Thursday, 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia 20

Bab 20

“Izue, mana orangnya? dah lama kami tunggu ni!” marah Kak Ruby bila kelibat orang yang ditunggu-tunggu belum ada tanda mahu muncul. Dah dekat setengah jam mereka menunggu janji nak jumpa pukul 2 sekarang dan 2.30 siapa tak bengang! Lagipun perjalanan dari Subang Jaya ke Kuantan bukannya dekat.
“Sabarlah Kak Ruby, sekejap lagi dia sampailah tu,” jawab Haydarue cuba menenangkan kakak sepupunya itu. Bila melihat tiupan angin petang di Teluk Cempedak tidak berjaya menyejukkan hati Kak Ruby. Dia sendiri buntu kenapa Encik Hadry Iskandar lambat hari ini.
Afina dari tadi asyik menyisir rambutnya dengan jemari kerana tiupan angin membelai lembut rambutnya. Malas nak ambik pusing pertelingkahan dua sepupu itu. Dia kekadang tersenyum sendiri melihat telatah kanak-kanak yang seronok berlari-lari berkejaran satu sama lain.
“Anne,” panggil Kak Ruby. Afina aka Anne yang ditukar nama pada ic sejak menetap di Rusia selepas keluarga angkatnya berhijrah dari Paris lantas berpaling. Dia mengangkat keningnya sedikit.
“Tak bosan ke tunggu lama-lama. Banyak kerja kita nak urusan ni,” ngomel Kak Ruby sedikit berdecit geram.
“Sabarlah Kak Ruby, masa masih panjang. Ia baru nak bermula. Kalau dia tak datang kita boleh main air. Lagipun malam ni kita stay dekat homestay kan,” pujuk Afina.
Kak Ruby mendengus, geram. ‘Boleh pulak mereka berdua rileks. Ke aku yang tak tahan sabar?’ Gumam Kak Ruby.
“Kak Ruby, Anne itu pun Encik Hadry,” suara Haydarue sambil menunding jari ke arah seorang lelaki yang segak mengenakan kot berwarna hitam yang baru keluar dari kereta.
Afina tersenyum menyenget. Dia tiba-tiba bangkit.
“Nak ke mana Anne?” tanya Kak Ruby cuak.
Afina tidak menjawab. Tapi dia menaikkan jari telunjuknya ke mulut sambil mengenyitkan matanya sebelah lalu menapak ke arah lelaki yang baru melangkah masuk ke gerai selera Warisan. Semasa melintasi lelaki itu Afina sengaja melanggar lelaki di hadapannya itu.
“Adus1” Hadry mengaduh. Wajah gadis di hadapannya ditatap seketika.
“Maaf saya tak sengaja melanggar encik,” pohon Afina dengan lembut. Dia menundukan kepalanya sedikit. Rambutnya yang panjang turut mengurai turun dia menolak ke belakang sebaik kepalanya diangkat.
“Er…” Hadry tiba-tiba terpegun dengan keayuan wajah gadis itu.
“Hello!”Afina melambai-lambaikan tangan bila melihat Hadry tidak berkelip menatap wajahnya.
“Hah? tak pe saudari,” balas Hadry dalam gugup.
“baguslah. Hmm…kalau macam tu saya pergi dulu. Bye,” pinta Afina lalu keluar dari gerai Selera Warisan itu.
Hadry masih memerhatikan kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Seminit kemudian dia tersedar yang dia ada temu janji. Dia menggeleng sesaat sebelum mengatur langkahnya kembali.
Kak Ruby dan Haydarue yang memandang dari jauh hanya menggeleng. “Anne ni memang licik,” ngomel Kak Ruby. Haydarue di sebelah mengekek kecil.
Afina berpaling semula. Kelibat Hadry semakin dekat dengan meja yang dia duduk tadi. Perasaan akan renungkan Kak Ruby dari jauh dia senyum kemudian ibu jari diangkatkan sedikit. Sebagai tanda rancangan pertama sudah berjaya. Dia yakin lelaki yang bernama Hadry itu sudah tergoda dengan kecantikan yang ada pada dirinya. ‘Ah, lelaki semuanya sama. Pantang lihat wanita berdahi licin! Mulalah nak goyah iman.’
