“Dina, malam lusa mak su hajat nak buat majlis syukur untuk Fazlee.
Dia dapat kerja sebagai pengurus hotel dekat Pahang,” suara mak su memecah
suasana sepi pada malam itu. Aku yang
duduk bersila menonton rancangan berita di TV 3 bawah mak su terus kalih
belakang.
“Fazlee
dah dapat kerja ke, mak su?” soalku kembali. Tak silap aku Fazlee baru dua
bulan bergelar Ijazah Sarjana Muda Perhotelan dari UTM . Sekarang ni pun dia
duduk dekat Johor buat kerja sambilan. Tup-tup mak su bagitahu dia dapat kerja
sebagai pengurus sebuah hotel di negeri Pahang. Rezekinya memang murah. Tidak
perlu menganggur terlalu lama untuk mendapat pekerjaan.
“Aah,”
balas mak su ringkas sambil membelai rambutku yang semakin panjang mencecah
punggung.
“Oo…”jawab
aku balik. Juga ringkas.
“Oo…
je?” soal mak su sambil tersengih bermakna. Aku pelik bila melihat muka mak su asyik
tersenyum saja.
“Habis
tu?” soalan dibalas dengan soalan. Dahi sudah berkerut.
“Ajaklah
si Dani sekali,”ujar mak su. Senyumannya semakin melebar.
“Buat
apa mak su?” bantahku.
“Ingat
mak su tak tahu ke? sejak dua tiga hari ni… tangan tu asyik pegang telefon aje…” usik mak su sambil menepuk sedikit
bahuku.
“…lepas
tu tersengih-sengih. Nampak sangat tengah dilamun cinta. Dulu tak nak mengaku, kawanlah konon. Tengok sekarang apa yang jadi?
asyik berSMS aje kerjanya ya,”
sambung mak su lagi. Aku tergamam sekejap. Pipi sudah memerah malu.
Rupa-rupanya segala perwatakan aku dapat dihidu oleh mak su.
“Err…
mana ada. Mak su saja kan?”dalihku.
“Jangan
nak mengelak lagi. Suruh keluarga dia datang boleh kenal-kenal,” pinta mak su.
“Insya-Allah
mak su, Dina akan ajak nanti,”balasku dengan senyuman nipis.
“Jangan
tak ajak pulak ,ya!” Mak Su sudah memberi amaran.
“Baiklah
puan! Aku mengangguk laju. Tidak lama kemudian aku melentok manja di paha mak
su.
“Bestnya…
abang Faiz dah jadi pegawai polis, Fazlee pulak dapat jadi Pengurus Hotel.
Lepas ni Faizal bakal jadi doktor, Faizur mungkin akan masuk U dan akhirnya
Farhan mungkin jadi chef
terkenal. Mak su dan pak su memang patut dianugerahkan sebagai ibubapa mithali
ini. Pandai didik anak-anak,” ujarku riang.
“Ada-adalah
Dina ni.Tulah dulu mak su dan pak su suruh sambung belajar tak nak. Kalau tak
pasti Dina dah jadi peguam. Tak perlu jadi kuli orang,”balas mak su seraya menarik
hidungku. Aku terkekek.
“Peguam
pun kuli orang juga mak su. Dina bukan tak nak. Tapi tak sanggup berjauhan mak
su dan pak su, nanti demam rindu!” Aku cuba membela diri sambil tersengih.
Aku
masih ingat lagi peristiwa 3 tahun yang lalu, ketika aku dapat surat tawaran
sambung belajar dari Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Perundangan. Ikutkan
hati memang aku nak pergi tapi masa tu pak su lebih memerlukan duit untuk
menyara anak-anaknya. Jadi aku korban
pelajaranku demi mereka dengan menyembunyikan surat tawaran itu. Apabila pak su
dapat tahu hal itu dia sangat marah dan kecewa dengan tindakan bodoh aku itu.
Hal ini terbongkar dua minggu selepas tarikh
pendaftaran. Itupun mak su terjumpa surat tawaran aku di dalam almari pakaian
ketika dia mahu meletak pakaian aku di dalamnya. Hampir dua hari juga pak su
tidak bercakap denganku. Dia kecewa sangat. Dia bukan marahkan aku tapi
marahkan dirinya kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanah oleh ke
dua orang tua aku.
Aku sendiri?
Sedih dan kecewa kerana telah buat pak su dan mak su susah hati. Nasib baik ada
abang Faiz menjadi pembela. Dialah yang memujuk pak su dengan mengatakan bahawa
aku ada alasan sendiri untuk tidak menyambung belajar. Akhirnya pak su mengalah
dan meminta maaf dariku. Aku tahu pak su tak boleh marahkan aku lama-lama
kerana dia sangat sayangkan aku lebih dari anak-anaknya. Dia merajuk mungkin
dia kecewa dengan sikap aku yang tidak pernah nak berbincang dengan dia dulu
tentang hal itu. Dan sampailah sekarang pak su memang tak pernah berhenti untuk
menyuruh aku sambung belajar. Maaflah pak su, otak Dina sudah beku untuk
belajar. Lagipun kehidupan aku sekarang sangat selesa bekerja di kedai buku
walaupun gajinya tidak mewah.
“Yelah
tu, nanti kalau dah kahwin dengan Dani takkan masih nak berkepit dibawah ketiak
mak su, pak su lagi.” Suara mak su mematikan lamunan aku. Mata terus membulat serta merta dan
darah menyerbu naik ke muka bila mak su menyebut soal kahwin.
“Mak
su!” rengekku manja lalu mengemaskan lagi pautan ke pinggangnya.
“Malulah
tu,” sakat mak su. Aku hanya tersenyum bahagia.
Sejak bergelar pengarang jantung kepada mamat psiko si Dani, aku sangat
bahagia. Seolah-oleh hati yang kosong kini telah terisi dengan cinta dan kasih
sayang darinya. Ibarat seorang puteri yang lama kesepian telah dijemput oleh
sang putera rajanya. Betullah kata pepatah cinta itu penawar segala penyakit
rindu.
Kami
juga seperti pasangan kekasih yang lain, ada kalanya berdating tapi dating
kami tak seperti pasangan lain sebab setiap kali dia nak berdating
dengan aku. Dia kena datang ke rumah pak su untuk minta izin. Selepas mendengar
takzirah dari pak su berbakul-bakul barulah dia boleh bawak aku keluar itu pun
dengan syarat pukul 10 malam pasti sudah sampai di depan rumah pak su. Haha…
nasib kaulah Dani sebab bercinta dengan aku yang ada pengawal peribadi. Tapi
bagus juga dengan cara pak su. Keselamatan aku terjamin!
“Dani…mak
su ajak datang rumah malam nanti.” Aku memulakan bicara. Bila kami selesa di bangku
masing-masing. Dani datang ke kedai untuk menjemput aku makan tengahari
bersama. Hafis tak ikut serta. Katanya dia sudah berjanji dengan tunang untuk
makan bersama.
“Hah,
buat apa ? Nak suruh abang bawak rombongan merisik ke?” gurau Dani. Muka yang
tenang sudah bertukar miang.
“Ish,
awak ni. Jangan nak mengarut boleh tak? Mereka nak buat kenduri kesyukuran untuk Fazlee sebab dia dah dapat kerja. Dan
satu lagi, mak su pesan bawa mak ayah awak sekali. Diorang nak kenal lebih
dekat lagi dengan ahli keluarga awak,”
berjeda aku seketika.
Keningku
bertaut rapat bila melihat wajahnya sudah berubah monyok. “Kenapa ni?” soalku.
“Err…
kalau abang datang sorang boleh tak?”soalnya dengan wajah masih moyok. Mahu
tergelak aku bila mendengar jawapan darinya.
“Laa…
ingatkan apa tadi? Hrmm... awak ni. Mak su dan pak su cuma berpesan aja. Kalau
mak dan ayah awak tak dapat datang, tak pelah. Janganlah risau sangat.” Aku
cuba memujuknya. Tak sampai sesaat dia kembali
tersenyum manis dengan wajah seolah cuba menahan sakit sambil memicit kepalanya
berkali-kali.
“Dani…
awak sihat tak ni? kalau tak sihat tak payah datanglah malam nanti,” soalku,
cemas.
“Tak
delah. Sakit kepala sikit je. Ni mesti tak cukup tidur,” adunya perlahan.
“Janganlah
macam tu. Kerja-kerja juga. Kesihatan kena jaga tahu,” marahku. Marah manja gitu.
Siapa yang tak khuatir bila orang yang kita kasih sakit, kan?
“Yalah
sayang… abang tahu tu. Cepatlah makan nanti nak masuk kerja pulak.” Aku
mengangguk lalu menghabiskan makanan yang masih tersisa itu. Sering kali juga
Dani paksa aku agar memanggil dia abang. Baru romantik katanya. Tapi aku… aku
lebih suka memanggil namanya. Nanti kahwin, lainlah ceritnya.
Tetamu yang diundang sudah memenuhi ruangan
rumah kami, dicampur dengan anak-anak pak su dan mak su serta saudara mara yang
jauh sudah sampai pagi tadi memang menggamit suasana. Ada dari Kedah, Perak,
Melaka dan juga ada dari Pantai Timur. Nak buat macam mana adik beradik mak su
dan pak su ramai. Ini pun ada yang tak datang. Kalau semuanya datang nampak
gayanya pak su memang kena besarkan rumah ini.
Anis,
anak abang Fuad anak saudara mak su dari Perak merengek mahu tidur. Jadi aku
menawarkan diri untuk mendodoikannya memandangkan isteri abang Fuad, Kak
Mastura sibuk menolong mak su di dapur. Aku mengendong Anis yang berusia 8
bulan itu ke kamar. Sebaik meletakkan Anis di katil aku terus mencubit dan
mencium pipi gebu dengan rakus budak itu. Anis pada lagi terus terkekek
ketawa. Memang sungguh montel budak ini.
Dahlah tak banyak ragam. Ini yang aku paling suka!
“Haih,
dah teringin nak ada anak sendiri ke?”
Aku
lantas menoleh bila ada suara yang aku cukup kenal cuba menyakat. Aku mencebik
kepada Dani yang tercegat di depan pintu kamar sambil tersengih sumbing. Dia
nampak segak malam ini walaupun hanya berbaju melayu dan berkain pelekat. Aku
suka bila dia pakai macam tu. Tenang sekali wajahnya.
“Dani
tengok ni… Anis sungguh comel! geram
Dina nak cium,” ujarku. Dani melangkah
menghampiriku lalu melabuh duduk di sisi. Dia meminta untuk mengendong Anis.
Sebaik Anis beralih tangan, budak itu mula merengek.
“Alamak
Dina! nak buat macam mana ni?” soalnya cemas dan kelam kabut.
“Nak
jadi bapa budak macam mana ni? kalau pegang sikit dan kalut ribut,” sergah
abang Fuad yang masuk ke kamar aku tanpa kami sedari sambil mencempung anak
sulungnya yang sudah terlena. Aku ketawa
saja. Baru tahu nak jaga seorang anak memang susah!
Abang
Fuad meletak Amni di atas katil. Kemudian terus berdiri mahu mengambil Anis
dari Dani tapi dihalang olehku. “Tak pe abang, biar Dina yang ulitkan Anis.”
“Tak
pe ke?” soalnya lagi. Aku mengangguk laju untuk menyakinkan dia yang aku boleh
jaga anaknya.
“Dani
memang tak pandai nak jaga budak kecik ni bang. Tapi… kalau bab nak buat budak
pandailah,” gurau Dani sambil matanya melirik padaku.
Aku
mengigit bibir geram dengan mata membulat. Tiba-tiba meletus terus ketawa
mereka berdua. Aku terus menggeleng. Itulah lelaki kalau bab itu memang cepat!
“Kalau
macam tu, abang ke depan dulu ya. Hah, Dani jangan nak lama-lama dekat sini!
nanti kena tangkap kering oleh pak su nanti, padan muka kamu,” usik abang Fuad
sebelum melangkah keluar dari bilikku. Bergema suara tawanya.
Dani
memandangku lama. “Bagus jugakan kena tangkap kering tak perlu keluarkan banyak
duit,” ujarnya, keningnya dikenyitkan sebelah padaku.
“Dani!”
marahku. Anis dipangkuan ditepuk lembut. Rusing juga takut tersalah tertepuk
kuat. Tak pasal-pasal budak ini jadi mangsa kang!
“Gurau
jelah. Hrmm… cantik juga bilik Dina. Bilik ini nanti akan jadi bilik kita
berdua kan?” soalnya Dani sambil mengerling ke arahku.
“Perasan!
siapalah nak kahwin dengan orang tu, Anis kan,” kataku pada Anis yang tidak
tahu apa-apa itu.
“Yelah,
siapalah yang nak kahwin dengan kita ni. Oh ya! terlupa pula, Anis kan ada
untuk kahwin dengan uncle Dani kan?”
gurau Dani sambil mengagah Anis digendonganku. Terus ketawa budak itu.
“Macam-macam,”
bebelku.
Dani
melabuh duduk di katilku sambil memerhati sekeliling ruangan bilikku. “Eh, itu
novel yang abang bagi dekat Dina kan?” soalnya bila matanya tertancap pada
sebuah rak buku yang terletak di sudut bilik itu.
“Aah,
ada seorang mamat psiko yang bagi,”jawabku
sambil menjatuhkan Anis yang sudah terlena di sebelah Amni. Aku
mengambil bantal peluk kemudian meletakkan bantal itu di tengah-tengah mereka.
Risau Anis ditindih oleh kakaknya nanti.
“Tapikan
bagus juga mamat tu sebab selamat duit saya, tak kena keluarkan duit untuk beli
novel lagi,” sambungku lagi dibalas tawa halus oleh Dani.
“Dina,
demi Dina abang sanggup bagi apa saja. Kalau Dina minta emas permata abang tak
dapat bagilah sebab abang bukan hartawan. Sekiranya hati abang yang Dina pinta…
rela abang bedah untuk diberikan padamu. Sebagai bukti cinta abang hanya untuk
Dina!”
“Hah,
baguslah. Bedahlah hati awak tu, boleh saya buat hati pedas nanti! Dah lama
mengidam nak makan hati manusia ni.Nak tunjuk bukti konon. Itu bukti yang
paling bodoh pernah Dina dengar! Kalau hati dibedah.. mati adalah!” tempelakku,
geram dengan kata-kata falsafah cintanya yang tidak munasabah langsung bagiku.
Tawa
Dani semakin galak sampaikan Anis hampir tersedar. Aku memarahi Dani supaya perlahankan
suaranya. Dia pantas memekup mulutnya. Hatiku sudah tergelak bila dia nampak
gelabah semacam. Betul kata abang Fuad, Dani memang nampak gelabah bila
terdengar budak kecil menangis. Alahai… Daniku sayang!
“Dina…”
panggilnya lembut selepas Anis kembali lena. Aku menjungkit kening, tangan
masih ligat menepuk peha Anis.
“Bilik
awak dah nampak sempurna tapi ada satu yang kurang,” katanya dengan wajah
serius. Aku terpinga-pinga sambil memandang sekeliling bilik itu, cari apa yang
kurang. Nak kata ada lubang, mustahil. Kalau tak pasti aku mengetahuinya dulu
dari Dani.
“Apa?”
soalku tidak puas hati. Dani tersenyum. Aku semakin bengang. Bila aku mahu
menyebut namanya, dia sudah bersuara.
“Gambar
kita berdua.” Aku mengeluh. Ingatkan apalah tadi. Dia ni memang suka sangat
buat aku tertanya-tanya sendiri.
“Baiklah,
nanti kita kahwin saya akan letak gambar kita dua di setiap sudut bilik ini.
Puas hati?” ujarku dengan intonasi rendah dan tinggi. Dani tidak membalas tapi
hanya tawa saja yang menghiasi bibirnya.
“Okeylah
sayang… dah lama benar abang dalam bilik ni. Abang keluar dulu, ya? Takut nanti
mereka ingat kita sedang buat apa, sebab tak keluar-keluar lagi,” gurau Dani
lantas mempercepatkan langkahnya.
“Daniii!”
jeritku lalu menggapai bantal lantas mencampak. Dani lebih lincah mengelak. Dia
ketawa lalu menghilang dari kamarku. Anis kembali menangis mungkin terkejut
dengan jeritan dari aku. Aku kembali menepuk pehanya perlahan. Tapi hati masih
panas dengan gurauan bodoh Dani itu.
Aku
keluar dari bilik dan terus ke dapur untuk turut serta membantu yang lain
sebaik doa selesai diaminkan.
“Anis
dah tidur ke?” tanya kak Mastura sebaik aku melabuh duduk di sisinya. Aku
mengangguk dan meminta dia ke kamar untuk menengokkan anaknya. Biar kerja di
sini aku pula yang buat. Abang Faiz serta adik-adiknya yang lain sudah masuk ke
dapur untuk mengangkat makanan kepada para tetamu. Di belakang mereka ada Dani
turut serta mahu mengangkat makanan sudah tersengih-sengih. Masa dia mahu menyambut dulang dari tangan aku, dia sempat
mengenyitkan matanya.
Semua
yang ada di dapur tergelak besar. Dia ni memang tak tahu malu betul. Tak faham
aku dengan sikap nakalnya itu. Padahal dia tu tetamu buatlah macam tetamu. Ini
tak! Dia nampak lebih dari tuan rumah. Mesti kes nak tunjuk baik depan mak su
dan pak su. Nak jadi calon menantu mithalilah tuh!
Usai
mengemas sisa makanan dan minuman yang ditinggalkan oleh tetamu, Dani meminta
diri untuk pulang ke rumah. Kasihan juga aku dengannya. Dari tadi dia tidak berhenti membantu kami
membersihkan rumah ini. Nasib baik aku tak meminta untuk memcuci pinggan
mangkuk. Kalau tak… belum tentu dia boleh balik lagi.
“Abang pulang dulu ya, Dina. Dah lewat sangat
ni. Esok abang kerja. Tapi kalau Dina bagi abang tidur sini, abang sanggup
sekang mata tolong bereskan pinggan mangkuk dekat dapur tu.”Sempat lagi dia
bergurau. Aku membuat muka, geram.
“Gatal
ya! Nah, ambik ni! Mak su ada tapau lauk-pauk untuk keluarga awak.”
“Eh,
dapat juga ke?” soalnya dengan senyuman mengada.
“Yelah,
sebab awak dah tolong kami tadi. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak… amik balik!”
ugutku. Dani sudah tarik muka.
“Dina…
mak su tak bagi tapaukan sekali ke?” soalnya sambil menyambut bekas itu di
tanganku.
“Hah?”
Dahiku berkerut tidak mengerti maksudnya.
“Tapaukan
awak untuk abang angkut balik rumah,” jawabnya sambil mengetawakan aku. Ceh tak
guna.Terkena gua!
“Ee…
miang ya. Dahlah balik cepat –cepat. Tak kuasa nak layan awak. Battery dah
habis!”
“Halau
nampak? tak pelah abang faham,” ujar Dani ada nada rajuk kedengaran seraya melangkah ke tempat keretanya terparking. Aku tergelak kecik.
“Assalamualaikum,
hati-hati ya wahai hacks,”laungku
bila badan Dani sudah separuh masuk ke dalam kereta sambil melambaikan tangan.
“Wa’alaikumussalam
gadis jacksku,”balasnya dengan
jeritan kecil, wajah yang rajuk sudah bertukar ceria.
“Dina.”
Sebaik menjatuhkan tangan abang Faiz datang menegur.
“Ada, apa abang?”
“Dina,
abang tak berapa berkenan Dina rapat dengan dia.”
“Kenapa
pulak abang? Pak su dan mak su okey je Dina berkawan dengan dia. Ke abang ada
tahu apa-apa pasal dia?” desakku semakin tidak sabar. Abang Faiz kan polis mana tahu kot-kot dia
kenal Dani lebih dari aku, siapa sangkakan?
Abang
Faiz mengeluh lembut. “Hmmm… abang bukan nak masuk campur soal Dina dengan
dia.Tapi Dinakan baru kenal dengan dia. Abang nak Dina selidik keluarganya dulu
sebelum Dina menyesal nanti,” nasihat abang Faiz, tegas bunyinya.
Abang
Faiz tak lama di situ. Habis saja bicaranya dia terus menghilang diri ke dalam.
Meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga sambil menggaru kepala yang tidak
gatal. Tak pernah abang Faiz berkata sedemikian kepadaku sebelum ini. Aku naik
buntu tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment