Bab 24
2 jam berada dalam perut bas dia turun sebaik bas berhenti di terminal.
Kaki menjejak bumi temerloh buat kali pertamanya selepas 12 tahun dia
tinggalkan tanah ini. Segala kisah hidupnya bermula di sini. Misi dia ke sini
adalah untuk mencari ayah kandungnya dan memaksa lelaki itu untuk membenarkan
hakim mewalikannya di hari perkahwinan dia nanti.
Beg pakaian dibimbit
untuk mencari kenderaan awam. Tiba-tiba terdengar bisikan dari orang sekeliling
sambil memandang ke arahnya. Afina menilik badan tubuhnya sendiri. Dia hanya
mengenakan t-shirt tanpa lengan ditutupi dengan jaket berbulu yang berwarna
hitam serta skhirt pendek dan seluar denim ketat juga berwarna hitam. Akhir
sekali kepalanya ditutupi topi berjaring juga berwarna hitam. Hari ini dia
serba hitam termasuklah beg tangan yang tersangkut di bahu kanannya.
‘Apa yang pelik dengan
pemakaian dia sekarang?’ soal Afina sendiri. Oh, lupa dia sekarang di Temerloh
bukan di KL sana! Bebas mengenakan sebarang pakaian. Ah! Dia peduli apa? Diakan
seorang designer. Lantakla orang nak cakap apa. Asalkan dia bahagia.
“Teksi! Teksi cik.”
Suara pak cik teksi
mencari penumpang menerna di telinganya. Dia menghampiri lelaki separuh abad
itu. “Saya nak ke tempat ni boleh?” Tanya Afina seraya menunjukkan alamat yang
tertulis di kertas.
“Baiklah, jom.” Pelawa
lelaki itu seraya membuka pintu untuk Afina.
Sebaik teksi itu
meluncur pergi, Afina menarik ipadnya dari beg tangan. Mesej ditaip untuk
mengkhabarkan bahawa dia selamat sampai di bumi Temerloh kepada Kak Ruby di Subang
Jaya sana. Semasa dia memasukkan semula ipadnya ke dalam beg tangan, matanya
menyorot ke luar tingkap teksi. Sungai Pahang sedang dilaluinya sekarang. Satu
perasaan tiba-tiba menyentuh hatinya.
“Pak cik, tolong
berhenti,” pintanya kepada pemandu teksi itu. Dia mahu turun di sini.
“ Cik, ini bukan
tempat yang cik nak pergi,” dalih si pemandu pelik. Kereta diperlahankan dan
signal untuk berhenti di bahu jalan diberikan.
“Tak pe pak cik, saya
nak turun dekat sini. Berapa ya?” Afina malas berbahas pasal tempat tujunya.
Yang penting dia mahu turun dekat sini sekarang.
“Hmm... baiklah. Tiga
ringgit cik.”
Afina mencapai wang
bernilai sepuluh ringgit dari dompetnya kemudian dihulurkan kepada pemandu itu.
“Saya tak de duit kecil. Yang lebih tu anggap saya rezeki pak cik,” ujar Afina.
Beg pakaian dicapai lalu melangkah keluar dari perut teksi itu.
Pak cik itu mengeluh
lembut sebelum memanjat kesyukuran atas rezekinya pada petang itu. Tak sempat
bersuara gadis itu dah pun menutup pintu teksinya dan mengatur langkah menuju
ke pokok besar. Tidak lama kemudian dia memberi signal untuk masuk ke jalan
raya lalu meluncur pergi.
Beg di tangan
diletakkan di benteng tembok yang disedia ada di sepanjang sungai itu. Dia memeluk
tubuh. Rambut yang panjang tersarung topi di biarkan bebas mengurai ditiup
angin waktu petang. Tiba-tiba air matanya mengalir tanpa dipinta.
‘Di sinilah segala
kenangan suka duka aku yang terkubur hanya kerana pengkhianatan sebuah janji.’
Tutur Afina sambil memerhati kawasan air sungai yang mengalir tenang. Tempat
ini tak banyak berubah. Pokok dan batu-bata yang besar masih ada. Cuma sekarang ada wakaf di gigi
sungai dan sebuah jambatan gantung telah dibina. 12 tahun dia tinggalkan bumi Malaysia tapi
tak mampu memadamkan segala memori dicipta bersama seorang lelaki begitu saja.
Sungguh dia sangat rindu zaman silamnya.
“Kamu menangis lagi
ke?”
Lamunannya dibawa terbang bersama angin petang sebaik
terdengar suara seorang kanak-kanak lelaki. Afina terus mengalih pandangannya
pada budak itu. Dia melihat seorang budak perempuan tersendu-sendu menahan
tangisan di sebuah batu sederhana besar di hujung sana. Bila terpandang batu
besar memori lama kembali segar. Di situlah tempat dia mengadu- domba pada
seseorang yang telahh mengajarnya erti kebahagian hidup di dunia ini.
“Jangan nangis lagi, saya akan ada sentiasa untuk lindungi awak dari sebarang
masalah. percayalah,” tutur budak lelaki itu bersungguh.
Afina tersentap
kata-kata budak itu benar-benar menusuk kalbunya. Itu jugalaah kata-kata
semangat orang dicintainya selama ini.
“Haydar Firdaus.”
Ucapnya dengan penuh syahdu. Lelaki yang pernah bertahta dan tak akan mati
dalam hatinya walaupun dia bakal bergelar isteri orang nanti.
‘Di mana dia sekarang?
Masihkah dia masih menanti aku? Atau adakah dia sudah mempunyai keluarga? Aku
sangat rindukan dia…” Rintih Afina seorang diri air matanya semakin lebat
lantas disekat perlahan.
‘Tapi kenapa dia tak
datang temui aku waktu itu? Kenapa? Kalau dia datang? Kalau tak aku pasti tidak akan tinggalkan dia. Aku juga
tak jadi macam ni? Kenapa Fir? Kenapa?!’ Jerit Anne dalam hati. Dia
teresak-esak.
“Kakak… kenapa?” Tegur
seorang budak lelaki tadi. Pelik bila melihat seorang perempuan tersendu-sendu
menahan tangisan.
Afina lantas menoleh
dengan mata yang masih merah berair?
“Akak ada masalah ke?”soalnya
lagi.
Afina hanya tersenyum
kelat kemudian menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu saya
pergi dulu ya, kak? Jom Rina.” Pinta budak lelaki itu.
Afina mengangguk
perlahan-lahan. Dia memerhatikan setiap langkah budak lelaki yang berpimpingan
tangan dengan kawan perempuannya sehingga hilang dari pandangannya. Dia menatap
jam tangan di pergelangan seketika. Kemudian dia mendongak ke kaki langit. Matahari
sudah mahu terbenam. Suasana yang sungguh indah dan damai membuatkan hatinya
kembali tenang dengan ciptaan Tuhan itu. Pandangan itu selalu disaksikannya
bersama Haydar suatu ketika dahulu. Dia rindu akan saat-saat itu.
Dia mengeluh perlahan
kemudian memusingkan badannya, mencari teksi sekali lagi untuk mencari alamat
rumah ayah kandunganya. Sebaik dia menoleh ke belakang, dia baru sedar yang dia
ke seorangan di tasik itu. Waktu senja petang bertukar menjadi waktu malam
kelam. Hatinya tiba-tiba gusar. Dia sangat takutkan waktu gelap. Tidur malam
pun dia akan pasang lampu. Sebab suasana gelap membuatkan dia akan teringat
sejarah kembali menghantuinya. Dia
menyesal kerana terlalu asyik dengana keindahan sampaikan dia tidak sedar waktu
hampir senja. Dia menjadi gementar lalu mengagau telefon bimbit di beg tangan
dengan tergesa-gesa.Tindakannya itu menyebabkan telefonnya tidak dapat dicapai
oleh tangannya.
‘Kat mana telefon aku
ni? Ya Allah mana ni.’ Resahnya sendiri.
Tiba-tiba ada dua
orang pemuda yang membonceng motorsikal lalu di kawasan itu. Mereka
bersiul-siul pada Afina yang sibuk mencari ipadnya.
“Fewiiit awek cunlah.
Assalamulaikum tak jawab dosa. Boleh kenal?” Suara-suara nakal kedengaran dari
pemuda bermotor itu.
Tubuh Afina mengigil
dan terkaku sendiri. Para pemuda itu semakin menghampiri dia.
“Hai, si cantik! Nak
ke mana ni? Boleh abang hantar kan?” tanya pemuda itu dengan suara miang. Seorang
lagi ketawa terbahak-bahak. Pemuda itu tidak puas hati bila Afina tidak memberi
respon. Salah seorang dari pemuda itu memberi isyarat mata supaya memegang Afina.
Mengerti isyarat itu lelaki itu menerpa ke arah Afina lalu mengcengkam kedua
belah bahu gadis itu.
“Lepaslah!” marah Afina
kasar sambil meronta-ronta.
“Kalau tak nak?” Pemuda
itu cuba mengusik nakal.
“Tolong!Tolong!” tanpa
membuang masa Afina menjerit meminta pertolongan.
“Jeritlah sayang... Kat
sini tak de orang.Hanya kita bertiga je yang ada,” suara para pemuda itu dengan
suara galak. Tak membuang waktu mereka dengan rakus para pemuda itu mengoyak
lengan jaket Afina sehingga terdedah separuh tubunya.
Afina meronta-ronta cuba
menendang makhluk Allah yang keji itu. Tapi malangnya kaki dia telah dipegang
oleh seorang lagi pemuda. Badannya dibaringkan ke tanah.Air matanya merembas
keluar dengan laju.
“Tidak! Jangan apa-apakan
aku! Tolong!” Jerit Afina sekuat hati.
‘Ya Allah cukuplah
sekali peristiwa hitam itu aku tak mahu ia kembali lagi. Tolonglah selamatkan
aku. Tak de ke manusia yang baik hati mahu menolong aku?’ Rintih Afina di dalam
hatinya.
Haydar yang memandu
untuk pulang ke rumahnya, perasan ada dua orang pemuda cuba melakukan perbuatan
tidak senonoh waktu-waktu senja begini. ‘Ah!’ Keluhnya berat. Dia memarkir
keretanya di bahu jalan kemudian membolos keluar untuk menyelamatkan si gadis
malang itu.
“Hoi! Kamu berdua buat
apa tu?!” sergah Haydar dengan wajah serius.
Para pemuda itu terus
berpaling. “Abang Haydarlah! Jom blah!” laung salah seorang pemuda itu sambil
membuka langkah seribu. Mereka sempat mengambil beg tangan kepunyaan Afina. Dah
tak dapat tuan, beg tangan pun jadilah.
“Nak lari ke mana tu?”
Pekik Haydar cuba mengejar pemuda-muda itu. Tapi pemuda itu memecut motor
dengan lajunya. Tidak terdaya untuk dia mengejar.
“Cik okey ke?” Soal Haydar
sambil termengah sebaik mendekati gadis itu.
Afina masih mengigil
sambil memeluk badan sendiri. Haydar mengeluh lembut seraya membuka jaket
coklatnya. Dia duduk bercangkuk mahu menutupi tubuh Afina yang separuh terdedah
itu.
“Jangan sentuh saya!”
Jerit Afina bersama air mata yang masih mengalir. Dia mengesot ke belakang
sedikit.
“Okey-okey... Saya
cuma nak selamatkan awak aje. Nah, pakai jaket saya! Baju awak terkoyak tu.
Kalau nampak dekat orang nanti, lain pula jadinya,” tegas suara Haydar cuba
memujuk gadis itu.
Bahu Afina
terhenjut-henjut menahan sendu. Wajah lelaki yang baru menyelamatkan maruah
dirinya ditatap sayu. Sesaat kemudian dia mengambil jaket di tangan lelaki itu
lalu disarungkan ke tubuhnya.
“Cik tinggal dekat
mana, nanti saya tolong hantar?” Tanya Haydar seraya bangkit dari duduk.
Afina diam.
Haydar mengeluh. “Cik
tinggal dekat mana?” soal Haydar sekali lagi. Sabarnya semakin menipis.
Badannya semakin penat dan letih.
“Sudah tahu kita tu
perempuan, masih nak keluar senja-senja begini dengan pakaian sendat sana sini.
Kan dah berlaku kejadian tak elok!” Bebel Haydar. Mata masih menatap wajah sayu
itu.
“Saya bukan orang
sini.” Akhirnya Afina bersuara. “Saya datang sini nak cari ayah saya... Tak
tahu pula nak jadi macam ni. Kalau tahu… Sumpah saya tak akan singgah sini!”
sambungnya. Kedengaran agak sinis. Cuba membela diri bila terasa pemakaiannya
dikutuk oleh lelaki itu.
Haydar meraup
rambutnya ke belakang. Sesaat kemudian dia bercekak pinggang. “So sekarang cik
nak ke mana? Waktu maghrib pun dah dekat, lebih baik saya hantar cik ke tempat
yang cik nak tuju.”
“Beg tangan saya
hilang. Alamat rumah tu ada dalam tu. Telefon serta duit saya juga ada dalam
tu. Saya nak telefon diorang pun, saya tak ingat nombor,” ujar Afina separuh
sayu.
Mulut Haydar terlopong
seketika. Dia baru tersedar dua orang pemuda itu telah mengambil beg tangan
gadis yang malang di hadapannya sekarang. “Jadi cik tak tahulah nak tuju ke
mana ni?”
Afina menggeleng. Haydar
mengeluh.
“Kalau macam tu, apa
kata saya tumpangkan cik bermalam di rumah saya dulu?” Cadang Haydar.
Afina mengangguk. Anak
mata mereka bertaut seketika. Dan di saat itu juga jantung mereka berdetik.
Masing-masing kalih ke arah lain.
‘Kenapa dengan jantung
aku ni?’ Soal Haydar dalam hati.
Afina pegang dadanya. ‘Perasaan
ni datang lagi. Tapi kenapa dengan lelaki ini? Aku tak kenal dia.’
“Ehem!” Haydar
berdehem sedikit. Cuba menenangkan resahan di hatinya. “Jomlah, hari dah senja
ni.” Ajak Haydar seraya melangkah ke arah kereta vios silver miliknya.
Afina mengambil beg
pakaian dan terkonco-konco membontot lelaki di hadapanya. “Terima kasih encik.
Terima kasih kerana selamatkan saya,” ucap Afina sebaik selamat duduk di kerusi
hadapan.
Haydar yang selesai
memakai seltbeat kalih. “Tak de
apa-apa. Kalau orang lain pun pasti mereka akan buat perkara yang sama juga,”
jawab Haydar lalu menghidupkan enjin keretanya dan meluncur membelah jalan
raya.
Afina berpaling ke
sebelah kirinya sambil tersenyum kelat. “Tadi tak de sorang pun nak bantu saya
kecuali awak!”ujarnya perlahan.
“Maaf? Cik cakap apa?”
Celah Haydar tiba-tiba.
Afina kalih kemudian
menggeleng. “Nama saya Ana Diana. Nama encik?”
“Panggil aje Haydar.”
“Ha..Haydar?” Mata Afina
membuntang. Wajah lelaki itu ditatap dengan wajah penuh persoalan.
“Sebenarnya Cik Ana ni,
berpisah dengan keluarga ke? Sampaikan rumah sendiri tak kenal?”
Afina mengeluh
kemudian memeluk tubuh sendiri. “Ayah tinggalkan saya sejak kecil lagi, saya
dapat tahu yang ayah tinggal di Temerloh. Sebab itu saya ke sini. Nak satukan
keluarga kami yang lama berpisah.” Cerita Afina dengan nada sayu. Dalam hati
dah menyampah dengan ayahnya. Lelaki paling kejam. Lelaki yang sanggup jual
anak sendiri kerana harta!
“Maafkan saya. Saya
tak tahu pula cerita Cik Ana sangat menyedihkan,”
“Tak perlu minta maaf,
saya dah biasa.”
Masing-masing menyepi
melayang perasaan sehingga Haydar bersuara kembali. “Okey kita dah sampai.”
Afina pandang
sekeliling seketika. Tak lama kemudian dia menoleh kea rah Haydar. Dahinya
berkerut. Otak mula bekerja cuba mengingati sesuatu. Tempat ini seakan dekat
dengan aku. Tapi aku tak dapat nak ingat.
“Cik Ana tak nak
keluar ke?” suara Haydar. Dia kini sudah berada di luar kereta.
Afina terpinga-pinga
terus mencapai beg pakaiannya, keluar dan membontot langkah Haydar untuk masuk
ke dalam rumah. Haydar mengeluarkan gugusan anak kunci lalu membuka mangga dan
pintu rumah.
“Jemput masuklah Cik
Ana. Mak usu dan pak usu saya masa gini kat suraulah,”jemput Haydar sambil
membuka daun pintu selebar yang mungkin. Mahu mengelak dari difitnah nanti.
Afina melangkah masuk
dengan langkah perlahan-perlahan sambil tertinjau. Sungguh dia pernah ke sini. Tapi
kalau ya pun dia pernah ke sini… Apa kaitan dengan lelaki itu?
“Cik Ana bolehlah
tumpang tidur di bilik sepupu saya, mereka kerja dekat Perak sekarang,” ujar Haydar
memecahkan lamunan Afina.
“Errr… terima kasih Encik
Haydar. Maaf menyusahkan awak,” pinta Afina seraya mendekati Haydar.
Haydar beralih
sedikit. Tak betah dia berdekatan dengan gadis itu. Ada getar hebat terasa. “Masuklah
berehatlah dulu, nanti kalau ada apa-apa panggil saya dekat bilik sebelah.” Haydar
mahu masuk ke biliknya.
“Encik Haydar,”
panggil Afina tiba-tiba.
“Ya, ada apa Cik Ana?” Soal Haydar kembali. Tangan
yang mahu memulas tombol pintu tidak menjadi.
Afina gigit bibir
sendiri. Niat di hati mahu menanyakan beberapa soalan kepada lelaki itu. Tapi
lain pula yang terkeluar dari mulutnya. “Boleh tak jangan panggil saya dengan
panggilan cik. Saya tak selesa,”
“Oh, itu ke?” Haydar
gelak kecil. “Baiklah, kalau itu dah permintaan awak. Saya akan panggil nama
awak terus ya, Ana? Ana, saya pun ada permintaan yang sama juga. Saya nak Ana
panggil nama saya Haydar. Bukannya Encik Haydar. Bolehkan macam tu? Baru deal.”
Afina mengangguk
kecil. Tak jemu Afina menatap wajah yang suci dari sebarang misai mahupun
janggut itu. Sungguh tenang dan mendamaikan hati wanitanya. Perasaan itu hadir
sendiri. Tak sama ketika dia bersama Hadry. Bakal suaminya nanti.
“Dah tak de apa-apa
nak ditanyakan? Saya nak masuk mandi kemudian nak solat maghrib. Kalau Ana nak
solat kain telekung dan sejadah semua dah ada dalam tu.” Usai berkata Haydar
terus menghilang ke dalam biliknya.
Afina tersentap.
Solat? Dah lama aku tak dengar perkataan itu. Nak tunaikan pun sudah lama dia tinggal.
Dia masuk ke bilik yang sederhana besar itu. Cantik! Dekorasinya sungguh sesuai
dengan keadaan bilik itu. Keadaan bilik dipandang sehingga dia melabuh duduk di
tilam. Asyik memerhati, tiba-tiba matanya tertancap pada satu frame gambar keluarga. Terus dia bangkit
dan mendekati gambar itu.
Lama dia menatap
gambar keluarga itu dengan dahi berkerut. Tiba pada satu seoranag lelaki
separuh abad. Api kebencian terbit di hatinya. ‘Ayah! Apa kaitan dengan lelaki
tu? Siapa dia? Macamana ayah boleh ada gambar dalam keluarga ni? Siap berkopiah
lagi? Dah insaf ke orang tua tu?’
“Anne jangan risau pasal itu. Kak Ruby dah
siasat ayah Anne masih hidup. Dia sekarang tinggal di Temerloh lagi. Cuma yang
berbeza dia dah kahwin dengan seorang janda anak seorang. Alamat rumah tu Kak
Ruby akan dapatkan dengan Izue nanti. Anne bolehlah pergi cari dia untuk
mewalikan Anne. Tak pun minta izin dengan dia membenarkan Anne kahwin
berwalikan hakim nanti.” Afina teringat kata-kata Kak Ruby yang pernah
dilontorkan kepada dia seminggu yang lalu.
‘Jadi betullah apa yang Kak Ruby bagitahu.
Ayah dah ada keluarga lain. Dia nampak bahagia dalam gambar ni. Sudah terbukti
ayah betul-betul berubah dan insaf. Sampaikan aku, anak dia sendiri dilupakan.
Semuanya salah ayah aku jadi macam ni! Kenapa ayah, kenapa? Tak sangka akhirnya
aku dah jumpa dengan ayah di sini. Tak perlu lagi aku bersusah mencarinya lagi.’