Afina berjalan-jalan di sekitar kawasan situ. Dia membiarkan sahaja Kak Ruby dan Haydarue berbincang dengan Hadry pasal sewa menyewa kedai butik yang bakal dibukanya. Buat masa ini dia tidak mahu munculkan diri di hadapan lelaki itu, dia mahu bermain tarik tali dahulu. Asyik berjalan matanya tertancap pada sebuah anjung. Dia tersenyum manis sebelum memanjat naik anak tangga anjung itu untuk melihat pemandangan pantai.
Pemandangan pantai di waktu petang. Dengan pasir yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat damai dan menyegarkan dapat menenangkan jiwanya. Dia asyik dengan keindahan di situ.
“Tuan, betul ke suspek duk menyorot dekat kawasan sini?” suara Uzir.
Haydar jongket bahu. “Saya pun tak pasti. Semalam orang kita cakap dia terlihat suspek berkeliaran dekat kawasan sini,” jawab Haydar. Mata melilau-lilau pandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat seorang gadis yang duduk termenung di atas anjung sana. hatinya bergetar hebat.
“Cik adik! tolong turun dari situ boleh tak? Kami berdua pula nak naik!” laung  Uzir sambil tersengih. Tuan cun!”canda Uzir seraya menyiku perut orang atasannya.
Afina yang keasyikan dengan pandangan pantai lantas menjenguk ke bawah. Kelihatan dua orang lelaki segak bert- shirt lengan pendek masing-masing berwarna hitam dan putih hitam.
“Cik tolong turun ya, kami ada sedang menjalankan tugas. Jadi kami perlukan tempat itu sekarang,”sampuk Haydar dengan nada sangat tegas dan keras saja bunyinya.
Afina mengerti lalu turun dari anjung itu. Sebaik tiba di bawah. Debaran di dada kian terasa. Afina pegang dada. Jantung mengepam tak tentu arah. Dia pelik.
“Sory ya cik, hari ini kami terpaksa booking tempat ini. Lain kali janji kami tak ganggu cik menikmati suasana pantai ini,” seloroh Uzir sambil tersengih gatal.
Afina tersedar. Sesaat kemudian senyuman manis dihulurkan. Dia mahu beredar dari situ, semasa melewati dua orang lelaki itu, dia sempat mencuri dengar perbualan di antara dua orang lelaki itu.
“Fuh, memang cantik tuan!” puji Uzir serta merta menepuk bahu lelaki itu.
“Kau jangan mengarut Uzir, kita sekarang sedang menjalankan tugas. Lagipun cantik ke perempuan yang tidak bertudung ni? Kau kena ingat esok-esok nak cari isteri kena yang bertudung. Biar mahkota dia tu milik mata kita saja bukan miliki masyarakat umum!” sindir lelaki itu pedas lalu melangkah laju meninggalkan Uzir ke belakang lalu memanjat naik ke atas.
“Tuan Haydar tunggu!” Jerit Uzir seraya berlari mengejar untuk menyaingi langkah tuannya.
Afina tersentap lantas berpaling ke belakang. “Haydar?” Sebutnya perlahan. Dia mahu mengekori dua lelaki tadi tapi… lengannya disambar oleh seseorang.
“Anne!”
Langkah Afina terbantut dia menoleh ke hadapan. “Kak Ruby… Anne…”  Afina resah. Dia mahu mencari lelaki itu. Lelaki yang bernama Haydar di anjung tapi dia tidak mahu Kak Ruby mengetahui tentang itu.
“Dah..dah jangan banyak soal. Jom balik homestay,” potong Kak Ruby sambil menarik tangan Afina.
“Hah? Hrmm… baiklah,” balas Afina perlahan. Hati masih mahu mendapatkan lelaki yang bernama Haydar itu. Dia mahu tahu sama ada lelaki itu adalah Haydar yang dia selalu ada hatinya atau bukan.

“Macamana dengan perbincangan tadi Kak Ruby?” soal Afina sebaik memuncul dari sebalik pintu bilik mandi. Tangannya ligat mengeringkan rambut yang panjang itu dengan tuala.
Kak Ruby yang asyik membaca majalah wanita terus memanggung kepala. “Semuanya baik. Tapi dia ada tanya pasal Anne,” jawabnya. Majalah di letakkan ke bawah. Badan tegak mengadap Anne.
“Kak Ruby cakap apa?” cantas Afina laju seraya melabuh di sebelah Kak Ruby.
“Amboi, ingatkan tak nak ambil tahu langsung! Tulah Kak Ruby suruh join sama dalam perbincangan tadi tak mahu. Nak main tarik tali konon. Hrmm… Anne ni macam-macam tahu,” bebel Kak Ruby.
Afina tersenyum manja. Bahu Kak Ruby dipeluk lembut. “Alah Kak Ruby ni. Mestilah, nak pikat si dia kena tarik-tarik sikit bila dah melekat senang sikit kerja Anne,” seloroh Afina membela diri sambil menyandarkan kepalanya di bahu Kak Ruby. Tawa halus kedengaran.
“Yelahlah tu. Oh, lupa! dia ada pesan sesuatu untuk Anne.”
Afina panggung kepala tiba-tiba. “Apa dia kak?” soalnya teruja.
Kak Ruby mencapai dompetnya lalu mengeluarkan sekeping kad nama. “Nah, dia suruh Anne hubungi dia kalau setuju nak berurusan dengan dia.” Kak Ruby menghulurkan kad nama itu kepada Afina.
Afina menyambut kemudian tersenyum bermakna sambil menilik kad nama itu. “Hadry Iskandar pewaris syarikat Haris Muklis Holdings,” sebutnya perlahan. Dia ada agenda dengan lelaki itu.
“Anne keluar sekejap,” pinta Afina seraya mencapai telefon bimbitnya di meja.
“Hrmm… nak buat sesuatulah tu,” sela Kak Ruby. Afina tersengih sahaja.
Sementara di kediaman Hadry, Temerloh…
Hadry masih lagi di meja kerjanya. Tugasnya sebagai wakil pemegang saham membuatkan dia sentiasa sibuk menguruskan syarikat kepunyaan arwah datuknya. Sampaikan masa untuk diri sendiri terpaksa dikorbankan. Dengan usianya sekarang dia sudah mempunyai keluarga sendiri. Bukan dia tak mahu berkahwin tapi kerana amanat yang satu itu dia harus tunaikan. Dia hanya akan menjaga dan bernikah dengan gadis bernama Dhia Afina.
Tok! Tok!
Bunyi ketukan dari luar membuatkan kerja dia terhenti seketika. “Masuk,” arahnya . Badannya disandar ke belakang kerusi, santai.
Mak cik Imah melangkah masuk dengan membawa dulang berisi secawan kopi dan sepiring biskut. “Kopi Adry ,”sua wanita tua itu.
“Terima kasih mak,” ucap Hadry. Panggilan mak kepada Mak cik Imah sejak dia kecil lagi masih lekang meluncur di bibirnya. Wanita yang paling berjasa menjaga dan mengasuh dia sejak kecil lagi sehingga dia dibawa pergi oleh papa selepas bercerai dengan mamynya.
“Masih banyak lagi ke?” soal Mak cik Imah. Dia kasihankan anak asuhannya itu. Setelah kematian Tuan Haris, Hadrylah yang bertanggungjawab atas syarikat dan menjadi ketua keluarga ini memandangkan keluarga ini tidak ada pewaris lelaki kecuali Hadry saja. Anak dan cucu-cucu yang lain hanya lepas tangan.
“Hrmm… tinggal sikit lagi nak siap. Ni kenapa mak tak tidur lagi, dah pukul 10 lebih  dah ni?” soal Hadry seraya menegakkan badannya. Cawan yang terisi air kopi dicapai lalu menyisip sedikit.
“Macam mana mak nak tidur kalau lampu bilik Adry masih bernyala,” jawab Mak cik Imah. Kerusi di hadapan Hadry ditarik kemudian dia melabuh duduk.
Hadry senyum nipis. “Mana mamy?” soalnya kembali.
Mak cik Imah mengeluh perlahan. “Waktu –waktu macam ni faham sajalah Adry.”
Hadry tersenyum kelat. Kesal dengan sikap mamynya masih lagi berlagak seperti gadis remaja. Puas dia nasihat supaya wanita itu berkahwin saja dengan mana-mana lelaki untuk mengelakkan mamanya terus terjerumus dengan aktiviti sosial yang tidak baik itu. Tapi apa dayanya. Dia hanya seorang anak.
“Adry kalau mak nak tanya boleh tak?” suara Mak cik Imah memecah kesepian.
“Apa mak?” Hadry jongket kening.
“Pasal Afina. Adry ada sebarang berita tentang dia ke? tiba-tiba hati mak rindu dekat dia,” luah Mak cik Imah perlahan.
“Hmm… macamana nak cakap ya. Buat masa sekarang memang tak de khabar berita lagi pasal dia. Mak janganlah risau, Adry dah suruh pihak polis siasat balik kes dia. Saya yakin mak tak lama lagi dia akan kembali pada kita,” jawab Hadry dengan keyakinan menebal dalam dirinya.
Di homestay, Kuantan…
Afina keluar ke balkoni. Udara malam dihirup dipanjang sebelum menghembus keluar dengan perlahan-lahan. Kad nama milik lelaki bernama Hadry ditatap seketika sebelum mendail nombor telefon kepunyaan lelaki itu. Dengan penuh debaran dia menanti panggilan itu bersambut oleh orang di sana.
Sedang berborak-borak kosong  tiba-tiba ada panggilan masuk di telefon pintas milik Hadry. Dia menatap skrin telefonnya seketika. ‘Private number.’ Guman Hadry dengan dahi berkerut sedikit.
Melihat keadaan itu Mak cik Imah meminta Hadry untuk keluar dari bilik itu. “Mak keluar dulu.”
Hadry mengangguk sebelum dia menarik simbol panggilan di skrin Ipadnya. “Hello,” sahut Hadry.
“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Hadry Iskandar tak?”
Hadry terkedu disangkakan orang non muslim yang menelefon sebab itu dia menyambut dengan hello daripada memberi salam. “Waalaikumussalam, ya saya sendiri. Siapa ni? Boleh saya bantu.” Lembut Haydar bertanya. Jiwa lelakinya bergetar sedikit. Suara pemanggil di sebelah sana mengugat imannya.
“Maaflah ganggu Encik Hadry malam-malam ni. Saya Ana Diana client awak petang tadi. Maaflah tak sempat nak jumpa awak, ada hal sikit tadi.” Afina berbohong.
“Oh, ya.  Cik Ana Diana… saya ingat. Eh, tak pelah awakkan dah hantar wakil tadi. So macam mana jadi ke nak beli kedai tu?”
“Panggil je Anne. Hmm... jadi. Petang esok kita jumpa tempat yang sama,” ujar Afina.
“Baiklah,” ucap Hadry sebelum menamatkan panggilan itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila berbicara dengan gadis yang bernama Ana Dania atau Anne itu sama seperti dengan gadis yang dia terlanggar petang tadi. Hatinya berkocak hebat.
Sebaik panggilan ditamatkan Afina tersengih sambil tangan menarik beranda balkoni. Mulutnya menyanyi kecil. Hati tatkala ini sangat gembira. Hadry bakal masuk ke jeratnya. ‘Tak lama lagi dendamku pasti terbalas,’ gerutunya.

Petang itu Afina sampai awal. Dia ditemani Izue dan juga Kak Ruby. Tapi Afina meminta agar dia dibiarkan seorang diri saja yang berjumpa dengan Hadry kerana dia ada sesuatu untuk lelaki itu. Memahami kehendak adik angkatnya Kak Ruby mengajak Izue meronda-ronda kawasan bandar Kuantan sementara hendak tunggu Afina.
Afina duduk di bangku yang berhadapan dengan pantai Teluk Cempedak itu. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan jiwanya. Dulu dia sentiasa melihat air sungai Temerloh mengalir. Setiap kali melihat sungai itu mengalir jiwanya turut tenang sama. Itulah hebatnya ciptaan Illahi.
Asyik dengan keindahan Illahi, tiba-tiba topi berjaring yang dikait tangan berwarna merah tersarung di kepalanya terkesot ke belakang sedikit akibat ditiup angin petang itu. Saat dia membaiki kedudukan topi itu dia disapa seseorang.
“Cik Anne kan? Maaf saya lambat sikit. Tiba-tiba ada mesyuarat tergempak. Lepas mesyuarat saya terus bekejar ke sini,” ujar Hadry sedikit termengah.
Afina medongkat sedikit. “Ya saya. Tak pe saya faham. Biasalahkan orang bisneskan,” jawab Afina seraya bangkit. Tangan di hulurkan kepada lelaki di hadapan untuk berjabat.
“Eh,cik…? Cik yang semalam kan?” soal Hadry dengan nada terkejut. Tangan gadis itu tidak disambut. Dia kenal gadis yang duduk di hadapannya sekarang. Gadis yang dia bantu semalam.
“Ya. Hah? semalam? kita pernah jumpa ke sebelum ini ke?” soal Afina berpura-pura tidak mengenali lelaki itu. Tangannya diheret kembali. Malu. Mungkin dah terbiasa di Negara luar balik Malaysia pun dia tak teragak-agak menghulurkan tangan untuk dijabat tak kira pada sesiapa.
“Semalam.. Cik Anne ingat tak?” Hadry cuba mengingatkan gadis di hadapan tentang peristiwa yang berlaku semalam di antara mereka.
Afina menatap wajah Hadry dengan wajah berkerut kemudian dia mengangguk. “Oh, ya. Semalam… Hmm… terima kasih ya.” Afina berbasa-basi.
Hadry mengambil tempat di sebelah Afina. Dalam hatinya perasaan berdebar-debar yang sukar untuk dia taksirkan datang secara tiba-tiba. ‘Apakah perasaan itu,’ Hadry bertutur sendiri.



Aku Ingin Bahagia 19

Bab 19

Penerbangan dari Rusia ke Malaysia sangat memenatkan. Turun dari flight terus dia mengatur langkah untuk keluar dari situ. Secarik senyuman kegembiraan terukir di bibir munggilnya. Tidak sabar rasa mahu menghirup udara di bumi Malaysia selepas 10 tahun menetap di rusia.
‘Malaysia aku sudah kembali!’ jerit batinnya. Pandangan didonggakkan ke atas. Memandang sang mentari pagi menyinari kehidupan. Di bawah matahari yang sama di atas bumi yang sama. Cuma terpijat di tanah yang berbeza.
“Anne.”  Panggil satu suara dari belakang sambil menolak sebuah troli yang dipenuhi beg pakaian. Sebaik selesai menuntut bagasi tali penghubung bagasi.
Dia berpaling ke belakang kemudian tersengih. “Sory Kak Ruby, Anne terlupa tentang barang-barang kita, excited punya pasal.” ujarnya memohon maaf. Dia mengatur langkah mendekati kakak angkatnya itu sambil memeluk lalu menyandar sedikit dibahu gadis itu.
“Kak Ruby faham, yelahkan dah lama tinggal dekat Rusia mana tak rindu kot,” canda Kak Ruby sambil tersengih.
“Hrm… Kak Ruby,Anne… Anne rindu mama dan papa…”ucap dia pilu. Tiba-tiba teringatkan sepasang suami isteri yang begitu mulia sanggup menjadikan dia sebagai anak angkat lalu di bawa ke Paris kemudian ke Rusia meninggalkan Malaysia.
“Kak Ruby pun sama, harap-harap roh mereka damai di alam sana,” celah Kak Ruby, turut sebak sama.
Dia mengeratkan lagi pelukkan itu. Masing-masing menitiskan air mata.
“Anne,”  panggil Rubiah atau Kak Ruby ketika mereka di dalam perut teksi untuk menuju ke rumah saudara Kak Ruby di Subang Jaya.
Dia yang asyik mengamati pemandangan sekitar jalan untuk keluar dari KLIA, memalingkan badannya, mengadap Kak Ruby. “Ada apa kak?”
“Anne memang nak teruskan rancangan, yang Anne rancang sebelum kita balik ke sini ke?” Soal Kak Ruby sambil menatap wajah adik angkatnya itu. Pakaian penuh bergaya dengan rambut bebas mengurai tanpa alas di kepala. Sesuai dengan pekerjaannya dia sekarang. Seorang model sambilan dan pereka pakaian.
Dia tersenyum nipis sebelum bersuara. “Ya kak, dendam saya baru nak bermula. Pulang ke Malaysia adalah matlamat saya untuk membalas dendam terhadap keluarganya. Siapa sangka cucunya boleh jadi terkenal hingga penuh pasal kejayaan dia terpapar di internet. Nasib menyebelahi kita Kak Ruby,” tuturnya dengan wajah sinis.
“Anne tak risau ke kalau-kalau mereka dapat tahu identiti Anne yang sebenarnya?” duga Kak Ruby.
“Mustahil kak. Anne sekarang bukan seperti dulu, seorang remaja berusia 15 tahun. Sekarang Anne dah masuk 27 tahun, bukan lagi perempuan simpanan sesiapa mahupun anak kepada kaki judi dan bekas pelacur. Sekarang Anne anak kepada mama dan papa dan juga adik kepada Kak Rubiah,” jawab dia penuh dengan keyakinan.
“Hrm… kak faham Anne. Ini rahsia antara kita. Kak ruby akan selalu sokong Anne dari belakang,” ujar Kak Ruby. Tangan dia diraih lalu digenggam seerat memberi kekuatan kepada dia.
“Merci, vous aimer,” tutur dia dalam bahasa Perancis yang bermaksud ‘terima kasih sayangku’ sambil tersenyum.
“Oh, ya Anne, pasal lelaki jutawan muda bernama Hadry Iskandar tu. Kak Ruby dah upah sesorang untuk selidik latar belakangnya.”
“Hah?” Dia terkejut sedikit.
“Betul kata Anne, dia memang cucu lelaki tua itu. Dia semakin giat memperluaskan Syarikat Hartanahnya sekarang selain pengurusan Syarikat Kenderaan. Baru-baru ini dia membuat projek sewaan di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indra Mahkota, Kuantan. Jadi Kak Ruby dah suruh Haydarue urusan kontrak sewa beli untuk kedai butik seperti yang Anne mahukan. Esok pagi-pagi kita akan turun ke Kuantan untuk urusan itu, macam mana?” soal Kak Ruby sambil menanti jawapan dari adik angkatnya itu.
Dia senyap sesaat. “Anne ikut Kak Ruby je, yang pasti Anne mahu dia jatuh ke tangan Anne secepat mungkin. Tak dapat nak balas dendam dekat si atuk balas dendam pada si cucu pun dah kira terlunas juga,”ujar dia sambil tergelak kecil.
“Anne serius?” soal Kak Ruby, masih ragu-ragu.
“Ya Kak Ruby, Anne tak main-main. Anne akan goda dia sampai dia tergoda. Dulu si datuk tua pun tak menahan tengok Anne padahal baru 15 tahun. Ni kan pula Anne dah berubah lagi senang nak goda cucunya.  Lepas tu Anne nak ajak dia kahwin, senang untuk Anne seksa dia, seksa family seperti mana family dia buat Anne dulu.” Wajah si dia tiba-tiba berubah menjadi memek jahat.
Kak Ruby diam seketika.
“Oh, ya dia belum kahwin lagi kan?” si dia bertanya.
Kak Ruby menggeleng. Dia tersenyum herot.
“Anne sanggup korbankan kesetiaan cinta yang Anne semat di hati selama 12 tahun itu, semata-mata mahu membalas dendam kepada seorang lelaki tua sudah telah meninggal?” duga Kak Ruby pula, masih menatap wajah adik angkatnya itu yang tampak tenang.
“Ah, kak Ruby hanya Anne saja yang setia pada dia. Tengok sekarang mana pernah dia cari Anne. Entah hidup entah mati dia Anne pun tak tahu,” tempelak dia tiba-tiba sakit hati bila dibangkitkan soal cinta masa remajanya yang tidak kesampaian.
Kak Ruby kembali membisu. Pandangannya tetap setia pada adik angkatnya. ‘ Begitu hebat penangan dendam sampaikan Anne sanggup korbankan dirinya demi balas dendam. Kak Ruby harap Anne dapat hidup bahagia selepas semuanya berakhir. Sepanjang hidup dengan Anne, Kak Ruby tak pernah melihat senyuman kegembiraan di wajahmu Anne.’
Dia bersandar ke belakang sedikit sambil memejamkan kedua belah matanya. Melepaskan lelah yang masih berbaki. Memori silam menerjah ke benak fikiran dikala itu….
“Adik..adik tak de apa-apa ke?” Soal seorang seorang perempuan dengan nada cemas.
Dia membuka mata dengan berat. Kepalanya sakit dan berdenyut. Dia menyentuh dahinya yang berbalut.
“Maafkan pak cik nak. Masanak belok pak cik tak nampak tiba-tiba kelibat anak muncul depan kereta pak cik.  Nasib baik pak cik sempat nak brek kalau tak memang nahas kamu.” Suara seorang lelaki di sebelah perempuan itu.
Dia hanya mendengar kepalanya masih lagi bengong untuk mengingati peristiwa yang menimpa dirinya. “Saya dekat mana ni?”
“Adik dekat hospital, ada nombor telefon ayah atau ibu tak? Nanti boleh kami hubungi mereka untuk datang jemput adik,” tanya Puan Husna isteri kepada lelaki yang melanggar budak perempuan itu.
Dia tiba-tiba menjerit. Dipegang lengan Puan Husna itu sekuat hati. “Tak nak! Tolong..tolong jangan hantar saya ke rumah itu lagi, saya tak mahu…tak mahu…”rayunya sambil meraung-raung.
“Sabar dik, ya. Mak cik dan pak cik janji tak akan hantar adik ke sana,” pujuk Puan Husna dengan mata melirik ke arah suaminya Encik Rozman. Lelaki itu mengangguk saja.
Puan Husna menarik suaminya keluar dari wad itu sebaik budak itu terlena selepas diberi suntikan penenang.
“Abang, saya kesiankan budak tu. Ini mesti kes dera kalau tak dia tak akan jadi macam tu,” ujar Puan Husna sebak.
“Hrm… abang tak tahu. Nampak fHaydarikalnya memang ya, lebam sana-sini mustahil itu kesan dari langgar tadi. Lagipun abang sempat brek ketika dia muncul tiba-tiba,” ucap Encik Rozman pula sambil melurut janggut segemput.
Puan Husna masih memerhati sekujur tubuh yang terlena itu. Naluri keibuan sangat kasihankan anak itu. Bila dilihat budak itu dia tiba-tiba terkenangan arwah anak lelakinya yang mati akibat demam panas. Jadi setiap tahun pada tarikh ini dia dan suami akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi kubur anak lelakinya itu.
“Abang, kita bela dia,” suara Puan Husna tiba-tiba.
“Apa awak cakap?” maksud awak nak bela dia dan bawak di ke Perancis? sayang kita tak tahu siapa dia. Mungkin dia masih anak keluarga yang sedang mencari dia sekarang?” bantah Encik Rozman lembut.
Puan Husna memandang wajah suaminya dengan redup. “Bila tengok dia, saya tiba-tiba teringatkan Haikal abang,” rengeknya.
Encik Rozman tidak mampu berkata apa-apa dia meraih isteri tercinta ke dalam pelukan.
“Adik, makan sikit ya?” Puan Husna meyua makanan kepada budak itu sebaik dia sedar.
Budak itu membuka mulutnya sedikit dan mengunyah perlahan-lahan dengan mata masih tidak berganjak memandang wajah Puan Husna.
Puan Husna mengelus rambut gadis itu dengan penuh kelembutan. “Adik nama apa?”
Gadis itu menggeleng.
“Adik tak de nama?” Soal Puan Husna lagi, pelik tak akanlah budak ini hilang ingatan pula.
“Ada, tapi saya tak suka nama saya,” jawab dia dalam sebak.
“Kenapa, sayang?” pujuk Puan Husna.
Budak gadis itu tersentuh bila dia dipanggil sayang. Dia terkenangan ibunya. Belaian ibu, suapan ibu dan semua tentang ibunya terbayang di kaca matanya. Tapi bila bayangan ayah si kaki penjudi dan lelaki miang mengambil alih. Dia menjerit. “Arggh!”
“Kenapa dik?” Puan Husna bangkit lalu memeluk tubuh gadis itu.
“Fina benci ayah! Benci Tuan Haris! mereka kejam! Mereka seksa Fina. Mereka paksa ibu jadi pelacur sampai mak mati…”jerit Afina tersendu-sendu.
Encik Rozman yang mahu masuk ke wad tersentak. “Kenapa sayang? Kenapa dengan budak tu?” soalnya cemas.
Puan Husna memalingkan muka ke arah suami. Dia mengangkat jari telunjuk dan diletak ke bibirnya sebagai isyarat suaminya diam.
“Sabar, Fina. Mak cik ada disamping Fina,”  pujuk Puan Husna. Dia tahu budak itu bernama Fina dan dia juga yakin bahawa Fina mengalami gangguan emosi. Atau mengalami trauma.
“Abang dah buat report pasal budak ini, jadi pihak polis akan urusan pasal dia. Jadi petang nanti bolehlah kita bertolak ke Paris.
“Abang…” ujar Puan Husna meleret.
“Sayang, jangan macam ni kerja kita di sana banyak yang tertangguh. Lagipun kita masih ada anak kita di sana. Abang dah beli tiket malam nanti kita bertolak,” bantah Encik Rozman. Dia tahu kehendak isterinya itu.
Puan Husna memandang ke arah Afina yang sudah terlena. “Bagi masa untuk saya menatap wajah dia sekejap abang, tolonglah…” rayunya.
“Baiklah abang tunggu dekat luar.”
Puan Husna mengelus pipi Afina. Berkali-kali dikucup dahi gadis itu. “Selamat tinggal Fina, semoga kita dapat berjumpa lagi,” ujar Puan Husna pilu. Dek tak tahan mahu menitis air mata dia lantas bangkit dan menuju ke pintu.
Sebaik Puan Husna mahu memulas pintu tombal, Afina membuka mata lalu menyeru. “Mak cik…”
Puan Husna berpaling semula.
“Mak cik nak tinggalkan Fina ke?” soal Afina, dia bangkit dan menyandarkan badannya pada kepala katil.
Puan Husna membisu. Berat hatinya untuk meninggalkan gadis itu. tangisan ditahan sehingga bahunya terangkat-angkat.
“Mak cik cakap mak cik akan sentiasa berada di sisi Fina. Habis tu kenapa mak cik nak tinggalkan Fina?” Polos saja pertanyaan Afina.
Puan Husna tidak dapat menahan tangisannya dia terus berlari mendapatkan afina lalu memeluk tubuh kecil itu. “Mak cik sayangkan kamu… sayang sangat,” luah Puan Husna seolah sudah lama kenal dengan Afina.
“Mak cik, Fina nak ikut mak cik. Dekat sini Fina dah tak de siapa-siapa. Bolehkan mak cik?” pinta Afina.
“Boleh. Fina akan ikut mak cik. Fina akan jadi anak mama.”
“Mama..mama….” dia tiba-tiba meracau.
“Anne!Anne!” panggil Kak Ruby sambil mengoncang lembut bahu adik angkatnya. “Anne okey tak ni?” soal Kak Ruby lagi. Pipi gadis itu ditampar lembut.
Dia tersedar lalu meraup wajah berkali-kali. “Ya Allah! Anne mimpi papa dan mama,” suara dia.
“Hrm… Sudahlah tu kita dah sampai jom turun,” ujar Kak Ruby seraya membolos keluar dari perut teksi.
Dia mengangguk kemudian membontot turun.
Semasa dia mengatur langkah untuk naik ke apartment sepupu Kak Ruby dia ternampak seorang wanita tua yang buta sambil meriba anak kecil meminta sedekah. Tiba-tiba air matanya menitis.
‘Dulu aku dan mak seperti itu juga.’ Desisnya.
Dia mengeluarkan duit dua keping yang bernot seratus ringgit dari dompetnya lalu diletakkan ke dalam tangan wanita itu. Sebaik dia mahu memasukkan dompetnya kembali tiba-tiba ada sekumpulan kanak-kanak telah melanggar tubuhnya meyebabkan dompet di tangan terjatuh.

Dia mahu mencapai dompetnya kembali tatkala itu juga gambar yang tersimpan semat di dompet itu terkeluar lalu dicapai gambar itu. Dia menatap gamabr yang berusia 12 tahun itu dengan linangan air mata. “Fir …Fina rindu Fir. Dekat mana Fir sekarang? Masihkan Fir merindui Fina…”Rintih gadis itu. Dulu yang dipanggil Afina sekarang dipanggil Anne.