Sunday 29 July 2012

AKU SI PENCINTA SETIA









“Ada apa awak nak jumpa aku ni? Aku ada hal penting sat lagi,” soal Syukri dengan nada bersahaja. Tapi pada wajahnya jelas kelihatan dia tidak suka berjumpa dengan gadis dihadapannya kini.
“Syada ada bagitahu awak tak? Yang saya sukakan awak?”
“Ada,” jawab Syukri pendek.
‘Syada lagi. Tak habis-habis minah tu, nak kaitkan aku dengan kawan-kawan dia. Dia sendiri taknak pula offerkan dirinya untuk jadi kekasih aku,’ ngemol hati kecilnya, bengang.
“Jadi macamana Syuk? Adakah awak sudi terima saya? ” soal Aina tidak berputus asa, dengan harapan cintanya itu berbalas.
“Maaf, saya dah ada orang yang saya cinta,” pantas sahaja jawapan dari Syukri kepada Aina.
Tercengang Aina dibuatnya. Bagaikan tidak mempercayai orang yang tercalon salah seorang ratu kampus ini ditolok mentah-mentah oleh ketua MPP.
~~~~~~~~~~~~~
“Syuk! Sampai hati kau, ya!” marah Syada bila berada betul-betul di hadapan kawan baiknya sejak semester pertama lagi yang sedang asyik tunduk menekur membaca buku.
 Syukri kaget terus memanggung kepalanya untuk menghadap gadis di hadapannya  itu lalu menjungkit keningnya sebagai isyarat tidak mengerti.
“Tak bagitahu aku. Pasal hang dah ada orang lain! Malu tahu aku. Lain kali bagitahulah yang kau dah ada. Tak perlu aku jadi orang tengah untuk hang tahu tak?” bebel Syada memarahi kawannya itu, sebaik sahaja labuhkan diri di atas bangku menghadap Syukri yang sedang membaca seorang diri.
“Yang hang gatal-gatal nak jadi penjodoh aku pasal?” marah Syukri perlahan. Mamandangkan dia berada di perpustakaan.
“Hey, Syuk! Kalau aku ni jenis tak pentingkan persahabatan! Dah lama aku buat pekak badak tau!” Marah Syada sedikit kuat, bengang dengan sikap ambil mudah segala hal.
“Syyuhh!”
Tiba-tiba ada suatu suara kedengaran menegur Syada kerana suaranya yang kuat itu menganggu ketenteraman orang lain.
“Kau ni. Ini bukan kafe nak cakap kuat-kuat, kita sekarang dekat pustaka lah. Kan dah kena,” perli Syukri sambil tersengih.
“Aku tahulah,” balas Syada bersahaja control malu.
“Kau tahu tak, setiap saat aku kena berdepan dengan peminat kau tu. Akak kawan abang Syuk kan? Boleh tak kirim salam kat dia, boleh bagi surat ni kat dia.”
 Kawan-kawan kita lagilah. Diorang tahu aku paling rapat dengan kau. Ada ke patut suruh aku jadi orang tengah. Tapi aku bosan kau, tahu tak?” suara Syada lagi, kali ini perlahan. Tapi siap dengan gayanya sekali.
“Yang hang pergi layan tu kenapa?” Soal Syukri tegas. Tapi sebenarnya dia cuba menahan tawanya dengan telatah Syada tadi.
“Aku tak sampai hati kalau orang minta tolong dari aku. Tambah-tambah kalau diorang buat muka sedih lagilah aku tak boleh,”ujar Syada, sayu.
“Tulah hang! Orang minta tolong sikit, bukan nak tepis. Macam hang tu YB, boleh tak kalau hang buat tak kesah dengan permintaan mereka?” Suara Syukri sambil memandang sekilas kepada Syada. Berdepan dengan Syada yang gila-gila ini. Membuatkan dirinya pun turut tergila sama.
“Aku kan AJK Kebajikan. Kalau ada orang ada orang minta tolong dekat aku, aku tak akan teragak-agak untuk hulurkan bantuan Syuk.”
“Daripada hang sibuk dok cari jodoh aku, lebih baik hang cari jodoh sendiri,” Bidas Syukri tegas sambil mengemas bukunya yang berselerak, lalu meninggalkan Syada yang terkedu sendiri.
~~~~~
Bila selesai mengaminkan doa. Tiba-tiba terbunyi nada deringan menandakan ada mesej masuk. Syada perlahan-lahan membuka kain sembahyang dan terus menuju ke meja untuk mendapatkan handset Nokia kepunyaan dirinya itu. Berkerut dahinya ketika membaca mesej itu, dengan segera dia menyiapkan dirinya ala kadar untuk berjumpa dengan si penghantar mesej tadi di luar rumah sewanya itu.
“ Ya, Syuk ada apa hang nak jumpa aku?” tanya Syada bila terlihat Syukri sudah berada di hadapan pintu pagar rumah sewanya.
Syukri kelihatan gugup bila berdepan dengan gadis yang bernama Nurul Syuhada itu. Dia asyik memandang ke bawah dan bermain dengan jari-jemarinya sahaja.
“Biar aku teka. Mesti kau kenal kekasih yang kau suka secara diam tu, pada aku kan? Kan?” Syada meneka sendiri, tersengih-sengih sambil menaikkan sedikit cermin matanya.
“Dia mesti batch kita dan satu course dengan kita, ke?” Soal Syada lagi sambil melurut-lurut dagunya.
Syukri hanya mengangguk, tanda betul.
“Mana aku tak nampak pun siapa-siapa kat sebelah kau, Syuk?” Soal Syada lagi kali ini dengan gaya tertinjau-tinjau mencari kelibat buah hati coursematenya itu.
“Tak payah nak cari. Hang orangnya,” ujar Syukri perlahan.
“Siapa hang? Siapa ada ke budak kelas kita nama hang?” soal Syada kembali dengan wajah berkerut seribu.
“Aduss, kalau aku cakap hang bodoh hang marah. Hang lah Syada. Aku suka kat hang dari dulu lagi. Tapi tak berani nak bagitahu. Bukan kawan hang yang hang dok beria-ria nak jodohkan kat aku tu!” jelas Syukri sedikit geram dengan sikap lurus bendul Syada.
Syada terlopong bila mendengar setiap butir bicara Syukri dengan mata yang membulat. Lidahnya kelu. Tiada lagi senda gurauan.
“Kau sudi tak?” soal Syukri bila Syada tidak memberi respon.
“Hahahahaha,” Syada tergelak tiba-tiba. Kuat pulak tu.
“Syada aku serius ni! Hang terima tak?” tanya Syukri lagi. Tidak berselindung. Baginya lebih baik dia berterus terang daripada jiwa terseksa menanggung derita rindu.
Tawa Syada terhenti. Dia tidak percaya akan semua itu. Dia sangkakan hanya satu gurauan tapi bila dia melihat wajah Syukri serius di sebalik pintu pagarnya itu dan mengharapkan sesuatu darinya, dia berlagak tenang.
“Kau serius ke, Syuk? Kau jangan nak cuba ber April fool dengan aku pulak. Mentang-mentang esok 1 April,” duga Syada lagi dengan nada gurauan.
Syukri mengangguk dengan wajah yang serius tiada senyuman diwajahnya. Mendatangkan rasa gerun di hati Syada. Syada berfikir sejenak. Dalam perkiraan dia mengangguk perlahan-lahan. Syukri sudah menguntuman senyuman yang meleret ke pipi.
“Saya akan cuba menyintai awak,” suara Syada perlahan.
Syukri mengangguk dengan senyuman masih melekang dibibirnya. Dia meminta izin untuk pulang. Satu kepulangan dengan khabar yang mebahagiakannya. Belum sempat dia mahu melangkah pergi. Syada terlebih dahulu memanggilnya.
“Syuk!”
“Apa?” Soal Syukri sambil terjungkil keningnya.
 “Tolong jangan hebohkan pada rakan-rakan kita tahu? Aku malu,” suara Syada tersipu-sipu.
Syukri ketawa.
“Baru kena batang hidung sendiri! Kalau bab nak matchingkan orang, kau yang sibuknya. Bila kena badan sendiri tahu malu pulak,” sindir Syukri dengan usikan yang menambahkan malu Syada lagi.
“Aku baru nak cuba ubah persabatan kita pada percintaan. Kau jangan gatal-gatal bagitahu orang lain pulak? Kalau tak kira terbubar yang aku akan cintakan.”
Bicara Syada menambahkan tawa Syukri lagi. sambil mengelengkan kepalanya Syukri berlalu dari situ setelah berjanji tidak akan pecahkan rahsia mereka berdua.

~~~~~
“Syada kau ada dengar tak? Yang Syukri dah ada awek?” Suara Aina bila tiba di Bilik Gerakan Pelajar.
“Tak tahu. Tapi betul ke? Mana kau tahu semua ni?” soal Syada, pura-pura. Kalau boleh dia tidak mahu rakan sekelasnya yang lain tahu dia sedang bermain cinta dengan ketua MPP itu, Kalau mesti dia akan dimaki hamun oleh rakan-rakannya yang lain.
“Betul Syada. Aku tak bohong. Dah heboh satu bilik gerakan ni,” cerita Aina lagi. Pada masa yang sama dia betul-betul kecewa kerana Syukri telah menolak cintanya.
“Daripada kau duk peningkan kepala fikir siapa awek si Syuk tu, baik kau fikirkan masa depan kita. Nak sambung ke tak Ijazah kita nanti?” Syada cuba mengubah topik. Dia bimbang jika perkara ini dilanjutkan tak mustahil rahsia akan terbongkar jua.
“Eh! Mestilah nak, rugi woo… kalau tak sambung. Setahun setengah je kot.”
“Aku pun dok pikiq camtu jugak. Apa lagi? Jomlah kita sambung ramai-ramai, sebelum kita kahwin.”
Mereka berdua ketawa bila perihal kahwin di bangkitkan.
Selepas mesyuarat Syukri meminta Syada untuk tunggu sekejap. Syada terkejut dengan permintaan kekasih hatinya yang baru seminggu bermula.
“Apa pe hal awak nak jumpa saya, ni? Kan dah janji. Kalau nak jumpa, jumpa kat luar kampus. Takut tertangkap Syuk,” suara Syada geram bila Syukri melanggar perjanjian hubungan percintaan mereka.
“Nak bagi hukuman, sebab awak tak nak panggil saya abang!” Syukri cuba mengusik tapi memeknya  muka sengaja dibuat serius.
“Abang? Euww… tak payah nak gatal-gatal ya, Syuk, ” bidas Syada sambil menyilangkan kedua tangannya.
“Sayang ni.. gurau sikit tak boleh. Abang nak kita berjumpa petang esok pukul 3, pergi cari peralatan Kelab kita yang dah banyak habis dan yang utama kita sambut birthday sayang,” suara Syukri dengan dibuat-buat gatal sambil tersengih sumbing. Dia paling suka bila melihat Syada tarik muka merajuk.
“Tak payah nak ngada-ngada Syuk,” marah Syada lalu keluar dari bilik itu, risau takut tertangkap tambahan pula hatinya semakin geram bila Syukri tak habis-habis menyakatnya.
Seperti yang dijanjikan Syukri menjemput pengarang jantung hatinya di rumah sewa Syada dan mereka menuju ke salah sebuah Mall di Negeri Jelapang Padi itu. Syada sebenarnya tidak berapa gemar keluar berdua-duaan dengan Syukri. Atas alasan mahu membeli peralatan yang diperlukan oleh kelab mereka, terpaksalah dia bersetuju untuk keluar bersama. Bak kata orang sambil menyelam minum airnya sekali.
 “Eh!eh! Itu macam Syada dan Syuk? Mereka date ke?” Suraya memulakan gosipnya sambil menyorok sedikit.
“Takkanlah kot. Syuk tak mungkin bercinta dengan orang Kelantanlah,” Aina berdalih, tidak percaya.
“Kalau nak tahu lebih lanjut? Jom kita terjah,” Kali ini Fatimah cuba mengorek rahsia.
 “Hai Ketua Pelajar, berdating dengan Ketua Kebajikan dekat foodcourt, ke?” Suraya sudah mula mengusik.
“Owh..korang pandai ek. Bercinta sorok-sorok,” tokok Fatimah pulak cuba mengusik mereka berdua.
“Sampai hati korang berdua,”  Aina sudah mula bersedih tidak menyangka, Syada pilihan Syukri. Yang menambahkan bengangnya  bila Syada sanggup menikamnya dari belakang. Tapi dia cuba menahankan dirinya dari bertindak melulu.
Syuk dan Syada tersentak terus berpaling bila terdengar suara-suara yang galak menyakat mereka. Syada hanya tersengih sumbing. Syukri pula control macho. Tempayang sudah pecah. Perhubungan yang mereka simpan dengan baik akhirnya terbongkar sudah. Tak perlu mereka bersusah payah hendak berselindung lagi.
~~~~~~~~~~~~
Dua bulan telah berlalu, Syada banyak menghabiskan waktu dengan menolong ayahnya di pejabat dan bersosial di alam maya dengan teman-teman yang  jauh dari negerinya  memandangkan dia seorang saja yang berasal dari Kelantan dalam batch mereka, sementara menunggu panggilan kemasukan ijazahnya nanti. 
Syada membuka  laman sosial facebook kepunyaannya  bila tiba waktu rehat tatkala di terpapar FB kepunyaannya dia mendapati satu mesej masuk dalam peti masuknya, dari seseorang yang dia tidak kenali.
Pretty girl: Salam… awak Syada kan?
“Siapa dia ni? Nak kata kawan aku. Mustahil sebab dia takde dalam list friend aku,” Syada membebel sendiri dan tergaru-garu kepalanya yang bertudung itu. Untuk menghilangkan kekusutan di kepalanya, dengan pantas jari jemarinya menekan keyboard laptop Acernya.
Syada: Wasalam… siapa ni, ya? Saya kenal awak ke?
Balas Syada dengan harapan pemilik nama pretty girl masih online ketika ini, hatinya terkobar-kobar mahu mengetahui siapa empunya diri itu.
Pretty girl: tak perlu pening-peningkn kepala. Awak tak kenal saya? Tapi saya kenal kekasih hati awak. Kenal sangat.
“Ada pun. Hah! Siapa dia ni? Dia kata dia kenal Syukri. Aih, siapa ni? Nak main tarik tali dengan aku, ke?” Syada bertambah bingungan dan geram kerana gadis misteri itu cuba berteka-teki dengannya.
Syada: Awak kenal dengan Syuk? Siapa awak ni? Jangan cuba nak main-main dengan saya!
 Balas Syada cepat-cepat, tak sabar nak tunggu jawapan dari orang di sana.
Pretty girl:Awak tahu Syuk buat apa skrg ni?
“Eh! dia ni orang tanya dia, dia soal kita balik? Memang nak kena ni!”
Syada: Tahu.. Syuk buat kerja sambilan dekat KL, kenapa tanya?
Pretty girl: Betul ke?
“Dia ni, cuba nak permainankan aku ke apa ni?” Syada semakin geram.
Syada: Betullah ,knpa saya nak tipu awak pula? Awk ni pe sal?
Pretty girl: huhu nampak sangat perhubungan awak dan dia tak berapa nak serius. Sampaikan dia sambung ijazah dekat KLMU pun, awak tak tahu. Sadis sungguh.
Tersentak Syada bila membaca kenyataan yang dibalas oleh pretty girl itu.
Pretty girl: sy rasa awk dan dia tak sesuailah. Baik awak putuskan saja perhubungan jarak jauh awk tu. Awkkan org Kelantan. Lebih awak cari org yang sama ngri je. Tak g2?
Syada bertambah geram dan bengang dengan sikap gadis misteri itu.
“Dia ni memang dah gila ke, apa? Sedap suka hati mak bapak dia je suruh aku putus dengan Syuk. Ke, dia saja nak kenakan aku? Tak pun dia cintakan Syuk tapi Syuk tak balas? Boleh jadi juga ni.”
Syada cuba berfikir positif. Dia tak mahu biarkan orang yang dia tidak kenal cuba porak perandakan perhubungan dia dan Syukri yang sudah berjaya bertahan hampir enam bulan itu. Dia tidak akan percaya sewenang-wenangnya. Kecuali, jika dia lihat dengan mata kepalanya sendiri.
Syada: awak tak payah nak cuba-cuba rosakkan perhubungan saya dan Syuk lah. Sudahlah! Gossip awak ni tak bukan cerita terhangat bagi saya!!
Tahap kesabaran Syada semakin luntur ketika itu. Dia sangat geram lalu terus menekan logout. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia senyap seketika bila melihat nama si panggil.
“Syuk, awak ada apa-apa nak bagitahu saya, ke?” tanya Syada sebaik sahaja dia menyambut panggilan itu.
“Ada,” jawab Syukri ringkas dan bersahaja
“Apa dia?” soal Syada cepat-cepat.
“Saya sayang awak,” jawab Syukri sambil ketawa kuat dihujung sana.
“Syuk! Syada serius ni! Jangan main-main!”
“Laa, Syuk pun seriuslah ni. Mana ada main-main. Syuk telefon ni pun sebab rindu, maaf tak sempat nak call sayang sangat, sekarang Syuk busy gila dengan kerja ni. Penat,” adu Syukri dengan suara direngekkan.
“Syuk betul-betul kerja kan? Tak sambung mana-mana kan?” Syada sudah mula menyoal siasat.
“Syuk!Syuk! are you still there?”
Syukri di talian sana terkedu sendiri. Dia meneguk air liurnya berkali-kali sebelum menyahut panggilan kekasih hatinya itu.
“Ya, ya abang masih di sini. Siapa yang cakap benda merepek tu?”
“Pretty girl. Syuk kenal dia ke? Dia cakap dia sangat kenal dengan Syuk.”
“Pretty girl? Siapa.”
“Syada pun tak kenal dia. Dia cakap pasal awak ada sambung ijazah dekat KLMU. Betul ke Syuk?”
Syukri kembali terkedu. Tiada bantahan mahupun hujjah untuk dia bertutur. Dia seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dari kekasihnya itu.
“Syuk jangan nak tipu-tipu Syada, Syada tak suka. Kalau Syada dapat tahu yang Syuk tipu Syada. Siaplah Syuk. Perhubungan kita secara automatiknya putus. Kita berpisah,” ugut Syada tegas.
“Jangan macam tu sayang. Syuk tak mungkin buat macam tu kat Syada. Syuk sayang perhubungan kita ini,” ujar Syuk sayu.
“Tapi percayalah Syuk ada surprise untuk Syada nanti.”
“Apa? Apa? Bagitahulah sekarang, cepatlah-cepatlah,” intonasi suara Syada sudah berubah. Dia kembali ceria bila putera rajanya itu ada sesuatu untuknya.
“Nantilah sayang. Kalau bagitahu sekarang dah tak jadi surprise lah. Okeylah sayang. Abang ada hal ni. Nanti abang call malam nanti.”
Syada melepaskan nafas lega. Bila mendengar penjelasan dari Syukri sendiri. Dia harap perhubungan ini diberkati dan biarlah sampai ke jinjang pelamin.
~~~~~~~~~~
Gadis misteri yang menggunakan nama samaran pretty girl tidak jemu menganggu Syada. Kali ini gadis itu cuba add friend Syada sebagai kawan, tapi Syada ignorekan sahaja kerana geram dengan si gadis misteri itu.
Bila Syada tekan wall fb nya. Dahinya kelihatan berkerut, Syada terkejut bukan kepalang kerana terdapat satu photo yang ditag oleh pretty girl kepadanya, gambar Syukri penuh dengan senyum betul-betul di pintu masuk KLMU. Dia kecewa dan terkilan yang dia dapat rasakan kini.  Dia juga hairan di mana gadis itu mendapat gambar Syukri.
Namun dia tak cepat melatah. Dia terus mendial nombor telefon Syukri. Dan menyuruh kekasihnya itu melihat wall fbnya.
“Owh, gambar tu ke?” jawab Syuk tenang bila menyambut panggilan dari kekasih hatinya.
“Syuk ada pergi KLMU teman adik saya. Dia ada lawatan dekat situ, kebetulan saya kerja dekat-dekat situ.”
“Tak pelah kalau macam tu? Tapi yang hairannya macamana budak tu dapat gambar tu?”
“ Entahlah Syada,” Syukri sendiri buntu.
 “Kenapa budak asyik nak cari pasal dengan Syada, Syuk. Syada bengang betullah! Betul ke Syuk tak kenal budak tu?”
“Betul Syada. Syuk tak kenal. Mungkin dia salah seorang dari kawan-kawan adik Syuk kot.”  
“Budak mana pulak ni? Susah betullah kalau ada pakwe ramai peminat ni.”
“Apa yang dirisaukan? Kena bangga apa? Haha.”
Syada memasamkam muka. Namun semua itu tidak dapat dilihat oleh Syukri.
“Jangan marah sayang. Syada kena percayakan cinta kita. Percayakan Syuk. Tak mungkin Syuk akan khianati cinta kita sayang.”
Hati Syada sudah terubat dan tenang, dia tersenyum bahagia bila mendengar pujukan dari buah hatinya
~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba akhirnya, Syada dan rakan-rakannya yang lain mendapat panggilan tawaran sambung ijazah dalam bidang yang sama dengan diploma mereka iaitu creative multimedia. Awal bulan Julai nanti mereka semua akan mendaftar masuk ke Kolej Insaniah. Dia terlalu gembira sampai menitis air mata kerana impiannya mahu membuat sebuah filem animasi berciri Islamik bakal tercapai. Tapi dari sudut lain hatinya hiba, sang kekasih hati tidak mahu sambung, katanya dia mahu kerja. Syada tidak dapat menghalang kekasih hatinya itu, lagipun dia tidak suka masuk campur urusan peribadi kekasihnya itu.

“Assalamuaikum Aina, kau buat apa ni? Mana yang lain kata nak jumpa dekat sini?
“Eh! kau dah sampai Syada? Aku tengah layan FB ni. Entahlah dorang ni, mesti melencong ke lain ni?  Weh, kau tolong tengok-tengokkan laptop aku sekejap,” jawab Aina bila Syada sudah duduk di sisinya.
“Okey,” balas Syada pendek.
Sementara menunggu sahabatnya ke tandas Syada meminjam laptop Aina untuk menghilangkan rasa bosannya. Dia ingin membuka fb kepunyaannya untuk melihat gossip terbaru dari Pretty Girl. Sebaik Syada mengeklik laman sesawang mozila, secara automatif terpapar FB seseorang. Syada yang baik hati itu mahu logout  FB kepunyaan Aina itu, namun tak menjadi kerana dia seakan dapat mengesan sesuatu.
“Pretty girl? Gambar profile ni, Sah memang aku tak silap. Jangan-jangan pretty girl adalah…..”

“Syada kenapa Syukri tak nak sambung kat KUIN? Dia ada sambung dekat mana-mana ke?” Soal Aina bila hajatnya telah tertunai, dia melabuhkan punggungnya di sebelah sahabatnya itu.
“Aida aku nak tanya hang sekejap?” soal Syada kembai dengan serius.
“ Kau kenal tak dengan FB pretty girl.”
“Er.. tak tahu.” Air muka Aina sudah berubah, pucat lesi.
“Jangan bohonglah Aina aku dah tahu. Kerja kau semua nikan?”
 Syada sudah naik angin. Serentak itu dia berdiri tegak dan memandang tajam ke arah Aina.
“Kenapa Aina?” sergah Syada pula.
“Syada…bukan maksud aku cuba membohongi kau,” jelas Aina, dia juga turut terdiri sama. Hatinya berdebar-bedar.
“Aku sebenarnya mahu…”
Belum sempat Aina meneruskan bicaranya dengan pantas Syada mecantasnya.
 “Mahu rosakkan hubungan aku dengan Syuk kan? Kenapa?”
“Sebab kau tipu aku!” Aina sudah terpekik. Nasib baik mereka duduk di kawasan yang jauh dari orang ramai, kalau tak pasti mereka jadi tontonan.
 “Kau kata kau tak suka dekat Syuk, bila aku tanya kau! Patutlah bila aku aku suruh kau bagitahu syuk yang aku suka kan dia, kau suruh aku bagitahu sendiri! Rupanya kau dah cucuk jarum dulu ya, Syada! Sampai hati kau. Aku betul bengang dengan kau.”
“Yang paling aku sakit hati, bila aku tanya kau siapa awek Syuk? Kau buat bodoh je, bila tertangkap dekat Mall baru tersengih-sengih. Sanggup kau Syada, buat aku macam ni?” Bertubi-tubi sindiran Aina diberikan kepada sahabatnya itu.
Syada senyap lalu menundukkan wajahnya. Rasa bersalah terhadap kawannya itu mula menjalar di jantungnya. Dia merenung wajah tidak puas hati Aina itu dengan riak muka yang serba salah. Dia cuba mencari idea agar tidak tercetus pergaduhan antara mereka. Bergaduh kerana seorang lelaki perkara biasa sekarang ini, dan itulah yang mahu dielakkan oleh Syada.
“Aina sebenarnya bukan aku nak khianati hang. Aku pun tak pernah sangka yang Syuk ada taruh cinta dengan aku. Sumpah aku tak bohong, kalau kau tak percaya hang boleh tanya Syuk sendiri,” ujar Syada dengan suara sebak.
“Aku tahu semua itu. Adik Syuk dah cerita segala-galanya, tu yang aku menyamar jadi pretty girl nak tengok sejauh mana cinta kau pada Syuk. Aku juga nak tengok setakat mana hebatnya perempuan yang Syuk puja-puja tu.  Sepanjang pemerhatian aku setakat ini, aku tak berhasil nak porak perandakan perhubungan korang. Syabas aku ucapkan Syada.”
Aina menjelaskan perkara sebenar. Sebaik dia menghabiskan kata-katanya Aina terus mengambil laptopnya dan mahu beredar dari situ. Dia tahu segalanya berakhir usahanya untuk memisahkan pasangan itu tidak berhasil.
“Aina! Sekejap.”
Syada cuba mengejar aina yang jauh di hadapan darinya. Aina berhenti serta merta dan lantas menoleh kebelakang. Lalu menjungkit keningnya sebelah.
“Betul ke pasal Syuk, tentang mesej-mesej hang tu?” soal Syada, bila melihat wajah Aina berkerut tanda tidak mengerti Syada menjelaskan bicaranya tadi dengan lebih jelas.
“Tak! maksud aku, mesej dari pretty girl tu.”
“Ooo…”

“Memang kau betul-betul tak tahu ke?” soal Aina kembali. Syada mengangguk lelaju. Aina mengeluh. Dia menatap wajah gadis yang berkaca mata di hadapan.
“Dah mula rasa ragu ke?” Aina cuba menyindir.
“Bukan ragu cuma berhati-hati,” balas Syada tersengih.
“Betul, adik Syuk yang bagi tahu, adik Syuk tu merupakan junior sekolah aku dulu, kitorang memang rapat gila, kami selalu berhubung. Dan gambar tu, gambar adik dia amik masa mula-mula dia masuk daftar KLMU. Kalau kau nak tahu lebih lanjut kau tanya Syuk sendiri. Aku pergi dulu.”
Mata Syada tidak berkelip. Dia memerhatikan Aina sehingga kelibat sahabatnya itu hilang dari pandangannya. Dia menjadi keliru sama ada mahu mempercayai atau tidak.                                                     

 Syada mendapat mesej dari Syukri. Dalam mesej itu ada tertulis bahawa kekasih hatinya mahu berjumpa dirinya petang nanti di taman yang berhampiran dengan rumah sewa. Dalam hatinya sudah berkobar-kobar  mahu mengetahui kedudukan hal sebenarnya.
“Syada awak datang sorang ke?” soal Syukri bila Syada menghampirinya.
“Tak. Dengan Fatimah, dia pergi kedai sekejap,” balas Syada.
“Syuk, awak memang sambung ijazah dekat KLMU kan?” soal Syada kembali.
“Er.. apa yang awak cakap ni Syada?” Riak wajah Syukri sudah mula.
“Sudah lah Syuk. Syada dah tahu segalanya. Syada ingat, Syada dapat dengar dari mulut Syuk sendiri tapi sayang, orang terlebih dahulu pecahkannya.”
“Siapa yang bagitahu Syada? Gadis misteri tu ke? Nama apa? Pretty girlkan?”
“Budak tu,  pandai-pandai buat auto putar belit untuk merosakkan perhubungan kita. Syada jangan percaya cakap dia,” suara Syukri dengan debaran di hatinya.
“Tak kan adik Syuk sendiri nak tipu tentang hal abangnya sendirikan? Sudahlah Syuk itu hal awak, Syada memang tak layak untuk masuk campur hidup awak. Tapi Syada harap awak hormati saya sebagai kekasih awak, Syada tak suka Syada orang terakhir tahu tentang diri awak tambahan pula dari orang lain.”
“Syada, maafkan Syuk, Syuk tak berniat nak tipu Syada. Tolonglah Syuk sayang perhubungan ini, jangan putuskan ya.” Syukri sudah mula merayu kekasih hatinya.
“Syuk sekali saya terima cinta dari orang yang ikhlas menyintai saya seadanya, Syada tak akan sesekali melukai orang itu dengan mencuranginya. Bila ada desas-desus yang buruk tentang diri Syuk, Syada cuba pekakkan sehingga Syada nampak sendiri atau Syuk sendiri yang mahu perhubungan kita diputuskan. Percayalah pada diri ini sekali Syada cinta takkan jatuh cinta pada yang lain kerana Syada yakin diri ini si pencinta setia.”
“Syada….”
Syukri hanya meyeru nama kekasihnya sahaja. Tak termampu olehnya untuk membalas kata-kata Syada. Dia tahu, dia banyak berahsia dengan Syada. Akhirnya dia sendiri yang terkena, dia berjanji dia tidak akan mempersia-siakan gadis dari Cik Siti Wan Kembang ini. Selagi dia bernafas dia takkan berpaling tadah.
‘Ya Allah, jangan Engkau pesongkan hati kami kepada perkara maksiat. Peliharalah perhubungan kami dengan rahmatMU. Tuntunlah hati-hati kami agar tidak terus berbuat dosa. Sekiranya Nurul Syuhada binti Jamaluddin itu tercipta untuk melengkapi tulang rusukku Kau satukan kami dengan kasih sayangMu. Dekatkanlah hati kami.’ Doa Syukri dalam hati. Dia merenung wajah manis itu lama. Semakin lama- semakin dalam.
“Syada benci bila Syuk suka berahsia dengan Syada. Syada rasa hubung kita tak akan lama sekirannya awak sentiasa berahsia dengan Syada, sebab Syada tahu diri Syada  macam mana, suka beritahu semua hal pada awak. Tapi bila Syuk buat macam ni dekat Syada, Syada sedih Syuk.”
“Syada sebenar Syuk sambung dekat KLMU tu atas cadangan pengsyarah Luqman, dia yang rekemenkan. Dia cakap kawannya perlukan pembantu jadi dia syorkan Syuk sambung belajar dekat sana. Syuk fikir peluang tak datang dua kali, jadi Syuk terus setuju. Syuk bukan sengaja nak tipu Syada, cuma Syuk perlukan masa untuk memberitahu semuanya ada Syada. Percaya sayang,” suara Syukri dengan harapan kekasih hatinya memahami dirinya.
“Syuk tak tipu?” duga Syada.
Syukri mengeleng tanda dia tak tipu. Syada tersenyum bahagia. Tak sia-sia dia mepercayai dan tidak meragui buah hatinya itu. Hasilnya dia sendiri yang bahagia. Itulah bagusnya jadi si pencinta setia ini.
“Assalamuaikum Domi.”
“Waalaikumussalam Syada, sihat ke? Kenapa telefon aku ni?”
“Amboi mulut, sahaja nak dengar khabar dan nak bagi tahu sesuatu.”
“Jangan kata dah jumpo calon.”
“Ya, aku dah ada orang Kedah.”
“Weiiiiiii, pandai-pandai kau ek. Siaplah aku kalau aku jumpa kau. Baik punya kawan.”
 Syada mejarak telefon dari telinganya. Dia tergelak bila kawannya sudah meleterinya. Dalam hatinya dia berdoa agar persahabatan mereka kekal dan perhubungannya dengan Syukri berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.



~ ColetEh DN~

Cerpen ini terhasil dari sebuah kisah kawan DN sendiri. Tapi DN ada tambah-tambah sikit supaya boleh menghasil satu kisah cinta yang menarik. Tapi tak tahulah menarik atau tidak. DN harap kisah ini mengembirakan sahabat dunia dan akhirat DN yang bernama Nurul Syada. DN pinta agar dia sudi terima kisah yang tak seberapa ini.
Sekian salam sayang dari DN





Thursday 26 July 2012

PUASA ITU JIHAD


 “AF, papa nak kamu ikut serta sukarelawan di Sudan nanti!”



“Tak nak! AF tak suka pergi sana. Cuacanya panas terik. Tak suka!

“Habis, kamu fikir papa mahu tinggalkan kamu sorang-sorang kat rumah ni? Jangan nak berangan.”

“Papa ajak pergi umrah sekali, kamu tak mahu. Tak bersedia nak pakai tudunglah, belum tiba  masa nak insaflah, macam-macam alasan yang kamu bagi. Tak kira, keputusan papa muktamad! Kamu pilih kamu mahu pergi umrah sama papa dan mama atau jadi sukarelawan dekat Sudan sana?”

“Papa jahat!”

Afrina menjerit kuat lalu berlari memasuki kamarnya, dia menyembankan wajahnya ke bantal melepaskan tangisan geram. Kemudian dia mengamuk, lalu lemparkan bantal yang berada di katil ke bawah seraya itu dia melaung seperti orang tidak waras.

“Awak tengok perangai anak awak tu? Semakin menjadi-jadi. Pening saya memikirkan perangai dia yang sorang tu.”

“Saya pun tak tahu nak buat apa bang? Didikan agama sudah kita berikan. Apa lagi yang tak kena? Macamana nak buat ni? Saya risaulah bang.”

“Tu sebabnya saya nak dia ikut serta jadi relawan dekat Sudan sana, nak ajar dia macamana mahu jadi orang. Saya nak baiki perangai anak awak tu sikit! Asyik dimanjakan dengan wang ringgit itulah jadinya suka memboros situ sini!”

Afrina bagaikan cacing kepanasan, tak senang duduk. Nak membantah cakap papanya pasti semua kemewahan yang dilimpah kepadanya akan dirampas kembali. Nak pergi ke umrah? Dia rasakan belum bersedia untuk menjadi muslimah sejati lagi. Akhirnya dia terpaksa akur untuk memilih pergi ke Afrika sana.

“AF,  ini Umar Fawwaz. Dia salah seorang anggota sukarelawan, dan akan menjaga kamu dekat sana nanti.”

Afrina dengan geram memalingkan wajahnya menghadap lelaki yang baru diperkenalkan papanya itu. Matanya membulat, terpegun bila melihat lelaki itu. Hatinya bagaikan telah dicuri oleh senyuman lelaki yang berkopiah putih itu.
“Waw, kacaknya.” desis hatinya kecil, gatal.

“Kalau macam ni, aku sanggup terbang ke Sudanlah. Asalkan sentiasa bersama dengan si mamat berkopiah putih ini. Papa, AF dah tak sabar nak terbang ke Sudan ini.” Jerit Afrina di dalam hati. Hati kecilnya bersorak riang.

 “Adus, panasnya dekat sini! Rimas betullah. Menyesal! Menyesal betul! Gila agaknya aku ni. Gara-gara terpikat dekat mamat kopiah putih tu, aku sanggup ke sini. Memang gila betul kau ni Afrina!” amuk Afrina sendiri, sambil mengibas-ngibas wajahnya menggunakan tapak tangannya sendiri.  

Sudah tiga hari dia sampai ke sini tidak pernah sekali pun d
ia keluar dari khemah perlindungan. Dia asyik berkurung dari keluar berjumpa dengan penduduk di sana. Baginya mereka semua itu kotor dan sangat menggelikan.

“Awak tak de apa-apa ke?” Suara Umar tiba-tiba, yang muncul dari belakang lantas mengambil tempat di hadapan Afrina.

“Tak de apa-apa, cuma badan macam tak sihat, kepala saya pun pening. Mungkin cuaca terlalu panas kot.” Adu Afrina dengan suara dilunakkan sedikit.

“Sekarang kita di Afrika, bukannya Malaysia. Jadi Afrina kena biasa-biasakan diri dengan cuaca di sini.” ucap Umar Fawwaz seraya bangkit dari duduknya.

“Dahlah dari duduk sini tak buat apa-apa, apa kata Afrina bantu kami agihkan makanan untuk penduduk kampung kat luar sana, macamana?” suaranya lagi, lembut sekali.
“Tak naklah, saya sakit kepala. Kalau kat luar lagilah panas terik.” tolak Afrina dengan suara dimanjakan.

“Oh ya, Afrina kalau nak elakan sakit kepala, tudunglah kepala yang terdedah tu.”pesan Umar sebelum meninggalkan Afrina yang nyata terasa dengan sindiran itu.

“Tak guna punya mamat kopiah putih, kalau bukan aku sudah terjatuh cintakan kau, mahu aku ketuk-ketuk kepalanya.” Gerutu Afrina lantas menuju ke arah beg pakaiannya untuk mencari sesuatu untuk dimakannya.

“Apa ni? Semua dah berkulat, macamana aku nak makan ni? Esok dah mula puasa. Mati kelaparanlah aku jawabnya.” marah Afrina sambil melempar keluar segala makanan yang telah tamat tempoh itu.

Sedang Afrina membebel seorang diri tiba-tiba dia terdengar ada suara sedang bertengkar di luar khemah tempat dia berkurung. Dengan pantas dia bergerak ke arah suara itu. Dia terkejut bila melihat sekumpulan manusia  berebut makanan-makanan yang telah dilemparnya sebentar tadi. Mereka terpekik-pekik dalam bahasa mereka. Afrina  mengigil ketakutan dan seram tiba-tiba kerana mereka sudah mula bertumbuk antara satu sama lain, yang menambah rasa paniknya bila ada di antara mereka sudah berdarah tapi tidak diendahkan. Air matanya sudah memula menitis.

“Afrina awak cedera ke? Mereka ada apa-apakan awak, tak?” tanya Umar cemas, sebaik dia tiba di sana.

Afrina masih mengigil sambil memandang Umar dan semua sukarelawan yang lain berlari menuju ke arah mereka. Dengan pantas Afrina memeluk Umar seerat mungkin. Umar terkedu bila gadis itu menangis dalam pelukannya. Namun dia tidak menyentuh walaupun seinci badan Afrina. Kerana mereka bukan muhrim.
“Kenapa boleh jadi macam ni Afrina?” Soal Umar bila tangisan Afrina semakin reda. Dia menghulurkan segelas air mineral untuk gadis itu.

“Saya yang lempar makanan itu… saya tak tahu akan menjadi macam tu.” ujar Afrina dalam esakan.

“Awak tak boleh buat macam tu, Afrina! Walaupun awak anak datuk sekali pun! Dekat sini kita semua sama sahaja!”

“Tahu! Awak ingat kita ke sini nak melancong ke? Dah nama sukarelawan, buat cara sukarelawanlah! Bukanya puteri asyik berkurung dalam khemah sahaja.”

Kata-kata sindiran dari ahli-ahli lain membuatkan Afrina menangis lagi.

“Sudahlah tu. Jangan bertengkar lagi.” Umar Fawwaz cuba meleraikan perasaan amarah mereka yang asyik menyalahi gadis itu.

“Afrina jangan amik hati dengan mereka, ya. Mereka cuma nak kita saling membantu sama lain, lagipun esok dah mula puasa jadi banyak kerja yang harus kita lakukan.” pujuk Umar setelah ahli yang lain keluar dari situ.

“Dan satu lagi, jangan buat macam tadi. Ingat negara ini, negara kering kontang. Makanan dan minuman sukar untuk diperolehi, tak heranlah kalau setiap hari penduduk di sini akan meninggal dunia akibat kelaparan. Kalau kita ada sedikit air pun, kita tak boleh bagi pada mereka. Kalau tak akan jadi macam tadi. Mereka sanggup membunuh sesama sendiri  semata-mata untuk terus hidup. Saya harap Afrina mengerti akan situasi ini.” Suaranya lalu meninggalkan Afrina yang masih dalam esakan.

Esok seluruh umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Afrina sudah mula risau akan hal itu. Tadi masa semua umat Islam sedang bersolat terawih dia seenak mungkin duduk berkurung di khemah, tanpa rasa bersalah ataupun malu dengan saudara seislam yang lain. Dia lebih risau memikirkan apa yang akan bakal terjadi esok hari. Cukupkah makanan dan minuman untuk dia esok dan hari-hari berikutnya sebelum pulang ke Malaysia.

“Afrina apa yang awak buat tu?” Soal Umar, tegas.

Afrina yang sedang membawa tong yang beisi air berhenti lantas menoleh ke belakang, dia terkejut bila melihat Umar Fawwaz.

“Nak mandi.” Jawabnya cuba menahan perasaan takutnya.

“Awak dah hilang akal ke, hah?” Suara Umar Fawwaz semakin meninggi.

“Air tu untuk simpanan kita seminggu lagi, boleh awak nak buat mandi? Apa kena dengan awak ni? Awak tak sedar ke kita dekat mana sekarang ni?”Jergah Umar Fawwaz lagi.

“Saya panas saya nak mandi! Sejak sampai kat sini saya tak pernah mandi, awak tahu tak?” marah Afrina dalam gugup, kerana amat takut.

“Awak jangan nak bertindak bodoh dan pentingkan diri sendiri! Kat luar sana sanggup berdahaga kerana tak cukup bekalan air, awak senang-senang nak bazirkan! Awak takde perikemanusiaan ke?”marah Umar lalu merampas tong dari tangan Afrina. 

Umar meletakkan tong itu di tempat asalnya. Dia terkejut bila melihat plastik makanan bertaburan dan seperti baru dibuka. Lantas dia memalingkan badannya menghadap Afrina semula. Kesabarannya sudah luntur untuk gadis itu.

“Afrina jawab dengan jujur, awak  ke yang makan semua ni?”

 Wajah Afrina sudah mula pucat dan peluh.

“Jawab saya Afrina!”

“Ya!Ya! Saya. Saya tak puasa! Puas hati?”

“ Ya, Allah! Apa nak kena dengan awak ni? awak….”

Belum sempat Umar menghabiskan kata-katanya Afrina sudah mencelah.

“Saya bukan macam kamu semua… saya Islam atas dasar nama je, bukannya umat Islam sejati.” Suara Afrina dalam tangisan.

Umar tercengang dengan luahan gadis di hadapannya itu. Akhirnya dia faham maksud kata-kata ayah gadis itu sebelum mereka terbang ke mari. Harapan seorang ayah untuk menyedarkan anak gadisnya.

Afrina masih menangis, ketika itu juga mereka dikejutkan dengan suara tangisan yang meraung-raung dengan kuat. Umar tergesa keluar dari khemah itu diekori oleh Afrina. Mereka berdua terkejut bila melihat seorang kanak-kanak lelaki meraung-raung sambil mengheret tangan ibunya yang sudah terkulai.





Anak mata Afrina mengekori susuk tubuh Umar yang menuju ke arah kanak-kanak itu. Dia melihat Umar bercakap dengan kanak-kanak itu dalam loghat bahasa mereka. Afrina tertanya-tanya akan kejadian itu, dia mengatur langkah menghampiri kanak-kanak itu. Dia memasuki celahan orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas. Hatinya tersentuh bila kanak-kanak itu mengoncang kuat bahu ibunya tetapi tiada sebarang reaksi, tanpa disedari olehnya air mata kesedihan mengalir keluar.

“Cepat panggilkan Ustaz Azmin, bersiap-siap untuk kafankan mayat.”

Umar mula bersuara. Dia pantas bangkit dari situ dan menuju ke khemah. Afrina yang berada di situ kaget dengan tindakan kelam kabut semua sukarelawan. Dia dilanggar oleh salah seorang ahli sukarelawan. Badannya tergerak sedikit ke belakang tatkala itu dia terlihat keadaan penduduk di situ. Dia betul-betul terkejut melihat keadaan sekelilingnya. Ada yang terkulai lemah, ada juga yang menolak kereta sorong untuk mendapatkan rawatan bagi seorang wanita yang sudah uzur. Ada yang menyusukan anak. Semuanya sangat kurus dan tidak berzat. Seperti mayat hidup.



“Mereka semua…. aku baru nampak dengan mataku sendiri. Mereka cukup terseksa. Mereka mampu bertahan untuk menjalani ibadat puasa hari ni, walaupun tak cukup makanan dan minuman dan tambahan dengan cuaca panas membahang. Mereka betul-betul pelik. Ah! Gila.”

“Mereka tak gila. Mereka lakukan semua itu sebabnya mereka sedar yang mereka itu adalah hamba Allah dan wajib ke atas mereka atau umat yang beragama Islam untuk menjalani perintah Allah.”

Afrina lantas menoleh ke belakang bila suara Umar kedengaran.

“Kita semua nikan hamba Allah, jadi awak tak boleh cakap mereka gila. Malulah mengaku umat Islam tapi tak patuh apa yang disuruh oleh Pencipta, tak gitu?” soal Umar Fawwaz sebelum meneruskan bicaranya lagi. 

Afrina masih terdiam.

“Tengok wanita tadi, dia sanggup bertahankan puasanya kerana hari ini memandang hari ni hari pertama kita berpuasa, sampaikan tergadaikan nyawanya. Sebab apa? Sebabnya dia yakin yang dia tu hamba Allah. Tapi tengok sekarang, masih ramai lagi manusia tak sanggup buat macam tu. Cuba awak perhatikan mereka semua, walaupun keadaan mereka macam ni mereka sanggup keluar bekerja dan meneruskan kehidupan mereka dengan cuacanya lagi, dan bandingkan dengan kita yang sihat ini memang jauh berbeza, kan? Kita sepatutnya bersyukur kerana lahir di Negara yang aman dan damai, makanan mencukupi malah kita membazirkannya lagi.”

Afrina memandang sekeliling kemudian dia tertunduk, dia betul-betul menyesal sekali. Dia juga dapat merasakan kata-kata Umar seolah-olah dituju kepadanya. Air matanya menitis lagi.

“Mereka tahu mereka sedang diuji Allah dengan kehidupan seperti ini panas yang mengbahang, kulit kering akibat teriknya cuaca, jika kita tengok  keadaan mereka sangat azabkan. Tapi mereka tetap bersabar kerana mereka yakin Allah menjanjikan sesuatu yang indah di syurga nanti.” Lebih baik kita azab di dunia daripada mendapat azab di akhirat nanti, yang kekal abadi.” Umar Fawwaz masih dengan nasihatnya.

“Saya tak nak hidup macam ni, saya tak nak…” Afrina sudah teresak.

“Saya faham kenapa papa awak, mahu awak ke sini. Dia mahu awak berubah Afrina. Masih belum terlambat untuk awak berubah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.”

Air mata Afrina semakin laju. Bahunya terhinjut-hinjut. Dia betul-betul insaf dengan kejadian yang menimpa masyarakat sini sekaligus membuka pintu hatinya untuk berubah. Dia tekad dia mahu berubah.

“Aku tak mahu macam tu. Ya Allah ampunkan aku.”

“Afrina! Afrina! Kamu tak ada apa-apa? Dahi kamu berpeluh. Kamu okey?”

Panggilan dari mamanya mengejutkan dia dari terlena. Dia mengenyeh matanya lantas menggelengkan kepala tanda dia tidak ada apa-apa. Afrina  membetulkan kedudukannya sambil tersenyum manis dan melentokkan kepalanya dibahu mamanya yang tercinta.

“Ah! aku mimpi ini lagi rupanya.” Gumam Afrina dalam hati.

Mimpi tadi mengingatkan dia pada peristiwa 3 tahun yang lepas, pengalaman sebagai sukarelawan di Afrika telah mengubah dirinya. Betullah seperti firman Allah dalam suruh yasin ayat 82 “Verily, when He intends a thing, His command is, "Be", and it is!”

 Dia yang dahulunya sangat liat untuk bersolat mahupun berpuasa, mendedah aurat di sana sini serta menjalani kehidupan semuanya berlandasakan budaya barat. Namun dengan takdir Allah dia telah berubah dan benar-benar insaf bila melihat kehidupan sebenar penduduk Afrika yang beragama Islam sanggup bermatian-matian untuk teruskan hidup.

Kereta diberhentikan betul dengan pintu masuk KL Sentral. Setelah mengucapkan terima kasih pada  pemandunya Afrina memimpin mamanya untuk memasuki ruangan KL Sentral. Dia mendapat jemputan sebagai novelis jemputan bagi mengulas novel sulungnya sempena Pesta Buku yang di adakan di KL Sentral. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia diiringi oleh kaki tangan pihak penerbitan. Kerana sebentar lagi acaranya akan bermula.

“Puasa itu jihad”
“Itulah tajuk yang dikemukakan oleh Miss Afrika dalam buku sulung karangan beliau. Penulisan ini berdasarkan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri di Afrika sana, untuk mengetahui sejauh mana intipati di dalam buku ini marilah kita dengar  apa yang akan dikongsi beliau dengan kita. Siapa sangka Miss Afrika rupanya orang Malaysiakan? Dan rupanya pun memang melayu asli. Maaf saya gurau je, tanpa melengahkan masa dipersilakan Miss Afrika!”

Ketika pengerusi majlis mengusik Afrina,  pengunjung di situ bertepuk tangan dan ketawa terbahak-bahak. Mereka  tak sabar mahu beramah mesra dengannya. Manakala Afrina menguntum sebuah senyuman halus bila mendengarnya. Dengan lafaz bismillah dia memulakan acaranya.

“ Assalamuaikum, dan selamat pagi semua. Syukur alhamduillah dan terima kasih saya ucap tidak terhingga kepada pihak penerbitan dan juga kepada yang menyokong saya. Sebelum saya mengulas secara ringkas tentang kisah saya, saya mahu kita semua cuba renungkan dan mari berfikir sejenak.”

“ Bila sebut perkataan puasa mesti terlintas dibenak fikiran kita bahawa puasa itu menahan diri dari berlapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja kan? Itu pada hakikatnya, tapi jika kita menghayati dengan betul-betul, sebenarnya puasa itu memerlukan satu jihad iaitu untuk menentang atau melawan sesuatu perkara yang tidak baik bagi mempertahankan sesuatu yang elok. Kenapa saya kaitkan jihad dengan puasa? Kerana jihad dan puasa memerlukan satu matlamat yang sama iaitu menentang atau melawan nafsu dari melakukan sesuatu dari yang tidak elok kepada sesuatu yang elok. Tapi ini bukan berjihad yang perlu berperang dengan senjata. Ini jihad untuk menentang musuh dalam diri kita sendiri.”

“ Iaitu hawa nafsu kita, jika kita tak kawalnya dengan baik tak mustahil kita akan terjebak kepada sesuatu yang jahat. Puasa itu bukan untuk waktu Ramadan sahaja, semata-mata menahan makan dan minum. Berpuasa juga kita boleh diertikan sebagai menahan nafsu dari terus melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Contoh masa kita nak berpuasa atau bersolat kalau kita tak tahan diri kita dari termakan hasutan nafsu kita sendiri mustahil kita dapat jalani ibadat itu. Betul tak?”

“Kembali pada cerita asal. Kisah ini memang kisah yang saya alaminya sendiri. Pengalaman menjadi relawan di negara Afrika betul-betul mendatangkan satu keajaiban buat diri ini. Banyak kejadian-kejadian yang menyayat hati telah mengubah diri ini kepada seorang yang lebih baik. Dan terpikat dengan jejak si kopiah putih pun salah satu faktor kepada Miss Afrika berubah. Semuanya saya sudah cacatkan di dalam buku ini. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar.”
Sebaik menghabiskan sesinya yang panjang lebar itu Afrina tersenyum puas, bila cacatan peribadi penulisannya mendapat sambutan dari masyarat luar sana.
“Terima kasih ya, Allah kerana Kau telah memilihku sebagai seorang hambamu. Peristiwa yang berlaku di Afrika benar-benar menginsafkanku. Rencana Kau memang hebat ya, Allah. Engkau utuskan dia sebagai wasilah kepada aku untuk kembali kepada RahmatMu. Aku masih teringat lagi kata-kata si dia.” Afrina cuba membuka memori silam.

“Pernah tak Afrina terfikir kenapa Allah mentakdirkan Afrina ke sini? Nama pun dah dekat Afrina dan Afrika. Mungkin di sini Allah mahu memberi satu hadiah yang tiada siapa ketahui termasuklah diri Afrina sendiri, tak gitu?”

“Ya abang, memang betul kata-kata abang. Melalui pengalaman di sanalah AF memperolehi satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Satu kesedaran tentang kekhilafan diri ini tak akan  AF lupakan. Sungguh besar pengalaman itu buat AF.”

Afrina berdiri untuk memenuhi permintaan peminatnya yang mahu bergambar dengannya. Ketika pungungnya mahu mencecah kerusi dia dilanggar oleh seseorang lantas dia menoleh ke belakang. Dia tercengang seketika melihat kanak-kanak  yang melanggarnya itu, berkopiah putih membuat hatinya bergetar teringatkan mamat si kopiah putihnya. Bila tangannya mahu menyentuh pipi budak itu, budak itu terus berlari menghilangkan diri celahan orang ramai. Dia tersenyum sendiri.

Sedang dia sibuk menanda tangani karya-karyanya yang sudah dibukukan, ada suatu suara yang amat dia kenali menegurnya. Lantas dia mendongak. Alangkah terkejutnya dia, bila sangkaannya memang betul. Lelaki yang menjadi pujaan hatinya telah muncul setelah 3 tahun menyepi tanpa khabar berita.


“Apa aktiviti Afrina sekarang ni?” suara Umar Fawwaz sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan.

“Insya –Allah kalau tak de halang yang mendatang, AF akan berangkat ke Sudan dua bulan lagi. AF nak merasa berpuasa di sana, sebelum ini AF tak sempat pun nak merasa.” Jawab Afrina cuba memaniskan muka untuk menyembunyikan perasaannya berdebar-debar di dalam.

“ Abang Umar buat apa sekarang? Papa cakap abang dah tak join sukarelawan dah, betul ke?”Soal Afrina kembali.

“Aah dah 2 tahun abang berhenti sebab masa tu, mak abang sakit. Dia suruh abang kerja dekat Malaysia. Sekarang alhamduillah dia sudah sembuh, abang hajat nak sertainya balik.” ujar Umar tenang.

“Abang cadanglah, baik AF sambung kisah Miss Afrika yang tergendala tu, mesti peminat tak sabar nak tahu kesudahan kisah Miss Afrika tu?” Suara Umar setelah mereka senyap seketika.

Afrina mengerut dahinya tanda tidak memahami maksud kata-kata Umar Fawwaz sebentar tadi. Dia merenung wajah lelaki itu dengan harapan lelaki itu menjelaskannya secara jelas. Umar Fawwaz menundukkan pandangannya bila panahan anak mata Afrina menikam wajahnya. Terasa sedikit gelisah yang bergelora di hatinya.

“Setiap yang hidup diciptakan berpasang-pasang, tapi dalam kisah Miss Afrika, Miss Afrika tidak bersatu dengan mamat si kopiah putihnya. Afrina tak nak satukan mereka ke?” Jelas umar bila kembali menatap wajah yang ayu bertudung itu.

Afrina tersenyum sambil menggaru lembut pipinya. Kemudian dia menggeleng tanda tidak mahu.

“Kenapa?” Soal Umar Fawwaz sedikit cemas.

“ Itukan kisah benar, AF tak tahu dia sekarang masih bujang atau sudah berpunya.” Jawab Afrina dengan suara tergetar sedikit.

“Afrina, kalau abang nak tanya sesuatu boleh ke?” tanya Umar Fawwaz perlahan.
Afrina mengangguk.

“Mamat si kopiah putih tu, abang ke? Kalaulah abang yang dimaksudkan AF dalam cerita itu, jadi abang bolehlah merealisasikan impian Miss Afrika tu kan?”

“Jadi sudi tak Miss Afrika menerima Mamat si Kopiah Putih?”

Afrina jelas terkejut dan tidak menyangka akan perkara ini. Dia betul-betul gembira  akhirnya dia betul-betul dilamar oleh mamat si kopiah putih,  bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dengan perlahan-lahan dia mengangguk tanda setuju.


“Sayang, abang ada satu rahsia nak bagitahu sayang ni?” Suara Umar Fawaaz sambil menolak troli yang berisi beg pakaian untuk memasuki pintu utama KLIA.

Terkerut-kerut dahi Afrina. Dia memaut bahu Umar, agar suaminya yang baru seminggu itu,  berhenti.

“Abang sukakan sayang , masa sayang peluk abang masa dekat Sudan hari tu lagi. Tapi abang abaikan sahaja.” Ucap Umar Fawwaz sambil mengenyitkan sebelah mata.

“Abang!” jerit Afrina perlahan lalu menepuk lembut bahu suaminya itu.
Umar Fawwaz tersenyum lembut sebelum meneruskan bicaranya.

“ Tapikan sayang, kenapa sayang tak bagitahu abang, tentang perasaan sayang yang pendamkan selama ini tu, kepada abang awal-awal? Kalau tak, dah lama abang masuk meminang.”

“Malulah, lagipun kita ni siapa, solat dan puasa tak pernah cukup. Lepas tu masa orang tu bagi bagi tazkirah, orang tu  ada cakap “tiada lelaki di dunia ini mahukan isterinya tidak elok perangai. Nak cari isteri mesti yang beragama baru berkat hidup. Terasa tahu!”

Umar fawwaz tergelak lantas memicit hidung isterinya. Afrina mencebik lalu tersenyum bahagia dibahu suaminya. Dia sangat bersyukur kerana dia ibarat seorang bayi yang baru dilahirkan semula.  Dengan langkah penuh dengan keyakinan dia akan terbang ke Sudan kembali bersama dengan insan yang pernah bertahta di hatinya dari dulu hinggalah sekarang sebagai seorang sukarelawan dan juga seorang isteri kepada Umar Fawwaz.

Kini lengkaplah kisahnya, Miss Afrika dan Mamat si Kopiah Putih akhirnya bersatu jua.

“Sudan tunggu kedatangan kami.” Desis hati kecil Afrina dengan semangat serta azam baru bersama suami tercinta.