Saturday, 13 September 2014

Berikan Aku.. Secebis Bahagia

Bab 23
Perbincangan pasal butik yang hendak dibeli itu, diadakan di sebuah restoran yang berdekatan dengan Pantai Dalam memandangkan Afina ada hal di RTM Angkasapuri. Hadry yang setengah jam awal, setia menanti. Dia tiba dari Temerloh sejak petang semalam lagi. Dia menyewa hotel di Damansara kerana dia ada ikat perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat di situ. Dari sini Hadry sudah tersenyum panjang sebaik melihat kelibat Afina dan Kak Ruby melangkah masuk ke dalam restoran itu.
“Maaf kami lewat sikit, jam,” pohon Afina sebaik mereka tiba di hadapan lelaki itu.
Hadry bangkit kemudian dia ukir senyum. “Tak pe saya faham. Silalah duduk,” pelawanya.
“Eh, koranglah yang duduk berbincang ya. Kak Ruby nak keluar cari angin sekejap.” Tiba-tiba Kak Ruby bersuara sambil tersenyum bermakna.
“Kak nak pergi mana pulak?” soal Afina lurus.
“Alah, Anne duduklah bincang dengan Hadry. Soal Kak Ruby tak payah ambil peduli, ya,” ujar Kak Ruby seraya mencubit lembut pipi gadis itu. “Oh ya Hadry, dah pandai keluar temu janji pandai-pandai hantar baliklah ya?” seloroh Kak Ruby sebelum beredar dari situ.
Afina kerut dahi. Hadry sudah terkekek. Faham dengan maksud kata-kata Kak Ruby itu.
“Sebab tu saya tak suka tinggal dekat KL, jalan tak pernah nak tenang,” ujar Hadry sebaik melabuhkan duduk di kerusi.
Afina hanya senyum nipis. Malas nak komen tentang kehidupan di kota raya. Beg tangan diletakkan di atas meja sebelum melabuh duduk di hadapan Hadry.
“Makanlah Anne, saya dah pesan ais kacang cendol untuk awak tu,” pelawa Hadry sambil tersenyum lebar.
Afina angkat kening sebelah. Wajah Hadry di pandang. “Macam mana tahu saya suka makan ais kacang cendol ni?”
“Siapa lagi kalau bukan Kak Ruby,” jawab Hadry laju.
“Ooo... sekarang ni, Kak Ruby dah jadi sekutu awaklah, ya? Pandai!”
Hadry tergelak kuat tanpa menghiraukan para pelanggan yang lain. “Mestilah, nak pikat adik kena pandai ambik hati kakaknya dulu,” seloroh Hadry seraya mengenyitkan matanya sebelah.
Afina memcebik. Ais kacang cendol yang sedia terhidang di meja dikacau sedikit sebelum menyudu masuk ke mulut. Sebaik ais itu masuk ke mulut, dia rasakan ada sesuatu yang keras di dalam mulutnya. Dengan segera dia meludah kembali ke dalam sudu. Matanya membulat besar. Sebentuk cincin belah rotan keluar dari mulutnya. Hadry dicari.
Hadry sengih. “Untuk awak,”
“Apa ni? Awak cuba nak lamar saya ke?”soal Afina masih cuak.
“Awak rasa?”
Afina mengeluh. “Tak terlalu cepat ke Hadry?”
Hadry turut mengeluh sama. Ingatkan kejutan yang dia buat dapat mengharukan perasaan gadis itu. Namun apa yang dia terima sebaliknya. Dia akui gadis itu sukar untuk dicairi dengan kejutan-kejutan spontan darinya. “Awak tak suka ke? Maaflah.”
Afina gigit jari. Dia tersilap cakap. Kalau dia terus menolak tak mustahil Hadry akan kecewa dan rancangan untuk dia terus balas dendam nanti akan musnah. “Err… bukan macam tu maksud saya. Saya sukakannya. Tapi…”
“Apa tapi-tapi lagi Anne? Kan saya dah bagitahu awak tentang perasaan saya. Saya sukakan awak. Saya cintakan awak sejak kita mula-mula bertembung dulu.” Hadry bermain dengan kata-kata. Dia sebenarnya takut. Takut pinangannya tidak diterima dan  Afina akan bertemu semula dengan Haydar si cinta pertama gadis itu. Akhirnya dia yang kecundang dan kecewa.
Afina jatuhkan pandangan pada cincin di sudu. Sesaat kemudian dia panggung wajah menatap Hadry kembali. “Kenapa begitu cepat awak nak lamar saya?” soal Afina sekali lagi.
“Kenapa? Awak tak percayakan saya?”
“Entahlah Hadry. Kita kenal tak sampai 3 bulan. Tup tup awak nak lamar saya. Awak pasti tentang keputusan awak? Awak tak takut kalau saya ada niat nak bolot  harta awak ke? Atau lain-lain?”  bertubi-tubi Afina melepaskan peluru soalan kepada Hadry.
“Kalau pasal itu, saya faham. Tapi… Saya atau awak yang syak ada sesuatu yang tak baik saya nak buat dekat awak?”  soal Hadry kembali.
Afina tersentap sendiri. Kata-kata Hadry seolah ditujukan kepada dirinya.
“Anne, saya faham. Tapi awak jangan risau. Sebelum saya buat keputusan untuk lamar awak, saya ada bincang dengan family saya dan Kak Ruby. Mereka semua setuju malah Kak Ruby lagi beria minta saya pinang awak, cuma dia minta saya tanya awak sendiri.”
Afina picit dahinya sekilas. ‘Ikut cakap Kak Ruby memanglah dia setuju. Sebabnya dia nak aku balas dendam cepat-cepat pada kaulah bodoh! Ah, Fina apa lagi yang kau duk tarik tali! Mangsa dah masuk lubang. Ngak teruslah! Lagi cepat… Lagilah cepat dendam kau tu terbalas.’
“Macamana Anne?” Hadry masih menanti. Dalam hatinya berkali-kali berdoa agar gadis itu bersetuju. Dah lama dia membujang menantikan kemunculan gadis itu. Kali ini dia tak akan membujang lagi… Gadis itu sudahpun ada di hadapannya sekarang.
“Baiklah, saya setuju.” Akhirnya terluah juga kata itu di mulut Afina.
Mata Hadry membulat besar dan bersinar-sinar. “Betul ke ni, Anne?” Soal dia lagi seakan tidak percaya.
“Saya cakap... saya setuju menerima lamaran awak. Puas hati?” ujar Afina sekali lagi dengan wajah dibuat ceria.
“Terima kasih Anne. Terima kasih…” Hadry terlalu gembira terus menggenggam kedua belah tangan Afina. Perasaan dia ketika ini … Mahu saja rangkul tubuh gadis itu kalau tidak memikirkan dia sekarang di tempat awam. Hadry masih tak sedar, penerimaan gadis itu ada sebabnya. Dia juga tak terfikir Afina terima dia sebab mahu membawa bencana dalam keluarganya nanti.
Afina senyum kelat. ‘Bodohnya kau Hadry Iskandar. Cerdiknya aku tak perlu goda kau lebih-lebih… Sebab kau sendiri yang masuk ke dalam sarang pemangsa kau sendiri.’
“Terima kasih sebab sudi hantar saya,” ujar Afina sebelum membolos keluar dari kereta Hadry.
“Anne...” Hadry mencapai lengan Afina. Menghalang gadis itu keluar dari kereta. “Jaga cincin tu elok-elok ya? Sebulan lagi saya bawa rombong… Awak akan jadi pengantin saya.”
Pandang Afina jatuh pada jari manis yang tersarung cincin. Fikiran kembali terlayar peristiwa dekat restoran tadi. Cincin belah rontan yang disarung oleh Hadry ke jari manisnya sebagai tanda pengikat hubungan mereka. Kemudian dia kalih pandang Hadry di sebelah. “Baiklah bakal tunang merangkap bakal suami. Saya akan jaga elok-elok,” canda Afina. Haydar tersenyum manis.
“Dahlah awak balik hotel dulu, malam nanti ada meeting pulakkan?” sambung dia lagi.
“Baiklah sayang, abang balik dulu. Nanti abang call, ya.”
Afina terkejut. Lamaran tak sampai sehari panggilan dah bertukar. Sayang sungguh Hadry pada dia. “Suka hati awaklah,” balas Afina. Panggilan itu tidak membuat dia teruja.
“Amboi, seronok nampak!” sergah Kak Ruby dari belakang sebaik Afina menjatuhkan tangannya dari terus melambai dan kereta Hadry pun dah menjauh pergi.
“Kak Ruby saja aje kan?” sela Afina sebaik berpaling ke belakang.
“Apa?” Kak Ruby buat tak faham.
“Jangan nak berpura-pura ya? Tadi Hadry dah bagitahu… Sebelum dia nak lamar Anne tadi, dia ada bincang dengan akak… kan?” Afina mengecilkan anak mata. Wajah Kak Ruby ditatap dengan penuh curiga.
Kak Ruby juling ke atas sesaat kemudian dia ketawa. “Opss! Sorry… Alah jangan marah. Bijak apa tindakkan Kak Ruby tu?” jawab Kak Ruby. Bahu Afina dirangkul seraya membawa gadis itu masuk ke dalam.
“Macamana tadi tadi?”tanya Kak Ruby pula dengan kening dijungkit berkali-kali.
Afina tayang jari manis kirinya. “Puas hati?” Soalnya seakan mengejek.
“Whoa!! Jadi Anne dah terimalah. Akhirnya Anne!” Kak Ruby menjerit keriangan terus memeluk tubuh Afina seerat mungkin. Ke dua pipi gadi itu dikucup bertubi-tubi.
“Bila nak langsung ni?” soal Kak Ruby sebaik rangkulan dileraikan.
“Hmm… dia cakap sebulan lagi. Dia tak mahu tunggu lama-lama. Dia cakap usia dia dah tak muda lagi.”
“Whaoo… cepat! Begitu cepat.” Kak Ruby terangguk-angguk.
“Dia nak tunang dan kahwin pada hari yang sama…” Afina membuka cerita.
Kak Ruby terkejut terus kalik sebelah.“Hah? Ada juga macam tu, habis Anne cakap apa?”
“Anne tak bantah langsung…Ikut suka dia. Bagi Anne, bagus jugak macam tu. Cepat sikit nak masuk dalam keluarga tu dan lagi cepat kita balas dendamkan?”
“Anne…. Hmmm…” Kak Ruby mengeluh tiba-tiba. “Walaupun itu matlamat kita, tapi Kak Ruby sedih. Setiap wanita mesti mahukan sebuah perkahwinan yang cukup sempurna sekali dalam seumur hidup mereka. Tapi Anne….”
“Kak, Anne tak perlukan semua tu. Cukuplah dendam Anne terbalas.”
Kak Ruby mencapai tangan kiri Afina. Jemari gadis itu diusap-usap. “Anne jangan risau, selesai urusan Anne di sini. Cari akak dekat Rusia nanti ya? Kak Ruby sentiasa ada untuk Anne. Akan menyinari hidup adik kakak ini.”
Afina terharu dan juga bersyukur kerana dikurniakan sebuah kelaurga angkat yang begitu menyayangi dirinya berbanding ayah kandungnya sendiri. Tubuh Kak Ruby dia rangkul. “Terima kasih kak. Terima kasih ada untuk Anne.”
“Tak perlu ucap terima kasih Anne. Hanya kita berdua sahaja yang ada. Mama dan dady dah amanahkan akak untuk jaga Anne. Kebahagian Anne kebahagian Kak Ruby juga.”
 Mereka saling berpelukkan. Pelukan kasih sayang seorang kakak dan adik yang tidak mempunyai darah daging.

Sebaik makan malam Afina termenung di hadapan skrin laptopnya. Baru sekejap tadi dia berchatting dengan Hadry di halaman muka buku. Hadry pandai bermain-main kata. Butiran kata yang kelaur dari mulutnya sungguh berbisa. Afina kadang-kadang terfikir sendiri. Betul ke Hadry mahu mengahwini dia atas dasar cinta pandang pertama atau ada muslihat lain. Dia keliru sendiri.
“Anne, kenapa ni?” tegur Kak Ruby sebaik keluar dari bilik air. Tuala kecil di bahu ditarik lalu mengelap wajahnya yang masih basah disirami air.
“Anne masih keliru lagi dengan Hadry, kak,” luah Afina sambil mengeluh. Dia menolak laptopnya ke tepi seraya membetulkan kedudukannya di katil.
“Keliru apa lagi? Dia sudah bagi tanda yang dia memang lamar Anne. Malah siap bagi tarikh lagi! Itu bermakna dia benar-benar nakkan Anne. Apa lagi nak fikirkan?” Kak Ruby melabuh duduk di katil.
“Entahlah kak. Anne harap semuanya berjalan dengan lancar sama seperti apa yang kita rancangkan. Hmmm… sudahlah. Jom kita tidur.” Afina membaringkan tubuhnya seraya menarik selimut di kaki.
Kak Ruby mengangguk sebelum membaringkan tubuh. Mereka berkongsi selimut yang sama. “Kak harap pun begitu,” balas Kak Ruby sambil memejam mata. Dia membelakangi Afina di sebelah. Merehatkan tubuh yang sangat letih sepanjang hari bekerja.
Afina masih terkebil-kebil memandang kipas siling berputar ligat. Sesekejap dia mengeluh. Segala memori silam menerjah di otaknya sekarang. Penderitaan hidup bermula ketika ayahnya gila judi. Ibu pula ketagih lelaki seperti seorang pelacur murahan. Bertemu dengan Tuan Haris yang dianggap ayah sendiri. Tapi lain pula di pihak lelaki tua itu. Di mana dia hampir diperkosa oleh lelaki jahanam itu. Berkenalan pula dengan lelaki bernama Haydar Firdaus. Lelaki yang mengajar dia erti rasa rindu dan cinta .Tapi semuanya hancur bila lelaki itu menghilang semasa mereka berjanji mahu larikan diri dari genggaman Tuan Haris. Tiba-tiba air mata memanaskan kelopak matanya. Dia tidur bertemankan sendu sendiri.
“Fina… Fina nak lari ke mana? Abang datang ni sayang…”
“Aku dah tak tahan lagi, aku nak kau layan aku malam ini juga?!”
“Apa kena dengan uncle ni? Kan kita dah janji tak akan lakukan perkara terkutuk itu selagi kita tak kahwin?!”
“Ah, aku tak peduli semua tu! Aku dah lama bersabar. Bersabar sampaikan kau nak larikan diri dengan kekasih kau tu kan? Lagipun dulu dengan mak kau yang masih ada suami aku boleh lakukan. Inikan pula kau yang masih anak dara. Lagi senang nak lakukan. Tak de siapa nak larang dan marah!”
 “Uncle.. bawa mengucap uncle, ingatkan Allah. Dia sentiasa melihat kita.
“Aku tak perlu semua itu. malam ini kau akan menjadi milik aku Afina. Milik aku!”
“Argghh!! Tak uncle tak!” Jerit Afina sambil meronta-ronta. Sebaik tubuh Tuan Haris mahu menerjah dia bertekik kemudian tersedar. Dia bangkit duduk seraya meraup wajahnya berkali-kali.
 “Aku mimpi rupanya. Ya Allahh....”
“Anne! Kenapa ni?!” Soal Kak Ruby turut terkejut sama. Pekikan Afina terlalu kuat menyedarkan dia dari terlena. Jam loceng di sebelah di kerling. Baru menunjukkan jam 1 pagi.
“Kak... Kak Ruby.. Anne... Anne mimpikan  Uncle Haris,” rengek Afina bersama air mata berjuntai turun.
Kak Ruby tersentap seketika kemudian dia cepat-cepat merangkul tubuh Afina. “Sabar Anne. Itu cuma mainan tidur. Lelaki jahanam tu kan dah mati. Jangan risau.” Dia cuba memujuk.
“Tak. Anne nampak dia. Dia cuba nak rogol Anne lagi kak... Anne takut. Anne tak nak kahwin dengan dia. Tak nak kahwin dengan Hadry. Anne takut....” rengek Afina lagi. Dia membalas pelukan kakak angkatnya itu. Cukup kemas.
Kepala Afina diusap lembut. Dia faham perasaan Afina ketika itu. Afina sekarang ada penyakit trauma jika ada mana-mana lelaki cuba sentuh dia secara mengejut. “Anne... Syyh... Kak Ruby ada di sisi Anne.”
“Anne tak nak kahwin kak. Macamana kita nak balas dendam ni... Anne takut nak kahwin.”
Kak Ruby berfikir sejenak. Dia harus cari jalan untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh adik angkatnya itu. Tiba-tiba dia ada idea. “Anne...” panggilnya. Bahu Afina ditolak ke belakang sedikit. “Kita jumpa bomoh. Kita pergi jumpa bomoh.”
“Untuk apa kak?” Soal Afina cuak.
Kak Ruby hanya tersenyum. “Tak pe, nanti kita bincang esok. Sekarang akak nak Anne tidur.” Kak Ruby membaringkan Afina perlahan-lahan ke katil. Selimut di tarik sedikit menyelimuti gadis itu.
“Anne takut nak pejam mata kak?” adu Afina membuat Kak Ruby terkekek sendiri.
“Meh akak tolong peluk.” Kak Ruby memeluk Afina sambil mendodoi gadis itu.
Ketakutan yang menjalar kembali reda bila Kak Ruby cuba menenangkan dirinya. Perlahan-lahan dia cuba memejamkan mata akhirnya terkatup jua.

Pagi esoknya mereka bertiga bertolak ke Kelantan. Kak Ruby meminta Izue menghantar mereka ke sana untuk mencari seorang bomoh. Menurut kawannya bomoh dari Siam lebih hebat sihirnya. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam itu cukup memenatkan. Tapi untuk memastikan rancangan mereka dapat diteruskan, sanggup mereka redah. Tiba di Kampung Jambu dearah Tumpat, mereka memasuki satu lorong untuk ke rumah bomoh siam tersebut.
“Mek, kami bertiga datang ni bawa hajat.” Kak Ruby memulakan cerita sebaik mereka melabuh duduk di hadapan seorang perempuan tua yang penuh dengan alat-alat bomohnya.
Mung nak wat ko sapo?” soal Mek bomoh Siam dalam pelat Kelantan.
“Macam ni mek, saya nak mek buat laki dalam gambar ni hilang syahwat nafsu,” jelas Kak Ruby berterus terang. Afina dan Izue terlongo. Seakan tidak percaya dengan permintaan Kak Ruby itu.
Bomoh Siam itu melihat gambar Hadry yang dihulurkan oleh Kak Ruby itu. Dahinya berkerut sedikit. “Hmmm... saye. Tuwe hensem. Tapi bakpo gak nak mati nafsu dianyo?”
“Mek, mek nak buat ke tak? Kami datang jauh-jauh ni nak suruh mek buat kerja mek aje. Bukan nak bersoal jawab bagai. Kami sanggup bayar mahal kalau mek setuju dengan permintaan kami tu.”
Bomoh Siam tersenyum lebar. “Mung bayar mahal aku buat. Tunggu meta,” pinta bomoh itu. Setelah itu dia membakar kemiang lalu memerah limau purut ke atasnya sebelum membaca jampi serampahnya dalam Bahasa Siam.
Afina menarik lengan Kak Ruby. “Kak apa yang akak nak buat ni?” Soalnya cuak.
“Laaa... kan Anne cakap takut nak kahwin dengan Hadrykan? Jadi kak suruh mek ni matikan syahwat dia.”
“Kalau buat macam tu, dia tak de nafsulah kak? Macamana nak kahwin nanti, sian dekat  Anne,”sampuk Izue yang dari tadi hanya membisu.
“Ish, kamu diam saja Izue! Ini hal akak dan Anne. Kamu jangan nak masuk campur. Dah pergi tunggu dekat luar sana,” marah Kak Ruby sambil menjeling pada Izue.
Izue seakan mengerti dan tak mahu masuk campur terus bangkit keluar dari rumah itu. Afina hanya menyorot kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangan.
“Kak, Anne tak faham lagi maksud akak?” Soal Afina sambil melirik ke arah bomoh Siam yang asyik membaca jampinya.
“Macam ni Anne. Semalam Anne ngingau cakap lelaki tua tu datang kacau. Kak Ruby tahu penyakit trauma Anne kembali lagi. Jadi Kak Ruby terfikir juga bila Anne dan Hadry dah kahwin nanti, mesti Anne akan hadapi benda yang sama juga. Dan tak mustahil Hadry akan dapat tahu hubungan Anne dan arwah datuknya dulu. Sebelum benda itu berlaku kita mesti buat sesuatu.”
Afina masih mengerut dahi. Dia tak dapat nak tangkap apa yang diterang oleh Kak Ruby itu. “Jadi apa kena mengena dengan bomoh ni?”
“Ampun! Anne dengar akak nak terang ni. Kita bomoh dia supaya dia tak de nafus dengan Anne, faham?  Jadi dia tak akan tuntut hak dia sebagai suami Anne selepas korang kahwin nanti.”
