Sunday, 11 November 2012

Cinta Terlarang Bab 2



BAB 2



“Encik Mukhriz tu, memang kacakkan Riana?” suara Nabilla kawan sekerjanya yang suka berangan nak kahwin dengan anak orang kaya.
“Kacak saja tak guna, kalau perangai macam orang gila talak!” tempelak Riana dengan langkah dilajukan sedikit, takut di hempuk rakan-rakanya. Iyalah kan dah nama ‘kipas susah mati’ encik Mukhriz kalau dikutuk sedikit terus nak naik angin!
“Kenapa kau marah sangat dengan dia, ni?” soal Nabila cuba membela jejak idamannya. Langkah turut dipercepatkan untuk menyaingi langkah Riana diikuti oleh Ain. Nabila hairan semua pekerja perempuan duk tergila-gilakan CEO baru Syarikat Bayu Permai itu kecuali gadis yang bernama Ina Riana.
“Mana taknya, si Riana dapat surat kuning sebagai peringatan. Tulah kau Riana dah tahu nak  cuci tandas, boleh kau tak letak papan amaran. Mahu tak mengamuk boss kita tu!” perli Ain sambil tersengih kambing. Riana tayang muka hodoh.
“Betul ke Riana? Kau nampak apa, wei?” tanya Nabilla bersungguh-sunguh mahu mengetahui.
“Aku nampak semua!” jawab Riana bersahaja.Dalam hatinya sudah tergelak kecil bila melihat wajah Nabila gelabah semacam.
“Apa?Fuh, kau memang beruntung!” sakat Nabila dan Ain serentak lalu meletus ketawa mereka.
“Wei! Bukan itu maksud aku lah! Korang ni memang kureng! Otak kuning!” sangkal Riana dengan wajah tidak puas hati. Niat di hati ingin mengenakan mereka berdua, last-last dia sendiri yang terkena.

Dalam perjalanan ke bilik stor Riana terkenang kembali insiden yang berlaku antara dia dan CEO baru itu. Di mana ketika dia sedang asyik mencuci tandas lelaki, Mukhriz atau CEO baru Syarikat Bayu Permai baru selesai membuang hajat terus keluar menuju ke singki untuk mencuci tangannya. Dia amat panik bila terlihat bayang manusia di cermin, dia sangkakan makhluk halus dengan pantas menjerit.
“Argggh!!Riana tiba-tiba menjerit.
Mukhriz  bagaikan magnet  ada caj negatif  dan positif turut terjerit sama akibat terkejut.
“Stop!” Pekik Riana tiba-tiba  lalu mengambil nafas .
“Awak  tak tengok ke  papan tanda kat luar tadi, tandas sedang dibersihkan?!” soal Riana dengan geram dengan gaya seorang guru sedang mengajar.
“Tapi seingat saya ,awak tak letak tanda pun?” balas Mukhriz dengan mata dijegilkan sedikit. Dia sangat bengang bila ada seseorang wanita memarahinya, sebelum ini tiada siapa yang pernah berani meninggikan suara padanya.
“Eh,ye ke?” Gumam Riana sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tak  payah nak cari alasan! Dah tahu silap masih tak mengaku! Tu zip terbuka, buat malu je!” bebel Riana dengan mulut dimuncungkan tanpa menoleh sedikit pun. Dia melintasi Mukhriz dengan selamba tapi bibirnya mengukir sengih. Dalam hatinya dia gugup sebab takut kena marah dekat CEO tu, salahnya juga sebab terluka letak papan tanda.
“Mana? Hah! Hey awak nampak ke?” jerit Mukhriz sedikit gugup bila melihat Riana berlalu pergi.
“Nampak apa?”soal Riana tak faham. Dia yang berada di ambang pintu keluar terus menoleh pantas dengan kening diangkat sedikit.
“Errr….” Mukhriz tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“ Eh! Betul ke zip dia terbuka? Tak sangka pulak betul, boleh jadi tukang tilik ni. Hehehe…Hrmm tulah berlagak sombong! Sekarang baru tahu siapa Riana yang sebenarnya,?  Padan muka!” ketawa Riana dalam hati.
 Riana tersengih sumbing seorang diri, dan disebabkan insiden itu jugalah dia dapat kad kuning dan berbakul-bakul tazkirah dihadiahkan oleh encik Mukhriz kepadanya dan detik itulah dia tak berada nak ngam dengan lelaki yang bernama Mukhriz  Ilham itu.
“Wey, cakaplah kau nampak apa?”desak Nabila lagi disertai anggukkan dari Ain,
“Rahsia.” balas Riana lantas meninggalkan mereka. Sebenar Riana tidak nampak apa-apa, dia cuba meneka yang zip seluar Ceo baru terbuka tak sangka pula betul. hal itu juga turut dirahsiakan oleh encik Mukhriz kerana Riana ada agenda lain.

