Thursday, 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia 19

Bab 19

Penerbangan dari Rusia ke Malaysia sangat memenatkan. Turun dari flight terus dia mengatur langkah untuk keluar dari situ. Secarik senyuman kegembiraan terukir di bibir munggilnya. Tidak sabar rasa mahu menghirup udara di bumi Malaysia selepas 10 tahun menetap di rusia.
‘Malaysia aku sudah kembali!’ jerit batinnya. Pandangan didonggakkan ke atas. Memandang sang mentari pagi menyinari kehidupan. Di bawah matahari yang sama di atas bumi yang sama. Cuma terpijat di tanah yang berbeza.
“Anne.”  Panggil satu suara dari belakang sambil menolak sebuah troli yang dipenuhi beg pakaian. Sebaik selesai menuntut bagasi tali penghubung bagasi.
Dia berpaling ke belakang kemudian tersengih. “Sory Kak Ruby, Anne terlupa tentang barang-barang kita, excited punya pasal.” ujarnya memohon maaf. Dia mengatur langkah mendekati kakak angkatnya itu sambil memeluk lalu menyandar sedikit dibahu gadis itu.
“Kak Ruby faham, yelahkan dah lama tinggal dekat Rusia mana tak rindu kot,” canda Kak Ruby sambil tersengih.
“Hrm… Kak Ruby,Anne… Anne rindu mama dan papa…”ucap dia pilu. Tiba-tiba teringatkan sepasang suami isteri yang begitu mulia sanggup menjadikan dia sebagai anak angkat lalu di bawa ke Paris kemudian ke Rusia meninggalkan Malaysia.
“Kak Ruby pun sama, harap-harap roh mereka damai di alam sana,” celah Kak Ruby, turut sebak sama.
Dia mengeratkan lagi pelukkan itu. Masing-masing menitiskan air mata.
“Anne,”  panggil Rubiah atau Kak Ruby ketika mereka di dalam perut teksi untuk menuju ke rumah saudara Kak Ruby di Subang Jaya.
Dia yang asyik mengamati pemandangan sekitar jalan untuk keluar dari KLIA, memalingkan badannya, mengadap Kak Ruby. “Ada apa kak?”
“Anne memang nak teruskan rancangan, yang Anne rancang sebelum kita balik ke sini ke?” Soal Kak Ruby sambil menatap wajah adik angkatnya itu. Pakaian penuh bergaya dengan rambut bebas mengurai tanpa alas di kepala. Sesuai dengan pekerjaannya dia sekarang. Seorang model sambilan dan pereka pakaian.
Dia tersenyum nipis sebelum bersuara. “Ya kak, dendam saya baru nak bermula. Pulang ke Malaysia adalah matlamat saya untuk membalas dendam terhadap keluarganya. Siapa sangka cucunya boleh jadi terkenal hingga penuh pasal kejayaan dia terpapar di internet. Nasib menyebelahi kita Kak Ruby,” tuturnya dengan wajah sinis.
“Anne tak risau ke kalau-kalau mereka dapat tahu identiti Anne yang sebenarnya?” duga Kak Ruby.
“Mustahil kak. Anne sekarang bukan seperti dulu, seorang remaja berusia 15 tahun. Sekarang Anne dah masuk 27 tahun, bukan lagi perempuan simpanan sesiapa mahupun anak kepada kaki judi dan bekas pelacur. Sekarang Anne anak kepada mama dan papa dan juga adik kepada Kak Rubiah,” jawab dia penuh dengan keyakinan.
“Hrm… kak faham Anne. Ini rahsia antara kita. Kak ruby akan selalu sokong Anne dari belakang,” ujar Kak Ruby. Tangan dia diraih lalu digenggam seerat memberi kekuatan kepada dia.
Merci, vous aimer,” tutur dia dalam bahasa Perancis yang bermaksud ‘terima kasih sayangku’ sambil tersenyum.
“Oh, ya Anne, pasal lelaki jutawan muda bernama Hadry Iskandar tu. Kak Ruby dah upah sesorang untuk selidik latar belakangnya.”
“Hah?” Dia terkejut sedikit.
“Betul kata Anne, dia memang cucu lelaki tua itu. Dia semakin giat memperluaskan Syarikat Hartanahnya sekarang selain pengurusan Syarikat Kenderaan. Baru-baru ini dia membuat projek sewaan di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indra Mahkota, Kuantan. Jadi Kak Ruby dah suruh Haydarue urusan kontrak sewa beli untuk kedai butik seperti yang Anne mahukan. Esok pagi-pagi kita akan turun ke Kuantan untuk urusan itu, macam mana?” soal Kak Ruby sambil menanti jawapan dari adik angkatnya itu.
Dia senyap sesaat. “Anne ikut Kak Ruby je, yang pasti Anne mahu dia jatuh ke tangan Anne secepat mungkin. Tak dapat nak balas dendam dekat si atuk balas dendam pada si cucu pun dah kira terlunas juga,”ujar dia sambil tergelak kecil.
“Anne serius?” soal Kak Ruby, masih ragu-ragu.
“Ya Kak Ruby, Anne tak main-main. Anne akan goda dia sampai dia tergoda. Dulu si datuk tua pun tak menahan tengok Anne padahal baru 15 tahun. Ni kan pula Anne dah berubah lagi senang nak goda cucunya.  Lepas tu Anne nak ajak dia kahwin, senang untuk Anne seksa dia, seksa family seperti mana family dia buat Anne dulu.” Wajah si dia tiba-tiba berubah menjadi memek jahat.
Kak Ruby diam seketika.
“Oh, ya dia belum kahwin lagi kan?” si dia bertanya.
Kak Ruby menggeleng. Dia tersenyum herot.
“Anne sanggup korbankan kesetiaan cinta yang Anne semat di hati selama 12 tahun itu, semata-mata mahu membalas dendam kepada seorang lelaki tua sudah telah meninggal?” duga Kak Ruby pula, masih menatap wajah adik angkatnya itu yang tampak tenang.
“Ah, kak Ruby hanya Anne saja yang setia pada dia. Tengok sekarang mana pernah dia cari Anne. Entah hidup entah mati dia Anne pun tak tahu,” tempelak dia tiba-tiba sakit hati bila dibangkitkan soal cinta masa remajanya yang tidak kesampaian.
Kak Ruby kembali membisu. Pandangannya tetap setia pada adik angkatnya. ‘ Begitu hebat penangan dendam sampaikan Anne sanggup korbankan dirinya demi balas dendam. Kak Ruby harap Anne dapat hidup bahagia selepas semuanya berakhir. Sepanjang hidup dengan Anne, Kak Ruby tak pernah melihat senyuman kegembiraan di wajahmu Anne.’
Dia bersandar ke belakang sedikit sambil memejamkan kedua belah matanya. Melepaskan lelah yang masih berbaki. Memori silam menerjah ke benak fikiran dikala itu….
“Adik..adik tak de apa-apa ke?” Soal seorang seorang perempuan dengan nada cemas.
Dia membuka mata dengan berat. Kepalanya sakit dan berdenyut. Dia menyentuh dahinya yang berbalut.
“Maafkan pak cik nak. Masanak belok pak cik tak nampak tiba-tiba kelibat anak muncul depan kereta pak cik.  Nasib baik pak cik sempat nak brek kalau tak memang nahas kamu.” Suara seorang lelaki di sebelah perempuan itu.
Dia hanya mendengar kepalanya masih lagi bengong untuk mengingati peristiwa yang menimpa dirinya. “Saya dekat mana ni?”
“Adik dekat hospital, ada nombor telefon ayah atau ibu tak? Nanti boleh kami hubungi mereka untuk datang jemput adik,” tanya Puan Husna isteri kepada lelaki yang melanggar budak perempuan itu.
Dia tiba-tiba menjerit. Dipegang lengan Puan Husna itu sekuat hati. “Tak nak! Tolong..tolong jangan hantar saya ke rumah itu lagi, saya tak mahu…tak mahu…”rayunya sambil meraung-raung.
“Sabar dik, ya. Mak cik dan pak cik janji tak akan hantar adik ke sana,” pujuk Puan Husna dengan mata melirik ke arah suaminya Encik Rozman. Lelaki itu mengangguk saja.
Puan Husna menarik suaminya keluar dari wad itu sebaik budak itu terlena selepas diberi suntikan penenang.
“Abang, saya kesiankan budak tu. Ini mesti kes dera kalau tak dia tak akan jadi macam tu,” ujar Puan Husna sebak.
“Hrm… abang tak tahu. Nampak fHaydarikalnya memang ya, lebam sana-sini mustahil itu kesan dari langgar tadi. Lagipun abang sempat brek ketika dia muncul tiba-tiba,” ucap Encik Rozman pula sambil melurut janggut segemput.
Puan Husna masih memerhati sekujur tubuh yang terlena itu. Naluri keibuan sangat kasihankan anak itu. Bila dilihat budak itu dia tiba-tiba terkenangan arwah anak lelakinya yang mati akibat demam panas. Jadi setiap tahun pada tarikh ini dia dan suami akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi kubur anak lelakinya itu.
“Abang, kita bela dia,” suara Puan Husna tiba-tiba.
“Apa awak cakap?” maksud awak nak bela dia dan bawak di ke Perancis? sayang kita tak tahu siapa dia. Mungkin dia masih anak keluarga yang sedang mencari dia sekarang?” bantah Encik Rozman lembut.
Puan Husna memandang wajah suaminya dengan redup. “Bila tengok dia, saya tiba-tiba teringatkan Haikal abang,” rengeknya.
Encik Rozman tidak mampu berkata apa-apa dia meraih isteri tercinta ke dalam pelukan.
“Adik, makan sikit ya?” Puan Husna meyua makanan kepada budak itu sebaik dia sedar.
Budak itu membuka mulutnya sedikit dan mengunyah perlahan-lahan dengan mata masih tidak berganjak memandang wajah Puan Husna.
Puan Husna mengelus rambut gadis itu dengan penuh kelembutan. “Adik nama apa?”
Gadis itu menggeleng.
“Adik tak de nama?” Soal Puan Husna lagi, pelik tak akanlah budak ini hilang ingatan pula.
“Ada, tapi saya tak suka nama saya,” jawab dia dalam sebak.
“Kenapa, sayang?” pujuk Puan Husna.
Budak gadis itu tersentuh bila dia dipanggil sayang. Dia terkenangan ibunya. Belaian ibu, suapan ibu dan semua tentang ibunya terbayang di kaca matanya. Tapi bila bayangan ayah si kaki penjudi dan lelaki miang mengambil alih. Dia menjerit. “Arggh!”
“Kenapa dik?” Puan Husna bangkit lalu memeluk tubuh gadis itu.
“Fina benci ayah! Benci Tuan Haris! mereka kejam! Mereka seksa Fina. Mereka paksa ibu jadi pelacur sampai mak mati…”jerit Afina tersendu-sendu.
Encik Rozman yang mahu masuk ke wad tersentak. “Kenapa sayang? Kenapa dengan budak tu?” soalnya cemas.
Puan Husna memalingkan muka ke arah suami. Dia mengangkat jari telunjuk dan diletak ke bibirnya sebagai isyarat suaminya diam.
“Sabar, Fina. Mak cik ada disamping Fina,”  pujuk Puan Husna. Dia tahu budak itu bernama Fina dan dia juga yakin bahawa Fina mengalami gangguan emosi. Atau mengalami trauma.
“Abang dah buat report pasal budak ini, jadi pihak polis akan urusan pasal dia. Jadi petang nanti bolehlah kita bertolak ke Paris.
“Abang…” ujar Puan Husna meleret.
“Sayang, jangan macam ni kerja kita di sana banyak yang tertangguh. Lagipun kita masih ada anak kita di sana. Abang dah beli tiket malam nanti kita bertolak,” bantah Encik Rozman. Dia tahu kehendak isterinya itu.
Puan Husna memandang ke arah Afina yang sudah terlena. “Bagi masa untuk saya menatap wajah dia sekejap abang, tolonglah…” rayunya.
“Baiklah abang tunggu dekat luar.”
Puan Husna mengelus pipi Afina. Berkali-kali dikucup dahi gadis itu. “Selamat tinggal Fina, semoga kita dapat berjumpa lagi,” ujar Puan Husna pilu. Dek tak tahan mahu menitis air mata dia lantas bangkit dan menuju ke pintu.
Sebaik Puan Husna mahu memulas pintu tombal, Afina membuka mata lalu menyeru. “Mak cik…”
Puan Husna berpaling semula.
“Mak cik nak tinggalkan Fina ke?” soal Afina, dia bangkit dan menyandarkan badannya pada kepala katil.
Puan Husna membisu. Berat hatinya untuk meninggalkan gadis itu. tangisan ditahan sehingga bahunya terangkat-angkat.
“Mak cik cakap mak cik akan sentiasa berada di sisi Fina. Habis tu kenapa mak cik nak tinggalkan Fina?” Polos saja pertanyaan Afina.
Puan Husna tidak dapat menahan tangisannya dia terus berlari mendapatkan afina lalu memeluk tubuh kecil itu. “Mak cik sayangkan kamu… sayang sangat,” luah Puan Husna seolah sudah lama kenal dengan Afina.
“Mak cik, Fina nak ikut mak cik. Dekat sini Fina dah tak de siapa-siapa. Bolehkan mak cik?” pinta Afina.
“Boleh. Fina akan ikut mak cik. Fina akan jadi anak mama.”
“Mama..mama….” dia tiba-tiba meracau.
“Anne!Anne!” panggil Kak Ruby sambil mengoncang lembut bahu adik angkatnya. “Anne okey tak ni?” soal Kak Ruby lagi. Pipi gadis itu ditampar lembut.
Dia tersedar lalu meraup wajah berkali-kali. “Ya Allah! Anne mimpi papa dan mama,” suara dia.
“Hrm… Sudahlah tu kita dah sampai jom turun,” ujar Kak Ruby seraya membolos keluar dari perut teksi.
Dia mengangguk kemudian membontot turun.
Semasa dia mengatur langkah untuk naik ke apartment sepupu Kak Ruby dia ternampak seorang wanita tua yang buta sambil meriba anak kecil meminta sedekah. Tiba-tiba air matanya menitis.
‘Dulu aku dan mak seperti itu juga.’ Desisnya.
Dia mengeluarkan duit dua keping yang bernot seratus ringgit dari dompetnya lalu diletakkan ke dalam tangan wanita itu. Sebaik dia mahu memasukkan dompetnya kembali tiba-tiba ada sekumpulan kanak-kanak telah melanggar tubuhnya meyebabkan dompet di tangan terjatuh.

Dia mahu mencapai dompetnya kembali tatkala itu juga gambar yang tersimpan semat di dompet itu terkeluar lalu dicapai gambar itu. Dia menatap gamabr yang berusia 12 tahun itu dengan linangan air mata. “Fir …Fina rindu Fir. Dekat mana Fir sekarang? Masihkan Fir merindui Fina…”Rintih gadis itu. Dulu yang dipanggil Afina sekarang dipanggil Anne.

Aku Ingin Bahagia 18

Bab 18

12 tahun kemudian....
“Selamat pagi Tuan! Saya Uzir Arif melapor diri, tuan!”
Seorang pegawai polis yang sibuk meneliti laporan di meja jenguk sedikit. “Pagi,” jawabnya. Laporan di tangan diletakkan ke bawah. Kemudian dia bangkit dan menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan sebagai salam perkenalan.
“Saya inspektor Haydar Firdaus merangkap ketua kamu. Saya harap kedatangan awak sebagai orang bawahan saya dapat terima tugas ini dengan hati terbuka.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sebuah senyuman menghiasi bibir tebalnya.
“Saya siap menerimanya tuan!” tabik Uzir Arif dengan badan tegak.
“Baguslah. Okey kamu keluar dulu. Saya masih ada kerja nak siap,”ujar Haydar seraya kembali melabuh duduk di kerusi empuk itu.
“Baik tuan. Saya minta undur diri,” jawab Uzir sambil melangkah ke belakang beberapa langkah kemudian terus keluar dari bilik pihak atasannya.
Haydar duduk bersandar sambil memusing-musingkan batang pen berkali-kali. Tidak lama kemudian belakang pen itu digigit sedikit. Dia tersenyum sendiri. Tak sangka dalam usia 27 tahun dia berjaya memegang jawatan sebagai pegawai atasan polis bahagian jenayah.Iyalah kerjaya sebagai anggota polis bukan minatnya. Malah jauh terpesong dari cita-citanya. Impian asal mahu jadi seorang  ahli perniagaan menggantikan tempat arwah dadynya tapi hanya kerana seorang gadis yang dicintai lesap dari dunia ini. Dia sanggup korbankan impian dia semata mahu menjejak ke mana hilangnya gadis dia.
‘Fina... dah 12 tahun saya mencari dan menanti awak. Saya juga berharap satu keajaiban bakal muncul. Awak datang pada saya dengan senyuman awak. Ramai yang cakap awak terlibat dalam satu kemalangan. Betul ke? Kalau ya mana buktinya? mana kubur awak? Saya tak akan mudah percaya pada bukti yang tidak ada fakta yang sahih. Sebab itu saya jadi polis. Saya nak siasat di mana mayat awak kalau awak dah pergi tinggalkan saya. Saya nak jejak awak kalau awak masih hidup. Saya yakin dan percaya awak masih hidup tapi awak cuba bersembunyi dari saya.’
Haydar berperang dengan dirinya sendiri. Sebelah dirinya cakap Afina dah meninggal sebelah lagi kuat menyatakan Afina masih hidup. Kusut otaknya setiap kali memikirkan hal ini.
‘Fina maafkan Fir... bukan Fir sengaja nak tinggalkan Fina ketika itu. Tapi keluarga Fir kemalangan. Fir perlu ada disamping mereka. Mereka pergi tinggalkan kita Fina. Fir sendirian sekarang. Tapi bila Fir sampai di Temerloh. Fir cuba cari Fina di rumah orang tua tak guna tu kerana Fir sangkakan Fina masih di sana tapi... tapi mereka cakap Fina dah lari. Fir bagai nak gila Fina. Fir paksa mak su cari Fina sama. Heboh satu kampung bagitahu Fina dah tak de! Fir tak percaya!’ gerutu dia lagi. Tiba-tiba air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.
“Haydar!”
Panggil seseorang di sebalik muka pintu.
Haydar cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir. Dia berdehem kecil dan memperbetulkan kedudukan di kerusi. “Ya Stella. Masuk,” arahnya pada pegawai polis perempuan merangkap pembantu dia yang sangat cantik.
Stella senyum kemudian melangkah masuk. “Kenapa ni?” soal Stella. Kerusi di hadapan Haydar di tarik kemudian dia melabuh duduk.
“Tak delah. Ada pe hal ni?” soal Haydar kembali kepada topik asal.
“Owh, tak akan nak jenguk kawan sendiri tak boleh kot?” sindir Stella dalam gurauan.
Haydar pamer wajah kelat. Tiada mood hendak bergurau senda dengan pegawai perempuan itu. Stella anak kacukan cina dan india. Amat fasih berbahasa melayu.
Sory... tak sebenarnya i nak bagi fail kes ni dekat you. Tuan Ramdan minta kita buka dan siasat balik kes kehilangan seorang gadis. Kes ni... kalau tak silap akulah. Dah 11 tahun kot,” jelas stella. Fail di tangan dihulurkan kepada Haydar.
Haydar yang duduk senget di kerusi menegakkan badannya lalu menyambut fail itu. sebaik fail terbuka matanya membulat besar. “Dhia afina? Sebut dia dengan nada terkejut.
Stella jongket kening sebelah. “Kenal ke?” soalnya cuak.
Haydar panggung wajah sekilas kemudian kembali menatap fail di tangannya. “Taklah. Nama dia sama dengan adik aku,”jawab Haydar cuba menyembunyikan kebenaran.
“Kau tahu tak, siapa yang nak kes ini dibuka balik,” ujar Stella kakinya menyimpul silang.
Haydar angkat kening. Mata masih lagi setia membaca butiran kes laporan itu. “Hadry Iskandar bin Hadi Iskandar...” sebut Haydar satu persatu.
“Yup. Dialah minta kes ini disiasat balik. Kalau kau nak tahu dialah yang buat laporan tentang kehilangan gadis bernama Dhia Afina, 11 tahun yang lepas. Pihak polis dah berputus asa nak siasat kes ni. Sebab gadis ini hilang tanpa jejak. Ada yang kata dia kena langgar lari lepas tu dicampak ke laut atau ke dalam gaung. Mayat dan jasadnya lesap begitu saja. Ada pula cakap dia kena culik dibawa ke luar Negara. Yang mana satu betul hanya Tuhan saja.”
Kata-kata itu tidak masuk ke telinga Haydar. Dia masih memikirkan sesuatu. Nama yang membuat report seakan dia kenal rapat dengan lelaki itu. ‘Abang Hadry anak pak long Hadi Iskandar. Abang kepada arwah papa aku Hadi Firdaus. Mungkinkah dia? Tapi apa kaitan dia dengan Afina?’
“Haydar!” Sergah Stella. Dia punya potpet potpet rancak bercakap, Haydar boleh buat tak dengar. Haru betul!
“Stella aku akan handle kes ini. Bagi aku alamat dia. Aku akan jumpa dia,”pinta Haydar. Dengan  pantas dia bangkit sambil mengelek fail.
“Eh,eh kau nak ke mana ni?” Soal Stella terburu-buru.
“Jumpa Encik Hadry Iskandar,” jawab Haydar sambil tersengih.
“Aku ikut,”cantas Stella laju.
“Tak perlu. Aku sendiri boleh selesaikan kes ni,” bantah Haydar lembut.
“Kau pasti?” duga Stella. Hairan kenapa Haydar nampak begitu tertarik dengan kes itu. sedangkan setiap kali kes lama hendak dibuka. Lelaki itulah mula-mula akan mengeluh dan membebel.
“Aku pasti,” jawab Haydar penuh keyakinan. “Nanti kau mesej nombor fon dia dekat handset aku,” ujar dia pula. Jaket yang tersarung di kerusi ditarik lalu disarungkan ke tubuh. Tanpa berlengah dia keluar dari pejabatnya. Hadry iskandar harus dia ketemui.
Malam itu seperti yang dijanjikan, Hadry memaklumkan kepada Haydar dia akan menemui lelaki itu. Memandangkan belah petang dia sangat sibuk dengan urusan syarikat. Tiba di Restoran Tom Yam ala Thai yang bersebelahan dengan pasar raya Tunas Manja, Haydar mencari tempat agak terselindung sedikit. Sementara menunggu kedatangan hadry, dia membaca dokumen yang terkandung maklumat peribadai usahawan berjaya itu.
Nama : Hadry Iskandar Bin Hadi Iskandar
Nama Ayah : Hadi Iskandar Bin Ismail
Nama Ibu : Halisa Binti Haris Muklis
Umur : 40 Tahun
Jantina: Lelaki
Tempat Lahir : Temerloh
Jawatan Sekarang : Pengarah Syarikat Haris Muklis Snd Bhd
Menetap di Korea selama 12 tahun
Mendapat Ijazah Perniagaan di UM.

‘Memang tak syak lagi. Dia adalah abang sepupu aku dari sebelah arwah papa. Sungguh aku tak sangka begitu kecilnya dunia. Membesar dan bermain bersama-sama ketika di Korea suatu ketika dahulu. Kami berpisah sebab arwah papa mahu menetap di Temerloh manakala pak long tetap mahu tinggal di Korea. Berpisah sekian lama akhirnya berjumpa jua di Malaysia. Abang Hadry... tak sangka Hydar, abang merupakan cucu kepada Tuan Haris yang pernah pukul Hydar dulu. Yang cuba merogol perempuan Haydar. Tapi... Haydar hairan kenapa abang ambik berat pasal Fina? Abang pernah kenal Afina ke?’

“Maafkan saya, inspektor Haydar Firdaus?” soal Hadry sebaik tiba di sebuah meja.

Haydar bagaikan tersedar. Dia panggung wajah. Kemudian dia bangkit. “Ya saya. Sila duduk Encik Hadry,” pelawa Haydar sambil mempersilakan lelaki itu duduk.

“Terima kasih. Hmm... ada apa yang inspektor nak jumpa saya?” soal Hadry sebaik order dibuat.
“Begini, tujuan saya datang jumpa encik. Saya nak bincang tentang kes 11 tahun yang lepas. Kes kehilangan gadis 15 tahun bernama Dhia Afina. Encik kan yang buat laporan itu dulu?” jelas Haydar.

“Oh, ya saya sendiri.”

“Kalau boleh saya tahu, kenapa encik nak buka kes ni semula? Dan siapa gadis ini dengan encik?” Duga Haydar cuba mencari reaksi di sebalik wajah itu.

Hadry senyum hambar. Wajah Haydar di hadapan ditatap sekilas sebelum dia memalingkan wajahnya ke jalan raya yang sibuk itu. “Dia adalah amanah untuk saya jaga. Dia tak ada apa kaitan pun dengan saya malah kenal pun tidak. Tapi untuk pengetahuan awak dia sangat penting dalam hidup saya,”jawab Hadry berjeda. Dia kembali menoleh Haydar yang duduk bertentangan.

“Saya nak awak buka kes tu balik. Siasat di mana dia berada sekarang,” sambung Hadry lagi.
“Setahu sayalah, orang yang pegang kes ni cakap budak ni dah mati,” provok Haydar.
Hadry tergelak kecil. “Saya tak percaya hal itu. Saya yakin dia masih hidup cuma kita tak tahu dia berada di mana. Saya juga yakin dia akan kembali ke sini. Di sini banyak kenangan buat dia,” tutur Hadry penuh keyakinan.
Haydar hanya memerhati. ‘Abang kau pun sukakan dia ke? Abang, kau tak kenal dengan siapa kau berhadapan sekarang. Aku.. akulah Haydar Firdaus. Adik sepupu yang selalu bermain dengan kau sewaktu kita kecil dulu di Korea. Kau mungkin tak kenal aku abang Hadry tapi aku... aku kenal kau.’
“Lagipun ada orang saya cakap, dia pernah nampak budak ni masa dia nak berlepas ke Paris,” ujar Hadry. Minuman yang dipesan sudah pun siap terhidang di meja. Dia menyisip teh ‘o’ suam sedikit untuk menghilangkan dahaga.

Haydar terus kalih. Dahinya berkerut. Otak sedang mencerna sesuatu maklumat. ‘Nampak Afina? Jadi ini bermakna Afina masih hidup dan dia tak mati kan? Ya Allah syukur padaMu.’
“Baiklah Encik Hadry, saya akan buka balik kes ini. Nanti ada apa-maklumat tentang ni saya akan segera maklumkan kepada encik,” tekad Haydar. Dia berjanji akan jejak di mana Afina.
Hadry senyum. Haydar membalas. ‘Tentang perhubungan darah kita.. biarlah menjadi rahsia dulu.’ Desis Haydar.

Balik dari perbincangan Haydar terus memandu menuju ke sungai Temerloh. Tempat dia selalu keluar dengan perempuannya. Kes Afina akan dibuka. Dia sendiri akan turun padang untuk menyiasat tentang kehilangan gadis itu. walaupun Hadry tidak meminta dia tetap akan siasat. Itulah matlamat utama dia menyertai anggota polis.
Batu besar menjadi tempat pelabuhan duduknya. Dia angkat kakinya sebelah. Sebelah lagi dibiarkan berjuntai turun.
“Fina... di mana awak sembunyikan diri? Muncullah pada saya. Saya tak akan berputus asa untuk mencari awak. Tak kira awak di mana pun saya harap awak jaga cinta kita. Saya akan kahwin dengan awak sorang. Sebab awak perempuan saya,” rintih Haydar sendiri.

“Fina... Dhia Afina... kembalilah ke sisi saya. Saya janji akan menjaga dan akan berikan kebahagian yang awak selalu dambakan. Saya tak akan sia-siakan hidup awak. Maafkan saya Fina...”rengek Haydar pula.

“Fir...”

“.. Fir.. “

“...Haydar Firdaus...”
Haydar pandang sebelah kanannya. Bayangan wajah gadis berusia 15 tahun jelas di pandangannya. Kepala senget sebelah tanda manja sambil menyeru namanya berkali-kali-kali.
“Saya Dhia Afina akan sentiasa di hati awak.”
Bayangan itu bersuara lagi.
Haydar mengukir senyum. Disaat tangannya mahu mencapai wajah itu tiba-tiba bayangan itu ghaib dibawa angin.

“Fina...”  serunya perlahan bersama linangan air mata yang mengalir turun.