Penerbangan dari Rusia ke Malaysia
sangat memenatkan. Turun dari flight terus dia mengatur langkah untuk
keluar dari situ. Secarik senyuman kegembiraan terukir di bibir munggilnya. Tidak
sabar rasa mahu menghirup udara di bumi Malaysia selepas 10 tahun menetap di
rusia.
‘Malaysia
aku sudah kembali!’ jerit batinnya. Pandangan didonggakkan ke atas. Memandang
sang mentari pagi menyinari kehidupan. Di bawah matahari yang sama di atas bumi
yang sama. Cuma terpijat di tanah yang berbeza.
“Anne.” Panggil satu suara dari belakang sambil
menolak sebuah troli yang dipenuhi beg pakaian. Sebaik selesai menuntut bagasi tali penghubung bagasi.
Dia
berpaling ke belakang kemudian tersengih. “Sory Kak Ruby, Anne terlupa tentang
barang-barang kita, excited punya pasal.” ujarnya memohon maaf. Dia
mengatur langkah mendekati kakak angkatnya itu sambil memeluk lalu menyandar
sedikit dibahu gadis itu.
“Kak
Ruby faham, yelahkan dah lama tinggal dekat Rusia mana tak rindu kot,” canda
Kak Ruby sambil tersengih.
“Hrm…
Kak Ruby,Anne… Anne rindu mama dan papa…”ucap dia pilu. Tiba-tiba teringatkan
sepasang suami isteri yang begitu mulia sanggup menjadikan dia sebagai anak
angkat lalu di bawa ke Paris kemudian ke Rusia meninggalkan Malaysia.
“Kak
Ruby pun sama, harap-harap roh mereka damai di alam sana,” celah Kak Ruby,
turut sebak sama.
Dia
mengeratkan lagi pelukkan itu. Masing-masing menitiskan air mata.
“Anne,” panggil Rubiah atau Kak Ruby ketika mereka di
dalam perut teksi untuk menuju ke rumah saudara Kak Ruby di Subang Jaya.
Dia
yang asyik mengamati pemandangan sekitar jalan untuk keluar dari KLIA,
memalingkan badannya, mengadap Kak Ruby. “Ada apa kak?”
“Anne
memang nak teruskan rancangan, yang Anne rancang sebelum kita balik ke sini
ke?” Soal Kak Ruby sambil menatap wajah adik angkatnya itu. Pakaian penuh
bergaya dengan rambut bebas mengurai tanpa alas di kepala. Sesuai dengan
pekerjaannya dia sekarang. Seorang model sambilan dan pereka pakaian.
Dia
tersenyum nipis sebelum bersuara. “Ya kak, dendam saya baru nak bermula. Pulang
ke Malaysia adalah matlamat saya untuk membalas dendam terhadap keluarganya.
Siapa sangka cucunya boleh jadi terkenal hingga penuh pasal kejayaan dia
terpapar di internet. Nasib menyebelahi kita Kak Ruby,” tuturnya dengan wajah
sinis.
“Anne
tak risau ke kalau-kalau mereka dapat tahu identiti Anne yang sebenarnya?” duga
Kak Ruby.
“Mustahil
kak. Anne sekarang bukan seperti dulu, seorang remaja berusia 15 tahun.
Sekarang Anne dah masuk 27 tahun, bukan lagi perempuan simpanan sesiapa mahupun
anak kepada kaki judi dan bekas pelacur. Sekarang Anne anak kepada mama dan
papa dan juga adik kepada Kak Rubiah,” jawab dia penuh dengan keyakinan.
“Hrm…
kak faham Anne. Ini rahsia antara kita. Kak ruby akan selalu sokong Anne dari
belakang,” ujar Kak Ruby. Tangan dia diraih lalu digenggam seerat memberi
kekuatan kepada dia.
“Merci, vous aimer,” tutur dia dalam bahasa Perancis
yang bermaksud ‘terima kasih sayangku’ sambil tersenyum.
“Oh,
ya Anne, pasal lelaki jutawan muda bernama Hadry Iskandar tu. Kak Ruby dah upah
sesorang untuk selidik latar belakangnya.”
“Hah?”
Dia terkejut sedikit.
“Betul
kata Anne, dia memang cucu lelaki tua itu. Dia semakin giat memperluaskan
Syarikat Hartanahnya sekarang selain pengurusan Syarikat Kenderaan. Baru-baru
ini dia membuat projek sewaan di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indra
Mahkota, Kuantan. Jadi Kak Ruby dah suruh Haydarue urusan kontrak sewa beli
untuk kedai butik seperti yang Anne mahukan. Esok pagi-pagi kita akan turun ke
Kuantan untuk urusan itu, macam mana?” soal Kak Ruby sambil menanti jawapan
dari adik angkatnya itu.
Dia
senyap sesaat. “Anne ikut Kak Ruby je, yang pasti Anne mahu dia jatuh ke tangan
Anne secepat mungkin. Tak dapat nak balas dendam dekat si atuk balas dendam
pada si cucu pun dah kira terlunas juga,”ujar dia sambil tergelak kecil.
“Anne
serius?” soal Kak Ruby, masih ragu-ragu.
“Ya
Kak Ruby, Anne tak main-main. Anne akan goda dia sampai dia tergoda. Dulu si
datuk tua pun tak menahan tengok Anne padahal baru 15 tahun. Ni kan pula Anne
dah berubah lagi senang nak goda cucunya. Lepas tu Anne nak ajak dia kahwin, senang
untuk Anne seksa dia, seksa family seperti mana family dia buat Anne dulu.”
Wajah si dia tiba-tiba berubah menjadi memek jahat.
Kak
Ruby diam seketika.
“Oh,
ya dia belum kahwin lagi kan?” si dia bertanya.
Kak
Ruby menggeleng. Dia tersenyum herot.
“Anne
sanggup korbankan kesetiaan cinta yang Anne semat di hati selama 12 tahun itu,
semata-mata mahu membalas dendam kepada seorang lelaki tua sudah telah meninggal?”
duga Kak Ruby pula, masih menatap wajah adik angkatnya itu yang tampak tenang.
“Ah,
kak Ruby hanya Anne saja yang setia pada dia. Tengok sekarang mana pernah dia
cari Anne. Entah hidup entah mati dia Anne pun tak tahu,” tempelak dia
tiba-tiba sakit hati bila dibangkitkan soal cinta masa remajanya yang tidak
kesampaian.
Kak
Ruby kembali membisu. Pandangannya tetap setia pada adik angkatnya. ‘ Begitu
hebat penangan dendam sampaikan Anne sanggup korbankan dirinya demi balas
dendam. Kak Ruby harap Anne dapat hidup bahagia selepas semuanya berakhir.
Sepanjang hidup dengan Anne, Kak Ruby tak pernah melihat senyuman kegembiraan
di wajahmu Anne.’
Dia
bersandar ke belakang sedikit sambil memejamkan kedua belah matanya. Melepaskan
lelah yang masih berbaki. Memori silam menerjah ke benak fikiran dikala itu….
“Adik..adik
tak de apa-apa ke?” Soal seorang seorang perempuan dengan nada cemas.
Dia
membuka mata dengan berat. Kepalanya sakit dan berdenyut. Dia menyentuh dahinya
yang berbalut.
“Maafkan
pak cik nak. Masanak belok pak cik tak nampak tiba-tiba kelibat anak muncul
depan kereta pak cik. Nasib baik pak cik
sempat nak brek kalau tak memang nahas kamu.” Suara seorang lelaki di
sebelah perempuan itu.
Dia
hanya mendengar kepalanya masih lagi bengong untuk mengingati peristiwa yang
menimpa dirinya. “Saya dekat mana ni?”
“Adik
dekat hospital, ada nombor telefon ayah atau ibu tak? Nanti boleh kami hubungi
mereka untuk datang jemput adik,” tanya Puan Husna isteri kepada lelaki yang
melanggar budak perempuan itu.
Dia
tiba-tiba menjerit. Dipegang lengan Puan Husna itu sekuat hati. “Tak nak!
Tolong..tolong jangan hantar saya ke rumah itu lagi, saya tak mahu…tak
mahu…”rayunya sambil meraung-raung.
“Sabar
dik, ya. Mak cik dan pak cik janji tak akan hantar adik ke sana,” pujuk Puan
Husna dengan mata melirik ke arah suaminya Encik Rozman. Lelaki itu mengangguk
saja.
Puan
Husna menarik suaminya keluar dari wad itu sebaik budak itu terlena selepas
diberi suntikan penenang.
“Abang,
saya kesiankan budak tu. Ini mesti kes dera kalau tak dia tak akan jadi macam
tu,” ujar Puan Husna sebak.
“Hrm…
abang tak tahu. Nampak fHaydarikalnya memang ya, lebam sana-sini mustahil itu
kesan dari langgar tadi. Lagipun abang sempat brek ketika dia muncul
tiba-tiba,” ucap Encik Rozman pula sambil melurut janggut segemput.
Puan
Husna masih memerhati sekujur tubuh yang terlena itu. Naluri keibuan sangat
kasihankan anak itu. Bila dilihat budak itu dia tiba-tiba terkenangan arwah
anak lelakinya yang mati akibat demam panas. Jadi setiap tahun pada tarikh ini dia
dan suami akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi kubur anak lelakinya itu.
“Abang,
kita bela dia,” suara Puan Husna tiba-tiba.
“Apa
awak cakap?” maksud awak nak bela dia dan bawak di ke Perancis? sayang kita tak
tahu siapa dia. Mungkin dia masih anak keluarga yang sedang mencari dia
sekarang?” bantah Encik Rozman lembut.
Puan
Husna memandang wajah suaminya dengan redup. “Bila tengok dia, saya tiba-tiba
teringatkan Haikal abang,” rengeknya.
Encik
Rozman tidak mampu berkata apa-apa dia meraih isteri tercinta ke dalam pelukan.
“Adik,
makan sikit ya?” Puan Husna meyua makanan kepada budak itu sebaik dia sedar.
Budak
itu membuka mulutnya sedikit dan mengunyah perlahan-lahan dengan mata masih
tidak berganjak memandang wajah Puan Husna.
Puan
Husna mengelus rambut gadis itu dengan penuh kelembutan. “Adik nama apa?”
Gadis
itu menggeleng.
“Adik
tak de nama?” Soal Puan Husna lagi, pelik tak akanlah budak ini hilang ingatan
pula.
“Ada,
tapi saya tak suka nama saya,” jawab dia dalam sebak.
“Kenapa,
sayang?” pujuk Puan Husna.
Budak
gadis itu tersentuh bila dia dipanggil sayang. Dia terkenangan ibunya. Belaian
ibu, suapan ibu dan semua tentang ibunya terbayang di kaca matanya. Tapi bila
bayangan ayah si kaki penjudi dan lelaki miang mengambil alih. Dia menjerit.
“Arggh!”
“Kenapa
dik?” Puan Husna bangkit lalu memeluk tubuh gadis itu.
“Fina
benci ayah! Benci Tuan Haris! mereka kejam! Mereka seksa Fina. Mereka paksa ibu
jadi pelacur sampai mak mati…”jerit Afina tersendu-sendu.
Encik
Rozman yang mahu masuk ke wad tersentak. “Kenapa sayang? Kenapa dengan budak
tu?” soalnya cemas.
Puan
Husna memalingkan muka ke arah suami. Dia mengangkat jari telunjuk dan diletak
ke bibirnya sebagai isyarat suaminya diam.
“Sabar,
Fina. Mak cik ada disamping Fina,” pujuk
Puan Husna. Dia tahu budak itu bernama Fina dan dia juga yakin bahawa Fina
mengalami gangguan emosi. Atau mengalami trauma.
“Abang
dah buat report pasal budak ini, jadi pihak polis akan urusan pasal dia. Jadi
petang nanti bolehlah kita bertolak ke Paris.
“Abang…”
ujar Puan Husna meleret.
“Sayang,
jangan macam ni kerja kita di sana banyak yang tertangguh. Lagipun kita masih
ada anak kita di sana. Abang dah beli tiket malam nanti kita bertolak,” bantah
Encik Rozman. Dia tahu kehendak isterinya itu.
Puan
Husna memandang ke arah Afina yang sudah terlena. “Bagi masa untuk saya menatap
wajah dia sekejap abang, tolonglah…” rayunya.
“Baiklah
abang tunggu dekat luar.”
Puan
Husna mengelus pipi Afina. Berkali-kali dikucup dahi gadis itu. “Selamat
tinggal Fina, semoga kita dapat berjumpa lagi,” ujar Puan Husna pilu. Dek tak
tahan mahu menitis air mata dia lantas bangkit dan menuju ke pintu.
Sebaik
Puan Husna mahu memulas pintu tombal, Afina membuka mata lalu menyeru. “Mak
cik…”
Puan
Husna berpaling semula.
“Mak
cik nak tinggalkan Fina ke?” soal Afina, dia bangkit dan menyandarkan badannya
pada kepala katil.
Puan
Husna membisu. Berat hatinya untuk meninggalkan gadis itu. tangisan ditahan
sehingga bahunya terangkat-angkat.
“Mak
cik cakap mak cik akan sentiasa berada di sisi Fina. Habis tu kenapa mak cik
nak tinggalkan Fina?” Polos saja pertanyaan Afina.
Puan
Husna tidak dapat menahan tangisannya dia terus berlari mendapatkan afina lalu
memeluk tubuh kecil itu. “Mak cik sayangkan kamu… sayang sangat,” luah Puan
Husna seolah sudah lama kenal dengan Afina.
“Mak
cik, Fina nak ikut mak cik. Dekat sini Fina dah tak de siapa-siapa. Bolehkan
mak cik?” pinta Afina.
“Boleh.
Fina akan ikut mak cik. Fina akan jadi anak mama.”
“Mama..mama….”
dia tiba-tiba meracau.
“Anne!Anne!”
panggil Kak Ruby sambil mengoncang lembut bahu adik angkatnya. “Anne okey tak
ni?” soal Kak Ruby lagi. Pipi gadis itu ditampar lembut.
Dia
tersedar lalu meraup wajah berkali-kali. “Ya Allah! Anne mimpi papa dan mama,”
suara dia.
“Hrm…
Sudahlah tu kita dah sampai jom turun,” ujar Kak Ruby seraya membolos keluar
dari perut teksi.
Dia
mengangguk kemudian membontot turun.
Semasa
dia mengatur langkah untuk naik ke apartment sepupu Kak Ruby dia ternampak
seorang wanita tua yang buta sambil meriba anak kecil meminta sedekah.
Tiba-tiba air matanya menitis.
‘Dulu
aku dan mak seperti itu juga.’ Desisnya.
Dia
mengeluarkan duit dua keping yang bernot seratus ringgit dari dompetnya lalu diletakkan
ke dalam tangan wanita itu. Sebaik dia mahu memasukkan dompetnya kembali
tiba-tiba ada sekumpulan kanak-kanak telah melanggar tubuhnya meyebabkan dompet
di tangan terjatuh.
Dia
mahu mencapai dompetnya kembali tatkala itu juga gambar yang tersimpan semat di
dompet itu terkeluar lalu dicapai gambar itu. Dia menatap gamabr yang berusia 12
tahun itu dengan linangan air mata. “Fir …Fina rindu Fir. Dekat mana Fir
sekarang? Masihkan Fir merindui Fina…”Rintih gadis itu. Dulu yang dipanggil
Afina sekarang dipanggil Anne.
No comments:
Post a Comment