Bab 6
Majlis perkahwinan
aku dan Dani bakal berlangsung dalam masa dua jam lagi. Aku tahu rombongan
pihak mereka dalam perjalanan ke rumah pak su sekarang. Aku kerling pada jam di
dinding. Mengikut perkiraan, aku masih sempat lagi kalau nak buat satu
panggilan pada Dani. Aku mencapai telefon di meja. Nombor Dani dicari kemudian
didail.
“Assalamualaikum sayang…” Lemah saja
kedengaran suara Dani dari corong sana.
“Wa’alaikumussalam…” Aku tahan
sebak. “Dani…”
“Ya sayang… kenapa ni, rindu eh?” Dia
cuba bergurau. Aku sudah tersendu-sendu. Tak sanggup untuk meneruskan bicara.
“Sayang…” Dia masih memanggil.
“Dani… saya sayangkan awak. Sayang
sepenuh hati saya,” ujarku dalam sendu.
“Hmmm… abang tahu… abang pun
sayangkan Dina. Sayang gadis jacks abang.” Aku tekup mulut sekemas mungkin.
Tangisan tidak mampu lagi untuk aku tahan. Akhirnya aku biarkan saja ia
mengalir. Biar Dani mendengar kesedihan hatiku. Sungguh aku tak sanggup untuk
kehilangan dia ketika ini. Ya Allah berilah kami waktu walaupun sedikit supaya
aku dapat menjaga dia.
“Sayang… jangan menangis. Sabarla
sikit masa lagi kita akan disatukan.” Dani terus bersuara. Tapi aku, hanya menangis. Tak boleh nak meneruskan
kata-kata.
“Kau masih nak teruskan majlis ni
lagi ke Dani? Uh, perempuan tu memang keras hati! Dah tahu kau sakit masih nak
desak juga!” Aku tersentap. Itu suara abang Rayyan. Mesti dia ada di sebelah Dani.
“Rayyan, jangan
cakap macam tu pada Dina. Dia betul-betul ikhlas dengan aku. Aku tahu dia macam
mana. Uhuk..uhuk..”
Pilu rasa hati
ini bila terdengar suara Dani terbatuk. Ya Allah selamatlah Dani, bakal suamiku
nanti. Doaku dalam diam. Aku mahu memanggil nama Dani yang masih lagi dalam
talian. Tapi abang Rayyan masih bersuara
mahu bersuara. Akhirnya aku pasrah untuk mencuri dengar saja perbualan mereka.
“Kalau dia
ikhlas sayangkan kau, dia sepatutnya faham keadaan kesihatan kau. Bukannya
paksa kau kahwin dengan dia cepat-cepat!”
“Sebab dia
ikhlaslah, dia mahu cepat-cepat kahwin dengan aku. Menghalalkan perhubungan
kami. Senang untuk dia jaga dan rawat selagi aku masih nyawa.”
“Kau percaya ke
dengan dia? Aku takut dia saja mahu ambil kesempatan ke atas harta benda kau aje?”
“Abang, aku tak
nak kau sebut hal ini lagi. Irdina adalah kekuatan bagi aku untuk meneruskan
kehidupan ini. Memandang wajahnya… jantung aku berdegup bagaikan tak nak
berhenti… itulah yang menyakinkan aku bahawa dia, cinta aku. Kesetiaan dan
keikhlasan cinta dia pada aku sebagai simbolik cinta kami membuktikan dia
adalah gadis jacks aku.”
“Kalau dah
cinta semuanya nampak baik Dani. Yang hodoh nampak cantik yang buruk nampak
elok. Ah, perempuan semuanya sama! Pantang tengok lelaki berharta mulalah nak
goda. Tak kira tua ke atau berpenyakit asalkan duit penuh kocek!”
Ya Allah! Abang
Rayyan sanggup cakap aku perempuan macam tu? Air mata yang sudah mengalir
kembali mengalir turun. Aku cukup terasa dengan tomahan abang Rayyan itu. Dani
pula, aku langsung tidak mendengar sepatah perkataan keluar dari mulutnya untuk
membela diri ini. Aku rasa mungkin dia tidak mahu mengeruhkan keadaan ini lagi.
Ya Allah cukuplah dugaan yang kau titipkan untukku. Aku tak sanggup untuk
mendengar tomahan dari abang Rayyan. Biarlah Dani menyelesaikan masalah itu
dengan abangnya sendiri. Aku tak mahu kesudahan aku dengan dani berakhir
begini. Dani siapa awak sebenarnya? Keluarga awak memang tak merestui perhubungan
kita kan? Awak tipu saya kan? Dani siapa awak sebenarnya sampaikan abang awak
sendiri sanggup tuduh saya macam tu? Dina cintakan Dani seikhlas hati Dina.
Butang berwarna
merah aku tekan, mematikan talian itu. Apa dosaku pada abang Rayyan sampaikan
dia sanggup menuduh aku yang bukan-bukan? Dia kenal aku tak sampai seminggu,
tak akan semudah itu dia boleh merumus tentang diriku sebegitu rupa.
“Dina,” sapa mak
su di ambang pintu bilik mengejutkanku. Aku
cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir. Khuatir dapat ditangkap oleh mak su.
Sesaat kemudian aku memalingkan tubuh menghadap mak su lalu menguntum senyuman
nipis padanya.
“Cantiknya anak
saudara mak su ni. Memang saling tak tumpah dengan arwah Kak Salma,” ujar mak su
lagi seraya mengusap lembut pipiku. Aku peluk tubuh mak su sekejap.
“Mak su tak
sangka akhirnya Dina akan jadi isteri orang. Bagaikan baru semalam mak su ambik
Dina sebagai anak perempuan mak su kini Dina dah membesar. Menjadi anak dara
sunting. Impian mak su dan pak su nak lihat Dina kahwin, tercapai juga. Dina
kena ingat, selepas ini segala tanggungjawab mak su dan pak su ke atas Dina
akan dilepaskan pada suami Dina nanti. Berat pula rasanya hati mak su nak
lepaskan Dina.” Mak su menyambung bicara sedikit berjeda dengan perasaan sebak.
Aku
tersenyum dalam sendu. Kata-kata mak su sungguh memilukan hati kecilku. Aku
sangat menyayangi wanita itu kerana dialah aku rasai kasih sayang seorang ibu.
Terima kasih mak su.. terima kasih pak su..
sebab sanggup bela Dina dari kecil lagi.
“Mana taknya, Dina
dari kecil kita bela. Sekarang dah dewasa, cantik pulak tu,” usik pak su yang
tiba-tiba muncul di sebalik pintu bilik lalu menuju ke arah kami lantas memeluk bahu aku dan mak su serentak.
“Pak su
bersyukur sebab dapat menunaikan amanah arwah ibu dan ayah kamu, Irdina. Tapi
pak su harap lepas kahwin nanti hubungan kita tak akan terputus begitu saja. Kalau
kamu perlukan kami, kami ada di sini untuk kamu bila-bila masa,” sambung pak su,
adik arwah ibu. Kata-katanya berbaur sedih.
“Pak su jangan
cakap macam tu… Kan Dani dah janji akan selalu bawa Dina ke mari. Kalau Dani
tak boleh hantar, Dina naik teksi balik sini. Jangan sedih-sedih lagi ya? Nanti
Dina tak mahu kahwin. Pak su dan mak su jangan risau, setakat rumah Dani di Subang
Jaya dengan Pantai Dalam apalah sangat. Bontot pun tak sempat nak panas duduk
dalam kereta. Dina janji. Dina akan selalu ke sini, ok!” Janjiku cuba memujuk
mereka. Memek muka sedaya upaya pamer riak riang. Namun tidak menjadi sebaik
melihat mak su sudah mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungnya.
“Mak su…
jangan nangis.” Aku pantas memeluk mak
su. Kami teresak sama.
“Dahlah tu,
jangan nak buat drama swasta kat bilik ni. Jom keluar, pengantin lelaki dah
sampai tu,” ajak pak su memujuk isterinya yang tercinta sambil tersenyum lirik
ke arahku. Aku mengherot bibir sedikit
perlahan-lahan. Sedih, kerana aku bakal meninggalkan rumah ini.
Susuk tubuh pak
su dan mak su yang sudah memakan usia sedang menapak keluar, aku tenung lama.
Orang yang paling berjasa dan banyak berkorban. Menjaga aku walaupun mereka
sudah ada zuriat sendiri memandangkan ibu dan ayah sudah pergi meninggalkan
dunia ini. Terima kasih sekali lagi pak
su.. mak su. Kalau bukan pak su dan mak su pasti Dina tak akan hidup macam
sekarang, rintihku perlahan sebelum menapak keluar dari bilik.
Sebaik keluar
dari bilik aku dapat lihat di setiap genap ruang rumah banglo sederhana besar pak
su mulai dipenuhi dengan kaum kerabat keluarga aku dan juga keluarga Dani. Aku
cuba memanjangkan leher sedikit untuk mencari kelibat Dani. Tapi dia tiada di
situ.
“Kak Dina,
jom.” Tiba-tiba sepupu sepapat aku datang menghampir untuk mengiringi aku ke
tempat yang disediakan khas untuk aku.
“Dina, kaya
betul keluarga mentua kamu, ya?” bisik salah seorang mak cik aku.
Aku lantas kalih ke arah mereka sekali lagi.
Betul kata Mak cik Jah, dari sudut pandanganku pemakaian mereka nampak sangat
elegan. Tidak menampakkan ciri-ciri orang kebiasaan seperti kami. Hati ini mula
curiga dengan latar belakang bakal suami sendiri. Kata-kata yang terkeluar dari
mulut abang Rayyan dalam telefon sebentar tadi sudah mula meracau di benak
fikiran. Namun perasaan itu tak lama bercambah. Ia terus terpadam tatkala anak
mata terpandang susuk tubuh Dani semakin
susut dan lemah melangkah masuk dipimpin oleh abangnya.
Langkah pergerakannya agak lemah. Rasa sedih
mula bertapak di hati. Mungkin Dani terlalu menderita untuk menahan kesakitan
penyakit barah otaknya itu. Dari mula Dani melangkah sampailah dia selamat
melabuh duduk di hadapan tok iman yang setia menunggu dirinya untuk diakad
nikah, aku perhatikan dengan penuh kesyahduan. Dani.. Dina sayangkan Dani, bisik hati
kecilku. Dani tiba-tiba menoleh ke arahku
dengan senyuman yang cukup manis. Seakan dia mendengar bisikan hatiku.
“Jacks.”
Mataku
membulat. Dani membuat pergerakan mulut yang tidak bersuara. Aku turut
tersenyum kemudian membalas kembali sama seperti kelakuan Dani tadi.
“Hacks.”
Maksud itu hanya kami berdua yang mengetahui.
“Macam mana
semua dah sedia ke?” soal tok imam kepada semua yang berada di situ. Termasuklah
pak su sebagai waliku serta saudara mara yang lain yang menjadi saksi
perkahwinan ini.
“Alhamduillah… kalau
macam tu bolehlah kita mulakan majlis sekarang. Bismillahirahmannirahim, aku
nikahkan Dani Rizqi bin Razak dengan Irdina Awfa bt Hazim yang berwalikan Salim
dengan mas kahwin RM130 ringgit tunai.”
Aku curi
pandang tengok Dani. Duduknya tak senang. Mungkin perasaan berdebar-debar sedang menjalar dalam
hatinya. Aku juga sempat melihat dia mengeluh kecil sebelum menyambut tangan
tok iman.
“Aku terima
nikahnya… Argh! Kepala Dani.Kepala Dani sakit!!” Aku tersentap dan jantung
berdegup kencang bila dia meraung sambil memegang kepalanya.
Abang Rayyan
berada di belakang pantas meluru untuk mendapatkan adiknya itu dan diikuti
dengan keluarganya yang lain. Keadaan yang sunyi sepi sebentar tadi tiba-tiba berubah
menjadi riuh dan kecoh. Semua yang menyaksikan majlis akad nikah kami mulai
menyerbu ke arah Dani yang mengerang kesakitan.
“Dani! Bangun
sayang, bangun!” Rayu seorang wanita sebaya dengan mak su sambil teresak kuat.
“Dani buka mata
kau. Kau jangan tinggalkan aku, Dani. Weii… Dani, bangun!” pekik abang Rayyan sambil
mengoncang bahu Dani yang masih memegang kepalanya. Jantungku berdebar hebat.
Aku bangkit perlahan-lahan menuju ke arah
sang kekasih hati merangkap bakal suamiku nanti. Tapi masih sempatkah dia
menjadi suamiku nanti?
“Dina, sabar
sayang. Insya-Allah Dani tak apa-apa.” Mak su turut bangkit untuk memujukku. Setiap
langkahku bagai tidak mencecah di bumi. Bila aku berada betul-betul di hadapan
Dani. Ahli suadara Dani beralih sedikit memberi ruang kepadaku. Aku melutut di sebelah
kanan Dani.
“Cepat panggil
ambulans!” pekik perempuan yang sebaya dengan mak su itu lagi. Aku agakkan
dialah ibu kepada Dani, abang Rayyan dan Danisha. Sebut pasal Danisha aku tak
nampak dia dalam majlis ini. Dia tak hadir ke?
“Tak perlu mamy…
Rayyan,” suara Dani bergetar-getar menahan kesakitan dikepalanya.
“Ya Dani, aku
di sini. Kau nak cakap apa? Kita ke hospital, ya?” pujuk abang Rayyan. Aku di
sisi Dani hanya mampu mengalirkan air mata. Ikutkan hati mahu sahaja aku
memeluk susuk tubuh yang mengerang itu untuk berkongsi rasa sakit tapi hukum
tidak membenarkannya kerana kami belum sah lagi menjadi suami isteri.
“Tak… aku nak
minta sesuatu dari kau.” Dani sudah mula merayu pada abangnya.
“Apa dia? Insya-
Allah aku akan cuba bantu.”
“Aku .. aku
nak.. kau kahwin dengan Dina.. boleh ya, Rayyan? Ini amanah aku, kau mesti
tunaikan permintaan terakhir dari aku,” tutur Dani lemah sambil merenung anak
mataku yang sudah merah berair. Sebuah senyuman yang tiada seri dihadiahkan kepadaku.
Aku terpanar bila terdengar ucapan dari Dani lantas menggelengkan kepala laju-laju.
Tak sangka permintaan terakhirnya Dani benar-benar membuat jantungku terhenti
sesaat.
“Dina tak nak
Dani,” rengekku perlahan.
“Tolonglah…tolonglah
bang. Aku harap sangat kau boleh tunaikan.” Dani membuat permintaan lagi. Aku
sekali lagi menggeleng laju. Tanda tidak bersetuju dengan permintaan dia.
“Dina tak nak
Dani.. Dina tak nak! Dina hanya nakkan Dani sorang, tolonglah…” rayuku sambil
terhinjut-hinjut. Aku tahu abang Rayyan juga turut terkesima dengan tindakkan adiknya
yang tidak berasas itu. Tapi dia hanya membisu seribu bahasa.
“Rayyan,” seru
Dani perlahan. Dia menoleh ke arah kirinya untuk mencari abangnya itu sambil
menghulurkan tangannya.
“Ya, aku
disini,” jawab abang Rayyan sambil menggenggam erat tangan adiknya itu.
“Bolehlah Rayyan.
Kaukan sayangkan aku. Sanggup buat apa saja untuk aku bahagia. Jadi untuk kali
terakhir, aku harap kau setuju.”
“Dani, Dina tak
nak! Tolonglah Dani,” rintihku dalam tangisan. Aku tak mahu kahwin dengan abang
Rayyan atau sesiapa kecuali lelaki yang bernama Dani Rizqi.
“Dina… Dina nak
ke maruah keluarga Dina tercemar sekiranya majlis ini terbatal? Tak nak kan? Sebab
itulah Dani nak abang Rayyan gantikan tempat Dani. Supaya maruah keluarga Dina
tidak dipermalukan,” jelas Dani satu persatu dengan suara agak lemah.
“Dani sudahlah
tu. Jangan cakap lagi, kita ke hospital, ya?” abang Rayyan cuba mengubah topik.
Dani tetap berkeras inginkan abangnya
itu bersetuju mengahwini aku. Abang Rayyan mengeluh lemah, sesaat itu juga dia
memandang aku dengan pandangan yang tajam dan tiada perasaan sebelum bersuara
kembali.
“Baiklah, aku
setuju.”
“Rayyan!” jerit
ibu mereka bergema satu rumah, tanda membantah. Aku terpempan bila abang Rayyan
meluahkan persetujuaanya. Mahu saja aku memarahi kedua lelaki itu saat itu.
Mengapa Dani sanggup buat aku macam ni? Dan kenapa abang Rayyan bersetuju
sedang kami berdua saling tak menyintai satu sama lain malah kenal rapat pun
tidak?
“Mamy
tak setuju dengan cadangan Dani tu!” bantah ibu keduanya.
“Mamy
jangan masuk campur! Ini urusan Rayyan dan Dani,” celah abang Rayyan kepada ibunya
sebelum dia menapak ke tempat tok imam. Semua yang berada di situ turut
terkejut sama.
“Tok
imam jangan risau. Saya dah ambil kursus kahwin, lepas akad nikah nanti saya
akan urusan segala dokumen yang berkaitan. Jadi tak de masalah untuk kita
teruskan perkahwinan ni kan?” soal abang Rayyan dengan riak tenang. Tok imam mengangguk
kecil sambil mengerling ke arah pak su. Pak su pandang semua ahli keluarga aku.
Mereka semua mengangguk tanda setuju.
“Kita teruskan,” akhirnya pak su membuat kata
putus.
“Aku terima
nikahnya dengan mas kahwin yang telah disebut.”
“Sah?” tanya tok
iman sambil memandang saksi-saksi yang ada. Mereka semua mengangguk tanda sah. Dengan
sekali lafaz aku sah menjadi hak milik Danyyal Rayyan bukannya hak milik Dani
Rizqi. Air mata menitis laju sampaikan terkena wajah Dani yang berada di bawah pangkuanku.
“Dina, Dina
menangis ke? Janganlah menangis, abang yakin Dina pasti akan bahagia dengan
abang Rayyan. Percayalah sayang,” ujar Dani penuh dengan keyakinannya sekali dengan
suara yang agak lemah sekali.
“Kenapa Dani
buat semua ni? Mendera perasaan Dina. Kenapa tak benarkan Dina jaga Dani untuk
sekali ini saja. Itukan janji Dina pada Dani. Mana perginya janji-janji kita
Dani?” Tangisanku menjadi-jadi.
“Syuhhh…” Dani
mencantas kata-kataku sekejap.
“Dina, masa
Dani sudah bakal tiba hulurkan jari Dina pada abang Rayyan. Dani mahu menjadi
saksi perkahwinan Dina dan abang Rayyan,”sambungnya lagi sebaik sahaja abang Rayyan
menghampiri kami tanpa mempedulikan perasaanku.
Aku menoleh ke
arah abang Rayyan sekilas. Mukanya tidak beriak kemudian aku beralih pandang ke
arah pak su dan mak su. Mereka pamer senyuman nipis. Perlahan-lahan aku
hulurkan tangan untuk di sarung cincin di jari manisku dengan berat hati. Aku
membongkokkan sedikit tubuh untuk mengucup tangan hangat lelaki yang baru
menjadi suami aku sebentar tadi dengan terpaksa. Tiada rasa dingin di tangannya.
Mungkin dia terlalu marah sampaikan debaran untuk akad nikah tidak terasa. Tidak
sempat untuk aku menarik kembali tangan abang Rayyan menarik tanganku kembali
sambil membisikkan sesuatu.
“Kau dengar
sini. Perkahwinan kita dibina atas dasar amanat adik aku, bukan kerana cinta.”
“Allah...Allah…”
Aku lantas
berpaling bila Dani menyebut kalimah Allah. Dada bidang miliknya berombak laju. Nampak sukar untuk bernafas.
Tanpa menghiraukan kata-kata sinis dari abang Rayyan aku terus menghampiri
Dani. Aku ingin berada disamping dirinya ketika itu. Namun belum sempatku menyentuh
tubuh Dani yang lesu itu abang Rayyan terlebih dahulu mendapatkan adiknya.
“Tepi!” Abang Rayyan
cuba menghalauku dari pangkuan Dani. Aku
tahu masa Dani bakal tiba bila-bila masa. Aku merenung Dani dengan tangisan
yang semakin melebat. solekkan pengantinku sudah tidak cantik lagi. Hilanglah
segala seri pengantin aku pada malam itu.
“Papa kita bawak
Dani ke hospital sekarang!” Mereka sekeluarga meninggalkan rumah kami dengan
tergesa-gesa. Aku masih belum berganjak dari dudukku. Pergerakkanku menjadi
kaku. Dani tolong jangan tinggalkan
Dina…
No comments:
Post a Comment