“Izue, mana
orangnya? dah lama kami tunggu ni!” marah Kak Ruby bila kelibat orang yang ditunggu-tunggu
belum ada tanda mahu muncul. Dah dekat setengah jam mereka menunggu janji nak
jumpa pukul 2 sekarang dan 2.30 siapa tak bengang! Lagipun perjalanan dari Subang
Jaya ke Kuantan bukannya dekat.
“Sabarlah
Kak Ruby, sekejap lagi dia sampailah tu,” jawab Haydarue cuba menenangkan kakak
sepupunya itu. Bila melihat tiupan angin petang di Teluk Cempedak tidak berjaya
menyejukkan hati Kak Ruby. Dia sendiri buntu kenapa Encik Hadry Iskandar lambat
hari ini.
Afina
dari tadi asyik menyisir rambutnya dengan jemari kerana tiupan angin membelai
lembut rambutnya. Malas nak ambik pusing pertelingkahan dua sepupu itu. Dia
kekadang tersenyum sendiri melihat telatah kanak-kanak yang seronok
berlari-lari berkejaran satu sama lain.
“Anne,”
panggil Kak Ruby. Afina aka Anne yang ditukar nama pada ic sejak menetap di Rusia
selepas keluarga angkatnya berhijrah dari Paris lantas berpaling. Dia
mengangkat keningnya sedikit.
“Tak
bosan ke tunggu lama-lama. Banyak kerja kita nak urusan ni,” ngomel Kak Ruby
sedikit berdecit geram.
“Sabarlah
Kak Ruby, masa masih panjang. Ia baru nak bermula. Kalau dia tak datang kita
boleh main air. Lagipun malam ni kita stay dekat homestay kan,” pujuk
Afina.
Kak
Ruby mendengus, geram. ‘Boleh pulak mereka berdua rileks. Ke aku yang tak tahan
sabar?’ Gumam Kak Ruby.
“Kak
Ruby, Anne itu pun Encik Hadry,” suara Haydarue sambil menunding jari ke arah
seorang lelaki yang segak mengenakan kot berwarna hitam yang baru keluar dari
kereta.
Afina
tersenyum menyenget. Dia tiba-tiba bangkit.
“Nak
ke mana Anne?” tanya Kak Ruby cuak.
Afina
tidak menjawab. Tapi dia menaikkan jari telunjuknya ke mulut sambil
mengenyitkan matanya sebelah lalu menapak ke arah lelaki yang baru melangkah
masuk ke gerai selera Warisan. Semasa melintasi lelaki itu Afina sengaja melanggar
lelaki di hadapannya itu.
“Adus1”
Hadry mengaduh. Wajah gadis di hadapannya ditatap seketika.
“Maaf
saya tak sengaja melanggar encik,” pohon Afina dengan lembut. Dia menundukan
kepalanya sedikit. Rambutnya yang panjang turut mengurai turun dia menolak ke
belakang sebaik kepalanya diangkat.
“Er…”
Hadry tiba-tiba terpegun dengan keayuan wajah gadis itu.
“Hello!”Afina
melambai-lambaikan tangan bila melihat Hadry tidak berkelip menatap wajahnya.
“Hah?
tak pe saudari,” balas Hadry dalam gugup.
“baguslah.
Hmm…kalau macam tu saya pergi dulu. Bye,” pinta Afina lalu keluar dari gerai Selera
Warisan itu.
Hadry
masih memerhatikan kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Seminit
kemudian dia tersedar yang dia ada temu janji. Dia menggeleng sesaat sebelum mengatur
langkahnya kembali.
Kak
Ruby dan Haydarue yang memandang dari jauh hanya menggeleng. “Anne ni memang
licik,” ngomel Kak Ruby. Haydarue di sebelah mengekek kecil.
Afina
berpaling semula. Kelibat Hadry semakin dekat dengan meja yang dia duduk tadi. Perasaan
akan renungkan Kak Ruby dari jauh dia senyum kemudian ibu jari diangkatkan
sedikit. Sebagai tanda rancangan pertama sudah berjaya. Dia yakin lelaki yang
bernama Hadry itu sudah tergoda dengan kecantikan yang ada pada dirinya. ‘Ah,
lelaki semuanya sama. Pantang lihat wanita berdahi licin! Mulalah nak goyah
iman.’
Afina
berjalan-jalan di sekitar kawasan situ. Dia membiarkan sahaja Kak Ruby dan Haydarue
berbincang dengan Hadry pasal sewa menyewa kedai butik yang bakal dibukanya.
Buat masa ini dia tidak mahu munculkan diri di hadapan lelaki itu, dia mahu
bermain tarik tali dahulu. Asyik berjalan matanya tertancap pada sebuah anjung.
Dia tersenyum manis sebelum memanjat naik anak tangga anjung itu untuk melihat
pemandangan pantai.
Pemandangan pantai di waktu petang. Dengan pasir yang memutih
dan dikelilingi dengan batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai
yang bertiup terasa sangat damai dan menyegarkan
dapat menenangkan jiwanya. Dia asyik dengan keindahan di situ.
“Tuan,
betul ke suspek duk menyorot dekat kawasan sini?” suara Uzir.
Haydar
jongket bahu. “Saya pun tak pasti. Semalam orang kita cakap dia terlihat suspek
berkeliaran dekat kawasan sini,” jawab Haydar. Mata melilau-lilau pandang
sekeliling. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat seorang gadis yang duduk
termenung di atas anjung sana. hatinya bergetar hebat.
“Cik
adik! tolong turun dari situ boleh tak? Kami berdua pula nak naik!” laung Uzir sambil tersengih. Tuan cun!”canda Uzir
seraya menyiku perut orang atasannya.
Afina
yang keasyikan dengan pandangan pantai lantas menjenguk ke bawah. Kelihatan dua
orang lelaki segak bert- shirt lengan pendek masing-masing berwarna hitam dan
putih hitam.
“Cik
tolong turun ya, kami ada sedang menjalankan tugas. Jadi kami perlukan tempat
itu sekarang,”sampuk Haydar dengan nada sangat tegas dan keras saja bunyinya.
Afina
mengerti lalu turun dari anjung itu. Sebaik tiba di bawah. Debaran di dada kian
terasa. Afina pegang dada. Jantung mengepam tak tentu arah. Dia pelik.
“Sory
ya cik, hari ini kami terpaksa booking tempat ini. Lain kali janji kami
tak ganggu cik menikmati suasana pantai ini,” seloroh Uzir sambil tersengih
gatal.
Afina
tersedar. Sesaat kemudian senyuman manis dihulurkan. Dia mahu beredar dari situ,
semasa melewati dua orang lelaki itu, dia sempat mencuri dengar perbualan di
antara dua orang lelaki itu.
“Fuh,
memang cantik tuan!” puji Uzir serta merta menepuk bahu lelaki itu.
“Kau
jangan mengarut Uzir, kita sekarang sedang menjalankan tugas. Lagipun cantik ke
perempuan yang tidak bertudung ni? Kau kena ingat esok-esok nak cari isteri
kena yang bertudung. Biar mahkota dia tu milik mata kita saja bukan miliki
masyarakat umum!” sindir lelaki itu pedas lalu melangkah laju meninggalkan Uzir
ke belakang lalu memanjat naik ke atas.
“Tuan
Haydar tunggu!” Jerit Uzir seraya berlari mengejar untuk menyaingi langkah
tuannya.
Afina
tersentap lantas berpaling ke belakang. “Haydar?” Sebutnya perlahan. Dia mahu
mengekori dua lelaki tadi tapi… lengannya disambar oleh seseorang.
“Anne!”
Langkah
Afina terbantut dia menoleh ke hadapan. “Kak Ruby… Anne…” Afina resah. Dia mahu mencari lelaki itu.
Lelaki yang bernama Haydar di anjung tapi dia tidak mahu Kak Ruby mengetahui
tentang itu.
“Dah..dah
jangan banyak soal. Jom balik homestay,” potong Kak Ruby sambil menarik tangan Afina.
“Hah?
Hrmm… baiklah,” balas Afina perlahan. Hati masih mahu mendapatkan lelaki yang
bernama Haydar itu. Dia mahu tahu sama ada lelaki itu adalah Haydar yang dia
selalu ada hatinya atau bukan.
“Macamana dengan perbincangan tadi Kak Ruby?” soal
Afina sebaik memuncul dari sebalik pintu bilik mandi. Tangannya ligat
mengeringkan rambut yang panjang itu dengan tuala.
Kak
Ruby yang asyik membaca majalah wanita terus memanggung kepala. “Semuanya baik.
Tapi dia ada tanya pasal Anne,” jawabnya. Majalah di letakkan ke bawah. Badan
tegak mengadap Anne.
“Kak
Ruby cakap apa?” cantas Afina laju seraya melabuh di sebelah Kak Ruby.
“Amboi,
ingatkan tak nak ambil tahu langsung! Tulah Kak Ruby suruh join sama
dalam perbincangan tadi tak mahu. Nak main tarik tali konon. Hrmm… Anne ni
macam-macam tahu,” bebel Kak Ruby.
Afina
tersenyum manja. Bahu Kak Ruby dipeluk lembut. “Alah Kak Ruby ni. Mestilah, nak
pikat si dia kena tarik-tarik sikit bila dah melekat senang sikit kerja Anne,” seloroh
Afina membela diri sambil menyandarkan kepalanya di bahu Kak Ruby. Tawa halus
kedengaran.
“Yelahlah
tu. Oh, lupa! dia ada pesan sesuatu untuk Anne.”
Afina
panggung kepala tiba-tiba. “Apa dia kak?” soalnya teruja.
Kak
Ruby mencapai dompetnya lalu mengeluarkan sekeping kad nama. “Nah, dia suruh Anne
hubungi dia kalau setuju nak berurusan dengan dia.” Kak Ruby menghulurkan kad
nama itu kepada Afina.
Afina
menyambut kemudian tersenyum bermakna sambil menilik kad nama itu. “Hadry
Iskandar pewaris syarikat Haris Muklis Holdings,” sebutnya perlahan. Dia ada
agenda dengan lelaki itu.
“Anne
keluar sekejap,” pinta Afina seraya mencapai telefon bimbitnya di meja.
“Hrmm…
nak buat sesuatulah tu,” sela Kak Ruby. Afina tersengih sahaja.
Sementara
di kediaman Hadry, Temerloh…
Hadry
masih lagi di meja kerjanya. Tugasnya sebagai wakil pemegang saham membuatkan
dia sentiasa sibuk menguruskan syarikat kepunyaan arwah datuknya. Sampaikan
masa untuk diri sendiri terpaksa dikorbankan. Dengan usianya sekarang dia sudah
mempunyai keluarga sendiri. Bukan dia tak mahu berkahwin tapi kerana amanat
yang satu itu dia harus tunaikan. Dia hanya akan menjaga dan bernikah dengan
gadis bernama Dhia Afina.
Tok!
Tok!
Bunyi
ketukan dari luar membuatkan kerja dia terhenti seketika. “Masuk,” arahnya . Badannya
disandar ke belakang kerusi, santai.
Mak
cik Imah melangkah masuk dengan membawa dulang berisi secawan kopi dan sepiring
biskut. “Kopi Adry ,”sua wanita tua itu.
“Terima
kasih mak,” ucap Hadry. Panggilan mak kepada Mak cik Imah sejak dia kecil lagi
masih lekang meluncur di bibirnya. Wanita yang paling berjasa menjaga dan
mengasuh dia sejak kecil lagi sehingga dia dibawa pergi oleh papa selepas
bercerai dengan mamynya.
“Masih
banyak lagi ke?” soal Mak cik Imah. Dia kasihankan anak asuhannya itu. Setelah
kematian Tuan Haris, Hadrylah yang bertanggungjawab atas syarikat dan menjadi
ketua keluarga ini memandangkan keluarga ini tidak ada pewaris lelaki kecuali Hadry
saja. Anak dan cucu-cucu yang lain hanya lepas tangan.
“Hrmm…
tinggal sikit lagi nak siap. Ni kenapa mak tak tidur lagi, dah pukul 10 lebih dah ni?” soal Hadry seraya menegakkan
badannya. Cawan yang terisi air kopi dicapai lalu menyisip sedikit.
“Macam
mana mak nak tidur kalau lampu bilik Adry masih bernyala,” jawab Mak cik Imah.
Kerusi di hadapan Hadry ditarik kemudian dia melabuh duduk.
Hadry
senyum nipis. “Mana mamy?” soalnya kembali.
Mak
cik Imah mengeluh perlahan. “Waktu –waktu macam ni faham sajalah Adry.”
Hadry
tersenyum kelat. Kesal dengan sikap mamynya masih lagi berlagak seperti gadis
remaja. Puas dia nasihat supaya wanita itu berkahwin saja dengan mana-mana lelaki
untuk mengelakkan mamanya terus terjerumus dengan aktiviti sosial yang tidak
baik itu. Tapi apa dayanya. Dia hanya seorang anak.
“Adry
kalau mak nak tanya boleh tak?” suara Mak cik Imah memecah kesepian.
“Apa
mak?” Hadry jongket kening.
“Pasal
Afina. Adry ada sebarang berita tentang dia ke? tiba-tiba hati mak rindu dekat
dia,” luah Mak cik Imah perlahan.
“Hmm…
macamana nak cakap ya. Buat masa sekarang memang tak de khabar berita lagi
pasal dia. Mak janganlah risau, Adry dah suruh pihak polis siasat balik kes
dia. Saya yakin mak tak lama lagi dia akan kembali pada kita,” jawab Hadry
dengan keyakinan menebal dalam dirinya.
Di
homestay, Kuantan…
Afina
keluar ke balkoni. Udara malam dihirup dipanjang sebelum menghembus keluar
dengan perlahan-lahan. Kad nama milik lelaki bernama Hadry ditatap seketika
sebelum mendail nombor telefon kepunyaan lelaki itu. Dengan penuh debaran dia
menanti panggilan itu bersambut oleh orang di sana.
Sedang
berborak-borak kosong tiba-tiba ada
panggilan masuk di telefon pintas milik Hadry. Dia menatap skrin telefonnya
seketika. ‘Private number.’ Guman Hadry dengan dahi berkerut sedikit.
Melihat
keadaan itu Mak cik Imah meminta Hadry untuk keluar dari bilik itu. “Mak keluar
dulu.”
Hadry
mengangguk sebelum dia menarik simbol panggilan di skrin Ipadnya. “Hello,”
sahut Hadry.
“Assalamualaikum,
boleh saya bercakap dengan Encik Hadry Iskandar tak?”
Hadry
terkedu disangkakan orang non muslim yang menelefon sebab itu dia menyambut
dengan hello daripada memberi salam. “Waalaikumussalam, ya saya sendiri. Siapa
ni? Boleh saya bantu.” Lembut Haydar bertanya. Jiwa lelakinya bergetar sedikit.
Suara pemanggil di sebelah sana mengugat imannya.
“Maaflah
ganggu Encik Hadry malam-malam ni. Saya Ana Diana client awak petang
tadi. Maaflah tak sempat nak jumpa awak, ada hal sikit tadi.” Afina berbohong.
“Oh,
ya. Cik Ana Diana… saya ingat. Eh, tak
pelah awakkan dah hantar wakil tadi. So macam mana jadi ke nak beli kedai tu?”
“Panggil
je Anne. Hmm... jadi. Petang esok kita jumpa tempat yang sama,” ujar Afina.
“Baiklah,”
ucap Hadry sebelum menamatkan panggilan itu. Entah kenapa hatinya
berdebar-debar bila berbicara dengan gadis yang bernama Ana Dania atau Anne itu
sama seperti dengan gadis yang dia terlanggar petang tadi. Hatinya berkocak
hebat.
Sebaik
panggilan ditamatkan Afina tersengih sambil tangan menarik beranda balkoni.
Mulutnya menyanyi kecil. Hati tatkala ini sangat gembira. Hadry bakal masuk ke
jeratnya. ‘Tak lama lagi dendamku pasti terbalas,’ gerutunya.
Petang itu Afina sampai awal. Dia ditemani Izue
dan juga Kak Ruby. Tapi Afina meminta agar dia dibiarkan seorang diri saja yang
berjumpa dengan Hadry kerana dia ada sesuatu untuk lelaki itu. Memahami
kehendak adik angkatnya Kak Ruby mengajak Izue meronda-ronda kawasan bandar
Kuantan sementara hendak tunggu Afina.
Afina
duduk di bangku yang berhadapan dengan pantai Teluk Cempedak itu. Angin yang
bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan jiwanya. Dulu dia sentiasa melihat air
sungai Temerloh mengalir. Setiap kali melihat sungai itu mengalir jiwanya turut
tenang sama. Itulah hebatnya ciptaan Illahi.
Asyik
dengan keindahan Illahi, tiba-tiba topi berjaring yang dikait tangan berwarna
merah tersarung di kepalanya terkesot ke belakang sedikit akibat ditiup angin
petang itu. Saat dia membaiki kedudukan topi itu dia disapa seseorang.
“Cik
Anne kan? Maaf saya lambat sikit. Tiba-tiba ada mesyuarat tergempak. Lepas
mesyuarat saya terus bekejar ke sini,” ujar Hadry sedikit termengah.
Afina
medongkat sedikit. “Ya saya. Tak pe saya faham. Biasalahkan orang bisneskan,” jawab
Afina seraya bangkit. Tangan di hulurkan kepada lelaki di hadapan untuk
berjabat.
“Eh,cik…?
Cik yang semalam kan?” soal Hadry dengan nada terkejut. Tangan gadis itu tidak
disambut. Dia kenal gadis yang duduk di hadapannya sekarang. Gadis yang dia
bantu semalam.
“Ya.
Hah? semalam? kita pernah jumpa ke sebelum ini ke?” soal Afina berpura-pura
tidak mengenali lelaki itu. Tangannya diheret kembali. Malu. Mungkin dah
terbiasa di Negara luar balik Malaysia pun dia tak teragak-agak menghulurkan
tangan untuk dijabat tak kira pada sesiapa.
“Semalam..
Cik Anne ingat tak?” Hadry cuba mengingatkan gadis di hadapan tentang peristiwa
yang berlaku semalam di antara mereka.
Afina
menatap wajah Hadry dengan wajah berkerut kemudian dia mengangguk. “Oh, ya.
Semalam… Hmm… terima kasih ya.” Afina berbasa-basi.
Hadry
mengambil tempat di sebelah Afina. Dalam hatinya perasaan berdebar-debar yang
sukar untuk dia taksirkan datang secara tiba-tiba. ‘Apakah perasaan itu,’ Hadry
bertutur sendiri.
No comments:
Post a Comment