Afina angkat kening kemudian dia tersenyum. “Pandai akak!”
Kak Ruby senyum.
“Hoo… siap. Ni ubat dia,” suara bomoh Siam memecah kesepian di antara mereka sambil menghulurkan sebotol kecil air jampi kepada Kak Ruby.
“Macamana nak buat mek?” Soal Kak Ruby sambil meneliti botol itu kemudian dia memberi kepada Afina.
“Hok mananyo nak nikoh dengan jate tu?” Soal bomoh Siam. Dua orang gadis di hadapannya dipandang silih ganti.
“Adik saya ni,” jawab Kak Ruby pantas sambil menunjukkan ibu jarinya kepada Afina. Afina hanya mengangguk.
“Hmmm... gini. Tiap-tiap malam belum tidur, mung campur air jampi dengan air gapo-gapolah. Lepas tu bagilah dia minum. Mung jange duk risaulah, loni mek tengah duk  buat doh. Dia memang nak ko mung tapi… dia tak leh nak tidur dengan mung sebab mek sekat nafsu dia. Pah tu pandai-pandai munglah. Mana upah meknya?” Sempat lagi bomoh itu bertanyakan imbalannya.
Kak Ruby dan Afina cuba mencerna percakapan bahasa yang ditutur oleh bomoh itu termanguk-mangguk. Bila bomoh itu meminta upah Kak Ruby mencapai sampul surat coklat muda dari beg tangannya kemudian dihulurkan kepada bomoh itu. Sebaik sampul surat yang berisi wang berganti tangan mereka meminta izin untuk pulang.
“Mek kami pulang dulu ya,”pinta Kak Ruby kepada bomoh Siam itu diikuti dengan Afina.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Izue membunyikan hon sebelum mereka bertolak meninggalkan perkarangan rumah itu.
Hmmm... mace-mace ore loni.” Bomoh siam itu menggeleng kemudian dia tersenyum hari ini saja dia telah kaut keuntungan dari orang luar. Buat seratus dua tapi beribu.
Di dalam kereta yang dipandu oleh Izue.
“Sekarang Anne jangan risau lagi soal malam pengantin. Anne boleh tidur dengan tenang di sebelah dia,” ujar Kak Ruby sambil kerling ke belakang melalui cermin depan.
“Terima kasih kak.”
Dahi Izue bertambah kerut. Dari tadi lagi dia tak faham akan situasi itu. Kak Ruby seakan menyedari terus menyelar adik sepupunya itu.
“Kamu tak payah buat muka kerut macam tu Izue. Ini hal apa yang telah Kak Ruby bagitahu kamu sebelum kami sampai ke Malaysia dulu, kamu tak ingat ke?” Kak Ruby buat riak muka garang.
Membulat mata Izue. “Hah? Tak akan sampai bomoh-bomoh syahwat kak,” bantah Izue tidak bersetuju dengan kak sepupunya itu.
“Alah, sekejap je pun. Lepas dendam Anne selesai kita buka baliklah,” bidas Kak Ruby cuba bercanda.
Izue terdiam terus. Afina jungkit kening.
“Opss, hampir lupa pulak. Izue dah dapat alamat yang akak minta kau cari tu?” Soal Kak Ruby pula.
“Dah, nanti Izue text,” jawab Izue ringkas sambil tersengih panjang.
“Bagus, macam nilah adik sepupu akak yang bijak!” Kak Ruby mencubit pipi Izue sedikit sebelum berpaling ke belakang untuk mendapatkan Afina.
 “Anne, tugas akak dah selesai untuk fasa permulaan ni. Sekarang kamu pula yang kena uruskan rancangan selanjutnya. Fasa lepas kahwin nanti akak akan minta Izue yang uruskan sepanjang Kak Ruby tak de dekat Malaysia nanti.”

“Kak Ruby jangan risau, Anne akan uruskan dengan jayanya. Anne akan cari ayah kemudian kahwin dengan Hadry. Maka permulaan untuk peperangan balas dendam akan bermula,”tutur Afina sambil tersenyum nipis. Tak sabar rasanya untuk dia memulakan rancang itu. Keluarga Tuan Haris bakal hancur nanti. Itulah matlamatnya.

No comments: