Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun
seorang gadis remaja yang berusia 16tahun masih lagi termenung seorang diri di
tingkap kayu rumahnya yang usang itu. Angin pagi, sungguh kedinginan, dibiarkan
menyapa seluruh tubuhnya begitu sahaja. Hatinya cukup resah bila papa tercinta
masih tidak pulang. Gadis itu diberi nama Nurul Alyana binti Zaynal, lebih
selesa dipanggil Yana membesar tanpa seorang ibu di sisi. Kehidupan yang dilaluinya
setiap hari hanya berdua, bersama-sama seorang lelaki bernama papa. Sedang dia
asyik dibuai lamunan tiba-tiba terdengar pintu utama terkuak dengan perlahan .
Sebaik sahaja kelibat papanya kelihatan Alyana pantas meluru lalu mendakapi tubuh papanya yang semakin
susut.
“Papa..” Seru Alyana dengan sebak.
“Yana, kenapa tak tidur lagi ni nak?” Tanya Encik
Zaynal dengan nada suara keletihan.
“Tak boleh nak tidurlah papa. Teringatkan papa.”jawab Alyana tersenyum manis
menampakkan kedua lesung pipit dipipinya.
“ Eh, ini macam kesan solekan. Papa jadi badut
ke?” soal Alyana cuba mengesan sesuatu dari papanya.
“Eh, mana ada sayang.” Encik Zaynal kelihatan gugup untuk menjelaskan
keadaan hal sebenarnya.
“Papa… Yana
tak suka kalau papa jadi badut. Biar pun kita perlu mengemis di jalanan sekalipun.
Asalkan kita jangan jadi badut untuk menghiburkan orang ramai sedang kita
sendiri terluka, pa. Yana tak suka. Yana bencikannya.” Luah ALyana dengan air
mata yang sudah mengalir keluar.
“Syhhh..Ya,Yana. Papa ingat pesan Yana tu. Papa tak
akan jadi badut. Kerja itukan memalukan. Betul tak sayang.” Pujuk Encik Zaynal lantas memeluk bahu anak
tunggalnya itu erat sambil mengelus lembut rambut gadis itu.
“Maafkan papa sayang .” ucap Encik Zaynal dalam
hatinya.
“Habis solekan apa tu, dekat pipi papa.” duga Alyana
lagi.
“Oh.. ini..ini.” Encik Zaynal cuba mencari idea. “Hah, kesan dakwat
ni. Kan Yana tahu setiap malam papa akan pergi mencatit batik kat Kilang Kain
Pak Desa.” Jelas Encik Zaynal sambil melepas nafas lega kerana berhasil menipu
anaknya.
~~~~~~~~~~~
“Yana ,papa kau kerja sebagai badut eh.” Tanya Suzie
musuh utama Alyana tiba-tiba pada masa yang sama dia cuba menyindir Alyana.
“Hey!! jaga sikit mulut kau tuh Suzie, jangan
sesedap mulut kau je, nak tuduh papa aku macam tu. Semiskin mana pun kami, papa
aku tak akan jadi badut tahu.” Bidas Alyana tegas.
“Yelah Suzie, tak baik awak tuduh papa Yana
macam tuh.” Campuk Aidid tiba-tiba untuk membela kekasih hatinya.
Betul Aid, Suzie tak pernah cakap tipu. Semalam
suzie nampak.” Adu Suzie lagi.
“Sudahlah kau Suzie.” Tempelak Alyana lagi.
Belum sempat Suzie membalas balik kelihatan
Cikgu Ria sudah menerpa masuk ke bilik darjah itu. Cikgu Ria merupakan guru
kelas Tingkatan Empat Cempaka. Dia mengajar bagi mata pelajaran Perdagangan dan
Bahasa Malaysia. Dia seorang guru yang ceria, tidak hairanlah semua pelajar menyenangi
dirinya itu.
“Wa’laikumussalam, sila duduk semua!” arah Cikgu
Ria bila kesemua anak muridnya selesai memberi salam .
“Hmm.. Alyana sila jumpa saya lepas kelas nanti,
ya.” Pesan Cikgu Ria sebelum memulakan pembelajaran.
Selepas waktu sekolah Alyana pergi berjumpa
dengan Cikgu Ria. Dalam hatinya berdebar sejuta rasa. Dia menarik nafas sedalam
yang mungkin sebelum memberi salam.
“Wa’laikumussalam. Sila duduk Yana.” pelawa Cikgu
Ria sambil tersenyum manis. Cikgu Ria merenung anak muridnya yang seorang itu sebelum
berkata sesuatu padanya.
“Cikgu nak tanya kamu sejujurnya. Kenapa kamu
tulis karangan kamu pasal papa kamu, bukannya mama kamu. Ke kamu tak faham
soalan. Kamu tahu tak. Sebabkan hal itu markah untuk karangan kamu sangat
rendah.”
Sebenarnya cikgu. Saya faham soalan itu. tapi
saya tak dapat nak buat pasal seorang ibu, mama ataupun mak. Sebab saya tak
punyai semua itu. Yang saya ada hanya seorang papa juga merupakan seorang mama pada
saya. Jadi bila terbaca soalan itu. yang terlintas difikiran saya, hanya
seorang papa yang cukup menyayangi saya.” Jawab Alyana dengan wajah ditundukkan
sedikit, menahan sebak.
Terkedu Cikgu Ria bila mendengar luahan
perasaan yang selama ini dipendam kemas oleh anak muridnya itu.
“Patutlah dia nampak murung
je bila tiba Hari Ibu.” duga Cikgu Ria dalam hatinya. “ Cikgu bangga sekali
dengan awak Yana, sebab sangat menyayangi papa awak. Yana ingat tak kira apa terjadi sekali pun,
terus sayangi papa awak ya.” Cikgu Ria memberi amanat terakhir sebelum sesi
kaunseling berakhir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Nah kad jemputan untuk party hari jadi
aku. Kau jangan tak datang pulak ya Yana. Aku ada surprise untuk kau.” Tukas Suzie kasar lantas melemparkan sekeping
kad jemputan tepat terkena muka Alyana.
Malam itu seperti yang dijanjikan Aidid datang
menjemput Alyana dengan pemandunya. Party yang diadakan di rumah Suzie agak
mewah maklumlah keluarganya agak kaya berbanding dirinya. Terselit di sudut
kamar hatinya rasa segan dan pilu bila melihat kesemua tetamu yang hadir mengenakan
pakaian yang fesyen sekarang. Namun ditebalkan muka untuk hadiri majlis itu
bagi menghargai jemputan rakan sekelasnya itu
“Eh, Cikgu Ria pun datang sama.” Sapa Alyana
sebaik sahaja melihat cikgu kesayangan masuk ke ruang majlis itu bersama suami
dan anaknya tersayang.
“Aah..” jawab Cikgu Ria sambil menurunkan anaknya
ke bawah.
“Yana
aku ada hadiah untuk kau.” Suzie mencelah tiba-tiba sambil menunjuk seseorang
pada Alyana.
Alangkah terkejutnya Alyana. Dia tersentak bila
melihat ke arah seorang badut yang sedang membuat persembahan di taman untuk
menghiburkan beberapa oranmg kanak yang sedang bersorak gembira. Alyana cuba
mengamati dengan teliti wajah yang bersalut solekan merah putih itu. Dia dapat
mengecam wajah itu
“Papa.” hanya perkataan itu yang terpancul dibibirnya..
“Kan. Kan. aku dah bagitahu kau. Tak nak
mengaku yang kau tu anak si badut. Tengok kawan-kawan si Yana ni sebenarnya anak
badut dekat sana.” jerit Suzie sedikit kuat sambil tersenyum sinis.
“Betul ke itu papa awak Yana?”
“Pedih hati Alyana bila Aidid turut menyoal
perkara yang sama. Dia memandang setiap wajah rakan sekelas yang sedang berbisik
mengejeknya. Tanpa membuang masa Alyana berlari meninggalkan rumah mewah itu,
dalam masa itu dia terlanggar dengan Cikgu
Ria yang sedang menyuap anaknya makan.
“Kenapa ni Yana”” soal Cikgu Ria penuh kehairanan.
Alyana tidak menjawab, air matanya mengalir
keluar laju lantas dia berlari meninggalkan cikgu Ria dengan seribu persoalan.
Dia amat malu ketika itu.
Seminggu kejadian itu berlalu. Alyana lebih
suka diam dari bercakap dengan papanya.
“Yana, mari makan sayang. Papa masak nasi
goreng kesukaan kamu ni. Nasi Goreng Pataya. Sedap rasanya sayang.” Encik Zaynal bersuara tiba-tiba dari arah
dapur.
Alyana masih membisu. Dia membuang pandangannya
ke luar rumah, melihat kanak-kanak yang sedang bermain bola sambil bersuka ria.
“Yana, sayang..” sapa Encik Zaynal lagi seraya
menyentuh lembut bahu anaknya itu bila panggilnya tidak disahut.
Alyana
masih diam, dia menepis tangan Encik Zaynal dari terus dipegang oleh papanya
dengan kasar.
“Kenapa ni sayang. Papa buat salah ke?” Soal Encik
Zaynal betul-betul keliru dengan perubahan anaknya secara mendadak.
“Papa tanyalah diri papa sendiri. Kenapa papa
tipu anak papa.” herdik Alyana tanpa
menghirau perasaan orang disebelahnya itu.
Encik Zaynal tersentak dan terkilan dengan
tindakan anak kesayangannya itu. Alyana dapat melihat wajah kekecewaan Encik
Zaynal dengan jelas, namun perasaan geram dan marahnya pada papanya itu membuat
dia betul-betul begang. Dengan rengusan yang kasar dia bangkit dan terus keluar
rumah meninggalkan Encik Zaynal dalam kepiluan. Alyana berlari dengan selaju yang
mungkin, meninggalkan perasaan kecewanya terhadap papanya sendiri. Sanggup
menipu dirinya. Sedang dia berlari ada sebuah kereta muncul di simpang jalan
tiba-tiba . Alyana terkejut sekaligus berhenti berlari. Dia kaku sendiri. Apa
yang mampu dia lakukan hanya menyebut.
Papa!!!!!!!!!!!
“Adik, adik okey ke? Nasib baik makcik sempat
brek, kalau tak entah apa yang akan berlaku nanti.” Tanya seorang wanita agak
cemas sebaik sahaja keluar dari perut kereta.
“Saya okey mak cik. Maafkan saya.” ujar Alyana
sambil mengosok lembut pergelangan tangannya.
Puan Soraya cuba membantu Alyana supaya dapat
berdiri dengan elok. Ketika itu,dia terpandang sesuatu yang mengingatkan dia
pada kisah sepuluh tahun yang lalu.
“Selagi abang tak berhenti dari jadi badut Aya
akan tinggalkan abang. Kan abang pernah berjanji dengan mak Aya, yang abang tak
akan jadi badut lagi setelah kita kahwin. Tapi kenapa abang buat lagi kerja
tu.”
“Aya, itu sahaja hasil pencarian abang. Abang
bukannya belajar tinggi macam Aya. Abang hanya mampu jadi pencatit batik dan
badut je Aya. Lagipun Aya yang jatuh
hati dengan abang masa abang buat persembahan party hari jadi Aya kan.
Lepas tu, Aya yang paksa abang supaya kahwin dengan Aya
walapun ibubapa Aya menghalangnya. Aya patut terima itu semua dari dulu lagi.
Bukan menghina abang.” Marah Encik Zaynal sambil menguak rambutnya ke belakang.
“Tapi abang janji yang abang tak akan jadi
badut lepas kita kahwin nanti. Abang janji nak cari pekerjaan yang lebih baik.”
bentak Puan Soraya lagi.
“Aya dalam hidup abang jadi seorang badut amat
menggembirakan hati abang. Badut itu dah sebati dalam hidup abang. Sejak kecil
abang tak pernah hidup senang, tak pernah berhibur. Sentiasa bekerja untuk
teruskan hidup. Dan pada masa itu abang tanam dalam hati abang. Abang tak akan
biarkan zaman kecil abang terus terjadi. Jadi abang pilih untuk jadi badut agar
dapat menghiburkan kanak-kanak yang sedih. Abang tak kesah apa orang nak kata
asalkan abang bahagia apabila orang lain bahagia.” Jelas Encik Zaynal berjeda
meluahkan perasaan yang disimpan selama ini dengan harapan isterinya itu
memahami.
“Kalau abang dengan keputusan abang itu. Aya
akan tinggalkan abang.” ugut Puan Soraya.
“Abang tak akan halang Aya. Tapi ingat Aya,
Yana akan ikut abang bukannya aya. Titik!!”
“Mak cik, mak cik!! Alyana mengoncang bahu wanita itu bila
panggilan tidak diendah.
“Mak cik tak de apa-apa?” Soal Alyana lagi
“Gelang ni, siapa yang bagi?” tanya Puan Soraya tiba-tiba, dan cuba untuk memegang
seutas gelang emas yang ada tertulis A&Z pada tangan Alyana.
“Oo.. papa yang bagi. Papa kata A itu singkatan
nama mama saya Aya dan Z itu nama papa Zaynal.” jujur Alyana memberitahunya.
Tercengang Puan Soraya bila mendengarnya. Secara spontan dia memeluk erat tubuh
gadis di hadapannya.
“Anak mama. Mama sangat merinduimu. Sudah
bertahun-tahun mama cuba mencari Yana. Siang malam mama berdoa. Akhirnya ia
benar-benar berlaku. Terima kasih ya Allah.”
Alyana yang berada dalam pelukan Puan Soraya
bingung sendiri. Dia tidak mengerti semua ini. Dia cuba melepaskan diri dari
pelukan Puan Soraya namun pelukan itu dikemaskan lagi. Sepuluh tahun Puan
Soraya cuba menjejaki bekas suaminya namun gagal. Dia hampir gila. Lalu ibunya
mengahwinankan dia dengan seorang peguam bagi mengubati hatinya yang luka.
Hasil perkahwinan keduanya itu menghasil dua orang zuriat keduanya lelaki. Tapi
di hatinya Alyana dan Zaynal tetapi diingati sampai sekarang.
“Anak mama.” rintih Puan Soraya lagi lalu meleraikan
pelukan itu lantas mengucup lembut dahi Alyana.
“Siapa mak cik ini. Mama saya dah lama
meninggal”
“Meninggal? Sampai hati abang menipu anak kita.
Mama masih hidup yana. Sekarang mama ada di hadapan Yana.”
“Apa semua ni. Apa yang mak cik mengarut ni?”
marah Alyana tiba-tiba.
“Betul Yana. Mama tak tipu. Geleng ni buktinya.
Tengok mama pun ada satu. Papa yang buatkan untuk kita berdua Yana. Mama masih
memakainya. Setiap kali mama teringatkan kamu pasti mama menatap geleng ini.”
berjeda Puan Soraya bercerita sambil menunjukkan geleng miliknya.sama dengan Alyana
punya.
Bulat mata Alyana memandangnya. Dia tidak
percaya semua itu. Puan Soraya menceritakan hal sebenar dari awal hingga akhir.
Alyana terharu. Dia menangis sepuasnya dalam pelukkan mamanya itu.
“Yana ikut mama ya, tinggal bersama mama
sayang.” Pinta Puan Soraya.
Pantas Alyana mengangkat wajahnya untuk mengadap
mamanya. Dia betul-betul terkejut permintaan Puan Soraya. Siapa tak gembira
bila dapat berjumpa dengan ibu yang disangkakan mati selama ini. Tiba-tiba
muncul dan diajak untuk tinggal bersama. Tapi kalau dia tinggal dengan Puan Soraya
bagaimana pula dengan papanya. Fikiran benar-benar buntu..
“Ahh!! rengus Alyana kasar lalu memulas tombol
pintu rumahnya. Sebaik sahaja dia mahu menutup kembali pintu itu, kelihatan
kelibat papanya yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Papa nak ke mana?” pertanyaan dari Alyana
mengejutkan Encik Zaynal. Encik Zaynal kelihatan resah untuk memberitahu.
“Nak jadi badutkan?”
“Papa…”
“Sudah lah pa, tak payah nak sembunyikan hal
itu lagi, Yana dah tahu semuanya. Yana tengok dengan mata Yana sendiri. yang
papa jadi badut bodoh untuk hibur orang lainkan. Kenapa pa??” teking Alyana
mematikan kata-kata papanya.
“Bukan macam tu sayang….” Papa sebenarnya..
“Papa diam! Biar Yana yang bercakap.” Herdik Alyana
lagi dengan matanya agak merah akibat menangis sambil merenung dengan penuh
kebencian pada papanya.
“Depan Yana papa cakap, kerja badut memalukan
tapi kenapa papa lakukannya juga. Kenapa pa..?
Biar Yana bagitahu alasannya, badut ini sudah sebati dengan kehidupan
papakan, sejak dulu lagi badut itu hasil pencarian papa kan!!” marah Alyana
dengan nada mengejek.
Terpana Encik Zaynal bila anaknya sudah mengetahui.
“Papa hairankan kenapa Yana tahu. Puan Soraya!
Mama Yana yang bagitahu.” Marah Alyana sambil menekan perkataan MAMA.
“Sampai
hati papa tipu Yana hidup-hidup, mama Yana yang papa cakap dah mati masih hidup
lagi pa. Apa lagi yang papa cuba sembunyikan dari Yana pa?” Alyana sudah
meraung.
“Yana!! PANG! Encik Zaynal melepaskan tamparan
sulungnya pada anak itu. Sebelum ini dia tak pernah pukul anaknya itu walaupun
dia marah sekalipun.
“Nampaknya papa pun benci dengan Yana sama papa
bencikan mama. Disebabkan membenci pekerjaan papa itu kan. Papa dah tak sayang
dengan Yana lagikan. Yana akan tinggal dengan mama.” Jerkah Alyana dalam
tangisan semakin menggila.
“Yana, jangan macam ni sayang, papa minta
maaf. Papa buat semua ni kerana sayang,
papa..”
“Sudah lah papa!” pekik Alyana lagi lantas
menolak papanya. Dia keluar dari rumah itu tanpa menoleh sedikitpun ke arah
papanya yang tergolek jatuh.
“Maafkan papa sayang. Papa buat semua ni ada
sebabnya.” rintih Encik Zaynal sambil menangis.
~~~~~~~~~~~~~
Cikgu Ria keluar dari bilik guru untuk memantau
anak muridnya yang sedang gigih berlatih. Bila pandangnya jatuh pada susuk
tubuh Alyana. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena pada anak muridnya
yang seorang itu, lantas dia menghampiri Alyana yang duduk bersendirian di
bawah sepohon pokok.
“Kenapa ni Yana? Ada masalah
yang hendak dikongsi dengan cikgu ke?” tegur Cikgu Ria.
“Cikgu…” Alyana menangis
tiba-tiba.
“Kenapa ni?”Cikgu Ria cuba
memujuk. Dia mengosok lembut bahu anak muridnya itu.
“Papa. Papa tipu Yana selama ni,
cikgu..”
“Yana benci papa, dia tipu Yana,
papa bilang mama dah meninggal tapi hakikatnya mama masih hidup. Papa jahat.
Yana benci papa. Selama ni Yana ingat papa lah segala-galanya tapi..” Alyana
luah perasaan geramnya pada cikgu Ria.
“Yana marah sebab papa Yana
seorang badut ke?”
“Mana cikgu tahu ?” tanya Alyana
kehairanan.
“Aidid. Dia ceritakan
semuanya pada cikgu tentang kes malam tu.” Tenang sahaja Cikgu Ria bersuara. “Yana
pernah tak terfikir, kenapa papa yana buat semua itu. Yana ada bagi papa Yana
peluang untuk terangkan segala-galanya pada yana.”
Alyana mengelengkan
kepalanya.
“Hmm.. Yana, Yana. Habis
macamana Yana nak tahu, apa sebabnya papa Yana buat macam tu. Yana memang betul
syurga seorang anak perempuan yang belum berkahwin terletak dibawah tapak kaki
seorang ibu. Tapikan Yana kalau tak de papa, tak mungkin Yana dapat wujud di
dunia ni sekarang, tahu. Ya, mungkin Yana rasa tertipu disebabkan papa Yana
tipu tentang mama Yana. Cuba Yana bagi peluang pada papa Yana untuk dia
terangkan semuanya. Mungkin ada peristiwa kenapa mereka terpisah dahulu. Kita
sebagai anak tak boleh menghukum kedua orang tua kita Yana. SeLagi kita mampu,
kita wajib patuh dan taat kepada mereka, selagi perkara itu tidak bercanggah
dengan syariat Allah.”
Alyana khusyuk mendengar sesekejap dia menyapu
air matanya yang jatuh mengalir.
“Sekarang cikgu nak Yana
pergi jumpa papa. Dan minta maaf tentang semuanya ya Yana. Cikgu tahu Yana
seorang anak yang baik.”
Alyana mengangguk tanda
faham. Dia memeluk Cikgu Ria seerat mungkin.
Dah dua minggu Alyana langsung tak berjumpa dengan
papanya. Dia sangat rasa bersalah atas sikapnya yang kurang ajar dahulu. Dia
hanya memerhatikan rumah usang itu. Bila terlihat kelibat Encik Zaynal, Alyana
cepat-cepat sembunyikan dirinya dari dilihat oleh Encik Zaynal. Dia segan untuk
bersemuka dengan papanya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari Puan
Soraya menyuruhnya pulang ke rumah untuk membuat persiapan sambutan hari jadi
adik tirinya.
“Terima kasih Yana.” ucap Puan
Soraya lantas mengucup lembut dahi anaknya itu. Encik Zukifli suami kedua Puan
Soraya memandang ke arah mereka dengan pandangan penuh amarah cemburu.
‘Siaplah korang, aku ada
sesuatu untuk dipersembahkan kepada korang. Tengoklah nanti.” bisik Encik
Zukifli dalam hatinya sambil tersenyum sinis.
“Okey semua, acara yang paling
dinanti-nantikan sudah tiba. Sekarang terimalah persembahan badut yang paling
terkenal di kampung ni, dipersembahkan badut Encik Zaynal.”
Tatkala mendengar nama Encik
Zaynal Puan Soraya dan Alyana lantas menoleh ke arah badut itu. Alyana mahu
menghampiri badut itu namun Encik Zukifli menahannya. Puan Soraya kelihatan
sudah menitis air mata. Tetamu yang berada di situ sudah bersorak riang. Encik
Zaynal kelihatan amat terkejut bila melihat dua insan yang dia sayang ada di
hadapannya itu. Namun dia cekalkan hatinya supaya senyumannya itu masih lekang
di bibir.
“Apa lagi, aku upah kau untuk
membuat persembahan yang paling seronok untuk anak-anak aku kan. Yang kau tercegat
kat situ buat apa?” herdik Encik Zukifli tiba-tiba. Mengetarkan bahang amarah
hati Alyana.
“Apa yang pak cik buat ni?
Pak cik sengaja nak malukan papa Yana kan?”tukas Alyana geram.
Encik Zulkifli masih tersenyum
kali ni lebih sinis tanpa menghiraukan amukan Alyana. Encik Zaynal memulakan
tugasannya dengan hati sedikit gusar.
Semasa membuat persembahan itu, Encik Zaynal
jatuh terjelepok kebawah dan tidak sedarkan diri. Alyana menjerit lalu meluru
ke arah papanya itu.
Papa!!!!!!!!
~~~~~~
Sayang!
Alyana tersedar dari khayalan
lantas berpaling ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang mendukung
kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun sedang melambai ke arahnya.
Yana!!
Sekali lagi dia mendengar seruan, memaksa
Alyana menoleh semula ke hadapan .Dia tersenyum manis bila seorang lelaki yang
semakin dimamah usia memanggilnya dan mengajak untuk ketempatnya. Aidid
menghulurkan tangan sambil tersenyum menggoda. Alyana menyambut tangan suaminya
itu. Mereka berdua bergerak menuju ke arah Encik Zaynal yang sedang membaling bola untuk menghiburkan kanak-kanak
yang berada di sekitar Taman Tema dalam keadaan ketawa bahagia.
Selesai sahaja Encik Zaynal membaling bola.
Alyana menghampiri papanya itu lalu sebuah kucupan hinggap dipipi Encik Zaynal.
Kanak-kanak yang berada disitu terlopong melihatnya. Tidak kedengaran suara
sorakan.
“Adik-adik sekalian, ini papa yang kakak paling
sayang. Papaku seorang badut.” Kata Alyana sambil tersenyum bangga lantas
memeluk Encik Zaynal seerat mungkin.
p/s DN = walapun kita berduka, bersedih atau
bersendirian. Jangan teruskan perasaan itu terus menghimpit kita. Jangan
tonjolkan perasaan sedih itu kepada orang lain. Kerana kita akan lebih bahagian
jika orang sekeliling kita bahagia. Bahagian selagi kita mampu. Hargailah
seorang ayah, abah,papa,abi ketika mereka masih ada. Bila mereka tiada pasti
sejuta kesesalan tak dapat kita gambarkan. Selamat hari Abah DN ucapkan. Setiap
hari jadikannya hari ayah dan ibu kita.
No comments:
Post a Comment