Saturday 13 September 2014

Berikan Aku... Secebis Kebahagiaan

Bab 26
Haydar menolak basikal perlahan-lahan. Afina di sebelah dikerling. Kehangatan pelukkan gadis itu menyentap jantungnya. Tak ingat halal dan haram ingin juga dia memeluk gadis itu. Kehadiran gadis yang bernama Ana Diana sedikit sebanyak menghiburkan hati lelakinya yang lama kesepian. Gadis itu seakan ada sesuatu istimewa berbanding gadis-gadis lain. Gelagat dan tingkah lakunya persis perempuannya, Dhia Afina. Jangan-jangan gadis itu adalah perempuan?! Haydar tersentap sendiri.
Afina yang ralit memandang air sungai terus berpaling ke sebelah. Bila terasa dirinya diperhatikan oleh lelaki di sebelahnya. Pandangan mereka saling bertaut, lama. Afina cepat menepis perasaan resah itu, “ Ada apa Haydar?” soalnya. Perjalanan masih diteruskan.
“Err… tak de apa-apalah. Saya lihat awak seolah saya dapat melihat perempuan saya.” Jujur Haydar berkata. Dia memang sengaja.
Afina berlagak seperti biasa. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Betapa terkejutnya dia. “Ya ke? Mesti dia cantikkan? Awak cakap dia seperti saya. Sayakan cantik!” ujar Afina sambil ketawa. Memuji diri sendiri.
Haydar senyum. ‘Itu bukan Afina. Afina aku, seorang yang pemalu.’ Gumamnya.
“Haydar, Ana mari makan buah rambutan. Pak usu ambil dekat dalam kebun sana,” panggil Pak Usu Husin sebaik melihat mereka berdua baru masuk di perkarangan rumahnya.
Mendengar saja buah rambutan laju saja Afina berlari ke wakaf. Haydar di sebelah terkejut. Kemudian dia tersengih. Afina mengambil buah rambutan dibawa ke genggamannya. Hendak dibuka tak tahu. Jadi dia hanya pandang saja buah itu.
Haydar sampai di wakaf lalu menongkat basikal. Dia pelik tengok Afina ralit menatap buah. “Eh! Ana kenapa pegang saja buah tu? Tak akan tak reti nak makan kot?” Usik Haydar sambil tersengih.
Afina kalih kemudian dia mengangguk sedih. Haydar ketawa kuat. Afina tarik muncung panjang.  Pak Usu Husin pantas dongakkan pandangannya pada gadis itu. Naluri seorang ayah mula memberi reaksi. Wajah tua itu mengukir senyum. Sebiji rambutan gading dibuka lalu disua pada gadis di sebelahnya. Tanpa ucapan terima kasih Afina terus mencapai buah dari tangan Pak Usu Husin lalu di masukkan ke dalam mulut. Sebaik buah itu masuk ke mulut. Kemanisan dan keenakkannya dihayati oleh Afina. Sedapnya tidak terkata. Sampai mata terpejam rapat. Maklumalah duduk di luar Negara dia tak pernah sentuh langsung buah tempatan yang menjadi kegemaraannya.
“Amboi! Makan rambutan sambil terpejam mata? Kelakar!” Haydar cuba mengusik. Tawanya sekali lagi terburai. Lucu bila terlihat memek muka gadis itu. Pak Usu Husin pula asyik mengopek buah rambutan. Sebiji, sebiji untuk gadis itu.
“Dah lama tak makan rambutan. Rasa macam pertama kali aje makan. Sedap!” Jawab Afina. Sebiji rambutan dicapai lagi. Dia makan buah itu sampai berpuluh biji. Berhenti bila dia bersedawa kenyang.
“Alhamduillah. Terima kasih pak cik,”ucapnya.
“Baru nak ucap terima kasih? Rambutan dekat dengan sekilo habis dimakan. Tak ingat dah dekat orang yang tolong kupas.” Haydar jungkit kening. Afina menjilat jari-jarinya  buat tak tahu.
“Hmmm… tak pelah Haydar. Biasalah orang Bandar mana makan buah kampung ni. Sekali rasa memang tak ingat dunia dah.” Pak Usu Husin tolong menjawab bagi pihak Afina. Dia bangkit untuk membuang kulit buah rambutan.
Afina mengesat mulut yang terasa berlengas. Haydar tersenyum nakal. Sebiji rambutan yang belum dibuka diambil.  
“Jangan reti makan saja. Cara nak kupas pun kena tahu juga.” Afina jungkit kening tanda tak mengerti.
“Ini cara nak kupas. Kepit dengan ibu jari. Tak reti sangat. Ambil dan gigit. Haa… kan dah terbuka. Senangkan? Lain kali buat sendiri. Jangan asyik duk menyusahkan orang tua lagi.”
Afina mencemik. “Tak nak saya, nanti hitam kuku dan gigit. Lagipun bukan saya yang suruh. Tapi pak usu awak yang baik hati nak tolong bukakan untuk saya. Nak harapkan awak…? Sampai kebulur pun awak tak akan buka!” Afina tergelak sebelum merampas buah yang sudah dikupas di tangan Haydar.
“Sayang nak takut hodoh ke Cik Ana. Nak suruh saya kopakkan, awak tu... Siapa pada saya?” Haydar berseloroh.
S”ayakan perempuan awak!” Jawab Afina pantas. Sesaat kemudian dia tersedar. Terus tekup mulut. Dia melompat turun dari wakaf dan laju berlari naik rumah.
Haydar terkejut. Kaku sekejap.
Balik dari surau Afina terus berlari mendapatkan buaian . Dia berhayun-hayun perlahan. Telekung sembahyang masih tersarung di badan. Dia suka dengan buaian itu. Tempat dating perkata kali dengan Haydar. Sukar untuk dilupakan. Dia akui tinggal di sini, sedikit sebanyak dapat menenangkan hidupnya. Selalu dia asyik mengeluh resah. Jiwa kacau. Otak pun serabut saja.
Di atas rumah, Haydar tercari-cari kelibat Afina. Peristiwa petang tadi membuat dia keliru. Tengok Afina tak de dia turun. Pandangan dihala pada pohon beringin. Perasaan akan kelibat Afina di sana. Dia turut ke sana juga. Dia berhenti melangkah. Wajah ceria gadis itu diperhati. Hatinya mula tak senang duduk. Tangan kanan dibawa ke dada kiri. Jantung berdegup kencang bak puting beliung.
Afina yang seronok berbuaian turut merasakan dengupan jantung tidak teratur. Dia berhenti menghayun. Perlahan-lahan dia kalih ke belakang. Wajah Haydar dipandang. Riak yang dipamer oleh lelaki itu sukar untuk dia tafsirkan.
“Seronok berbuai?” Tegur Haydar seraya menapak mendekati Afina. Dia melabuh duduk di wakaf.
Afina hanya mengangguk. Dia serba tak kena. Hatinya resah. Takut rahsia akan terbongkar nanti. ‘Ya Tuhan, selamatkan hambaMu ni,’ doanya dalam hati.
“Ana, saya nak tanya sesuatu. Petang tadi…”
“Haydar!” Mak Usu Anis dari atas rumah menjerit memanggil anak saudaranya. Dia tidak suka melihat Haydar terlalu rapat dengan gadis asing itu.
Haydar mengeluh. Tak sempat dia hendak buka mulut. “Ya, mak usu!”
“Naik, mak usu ada sesuatu nak cakap.”
“Ya. Haydar melompat turun dari wakaf. Esok kita sambung.” Haydar berkata pada Afina sebelum dia melangkah pergi.
Afina mengangguk. Nafas lega dihembus perlahan. Selamat dia dari terus disoal siasat. Tak boleh dimain dengan pegawai polis ni. Selagi tak cukup bukti. Selagi itu disoalnya.
“Mak usu tak suka Haydar rapat sangat dengan Ana tu. Betul ke dia datang sini nak cari ayah kandungnya? Kita tak kenal asal usul dia, Fir. Mak usu risau kalau dia ada niat tak baik dengan kamu. Bila dia nak balik ke rumah dia? Keluarga dia tak report pasal kehilangan dia ke?” Terkam Mak Usu Anis dengan soalan bertubi-tubi sebaik Haydar naik ke rumah.
Haydar melepas lelah di kerusi. Tangan kanan naik ke atas dahi. “Mak usu, saya dengan ana tak de apa-apa. Saya cuma tolong dia saja. Kebetulan kejadian yang menimpa dia saya ada. Lagipun saya seorang pegawai polis. Sudah menjadi amanah dan tanggungjawab saya untuk bantu dia. Mak usu kan tahu, dalam hati saya hanya ada Afina sorang. Tiada penganti.”
Mak Usu Anis bangkit. Dia melabuh duduk pula di sebelah anak saudaranya. “Mak usu bukan apa fir. Dekat surau tadi ada orang cakap pasal kamu berdua. Diorang nampak kamu berpelukkan atas jambatan gantung sana petang tadi. Mak usu tak nak macam tu, kamu berdua bukan mahram yang bebas berpeluk di mana-mana.” Nasihat Mak Usu Anis.
Haydar membetulkan kedudukannya. Wajah Mak Usu Anis dipandang  sebelum mengeluh. “Maafkan Fir, mak usu. Kejadian tadi diluar jangkaan Fir. Ana terpeluk Fir sebab dia rindukan tunangnya. Kami memang tak de apa-apa hubung istimewa. Fir pun tak akan ada hati dengan dia. Fir masih waras lagi nak buat perbuatan tak senonoh itu.”
“Jadi, memang betullah apa yang orang kampung duk bercerita tu? Ish, kalau tak fikirkan kamu anak saudara mak usu. Dah lama mak usu halau budak tu. Datang sini tak sampai seminggu dah nak conteng arang!”
Afina baru hendak melangkah naik ke rumah tidak menjadi sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mak Usu Anis itu. Dia berselindung di sebalik pintu sebelum mengesot sedikit untuk bersandar di dinding rumah. Tangan kanan naik ke mulut. Menahan sendu. Hatinya pilu dan sedih. Ingatkan kedatangan dia di sini dapat diterima dengan baik. Tapi sebaliknya. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah. Dia sangat terasa dengan kata-kata wanita itu. Dia tahu dalam dirinya sudah tiada ciri-ciri muslimah. Tapi tak bermakna dia perempuan murahan. Tak sanggup untuk mendengar kata hinaan, dia berlari turun bersama tangisan.
“Mak usu!” Haydar menjerit sedikit. “Ana bukan gadis macam tu. Kita baru kenal dia, tak boleh nak hukum dia macam tu.” Dia cuba membela gadis itu.
Pak Usu Husin baru balik dari surau terserempak dengan Afina. Dia menegur gadis itu tapi tidak disambut. Pak Usu Husin pelik. Dia mengikut langkah Afina yang teresak-esak di wakaf.
“Ana, kenapa ni?” Soalnya sebaik melabuh duduk di sebelah gadis itu.
Air mata yang masih menitis turun segera diseka sebelum berpaling. Wajah ayahnya ditatap dengan penuh kehibaan. “Pak cik... hina sangat ke orang macam Ana ni? Kedatangan Ana di sini... Menyusahkan pak cik sekeluarga ke? Maaflah....”
“Eh, kenapa kamu cakap macam tu pula Ana? Hina atau tidak kita, hanya Allah yang berhak tentukan. Siapa kita dipandangan manusia tidak menjamin apa-apa kebahagiaan Ana. Yang penting siapa kita dipandangan Allah.  Pak cik senang kamu di sini,” pujuk Pak Usu Hussin. Melihat anak tunggalnya bersedih. Naluri seorang ayahnya juga turut sedih sama. Ikutkan hatinya mahu saja dirangkul gadis itu dalam pelukkannya.
Afina mendongak ke kaki langit yang terbentang cantik. Subhanallah indah sekali ciptaan Allah. “ Ana nak minta maaf sekali lagi pada pak cik dan mak cik… Kalau kedatangan Ana ke sini telah menconteng arah ke muka mak cik dan pak cik. Ana tak terniat pun peluk Haydar petang tadi. Ana tak sengaja. Maafkan Ana...”
“Pasal hal itu ke kamu sedih?” Soal Pak Usu Husin. Afina mengangguk langsung tak toleh. Pandangannya masih lagi pada kaki langit.
“Bukan pak cik tak nak percaya cakap kamu Ana. Di sini kampung bukannya Bandar yang bebas berpelukkan tak kira walaupun dengan suami sekali. Tak sama, nak. Lagipun mulut orang kita tak boleh nak ikat ataupun tutup macam mulut tempayang.”
Afina membisu. Ada betulnya cakap ayahnya itu. Dia tidak boleh samakan suasana kampung dengan Bandar. Lain kali dia perlu berhati-hati ketika berdua-duaan dengan Haydar. Dia perlu mengawal perasaan dan emosinya ketika berhadapan dengan lelaki itu.
“Esok, ada pasar siang dekat tepi sungai. Ana, nak pergi tak?” Soal Pak Usu Husin. Dia cuba menghibur hati gadis yang berduka itu.
Afina kalih kemudian dia mengangguk laju. “Nak!”jawabnya dengan nada teruja. Sudah lama benar dia tidak berkunjung ke pasar siang itu. Setiap hari ahad seawal subuh sehinggalah ke pukul dua belas tengahari pasar itu beroperasi. Macam-macam ada dekat situ. Bukan setakat lauk-pauk, pakaian pun ada terjual sama. Bila teringat zaman remajanya. Dia dan Haydar selalu juga keluar berdating dekat situ. Saja nak cuci mata.
“Okey… esok kita ke sana dalam pukul lapan. Ana cakap saja apa yang Ana nak beli, pak cik belanja.” Pak Usu Husin senyum. Seronok pula tengok wajah gadis itu tiba-tiba berubah ceria. Memang tak syak lagi. Gadis itu memang anaknya. Dia kenal bagaimana reaksi dan tingkah laku anaknya. Mustahil seorang ayah tidak mengenal gerak geri anak sendiri.
Mata Afina semakin membulat dan bersinar. Tanpa terlintas di fikirannya. Tubuh tua itu dipeluk sesaat sebelum dia melompat turun dari wakaf. “Terima kasih pak cik! Tak pernah Ana rasa kasih sayang seorang ayah. Ana nak naik dulu, dah ngantuk. Selamat malam.” Dia berlalu pergi.
Pak Usu Husin terkedu seketika sebelum menjatuhkan pandangan. “Maafkan ayah Fina. Ayah mengaku…dulu ayah sangat kejam dengan Fina. Percayalah sayang… mulai hari ini Fina akan ayah jaga… sampai mati... Alia arwah isteriku, abang janji…abang akan jaga anak kita dengan baik.  Esok akan bermula kisah baru dalam kami.”Desis hati sang tua.

Pagi itu seperti yang dijanjikan Pak Usu Husin kepada Afina, dia telah mengajak isteri dan anak saudara isteri turut serta ke pasar siang. Mengguna kereta Vios silver  milik Haydar yang dipandu oleh dia sendiri, mereka singgah di rumah Suria sebelum bertolak ke pasar siang. Dapat tahu saja suaminya mahu pergi ke pasar siang, Mak Usu Anis segera menghubungi Suria. Meminta gadis itu ikut serta. Niatnya mahu merapatkan anak tunggal abangnya dengan gadis itu.
Di dalam kereta Afina hanya membisu. Menjawab bila ditanya. Itupun hanya sepatah. Dia tidak senang dengan kewujudan Suria dalam kereta itu. Kata-kata Mak Usu Anis malam tadi pun dia masih terasa. Inikan pula nak mengadap wajah mereka yang tidak sukakan dia. Haydar di hadapan mengerling sekilas pada cermin pandang belakang. Dia seakan menyedari perubahan pada Afina. Gadis itu seakan cuba mengelak dari bercakap dan bertembung dengannya. ‘Mungkin Ana terasa hati dengan dia petang semalam.’ Desis hati kecilnya.
Sampai di pasar siang, Haydar terpaksa memarking keretanya di belakang klinik memandangkan sudah ramai orang datang berkunjung. Mereka perlu berjalan beberapa meter sebelum sampai ke pasar itu. Nak sampai di tapak kedai yang berderet, Mak Usu Anis sudah menarik tangan suaminya dan Suria untuk terjah kedai yang menjual pakaian. Hanya Haydar dan Afina di belakang.
“Ana.” Haydar menyeru.
Afina kalih sambil jungkit kening. “Ya.” Pendek saja bicaranya.
“Kenapa awak macam nak lari saja dari bertembung dengan saya? Saya ada buat awak sakit hati ke? Ke…awak masih marahkan saya pasal semalam tu…” Haydar bertanya dengan wajah cuak.
Afina mengeluh lembut. “Tak delah. Perasaan awak saja tu. Pasal semalam tu… bukan salah awak pun. Saya yang sepatutunya dipersalahkan. Saya yang peluk awak. Maaflah… dengan perbuatan biadap saya tu awak dipersalahkan,” jawab Afina senada.
Haydar tercegang seketika. Matanya membulat. “A…awak ada dengar pasal ini semalam?”
Afina mengangguk. “Bukan sengaja dengar tapi tak sengaja dengar. Haydar, lepas kita balik dari pasar… temankan saya buat report ya? Awak jangan risau. Petang nanti saya akan bermalam di balai polis sampai kakak saya datang jemput. Saya juga nak minta maaf sepanjang saya tinggal dekat rumah awak, saya ada menyusahkan awak sekeluarga.” Pinta Afina sebelum melangkah setapak demi setapak menjauhi Haydar. Dia sudah tekad akan keluar dari rumah itu walaupun terpaksa tidur di balai. Ingatkan boleh bermanja dengan lelaki cinta pertamanya dua tiga hari lagi sebelum menelefon Kak Rubiah. Tapi tidak menjadi selepas kejadian semalam sudah heboh satu kampung. Siapalah yang gatal jual cerita!
Afina singgah di kedai yang menjual tudung. Berderet jenis tudung digantung. Pelbagai jenis corak dan warna. Semuanya ada dijual di situ. Afina memegang salah satu tudung sarung. Berwarna hijau pucuk pisang. Beropol-ropol bagai. Menarik perhatiannya.Wajahnya sudah tersenyum lembut. Dia cuba bayangkan dia memakai tudung. Menutup auratnya. Pasti dia bertambah cantik. Menampakkan ciri-ciri wanita muslimah. Dia sudah berangan sendiri.
“Ambillah kalau dah berkenan. Pak cik bayar.” Pak Usu Hussin mencelah. Dia dari hujung sana, ternampak Afina seorang diri sedang memegang sehelai tudung terus dia mendekat. Yang lain entah ke mana perginya.
“Eh, pak cik! Tak delah… Ana saja tengok. Tak niat nak beli pun.” Afina senyum. Dia melangkah keluar dari gerai itu diikuti oleh Pak Usu Husin.
“Tak salah kalau beli pun. Aurat tu wajib di tutup sayang. Kita orang Islam… perintah Allah wajib kita tunaikan.” Lembut Pak Usu Husin menasihati. Afina gigit bibir.
“Saya tahu pak cik. Tapi… saya masih belum bersedia lagi.” jujur Afina.
Pak Usu Husin mengeluh sedikit. “Ana… belum bersedia ataupun tidak. Bukan satu alasan yang patut diberikan. Kita sebagai mukallaf di bumi Allah. Segala tanggungjawab dan larangan yang sudah diperintah oleh Allah kepada kita…Harus kita tunaikan sayang. Syurga bagi hamba yang mentaatiNya. Itulah janjiNya kepada kita…. Ayah sayang kamu. Ayah tak nak kamu jauh tersasar dari Islam. Ayah tak nak kamu jadi seperti ayah. Ayah nak kamu berubah sayang. Berubahlah kerana Allah anakku.” Tengok wajah gadis di hadapannya menunduk sedikit, menahan sebak. Dia menyeru lembut.
“Dhia Afina….”
“Ya, ayah,” balas Afina. Sesaat kemudian dia mengangkat wajahnya. Matanya cerun pada wajah tua itu. “Apa yang pak cik cuba buat ini?!” Afina sudah menjerit terkejut.
“Ayah tahu, Afina anak ayah. Anak ayah sudah kembali. Kini ada depan mata ayah,” suara Pak Usu Husin. Dia cuba menyentuh bahu gadis itu.
Afina menepis kasar sebelum tersenyum sinis. “Pak cik jangan nak melawak pada saya. Siapa anak pak cik?”
“Fina… ayah tahu Fina anak ayah. Sejak Fina berkunjung ke rumah itu… ayah sudah menganggak Fina yang ayah duk cari. Perangai dan sikap Fina ayah sudah hafal. Apa yang Fina suka… Apa yang  Fina tak suka… Ayah boleh baca. Kalau ya bukan Fina anak ayah… Fina tak akan menyahut bila ayah panggil nama Afina. Maafkan ayah, sayang. Maafkan ayah sebab buat Fina terseksa dulu.” Pak Usu Husin mula merintih rayu. Memohon agar anaknya sudi memaafkan dirinya.
Badan Afina mengigil. Dia cuba menahan sendu. “Saya rasa pak cik sudah gila! Saya bukannya anak pak cik. Ayah saya tak akan buat macam tu pada anaknya!” amuk Afina.
“Maafkan ayah. Ayah tahu… Ayah berdosa dulu sayang. Ayah bersyukur sangat pada Allah… Dia temukan kita setelah bertahun lamanya ayah mencari kamu. Kita bina hidup baru ya sayang. Ayah berjanji akan menjaga kamu. Ayah nak tebus segala dosa-dosa ayah pada kamu dan juga ibu kamu… Ayah akan lakukan apa saja asalkan kamu bahagia, nak.”
“Senang pak cik cakap… Siapa yang menanggung seksa bila ayah sendiri sanggup jual anaknya kepada lelaki jahat? Kalau pak cik saya bahagia… Saya nak minta izin dari pak cik. Lepaskan saya. Izinkan hakim untuk menjadi wali kepada saya semasa majlis akad nikah saya nanti. Saya tak sanggup nak lihat ayah yang begitu kejam menjadi wali kepada saya!” tempelak Afina.
Sesaat kemudian dia berpaling kemudian berlari dari situ. Dia tak mahu mengaku lelaki itu sebagai ayah. Lelaki yang pernah menjudikan nasib hidupnya. Lelaki itu juga yang membawa dia ke lembah hinaan. Lelaki itu juga telah membuat dia jauh tersasar dari mengecap rasa bahagia.
“Fina!” jerit Pak Usu Husin. Dia mengejar anaknya yang sudah jauh ke hadapan. Tiba-tiba…
Entah dari mata datang sebuah kereta dari arah bertentang telah merempuh tubuh tuanya. Pak Usu Husin tidak sempat mengelak. Akhirnya dia melayang dan terhumban jatuh ke tanah. Darah banyak tersembur keluar dari mulut. Organ dalaman tercedera teruk. Tangan masih lagi ada tenaga untuk diangkat. Memohon agar anaknya mendekati.
Afina menoleh ke belakang. Dia terkejut. Jantungnya berhenti berdegup buat sesaat dua. Ayah dilanggar. “Allah…”  Lututnya lemah. Satu badan sudah mengigil ketakutan. Dia tahu… Ayahnya terlibat dalam kemalangan itu sebab mahu mengejar dia.
“Ayah….” Afina menangis. Sekujur wajah ayah ditatap dengan air mata penuh dikelopak. Bila mana dia mahu melangkah, tangannya direntak dari arah belakang.

“Anne!” satu suara memanggil namanya.

Berikan Aku...Secebis Kebahagiaan

Bab 25
Dari  Khalid bin Duraik: Aisyah r.a berkata, “ Suatu hari, Asma’ binti Abu Bakar menemui Rasulullah saw dengan mengenakan pakaian nipis. Baginda berpaling darinya dan berkata, wahai Asma’, jika perempuan sudah mengalami haid, tidak boleh ada anggota tubuhnya yang dilihat kecuali ini dan ini.( sambil menunjuk ke wajah dan kedua-dua telapak tangan) HR. Abu Daud.
“Ana…Ana…” Mak Usu Anis cuba membangunkan Afina awal pagi.
Afina mengeliat sikit. Sebaik matanya terbuka dia cepat-cepat bangkit. Baju tidur labuh yang terselak di tarik sedikit. “Mak cik,”sapanya dengan nada masih terkejut.
Mak Usu Anis memaniskan muka. “Bangun Ana, dah nak subuh. Pergi mandi, lepas tu kita ke surau sama-sama,” ujar Mak Usu Anis lagi. Dia bangkit kemudian menuju ke almari pakaian di dalam bilik itu. Sehelai baju kurung dan telekung sembahyang dikeluarkan. Dia tak mahu gadis itu berpakaian tidak menutup aurat. Sekarang gadis itu berada dalam rumah. Jadi dia rasa bertanggungjawab untuk menegur gadis itu. Suka atau tidak. Terpulang!
“Nanti siap mandi, pakai ini. Mak cik tunggu dekat luar ya?”
Afina mengangguk terus turun dari katil dan menuju ke bilik air.
Masa azan dilaungkan hati Afina menjadi sayu. Dia sangat berdosa dan sungguh hina untuk memakai telekung ini… Untuk sujud kepada Penciptanya, setelah apa yang dia buat. Setelah sekian lama, ini kali pertama dia melakukan solat. Segala bacaan dan kelakuan solat sudah dia lupa. Kini apa yang dia perlu buat hanya mengikut orang di sebelah.
“Firdaus yang azan tu,” beritahu Mak Usu Anis tiba-tiba. Afina di sebelah terus kalih dengan mata membulat. Sungguh dia tak percaya. Patutlah suara ini seakan dekat saja di hatinya. Rupanya sang kekasih hati mengalunkan lafaz azan itu. Suara yang sangat gemersik kalbu wanitanya seawal fajar pagi.
“Ana, ini Suria anak imam kampung ni.” Mak Usu Anis memperkenalkan Suria kepada Afina sebaik usai bersalaman antara jemaah yang hadir. Suria sudah tersenyum manis sambil menghulur tangan untuk berjabat. Afina menyambut turut tersenyum sama.
“Suria ,nanti datang sarapan dekat rumah mak usu ya? Mak usu ada buat nasi lemak sikit. Bolehlah makan dulu sebelum berangkat ke tempat kerja nanti.”
“Seganlah mak usu. Dahlah pergi kerja duk tumpang Abang Haydar. Ni nak tumpang makan sarapan dekat rumah mak usu pula.”
Afina yang berada di tengah-tengah mereka rasa seperti dipinggirkan. Orang asing! Tapi memang ya pun kan?
“Eh, marilah kita balik! Ana jom.”
Afina hanya mengangguk saja. Sungguh dia terluka dipinggirkan oleh ibu saudara Haydar Firdaus. Lelaki cinta pertamanya. Perempuan itu juga pernah menyayanginya suatu ketika dahulu. Sebaik selipar tersarung di kaki Mak Usu Anis terlebih dahulu menapak ke hadapan. Meninggalkan Afina terkial-kial seorang diri.
“Ana!” Panggil Haydar dari belakang.
 Afina berpaling ke belakang.“Ya,” jawabnya pendek.
Haydar pamer senyuman cukup manis. “Saya nak minta maaf. Hari ni saya tak sempat nak bawa Ana ke balai buat report. Saya ada kerja kat luar.”
Afina terkesima seketika dengan senyuman itu terus kalih. “Tak pe, saya tak kisah.”
“Terima kasih kerana memahami saya.”
Afina hanya tersenyum. ‘Fir dah lama saya fahami awak cuma...Cuma awak tak pernah nak faham dan tunaikan janji awak pada saya.’
“Ana... awak mengelamunkan apa?” Soal Haydar dengan wajah cuak.  Afina berpaling terus menggeleng.
“Kalau macam tu, jomlah balik. Pak usu dan mak usu dah ke depan tu.”
“Haydar...” Afina memanggil. Niat hatinya mahu bertanyakan soal Suria. Tapi tidak menjadi pula.
“Apa?
“Tak de apalah. Jom.”

Afina melabuh duduk dalam buaian di laman rumah. Dia pandang sekeliling. Buaian gantung dihayun perlahan. Ya… Tempat ini. Tempat kali pertama dia keluar date dengan Haydar. Dia masih ingat lagi ketika itu. Haydar yang digantung sekolah turut melibatkan dia. Di sinilah bunga-bunga cinta bermula. Berbuaian, berbasikal dan saling bercanda. Semuanya dilakukan bersama lelaki itu.
Pada pagi ini, di tempat yang sama dia kembali lagi. Tapi sayang orangnya sudah berbeza. Dia bukan lagi Dhia Afina. Perempuan Haydar Firdaus. Dia sekarang adalah Ana Diana. Bakal isteri Hadry Iskandar. 12 tahun dia cuba kuburkan perasaan cinta kepada lelaki itu setelah lelaki itu telah mengkhianatinya. Namun sampai sekarang masih tidak berjaya. Apatah lagi dia sudah mengetahui lelaki yang menyelamatkan maruahnya adalah lelaki yang pertama hadir dalam hidupnya.
“Uuuhuk! Huk!”
Afina tersedar dari mengenang sejarah silam sebaik terdengar suara batuk di sebelah sana, terus memandang. Pak Usu Husin bapa saudara tiri Haydar merangkap ayah kandungnya sedang menyarung kasut but di atas tangga sana. Kejadian semalam diimbas kembali…
“Makan nak, jangan segan-segan,” pelawa Pak Usu Husin kepada Afina.
Afina mengangguk. Tapi mata masih menatap wajah lelaki separuh abad itu sehingga Haydar menghulurkan lauk kepadanya.
“Tak pe Haydar, saya tak makan ikan patin,” tolak Afina lembut.
“Dah datang sini memang kenapa rasalah ikan itu. Temerloh ni memang terkenal dengan ikan patin, nak. Merata orang dari jauh datang sini semata nak cari ikan patin yang sedap ni. Tapi Ana, dah datang sini tak nak mencuba pula?” celah Pak Usu Husin sambil tersenyum. Seronok pula berbual dengan gadis itu. Terasa dekat saja. Seolah dah kenal lama.
Afina masih tersenyum. Ya. Dia tahu. Ikan patin merupakan simbol kepada Temerloh. Dia anak jati temerloh. Dia sendiri hairan. Walaupun dia anak Temerloh tapi dia tak gemar makan ikan patin. Mungkin hanya kerana ayahnya saja orang tempatan di sini. Ibunya asal dari kacukan cina dan Indonesia yang bertapak lama di tanah melayu.
“Firdaus bagitahu, Ana datng sini nak cari ayah kandung. Nak telefon, tak de nombor kan? Siapa?  Mana tahu kot-kot pak cik kenal.” 
Afina tersedak. Perit tekaknya ketika itu. Air mata terus menitis. Haydar cepat-cepat menghulurkan segelas air kepadanya.
“Ana, awak okey tak ni?” Gusar Haydar tiba-tiba. Afina masih batuk sambil mengangguk. Gelas di tangan Haydar dicapai kemudian diteguk sampai habis.
“Aahlah Ana. Mana tahu kot kami tahu boleh kami bantu nanti,” sampuk Mak Usu Anis pula.
 Afina kemam bibir. Tak tahu nak cakap apa. Afina pandang mereka bertiga dengan wajah berharap. Disaat dia mahu membuka. Ada orang memberi salam. ‘Fuh, selamat.’ Afina menarik nafas lega.
“Ana! Ana!” Afina tersedar. Pak Usu Husin memanggilnya. Afina pandang tangga rumah kemudian kembali menatap sekujur tubuh ayahnya yang berdiri tegak di hadapannya kini.
“Jauh mengelamun, ingatkan siapa?” Tanya Pak Usu Husin seraya melabuh duduk di kerusi batu. Naluri seorang ayah kuat mengatakan gadis itu seperti ada pertalian darah dengannya.
“Teringatkan ayah kamu ke?” Sambung dia lagi bila Afina masih membisu.
Afina pamer senyum plastik. Dalam hatinya dah menyumpah lelaki tua itu.
“Dulu... pak cik ada seorang anak perempuan. Mungkin sebaya kamu…” Pak Usu Husin memulakan cerita tanpa dipinta.
…kalau pak cik jumpa dia, pak cik nak sangat peluk dia... Nak cium dia... Nak melutut depan dia. Dan nak cakap ampunkan ayah...Maafkan ayah. Ayah berdosa. Sangat berdosa buat anak ayah begitu. Tapi sayang… Sampai sekarang pak cik masih tak jumpa dia lagi,” sambungnya.
“Pak cik tak cari pergi cari dia?” Afina cuba mengorek. Matanya tajam melihat wajah lelaki itu yang sudah mula sayu.
“Pernah Ana... Setiap hari. Tapi ramai yang cakap dia sudah meninggal. Hati batin pak cik, kuat mengatakan dia masih hidup. Pak cik harap sangat sebelum pak cik menutup mata. Pak cik sempat untuk mengucup dahinya. Tanpa kasih sayang pak cik kepadanya. Pak cik mengaku …Dulu pak cik memang kejam kepada dia dan ibunya sebelum pak cik diberi hidayah dariNya. Nama saja Islam tapi hidup kami tak pernah bahagia. Solat, puasa pun kami sekeluarga jarang buat. Dhia Afina... anak kandung pak cik. Dia sangat istimewa. Dia selalu menasihati pak cik dan isteri  agar hidup cara Islam seperti apa yang dia belajar di sekolah. Pak cik enggan tapi isteri pak cik mahu mencuba.”
Afina hanya mendengar saja. Biarkan ayahnya membongkar sejarah silam yang dia sendiri tidak mengetahuinya.
“Sebelum nikah, pak cik ni memang jenis kaki pukul orang. Suka mabuk dan berjudi. Kali pertama pandang wajah ibunya, kami jatuh cinta. Cinta pandang pertama. Isteri pak cik ni Kristian. Kacukan cina dan Indonesia. Kerana cintakan pak cik, dia sanggup masuk Islam. Islam hanya pada icnya. Bukan pada hakikatnya…Mula-mula hidup denganya. Kehidupan kami dilimpahi rezeki yang tak pernah putus. Pak cik anggap dia punca kemewahan pak cik. Semua benda pak cik taburkan pada dia. Sehingga satu masa, Dhia Afina dilahirkan. Rezeki yang banyak sedikit demi sedikit ditarik. Pak cik selalu kalah berjudi. Kehidupan kami sekeluarga semakin susah. Rumah, kereta dan segala-galanya tergadai...” Pak Usu Husin berhenti seketika. Cuba mengambil nafas. Ada tangisan di wajahnya. Tapi dibiarkan saja.
“...yang paling dahsyat, pak cik sanggup gadaikan maruah isteri pak cik semata nak tebus kekalahan pak cik. Mula-mula dia tak mahu terlibat dengan dunia pelacuran. Bila hari-hari dipaksa oleh pak cik… Dia semakin asyik dengan dunia itu. Anak kami sungguh kasihan. Setiap hari… Apa yang tersuap oleh mulutnya adalah dari rezeki yang haram. Kasihan anak kami… Selalu diejek oleh orang kampung, rakan sekolah. Kasihan anak kami…Dia sangat tabah hadapi semua itu. Dia tak kisah dihina, dicaci, dicemuh asalkan dia mendapat ilmu itu sudah cukup untuk dia. Dia cakap dia nak ubah kehidupan kami sekeluarga. Dia tak mahu terus hidup dikelubungi dosa.”
“Selepas isteri pak cik meninggal, pak cik masih tak insaf. Pak cik masih leka berjudi. Siang malam mabuk saja. Anak pak cik pula yang jadi mangsa. Pak cik tipu dia, cakap ada orang kaya nak bela dia buat anak angkat. Pak cik tipu dia, pak cik cakap orang itu nak tanggung semua perbelanjaan persekolahan dia. Dia sungguh tulus percayakan pak cik. Sedangkan dia tak tahu dia telah dijual oleh pak cik. Ayah kandungnya sendiri! Kejamnya pak cik!”
Afina terasa panas di tubir matanya. Mahu menangis. Mahu memukul ayahnya. Semuanya ada. Kenapa masih ada seorang lelaki dan seorang ayah seperti lelaki itu?
“Lepas keluar dari rumah orang kaya itu bersama duit yang banyak, pak cik masih mahu pergi berjudi lagi. Takdir Allah pak cik kemalangan yang sangat dahsyat…Seminggu koma. Dalam tak sedarkan diri, pak cik bermimpi pak cik masuk nereka dan diazab seteruknya. Tak de sesiapa yang nak datang menolong  pak cik ketika itu…Sebab mereka sangat benci dengan pak cik. Hanya Mak cik Anis yang sudi tolong pak cik. Dia sentiasa ada di samping pak cik sampailah pak cik sembuh. Pak cik minta dia bawa pak cik jumpa tok imam. Pak cik nak jadi orang Islam balik. Nak mengucap dua kalimah syahadah kembali. Pak cik tak tahu sebelum ini adakah keislaman pak cik sudah terbatal atau pun tak. Selepas isteri pak cik meninggal macam-macam pak cik buat untuk kaya. Pernah ke kubur cina sebab nak tilik nombor ekor. Pak cik pernah mengaku iblis itu tuhan. Pernah buat perjanjian dengannya. Mak cik Anis bawa pak cik ke rumah  tok imam. Ana tahu Islam pak cik dah hilang. Rupanya pak cik telah murtad.” Pak Usu Husin pandang Afina di sebelah.
Afina nampak tersentap. Sungguh dia tak sangka begitu jahat ayah kandungnya. Dia meratap kesedihan kerana telah lahir dari benih seorang lelaki yang tidak berhati perut!
“Pak cik melafaz kalimah laa ila haillah… Muhammadan rasullah, semula. Pak cik dapat rasakan pak cik dilahirkan semula. Ibarat seorang bayi yang baru keluar dari perut seorang ibu. Suci tanpa sebarang dosa. Sejak itu, pak cik berubah dan bertaubat. Pak cik berjanji akan menjadi hamba Allah yang baik. Mak cik Anis minta pak cik kahwin dengan dia. Mula pak cik tak mahu. Mengenangkan jasa dia, kami kahwin. Alhamduillah anak dia menerima pak cik. Dan dia juga akan menerima anak pak cik kalau kami jumpa Dhia Afina semula. Pak cik nak tebus dosa kepada arwah isteri dan anak pak cik. Banyak dosa yang telah pak cik lakukan. Pak cik tak pernah ajar anak isteri tentang Islam kerana kejahilan pak cik.”
“Kenapa pak cik ceritakan semua ni pada saya?” Afina menyoal.
Pak Usu Husin tersentap. Dia menundukkan wajahnya sebelum mengangkat kembali. “Pak...pak cik... pak cik nampak anak pak cik dalam diri Ana. Raup wajah Ana saling tak tumpah dengan raup wajah Dhia Afina pak cik.”
“Apa pak cik yang mengarut ni?!” Afina tiba-tiba menenting. Dia bangkit.
“Ayah saya tak seteruk pak cik! Sanggup gadaikan isteri dan anak sebab nak duit! Pak cik ingat duit ni boleh buat kita bahagia? Gembira? Tak pak cik! Tak! Duit boleh buat kita hancur! Tergadai maruah disebabkan ia. Biar tergadai harta asalkan jangan tergadai kebahagiaan!”
“Ana!” Jergah Pak Usu Husin.
Afina seakan tersedar terus duduk bercanggung. Mukanya dijatuhkan ke lutut. Tangisan semakin kuat. “Maafkan Ana pak cik... maafkan Ana...”
“Tak pe Ana. Pak cik pun minta maaf. Mungkin pak cik terlalu rindukan anak pak cik. Pak cik cerita semua itu dekat Ana. Tapi pak cik ada sesuatu nak bagitahu… Manusia tak de yang tak pernah buat kesilapan Ana. Kita bukan malaikat yang tak pernah buat dosa dan sentiasa beribadat kepada Allah. Mereka tak de nafus seperti kita. Kita ni manusia yang lemah tapi dikurniakan akal yang bijak oleh Allah. Pak cik pernah khilaf  dulu, tapi tak semestinya pak cik akan terus hanyut dari jalanNya. Manusia perlukan berubah untuk ke arah yang lebih baik. Ayah Ana, sungguh bertuah punyai anak seperti Ana. Pak cik pun berharap anak pak cik sama dengan Ana. Kembali mencari pak cik.” Pak Usu Husin mengakhiri kata-katanya. Dia berlalu pergi dengan rasa hiba dan kecewa. Disangka gadis itu anaknya… Tapi dia tersilap tafsir. Namun naluri batinnya masih kuat mengata. Ana itu adalah anak kandungnya Dhia Afina.
Usai bersarapan Afina terus menuju ke buaian. Dia tak sanggup untuk menatap wajah ayah dan lelaki yang dia sayang. Dia mahu cepat-cepat pergi dari situ. Dalam waktu yang sama, dia sayang nak meninggalkan mereka lagi. Mata merah dan wajahnya sembab akibat banyak menangis malam tadi. Rahsianya hampir saja terbongkar. Kalau tak, habis hancur rancangannya untuk balas dendam terhadap keluarga Tuan Haris. Buat masa sekarang lelaki itu tak boleh tahu yang dia Dhia Afina.
Afina berbuai untuk menenangkan hatinya yang sedih. Sesaat kemudian hatinya kembali membengkak. Gelak tawa yang terkeluar dari suara Suria dan Haydar betul-betul buat dia angin. Dari sini dia boleh nampak Suria bersalaman dan berpelukan dengan Mak Usu Anis. Mereka nampak sangat rapat. Haydar pula nampak sukakan gadis itu. Siap buka pintu lagi untuk Suria. Sakit di hati Afina hanya Allah yang tahu.
“Ana!”
Afina tersedar. Dia donggak. Tiba-tiba Haydar sudah berdiri di hadapannya.
“Lepas saya hantar Suria ke sekolah kita ke balai ya?” bicara Haydar dengan wajah manis.
Afina tatap wajah Haydar seketika. Hati kecilnya ingin sekali bersuara, ‘Fina sangat merindui dan mencintai Fir’ dan pingin memeluk lelaki itu. “Fir…” Afina menyebut perlahan.
Haydar tersentap. Matanya membulat dan hatinya berdetak hebat. ‘Sua...suara dan nada itu hanya milik gadis itu sorang.’
Afina seakan menyedari Haydar kelihatan pelik. Dia cepat menukar topik. “Boleh saya panggil awak dengan nama Fir tak? Bukan apa… Terbelit lidah saya nak panggil nama awak. Mak cik dan pak cik awak panggil awak Fir, saya pula panggil awak Haydar.”
Haydar herot bibir. “Maaf panggilan itu untuk orang dekat dengan saya saja. Saya harap awak faham. Hmmm... saya pergi dulu. Awak naik bersiap ya? Saya sampai aje, kita terus pergi.” Haydar mengakhiri bicaranya kemudian dia melangkah pergi.
Afina sedikit terasa dengan kata-kata lelaki itu. ‘Fir, dulu saya salah seorang perempuan yang dekat malah terlalu dekat dengan awak. Tapi sekarang... saya bukan lagi perempuan awak. Saya sangat sedih. Saya sudah ada depan mata awak tapi tak mampu bersuara. Saya dah berdiri di sisi awak tapi tak mampu menyentuh. Seksanya menanggung rasa itu.’
Sebaik kereta Toyota Vios silver milik Haydar meluncur pergi membelah jalan raya, Afina kembali berhayun buaian perlahan-lahan. Arahan Haydar dibiarkan saja. Dia malas untuk membuat laporan lagi. Kerana dia masih mahu berada di samping lelaki itu.
“Ana, mak cik ke hospital dulu ya? Kalau nak makan apa-apa ambil aje dekat dapur, jangan nak segan. Buat macam rumah sendiri,” suara Mak Usu Anis lengkap dengan uniform putihnya untuk pergi ke tempat kerja dengan kereta Vivanya.
AFina kalih ke belakang. “Terima kasih mak cik. Pak cik ke mana mak cik?”
“Pak cik kamu kalau masa-masa gini kalau tak ke kebun ke masjidlah. Mak cik pergi dulu Ana, dah lewat ni.” Mak Usu Anis membolos masuk ke dalam kereta.
Afina mengangguk. ‘Ayah pergi masjid? Sertai kuliah agama? Masuk usrah? Memang dunia sudah terbalik gamaknya. Dia yang dulu terkenal dengan kaki judi sudah jadi kaki masjid. Memang kelakar pula aku dengar.’ Afina gelak jahat.
Setengah jam menunggu kepulangan Haydar, Afina mengeluh sendiri. Lelaki itu belum ada tanda mahu balik lagi. Dia pandang sekeliling. Kebosanan sudah menjalar dipangkal jantung. Dia bangkit sambil bercekak pinggang memerhati sekeliling. Sebaik ternampak sebuah basikal usang tersadar di kaki lima rumah, bibirnya mengukir senyum.
‘Basikal ini masih ada rupanya,’ suaranya sendiri seraya menapak mendekati basikal tua yang berwarna kelabu. Dia memegang handle basikal itu lalu menarik ke tanah. Dia memanjat naik ke basikal itu dan cuba mengayuh. Handle basikal itu seakan tidak stabil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Keadaan ini membuatkan memori silam terlayar di benak fikirannya sekarang. Di mana dia meminta daripada lelaki itu untuk mengayuh basikal walaupun dia tidak pandai sehingga Haydar menawarkan dirinya untuk mengajar dia mengayuh basikal.
 “Sakit,” adu Afina, sambil mengesat air mata menitis turun.
“Tulah, kan saya dah kata, biar saya pegang. Awak tak mahu. Dah tahu diri tu tak pandai lagi, berlagak juga, degil!” Bebel Haydar.
“Fir.. saya tipu sajalah. Tak sakit mana pun, tengok mana ada luka,” ujar Afina lalu tersenyum, sengaja mahu menguji hati lelaki itu.
“Haa menjawab! Ish, dah tak payah nak naik basikal lagi. Saya culik awak bukan sebab nak cari masalah tapi nak senangkan hati awak,”
“Fir, dah la tu saya okey. Jangan marah-marah. Awak marah saya nangis nanti,”
Afina tersenyum sendiri. Saat ketika itu sungguh manis untuk dikenangkan. Kayuhannya semakin okey dari tadi. Sudah lama dia tak mengayuh basikal. Ini dah tua-tua mulalah terkedek-kedek. Dia mengayuh basikal mengeliling pokok besar beberapa kali. Nak mengayuh lebih jauh, dia masih tak de kekuatan.
 Saat dia seronok mengayuh… Tiba-tiba tayar basikal depan terkena sebiji batu besar dan dia tak sempat nak elak. Dia tidak dapat mengawal handle basikal dengan baik. Akhirnya dia selamat jatuh dalam pelukan seseorang.
“Awak okey?” Soal Haydar.
Afina terkaku sendiri. Dia bagaikan dipukau oleh lelaki itu. Saat itu dia seolah dibawa ke masa silam. Di mana dia dan Haydar seronok mengayuh basikal bersama-sama.
“Cik Ana! Awak okey tak ni?”soal Haydar sekali lagi. Mana tahu kot-kot gadis itu pengsan dalam keadaan celik.
“Err... saya... saya okey.” Gugup Afina menjawab.
“Baguslah kalau macam tu.” Haydar melepaskan pegangannya pada Afina. “Kenapa tak bersiap lagi ni?” Tegas saja suara Haydar kedengaran.
Afina menelek pada tubuh badan sendiri kemudian wajah Haydar dicari. “Kalau saya tak nak buat laporan hari ni, boleh tak?” soal Afina cuba meraih simpati.
Haydar mengeluh berat. “Kenapa tak bagitahu awal-awal? Buat penat aje saya minta cuti sebab nak temankan awak buat laporan. Alih-alih awak tak nak!”
Afina gigit bibir bawah. Dia terasa dengan lelaki itu. Dia turun dari basikal. “Maaf. Tak pelah, awak tunggu sekejap. Saya pergi salin baju. Tapi… Tak perlulah nak marah-marah!” Tempelak Afina dalam lembut. Sebaik dia mahu berpaling Haydar menahan.
“Nanti dulu!” Lengan Afina yang terlindung dengan t-shirt lengan panjang dipegang. “Bukan niat saya nak marah… Cuma saya tak suka dengan orang yang pendiriannya tak tetap.” Haydar cuba menjelaskan kedudukan sebenar niatnya.
Afina menyeka air mata yang hampir gugur. Dia berpaling mengadap Haydar. “Saya masih nak tinggal di sini lagi. Kalau balik KL nanti… Pasti saya tak akan menikmati suasana begini lagi. Saya tak akan berkesempatan untuk mengecapi hidup dalam suasana kampung.”
Haydar senyum herot. Sedih mendengar luahan gadis itu. “Baiklah. kalau macam tu jom saya bawa awak jalan-jalan dekat sungai. Nak?”
“Betul ni?” Soal Afina kembali ceria. Terlompat-lompat lagi.
Haydar mengangguk. Niat hatinya mahu membawa gadis itu dengan kereta. Tapi lain pula jadinya. Afina dengan terlebih dahulu berlari mendekati basikal.
“Haydar. kita naik basikal ya?” Pohon Afina.
Haydar serba salah. Macam mana dia nak bonceng gadis itu memandangkan basikal itu belakangnya tiada tempat duduk.
“Haydar apa yang ditermenungkan lagi, cepatlah!” Afina sudah siap sedia di hadapan. Dia mahu Haydar memboncengnya sama seperti dulu.
Haydar mengangguk lalu mendapatkan gadis itu. Dia panjat basikal dan mengayuh perlahan-lahan. Rambut Afina yang panjang mengerbang dituip angin, membuatkan naluri lelakinya berkocak hebat. Perasaan ini sama seperti mana dia berada di sebelah Afina. Perempuannya. Dia cuba untuk menepis tapi gagal. Perasaan rindu mula menjelma. Sakit hati kerana menahan perasaan itu sukar untuk ditolak.
Tiba di sepanjang sungai Afina tiba-tiba berteriak sebaik dia ternampak sebatang pokok besar. “Haydar! Kita berhenti dekat sini! Dekat sini!” dia melompat turun dari basikal sebaik Haydar menghentikal basikal. Batu besar dipanjat naik lalu menjuntai kedua belah kakinya.
Haydar menongkat basikal kemudian dia melabuh duduk di sisi gadis itu. Wajah Afina di sebelah ditatap lembut. Keceriaan yang dipamerkan oleh gadis itu menimbul tanda tanya pada dia. ‘Bukankah sini tempat dia hampir kena rogol dan kena rompak? Dia tak rasa trauma atau fobia ke? Aneh!’Soal Haydar sendiri. Namun hanya di dalam hatinya saja.
Afina mendekati batang pokok besar. Dia terlihat ada nama terukir di badan pokok besar itu. “Fir love Fina,” ungkapnya perlahan. Wajahnya mengukir senyuman yang agak lebar. Masih ada lagi contengan Haydar untuk dia dulu.
Haydar di sebelah terus kalih dan mendekati Afina. “Awak baca apa?” Soalnya. Nama yang dibaca oleh gadis itu membuka memori silam kepada Afina. Nama yang pernah diukir olehnya suatu ketika dahulu bersama gadis pujaannya. Kini hanya tinggal kenangan.
Afina terus berpaling. Jarak wajah mereka sangat dekat. Hati Afina berdegup kencang. Begitu juga dengan Haydar. Seketika kemudian mereka sama-sama kalih ke tempat lain.
“Haydar saya nak ke jambatan gantung sana, boleh?” Ujar Afina dengan gugup sambil menunding jari ke arah jambatan gantung di sebelah sana. Dia cuba mengawal perasaan hatinya.
“Hah? Aah… boleh,” jawab Haydar jua terasa gugup.
Afina bangkit lalu menuju ke jambatan sana. Dia berhati-hati ketika memanjat naik ke jambatan gantung yang bergoyang-goyang itu. Terasa bagai nak jatuh saja, gayat. Tiba di tengah-tengah Afina memegang kemas tali jambatan itu walaupun badan masih goyah. Wajahnya sangat ceria. Angin yang bertiup menerbangkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Haydar membontot Afina dari belakang. Dia berdiri tiga langkah dari gadis itu. Bibirnya terukir senyum bila melihat Afina nampak gembira. Debaran di hatinya masih bergetar.
“Haydar,  Suria tu bakal isteri awak ke?” Soal Afina tanpa memandang wajah lelaki itu. pandangannya dihala ke bawah. Melihat air sungai yang mengalir secara berpusar. Air anak sungai dari sebelah sana dengan sebelah sini bertembung menyebabkan pusaran air akan berlaku. Ramai yang mati akibat pusaran air sungai itu.
Haydar tiba-tiba tergelak. “Siapa yang cakap Suria tu bakal isteri saya?” soal dia kembali sambil menatap wajah sisi Afina.
“Saya agak saja. Saya tengok mak usu awak macam berkenan sangat dengan Suria tu. Jadi saya ingatkan awak dan dia memang dah jadi,” ujar Afina. Wajah Haydar dikerling sekilas.
Haydar melontarkan pandangannya ke sungai. “Suria saya dah anggap adik saya sendiri. Tak lebih dari itu. Dalam hati saya ni sudah ada penghuninya. Dari dulu sampai sekarang, dia yang  selalu ada di hati saya dan tak akan pernah hilang. Gadis yang berjaya membuat jantung dan hati saya berhenti berdegup setiap kali memandang wajah sayunya... Kesedihan yang dia pikul, saya yang akan terasa sama. Kebahagiaan dia, kegembiraan bagi saya. Segala suka duka kami berkongsi bersama. Tempat dia di hati saya tiada penggantinya...Dua belas tahun dia menghilang tanpa khabar berita. Ramai yang cakap dia dah mati kena langgar tapi saya percaya dia masih hidup. Cuma dia sekarang masih bersembunyi...” Haydar berhenti seketika. Matanya dipejamkan perlahan-lahan. Wajah sang kekasih dicari dalam memori otaknya. Afina tersentap. Haydar sedang bercerita tentang dirinya.
“...saya tetap akan menanti kepulangan dia tak kira berapa lama harus saya menunggu... Saya yakin dia akan kembali kepangkuan saya dan kami akan bersatu dalam ikatan suci. Di hati saya hanya ada dia saja... Si perempuan saya, Dhia Afina... hanya dia.” Haydar angkat tangan kanan lalu dibawa tepat ke bahagian dada. Nama sang kekasih disebut supaya menyerap masuk ke dalam hati. Simpan kemas-kemas di dalam sana.
Afina menitiskan air mata. Badannya bergetar menahan sendu. Sungguh dia tak sanggup untuk menahan rasa rindu membuak-buak di dalam dada yang terasa bagaikan nak pecah saja. Perlahan-lahan dia mendekati Haydar lalu memeluk tubuh lelaki itu, erat. Bagaikan tidak mahu lepas. Pergerakan dia seolah tidak dapat dikawal oleh akal fikirannya.
“Saya rindukan awak... Rindu sangat-sangat,” ucapnya penuh syahdu.
“Ana!” Jerkah Haydar. Bahu Afina dicengkam menjauhinya. Dia tersentap bila terasa ada seseorang memeluk dia. Bila dia buka mata jelas gadis itu memeluk dia.
Afina pandang wajah Haydar dengan cecair jernih bertakung dikelopak mata. Dia sendiri tak sangka yang dia akan memeluk lelaki itu. “Maaf…” Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.
Haydar masih merenung tajam.
Afina tak senang duduk. “Sa...saya se..sebenarnya… Rindukan tunang saya. Masa awak mengeluarkan kata-kata yang menyayatkan hati saya terus saya teringatkan tunang saya.”
Afina menundukkan pandangan. ‘Ya Allah…apa yang aku sudah lakukan ini. Rahsia aku hampir terbongkar. Harap-harap dia tak perasan,doa afina dalam hati.
Haydar mengeluh berat sebelum melepaskan bahu Afina. Hatinya semakin resah dengan debaran jantungnya yang tidak keruan.




Berikan Aku...Secebis Kebahagiaan

Bab 24
2 jam berada dalam perut bas dia turun sebaik bas berhenti di terminal. Kaki menjejak bumi temerloh buat kali pertamanya selepas 12 tahun dia tinggalkan tanah ini. Segala kisah hidupnya bermula di sini. Misi dia ke sini adalah untuk mencari ayah kandungnya dan memaksa lelaki itu untuk membenarkan hakim mewalikannya di hari perkahwinan dia nanti.
Beg pakaian dibimbit untuk mencari kenderaan awam. Tiba-tiba terdengar bisikan dari orang sekeliling sambil memandang ke arahnya. Afina menilik badan tubuhnya sendiri. Dia hanya mengenakan t-shirt tanpa lengan ditutupi dengan jaket berbulu yang berwarna hitam serta skhirt pendek dan seluar denim ketat juga berwarna hitam. Akhir sekali kepalanya ditutupi topi berjaring juga berwarna hitam. Hari ini dia serba hitam termasuklah beg tangan yang tersangkut di bahu kanannya.
‘Apa yang pelik dengan pemakaian dia sekarang?’ soal Afina sendiri. Oh, lupa dia sekarang di Temerloh bukan di KL sana! Bebas mengenakan sebarang pakaian. Ah! Dia peduli apa? Diakan seorang designer. Lantakla orang nak cakap apa. Asalkan dia bahagia.
“Teksi! Teksi cik.”
Suara pak cik teksi mencari penumpang menerna di telinganya. Dia menghampiri lelaki separuh abad itu. “Saya nak ke tempat ni boleh?” Tanya Afina seraya menunjukkan alamat yang tertulis di kertas.
“Baiklah, jom.” Pelawa lelaki itu seraya membuka pintu untuk Afina.
Sebaik teksi itu meluncur pergi, Afina menarik ipadnya dari beg tangan. Mesej ditaip untuk mengkhabarkan bahawa dia selamat sampai di bumi Temerloh kepada Kak Ruby di Subang Jaya sana. Semasa dia memasukkan semula ipadnya ke dalam beg tangan, matanya menyorot ke luar tingkap teksi. Sungai Pahang sedang dilaluinya sekarang. Satu perasaan tiba-tiba menyentuh hatinya.
“Pak cik, tolong berhenti,” pintanya kepada pemandu teksi itu. Dia mahu turun di sini.
“ Cik, ini bukan tempat yang cik nak pergi,” dalih si pemandu pelik. Kereta diperlahankan dan signal untuk berhenti di bahu jalan diberikan.
“Tak pe pak cik, saya nak turun dekat sini. Berapa ya?” Afina malas berbahas pasal tempat tujunya. Yang penting dia mahu turun dekat sini sekarang.
“Hmm... baiklah. Tiga ringgit cik.”
Afina mencapai wang bernilai sepuluh ringgit dari dompetnya kemudian dihulurkan kepada pemandu itu. “Saya tak de duit kecil. Yang lebih tu anggap saya rezeki pak cik,” ujar Afina. Beg pakaian dicapai lalu melangkah keluar dari perut teksi itu.
Pak cik itu mengeluh lembut sebelum memanjat kesyukuran atas rezekinya pada petang itu. Tak sempat bersuara gadis itu dah pun menutup pintu teksinya dan mengatur langkah menuju ke pokok besar. Tidak lama kemudian dia memberi signal untuk masuk ke jalan raya lalu meluncur pergi.
Beg di tangan diletakkan di benteng tembok yang disedia ada di sepanjang sungai itu. Dia memeluk tubuh. Rambut yang panjang tersarung topi di biarkan bebas mengurai ditiup angin waktu petang. Tiba-tiba air matanya mengalir tanpa dipinta.
‘Di sinilah segala kenangan suka duka aku yang terkubur hanya kerana pengkhianatan sebuah janji.’ Tutur Afina sambil memerhati kawasan air sungai yang mengalir tenang. Tempat ini tak banyak berubah. Pokok dan batu-bata yang besar  masih ada. Cuma sekarang ada wakaf di gigi sungai dan sebuah jambatan gantung telah dibina.  12 tahun dia tinggalkan bumi Malaysia tapi tak mampu memadamkan segala memori dicipta bersama seorang lelaki begitu saja. Sungguh dia sangat rindu zaman silamnya.
“Kamu menangis lagi ke?”
Lamunannya dibawa terbang bersama angin petang sebaik terdengar suara seorang kanak-kanak lelaki. Afina terus mengalih pandangannya pada budak itu. Dia melihat seorang budak perempuan tersendu-sendu menahan tangisan di sebuah batu sederhana besar di hujung sana. Bila terpandang batu besar memori lama kembali segar. Di situlah tempat dia mengadu- domba pada seseorang yang telahh mengajarnya erti kebahagian  hidup di dunia ini.
“Jangan  nangis lagi, saya akan ada  sentiasa untuk lindungi awak dari sebarang masalah. percayalah,” tutur budak lelaki itu bersungguh.
Afina tersentap kata-kata budak itu benar-benar menusuk kalbunya. Itu jugalaah kata-kata semangat orang dicintainya selama ini.
“Haydar Firdaus.” Ucapnya dengan penuh syahdu. Lelaki yang pernah bertahta dan tak akan mati dalam hatinya walaupun dia bakal bergelar isteri orang nanti.
‘Di mana dia sekarang? Masihkah dia masih menanti aku? Atau adakah dia sudah mempunyai keluarga? Aku sangat rindukan dia…” Rintih Afina seorang diri air matanya semakin lebat lantas disekat perlahan.
‘Tapi kenapa dia tak datang temui aku waktu itu? Kenapa? Kalau dia datang? Kalau tak  aku pasti tidak akan tinggalkan dia. Aku juga tak jadi macam ni? Kenapa Fir? Kenapa?!’ Jerit Anne dalam hati. Dia teresak-esak.
“Kakak… kenapa?” Tegur seorang budak lelaki tadi. Pelik bila melihat seorang perempuan tersendu-sendu menahan tangisan.
Afina lantas menoleh dengan mata yang masih merah berair?
“Akak ada masalah ke?”soalnya lagi.
Afina hanya tersenyum kelat kemudian menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu saya pergi dulu ya, kak? Jom Rina.” Pinta budak lelaki itu.
Afina mengangguk perlahan-lahan. Dia memerhatikan setiap langkah budak lelaki yang berpimpingan tangan dengan kawan perempuannya sehingga hilang dari pandangannya. Dia menatap jam tangan di pergelangan seketika. Kemudian dia mendongak ke kaki langit. Matahari sudah mahu terbenam. Suasana yang sungguh indah dan damai membuatkan hatinya kembali tenang dengan ciptaan Tuhan itu. Pandangan itu selalu disaksikannya bersama Haydar suatu ketika dahulu. Dia rindu akan saat-saat itu.
Dia mengeluh perlahan kemudian memusingkan badannya, mencari teksi sekali lagi untuk mencari alamat rumah ayah kandunganya. Sebaik dia menoleh ke belakang, dia baru sedar yang dia ke seorangan di tasik itu. Waktu senja petang bertukar menjadi waktu malam kelam. Hatinya tiba-tiba gusar. Dia sangat takutkan waktu gelap. Tidur malam pun dia akan pasang lampu. Sebab suasana gelap membuatkan dia akan teringat sejarah  kembali menghantuinya. Dia menyesal kerana terlalu asyik dengana keindahan sampaikan dia tidak sedar waktu hampir senja. Dia menjadi gementar lalu mengagau telefon bimbit di beg tangan dengan tergesa-gesa.Tindakannya itu menyebabkan telefonnya tidak dapat dicapai oleh tangannya.
‘Kat mana telefon aku ni? Ya Allah mana ni.’ Resahnya sendiri.
Tiba-tiba ada dua orang pemuda yang membonceng motorsikal lalu di kawasan itu. Mereka bersiul-siul pada Afina yang sibuk mencari ipadnya.
“Fewiiit awek cunlah. Assalamulaikum tak jawab dosa. Boleh kenal?” Suara-suara nakal kedengaran dari pemuda bermotor itu.
Tubuh Afina mengigil dan terkaku sendiri. Para pemuda itu semakin menghampiri dia.
“Hai, si cantik! Nak ke mana ni? Boleh abang hantar kan?” tanya pemuda itu dengan suara miang. Seorang lagi ketawa terbahak-bahak. Pemuda itu tidak puas hati bila Afina tidak memberi respon. Salah seorang dari pemuda itu memberi isyarat mata supaya memegang Afina. Mengerti isyarat itu lelaki itu menerpa ke arah Afina lalu mengcengkam kedua belah bahu gadis itu.
“Lepaslah!” marah Afina kasar sambil meronta-ronta.
“Kalau tak nak?” Pemuda itu cuba mengusik nakal.
“Tolong!Tolong!” tanpa membuang masa Afina menjerit meminta pertolongan.
“Jeritlah sayang... Kat sini tak de orang.Hanya kita bertiga je yang ada,” suara para pemuda itu dengan suara galak. Tak membuang waktu mereka dengan rakus para pemuda itu mengoyak lengan jaket Afina sehingga terdedah separuh tubunya.
Afina meronta-ronta cuba menendang makhluk Allah yang keji itu. Tapi malangnya kaki dia telah dipegang oleh seorang lagi pemuda. Badannya dibaringkan ke tanah.Air matanya merembas keluar dengan laju.
“Tidak! Jangan apa-apakan aku! Tolong!” Jerit Afina sekuat hati.
‘Ya Allah cukuplah sekali peristiwa hitam itu aku tak mahu ia kembali lagi. Tolonglah selamatkan aku. Tak de ke manusia yang baik hati mahu menolong aku?’ Rintih Afina di dalam hatinya.
Haydar yang memandu untuk pulang ke rumahnya, perasan ada dua orang pemuda cuba melakukan perbuatan tidak senonoh waktu-waktu senja begini. ‘Ah!’ Keluhnya berat. Dia memarkir keretanya di bahu jalan kemudian membolos keluar untuk menyelamatkan si gadis malang itu.
“Hoi! Kamu berdua buat apa tu?!” sergah Haydar dengan wajah serius.
Para pemuda itu terus berpaling. “Abang Haydarlah! Jom blah!” laung salah seorang pemuda itu sambil membuka langkah seribu. Mereka sempat mengambil beg tangan kepunyaan Afina. Dah tak dapat tuan, beg tangan pun jadilah.
“Nak lari ke mana tu?” Pekik Haydar cuba mengejar pemuda-muda itu. Tapi pemuda itu memecut motor dengan lajunya. Tidak terdaya untuk dia mengejar.
“Cik okey ke?” Soal Haydar sambil termengah sebaik mendekati gadis itu.
Afina masih mengigil sambil memeluk badan sendiri. Haydar mengeluh lembut seraya membuka jaket coklatnya. Dia duduk bercangkuk mahu menutupi tubuh Afina yang separuh terdedah itu.
“Jangan sentuh saya!” Jerit Afina bersama air mata yang masih mengalir. Dia mengesot ke belakang sedikit.
“Okey-okey... Saya cuma nak selamatkan awak aje. Nah, pakai jaket saya! Baju awak terkoyak tu. Kalau nampak dekat orang nanti, lain pula jadinya,” tegas suara Haydar cuba memujuk gadis itu.
Bahu Afina terhenjut-henjut menahan sendu. Wajah lelaki yang baru menyelamatkan maruah dirinya ditatap sayu. Sesaat kemudian dia mengambil jaket di tangan lelaki itu lalu disarungkan ke tubuhnya.
“Cik tinggal dekat mana, nanti saya tolong hantar?” Tanya Haydar seraya bangkit dari duduk.
Afina diam.
Haydar mengeluh. “Cik tinggal dekat mana?” soal Haydar sekali lagi. Sabarnya semakin menipis. Badannya semakin penat dan letih.
“Sudah tahu kita tu perempuan, masih nak keluar senja-senja begini dengan pakaian sendat sana sini. Kan dah berlaku kejadian tak elok!” Bebel Haydar. Mata masih menatap wajah sayu itu.
“Saya bukan orang sini.” Akhirnya Afina bersuara. “Saya datang sini nak cari ayah saya... Tak tahu pula nak jadi macam ni. Kalau tahu… Sumpah saya tak akan singgah sini!” sambungnya. Kedengaran agak sinis. Cuba membela diri bila terasa pemakaiannya dikutuk oleh lelaki itu.
Haydar meraup rambutnya ke belakang. Sesaat kemudian dia bercekak pinggang. “So sekarang cik nak ke mana? Waktu maghrib pun dah dekat, lebih baik saya hantar cik ke tempat yang cik nak tuju.”
“Beg tangan saya hilang. Alamat rumah tu ada dalam tu. Telefon serta duit saya juga ada dalam tu. Saya nak telefon diorang pun, saya tak ingat nombor,” ujar Afina separuh sayu.
Mulut Haydar terlopong seketika. Dia baru tersedar dua orang pemuda itu telah mengambil beg tangan gadis yang malang di hadapannya sekarang. “Jadi cik tak tahulah nak tuju ke mana ni?”
Afina menggeleng. Haydar mengeluh.
“Kalau macam tu, apa kata saya tumpangkan cik bermalam di rumah saya dulu?” Cadang Haydar.
Afina mengangguk. Anak mata mereka bertaut seketika. Dan di saat itu juga jantung mereka berdetik. Masing-masing kalih ke arah lain.
‘Kenapa dengan jantung aku ni?’ Soal Haydar dalam hati.
Afina pegang dadanya. ‘Perasaan ni datang lagi. Tapi kenapa dengan lelaki ini? Aku tak kenal dia.’
“Ehem!” Haydar berdehem sedikit. Cuba menenangkan resahan di hatinya. “Jomlah, hari dah senja ni.” Ajak Haydar seraya melangkah ke arah kereta vios silver miliknya.
Afina mengambil beg pakaian dan terkonco-konco membontot lelaki di hadapanya. “Terima kasih encik. Terima kasih kerana selamatkan saya,” ucap Afina sebaik selamat duduk di kerusi hadapan.
Haydar yang selesai memakai seltbeat kalih. “Tak de apa-apa. Kalau orang lain pun pasti mereka akan buat perkara yang sama juga,” jawab Haydar lalu menghidupkan enjin keretanya dan meluncur membelah jalan raya.
Afina berpaling ke sebelah kirinya sambil tersenyum kelat. “Tadi tak de sorang pun nak bantu saya kecuali awak!”ujarnya perlahan.
“Maaf? Cik cakap apa?” Celah Haydar tiba-tiba.
Afina kalih kemudian menggeleng. “Nama saya Ana Diana. Nama encik?”
“Panggil aje Haydar.”
“Ha..Haydar?” Mata Afina membuntang. Wajah lelaki itu ditatap dengan wajah penuh persoalan.
“Sebenarnya Cik Ana ni, berpisah dengan keluarga ke? Sampaikan rumah sendiri tak kenal?”
Afina mengeluh kemudian memeluk tubuh sendiri. “Ayah tinggalkan saya sejak kecil lagi, saya dapat tahu yang ayah tinggal di Temerloh. Sebab itu saya ke sini. Nak satukan keluarga kami yang lama berpisah.” Cerita Afina dengan nada sayu. Dalam hati dah menyampah dengan ayahnya. Lelaki paling kejam. Lelaki yang sanggup jual anak sendiri kerana harta!
“Maafkan saya. Saya tak tahu pula cerita Cik Ana sangat menyedihkan,”
“Tak perlu minta maaf, saya dah biasa.”
Masing-masing menyepi melayang perasaan sehingga Haydar bersuara kembali. “Okey kita dah sampai.”
Afina pandang sekeliling seketika. Tak lama kemudian dia menoleh kea rah Haydar. Dahinya berkerut. Otak mula bekerja cuba mengingati sesuatu. Tempat ini seakan dekat dengan aku. Tapi aku tak dapat nak ingat.
“Cik Ana tak nak keluar ke?” suara Haydar. Dia kini sudah berada di luar kereta.
Afina terpinga-pinga terus mencapai beg pakaiannya, keluar dan membontot langkah Haydar untuk masuk ke dalam rumah. Haydar mengeluarkan gugusan anak kunci lalu membuka mangga dan pintu rumah.
“Jemput masuklah Cik Ana. Mak usu dan pak usu saya masa gini kat suraulah,”jemput Haydar sambil membuka daun pintu selebar yang mungkin. Mahu mengelak dari difitnah nanti.
Afina melangkah masuk dengan langkah perlahan-perlahan sambil tertinjau. Sungguh dia pernah ke sini. Tapi kalau ya pun dia pernah ke sini… Apa kaitan dengan lelaki itu?
“Cik Ana bolehlah tumpang tidur di bilik sepupu saya, mereka kerja dekat Perak sekarang,” ujar Haydar memecahkan lamunan Afina.
“Errr… terima kasih Encik Haydar. Maaf menyusahkan awak,” pinta Afina seraya mendekati Haydar.
Haydar beralih sedikit. Tak betah dia berdekatan dengan gadis itu. Ada getar hebat terasa. “Masuklah berehatlah dulu, nanti kalau ada apa-apa panggil saya dekat bilik sebelah.” Haydar mahu masuk ke biliknya.
“Encik Haydar,” panggil Afina tiba-tiba.
“Ya,  ada apa Cik Ana?” Soal Haydar kembali. Tangan yang mahu memulas tombol pintu tidak menjadi.
Afina gigit bibir sendiri. Niat di hati mahu menanyakan beberapa soalan kepada lelaki itu. Tapi lain pula yang terkeluar dari mulutnya. “Boleh tak jangan panggil saya dengan panggilan cik. Saya tak selesa,”
“Oh, itu ke?” Haydar gelak kecil. “Baiklah, kalau itu dah permintaan awak. Saya akan panggil nama awak terus ya, Ana? Ana, saya pun ada permintaan yang sama juga. Saya nak Ana panggil nama saya Haydar. Bukannya Encik Haydar. Bolehkan macam tu? Baru deal.”
Afina mengangguk kecil. Tak jemu Afina menatap wajah yang suci dari sebarang misai mahupun janggut itu. Sungguh tenang dan mendamaikan hati wanitanya. Perasaan itu hadir sendiri. Tak sama ketika dia bersama Hadry. Bakal suaminya nanti.
“Dah tak de apa-apa nak ditanyakan? Saya nak masuk mandi kemudian nak solat maghrib. Kalau Ana nak solat kain telekung dan sejadah semua dah ada dalam tu.” Usai berkata Haydar terus menghilang ke dalam biliknya.
Afina tersentap. Solat? Dah lama aku tak dengar perkataan itu. Nak tunaikan pun sudah lama dia tinggal. Dia masuk ke bilik yang sederhana besar itu. Cantik! Dekorasinya sungguh sesuai dengan keadaan bilik itu. Keadaan bilik dipandang sehingga dia melabuh duduk di tilam. Asyik memerhati, tiba-tiba matanya tertancap pada satu frame gambar keluarga. Terus dia bangkit dan mendekati gambar itu.
Lama dia menatap gambar keluarga itu dengan dahi berkerut. Tiba pada satu seoranag lelaki separuh abad. Api kebencian terbit di hatinya. ‘Ayah! Apa kaitan dengan lelaki tu? Siapa dia? Macamana ayah boleh ada gambar dalam keluarga ni? Siap berkopiah lagi? Dah insaf ke orang tua tu?’
“Anne jangan risau pasal itu. Kak Ruby dah siasat ayah Anne masih hidup. Dia sekarang tinggal di Temerloh lagi. Cuma yang berbeza dia dah kahwin dengan seorang janda anak seorang. Alamat rumah tu Kak Ruby akan dapatkan dengan Izue nanti. Anne bolehlah pergi cari dia untuk mewalikan Anne. Tak pun minta izin dengan dia membenarkan Anne kahwin berwalikan hakim nanti.” Afina teringat kata-kata Kak Ruby yang pernah dilontorkan kepada dia seminggu yang lalu.
‘Jadi betullah apa yang Kak Ruby bagitahu. Ayah dah ada keluarga lain. Dia nampak bahagia dalam gambar ni. Sudah terbukti ayah betul-betul berubah dan insaf. Sampaikan aku, anak dia sendiri dilupakan. Semuanya salah ayah aku jadi macam ni! Kenapa ayah, kenapa? Tak sangka akhirnya aku dah jumpa dengan ayah di sini. Tak perlu lagi aku bersusah mencarinya lagi.’
Usai membersihkan badan, Afina membuka beg pakaiannya. Dia mencapai baju tidur yang yang berlengan pendek. Seluarnya pun pendek, atas pada lutut. Rambut yang basah dibiarkan bebas tanpa ikatan mahupun sanggulan. Dia keluar dari bilik itu. Tiba-tiba telinga dapat menangkap satu suara sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Sungguh menyusuk kalbunya. Dia dapat mengagak Haydar jenis lelaki yang baik dan soleh.
Afina masuk ke ruang tamu. Sofa yang sememangnya ada di situ dia melabuh duduk seraya menarik surat khabar di bawah meja bulat hadapannya. Sehelai demi sehelai dibelek saja tanpa membacanya. Tak berjaya menarik perhatiannya, dia meletakkan kembali surat khabar itu ke tempat asalnya. Sebuah keluhan dilepaskan. Matanya melilau sekeliling. Bosan!
Matanya terpaku pada satu dompet di tepi peti televisyen. Dia bangkit terus mengambil dompet itu. Sebelum membuka dia pandang kiri kana takut tertangkap nanti. Keadaan selamat. Perlahan-lahan dia membuka dompet. Kad pengenalan lelaki yang bernama Haydar Firdaus jelas tertera. Terbeliak mata Afina sebaik nampak nama itu.
“Haydar Firdaus bin Hamdan… Dia.. Dialah lelaki yang pernah dan tak akan pudar dalam hatiku.” Tutur Afina perlahan. Air matanya tiba-tiba menitis. Lemah lututnya pada saat itu namun dia sempat bertongkat pada almari cabinet itu. Dompet di tangan hampir terlepas. Afina cepat-cepat meletakkan dompet itu kembali dan segera mengesat air mata yang sudah gugur itu sebaik mendengar bunyi daun pintu dibuka dari dalam.
“Eh, Ana! Dah siap solat?” Soal Haydar. Dia hampir melompat. Terkejut. Sebaik berpaling tengok-tengok gadis itu sudah ada di situ.
“Ya,” jawab Afina ringkas. Matanya dilarikan. Tak sanggup nak berhadapan dengan lelaki itu. Lelaki yang mengajar dia erti rasa sakitnya menanggung kerinduan. Kalau tak ingatkan rancangnya, mahu saja dia memeluk tubuh lelaki itu. Dan berkata, Fir, Fina dah kembali!
Haydar turut kalih. Tengok keadaan Afina sekarang boleh sakit jantung dia. Nasib baik iman ada walaupun senipis kulit bawang . Bolehlah dia menahan sabar. “Err… Ana. Kalau saya nak minta sesuatu boleh tak?”
“Apa?”
“Assalamualaikum!”
Tiba-tiba kedengaran ada orang memberi salam dari luar rumah. “Fir, kenapa buka pintu luas-luas ni? Nanti nyamuk masuk.” Rupanya Mak Usu Anis sudah balik dari surau.
Bicara Haydar terbantut. Dia terus kalih. “Mak usu dah balik?”
“Ya. Eh! Siapa ni? Kawan kamu ke, Fir?” soal Mak Usu Anis dengan wajah berkerut. Gadis di hadapannya dipandang dari atas hingga ke bawah. ‘Ya Allah, budak ni! Ada ke patut berpakaian macam ni dalam rumah aku? Tak jaga aurat langsung!’
Haydar seakan menyedari pandangan pelik dari mak usunya. Dia terus menukar topik. Wanita  itu terus dia mendekati. “Mak usu bawa balik lauk ke?” ujar seraya mengambil bungkusan di tangan wanita itu.
“Aah, tadi surai ada buat makan sikit, diorang kasi sikit sorang. Ambiklah bawa ke dapur, mak usu nak masuk salin pakaian dulu.”
Haydar mengangguk. “Ana, awak duduk sini dulu ya? Saya nak hidangkan makanan. Nanti siap saya panggil.” Haydar berlari anak untuk mengejar langkah mak usunya.
“Mak usu!” Panggilnya.
Mak Usu Anis tak sempat nak pegang tombol pintu terus berpaling. “Ada apa Fir?”
Haydar mendekati lalu membisikkan sesuatu. “Macam ni… mak usu ada pakaian yang sesuai untuk kawan saya tu?”
Mak Usu Anis berkerut sedikit kemudian dia mengangguk. “Tunggu sekejap, nanti mak usu ambilkan.” Mak Usu Anis menghilang dari biliknya. Beberapa minit kemudian…
“Nah, mak usu rasa baju ni sesuai kot! Jangan nak lama Fir.” Sempat lagi Mak Usu Anis berpesan. Bungkusan lauk di tangan Haydar diambil kembali.
“Baiklah mak usu.” Haydar tayang senyum. Tahu sangat dengan maksud mak usunya itu. Dia mengatur langkah mendekati Afina yang masih duduk bersahaja di sofa.
“Hmmm… Ana, maafkan saya. Boleh tak awak salin pakaian awak tu dengan pakaian ni?”
Afina nampak blur. Haydar garu belakang lehernya. Serba salah jadinya.
“Dekat rumah ni, ada dua orang lelaki… Saya dan pak usu saya… Dengan pakaian awak macam ni… Saya harap awak faham.”  Haydar bertutur dengan lembut.
Afina segera jatuhkan pandangan pada tubuh badannya sendiri. ‘Seksi sangat ke? Selama kini aku pakai lebih teruk dari ini orang tak de kata apa pun? Hmmm.. nampaknya aku dah silap masuk rumah. Ayah sendiri pun nampak macam orang alim, jadi tak hairanlah kalau Firdaus suruh aku tutup aurat. Nasib kaulah Afina.’
“Tukar ya? Saya pergi ke dapur dulu.” Haydar meminta izin untuk ke dapur.
Afina tengok saja baju yang diberikan kepadanya seketika sebelum dia menapak masuk ke bilik untuk menukar pakaian itu.
“Fir, jelaskan pada mak usu, siapa perempuan tu? Apa kaitan dengan Fir? Pakai baju macam tak cukup kain. Rambut pula bebas tak bertudung. Ish, tak berkenan betul mak usu!”
“Mak usu… Jangan kuat sangat! Nanti dengan dekat Ana, apa pula kata dia?” Haydar menegur lembut mak saudaranya.Mak Usu Anis memcemik.
“ Fir tak kenal pun dia. Masa nak balik tadi, Fir terjumpa dia nak kena perkosa dengan budak-budak nakal.”
“Memang patut pun nak kena! Sebab pakai baju tak cukup benang aje,”tempelak Mak Usu Anis pantas. Mencantas cerita Haydar.
“Mak usu…”Haydar menegur.
“Iyalah. Cepatlah sambung ceritanya.” Mak Usu Anis mengalah.
“Fir tanya dia, mana rumah dia. Fir nak tolong hantarkan. Dia cakap dia sedang mencari ayah kandungnya yang telah tinggal dia. Tapi beg tangan dia kena ragut oleh budak-budak tu dan alamat dan segala benda penting ada dalam beg tangan dia. Dia tak tahu nak tuju ke mana, sebab tu Fir bawa dia ke sini. Fir akan bawa dia ke balai nanti. Takut-takut saudara mara dia buat laporan.”
“Laa macam tu ke? Hmmm… kesian jugak kat dia. Tak pelah, buat masa sekarang mak usu benarkan dia tinggal di sini. Tapi mak usu tak tipu, mak usu memang tak berkenan dengan pemakaian dia. Mak usu tak nak Fir terpikat dengan dia pula.”
“Mak usu… ke situ pulak mak usu duk fikirkan. Hati saya cuma ada Afina sorang aje.”
“Iyalah. Mak usu tahu. Tapi mak usu berkenan kalau Fir dan Suria dapat bersatu nanti.” Haydar mengeluh.
Sementara di ruang tamu, Afina bosan bersendirian. Sesekejap dia toleh kiri kanan. Tiba-tiba ada satu suara garau memberi salam. Hatinya berdebar hebat.
“Assalamualaikum,” Pak cik Husin yang baru dari surau terus melangkah naik ke rumahnya. Sebaik daun pintu di selak dari luar dia terkejut kerana ada tetamu yang bertandang ke rumahnya.
Afina bangkit dengar segera. Mata mereka saling bertautan seketika. Betul tekaan dia. Itulahlah ayahnya. Ayah yang telah membawa dia ke lembah hinaan.