“Ada apa awak nak jumpa aku ni? Aku ada hal
penting sat lagi,” soal Syukri dengan nada bersahaja. Tapi pada wajahnya jelas
kelihatan dia tidak suka berjumpa dengan gadis dihadapannya kini.
“Syada ada bagitahu awak tak? Yang saya sukakan
awak?”
“Ada,” jawab Syukri pendek.
‘Syada lagi. Tak habis-habis minah tu, nak kaitkan
aku dengan kawan-kawan dia. Dia sendiri taknak pula offerkan dirinya
untuk jadi kekasih aku,’ ngemol hati kecilnya, bengang.
“Jadi macamana Syuk? Adakah awak sudi terima saya?
” soal Aina tidak berputus asa, dengan harapan cintanya itu berbalas.
“Maaf, saya dah ada orang yang saya cinta,” pantas
sahaja jawapan dari Syukri kepada Aina.
Tercengang Aina dibuatnya. Bagaikan tidak mempercayai
orang yang tercalon salah seorang ratu kampus ini ditolok mentah-mentah oleh ketua
MPP.
~~~~~~~~~~~~~
“Syuk! Sampai hati kau, ya!” marah Syada bila
berada betul-betul di hadapan kawan baiknya sejak semester pertama lagi yang
sedang asyik tunduk menekur membaca buku.
Syukri
kaget terus memanggung kepalanya untuk menghadap gadis di hadapannya itu lalu menjungkit keningnya sebagai isyarat
tidak mengerti.
“Tak bagitahu aku. Pasal hang dah ada orang lain!
Malu tahu aku. Lain kali bagitahulah yang kau dah ada. Tak perlu aku jadi orang
tengah untuk hang tahu tak?” bebel Syada memarahi kawannya itu, sebaik sahaja
labuhkan diri di atas bangku menghadap Syukri yang sedang membaca seorang diri.
“Yang hang gatal-gatal nak jadi penjodoh aku
pasal?” marah Syukri perlahan. Mamandangkan dia berada di perpustakaan.
“Hey, Syuk! Kalau aku ni jenis tak pentingkan
persahabatan! Dah lama aku buat pekak badak tau!” Marah Syada sedikit kuat,
bengang dengan sikap ambil mudah segala hal.
“Syyuhh!”
Tiba-tiba ada suatu suara kedengaran menegur Syada
kerana suaranya yang kuat itu menganggu ketenteraman orang lain.
“Kau ni. Ini bukan kafe nak cakap kuat-kuat, kita
sekarang dekat pustaka lah. Kan dah kena,” perli Syukri sambil tersengih.
“Aku tahulah,” balas Syada bersahaja control
malu.
“Kau tahu tak, setiap saat aku kena berdepan
dengan peminat kau tu. Akak kawan abang Syuk kan? Boleh tak kirim salam kat
dia, boleh bagi surat ni kat dia.”
Kawan-kawan
kita lagilah. Diorang tahu aku paling rapat dengan kau. Ada ke patut suruh aku
jadi orang tengah. Tapi aku bosan kau, tahu tak?” suara Syada lagi, kali ini
perlahan. Tapi siap dengan gayanya sekali.
“Yang hang pergi layan tu kenapa?” Soal Syukri
tegas. Tapi sebenarnya dia cuba menahan tawanya dengan telatah Syada tadi.
“Aku tak sampai hati kalau orang minta tolong dari
aku. Tambah-tambah kalau diorang buat muka sedih lagilah aku tak boleh,”ujar Syada,
sayu.
“Tulah hang! Orang minta tolong sikit, bukan nak
tepis. Macam hang tu YB, boleh tak kalau hang buat tak kesah dengan permintaan
mereka?” Suara Syukri sambil memandang sekilas kepada Syada. Berdepan dengan Syada
yang gila-gila ini. Membuatkan dirinya pun turut tergila sama.
“Aku kan AJK Kebajikan. Kalau ada orang ada orang
minta tolong dekat aku, aku tak akan teragak-agak untuk hulurkan bantuan Syuk.”
“Daripada hang sibuk dok cari jodoh aku, lebih
baik hang cari jodoh sendiri,” Bidas Syukri tegas sambil mengemas bukunya yang
berselerak, lalu meninggalkan Syada yang terkedu sendiri.
~~~~~
Bila selesai mengaminkan doa. Tiba-tiba terbunyi nada
deringan menandakan ada mesej masuk. Syada perlahan-lahan membuka kain
sembahyang dan terus menuju ke meja untuk mendapatkan handset Nokia
kepunyaan dirinya itu. Berkerut dahinya ketika membaca mesej itu, dengan segera
dia menyiapkan dirinya ala kadar untuk berjumpa dengan si penghantar mesej tadi
di luar rumah sewanya itu.
“ Ya, Syuk ada apa hang nak jumpa aku?” tanya Syada
bila terlihat Syukri sudah berada di hadapan pintu pagar rumah sewanya.
Syukri kelihatan gugup bila berdepan dengan gadis
yang bernama Nurul Syuhada itu. Dia asyik memandang ke bawah dan bermain dengan
jari-jemarinya sahaja.
“Biar aku teka. Mesti kau kenal kekasih yang kau
suka secara diam tu, pada aku kan? Kan?” Syada meneka sendiri, tersengih-sengih
sambil menaikkan sedikit cermin matanya.
“Dia mesti batch kita dan satu course
dengan kita, ke?” Soal Syada lagi sambil melurut-lurut dagunya.
Syukri hanya mengangguk, tanda betul.
“Mana aku tak nampak pun siapa-siapa kat sebelah
kau, Syuk?” Soal Syada lagi kali ini dengan gaya tertinjau-tinjau mencari
kelibat buah hati coursematenya itu.
“Tak payah nak cari. Hang orangnya,” ujar Syukri
perlahan.
“Siapa hang? Siapa ada ke budak kelas kita nama
hang?” soal Syada kembali dengan wajah berkerut seribu.
“Aduss, kalau aku cakap hang bodoh hang marah.
Hang lah Syada. Aku suka kat hang dari dulu lagi. Tapi tak berani nak bagitahu.
Bukan kawan hang yang hang dok beria-ria nak jodohkan kat aku tu!” jelas Syukri
sedikit geram dengan sikap lurus bendul Syada.
Syada terlopong bila mendengar setiap butir bicara
Syukri dengan mata yang membulat. Lidahnya kelu. Tiada lagi senda gurauan.
“Kau sudi tak?” soal Syukri bila Syada tidak
memberi respon.
“Hahahahaha,” Syada tergelak tiba-tiba. Kuat pulak
tu.
“Syada aku serius ni! Hang terima tak?” tanya Syukri
lagi. Tidak berselindung. Baginya lebih baik dia berterus terang daripada jiwa
terseksa menanggung derita rindu.
Tawa Syada terhenti. Dia tidak percaya akan semua
itu. Dia sangkakan hanya satu gurauan tapi bila dia melihat wajah Syukri serius
di sebalik pintu pagarnya itu dan mengharapkan sesuatu darinya, dia berlagak
tenang.
“Kau serius ke, Syuk? Kau jangan nak cuba ber April
fool dengan aku pulak. Mentang-mentang esok 1 April,” duga Syada lagi
dengan nada gurauan.
Syukri mengangguk dengan wajah yang serius tiada
senyuman diwajahnya. Mendatangkan rasa gerun di hati Syada. Syada berfikir
sejenak. Dalam perkiraan dia mengangguk perlahan-lahan. Syukri sudah
menguntuman senyuman yang meleret ke pipi.
“Saya akan cuba menyintai awak,” suara Syada
perlahan.
Syukri mengangguk dengan senyuman masih melekang
dibibirnya. Dia meminta izin untuk pulang. Satu kepulangan dengan khabar yang mebahagiakannya.
Belum sempat dia mahu melangkah pergi. Syada terlebih dahulu memanggilnya.
“Syuk!”
“Apa?” Soal Syukri sambil terjungkil keningnya.
“Tolong
jangan hebohkan pada rakan-rakan kita tahu? Aku malu,” suara Syada
tersipu-sipu.
Syukri ketawa.
“Baru kena batang hidung sendiri! Kalau bab nak matchingkan
orang, kau yang sibuknya. Bila kena badan sendiri tahu malu pulak,” sindir Syukri
dengan usikan yang menambahkan malu Syada lagi.
“Aku baru nak cuba ubah persabatan kita pada
percintaan. Kau jangan gatal-gatal bagitahu orang lain pulak? Kalau tak kira
terbubar yang aku akan cintakan.”
Bicara Syada menambahkan tawa Syukri lagi. sambil
mengelengkan kepalanya Syukri berlalu dari situ setelah berjanji tidak akan
pecahkan rahsia mereka berdua.
~~~~~
“Syada kau ada dengar tak? Yang Syukri dah ada
awek?” Suara Aina bila tiba di Bilik Gerakan Pelajar.
“Tak tahu. Tapi betul ke? Mana kau tahu semua ni?”
soal Syada, pura-pura. Kalau boleh dia tidak mahu rakan sekelasnya yang lain
tahu dia sedang bermain cinta dengan ketua MPP itu, Kalau mesti dia akan dimaki
hamun oleh rakan-rakannya yang lain.
“Betul Syada. Aku tak bohong. Dah heboh satu bilik
gerakan ni,” cerita Aina lagi. Pada masa yang sama dia betul-betul kecewa kerana
Syukri telah menolak cintanya.
“Daripada kau duk peningkan kepala fikir siapa
awek si Syuk tu, baik kau fikirkan masa depan kita. Nak sambung ke tak Ijazah kita
nanti?” Syada cuba mengubah topik. Dia bimbang jika perkara ini dilanjutkan tak
mustahil rahsia akan terbongkar jua.
“Eh! Mestilah nak, rugi woo… kalau tak sambung. Setahun
setengah je kot.”
“Aku pun dok pikiq camtu jugak. Apa lagi? Jomlah
kita sambung ramai-ramai, sebelum kita kahwin.”
Mereka berdua ketawa bila perihal kahwin di
bangkitkan.
Selepas mesyuarat Syukri meminta Syada untuk
tunggu sekejap. Syada terkejut dengan permintaan kekasih hatinya yang baru
seminggu bermula.
“Apa pe hal awak nak jumpa saya, ni? Kan dah
janji. Kalau nak jumpa, jumpa kat luar kampus. Takut tertangkap Syuk,” suara Syada
geram bila Syukri melanggar perjanjian hubungan percintaan mereka.
“Nak bagi hukuman, sebab awak tak nak panggil saya
abang!” Syukri cuba mengusik tapi memeknya muka sengaja dibuat serius.
“Abang? Euww… tak payah nak gatal-gatal ya, Syuk,
” bidas Syada sambil menyilangkan kedua tangannya.
“Sayang ni.. gurau sikit tak boleh. Abang nak kita
berjumpa petang esok pukul 3, pergi cari peralatan Kelab kita yang dah banyak
habis dan yang utama kita sambut birthday sayang,” suara Syukri dengan
dibuat-buat gatal sambil tersengih sumbing. Dia paling suka bila melihat Syada
tarik muka merajuk.
“Tak payah nak ngada-ngada Syuk,” marah Syada lalu
keluar dari bilik itu, risau takut tertangkap tambahan pula hatinya semakin
geram bila Syukri tak habis-habis menyakatnya.
Seperti yang dijanjikan Syukri menjemput pengarang
jantung hatinya di rumah sewa Syada dan mereka menuju ke salah sebuah Mall di Negeri
Jelapang Padi itu. Syada sebenarnya tidak berapa gemar keluar berdua-duaan
dengan Syukri. Atas alasan mahu membeli peralatan yang diperlukan oleh kelab
mereka, terpaksalah dia bersetuju untuk keluar bersama. Bak kata orang sambil
menyelam minum airnya sekali.
“Eh!eh! Itu
macam Syada dan Syuk? Mereka date ke?” Suraya memulakan gosipnya sambil
menyorok sedikit.
“Takkanlah kot. Syuk tak mungkin bercinta dengan
orang Kelantanlah,” Aina berdalih, tidak percaya.
“Kalau nak tahu lebih lanjut? Jom kita terjah,”
Kali ini Fatimah cuba mengorek rahsia.
“Hai Ketua
Pelajar, berdating dengan Ketua Kebajikan dekat foodcourt, ke?” Suraya
sudah mula mengusik.
“Owh..korang pandai ek. Bercinta sorok-sorok,”
tokok Fatimah pulak cuba mengusik mereka berdua.
“Sampai hati korang berdua,” Aina sudah mula bersedih tidak menyangka, Syada
pilihan Syukri. Yang menambahkan bengangnya
bila Syada sanggup menikamnya dari belakang. Tapi dia cuba menahankan
dirinya dari bertindak melulu.
Syuk dan Syada tersentak terus berpaling bila
terdengar suara-suara yang galak menyakat mereka. Syada hanya tersengih sumbing.
Syukri pula control macho. Tempayang sudah pecah. Perhubungan yang
mereka simpan dengan baik akhirnya terbongkar sudah. Tak perlu mereka bersusah
payah hendak berselindung lagi.
~~~~~~~~~~~~
Dua bulan telah berlalu, Syada banyak menghabiskan
waktu dengan menolong ayahnya di pejabat dan bersosial di alam maya dengan teman-teman
yang jauh dari negerinya memandangkan dia seorang saja yang berasal
dari Kelantan dalam batch mereka, sementara menunggu panggilan kemasukan
ijazahnya nanti.
Syada membuka laman sosial facebook kepunyaannya bila tiba waktu rehat tatkala di terpapar FB
kepunyaannya dia mendapati satu mesej masuk dalam peti masuknya, dari seseorang
yang dia tidak kenali.
Pretty girl: Salam… awak Syada kan?
“Siapa dia ni? Nak kata kawan aku. Mustahil sebab
dia takde dalam list friend aku,” Syada membebel sendiri dan
tergaru-garu kepalanya yang bertudung itu. Untuk menghilangkan kekusutan di
kepalanya, dengan pantas jari jemarinya menekan keyboard laptop Acernya.
Syada: Wasalam… siapa ni, ya? Saya
kenal awak ke?
Balas Syada dengan harapan pemilik nama pretty
girl masih online ketika ini, hatinya terkobar-kobar mahu mengetahui siapa
empunya diri itu.
Pretty girl: tak perlu pening-peningkn
kepala. Awak tak kenal saya? Tapi saya kenal kekasih hati awak. Kenal sangat.
“Ada pun. Hah! Siapa dia ni? Dia kata dia kenal Syukri.
Aih, siapa ni? Nak main tarik tali dengan aku, ke?” Syada bertambah bingungan
dan geram kerana gadis misteri itu cuba berteka-teki dengannya.
Syada: Awak kenal dengan Syuk? Siapa
awak ni? Jangan cuba nak main-main dengan saya!
Balas Syada
cepat-cepat, tak sabar nak tunggu jawapan dari orang di sana.
Pretty girl:Awak tahu Syuk buat apa
skrg ni?
“Eh! dia ni orang tanya dia, dia soal kita balik?
Memang nak kena ni!”
Syada: Tahu.. Syuk buat kerja sambilan
dekat KL, kenapa tanya?
Pretty girl: Betul ke?
“Dia ni, cuba nak permainankan aku ke apa ni?” Syada
semakin geram.
Syada: Betullah ,knpa saya nak tipu
awak pula? Awk ni pe sal?
Pretty girl: huhu nampak sangat
perhubungan awak dan dia tak berapa nak serius. Sampaikan dia sambung ijazah
dekat KLMU pun, awak tak tahu. Sadis sungguh.
Tersentak Syada bila membaca kenyataan yang
dibalas oleh pretty girl itu.
Pretty girl: sy rasa awk dan dia tak
sesuailah. Baik awak putuskan saja perhubungan jarak jauh awk tu. Awkkan org
Kelantan. Lebih awak cari org yang sama ngri je.
Tak g2?
Syada bertambah geram dan bengang dengan sikap
gadis misteri itu.
“Dia ni memang dah gila ke, apa? Sedap suka hati
mak bapak dia je suruh aku putus dengan Syuk. Ke, dia saja nak kenakan aku? Tak
pun dia cintakan Syuk tapi Syuk tak balas? Boleh jadi juga ni.”
Syada cuba berfikir positif. Dia tak mahu biarkan
orang yang dia tidak kenal cuba porak perandakan perhubungan dia dan Syukri
yang sudah berjaya bertahan hampir enam bulan itu. Dia tidak akan percaya
sewenang-wenangnya. Kecuali, jika dia lihat dengan mata kepalanya sendiri.
Syada: awak tak payah nak cuba-cuba
rosakkan perhubungan saya dan Syuk lah. Sudahlah! Gossip awak ni tak bukan
cerita terhangat bagi saya!!
Tahap kesabaran Syada semakin luntur ketika itu. Dia
sangat geram lalu terus menekan logout. Tiba-tiba telefonnya berdering.
Dia senyap seketika bila melihat nama si panggil.
“Syuk, awak ada apa-apa nak bagitahu saya, ke?” tanya
Syada sebaik sahaja dia menyambut panggilan itu.
“Ada,” jawab Syukri ringkas dan bersahaja
“Apa dia?” soal Syada cepat-cepat.
“Saya sayang awak,” jawab Syukri sambil ketawa
kuat dihujung sana.
“Syuk! Syada serius ni! Jangan main-main!”
“Laa, Syuk pun seriuslah ni. Mana ada main-main. Syuk
telefon ni pun sebab rindu, maaf tak sempat nak call sayang sangat, sekarang
Syuk busy gila dengan kerja ni. Penat,” adu Syukri dengan suara direngekkan.
“Syuk betul-betul kerja kan? Tak sambung mana-mana
kan?” Syada sudah mula menyoal siasat.
“Syuk!Syuk! are you still there?”
Syukri di talian sana terkedu sendiri. Dia meneguk
air liurnya berkali-kali sebelum menyahut panggilan kekasih hatinya itu.
“Ya, ya abang masih di sini. Siapa yang cakap
benda merepek tu?”
“Pretty girl.
Syuk kenal dia ke? Dia cakap dia sangat kenal dengan Syuk.”
“Pretty girl?
Siapa.”
“Syada pun tak kenal dia. Dia cakap pasal awak ada
sambung ijazah dekat KLMU. Betul ke Syuk?”
Syukri kembali terkedu. Tiada bantahan mahupun
hujjah untuk dia bertutur. Dia seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dari
kekasihnya itu.
“Syuk jangan nak tipu-tipu Syada, Syada tak suka.
Kalau Syada dapat tahu yang Syuk tipu Syada. Siaplah Syuk. Perhubungan kita
secara automatiknya putus. Kita berpisah,” ugut Syada tegas.
“Jangan macam tu sayang. Syuk tak mungkin buat
macam tu kat Syada. Syuk sayang perhubungan kita ini,” ujar Syuk sayu.
“Tapi percayalah Syuk ada surprise untuk Syada
nanti.”
“Apa? Apa? Bagitahulah sekarang,
cepatlah-cepatlah,” intonasi suara Syada sudah berubah. Dia kembali ceria bila
putera rajanya itu ada sesuatu untuknya.
“Nantilah sayang. Kalau bagitahu sekarang dah tak
jadi surprise lah. Okeylah sayang. Abang ada hal ni. Nanti abang call
malam nanti.”
Syada melepaskan nafas lega. Bila mendengar
penjelasan dari Syukri sendiri. Dia harap perhubungan ini diberkati dan biarlah
sampai ke jinjang pelamin.
~~~~~~~~~~
Gadis misteri yang menggunakan nama samaran pretty
girl tidak jemu menganggu Syada. Kali ini gadis itu cuba add friend Syada
sebagai kawan, tapi Syada ignorekan sahaja kerana geram dengan si gadis
misteri itu.
Bila Syada tekan wall fb nya. Dahinya
kelihatan berkerut, Syada terkejut bukan kepalang kerana terdapat satu photo
yang ditag oleh pretty girl kepadanya, gambar Syukri penuh dengan
senyum betul-betul di pintu masuk KLMU. Dia kecewa dan terkilan yang dia dapat
rasakan kini. Dia juga hairan di mana
gadis itu mendapat gambar Syukri.
Namun dia tak cepat melatah. Dia terus mendial
nombor telefon Syukri. Dan menyuruh kekasihnya itu melihat wall fbnya.
“Owh, gambar tu ke?” jawab Syuk tenang bila
menyambut panggilan dari kekasih hatinya.
“Syuk ada pergi KLMU teman adik saya. Dia ada lawatan
dekat situ, kebetulan saya kerja dekat-dekat situ.”
“Tak pelah kalau macam tu? Tapi yang hairannya
macamana budak tu dapat gambar tu?”
“ Entahlah Syada,” Syukri sendiri buntu.
“Kenapa
budak asyik nak cari pasal dengan Syada, Syuk. Syada bengang betullah! Betul ke
Syuk tak kenal budak tu?”
“Betul Syada. Syuk tak kenal. Mungkin dia salah
seorang dari kawan-kawan adik Syuk kot.”
“Budak mana pulak ni? Susah betullah kalau ada
pakwe ramai peminat ni.”
“Apa yang dirisaukan? Kena bangga apa? Haha.”
Syada memasamkam muka. Namun semua itu tidak dapat
dilihat oleh Syukri.
“Jangan marah sayang. Syada kena percayakan cinta
kita. Percayakan Syuk. Tak mungkin Syuk akan khianati cinta kita sayang.”
Hati Syada sudah terubat dan tenang, dia tersenyum
bahagia bila mendengar pujukan dari buah hatinya
~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba akhirnya, Syada
dan rakan-rakannya yang lain mendapat panggilan tawaran sambung ijazah dalam bidang
yang sama dengan diploma mereka iaitu creative multimedia. Awal bulan Julai
nanti mereka semua akan mendaftar masuk ke Kolej Insaniah. Dia terlalu gembira
sampai menitis air mata kerana impiannya mahu membuat sebuah filem animasi berciri
Islamik bakal tercapai. Tapi dari sudut lain hatinya hiba, sang kekasih hati
tidak mahu sambung, katanya dia mahu kerja. Syada tidak dapat menghalang
kekasih hatinya itu, lagipun dia tidak suka masuk campur urusan peribadi
kekasihnya itu.
“Assalamuaikum Aina, kau buat apa ni? Mana yang
lain kata nak jumpa dekat sini?
“Eh! kau dah sampai Syada? Aku tengah layan FB ni.
Entahlah dorang ni, mesti melencong ke lain ni?
Weh, kau tolong tengok-tengokkan laptop aku sekejap,” jawab Aina bila
Syada sudah duduk di sisinya.
“Okey,” balas Syada pendek.
Sementara menunggu sahabatnya ke tandas Syada meminjam
laptop Aina untuk menghilangkan rasa bosannya. Dia ingin membuka fb
kepunyaannya untuk melihat gossip terbaru dari Pretty Girl. Sebaik Syada
mengeklik laman sesawang mozila, secara automatif terpapar FB seseorang. Syada
yang baik hati itu mahu logout FB
kepunyaan Aina itu, namun tak menjadi kerana dia seakan dapat mengesan sesuatu.
“Pretty girl?
Gambar profile ni, Sah memang aku tak silap. Jangan-jangan pretty girl
adalah…..”
“Syada kenapa Syukri tak nak sambung kat KUIN? Dia
ada sambung dekat mana-mana ke?” Soal Aina bila hajatnya telah tertunai, dia
melabuhkan punggungnya di sebelah sahabatnya itu.
“Aida aku nak tanya hang sekejap?” soal Syada
kembai dengan serius.
“ Kau kenal tak dengan FB pretty girl.”
“Er.. tak tahu.” Air muka Aina sudah berubah,
pucat lesi.
“Jangan bohonglah Aina aku dah tahu. Kerja kau
semua nikan?”
Syada sudah
naik angin. Serentak itu dia berdiri tegak dan memandang tajam ke arah Aina.
“Kenapa Aina?” sergah Syada pula.
“Syada…bukan maksud aku cuba membohongi kau,” jelas
Aina, dia juga turut terdiri sama. Hatinya berdebar-bedar.
“Aku sebenarnya mahu…”
Belum sempat Aina meneruskan bicaranya dengan
pantas Syada mecantasnya.
“Mahu
rosakkan hubungan aku dengan Syuk kan? Kenapa?”
“Sebab kau tipu aku!” Aina sudah terpekik. Nasib
baik mereka duduk di kawasan yang jauh dari orang ramai, kalau tak pasti mereka
jadi tontonan.
“Kau kata
kau tak suka dekat Syuk, bila aku tanya kau! Patutlah bila aku aku suruh kau
bagitahu syuk yang aku suka kan dia, kau suruh aku bagitahu sendiri! Rupanya
kau dah cucuk jarum dulu ya, Syada! Sampai hati kau. Aku betul bengang dengan
kau.”
“Yang paling aku sakit hati, bila aku tanya kau
siapa awek Syuk? Kau buat bodoh je, bila tertangkap dekat Mall baru tersengih-sengih.
Sanggup kau Syada, buat aku macam ni?” Bertubi-tubi sindiran Aina diberikan
kepada sahabatnya itu.
Syada senyap lalu menundukkan wajahnya. Rasa
bersalah terhadap kawannya itu mula menjalar di jantungnya. Dia merenung wajah
tidak puas hati Aina itu dengan riak muka yang serba salah. Dia cuba mencari
idea agar tidak tercetus pergaduhan antara mereka. Bergaduh kerana seorang
lelaki perkara biasa sekarang ini, dan itulah yang mahu dielakkan oleh Syada.
“Aina sebenarnya bukan aku nak khianati hang. Aku
pun tak pernah sangka yang Syuk ada taruh cinta dengan aku. Sumpah aku tak
bohong, kalau kau tak percaya hang boleh tanya Syuk sendiri,” ujar Syada dengan
suara sebak.
“Aku tahu semua itu. Adik Syuk dah cerita
segala-galanya, tu yang aku menyamar jadi pretty girl nak tengok sejauh
mana cinta kau pada Syuk. Aku juga nak tengok setakat mana hebatnya perempuan
yang Syuk puja-puja tu. Sepanjang
pemerhatian aku setakat ini, aku tak berhasil nak porak perandakan perhubungan
korang. Syabas aku ucapkan Syada.”
Aina menjelaskan perkara sebenar. Sebaik dia
menghabiskan kata-katanya Aina terus mengambil laptopnya dan mahu beredar dari
situ. Dia tahu segalanya berakhir usahanya untuk memisahkan pasangan itu tidak
berhasil.
“Aina! Sekejap.”
Syada cuba mengejar aina yang jauh di hadapan
darinya. Aina berhenti serta merta dan lantas menoleh kebelakang. Lalu
menjungkit keningnya sebelah.
“Betul ke pasal Syuk, tentang mesej-mesej hang tu?”
soal Syada, bila melihat wajah Aina berkerut tanda tidak mengerti Syada
menjelaskan bicaranya tadi dengan lebih jelas.
“Tak! maksud aku, mesej dari pretty girl tu.”
“Ooo…”
“Memang kau betul-betul tak tahu ke?” soal Aina kembali. Syada mengangguk lelaju. Aina mengeluh. Dia menatap wajah gadis yang berkaca mata di hadapan.
“Dah mula rasa ragu ke?” Aina cuba menyindir.
“Bukan ragu cuma berhati-hati,” balas Syada
tersengih.
“Betul, adik Syuk yang bagi tahu, adik Syuk tu
merupakan junior sekolah aku dulu, kitorang memang rapat gila, kami selalu
berhubung. Dan gambar tu, gambar adik dia amik masa mula-mula dia masuk daftar
KLMU. Kalau kau nak tahu lebih lanjut kau tanya Syuk sendiri. Aku pergi dulu.”
Mata Syada tidak berkelip. Dia memerhatikan Aina
sehingga kelibat sahabatnya itu hilang dari pandangannya. Dia menjadi keliru
sama ada mahu mempercayai atau tidak.
Syada
mendapat mesej dari Syukri. Dalam mesej itu ada tertulis bahawa kekasih hatinya
mahu berjumpa dirinya petang nanti di taman yang berhampiran dengan rumah sewa.
Dalam hatinya sudah berkobar-kobar mahu
mengetahui kedudukan hal sebenarnya.
“Syada awak datang sorang ke?” soal Syukri bila Syada
menghampirinya.
“Tak. Dengan Fatimah, dia pergi kedai sekejap,”
balas Syada.
“Syuk, awak memang sambung ijazah dekat KLMU kan?”
soal Syada kembali.
“Er.. apa yang awak cakap ni Syada?” Riak wajah
Syukri sudah mula.
“Sudah lah Syuk. Syada dah tahu segalanya. Syada
ingat, Syada dapat dengar dari mulut Syuk sendiri tapi sayang, orang terlebih
dahulu pecahkannya.”
“Siapa yang bagitahu Syada? Gadis misteri tu ke?
Nama apa? Pretty girlkan?”
“Budak tu, pandai-pandai buat auto putar belit untuk
merosakkan perhubungan kita. Syada jangan percaya cakap dia,” suara Syukri
dengan debaran di hatinya.
“Tak kan adik Syuk sendiri nak tipu tentang hal
abangnya sendirikan? Sudahlah Syuk itu hal awak, Syada memang tak layak untuk masuk
campur hidup awak. Tapi Syada harap awak hormati saya sebagai kekasih awak,
Syada tak suka Syada orang terakhir tahu tentang diri awak tambahan pula dari
orang lain.”
“Syada, maafkan Syuk, Syuk tak berniat nak tipu Syada.
Tolonglah Syuk sayang perhubungan ini, jangan putuskan ya.” Syukri sudah mula
merayu kekasih hatinya.
“Syuk sekali saya terima cinta dari orang yang ikhlas
menyintai saya seadanya, Syada tak akan sesekali melukai orang itu dengan
mencuranginya. Bila ada desas-desus yang buruk tentang diri Syuk, Syada cuba
pekakkan sehingga Syada nampak sendiri atau Syuk sendiri yang mahu perhubungan
kita diputuskan. Percayalah pada diri ini sekali Syada cinta takkan jatuh cinta
pada yang lain kerana Syada yakin diri ini si pencinta setia.”
“Syada….”
Syukri hanya meyeru nama kekasihnya sahaja. Tak
termampu olehnya untuk membalas kata-kata Syada. Dia tahu, dia banyak berahsia
dengan Syada. Akhirnya dia sendiri yang terkena, dia berjanji dia tidak akan
mempersia-siakan gadis dari Cik Siti Wan Kembang ini. Selagi dia bernafas dia
takkan berpaling tadah.
‘Ya Allah, jangan Engkau pesongkan hati kami
kepada perkara maksiat. Peliharalah perhubungan kami dengan rahmatMU. Tuntunlah
hati-hati kami agar tidak terus berbuat dosa. Sekiranya Nurul Syuhada binti Jamaluddin
itu tercipta untuk melengkapi tulang rusukku Kau satukan kami dengan kasih
sayangMu. Dekatkanlah hati kami.’ Doa Syukri dalam hati. Dia merenung wajah
manis itu lama. Semakin lama- semakin dalam.
“Syada benci bila Syuk suka berahsia dengan Syada.
Syada rasa hubung kita tak akan lama sekirannya awak sentiasa berahsia dengan
Syada, sebab Syada tahu diri Syada macam
mana, suka beritahu semua hal pada awak. Tapi bila Syuk buat macam ni dekat
Syada, Syada sedih Syuk.”
“Syada sebenar Syuk sambung dekat KLMU tu atas
cadangan pengsyarah Luqman, dia yang rekemenkan. Dia cakap kawannya perlukan
pembantu jadi dia syorkan Syuk sambung belajar dekat sana. Syuk fikir peluang
tak datang dua kali, jadi Syuk terus setuju. Syuk bukan sengaja nak tipu Syada,
cuma Syuk perlukan masa untuk memberitahu semuanya ada Syada. Percaya sayang,”
suara Syukri dengan harapan kekasih hatinya memahami dirinya.
“Syuk tak tipu?” duga Syada.
Syukri mengeleng tanda dia tak tipu. Syada
tersenyum bahagia. Tak sia-sia dia mepercayai dan tidak meragui buah hatinya
itu. Hasilnya dia sendiri yang bahagia. Itulah bagusnya jadi si pencinta setia
ini.
“Assalamuaikum Domi.”
“Waalaikumussalam Syada, sihat ke? Kenapa telefon
aku ni?”
“Amboi mulut, sahaja nak dengar khabar dan nak
bagi tahu sesuatu.”
“Jangan kata dah jumpo calon.”
“Ya, aku dah ada orang Kedah.”
“Weiiiiiii, pandai-pandai kau ek. Siaplah aku
kalau aku jumpa kau. Baik punya kawan.”
Syada mejarak
telefon dari telinganya. Dia tergelak bila kawannya sudah meleterinya. Dalam
hatinya dia berdoa agar persahabatan mereka kekal dan perhubungannya dengan Syukri
berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
~ ColetEh DN~
Cerpen ini terhasil dari sebuah kisah kawan DN
sendiri. Tapi DN ada tambah-tambah sikit supaya boleh menghasil satu kisah
cinta yang menarik. Tapi tak tahulah menarik atau tidak. DN harap kisah ini
mengembirakan sahabat dunia dan akhirat DN yang bernama Nurul Syada. DN pinta
agar dia sudi terima kisah yang tak seberapa ini.
Sekian
salam sayang dari DN
8 comments:
terbaekkkkkkk .best .aku lak terharu rasa.tgk cter niey hehehheh
huhu, harap mung suko da, hihi
tp syg...ia tidak berakhir dengan indah heheheh
@syuhada pe maksudnye?
heheheh ,pengakhiran tidak seperti kita inginkan tapi alhamdulilah ada hikmah di sebaliknya hehhe.mu cmna dh start ngaji ?
@syuhada cer cite, something yg aku xtau ko? aku strt doh,,susoh huahuahuahuahua..free pm lah aku kot fb tu
hahha nanti aku call lah senang ...kot chat paya hahha.xleh online internet down hahahha
okey da,
Post a Comment