Usai membersihkan badan, Afina membuka beg
pakaiannya. Dia mencapai baju tidur yang yang berlengan pendek. Seluarnya pun
pendek, atas pada lutut. Rambut yang basah dibiarkan bebas tanpa ikatan mahupun
sanggulan. Dia keluar dari bilik itu. Tiba-tiba telinga dapat menangkap satu
suara sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Sungguh menyusuk kalbunya.
Dia dapat mengagak Haydar jenis lelaki yang baik dan soleh.
Afina masuk ke ruang tamu. Sofa yang
sememangnya ada di situ dia melabuh duduk seraya menarik surat khabar di bawah
meja bulat hadapannya. Sehelai demi sehelai dibelek saja tanpa membacanya. Tak
berjaya menarik perhatiannya, dia meletakkan kembali surat khabar itu ke tempat
asalnya. Sebuah keluhan dilepaskan. Matanya melilau sekeliling. Bosan!
Matanya terpaku pada satu dompet di tepi peti
televisyen. Dia bangkit terus mengambil dompet itu. Sebelum membuka dia pandang
kiri kana takut tertangkap nanti. Keadaan selamat. Perlahan-lahan dia membuka
dompet. Kad pengenalan lelaki yang bernama Haydar Firdaus jelas tertera.
Terbeliak mata Afina sebaik nampak nama itu.
“Haydar Firdaus bin Hamdan… Dia.. Dialah
lelaki yang pernah dan tak akan pudar dalam hatiku.” Tutur Afina perlahan. Air
matanya tiba-tiba menitis. Lemah lututnya pada saat itu namun dia sempat bertongkat
pada almari cabinet itu. Dompet di tangan hampir terlepas. Afina cepat-cepat
meletakkan dompet itu kembali dan segera mengesat air mata yang sudah gugur itu
sebaik mendengar bunyi daun pintu dibuka dari dalam.
“Eh, Ana! Dah siap solat?” Soal Haydar. Dia hampir
melompat. Terkejut. Sebaik berpaling tengok-tengok gadis itu sudah ada di situ.
“Ya,” jawab Afina ringkas. Matanya dilarikan.
Tak sanggup nak berhadapan dengan lelaki itu. Lelaki yang mengajar dia erti
rasa sakitnya menanggung kerinduan. Kalau tak ingatkan rancangnya, mahu saja
dia memeluk tubuh lelaki itu. Dan berkata, Fir, Fina dah kembali!
Haydar turut kalih. Tengok keadaan Afina
sekarang boleh sakit jantung dia. Nasib baik iman ada walaupun senipis kulit
bawang . Bolehlah dia menahan sabar. “Err… Ana. Kalau saya nak minta sesuatu
boleh tak?”
“Apa?”
“Assalamualaikum!”
Tiba-tiba kedengaran ada orang memberi salam
dari luar rumah. “Fir, kenapa buka pintu luas-luas ni? Nanti nyamuk masuk.” Rupanya
Mak Usu Anis sudah balik dari surau.
Bicara Haydar terbantut. Dia terus kalih. “Mak
usu dah balik?”
“Ya. Eh! Siapa ni? Kawan kamu ke, Fir?” soal Mak
Usu Anis dengan wajah berkerut. Gadis di hadapannya dipandang dari atas hingga
ke bawah. ‘Ya Allah, budak ni! Ada ke patut berpakaian macam ni dalam rumah aku?
Tak jaga aurat langsung!’
Haydar seakan menyedari pandangan pelik dari
mak usunya. Dia terus menukar topik. Wanita
itu terus dia mendekati. “Mak usu bawa balik lauk ke?” ujar seraya
mengambil bungkusan di tangan wanita itu.
“Aah, tadi surai ada buat makan sikit, diorang
kasi sikit sorang. Ambiklah bawa ke dapur, mak usu nak masuk salin pakaian
dulu.”
Haydar mengangguk. “Ana, awak duduk sini dulu
ya? Saya nak hidangkan makanan. Nanti siap saya panggil.” Haydar berlari anak
untuk mengejar langkah mak usunya.
“Mak usu!” Panggilnya.
Mak Usu Anis tak sempat nak pegang tombol pintu
terus berpaling. “Ada apa Fir?”
Haydar mendekati lalu membisikkan sesuatu. “Macam
ni… mak usu ada pakaian yang sesuai untuk kawan saya tu?”
Mak Usu Anis berkerut sedikit kemudian dia
mengangguk. “Tunggu sekejap, nanti mak usu ambilkan.” Mak Usu Anis menghilang
dari biliknya. Beberapa minit kemudian…
“Nah, mak usu rasa baju ni sesuai kot! Jangan
nak lama Fir.” Sempat lagi Mak Usu Anis berpesan. Bungkusan lauk di tangan Haydar
diambil kembali.
“Baiklah mak usu.” Haydar tayang senyum. Tahu
sangat dengan maksud mak usunya itu. Dia mengatur langkah mendekati Afina yang
masih duduk bersahaja di sofa.
“Hmmm… Ana, maafkan saya. Boleh tak awak salin
pakaian awak tu dengan pakaian ni?”
Afina nampak blur. Haydar garu belakang
lehernya. Serba salah jadinya.
“Dekat rumah ni, ada dua orang lelaki… Saya
dan pak usu saya… Dengan pakaian awak macam ni… Saya harap awak faham.” Haydar bertutur dengan lembut.
Afina segera jatuhkan pandangan pada tubuh
badannya sendiri. ‘Seksi sangat ke? Selama kini aku pakai lebih teruk dari ini
orang tak de kata apa pun? Hmmm.. nampaknya aku dah silap masuk rumah. Ayah
sendiri pun nampak macam orang alim, jadi tak hairanlah kalau Firdaus suruh aku
tutup aurat. Nasib kaulah Afina.’
“Tukar ya? Saya pergi ke dapur dulu.” Haydar
meminta izin untuk ke dapur.
Afina tengok saja baju yang diberikan
kepadanya seketika sebelum dia menapak masuk ke bilik untuk menukar pakaian
itu.
“Fir, jelaskan pada mak usu, siapa perempuan
tu? Apa kaitan dengan Fir? Pakai baju macam tak cukup kain. Rambut pula bebas
tak bertudung. Ish, tak berkenan betul mak usu!”
“Mak usu… Jangan kuat sangat! Nanti dengan
dekat Ana, apa pula kata dia?” Haydar menegur lembut mak saudaranya.Mak Usu
Anis memcemik.
“ Fir tak kenal pun dia. Masa nak balik tadi,
Fir terjumpa dia nak kena perkosa dengan budak-budak nakal.”
“Memang patut pun nak kena! Sebab pakai baju
tak cukup benang aje,”tempelak Mak Usu Anis pantas. Mencantas cerita Haydar.
“Mak usu…”Haydar menegur.
“Iyalah. Cepatlah sambung ceritanya.” Mak Usu
Anis mengalah.
“Fir tanya dia, mana rumah dia. Fir nak tolong
hantarkan. Dia cakap dia sedang mencari ayah kandungnya yang telah tinggal dia.
Tapi beg tangan dia kena ragut oleh budak-budak tu dan alamat dan segala benda
penting ada dalam beg tangan dia. Dia tak tahu nak tuju ke mana, sebab tu Fir
bawa dia ke sini. Fir akan bawa dia ke balai nanti. Takut-takut saudara mara
dia buat laporan.”
“Laa macam tu ke? Hmmm… kesian jugak kat dia.
Tak pelah, buat masa sekarang mak usu benarkan dia tinggal di sini. Tapi mak
usu tak tipu, mak usu memang tak berkenan dengan pemakaian dia. Mak usu tak nak
Fir terpikat dengan dia pula.”
“Mak usu… ke situ pulak mak usu duk fikirkan. Hati
saya cuma ada Afina sorang aje.”
“Iyalah. Mak usu tahu. Tapi mak usu berkenan
kalau Fir dan Suria dapat bersatu nanti.” Haydar mengeluh.
Sementara di ruang tamu, Afina bosan
bersendirian. Sesekejap dia toleh kiri kanan. Tiba-tiba ada satu suara garau
memberi salam. Hatinya berdebar hebat.
“Assalamualaikum,” Pak cik Husin yang baru
dari surau terus melangkah naik ke rumahnya. Sebaik daun pintu di selak dari
luar dia terkejut kerana ada tetamu yang bertandang ke rumahnya.
Afina bangkit dengar segera. Mata mereka
saling bertautan seketika. Betul tekaan dia. Itulahlah ayahnya. Ayah yang telah
membawa dia ke lembah hinaan.
No comments:
Post a Comment