Bab 7
“Mak su, Dani. Dani, mak su. Dina nak ikut mereka,” rayuku dengan esakan
masih tersisa. Badan cukup lemah untuk berdiri. Mak su menghampiri cuba
membantu.
“Sabar Dina,
sabar. Insya-Allah Dani selamat,” pujuk mak su cuba memapahku untuk berdiri.
“Kenapa ni? Tadi
masa Iz nak masuk tadi, Iz nampak pengantin lelaki. Apa yang dah berlaku?” soal
abang Faiz sebaik kakinya mencecah lantai ruang tamu. Derapan langkahnya laju
menghampiri kami. Aku tahu abang Faiz baru selesai dari tugasnya. Semalam dia
ada bagitahu aku yang dia akan lewat sikit untuk ke majlis aku. Aku tak kisah
sebab aku faham akan tuntutan tugas dia untuk bangsa dan Negara.
“Dani tiba-tiba
sakit,” jawab pak su ringkas, intonasi suaranya masih kedengaran tenang.
“Yang Dina
duduk dekat sini lagi kenapa? Dah, jom abang hantarkan.” Tanpa banyak soal
abang Faiz mengarah aku untuk mengikuti dia pergi ke hospital. Aku terpempan.
Air mata yang mengalir cepat-cepat aku sapu lalu terus bangkit.
“Pak su, mak su,
jom,”pintaku dalam sendu.
“Pergilah
sayang. Pak su dan mak su kena ada di rumah,” balas pak su seraya menyapu sisa
air mataku.
“Terima kasih
pak su,”ucapku lantas memeluk tubuh pak su dan mak su serentak.
“Kenapa jadi
macam ni, Dina?” soal abang Faiz memecahkan kesepian di antara kami ketika kami
dalam perjalanan ke hospital. Aku kalih ke sebelah sambil mengigit bibir bawah.
“Errr... masa
nak akad nikah tadi, penyakit Dani datang.”
“Sempat tak
akad nikah?”celah abang Faiz laju. Aku tercengang seketika kemudian memalingkan
wajah ke luar jendela. Tak sanggup untuk memberitahu abang Faiz yang aku kini
sudah bergelar isteri orang. Isteri kepada Dannyal Rayyan bukan Dani Rizqi sang
kekasih hati.
Memandangkan
soalan dia tidak berjawab akhirnya abang Faiz mengeluh kecil. Pemanduan
diteruskan sehingga sampai ke destinasi. Tiba di pekarangan hospital PPUM lebih
kurang 15 minit perjalanan, abang Faiz menyuruh aku masuk ke dalam dahulu
sebabnya dia mahu memarkir kereta.
Aku melangkah
perlahan-lahan sambil melafazkan bismillah untuk mendapatkan sedikit kekuatan.
Tiba di satu sudut aku melilau-lilau mencari kelibat ahli keluarga Dani. Kelihatan
semua ahli keluarga Dani sedang berhimpunan di luar bilik ICU. Tanpa berlengah lagi
aku terus ke sana. Belum sempat aku ke
sana, tiba-tiba seorang perempuan aku yakin dialah yang melahirkan Dani terus
meluru ke arahku dengan muka yang agak bengis. Perasaan aku kurang senang mungkin sesuatu yang buruk bakal menimpa.
“Tak guna punya
perempuan! Di sebabkan kaulah anak aku mati, kau tahu tak, hah?!” jergah perempuan
itu seraya menghayun beg tangannya menghala ke wajahku. Terasa pijar sedikit
kerana aku tak sempat untuk mengelak.
“Apa? Dani dah
tak de ke?” soalku cemas dengan air mata merembes keluar. Aku dapat rasakan
tubuhku hampir pitam dan bagaikan tidak mencecah bumi namun belum sempat aku
jatuh tersungkur abang Faiz sempat memaut tubuhku.
“Dina,” seru
abang Faiz. Aku pandang wajah abang Faiz sekilas kemudian terus toleh ke
hadapan.
“Puas hati kau
sekarang? Kau goda anak aku yang sakit tu dan ajak dia kahwin dengan kau sebab
nak bolot harta dia kan? Dasar perempuan tak tahu malu!” herdik ibu Dani berbaur
hinaan, membuatkan air mata terus keluar.
Yang lain hanya
jadi pemerhati saja. Betapa hinanya diri aku pada saat itu.Bahu
terhinjut-hinjut menahan tangisan. Demi Allah aku tak tahu siapa keluarga Dani yang
sebenarnya? Dia tak pernah menceritakan tentang perihal keluarga dia yang kaya
raya ini padaku. Kalau aku tahu aku yakin akan tak akan jatuh cinta pada dia.
Tapi itu semua dah terlambat. Aku sangat sayang dirinya. Dani… jangan tinggalkan Dina, Dani.Tolonglah!
“Pergi kau! Aku
tak nak tengok muka kau lagi!” amuk ibu Dani lagi sambil memukul tubuhku
berkali-kali.
“Puan!” jerit
abang Faiz sedikit kuat. Tubuhku diheret ke belakang badannya. Melindungi aku
dari dipukul.
“Tolong jangan
sakiti adik saya. Puan sepatutnya bersyukur, Dina masih sudi nak berkahwin
dengan anak puan yang dah nak mati itu. Kalaulah perempuan lain memang dah lama
anak puan di tinggalkan!” bentak abang Faiz
dengan kasar, berang dek kerana tak tahan bila melihat aku dikasari.
“Ab..abang…” Aku
agak terkejut dengan ucapan yang terkeluar dari mulut abang Faiz.
“Kau baliklah,”suara
abang Rayyan tiba-tiba mencelah. Pandangan tajam menikam wajahku. Aku tergamam.
Abang Rayyan memandang aku sekilas sebelum dia menoleh pada abang Faiz.
“Encik, sila
pergi dari sini, tolonglah. Saya minta satu lagi tolong hormati arwah adik
saya. Arwah baru saja pergi. Tolonglah, tolong
jangan kaitkan dia dalam hal ini.” Abang Rayyan cuba berlembut walaupun aku
dapat dengar ada getar dalam bicaranya.
“Mak kau ni, tak
reti nak hormat orang langsung! Dina dah berkali abang bagi amaran pada Dina. Kalau
nak kahwin cari yang setaraf dengan kita. Kalau tak jadi macam nilah!” lantang
sekali suara abang Faiz, menakutkan
semua orang yang berada di situ.
Aku sendiri
tersentap. Tidak mampu berkata apa-apa. Pada saat ini aku tahu apa perasaan
aku. Sama ada aku perlu bersedih ataupun marah pada Dani. Sepanjang kami
berhubungan dia sentiasa berlagak macam orang biasa-biasa saja. Kalau aku tahu
keluarga dia orang berada pasti aku tutup pintu hati ketat-ketat buatnya. Tapi
hal ini sudah pun berlaku dan aku tak mampu nak tarik balik pintu hatiku yang
dipenuhi dengan cintanya.
“Hey, mulut kau
jaga sikit! Dasar orang kampung tak beradab! Sedarlah diri sikit. Kalau tak
kerana Dani tu anak aku. Tak mahunya aku kahwinkan dia dengan perempuan ni!”
Sekali lagi ibu Dani mengherdik aku.
“Dynaz! Perlahankan
sikit suara tu. Ingat kita dekat hospital ni.” Seorang lelaki yang sebaya
dengan pak su mencelah. Menenangkan mentuaku dari terus mengamuk.
“Mamy sudah-sudahlah.
Betul cakap papa tu, lagipun arwah Dani baru saja pergi. Kalau dia lihat
keadaan ini tentu rohnya tidak tenang. Sabarla,” tokok abang Rayyan turut memujuk
ibunya yang semakin menggila.
“Mamy tak nak tengok
perempuan ada di sini dan pada hari pengebumian Dani dan buat selama-lamanya! Dia
bukan menantu mamy! Mamy nak kau halau dia sekarang, Rayyan!” laungan ibu Dani seraya
mengangkat jari telunjuknya lurus pada wajahku. Membuatkan aku sekali tersentak.
Abang Rayyan mengeluh kasar sambil menguak sedikit rambutnya.
“Kau baliklah dulu, kalau kau terus di sini
roh Dani pasti akan terseksa,” ucapnya lembut tapi tajam. Kata-katanya sangat melukakan
hati aku.
“Tak. Saya nak
tengok Dani. Saya mahu tatap wajah Dani untuk
kali terakhir. Tolonglah,” rayu aku sambil merenung anak mata abang Rayyan,
menagih simpati. Namun rayuanku tidak dipedulikannya.
“Aku kata
balik. Baliklah! Kau nak tengok mamy aku mengamuk lagi ke?!” jergahan
dari Abang Rayyan secara tiba-tiba mengejutkanku dan sekaligus membuat tangisan
semakin laju.
“Dina. Kita
balik. Tak guna kita berada dekat sini. Sebab mereka bukannya ahli keluarga
kita. Dah jom!” Abang Faiz mencengkam kuat
lenganku lalu mengheret aku keluar dari ruangan bilik pembedahan itu. Pandangan
masih menatap Abang Rayyan yang sedang memandang dengan wajah bengis pada kami.
Saat itu juga aku berharap agar abang Rayyan memanggil aku dan membenarkan aku
melihat wajah Dani buat kali terakhirnya. Tapi itu hanya satu angan yang sukar
untuk digapai.
“Buat apa nak
tangisi orang dah tak de?” soal abang Faiz ketika kami dalam perjalanan pulang
ke rumah.
“Mulai hari ini
abang tak nak Dina ada kaitan dengan keluarga itu lagi,”sambung dia lagi dengan
suara tegas. Aku menyapu air mata yang masih mengalir sambil teresak-esak.
Kata-kata abang Faiz seolah dia tidak ada perasaan langsung.
“Abang…”
suaraku perlahan.
“Abang tak nak
dengar kalau Dina nak cakap yang Dina akan pergi berjumpa dengan mereka lagi,”
cantas abang Faiz laju.
“Abang, Dina
sekarang dah jadi menantu keluarga itu. Memang ya Dina dan Dani tak sempat jadi
suami isteri tapi.. tapi Dina dan sah jadi isteri kepada abang Rayyan. Abang
kepada Dani.” Terlopong mulut abang Faiz sebaik mendengar ucapan aku. Dia
menekan brek secara mengejut. Hampir tersungkur aku dibuatnya.
“Betul
ke?”soalnya dengan nada terkejut. Aku mengangguk perlahan-lahan. Abang Faiz
mengeluh berat lalu meneruskan pemanduan dia sebaik ada bunyi hon dari arah
belakang.
Seminggu selepas
kejadian itu, aku asyik mengurungkan diri dalam bilik plus dengan mogok lapar. Malam dan siang bagi aku sama sahaja. Hidup
ibarat tidak bermakna tanpa Dani di sisi. Senda gurau, gelak tawanya kedengaran
di mana-mana. Aku sungguh rindukan dia. Sekarang aku rasa sangat down. Keluhan
demi keluhan terpancul di bibirku disertai dengan air mata yang masih tidak
berhenti lagi dalam tempoh seminggu ini.
“Dina!Dina! bukalah
pintu ni sayang. Dah seminggu Dina macam ni. Tak baik nak, yang dah pergi tetap
akan pergi. Kita yang masih hidup ni mesti teruskan hidup. Bukalah pintu ni, Dina.”
Suara mak su kedengaran dari luar pintu bilik, cuba memujuk aku. Aku buat tak
endah. Aku memekuk kedua belah telinga. Tidak mahu mendengar suara mak su. Aku
tak mahu diganggu. Aku mahu bersendirian.
“Dina! Buka
pintu ni sekarang! kalau tak, abang akan pecahkan!” Aku tersentap bila terdengar suara abang Faiz
memekik tiba-tiba.
“Abang dah tak
boleh nak bersabar dengar sikap Dina sekarang. Dina nak ikut mati sama ke,
hah?!” Aku masih membisu.
“Dina! Cuba Dina
fikirkan, siapa yang besarkan Dina selama ni? Mak dan ayah abang kan? Dina tak
kesian dekat mereka ke? Bukan Dina sorang yang menderita tahu tak? Kami semua
pun turut menderita kalau sikap Dina terus macam ni. Dina anak mereka. Adik
abang yang tabah! Kenapa Dina perlu bersedih sangat, hah? Abang tak sangka Dina
boleh jadi selemah ini disebabkan seorang lelaki. Mana pergi Dina, adik abang
yang abang kenal dulu?” Abang Faiz memuntah rasa tidak puas hatinya, berjeda
sedikit.
“Iz, jangan
macam ni. Bawa bersabar Iz.” Mak su cuba
memujuk anak sulungnya itu. Hatiku
betul-betul tersentuh dengan kata-kata abang Faiz. Aku tahu aku banyak
menyusahkan keluarga ini. Betul juga kata abang Faiz. Tak akanlah disebabkan
kematian Dani aku sanggup lupakan keluarga yang banyak menolong aku. Ya Allah berikanlah aku kekuatan walaupun
sebesar zahrah, doaku agar diberikan
kekuatan dalam kesabaran.
Aku bangkit
perlahan-lahan sambil mencapai tombol pintu. Sebaik daun pintu terselak mak su cepat-cepat
menghampiri dan terus memeluk tubuhku erat. Pandanganku jatuh pada abang Faiz
yang sedang memekup wajahnya ke dinding. Aku terkejut ini kali pertama melihat seorang
abang turut menangis gara-gara sikap aku yang bodoh ini. Aku betul-betul rasa bersalah.
Aku akan berjanji mulai detik ini aku akan bangkit dari kemurungan serta
bertekad untuk berubah tidak mahu bersedih lagi. Aku sayang keluarga ini.
Cuti sempena majlis perkahwinan aku
masih berbaki tiga hari lagi. Ikutkan kalau perkahwinan aku dan Dani
berlangsung, kami akan berangkat ke Pulau Tioman untuk pakej bulan madu. Tapi
itu semua dah tinggal sejarah. Sebut pasal Dani, terbayang kenangan bersama
arwah. Seolah baru semalam kami berbual-bual.
Aku keluar dari bilik dan menuju ke
halaman rumah cuba menyedup udara segar. Buaian besi di halaman aku naik lalu
mengoncang sedikit. Kaki dinaikkan, menopang dagu pada lutut. Dengan ayunan
buaian yang perlahan-lahan ditambah dengan tiupan sepoi-sepoi bahasa pada waktu
petang mengingatkan aku pada si dia.
“Nah, bunga
ros!” Hulur Dani tiba-tiba, membuatkan aku terperanjat.
“Sa...saya..
aaa cemmm!”
“Dina! How
dare you,ya? Tahulah bunga ros ini Dani beli dekat lorong sana. Harganya
pun tak mahal. Tak payahlah nak kutuk
bagai,” rajuk Dani dengan mulut memuncung, membuat aku sudah tergelak mengekek.
“Bukan macam
tulah. Sebenarnya Dina alah dengan bunga sebab tu terbersin. Dani ni,
sikit-sikit nak merajuk,” bidasku geram dengan sikap negatifnya itu.
“Laa macam tu
ke? tak tahu pun,” balas Dani dengan riak muka tak bersalah langsung bila aku
menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Ini telah menambahkan kegeraman aku pada
dia.
“Hmmm… nampak
sangat Dani tak peka dekat Dina kan?” ujarnya lagi dengan muka dibuat-buat
comel.
“Tulah! lain
kali siasat dulu sebelum tuduh,” marahku, sengaja ingin mendera perasaannya.
“Sory-sory.
Janji! Dani tak nak buat lagi,” balasnya siap berikrar lagi. Melihat telatahnya.
Terburai tawaku.
“Dina nampak susutlah.
Dah tak cantik lagi.” Abang Faiz datang menegur tiba-tiba. Memori bersama Dani
terus hilang dibawa angin bayu petang. Abang
Faiz mengambil tempat di hadapan aku sambil menayangkan sepiring yang berisi dua
potong kek. Mataku tiba-tiba bersinar-sinar. Kek kegemaran menjadi pancingannya
dalam memujukku. Sungguh terharu. Abang Faiz masih lagi mengambil berat
terhadap diri ini walaupun berkali-kali aku tidak pedulikan nasihatnya. Aku
tahu dia betul-betul sayangkan aku kerana aku adik perempuannya.
Aku memang
rapat dengan abang Faiz memandangkan jarak umur kamu hanya setahun saja. Sejak
aku tinggal dengan pak su dan mak su dia selalu jaga aku. Masa itu yang ada
hanya aku dan dia sahaja. Fazlee, Faizal, Fairuz dan Farhan tidak wujud lagi.
Sebab itu abang Faiz lebih sayangkan aku berbanding adik-adiknya yang lain
tambahan pula aku seorang saja perempuan. Lagi naik minyaklah aku. Namun
keakraban kami selalu disalah anggap oleh Dani.
“Nah, abang
bawak kek kegemaran Dina! Penat tahu abang pergi beli tadi semata-mata nak pujuk
adik abang ni. Cepat buka mulut biar abang suapkan,” ujar abang Faiz sambil
menyuakan sudu yang berisi secebis kek Cheese Peanut Blueberry kepadaku.
“Abangg! Dina
dah besar, malulah!”balasku pantas menolak pelawaannya dengan gelengan kepala laju
seraya menutup mulutku kemas-kemas.
“Apa yang nak
dimalukan? Dari kecil lagi abang yang duk mandi, sikatkan rambut Dina dan
suapkan Dina. Tidur pun pernah sebantal. Sekarang baru
nak malu dengan abang, ya. Tahulah orang tu dah kahwin,” bidas abang Faiz
lembut tapi pedas dan dia menekan sedikit kata akhirnya itu. Aku tahu dari dulu
lagi abang Faiz tak berkenan aku berhubungan dengan Dani apatah lagi sekarang
lagilah dia bengang sebab aku berkahwin dengan si abang pula.
“Okeylah-okeylah…”Akhirnya
aku mengalah. Mulut dibuka sedikit untuk menerima suapan darinya.
“Nah! macam
mana sedap tak ?” tanya abang Faiz dengan mata bersinar-sinar.
“Sedap-sedap.
Dah lama tak makan kek ni. Lambatlah abang suap. Meh Dina nak suap
sendirilah.”Aku cuba merampas pinggan dari tangannya kerana tak sabar mahu
menghabiskan kesemua kek itu. Sedang kami bergelut kek yang berada di pinggan itu
tiba-tiba terkena di mukanya. Meletus tawaku. Abang Faiz naik geram lantas dia
mencalit sedikit kek yang berada di mukanya itu lalu dilumur pada wajahku.
“Abanggg! Apa
ni?!” pekikku sambil menyapu sisa kek dipipi. Abang Faiz galak sakan kerana
berhasil membalas dendam. Kami bergelut manja. Teringat pula zaman kanak-kanak
dulu.
“Assalamuaikum!”
“Waalaikumussalam.” Salam itu dijawab oleh aku serentak dengan
abang Faiz. Kemudian kami menoleh ke belakang. Aku bagaikan terkaku sendiri
bila terlihat kelibat seorang lelaki di luar pagar rumah kami. Seorang lelaki yang
hampir aku lupa tentang kewujudan dirinya itu. Kenapa dalam tempoh seminggu
baru dia datang mencari aku? Adakah aku ini isterinya lagi ataupun tidak?
“Err.. abang
buat apa ke sini?” tanyaku gugup sebaik saja membuka pintu pagar.
“Cepat
berkemas. Ikut aku balik. Malam ni ada kenduri arwah,” jawab abang Rayyan, dingin
sebaik menapak masuk ke dalam. Aku terkesima dengan kata-katanya. Ibarat satu
arahan yang wajib patuhi. Aku kalih melihat abang Faiz di sebelah. Dia hanya mengangguk
sahaja. Aku bagaikan mengerti lalu beredar dari situ dan terus masuk ke rumah.
“Mak su, pak su Dina pergi dulu, ya,” ujarku selepas menyalami tangan
kedua-duanya itu.
“Ingat pesan pak
su, kamu sekarang sudah bersuami. Taat perintahnya. Syurga kamu terletak suami
kamu.” Pesanan dari pak su dibalas
dengan anggukan seraya menghalakan pandangan ke arah abang Rayyan yang sudah
berada di keretanya.
“Dina, kalau
senang selalu jenguk kami di sini, ya.” Mak su cuba mengingati aku. Aku
mendekati abang Faiz untuk bersalaman dengannya.
“Selamat jalan
dik,”ucapnya. Dahiku diusap lembut. Aku hanya mengangguk. Mereka mengiringi aku ke pintu pagar. Air mata
merembes keluar dengan laju. Mulai detik dan saat ini kehidupanku bakal
berubah. Selamat tinggal semua. Aku pasti akan merindui mereka semua!
Aku melangkah masuk ke perut kereta selepas
beberapa kali melambai tangan kepada mereka. Di saat itu juga aku melihat riak
muka abang Faiz berubah seolah-olah cuba menahan tangisannya. Aku tahu dia sedih
begitu juga dengan diri ini terlalu sukar untuk berhijrah dari status anak dara
kepada status isteri orang.
“Tak payah nak
buat drama air mata dekat sinilah! Banjir kereta aku nanti,”perli abang Rayyan sebaik
aku melabuh duduk dengan selesa di kerusi kereta Camrynya. Ya Allah, boleh ke
aku menempuhi kehidupan dengan lelaki yang panas baran serta berhati batu ini
nanti, rintihku.
Sepanjang
perjalanan ke rumahnya kami masing-masing menyepi. Selesa melayan perasaan
sendiri. Kekadang aku curi pandang abang Rayyan di sebelah. Aku baru perasaan
wajah abang Rayyan nampak berubah. Dulu masa kami kali pertama jumpa dekat
kedai makan, wajah dia penuh dengan jambang dan sewaktu dengannya. Rambut pun
panjang sedikit. Sekarang ini dia nampak sangat lain sekali. Segak dan kacak. Jambang serta misai dan
janggut telah dibuang. Rambut pun dipotong kemas. Seperti tokoh korporat gitu. Maklumlah masa akad nikah dulu tak sempat nak tilik.
“Hoi, bangunlah! dah sampai,”sergahan abang Rayyan
mengejutkan aku dari terus terlena. Aku mengenyeh kelopak mata sambil
memerhatikan keadaan sekeliling. Kawasannya aku tak kenal sangat. Eh bila masa
pula aku terlena ni? Kan dah benanah telinga!
“Cepatlah sikit. Lembap!” bebel
abang Rayyan. Dia sudah berada di luar kereta. Tergesa-gesa aku keluar tapi
mata masih melilau memerhatikan keadaan sekeliling.
“Wah, besarnya rumah dia! Laman pun
luas.” Terlopong mulutku dengan mata membulat besar. Ini kali pertama aku
melangkah masuk ke rumah sebesar ini. Selalunya asyik tengok dalam tv aje.
“Yang kau tercegat terlopong lagi
apa hal? cepatlah masuk!” arah abang Rayyan dengan muka bengis. Sergahan
darinya membuatkan aku terkocoh-kocoh mendekatinya.
No comments:
Post a Comment