraturan dalam perniagaan Custermors Always Right.” Tegur encik Hmadan sedikit tegas.
“Tapi encik Hamdan kalau dengan lelaki ni ,tak boleh nak ikut juga peraturan tu . Dia terlalu bongkak dengan kekayaan yang dia miliki.” ujar Dhia Maira kasar.
“Dhia!! cukup saya nak awak minta maaf dengan encik ini sekarang juga .”tegur Encik Hamdan lagi kali ini dia betul-betul marah dengan sikap biadap pekerjanya itu.
“Tak mungkin? saya takkan mintak maaf dengan lelaki macam dia ni encik Hamdan, saya rela diberhentikan kerja daripada maruah saya dipijak pijak,” teking Dhia Maira dengan mata tajam memandang Hafiy Ziqri yang menyilangkan kedua tanganya dengan muka tanpa riak sebarang sedikit pun.
“Dhia.. saya tak kira juga sekarang awak masih pekerja saya , saya nak awak minta maaf dengan encik ini sekarang.”
“Tak!” hanya sepatah sahaja Dhia Maira menjawab. Bagi nya cukuplah sekali sahaja maruahnya dipijak-pijak. Dan tak mungkin untuk minta maaf dengan lelaki ini, tak de istilah minta maaf , minta ampun untuk lelaki yang berada dihadapan ini sama sekali tak akan, noktah. Kerana tak tahan dengan desakkan encik Hamdan asyik menyuruhnya mintak maaf dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ.
“Dhia!Dhia kembali ke sini.” panggil encik hamdan dengan suara agak kuat kedengaran bunyinya.
“ Maaf encik Hamdan!! saya berhenti sekarang .”laung Dhia Maira dari jauh.
“Degil” itulah perkataan yang terpancul keluar dari mulut Hafiy Ziqri tetapi hanya kedengaran olehnya sahaja.
********
“Adik boleh along masuk?” Hafiy Ziqri meminta izin selepas beberapa kali mengetuk pintu bilik adiknya itu sambil membawa dulang yang berisi spagethi keju dan segelas jus lemon.
“ Ada apa?” tanya Eryna sebaik sahaja membuka pintu biliknya. Dia hanya menjengul kepala di balik pintu.
“Bagi along masuklah ,along rindu nak dengar gelak tawa Eryn. Masa abang di Melbourne adik selalu bercerita dengan along tapi sekarang bila along dah mula menetap di Malaysia adik tak nak layan along langsung ya. Kalau macam tu along nak balik Melbourne balik lah. Boleh berbual-bual dengan adik selalu.” luah Hafiy Ziqri sedikit sebak. Dia sangat menyayangi adik-adiknya tambah pula pada si Eryna. Sejak kematian kedua orang tuanya dialah yang menjadi ibu dan ayah kepada Hafiy Zaquan dan Hafiya Eryna. Namun setelah dia mendapat tawaran belajr di Austarial tugas itu digalas oleh nenek dan datuknya.
Eryna menangis mendengarnya luahan abang sulungnya itu dia membuka pintunya seluas mungkin . Hafiy Ziqri melangkah masuk sambil dia tersenyum . Dia mengucup dahi adik kesayanganya itu sebaik sahaja meletakkan dulang itu di meja solek Eryna.
“ Along buat sendiri ke ni?” Tanya Eryna sambil menyuap spagethi ke dalam mulutnya tanpa mempedulikan abangnya disebelah.
Hafiy Ziqri hanya menganggukkan kepala dan tersenyum.
“Eryn.. boleh along cakap sikit tentang kakak angkat Eryn tu?” Hafiy Ziqri tiba-tiba bersuara memecahkan kesepian dalam bilik itu. Eryna mengalih pandangannya ke arah Hafiy Ziqri dengan muka berkerut.
“ Maaf ya, secara jujur abang memang tak suka adik berkawan dengan dia lagi .” ujar Hafiy Ziqri lembut sambil menatap adiknya.
Eryna menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia membantah kata-kata abangnya itu. Dia menceritakan semuanya penderitaan yang di tanggung oleh Dhia Maira sebenarnya . Hati kecil Hafiy Ziqri sayu bila mendengar cerita yang disampaikan oleh adik kesayangannya itu,dia simpati kepada gadis yang bernama Dhia Maira itu tapi disebabkan marahnya pada sikap biadap Dhia Maira padanya. Dia menolak ketepi perasaan itu. Eryna memintanya untuk bagi kepercayaan kepada akak angkat kesayangannya untuk kali terakhir. Dia hanya mengangguk sahaja. Dia tak mahu mengecewakan adik kesayangan itu lagi.
“Pasal pinjam duit dengan along tu, adik reka cerita je, kak Aira langsung tak tahu adik minta maaf abang.” keluh Eryna rasa bersalah sangat.
Adik dah berapa kali try call dia tapi tak pernah nak angkat, kalaulah adik dapat jumpa kak aira. Adik nak minta maaf sangat.” sambungnya lagi menatap muka abangnya yang sudah ada sedikit kumis di dagu sedalamnya.
“Tadi along ada jumpa dia kat kedai runcit ,dia kerja disana.” Hafiy Ziqri bersuara sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa? Alhamduillah bolehlah along bawak Eryn ke sana esok ya.”minta Eryna sambil meraup mukanya tanda bersyukur.
“Err .. tapi dia dah berhenti kerja.” ujar Hafiy Ziqri tergagap-gagap.
“ Mesti gara-gara along kan. Abang mesti dapatkan pekerjaan untuk kak Aira secepat mungkin ,kalau tak mesti dia sedih macam mana nak bantu keluarga di kat kampung tu. Apa kata along ambil kak Aira bekerja kat syarikat along, lagipun syarikat abang perlukan pekerjakan. Ni lah, masanya untuk abang tengok kejujuran Kak Aira.pinta Eryna tiba-tiba.
Hafiy Ziqri diam dan berfikir sejenak. Akhirnya dia bersetuju untuk mengambil Dhia Maira bekerja di syarikatnya dan mahu melihat sejauhmana sikap gadis itu adakah betul seperti Eryna sangkaan itu.
“Baiklah, along akan ikhtiarkan. Tapi tak bermakna along akan benarkan Eryn berkawan dengan dia selagi along tak uji dia.” kata Hafiy Ziqri sambil menyilangkan kedua tangannya lalu berlalu meninggalkan Eryna yang sedang menghirup jus lemon buatanya itu.
“Along ni.. okeylah. Janji tahu bagi peluang pada kak Aira ye.” laung Eryna sebaik sahaja kelibat alongnya itu hilang disebalik pintu kamarnya .
********************
Keesokkannya Hafiy Ziqri meminta Eryna menemaninya ke majlis makan malam. Pada mulanya Eryna membebel kerana tak mahu menenaminya . Selepas dia mengungkit perjanjian antara merekan pasal Dhia Maira.Eryna terus bersetuju. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah mereka singgah di stesen minyak. sebaik sahaja dia memarking kereta . eryna meminta izin untuk ke tandas sementara menunggunya mengisi minyak. Hafiy Ziqri berjalan menuju ke kaunter pembayaran . Dia kaget kerana salah seorang pekerja perempuan di kaunter itu meluru berlari keluar secara tiba-tiba. Semasa menghulurkan wang kepada pekerja disitu sempat lagi dia bertanya.
“Kenapa tu? Macam nampak hantu je. Nombor 5 ya .”
“Hah!oo biasalah sembelit datang.” Bagitahu salah seorang pekerja perempuan itu sambil tersengih.
“Ishh.. dalam banyak-banyak stesen minyak, kenapalah stesen ni juga dia nak datang. Malang betul hidup aku kalau terserempak dengan dia. Rezeki aku mesti hilang terus kalau asyik berjumpa dengan lelaki kurang asam itu.” bebel Dhia Maira sebal.
Tiba-tiba bahunya terasa disentuh seseorang lantas dia berpaling.
Eryn!! Dhia Maira kaget.
“Kak Aira.” panggil Eryna lalu memeluk maira kemas dengan air mata mencurah turun.
“ Eryn kak minta maaf. akak..” kata-kata Dhia Maira terhenti di situ.
“ Tak Eryn yang sepatutunya minta maaf. Eryn rindu sangat kat akak ,kenapa akak tak jawab panggilan Eryn? Akak marah lagi ke? Duga Eryna.
Jangan bagitahu abang Eryn yang Eryn jumpa akak kat sini ya.” pinta Dhia Maira sambil mengangkat jari kelingkirnya sebagai tanda janji.
“Hmm Eryn janji”. Eryna menyambut jari kelingkir lalu mengoyang jari mereka sambil tersenyum bahagia sebelum mereka berpisah.

Dhia Maira memerhatikan alamat syarikat yang diberikan Eryna kepadanya. Menurut Eryna sebuah syarikat milik kawan papanya memerlukan pekerja jadi Eryna menawarkan pekerjaan itu kepadanya dan Eryna berjanji mahu menemaninya. Tiba-tiba pagi tadi dia mendapat panggilan dari Eryna bahawa dia tidak dapat menemaninya kerana ada kuliah. Terpaksalah Dhia Maira keseorangan mencari alamat syarikat di bandar shah alam itu. Tiba di syarikat itu dia melangkah penuh dengan debaran dihati tapi tidak seperti yang disangka olehnya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk dia disambut mesra oleh semua pekerja disitu. Dhia Maira dapat rasakan satu keanehan. Dhia diarah untuk masuk ke sebuah bilik untuk di interview.
“Hmm cik Dhia Maira ke?” tanya salah seorang pekerja di syarikat itu sebaik sahaja masuk ke bilik itu. “Sila tanda tangani kontrak ni ya.” Pinta pekerja lelaki itu tampak bergaya dengan kot hitam.
“Hah! kontrak? kerja sambilan pun kena isi dokumen perjanjian juga ya encik.” tanya maira blur . Belum di interview lagi terus kena sign contract.
“Ha!ha!ha..” pekerja itu tergelak sekejap lalu menjawab pertanyaan Dhia Maira itu.
“ Biasalah ini kan syarikat pengiklanan swasta . Takut awak lari masa kerja bolehlah syarikat kami minta pampasan dari pihak awak.” Kata pekerja itu lagi.
“Ooo , macam tu eh .”ucap Dhia Maira dengan mulut berbentuk o sambil menandatangani dokumen itu tanda membaca sedikit pun syarat-syarat perjanjian itu. Dan dia tak sedar yang dia dipermainkan.
“Ok. kalau dah siap sila ikut saya ke ruang pengerusi syarikat ini.”
“Aik saya diterima terus ke ni?” tanya Dhia Maira sedikit teruja lalu tersenyum gembira.
Lelaki itu hanya tersenyum dan memberi ruang kepada Dhia Maira untuk keluar dahulu dari bilik itu. Sampai dihadapan pintu sebuah bilik yang tertulis CEO HAFIY ZIQRI.lelaki itu mengetuk sedkit kuat pintu itu. Setelah terdengar suara orang mengarahnya masuk dari dalam lelaki itu mengarahnya untuk masuk kedalam. Dhia Maira membuka pintu bilik itu perlahan. Gugup dirasakannya.
“Sila duduk cik Dhia Maira.” arah pemilik syarikat yang membelakanginya.
“Terima kasih.” ucap Dhia Maira sambil terjenguk-jenguk mahu melihat empunya diri.
“Sebulan awak akan dibayar gaji sebanyak 2000 tak termasuk elaun lagi.” Tiba-tiba lelaki dihadapanya bersuara setelah seketika menyepi.
“ Err.. maaf encik saya tak salah dengar ke? Mana ada kerja part time dibayar begitu banyak. Lainlah kalau buat kerja yang tak senonoh. Maaf encik saya tak mahu kerja ni.” Marah Dhia Maira dan tergesa-gesa bangkit dari duduknya.
“Nanti dulu cik Dhia Maira!”
Akhirnya Hafiy Ziqri memalingkan tubuhnya mengadap Dhia Maira dan mendonggak sedikit untuk menatap wajah Dhia Maira yang tengah marah. Terbeliak mata Dhia Maira bila terpandang orang dihadapannya itu.
“Engkau!! aku tak nak bekerja kat sini, aku tak nak jadi pelacur!” jerit Dhia Maira dengan menunding lurus jari telunjuknya ke arah Hafiy Ziqri.
“Ha!ha!ha meletus tawa Hafiy Ziqri. “Aira,Aira .Kenapa lurus betul lah awak ni. Awak ingat syarikat saya ni menjual orang ke? Aduss .”keluh Hafiy Ziqri sambil mengaru kepalanya yang tak gatal.” Nak kata bengap pelajar U hmm” sambungnya lagi sambil memerli Dhia Maira
“Saya tahulah syarikat ni syarikat pengiklanan ,mana tahu awak kan tak suka saya. Jadi awak nak jual saya lah.” Tuduh Dhia Maira dengan memek muka benci.
“Kalau saya jual awak ada ke orang nak langgan.” sengaja Hafiy Ziqri mahu menambahkan sakit hati gadis dihadapannya itu.
“ Ee awak ni kan. Dah lah saya cancel tak mahu kerja sini.” bentak Dhia Maira.
“Hmm sorry ye cik Dhia Maira, awak tak boleh berhenti sesuka hati awak.” Ujar Hafiy Ziqri lembut sambil tersenyum.
“Tak kira, saya tak mahu kerja kat sini tambah-tambah majikannya awak .”tempelak Dhia Maira penuh benci.
“Ish..ish sebelum awak tandatangani kontrak itu .ada awak baca syarat-syaratnya tak?” Dan satu lagi kalau tak silap saya dekat akhir itu ada tanda tangan saya sekali awak ada baca tak?” soal Hafiy Ziqri berbaur sinis.
Bekerut dahi Dhia Maira memikirkan peristiwa ketika mana dia mula menurun menanda tangani kontrak itu. “ya Allah aku langsung tak baca isi kandungan dokumen itu. main hentam saja. pikir asalkan dapat kerja sudah. Kalau aku baca pun manalah aku tahu nama dia Hafiy Ziqri bin Hj Hafiy Hussin. Kalau aku tahu dah lama aku blah sebelum tanda tangan. Ee mesti Eryn punya kerja. Erynnn .”gumam Dhai Maira dalam hati.
“Ok ,mulai detik ini awak akan bekerja part time disyarikat saya sebagai gadis tea ya. Selama 10 tahun.” ujar Hafiy Ziqri bersahaja sambil menonggak dagu dengan tangannya sambil menatap Dhia Maira dihadapannya.
Terlopong Dhia Maira mendengarnya.“Gila mati aku kali ni..”
Seminggu Dhia Maira bekerja part time di Syarikat milik Hafiy Ziqri. Setiap pagi sebelum ke kuliah dia disuruh menyediakan tea kepada semua pekerja yang berada disitu. Hari minggu pula dia diberi tugas untuk membersihkan semua bilik pegawai atasan. Berbaloilah gaji yang dia dapat dengan tugasan yang diberikan oleh Hafiy Ziqri itu fikirnya. Minggu itu Dhia Maira kesorangan di syarikat untuk membersihkan semua bilik pegawai atasan. Tiba di hadapan ruang bilik Hafiy Ziqri , Dhia Maira berhenti dihadapan pintu itu. Lama dia merenung nama yang tertera di pintu itu.
“ Lelaki kurang asam” kalimah itu tiba-tiba meniti dibibir mulutnya.
Dia terkejut besar apabila bahu disentuh oleh tangan seseorang secara spontan dia berpaling kebelakang lalu memukulnya dengan penyapu bulu ayam yang memang sedia ada ditanganya.
“ Amek kau. Nak mencurilah ni!” pukul Dhia Maira sekuat hatinya dengan mata terpejam.
“Adus .. adus sakitlah Dhia Maira! Hafiy Ziqri mengaduh kesakitan. Niat dia baik mahu menegur Dhia Maira tapi dibalas dengan pukulan.
“ Er maaf .”ujar Maira sebaik sahaja membuka matanya . Terkejut bila terlihat orang dihadapannya dengan segera dia melepaskan bulu ayam dari tangannya.
“ Ish awak ni pun nak pukul tengok kiri kanan dulu. Awak ingat pencuri ke? Tak guna saya bayar gaji pegawai keselamatan kalau pencuri boleh pecah masuk.” perli Hafiy Ziqri.
Dhia Maira hanya membatukan diri. Dihatinya dia berdoa agar majikannya itu tidak akan memecatnya. Sedang Hafiy Ziqri memberi ceramah free kepadanya tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dia menatap skrin telepon panggilan dari ibunya di kampung segera dia menyambutnya. Hafiy Ziqri berhenti membebel berkerut dahinya sampai tercantum kedua belah keningnya bila melihat Dhia Maira tiba-tiba menangis tatkala menjawab panggilan itu.
“Kenapa Maira?”
Dhia Maira menamatkan panggilan itu , dia tidak menyahut pertanyaan dari Hafiy Ziqri dengan air mata yang mencurah turun ke pipinya dia menatap mata Hafiy Ziqri
“Kenapa ?”tanya Hafiy Ziqri sekali lagi. Tanpa disangkanya Dhia Maira melutut dihadapannya.
“Encik tolong saya encik. aa..ayah saya di masuk wad dia perlu dibedah segera. Saya..saya janji saya akan buat apa sahaja yang tuan suruh buat. Asalkan ayah saya selamat.” Bersungguh Dhia Maira merayu.
“ Apa maksud awak ni Maira. Jangan nak bergurau dengan saya lagi. Saya tak tertipu lagi kali ni.” tempelak Hafiy Ziqri tersenyum sinis.
“ Ayah .. ayah saya perlu dibedah. Kami perlukan wang sebanyak 10000 ribu untuk pembedahana itu. Tolonglah Encik Hafiy saya merayu sangat. Kalau encik tak percaya encik boleh ikut saya ke hospital.” rayu Dhia Maira sambil menagih simpati majikannya itu.
Akhirnya Hafiy Ziqri bersetuju untuk ke kampung Dhia Maira yang terletak di Johor untuk memastikan berita yang disampaikan oleh Dhia Maira benar-benar shahih .Di dalam kereta sekejap-sekejap Dia mengalih pamdanganya pada Dhia Maira yang tak bertah duduknya, asyik membuat panggilan untuk bertanyakan khabar ayahnya itu. Terdetik dihatinya bahwa Dhia Maira tidak menipunya kali ini.
Khayalannya terbantut bila dia terdengar Dhia Maira mengesak menangis. Dia kerling pandangannya ke arah Dhia Maira yang sedang bercakap dengan seseorang. Dia memberhentikan keretanya dipinggir jalan untuk menghormati Dhia Maira. Dhia Maira yang sedang bercakap dengan adiknya memandang ke arahnya lantas menguntum senyuman kepadanya. Perasan aneh melanda dirinya tiba-tiba.
“ Ye adik, nanti along akan jemput adik..ya along janji .Sampai je kat kampong along akan jemput Raisha . Lepas tu kita pergi lawat ayah ya.”
“ Kenapa Encik Hafiy berhenti?” soal Dhia Maira sebaik dia menamatkan panggilannya itu.
“Kita nak kemana sebenarnya ni?”soal Hafiy Ziqri kembali tanpa menjawab pertanyaan gadis disebelahnya itu.
“ Hmm.. ke asrama Puteri Bukit Buntar, amik adik saya lepas tu kita ke hospital ya .” pinta Dhia Maira dengan matanya sudah merah akibat menangis.
“ Ok! saya dah message Eryn dia dalam perjalanan ke hospital.” ujar Hafiy Ziqri cuba memujuk Maira.
“Terima kasih Encik Hafiy”
Hafiy Ziqri terpaku seketika, dia dapat rasakan satu debaran hebat didadanya sekali lagi. Cepat-cepat dia menepisnya. Dia membuat isyarat mahu masuk ke jalan raya tapi sempat dia mengerling wajah Dhia Maira seketika yang kelihatan moyok itu.
Sampai disana Dhia Maira segera mendapatkan ibu dan adik-adikya yang lain.
“ Mak.. ayah macam mana?”
“ Ayah masih di dalam . Doktor tak boleh nak buat pembedahan , selagi kita tak sedia kan wang. Macam mana ni akak. Mana kita nak dapat wang sebanyak itu dalam masa sekarang ni.” ujar Puan Saleha sebak sambil memeluk anak bongsunya Dhia Raisha yang datang bersama dengan Dhia Maira itu.
“Tak pe mak cik saya akan tanggung semuanya.” Hafiy Ziqri bersuara tiba-tiba menawarkan dirinya untuk menanggung segala kos pembedahan ayah Dhia Maira. Dhia Maira memandang majikanya itu lalu menguntum senyuman nipis matanya masih berair dengan tangisan.
Sudah setengah jam pembedahan dijalankan. Kesemua adik-beradik Dhia Maira seramai empat orang semuanya berkumpul masing-masing menangis teresak-esak. Hafiy Ziqri memerhati Dhia Maira tak putus-putus untuk memujuk adik-adiknya.
“ Akak, Dania nak berhenti sekolah dania nak kerja bantu akak.” kata adik keduanya dengan suara masih lagi menangis.
“ Danish pun akak.” kata adik lelakinya pula
“ Iman pun sama. Tak guna kalau Iman belajar tapi ayah dah tak de.” luah adiknya lalu memeluk Dhia Maira.
Dhai Maira hanya mengeluh kecil dia mengusap lembut belakang adiknya itu. Dia menghembus nafasnya dia bersuara.
“Tak! akak tak akan benar adik-adik akak berhenti belajar, walau apa-apa pun terjadi. Akak janji ,akak akan pastikan adik-adik akak berjaya jangan jadi macam akak.”pujuk Dhia Maira.
“Akak Raisha janji akan belajar bersungguh , Raisha nak jadi doktor boleh bantu keluarga dan ayah.” Dhia Raisha yang berdiam diri dari tadi bersuara.
Dia melepaskan pelukkan dari ibu mereka menuju kearah Dhia Maira lantas memeluk kakak sulung itu seeratnya. Diikuti oleh Dhia Dania,Danish Fahmi. Hafiy Ziqri memandang sayu. Dihatinya dia sendiri mahu memeluk Dhia Maira untuk memberi sedikit kekuatan yang ada pada dirinya itu kepada gadis setabah Dhia Maira. Keadaan sedih itu dikejutkan kedatangan Eryna yang termengah-mengah untuk mendapatkan mereka semua. Eryna segera memeluk Dhia Maira seketika.
“ Mak Cik sabarlah ye .”pujuk Eryna setelah mendapatkan ibu Dhia Maira.
Dhia Maira meminta izin untuk ke kantin mahu membeli makanan untuk mereka semua. Dia tahu mak mahupun adik-adiknya masih belum makan lagi. Langkahnya diekori oleh Hafiy Ziqri dari belakang.
“Maira Kita duduk kat bangku sana sekejap.”
Dhia Maira hanya mengangguk.
“Maira.. saya dah faham. Kenapa awak mahu peralatkan orang kaya untuk kepentingan diri awak , sebabnya awak mahu bantu keluarga awak kan? Tapi saya tak suka cara awak begitu. Tak berkat hidup kalau awak macam ni.” Hafiy Ziqri bersuara sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dhia Maira.
Maira tersenyum . “Apa yang Encik Hafiy cakapkan ni saya tak faham?”
“Tak sebenarnya selepas kejadian dekat majlis perkahwinan adik lelaki saya hari tu, Saya ada upah seseorang untuk menyiasat latar belakang awak. Kebanyakkan laporan yang saya terima terbuti awak seorang yang suka menipu. Mangsa awak terdiri dari orang yang kaya raya.Tak kira lelaki perempuan awak akan ambik kesempatan keatas mereka dengan mereka cerita sedih awak tu.” Hafiy Ziqri membuka ceritanya sambil memandang wajah Dhia Maira yang berkerut melihatnya.
“oo .. detektif Encik Hafiy ada tak siasat kenapa saya boleh jadi macam ni?” tanya Dhia Maira dengan memek muka memerli.
“Hah?” Hafiy Ziqri terkejut.
“Macam ni lah Encik Hafiy. Apa yang Encik Hafiy cakap tu betul saya tak nafikannya. Memang saya ambik kesempatan dengan menjaja cerita keluarga saya. Masa tu saya bodoh sangat sebab tak dapat terima hakikat yang keluarga kami akan jatuh bankrupt.” Dhia Maira mengeluh kecil cuba untuk mengingati kembali memori sedihnya dahulu.
“ Bankrupt? maksud awak? “tanya Hafiy Ziqri tak sabar untuk mendengar selanjutnya.
“Dulu keluarga saya boleh dikatakan berharta jugalah , kami sekeluarga tinggal dirumah yang agak mewah kat Kuala Lumpur. Boleh joli sana sini, tapi selepas ayah saya dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri .Keluarga kami jadi papa secara tiba-tiba. Ayah tak dapat menerimanya , setahun ayah menyepi dari kami. Mak mengambi keputusan untuk balik ke kampungnya di sini, mak mencari bekerja bagi menyara kami 5 beradik.” cerita Dhia Maira berjeda seketika sebelum menyambungnya kembali. Pandanganya dilontarkan pada sebuah taman yang berhadapan dengan tempat mereka duduk.
“ Kami yang pernah bersekolah elit, terpaksa tukar ke sekolah kampung. Kami adik beradik tak dapat menerimanya. Yang menyedihkan sangat, keluarga kami dihina oleh saudara-mara. Ayah dituduh makan rasuah.Padahal kawan baiknya yang ambik semua itu.” sempat lagi Dhia Maira melepaskan geramnya.Benci dengan sikap kawan baik ayahnya itu.
“Saya tak dapat terima hidup bagai merempat di Negara sendiri.” Saya buat keputusan mahu peralatankan semua orang kaya tak kira sesiapa yang penting berharta. Lepas tu ayah mula sedar tanggung jawab dia, dia bangkit semula dari hidupnya dia bekerja sebagai drebar teksi.” Dhia Maira mengalihkan pandangnya pada Hafiy Ziqri disebelahnya yang khusyuk mendengar ceritanya. Seketika kemudian dia menyambungnya lagi.
“Ayah menyedari sikap jahat saya tu. Dia nasihatkan saya supaya berhenti , katanya tak guna kita balas dendam terhadap orang lain. Selepas berkenalan dengan Eryna saya mula sedar. Eryna seorang gadis yang betul-betul tulus berkawan dengan saya, walhal dia dah tahu saya ni tak berharta, tapi dia tetap mahu menganggap saya sebagai kakaknya. Niat saya untuk balas dendam terhenti disitu. Saya berterima kasih dengan Eryna sebab sudi jadi sahabat saya. Eryna tak pernah tahu yang saya pernah hidup mewah dahulu. Dia kenal saya masa saya sudah miskin, tolong rahsiakan hal ini kepada Eryn ya Encik Hafiy.” Pinta Dhia Maira sebaik sahaja menamatkan sejarah silamnya itu.
“ Dah lewat ni mesti mereka terasa lapar sekarang . jom Encik Hafiy.” ajak Dhia Maira lalu bangkit sambil menyapu habuk di punggungnya. Hafiy Ziqri hanya mengangguk dan mengekorinya dari belakang. Di dalam hatinya dimemuji sikap Dhia Maira yang tabah itu.
Sebaik saja Dhia Maira dan Hafiy Ziqri melangkah kearah bilik pembedahan itu. Adiknya Dhia Dania memberitahu yang ayah mereka sudah sedar. Ayahnya sudah dipindahkan ke wad Icu kerana keadaannya masih tak stabil. Dhia Dania memberitahunya lagi ayah mereka mahu berjumpa dengannya dan juga Hafiy Ziqri. Dhia Maira menyerahkan makanan dan minuman itu kepada adiknya itu. Dia mengajak Hafiy Ziqri agar masuk bersama dengannya. tapi Hafiy Ziqri meminta izin mahu ke tandas sebentar.
“ Pergilah Maira , ayah nak jumpa kamu sangat. Mak dan adik-adik dah jumpa dah. Nanti Encik Hafiy datang ibu akan suruh dia masuk nanti.” pinta Puan Saleha kelihatan letih dan matanya lebam akibat tak cukup tidur.
Dengan memakai pakaian yang dikhaskan oleh pihak hospital . Dhia Maira masuk ke bilik Icu itu. Dia melangkah longlai untuk mendapatkan ayahnya yang lemah dan tak bermaya itu. Dia melihat ayahnya tersenyum lemah.
“ Ayah .” sapa Dhia Maira sebak.
“ Akak , ayah nak minta maaf dengan akak. Disebabkan ayah, akak terpaksa berkorban. Kalau tak mesti akak dah ada kelurga dah sekarang ni kan.” ujar ayahnya sebaik sahaja membuka kelopak matanya. Tiba-tiba dia menitiskan air mata bila melihat wajah anak sulung itu semakin kurus.
“ Ayah, kenapa cakap macam tu ?” ucap Dhia Maira lalu menyekat air mata ayahnya .
“ Akak , sekarang umur akak dah 26 tahun. Orang sebaya dengan akak dah lama tamat belajar dah bekerja pun malah dah ada keluarga sendiri.” nasihat Encik Darius ayahnya.
“ Ayah dengar sini ya. Selagi adik-adik tak berjaya akak tak akan kahwin. Lagipun akak tak kesah kalau akak tak kahwin. Sekarang ni akak nak ayah cepat sembuh , ok .” tutur Dhai Maira lembut dan tersenyum manis.
“ Hmm mana orang yang tolong ayah? mak cakap orangnya bagus. Dia kekasih akak ke? kalau ya elok sangatlah, sebab kalau boleh ayah nak tengok akak kahwin sebelum ayah menutup mata.” ucap Encik Darius lemah.
“Ayah ….” panggil Dhia Maira lalu memuncungkan mulutnya. Dia tidak gemar bila soal kahwin dibangkitkan.
Hafiy Ziqri kebetulan mahu masuk ke bilik itu terhenti sebentar . Dia mendengar setiap butiran percakapan antara Dhia Maira dengan ayahnya. Hati kecilnya tiba-tiba menjadi sayu dan tersentuh . Tak lama kemudian dia melangkah masuk dengan memberi salam.
“Assalamuaikum. Dah baik sikit ke pak cik.” tanya Hafiy Ziqri sambil menghulurkan tanganya kepada Encik Darius untuk bersalam.
“ Waalaikumussalam. Alhamduillah .” Encik Darius menyambut salam itu.
“Ni ke akak? hmm jauh berbeza dengan akak. Kat mana akak cari. Bila lagi nak masuk meminang Maira ini. Dah lama pak cik tunggu.” Walaupun masih lagi lemah Encik Darius bertalu-talu menanyakan soalan pada Hafiy Ziqri.
“ Hah !apa ayah cakap ini? Ayah dah salah anggap ni. Dia bos kakak lah.” Dhia Maira cuba membetulkan keadaan.
“ Kalau ayah nak tahu . Dia sebenarnya seorang bos yang kurang asam jawa. Sangat berkira walaupun dah kaya. Baik ni ada makna. Hipokrit semuanya ni .” Dhia Maira mampu mengutuk lelaki yang berada disebelahnya ini didalam hatinya sahaja.
“ Insya-Allah pak cik. Selepas pak cik keluar wad saya akan hantar rombong meminang anak kesayangan pak cik ni.” kata Hafiy Ziqri sambil tersenyum melirik pada Dhia Maira yang ternyata terkejut dengan ucapannya sebentar tadi. Dhia Maira begitu geram dengan sikap selamba Hafiy Ziqri yang memberi harapan kepada ayahnya.
Selepas meminta izin dengan ayahnya untuk keluar. Dhia Maira member isyarat agar Hafiy Ziqri mengekorinya .Di sudut yang berhampiran dengan tandas.
“ Apa yang Encik Hafiy cakap ni?” soal Dhia Maira sebaik sahaja mereka berada jauh sedikit dari keluarganya.
“ Tunaikan amanah ayah awak. Lagipun tak baik kalau kita tak tunaikan amanah orang yang berwasiat kat kita tambah-tambah kita yang mendengarnya lagilah kita wajib tunaikan.” jawab Hafiy Ziqri berlagak selamba.
“ Encik dengar juga ke? Heello! Encik Hafiy lagipun ayah saya bukan nak mati sekarang.” marah Dhia Maira.
“Bukan dengar tapi terdengar. Memanglah tapi ajal maut kita tak tahu kan? Lagipun awak banyak berhutang dengan saya.Apa macam setuju tak?” soal Hafiy Ziqri tersengih-sengih bila melihat Dhia Maira yang masih marah dengannya itu.
“Tak nak!” jawab Dhia Maira pendek dan berlalu pergi .
“ Beginilah Maira! Kalau awak setuju kahwin dengan saya . Segala hutang awak pada saya hilang..” Macam mana?” Hafiy Ziqri menekan sedikit nada suaranya bila melihat Dhia Maira pergi meninggalkannya.
Langkah Dhia Maira terhenti serta- merta bila terdengar ucapan dari Hafiy Ziqri .
“Maksud Encik, kalau saya sudi kahwin dengan Encik . Segala hutang piutang saya dikira terbatal secara automatik ke?” soal Dhia Maira dengan mata bersinar-sinar.
Hafiy Ziqri hanya mengangguk. Dia sendiri pelik entah apa yang merasuk dirinya untuk menyuarakan hasrat hati untuk menyunting Dhia Maira itu. Sedangkan dia sendiri belum pasti lagi Dhia Maira akan bahagia dengannya. Tapi dia memang yakin dihatinya sudah ada cinta buat gadis itu.
“Kalau macam tu saya setujulah. Syukur pada Mu ya Allah semua hutang ku selesai .” ucap Dhia Maira sambil menadah tanganya.
“Tapi boleh ke sebuah perkahwinan itu terjadi ,sekiranya saya tak de perasaan cintakan Encik Hafiy?” sambung Dhia Maira lagi dengan nada pelik.
“ Kita belajarlah memupuknya mulai sekarang .” kata Hafiy Ziqri perlahan sambil tersenyum dan sempat lagi dia mengenyit mata kirinya lalu beredar dari situ.
“Boleh ke macam tu. Nanti kalau kita nikah ,Encik Hafiy jangan paksa saya buat macam-macam tahu.” laung Dhia Maira yang membontotiya dari belakang.
Seminggu kemudian Encik Darius dibenarkan keluar dari hospital . Seperti yang dijanjikan pada hujung minggu itu Hafiy Ziqri menghantar rombongan perminangan ke rumah Dhia Maira. Majlis pertunangan dan majlis akad nikah mereka diadakan pada hari yang sama . Segala persiapan majlis itu ditanggung oleh Hafiy Ziqri berkonsepkan ala kampung atas permintaan Encik Darius .Dia tak mahukan majlis yang mewah-mewah kecuali majlis bagi pihak sebelah lelaki.
Hafiy Ziqri masuk ke kamar pengantin baik sahaja hampir kesemua tetamu beransur pulang. Masa dia mahu membuka butang baju melayunya dia terlihat melihat isteri yang baru dinikahinya jam selepas zohor petang tadi nampak tergesa-gesa dengan menyelising lengan baju pengantin yang masih lengkap dipakainya tadi.
“Awak nak ke mana? Tergesa-gesa sahaja abang tengok.” soal Hafiy Ziqri kehairanan.
“Nak tolong mak, Eryn dan adik-adik lah, banyak pinggan mangkuk dan periuk belanga kat belakang tu yang tak terbasuh .” jawab Dhia Maira yang sudah memegang tombol pintu bilik kamarnya untuk keluar.
“No!” Hafiy Ziqri menarik Dhia Maira kepangkuan pelukannya.
“You must stay here. Now You are my wife. Remember Dhia Maira. Jadi sekarang tugas awak hanya untuk saya sahaja. faham.” tutur Hafiy Ziqri dengan nada menggoda lalu mengeratkan lagi pelukannya.
“Opss !!” Dhia Maira menutup mulutnya.
“Terlupa yang Encik Hafiy Ziqri sudah jadi sua…
“Tak de Encik-Encik lagi. Abang ya ! Abang! Dengar sini. Secara rasminya Dhia Maira sudah menjadi hak milik terpelihara Hafiy Ziqri.” ujar Hafiy Ziqri lalu mengucup bibir Dhia Maira.
Dhia Maira secara spontan menolok Hafiy Ziqri.
“Saya tak sedia lagi en.. abang.. hati saya masih belum terbuka lagi untuk…” ujar Dhia Maira tersasul.
Belum sempat Dhia Maira menghabiskan katanya sekali lagi bibirnya menjadi mangsa kucupan Hafiy Ziqri.
“ Mulai detik ini Dhia Maira perlu belajar mencintai suaminya iaitu saya Hafiy Ziqri .Tak De kompromi lagi selepas ini. Dan Hafiy Ziqri akan mengajar cara Dhia Maira untuk memikat hati suaminya macam mana, ya sayang .” Hafiy Ziqri mengakhirkan katanya sambil memandang anak mata isterinya itu. Mendalam sampai ke lubuk hati Dhia Maira.
“ Hmm terima kasih abang. Maira bersyukur pada yang Esa kerana dapat suami macam abang. Cuba untuk menyayangi diri Maira. Walaupun sebelum ini kita selalu bergaduh. Terima kasih AMV8 VANTAGE kerana menemukan kami…..”


p/s tak semestinya cinta akan berputik sebelum perkahwinan., ia boleh diputik tak kira masa. Yang penting dalam hati sudah ternyata ada cinta yang sejati dan ikhlas menyintai seseorang yang kita sayang kerana Yang Maha Pemberi Cinta.. Segala komen dari anda amat saya hargai.. enjoy it ~Domi Nisa~ =}




9 comments:

BiNggUNgMaMa said...

wahhh....

Unknown said...

@ binggungmama apa yg wahhhhhhhhh ehehe

Anonymous said...

bnyak typing error lah..

Unknown said...

opssss ye ke?? maaf le, domi baru belajar nak berjinak-jinak dalam penulisan ni,,
pe2 pon terima kasih byk2 i.Allah karya yg akan dtg akn jd lbh baik

Anonymous said...

bosan

Unknown said...

bosan ke??? part mana yg bosan tuh ehehe

Anonymous said...

best tp ending mcm cepat sangat..

Unknown said...

huhu budak baru nk belajar nih ehehe

Anonymous said...

Best...teruskan berkarya..