Tengah hari itu, Riana menganti tempat Nabila untuk membersihkan anak tangga pejabat.Asyik dia mengemop lantai tiba-tiba dia terbunyi geduk dari atas lantas dia menoleh.
“Sayang! Are you okey?” Tanya Mukhriz cemas bila melihat kekasih pujaan hatinya jatuh  di anak tangga. Mukhriz menghembus nafas lega bila melihat Soraya  menggeleng tanda dia okey, kalau tergolek si  Soraya tu jenuh dia mahu menemani gadis itu berbulan-bulan di hospital.
“Pekerja youlah buat kerja tak betul. Nasib baik I sempat berpaut pada palang, kalau tak berbulan I dekat hospital tau!” Marah Soraya sambil menggosok pungung yang terasa perit itu.
Riana di bawah sudah tersengih-sengih. “Padan muka, tulah dah tahu diri tu pakai highheels, tak baca papan tanda amaran kerja cuci mencuci sedang dijalan! Sekarang amek kau!”gerutu Riana.
 “Hey! Kau kat bawah tu naik atas!” Arah Mukhriz tegas.
“Er..mati aku kali ni.”
 Dengan langkah longlai sambil membimbit baldi dan memegang batang penyapu Riana memanjat anak tangga. Dalam hatinya dup dap gementar!
“Kamu?!Kenapalah Encik Rahim boleh amik kamu kerja? Lalai, cuai! Kalau hari-hari kerja kau macam ni bankruplah syarikat aku,  semua pekerja mintak claim duit perubatan gara-gara tersungkur! Marah Mukhriz membuak-buak, tambahan pula bila Riana tunjuk muka tidak bersalah.
Riana tergaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung tanda dia bosan dengan leteran Mukhriz. Dia naik hairan kerana ini kali pertama dia melihat seorang lelaki suka sangat berleter mengalahkan mulut perempuan. Tuan macho bagaikan nak rak, mulutnya Ya Ampun!
“Saya cakap dengan awak, boleh awak buat bodoh?” teking Mukhriz dengan mata berapi.
“Dah, encik nak saya menjawab ke? Kalau saya menjawab mesti encik akan marah dekat saya lagikan so lebih saya diamkan diri, tak gitu?” sindir Riana dengan wajah tanpa riak.
“Awak ni…” marah Mukhriz semakin naik, bagai dicurah minyak tanah pada api yang tengah menyala hangat.
“Dahlah sayang,  jomlah blah! Dari melayan minah monyet ni baik kita keluar makan,” renget Soraya memujuk Mukhriz.
Riana tersentak bila Soraya memanggilnya ‘minah monyet’. Dengan sengaja dia mencelup mop ke dalam baldi dan mengangkat mop tersebut dengan kasar,  air yang terlekat di bulu mop terpercik mengena muka Soraya. Riana tersenyum puas sambil meneruskan kerjanya. Manakala Soraya sudah mengamuk sakan.
How dare you! Riz!” pekik Soraya sambil menhentak-hentak kakinya.
“Opp! Sory cik  Soraya, saya tak sengaja,” pinta Riana dengan suara sedih, matanya dikelip-kelipkan. Buat muka comey!
“Riana!” jergah Mukhriz sampai bergegar seluruh tingkat itu.
“ Pagi-pagi besok saya nak awak ada dekat  bilik saya, faham!”
“Menurut perintah bos,” balas Riana dengan gugup. Wajahnya ditundukkan, terkejut dengan suara Mukhriz yang bergema itu.

Indra melangkah keluar dari MayBank  setelah selesai proses menyimpan wang terus membolos tubuhnya ke dalam kereta Honda Accordnya yang berwarna silver itu. Ketika dalam perjalanan ke Restorennya yang terletak di Pantai Dalam dia terpandang seorang wanita terduduk sambil menggosok kaki. Dengan segera dia memberi isyarat untuk berhenti. Bila kereta elok terparking di tepi jalan terus dia keluar dari keretanya.
“Mak cik, sakit cedera ke?” soal Indra.
“Aah nak, beg mak cik kena ragut pencuri, dia seret mak cik sampai terjatuh. Hmm budak-budak sekarang memang jahat. Padahal dalm beg tu tak de duit pun.”
Indra hanya mendengar bebelan dari wanita tua itu. Hatinya terdetik  dan tersentuh bila melihat wajah tua itu, tiba-tiba dia terkenang ibunya yang sudah mengadap Ilahi. Kerana tidak pernah mengecapi kasih sayang seorang ibu, dia amat prihatin terhadap wanita yang bergelar ibu.
“Lutut mak cik berdarah ni, jom saya hantar pergi klinik,” pelawa Indra ikhlas.
“Tak payahlah nak, sikit je ni. buat membazir pergi klinik, balik  rumah mak cik cumur ubat gamak elok lah nanti,”tolok wanita tua itu.
“Eh, tak boleh macam tu mak cik,” pujuk Indra lagi. Indra mengangkat wanita tua itu perlahan-lahan untuk dibawa masuk ke dalam keretanya.
Naluri keibuan Mak cik Salmi tersentuh bila melihat keluhuran hati anak muda itu. Tiba-tiba dia terkenangkan anak lelakinya yang mungkin sebaya pemuda ini. Air matanya mengalir keluar cepat-cepat dikesat. Terkenang dosa lalu, dia sangat menyesal kerana curang dengan bekas suami malah sanggup meninggalkan anak lelaki mereka kepada suaminya dulu semata-mata mahu hidup mewah.

“Adus sakitnya kepala aku! Kerja stress, tak kerja pun stress! Dunia, dunia,” keluh Riana sendiri ketika menunggu bas untuk pulang dari ke rumah. Jarak rumahnya dengan Syarikat Bayu Permai yang terletak di Bangsar lebih kurang 15 minit jika naik bas. Nak ada kenderaan sendiri entah bila dia sendiri tidak tahu. Gajinya hanya cukup untuk bayar bil air dan api serta makan, nasib baik rumah tak kena bayar sebab rumah itu memang milik maknya.
‘ Hmm nasib aku, dilahirkan dalam keluarga miskin.’
Riana sambil mengelap peluh yang memercik di dahi kerana dia terpaksa berjalan sedikit untuk sampai ke rumahnya yang bersebelahan dengan Pantai Hill Park. Sebaik kakinya menjejak kawasan rumahnya dia kaget melihat ada susuk tubuh seorang lelaki terbongkok-bongkok cuba membuka kunci rumahnya. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk mencari kekuatan dalam diri, sebatang kayu digapainya.
“Oii!! Pencuri kau nak mencuri eh,” sergah Riana kuat, tapi dalam hatinya dia kecut perut. Takut sih!
Indra yang tertungkus lumus cuba membuka mangga kunci itu terkejut sampaikan anak kunci ditangan terlucut dan jatuh ke bawah.
“Baik kau pergi sebelum aku pukul kau!”ugut Riana lagi, kayu ditangan digengam kemas.
Indra lantas berpaling. Matanya terkebil-kebil melihat gadis yang berjaya mencuri hatinya berapa di hadapan. Sebuah senyum meleret di bibir merahnya. Bibir yang tak pernah dinodai oleh sebarang rokok.
“Kau!” Jerit Riana sambil merunding jari tepat ke arah Indra.
Indra mengangguk bangga. Tak sangka dia telah membantu ibu kepada gadis tersebut. Ini bermakna ada jalan untuk dia meraih cinta gadis itu.
“ Riana, kau dah balik nak?” sapa mak cik Salmi dari belakang. Dia yang berada di dalam kereta terus keluar bila terdengar anak gadisnya terpekik.
“Mak!” jerit Riana bila melihat maknya berjalan terjongkat jongket.
“Mak kenapa?”soalnya cemas sambil memimpin maknya.
“Mak awak kena ragut. Apa punya anaklah awak ni, sanggup biarkan mak awak yang tua ni keluar sorang-sorang!” sakat Indra pura-pura marah. Dia paling suka bila melihat wajah gadis itu menahan marah. Sungguh comey!
“Hello cik abang! Awak ingat saya nak sangat ke mak saya keluar? Kalau boleh saya nak ikat mak saya kat batang pokok tu. Biar dia tak boleh keluar!” bidas Riana geram lalu memeluk tubunya sendiri bila maknya sudah masuk ke dalam.
“Wah kejamnya awak, takutnya saya,” sindir Indra dengan nada dibuat-buat takut.
“Awak tak kenal perangai mak saya, suka sangat pergi menjual kuih dekat Pantai Dalam sana. Dah berbuih mulut saya suruh dia duduk rumah. Biar saya yang cari duit tapi degil!”
Dalam tak sedar Riana sudah membuka cerita keluarganya pada Indra. Indra tersengih kerana dia dapat tahu perihal keluarga Riana.
“Riana! Mak tak ajar cakap kasar dengan orang,” laung Mak Salmi dari dalam.
“Uff, mak ni! Mak tak dengar ke dia fitnah Riana,” balas Riana dengan laugan juga.
“Tak soh nak peduli cakap Riana ni Indra, meh lah masuk rumah mak cik dulu. Boleh minum-minum air,” Pelawa mak cik Salmi yang berada betul di pintu masuk.
“Baik mak cik ,” Balas Indra sopan.
Indra tersenyum manis pada Riana di sebelahnya sambil mengenyitkan matanya sebelah pada gadis itu.
Mata riana membulat. “Miang!” Itulah yang terkeluar dari mulutnya.
“Riana apa yang termenung lagi, naik cepat buat air untuk Indra ni.” arah makcik Salmi terus masuk ke dalam.
Dengan hati yang bengkak Riana menghentak kakinya sebelum melangkah masuk.
“Geramnya!! getus Riana. Bila matanya terpandang Indra enak duduk di kerusi rotan yang usang sambil tersenyum-senyum padanya dia menghantar jelingan maut pada lelaki itu sebelum menghayun kaki ke dapur.
“Buat macam rumah sendirilah Indra, rumah mak cik tak de apa-apa yang menarik. Biasalah rumah orang susah. Takut Indra tak selesa pulak,”
“Eh, kenapa cakap macam tu mak cik? Sama saja bagi saya,”
“Kamu duduklah, mak cik nak pergi bukak daun pisang nak buat lepak pisang untuk jualan esok,” pinta mak cik Salmi sebelum melangkah ke bucu sudut yang penuh dengan timbunan daun-daun pisang.
“Baik mak cik .”
Indra memandang sekeliling rumah itu tiba-tiba matanya tertarik pada satu gambar. Gambar bayi perempuan yang tidak memakai apa-apa kecuali pampes lantas dicapainya.
“Mak cik gambar siapa ni? comeynya!” tanya Indra sambil menayangkan frame gambar itu pada mak cik Salmi.
Riana yang baru keluar dari dapur terus menoleh pada Indra yang sedang menilik sebuah gambar. Dia tidak ambik kisah dengan tindakkan Indra. Buat sakit hati kalau melayan mamat tu, baik dia buat bodoh lagi bagus.
“Mana? Oh, yang tu ke? si Riana masa kecil, dia dulu tak suka pakai baju. Kalau pakaikan mulalah merengek, penat mak cik melayan kerenah dia,” ngomel mak cik Salmi.
Mata Riana membuntang. Dia sangkakan Indra melihat gambar lain rupa-rupa Indra sedang menilik gambarnya sewaktu kecil dulu.
“Mak!” marah Riana lantas merampas gambar itu dari tangan Indra. Dia malu!
“Awak seksi time tu, saya suka,” bisik Indra perlahan takut di dengari oleh mak cik Salmi.  Dalam hati sudah kembang kuncup. Riana lantas menoleh dengan hati yang marah.
“Miang!” Marah Riana dengan suara ditahan sedikit, giginya rapat terkacip.

“Mak cik! Indra balik dulu ya, kuih tu nanti suruh Riana hantar dekat restoren saya, mesti ramai yang beli,” ujar Indra menawar satu bisnes kepada mak cik Salmi.
“Yelah Indra, nanti mak cik suruh Riana hantar sebelum dia pergi kerja.”
Riana mengeluh sambil memeluk tubuh sendiri. Badan disandar ke daun pintu untuk menghantar Indra keluar.
“Awak ni ngada-ngada tau!”
“Saya ngada-ngada dengan awak je,  dengan orang lain tak! jangan cemburu tau,” balas Indra menggoda.
“Kalau tak kerana awak tolong mak saya tadi, tulang awak saya patah-patah, buat sup!” tempelak Riana, geram.
“Wah ganasnya awak..ee, takutnya,” sakat Indra bila melintasi Riana. Riana menjeling, kalau ikutkan hatinya mahu di cubit-cubit lengan lelaki itu. nasib baik bukan mahramnya.
“Ana!”panggil Indra, cuba menyakat gadis itu, sebaik pintu kereta dibuka.
Kaki Riana yang baru setapak masuk ke dalam terhenti dan menoleh semula. “Ee.. tak faham bahasa ke, aku dah bilang jangan panggil Ana lah, bentak Riana perlahan.
Apa?” soal Riana dingin.
“Hati saya sudah terbang,” laungnya sedikit.
“Hah?” Kening Riana bertaut, tanda tak faham
“Terbang tinggi dan terus hinggap di hati awak, dan bersarang dekat dalam tu! jangan dilepas, ya,” ucap Indra diselangi tawa yang lebat.
 Dia lantas membolos diri ke dalam keretanya bila melihat mulut Riana pot pet memarahinya. Sebaik enjin kereta dihidupkan dia terus meluncur keluar dari perkarangan rumah itu. Hatinya berbunga. Mekar berkembang dengan cantiknya. Perasaan cinta sudah bercambah tunggu masa untuk  dituai. Dia yakin hatinya memang terpaut pada gadis yang bernama Riana itu.

No comments: