Saturday, 7 April 2012

Akhirnya Ku Kau Milik

PROLOG
“Jadi,  abang tetap  nak  kahwin dengan dia? tanya Arissa menahan sebak . Dia memeluk tubuhnya kerana kedinginan  pandangnya dilontar ke luar jendela bilik tidurnya melihat Auni ketawa keriangan yang sedang mengayuh basikal bersama Kak Dini.
“Ye, dalam surat itu tertulis amanat Qaisara, terpaksa abang tunaikan. Huh..” keluh Aysar sambil mendengus perlahan.  Aysar  masih lagi dibirai katil. Duduknya tak tenang ,telapak tangannya meraup mukanya beberapa kali. Dia benar-benar buntu dengan masalah yang dihadapinya sekarang.
“Abang percaya ke yang Qistina tu kembar Kak Sara ? Ada ke Kak Sara pernah bagi tahu abang yang dia ada kembar ? Dan surat itu betul-betul dari kak Sara?” tanya Arissa bertubi-tubi.
Aysar  mendiamkan diri, ditundukkan pandangannya ke lantai marmar  yang dihampari  karpet berwarna hijau kekuningan . Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan untuk menjawab pertanyaan isterinya itu.
“Abang tak pasti akan hal itu, dia tak pernah cerita yang dia ada kembar , tapi abang yakin itu tulisan Qaisara!” jawab Aysar sedikit keras.
“Auni dah tahu tentang hal ni?” pintas Arissa dengan nada bersahaja tanpa menoleh sedikit pun kearah suaminya itu.
“Dia tak tahu lagi , abang takut  dia tak dapat terima . Buat masa ni, abang akan rahsiakan hal ini dulu.”  jawab Asyar  menoleh kearah isterinya yang masih memandang ke luar jendela.
Arissa membisu matanya masih lagi pada Auni di taman halaman rumahnya. “Aku yakin kalau Qistina jadi isteri Abang Aysar nanti, Auni  pasti gembira mana taknya rupa mamanya dengan Qistina memang sebijik.  Kembarkan. Tapi kalau abang kahwin nanti bagaimana pula dengan aku ? Adakah aku akan diceraikan ke? ya Allah minta –minta dijauhkan, aku tak nak anak dalam kandungan aku ni lahir nanti tak de ayah” desis Arissa dalam hatinya sambil mengusap-usap perlahan  kandungannya yang baru mencecah 3 minggu.
“Tapi abang tak tahu lagi tentang kandungan ku ni. Patut ke aku bagi tahunya sekarang? Nak ke abang tarik balik lamarannya  pada Qistina tu? Peningnya kepalaku  memikirkannya. Monolog Arissa lagi sambil memicit-micit dahinya  yang  tiba-tiba sakit. Pandangannya menjadi gelap sekejap. Arissa terdengar  suara suaminya memanggil, tapi sayup-sayup kedengaran. Kakinya tak dapat mengimbangi tubuhnya yang kecil itu akhirnya Arissa jatuh
ARISSAAAAAAAA……….










BAB 1
“Risa! Risa!  dengar dulu penjelasan i.” laung seorang lelaki sambil mengejar Arissa dari belakang.
Arissa tidak mengendahkan panggilan itu dia mencepatkan langkahnya. Lelaki itu masih lagi mengejarnya.  Arissa berhenti melangkah dan menoleh kearah lelaki itu.
“Awak nak apa lagi Shah? saya dah bosan dengar penjelasan dari awak, asyik-asyik alasan yang sama awak bagi kat saya. Saya dah muak awak tahu tak ?” tempelak Arissa.
“Dengar lah dulu, sumpah sayang saya dengan Suraya tak de apa-apa.  Hari itu dia sakit, saya tolong hantar dia ke klinik.  Percaya la.” jelas Shahrul menagih simpati
 “ Klinik  atau ke rumah dia! sudah lah Shah ,aku nampak dengan mata aku sendiri, dulu memang aku tak nampak.  Sekarang dah terbukti kau  memang kasanova, aku dah buat keputusan aku nak break up dengan kau. Mulai detik ni, jangan kacau hidup aku lagi ok, bye!”  bentak Arissa berkau aku lalu meneruskan langkahnya.
“Hah!” Sharul terperanjat sampai berkerut-kerut dahinya mendengar kata-kata Arissa
Arissa meninggalkan Shahrul yang masih terpinga-pinga. Dia meneruskan perjalanan dengan perasaan sebal dan geram. Tiba di satu lorong Arissa terpandang seorang budak perempuan  sedang menangis teresak-esak, lalu dia  menuju kearah budak itu.
“ Kenapa adik menangis ni? sesak ke?”  tanya Arissa sambil mengusap lembut  kepala budak itu.
“ Tak, aiskrim Auni  kena ambil.  Auni tak de duit nak beli lagi.” jawab budak itu  masih menangis.
“Kesiannya, tak pe nanti akak tolong belikan yang lain ye.” pujuk Arissa.


“ Nama Auni, Auni Maisara Firas. Auni dah masuk 6 tahun. Dah sekolah dah, seronok .. dapat kawan ramai .” jawab Auni sebaik sahaja Arissa menanyakan namanya sambil menjilat aiskrim yang dibelikan oleh Arissa.
“Akak nama apa? “sambungnya lagi sambil memandang tepat ke mata Arissa.
 Arissa terlopong  dengan matanya membulat mendengarnya tak percaya budak sekecil itu petah bercakap.
“Amboi sepatah je tanya, macam bertih jagung Auni menjawabnya ek,” kata Arissa menahan gelaknya. “ Panggil je kak Rissa . Dah la jom akak hantar Auni  balik ye.”
“ Dik rumah adik  kat mana?” tanya Arissa sambil pegang tangan Auni. Hah Taman Mini!  kak ingat Auni  tinggal taman perumahan depan itu .
“Setahu aku kawasan rumah kat Taman Mini ni untuk orang kaya-kaya je.” sempat lagi Arissa mengomel. “Papa Auni  kerja apa?”
 “Papa Auni doktor selalu pulang lewat,  Auni  tak suka la.” keluh Auni.
“Tak baik cakap macam tu, papa Auni  kerja pun untuk Auni jugakkan.” jawab Arissa tersenyum memandang Auni.
“Ok dah  sampai. Ni ke rumah Auni ?”tanya Arissa dengan mata terbeliak  melihat rumah banglo mewah dua tingkat dihadapannya. Arissa asyik memandang sekeliling rumah itu mewah itu.
 “Wah cantiknya , dah la besar siap ada taman bunga lagi, eh kolam mandi pun ada jugak . Memang  kaya betul si Auni ni ye.”desis Arissa .
“ Jauh jugak ye rumah Auni ni ek. Akak ingat Auni  tinggal dekat kawasan perumahan tadi. Rumah akak kat situ.” ujar Arissa sambil matanya memerhatikan kedalam halaman rumah Auni yang besar itu.
“ Tak lah. Auni selalu curi keluar pergi main kat taman permainan kat sana, ada ramai kawan. Duduk  rumah tak de orang, Auni bosan.” komen Auni dengan riak muka yang tidak puas hati.
Sebaik sahaja Arissa mengetuk pintu utama rumah banglo mewah itu. Seorang  wanita dalam lingkungan 50-an  muncul di muka  pintu .“Ya, ada apa cik ?” tanya perempuan separuh abad dengan wajah yang agak gelisah.
“Mak Dini !! Auni dapat kawan baru yeay.. yeay.. .” kata Auni  terlompat-lompat untuk didukung oleh  Dini  pembantu rumahnya itu.
“ Auni  pergi mana?  Puas Mak Dini cari tau, jangan buat macam ni lagi . Nanti Mak Dini bagitau papa .”  tanya Dini dengan nada khuatir sambil mengelus-elus rambut Auni yang di toncong dua.
“ Err … maafkan saya. Tadi saya terjumpa Auni menangis kat simpang perumahan sana. Katanya aiskrim dia diambil budak nakal. Jadi saya belikan yang baru kat dia .” celah Arissa tiba-tiba dengan nada sedikit serba-salah. 
“Lepas tu saya hantar Auni pulang  terus. Makcik  jangan risau lah ye.” Sambungnya lagi ingin memujuk Mak cik Dini yang kelihatan resah.
 “Tak pelah kalau macam tu , saya balik dulu ye.” Arissa meminta izin untuk pulang.
“Nanti sekejap!” panggil Mak Dini tiba-tiba cuba menghalang Arissa dari pulang lalu menghulurkan sekeping duit bernot 5 ringgit.
“Nah! ni duit untuk aiskrim Auni tadi,  bakinya tak perlu bagi balik cik?” hulur mak cik Dini sambil menunjuk ibu jari ke arah Arissa untuk bertanyakan nama Arissa.
“Takpelah akak , tak perlulah, panggil je Risa.” tolok Arissa lembut.
“ Eh tak boleh,  cik Risa. Nanti Tuan saya tahu, dia akan marah kat Auni nanti.”pinta  Mak cik Dini sambil memegang tangan Arissa
“ Tak pe, tak pe mak cik, lagipun  saya tolong Auni ikhlas.’ ujar Arissa lagi.
Tiba satu suara yang garau mencelah. “Kenapa ni  akak?” Siapa budak perempuan ni? Apa yang dia buat kat rumah ni?” tanya lelaki itu memandang Arissa dengan seribu persoalan.
 Auni kenapa baju kamu kotor?Kamu makan aiskrim ke hah!!  Jergah  lelaki itu lagi kali ini  tegas berbaur marah.
“ Err..  Tuan Aysar dah pulang  tak dengar pun kereta Tuan.”tanya Makcik Dini gugup.
“Kereta saya rosak, jadi saya balik naik teksi je, siapa awak?” tanya Aysar  sambil berkerut dahinya.
“ Tuan , gadis ni tolong hantar Auni balik.” Mak Dini menjawab bagi pihak Arissa.
“Apa mak Dini cakap?  Auni pergi mana tadi hah!  Jawab!  Papa tanya nih?  Cakaplah!  kenapa kamu degil sangat hah!” sergah Aysar mengejut mereka bertiga.
Auni Maisara ketakutan dan terus sembunyikan diri ke belakang Arissa.
“ Akak..  Auni takut.” ujar Auni  yang mengigil ketakutan.
 Auni!! mari sini, mari sini papa cakap!” arah Aysar  menarik tangan anaknya yang meronta-ronta tak mahu lepaskan  peganganya pada baju sekolah Arissa. Badan Arissa tergoncang – goncang sedikit.
“Encik!!Jangan marah- marah Auni.”  tiba-tiba Arissa  menjerit sambil membetulkan tudung sekolahnya.  Nanti dia ...
“Sayang….”
 Arissa terkedu belum sempat dia meneruskan katanya tiba-tiba  seorang perempuan muda yang cantik muncul terus mengucup kedua belah pipi lelaki dihadapannya.
“ Kurang adab betul minah ni.” gerutu Arissa.
“Kenapa ni sayang marah-marah, tak sukalah?  I call you sayang tapi you tak jawab , you know lepas I turun dari flight je terus ke sini”.  perempuan itu merengek manja.
 Ni siapa pulak ni?”  tanya gadis itu yang bernama Shila selepas habis membebel dengan muka yang tidak puas hati. Dia mengesyaki gadis dihadapannya itu mahu merampas Aysar Firas darinya.
 Arissa mahu termuntah dan meluat tengok pasangan didepannya.  “Tak senonoh betul. Nak kiss-kiss masuk rumahlah. Tahulah suami isteri, ini tempat awam ok. Eh, ni kan rumah dia.  Aduss aku ni pun.” gumam Arissa dalam hatinya.
Aysar tak menjawab pertanyaan Shila. Dia merentak  tangan anakknya dengan agak kasar dan menyeluk saku kemejanya.
“Nah ni duit awak, saya tak nak terhutang budi dengan awak.  Jadi tolong balik sekarang!”  marah Aysar  kasar  sambil menarik tangan Arissa dan meletakkan wang yang bernot 50 ke dalam tangan Arissa.
“Ha!ha!ha!ha.”Arissa mengilai dengan kuat tiba-tiba .
“Sakitnya perut kita, kelakar lah pulak.  Ada juga orang seperti  encik kat dunia ni,  ya.  Tak tau pulak kita . Encik ingat  kita ni miskin sangat ke?  Sampai nak belanja seorang budak pun tak boleh. Siap boleh bayaran ganti balik, lumayan pulak tu. Adus .. dunia- dunia pelik betul.” Omel Arissa bengang.
“ Sorry lah ya. Kita bukan tak de maruah nak amik balik apa yang dah kita bagi kat seseorang tu.”  perli Arissa lalu beredar dari situ.  Aysar memandang Arissa sehingga hilang kelibatnya dengan riak muka menahan marah.
“Dah la sayang,  jangan marah-marah, tak guna bertengkar.  Dia tu masih budak lagi kan. Dah, jom masuk nanti i buatkan  air untuk you ya.” pujuk Shila dengan suara manja sambil memeluk lengan kiri Aysar dan mengheret Aysar masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat  yang mewah itu.
 Masuk sahaja dalam rumah mewah itu Auni mengamuk sakan. Habis pasu bunga dipecahkannya.
“Papa jahat! Papa jahat! Auni benci papa!” bentak Auni  sambil menghentak kakinya lalu  berlari masuk ke biliknya .
“DUM..”
 Pintu biliknya dihempas kuat.  “ Mama!..Mama!..  Auni rindu mama..” rengek Auni sambil menatap gambar  Qistina yang mendukungnya ketika masih bayi bersama Aysar  kelihatan bahagia.
“Awak dengar tu Shila, semakin hari semakin degil  budak tu, i betul-betul pening dengan perangai dia. I tak tahu, nak buat macam mana lagi .” keluh Aysar geram lalu melabuhkan punggungnya ke sofa yang empuk itu.
“ Alah you ni kan, itu pun tak paham- paham lagi.  Dia nak perhatian daripada you la sayang.” ujar Shila lalu melentokkan kepalanya di bahu Aysar  yang bidang itu.
“ I dah bagi kesemuanya. Tak  cukup-cukup lagi ke? ” Semua kehendak dia I turutkan. Apa yang tak cukup lagi,  pening  i Shila!  pening i dibuatnya.” keluh Aysar  kasar sambil memicit kepalanya, dengan perlahan-lahan dia meletakkan  kepalanya di kepala sofa . Pandanganya dilontarkan ke kipas siling yang sedang berputar ligat.
“ Shila tersenyum sendiri.  Hmm.. itu lah you, asyik kerja..  kerja.. dan kerja je, yang you tahu.  Perasaan anak you sendiri,you tak nak amik kira .” tutur  Shila manja sambil memicit-micit kepala Aysar. Dan meneruskan katanya . “ You  tahu  tak, sebenarnya Auni  mahukan seorang ibu , cuba you fikirkan . You asyik kerja je, so Auni nak  bermanja dengan siapa?”
Aysar  terdiam  memikirkan kata-kata Shila.  “Ada betulnya cakap Shila.Tapi siapa yang kahwin dengan aku.  Seorang duda anak satu, kalau aku kahwin nanti adakah Auni akan bahagia? atau akan teseksa.”  gumam  Aysar  yang sedang melayan perasaannya.
“ Tapi siapa yang sanggup kahwin dengan I ni? ”  keluh Aysar perlahan.
“ You  jangan risau I kan ada,I pasti akan menjaga Auni seperti anak I sendiri, tu pun kalau you sudi terima I jadi isteri you.” pinta Shila perlahan.
Aysar tersentak lantas memandang Shila dengan muka kebingungan seketika.  Kemudian dia memikirkan sesuatu sebelum berkata sesuatu. 
 “ Okeylah  hujung tahun ni kita akan kahwin.” kata Aysar tegas.
 “Boleh ke si  Shila  ni menjaga Auni, dia sendiri sibuk memanjang dengan kerjanya sbagai pramugari.  Sekejap terbang ke situ sekejap ke sini . Ada ke masa dia untuk Auni ?” gumam hati Aysar  yang mula ragu dengan ucapannya sendiri.
“ Betul ke ni sayang? Wah  tak sabarnya I.” ujar  Shila dengan mata bersinar-sinar sambil peluk Aysar hatinya melompat keriangan
“ Hmm itu untuk kebaikkan  Auni juga kan, oklah  Shila, elok awak balik  dulu ya. I nak pujuk anak I tu.”  kata Aysar sambil melepaskan  pelukan Shila yang merimaskan dia. Dia sendiri tidak berapa gemar dengan sikap manja Shila tu, tapi dia tahu  kebanyakkan  perempuan memang  suka macam tu.
“ Maafkan abang sayang, abang terpaksa demi kebaikan untuk anak kita juga.”  desis  Aysar  sebak.
Shila betul- betul gembira dengan keputusan Aysar  untuk mengahwininya. “ Ahh!! tapi bagaimana dengan Auni nanti?  dia mahu ke terima aku? Tak Pe. Hal itu aku akan uruskan nanti.” bisik hati keciknya.

“ Ni kenapa ni, masam je muka mak tengok? Tak elok tahu anak dara, balik-balik terus termuncung mulut tu.  Nanti tak de orang nak buat menantu tau.” tanya  Puan Sofiya, mak Arissa yang sedang menonton drama Indonesia , terkejut bila terdengar pintu rumahnya dihempas kuat oleh Arissa.
“Uhh!! Benci!Benci!!” dengus Arissa kasar lalu melontar beg sekolahnya ke lantai ruang tamu rumahnya sambil membuku tudung sekolahnya dan mencampaknya ke lantai itu juga.
“ ya Allah kenapa ni  Arissa Farhana! kalau ya pun nak marah.  Jangan hempas beg sekolah tu, tak baik! Kat dalam itu ada ilmu.”  nasihat maknya kali ini berbunyi tegas. Puan Sofiya tahu sangat dengan pera,ngai anaknya itu degil. Tak suka mengalah setiap kali gaduh dengan orang. Kata orang haram nak didengarinya.
“Rissa sebal mak, dah lah si Shahrul buat hal.  Yang paling Rissa bengang sangat, Rissa terjumpa dengan doktor berlagak baik  pula. Sakit hati betul!” Arissa meluahkan rasa geramnya
“Kenapa ni sayang?  Dah jangan geram-geram, buat sakit hati je. Kita minum jom mak dah siapkan .”  pujuk Puan Sofiya sambil mengusap lembut rambut anaknya yang baru  mencecah bahu itu.
 Arissa memang susah nak simpan rambut panjang.  Rimaslah katanya, yang paling kelakar berambut panjang ni nampak kewanitaan sangat tak berasas betul jawapan Arissa ni. Sampai berbiuh juga mulutnya menasihati anak tunggalnya itu nasib baik termakan juga. Monolog Sofiya dalam hatinya  sambil tersenyum-senyum bila memikirkan perangai keras kepala anaknya itu.
“ Dia ingat aku ni berkira sangat ke hah??”Pirahhhhhh . Dasar doktor bengak. Ee.. geram betul ahhhhhhh !! gerutu Arissa dalam hati.




No comments: