Saturday, 30 August 2014

SCK 5


Bab 5
 “Dani… maaf. Dina lewat sikit sebab stok baru sampai jadi kena susun dulu,”pintaku dengan gaya orang memohon maaf sebaik masuk ke rosteran yang dijanjikan.  Dia tayang muka biasa. Kelam kabut juga aku tiba-tiba Dani telefon mahu berjumpa. Maklumlah kami dah tak berjumpa dekat dua minggu. Tup-tup dia telefon kata nak jumpa. Nak bagitahu perkara penting katanya. Aku pula tak boleh nak minta keluar awal sebabnya stok baru masuk kedai. Nak tak nak aku kena settlekan dulu kerja aku baru boleh jumpa dengan dia.
“Dani, kenapa ni? Masam aje muka. Marah ke? Maaflah,”soalku berasak-asak bila Dani tidak memberi respon langsung. Wajahnya kelihatan pucat. Seolah sedang memikul masalah besar.  Dani tatap wajahku lama tanpa berkelip sebelum bersuara.
“Dina,kita putus.” Jantungku bagaikan disentap keluar dengan kasar.
“Apa makna semua ni,Dani? Awak berguraukan?” soalku kembali dengan nada masih ada tawa dihujung kalam.
“Tak Dina. Saya serius. Mak saya dah aturkan perkahwinan saya. Jadi hubungan kita tak de makna lagi,” jawabnya dengan wajah dingin.  Aku masih kaku. Lidahku kelu tapi anak mata setia menatap wajahnya. Aku baru perasan badan Dani nampak susut. Ingin sekali aku bertanyakan soal itu tapi tidak mampu kerana ada masalah yang lebih besar sedang berlaku sekarang.
“Maafkan saya Dina… saya sayangkan awak tapi saya sangatkan sayangkan  mak saya. Jadi saya tak boleh ingkar perintahnya. Awak sendiri cakap, tak guna kita bina rumah tangga tanpa restui ibu bapakan?” sambungnya bila aku masih membisu. Perkataan abang sayang sudah tiada di setiap bicaranya.
“Tapi awak cakap keluarga awak merestui hubungan kita. Saya tak faham kenapa awak buat saya macam ni, Dani?” jawabku selepas lama membisu.
“Saya tak de pilihan lain Dina. Maafkan saya. Lupakan saya.” Aku gelak dalam sendu.
“Betapa senangnya awak minta supaya saya lupakan awak? Awak ingat benda ni macam bermimpi ke? Bila tersedar rupa-rupanya semua ini tak pernah berlaku. Kita saling tak kenal antara satu lain, macam tu ke?!” marahku dengan sedikit menjerit.  Tajam aku renung wajah Dani. Dia tunduk sedikit tidak mampu untuk berbicara lagi.
“Awak selalu tanya pasal kenapa saya tak bawak awak jumpa keluarga saya kan? Sebab inilah. Saya tak berani nak bawak awak jumpa diorang sebab mereka dah ada calon lain. Maafkan saya Dina, saya tak dapat nak pertahan cinta kita. saya sayangkan awak. Saya sayangkan keluarga saya.”
“Sayang!” Aku lantas menoleh pada suara yang mencelah tanpa diundang. Dia panggil Dani, sayang? Aku kekasihnya sendiri pun tak pernah panggil sayang. Ini perempuan dari planet mana datang panggil sayang dan boleh dia peluk dan cium pipi Dani. Nampak sangat sombong. Aku dekat depan dia. Dia buat tak nampak! Oh Allah…
“Perkenalkan ini bakal isteri saya, Danisha.” Dani bersuara siap memperkenalkan calon isterinya padaku. Jantungku bagaikan direntap kasar. Dia tak de perasaan ke? Sampai sanggup menunjukkan wanita yang bakal dia nikahi kepada aku. Allah, Dani ini ke sikap sebenar awak? Awak berpura-pura cintakan saya. Tampak baik, alim di depan mak su. Setelah saya ungkap kata sayang dekat awak, awak nak tinggalkan saya? Kejamnya awak, Dani!
“Jadi inilah perempuan tu. Patutlah awak nak sangat kita putus. Dia lebih cantik malah nampak lebih berharta dari saya. Lebih segala-galanya berbanding dengan saya, kan?!” sindirku. Dani tidak membalas. Memang jika dibandingkan dengan aku, gadis itu lebih padan dengan Dani. Dia sangat cantik. Pakaian dan gaya dia pun sudah nampak dia anak orang kaya.
“Sayang, jomlah pergi. Kita dah lewat ni.” Manja saja bunyi suara gadis itu.
“Kejap, abang nak pergi buat pembayaran,” suara Dani pada bakal isterinya itu sebelum bangkit. Aku yang duduk di hadapan seolah tidak wujud dibuatnya.
“Maafkan saya, Dina. Ini kali terakhir kita jumpa. Ampunkan saya sebab buat apa terluka,” suaranya pula padaku. Berbunyi sendu pada tuturnya kemudian dia berlalu pergi dengan gadis itu.
Hati aku hancur dan lunyai. Dani betul-betul kejam. Bila dia sudah mendapat cinta aku dengan senang dia menamatkannya. Aku pun satu. Bodoh! Mempercayai kata-kata manisnya. Betapa mudahnya aku berikan segenap hatiku ini dia, sampaikan dia sanggup tinggalkan aku seperti orang bodoh. Kenapa dia berubah dengan sekelip setelah bersumpah setia dengan simbolik-simbolik cinta kami? Kenapa Dani.  Kenapa aku tak sedar masa dia cakap keluarga dia ada krisis dulu? Kenapa aku bodoh nak terima yang keluarga dia tak pernah restui perhubungan kami sampaikan dia memijak maruah aku sebagai perempuan. Dina kenapa kau sangat lemah? Tulah dulu tak pernah bercinta bila dah bercinta begini jadinya!
Aku bangkit dengan langkah yang cukup lemah. Bila mana aku mahu melangkah keluar dari kedai itu. Tiba-tiba lenganku disentap lembut oleh sesorang dari belakang. Aku lantas menoleh sambil mengesat air mata yang mengalir.
“Cik, kawan cik ada tercicir kad ini tadi semasa membuat pembayaran.” Beritahu pemilik kedai sambil menghulurkan kad itu kepadaku. Aku menyambut lembut dan mengukir senyuman tawar pada pemilik kedai itu. Aku membuka perlahan-lahan kad yang berwarna merah jambu itu. Bila kornea mataku tertancap pada kad itu, jantungku hampir luruh. Air mataku semakin lebat. Adakah sebab ini Dani mengambil keputusan untuk berpisah dengan aku? Dia memang silap besar!
Sebaik aku keluar dari Bangsar South, aku terus mendail nombor telefon Hafis. Aku perlu tahu kebenaran hari ini juga! Hafis adalah orang yang paling penting untuk aku soal siasat tentang hal ini. Setengah jam menanti Hafis. Dia menghampiriku dengan keadaan termengah-mengah, mungkin dia berkejar ke sini setelah mendapat panggilan dariku tadi kot?
“Ada apa Dina?” soal Hafis dengan nafas tercungap-cungap.
“Nah, baca ni! Aku tahu kau tentu tahu tanya pasal ini kan?” soalku sambil menghulurkan kad temu janji Dani dengan seorang Doktor bernama Irham di Hospital KPJ Damasara. Hafis senyap tanpa suara. Tidak lama kemudian dia menatapku dengan wajah serba tak kena. Mata yang masih berair setia menatap wajahnya.
“Dina, sebenarnya aku….”
“Kau dah tahu hal ni, kan?” pintasku sebelum Hafis menghabiskan bicara. “Sanggup kau dan Dani sama-sama berpakat tipu aku, kan? Aku separuh mati cintakan dia, senang-senang dia minta putus dengan aku. Aku syak disebabkan dia sakit, dia minta putus dengan aku. Apa penyakit dia sampai dia nak mintak putus dengan aku, Fis? Sakit dia boleh bawak maut ke?” desakku dalam sendu.
“Dina, aku memang tahu hal ni. Tapi aku tak tahu penyakit apa yang dia alami sekarang. Sumpah Dina!”Aku masih menatapnya.
“Kalau kau sahabat aku. Aku nak kau hantar aku ke alamat tu sekarang jugak!” ujarku tegas. Hafis bersetuju. Sebaik kami masuk ke dalam kereta dia meluncur ke Hospital KPJ Damasara. Bila tiba di pekarangan bangunan hospital itu aku terus memasuk dan diekori oleh Hafis dari belakang.
“Maafkan saya, saya nak jumpa doktor Hariz,” suaraku kepada jururawat yang menjaga kaunter. Aku dapat tahu nama doktor itu masa terbaca kad Dani tadi.
Jururawat itu kelihatan tercengang seketika. “Boleh saya tahu cik ada temu janji ke?”
“Ya, ada. Atas nama Dani Riqzi,” jawabku.
“Oh, sekejap ya!” Aku mengangguk. Aku lihat jururawat itu membuat panggilan mungkin panggilan untuk doktor yang bernama Hariz.
“Cik boleh masuk sekarang, sebelah kanan biliknya,” beritahu jururawat itu sebaik gagang telefon diletakkan. Selepas mendapat kebenaran aku dan Hafis terus melangkah ke sana. Hafis mengetuk pintu itu sebelum kami menerjah masuk ke dalam serentak itu juga suara doktor Hariz kedengaran untuk menyuruh kami masuk ke biliknya. Bila kaki kami menapak di bilik itu doktor  Hariz  tampak jelas terkejut.
“Siapa, ya?” soalnya dengan wajah berkerut.
“Saya isteri Dani,” jawabku bersahaja. Hafis dan doktor muda tersebut seakan terkejut. Aku buat tak bodoh.
“Isteri? setahu saya Dani tak kahwin lagi,” balasnya cuba menyindirku.
“Memang tak kahwin lagi. Tapi bakal berkahwin! Saya bakal tunangan dia yang tak jadi,” jawabku sinis, bengang dengan doktor muda itu banyak soal pulak.
“Saya nak tanya. Penyakit apa yang dia alami sekarang?” sambungku lagi.
“Maaf. Saya tak boleh nak dedah maklumat sulit kepada orang yang saya tak kenal,”ujar doktor muda itu tegas.
“Tolonglah doktor,” rayuku sedikit sebak. Hafis cuba menahanku dari terus mendesak doktor muda itu.
“Abang letak kat mana?”
“Abang tak tahu… pagi tadi elok je ada dekat dompet abang. Bila sampai sini kad tu dah hilang,”
“Nasib baik doktor Hariz kawan baik abang Rayyan. Kalau tak, kita kena buat temu janji lagi. Tulah abang, cuai sangat!”
“Yelah-yelah salah abang. Jangan membebel lagi boleh tak? Semakin sakit kepala abang.” Suara pertelingkah antara Dani dan kekasih barunya memdiamkan aku. Aku dapat menangkap segala perbualannya kerana pintu bilik itu tidak tertutup tadi. Air mata kembali lebat.
“Dina!” Dani menjerit kuat. Aku kalih ke belakang sambil mengukir senyuman sinis. Perempuan di sebelah dia juga turut terkejut.
“Awak cari kad ni ke Dani? soalku sambil menayang kad temujanjinya. Dia mengerling ke arah tanganku sekilas kemudian memandang ke arah Hafis pula.
“Err…Hafis kau ada juga dekat sini?” soalnya pada Hafis. Hafis mengangguk lemah.
“Jangan nak marah dekat dia. Dina yang paksa dia ikut! Kalau saya tak jumpa kad awak dan tak datang ke sini.  Pasti saya takkan tahu awak sakit. Awak sakit apa Dani? soalku dalam sendu. Dani membisu. Kemudian dia menatap wajahku lama sebelum bersuara.
“Saya dah nak mati Dina…umur saya tinggal hanya beberapa bulan lagi.” Akhirnya dia berkata benar padaku. Aku mengeluh berat. Kecewa dengan sikap putus asanya.
“Mati di tangan Allah Dani… saya yang sihat belum tentu dapat hidup lama lagi,” balasku cuba menyindirnya.
“Awak tak tahu! Kanser otak saya semakin parah. Ia sudah peringkat akhir. Kalau awak tak percaya juga cuba tanya doktor  Hariz yang dekat depan awak tu!” Dani mula menyinga.
“Saya tak peduli semua itu! Doktor pun manusia juga. Dia hanya bagi tempoh  saja. Bukan dia yang berhak tentukan ajal awak!” balasku dengan tengkingan.
“Awak tak faham Dina…” ujar dia. Perlahan saja suaranya.
“Kalau awak masih nak putuskan perhubungan ini. atas alasan ajal awak yang tak panjang tu. Awak adalah seorang lelaki yang sememangnya bodoh tentang cinta!” semburku lagi. pandanganku tajam menikam wajahnya sebelum aku berlari keluar meninggalkan bilik rawatan itu.  
Kenapa dia menilai cinta aku semurah itu. Jahat sangatkah aku pada pandangannya. Dia tak nampak ke keikhlasan aku sepanjang kami berkawan? Kalau cinta aku ini cinta sejati untuk dia… benarkan aku untuk menjaga dirinya ya Allah.  Menjaga dia sebagai seorang isteri kerana aku terlanjur menyintainya.  Tolonglah ya Allah. Aku sangat mencintai dirinya. Dialah yang mengajar aku erti kehidupan manisnya bercinta sesama manusia.
“Dina!” Aku menoleh bila Dani menjerit dari belakang. Aku berhenti berlari.
“Saya tahu… perempuan itu hanya alasan awak, untuk berpisah dengan saya kan? Tolonglah Dani… benarkan saya hidup di sisi awak. Saya nak jaga awak. Soal mati itu biar kita serahkan pada Dia. Selagi awak hidup… saya akan setia dengan awak,” rintihku. Lututku lemah untuk berdiri akhirnya aku terduduk dengan sendiri.
“Saya tak nak awak menderita Dina…” ujarnya turut menangis. Dia melutut sama. Menatap kolam mataku penuh dengan air.
“Saya lagi menderita kalau awak terus begini. Awak sanggup menanggung rindu sedangkan kita menyimpan perasaan yang sama Dani? Sanggup ke Dani?” soalku sambil membalas tatapannya itu. Dia menunduk.
“Abang sangat cintakan Dina… sampai abang sendiri buntu. Tak tahu nak buat apa lagi. Abang sayangkan Dina dalam masa yang sama abang tak sanggup nak biarkan Dina menderita bila abang tiada di dunia ini nanti…” suaranya semakin kendur. Panggilan pun sudah bertukar.
“Kalau awak takut saya derita selepas permergian awak, kenapa awak risiko nak bercinta dengan saya dulu? Kenapa awak nak berkenalan dengan saya? Kenapa?” desakku.
“Mula-mula memang abang tak pernah nak ada hubungan istimewa dengan mana-mana perempuan sebab abang tahu umur abang tak panjang. Tapi bila terlihat Dina kali pertama, hati abang terus jatuh cinta. Perasaan itu tidak dapat dibendung semakin abang cuba lupakan Dina…hati abang semakin teringatkan Dina. Kadang-kadang abang naik gila kerana cintakan Dina.” Dani teresak-esak. Kami berdua menangis dalam sendu. Beginilah bila ada perasaan cinta tapi mahu dinafikan. Dua-dua sakit menanggung cinta yang sudah dimiliki tapi mahu mengorbankan pula. Cinta kadang-kadang menjadi penawar. Kadang-kadang menjadi racun yang berbisa!
Seminggu selepas kejadian itu,  perhubungan aku dengan Dani berjalan seperti biasa. Aku tak sanggup nak berpisah dengannya begitu juga dia. Kami masing-masing sudah berjanji untuk hidup bersama sampai malaikat maut yang menjemputnya. Aku memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan kami secepat yang mungkin tanpa ada majlis pertunangan. Aku takut, sakit Dani datang menyerang belum sempat aku jadi miliknya. Pak su dan mak su tidak membantah cuma abang Faiz saja keberatan dengan keputusan aku. Aku tak kisah yang penting mak su dan pak su setuju. Aku akan teruskan juga.
Dani sampai ke rumah untuk membawa aku berjumpa dengan keluarganya. Berbincang pasal perkahwinan kami.Tiba di kedai makan dekat Pantai Dalam aku kerling pada Dani di sebelah. Pelik! Aku ingatkan dia nak bawa aku ke rumahnya. Tapi yang kami tiba bukan di rumah tapi kedai. Hmmm…mungkin dia mahu kami berjumpa di kedai saja.
Dani keluar dari perut kereta dan berlari ke sebelah. Dia membuka pintu kereta dan mempersilakan aku keluar. Kami masuk kedai makan seiring dan menuju ke sebuah meja. Di meja itu ada seorang lelaki dan di sampingnya ada seorang gadis yang pernah menjadi pelakon sebagai bakal isteri Dani dahulu. Gadis itu tersenyum manis pada kami kemudian dia bangkit terus meluru memeluk tubuhku.
“Kak Dina! Jom duduk.” Gadis itu membawa aku duduk di kerusi sebelah.  Dani pula melabuh duduk di sebelah lelaki. Wajahnya serius aje aku tengok, seram!
 “Ini abang Rayyan, abang sulung abang. Ni dina mesti kenalkan? Adik abang, Danisha. Abang.. ini Dina.” Dani memperkenalkan aku ahli keluarganya. Aku mengangguk. Adik Dani, Danisha masih setia memeluk lenganku.
“Hrmm….” Itu saja yang keluar dari mulut abang Dani yang bernama rayyan. Tuannya sama kacak dengan Dani. Tubuh sedikit berisi dari Dani. Tapi warna kulitnya sedikit gelap dari Dani. Wajah maskulin. Jambang penuh memenuhi ruangan wajahnya. Riak mukanya pun sangat bengis. Seram sejuk aku bila melihat wajahnya. Berbeza sungguh dengan Dani. Danisha pula, orangnya kurus. Tinggilebih kurang sama dengan aku. Berkulit cerah dan berambut alun. Persis pelakon Lisa Surihani.
“Kau pasti ke nak teruskan perkahwinan ini, Dani?” soal abang Rayyan sebaik pesanan di ambil. Bunyi sangat dingin.
“Kak Dina kerja dekat mana?” Danisha mengajak aku berbual. Aku kalih padanya sekilas sambil mengukir senyuman. Mungkin dia cuba mengalih aku dari kedua orang abangnya.
“Kerja dekat kedai buku je,” jawabku pendek. Danisha mengangguk. Maaflah. Bukan aku tak nak berborak. Tapi fikiran dan pendengaranku  tidak boleh nak fokus pada benda lain. Selain kepada dua orang lelaki di hadapan.
“Ya bang. Aku memang betul-betul pasti. Kau kan tahu. Dulu aku paksa tutup rapat-rapat hati aku pada mana-mana perempuan disebabkan penyakit  ni. Bila melihat Dina hatiku tak boleh nak tertutup. Aku betul-betul cintakan dia. Aku yakin dialah perempuan yang aku cinta dan ikhlas menyintai aku.”   Aku memandang wajah Dani. Mata kami berlaga seketika. Menitis air mata bila mendengar luahan ikhlas darinya. Perasan dengan pandangan tajam dari abang Rayyan aku terus kalih pada Danisha. Tak sanggup nak pandang wajah bengis itu.
“Dia cintakan kau bukan kerana….”
“Abang! Tolonglah. Hanya kau saja yang boleh bantu aku dalam hal ini. Soal lain biar aku dan Dina saja yang uruskan.”
“Abang Rayyan, abang Dani dahla. Jangan bergaduh dekat sini. Isha dan granny dah setuju kalau Kak Dina kahwin dengan abang Dani, kalau dah itu pilihan abang Dani. Granny cakap kalau abang Dani bahagia dengan Kak Dina, granny akan restu.  Abang Rayyan tolonglah… satukan keluarga kita.” Danisha pula mencelah. Cuba untuk menjernihkan keadaan.
Suasana sepi seketika sebaik pelayan meletakkan pesanan kami di meja.
“Kalau semua dah bersetuju dan cakap macam tu, abang nak buat macam mana lagikan? Tapi abang cuma nak bagi amaran pada dia. Kalau dia kahwin dengan Dani semata-mata mahu mempermainkan kau. Abang akan pastikan hidup dia juga musnah!” Aku terpanar bila mendengar kata-kata pedas dari abang Rayyan. Dia memang berani mengugut aku. Kali pertama jumpa dah cop aku perempuan murahan? Kalau bukan kerana dia bakal abang ipar aku, dah lama aku simbah air milo ni di wajah kacaknya itu. Muka aje cantik mulut macam longkang!
“Abang sekali lagi…tolonglah aku merayu pada kau. Aku ajak kau jumpa dia bukan nak suruh kau maki hamun dia. Dia pilihan aku jadi aku nak kau respect pada dia seperti kau sayang aku sebagai adik kau.”
“Isha yakin Kak Dina akan bahagiakan abang Dani. Abang tu janganlah berkeras sangat dengan dia,”sampuk Danisha pula.
Aku tengok abang Rayyan merengus geram sambil mengigit hujung kaca mata hitamnya.  Bila aku perhatikan mereka bertiga silih berganti. Rasa kelakar pula. Adik beradik tapi mempunyai perwatakan yang berbeza. Dani dan Danisha ramah dan bermuka manis. Mungkin asyik tersenyum. Berbeza sekali dengan abang sulung mereka. Muka tu asyik serius memanjang. Mungkin masa mak dia mengandungkan dia tertelan buah gelugur kot!
“Baiklah, aku ikut cakap kau. Sebab aku sayang dekat kau. Aku akan cuba pujuk mamy untuk bawa rombongan untuk bincang soal perkahwinan express kau dan dia,” ujarnya tegas. Tapi cuba tengok matanya tu, masih tajam menikam wajahku. Seramnya!
“Terima kasih Rayyan,” ucap Dani
“Terima kasih abang Rayyan,” ucap Danisha juga. Aku? Senyum aje.
Abang Rayyan meminta diri untuk pulang. Dia memakai cermin mata sebelum bersalam dengan Dani dan terus pergi dari situ. Danisha di sebelah bangkit dan memeluk tubuhku seketika sebelum membontot langkah abangnya.
“ Abang Rayyan kerja apa? Nampak berlagak dan sombong, Dina tak suka dia!”luahku jujur bila melihat kereta abang Rayyan sudah meluncur pergi.
“Jangan macam tu… abang Rayyan memang nampak garang tapi hatinya sangat lembut. Sama seperti kerjanya. Pencinta lukisan. Penuh dengan kehalusan seninya,” ujar Dani cuba membela abangnya. Aku cebir sedikit.
“Dia tuduh Dina macam-macam! Siapa yang tak sakit hati,” aduku. Dani tergelak kecil, bunyi lemah sedikit. Mungkin penyakitnya semakin parah.
“Dina kalau Dina tak sempat kahwin dengan Dani. Dina kahwin dengan abang Rayyan, ya,” pinta Dani, menaikkan marahku.
“Dani! Jangan cakap benda mengarut lagi boleh tak? Dina tak akan kahwin dengan dia. Baru kenal dia dah cakap Dina macam-macam. Orang seni memang macam tu kan? Suka duduk dunia sendiri. Tak bergaul dengan orang  sebab tu cakap ikut sedap mulut je! Tempelakku. Dani tersenyum tawar.
“Jangan cakap macam tu, sayang. Abang Rayyan tengok aje macam tu tapi ada ijazah luar negara  dalam bisnes. Disebabkan minat mendalam dalam bidang lukisan dia sanggup abaikan ijazah dia dan buka galeri sendiri. Abang akui abang Rayyan tak memang pandai  bergaul sangat dengan orang .Tapi percayalah dia sangat baik hati. Ni pun dia sanggup tolong abang untuk satukan kita. Sayang sepatutnya berterima kasih dengan dia tau. Kalau tak tak kahwinlah kita nanti.” Aempat lagi Dani mengusik aku.  Aku buat tak mau layan.
Parents awak masih tak dapat nak terima saya kan? Saya juga masih ragu lagi pasal awak kena jodohkan dengan orang lain. Pertama awak upah adik awak sendiri untuk jadi ke kasih awak. Kedua awak cakap nak bawa saya jumpa keluarga awak, tapi awak hanya bawa abang dan adik awak saja. Atau awak ada masalah lain Dani…?
“Sayang jangan curiga sangat dengan abang… mereka okey saja. Malah merestui perhubungan kita. Bila kita dah kahwin nanti sayang akan tahu nanti, macam mana gembiranya keluarga abang dapat menantu macam sayang. Pasal penyamaran tu, kan abang dah bagitahu, abang suruh Isha menyamar untuk sakitkan hati sayang sebab abang tak nak sayang menderita bila kita kahwin nanti… tapi abang silap menilai cinta sayang. terima kasih sebab sanggup menerima kekurangan dalam hidup abang.”
“Awak tak tipu sayakan?” Dani senyum lembut.

“Abang tak akan tipu sayang abang. Percayalah.”  Aku gigit bibir. Masih lagi ragu dengan dia. Tapi demi menjaga dan cintakan Dani aku sanggup percepatkan tarikh perkahwinan kami. Cukuplah majlis ala kadar saja. Yang penting aku sempat menjaga dia. Lelaki yang pertama hadir dalam hatiku dengan syarat dan terma!

No comments: