Thursday, 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia 18

Bab 18

12 tahun kemudian....
“Selamat pagi Tuan! Saya Uzir Arif melapor diri, tuan!”
Seorang pegawai polis yang sibuk meneliti laporan di meja jenguk sedikit. “Pagi,” jawabnya. Laporan di tangan diletakkan ke bawah. Kemudian dia bangkit dan menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan sebagai salam perkenalan.
“Saya inspektor Haydar Firdaus merangkap ketua kamu. Saya harap kedatangan awak sebagai orang bawahan saya dapat terima tugas ini dengan hati terbuka.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sebuah senyuman menghiasi bibir tebalnya.
“Saya siap menerimanya tuan!” tabik Uzir Arif dengan badan tegak.
“Baguslah. Okey kamu keluar dulu. Saya masih ada kerja nak siap,”ujar Haydar seraya kembali melabuh duduk di kerusi empuk itu.
“Baik tuan. Saya minta undur diri,” jawab Uzir sambil melangkah ke belakang beberapa langkah kemudian terus keluar dari bilik pihak atasannya.
Haydar duduk bersandar sambil memusing-musingkan batang pen berkali-kali. Tidak lama kemudian belakang pen itu digigit sedikit. Dia tersenyum sendiri. Tak sangka dalam usia 27 tahun dia berjaya memegang jawatan sebagai pegawai atasan polis bahagian jenayah.Iyalah kerjaya sebagai anggota polis bukan minatnya. Malah jauh terpesong dari cita-citanya. Impian asal mahu jadi seorang  ahli perniagaan menggantikan tempat arwah dadynya tapi hanya kerana seorang gadis yang dicintai lesap dari dunia ini. Dia sanggup korbankan impian dia semata mahu menjejak ke mana hilangnya gadis dia.
‘Fina... dah 12 tahun saya mencari dan menanti awak. Saya juga berharap satu keajaiban bakal muncul. Awak datang pada saya dengan senyuman awak. Ramai yang cakap awak terlibat dalam satu kemalangan. Betul ke? Kalau ya mana buktinya? mana kubur awak? Saya tak akan mudah percaya pada bukti yang tidak ada fakta yang sahih. Sebab itu saya jadi polis. Saya nak siasat di mana mayat awak kalau awak dah pergi tinggalkan saya. Saya nak jejak awak kalau awak masih hidup. Saya yakin dan percaya awak masih hidup tapi awak cuba bersembunyi dari saya.’
Haydar berperang dengan dirinya sendiri. Sebelah dirinya cakap Afina dah meninggal sebelah lagi kuat menyatakan Afina masih hidup. Kusut otaknya setiap kali memikirkan hal ini.
‘Fina maafkan Fir... bukan Fir sengaja nak tinggalkan Fina ketika itu. Tapi keluarga Fir kemalangan. Fir perlu ada disamping mereka. Mereka pergi tinggalkan kita Fina. Fir sendirian sekarang. Tapi bila Fir sampai di Temerloh. Fir cuba cari Fina di rumah orang tua tak guna tu kerana Fir sangkakan Fina masih di sana tapi... tapi mereka cakap Fina dah lari. Fir bagai nak gila Fina. Fir paksa mak su cari Fina sama. Heboh satu kampung bagitahu Fina dah tak de! Fir tak percaya!’ gerutu dia lagi. Tiba-tiba air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.
“Haydar!”
Panggil seseorang di sebalik muka pintu.
Haydar cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir. Dia berdehem kecil dan memperbetulkan kedudukan di kerusi. “Ya Stella. Masuk,” arahnya pada pegawai polis perempuan merangkap pembantu dia yang sangat cantik.
Stella senyum kemudian melangkah masuk. “Kenapa ni?” soal Stella. Kerusi di hadapan Haydar di tarik kemudian dia melabuh duduk.
“Tak delah. Ada pe hal ni?” soal Haydar kembali kepada topik asal.
“Owh, tak akan nak jenguk kawan sendiri tak boleh kot?” sindir Stella dalam gurauan.
Haydar pamer wajah kelat. Tiada mood hendak bergurau senda dengan pegawai perempuan itu. Stella anak kacukan cina dan india. Amat fasih berbahasa melayu.
Sory... tak sebenarnya i nak bagi fail kes ni dekat you. Tuan Ramdan minta kita buka dan siasat balik kes kehilangan seorang gadis. Kes ni... kalau tak silap akulah. Dah 11 tahun kot,” jelas stella. Fail di tangan dihulurkan kepada Haydar.
Haydar yang duduk senget di kerusi menegakkan badannya lalu menyambut fail itu. sebaik fail terbuka matanya membulat besar. “Dhia afina? Sebut dia dengan nada terkejut.
Stella jongket kening sebelah. “Kenal ke?” soalnya cuak.
Haydar panggung wajah sekilas kemudian kembali menatap fail di tangannya. “Taklah. Nama dia sama dengan adik aku,”jawab Haydar cuba menyembunyikan kebenaran.
“Kau tahu tak, siapa yang nak kes ini dibuka balik,” ujar Stella kakinya menyimpul silang.
Haydar angkat kening. Mata masih lagi setia membaca butiran kes laporan itu. “Hadry Iskandar bin Hadi Iskandar...” sebut Haydar satu persatu.
“Yup. Dialah minta kes ini disiasat balik. Kalau kau nak tahu dialah yang buat laporan tentang kehilangan gadis bernama Dhia Afina, 11 tahun yang lepas. Pihak polis dah berputus asa nak siasat kes ni. Sebab gadis ini hilang tanpa jejak. Ada yang kata dia kena langgar lari lepas tu dicampak ke laut atau ke dalam gaung. Mayat dan jasadnya lesap begitu saja. Ada pula cakap dia kena culik dibawa ke luar Negara. Yang mana satu betul hanya Tuhan saja.”
Kata-kata itu tidak masuk ke telinga Haydar. Dia masih memikirkan sesuatu. Nama yang membuat report seakan dia kenal rapat dengan lelaki itu. ‘Abang Hadry anak pak long Hadi Iskandar. Abang kepada arwah papa aku Hadi Firdaus. Mungkinkah dia? Tapi apa kaitan dia dengan Afina?’
“Haydar!” Sergah Stella. Dia punya potpet potpet rancak bercakap, Haydar boleh buat tak dengar. Haru betul!
“Stella aku akan handle kes ini. Bagi aku alamat dia. Aku akan jumpa dia,”pinta Haydar. Dengan  pantas dia bangkit sambil mengelek fail.
“Eh,eh kau nak ke mana ni?” Soal Stella terburu-buru.
“Jumpa Encik Hadry Iskandar,” jawab Haydar sambil tersengih.
“Aku ikut,”cantas Stella laju.
“Tak perlu. Aku sendiri boleh selesaikan kes ni,” bantah Haydar lembut.
“Kau pasti?” duga Stella. Hairan kenapa Haydar nampak begitu tertarik dengan kes itu. sedangkan setiap kali kes lama hendak dibuka. Lelaki itulah mula-mula akan mengeluh dan membebel.
“Aku pasti,” jawab Haydar penuh keyakinan. “Nanti kau mesej nombor fon dia dekat handset aku,” ujar dia pula. Jaket yang tersarung di kerusi ditarik lalu disarungkan ke tubuh. Tanpa berlengah dia keluar dari pejabatnya. Hadry iskandar harus dia ketemui.
Malam itu seperti yang dijanjikan, Hadry memaklumkan kepada Haydar dia akan menemui lelaki itu. Memandangkan belah petang dia sangat sibuk dengan urusan syarikat. Tiba di Restoran Tom Yam ala Thai yang bersebelahan dengan pasar raya Tunas Manja, Haydar mencari tempat agak terselindung sedikit. Sementara menunggu kedatangan hadry, dia membaca dokumen yang terkandung maklumat peribadai usahawan berjaya itu.
Nama : Hadry Iskandar Bin Hadi Iskandar
Nama Ayah : Hadi Iskandar Bin Ismail
Nama Ibu : Halisa Binti Haris Muklis
Umur : 40 Tahun
Jantina: Lelaki
Tempat Lahir : Temerloh
Jawatan Sekarang : Pengarah Syarikat Haris Muklis Snd Bhd
Menetap di Korea selama 12 tahun
Mendapat Ijazah Perniagaan di UM.

‘Memang tak syak lagi. Dia adalah abang sepupu aku dari sebelah arwah papa. Sungguh aku tak sangka begitu kecilnya dunia. Membesar dan bermain bersama-sama ketika di Korea suatu ketika dahulu. Kami berpisah sebab arwah papa mahu menetap di Temerloh manakala pak long tetap mahu tinggal di Korea. Berpisah sekian lama akhirnya berjumpa jua di Malaysia. Abang Hadry... tak sangka Hydar, abang merupakan cucu kepada Tuan Haris yang pernah pukul Hydar dulu. Yang cuba merogol perempuan Haydar. Tapi... Haydar hairan kenapa abang ambik berat pasal Fina? Abang pernah kenal Afina ke?’

“Maafkan saya, inspektor Haydar Firdaus?” soal Hadry sebaik tiba di sebuah meja.

Haydar bagaikan tersedar. Dia panggung wajah. Kemudian dia bangkit. “Ya saya. Sila duduk Encik Hadry,” pelawa Haydar sambil mempersilakan lelaki itu duduk.

“Terima kasih. Hmm... ada apa yang inspektor nak jumpa saya?” soal Hadry sebaik order dibuat.
“Begini, tujuan saya datang jumpa encik. Saya nak bincang tentang kes 11 tahun yang lepas. Kes kehilangan gadis 15 tahun bernama Dhia Afina. Encik kan yang buat laporan itu dulu?” jelas Haydar.

“Oh, ya saya sendiri.”

“Kalau boleh saya tahu, kenapa encik nak buka kes ni semula? Dan siapa gadis ini dengan encik?” Duga Haydar cuba mencari reaksi di sebalik wajah itu.

Hadry senyum hambar. Wajah Haydar di hadapan ditatap sekilas sebelum dia memalingkan wajahnya ke jalan raya yang sibuk itu. “Dia adalah amanah untuk saya jaga. Dia tak ada apa kaitan pun dengan saya malah kenal pun tidak. Tapi untuk pengetahuan awak dia sangat penting dalam hidup saya,”jawab Hadry berjeda. Dia kembali menoleh Haydar yang duduk bertentangan.

“Saya nak awak buka kes tu balik. Siasat di mana dia berada sekarang,” sambung Hadry lagi.
“Setahu sayalah, orang yang pegang kes ni cakap budak ni dah mati,” provok Haydar.
Hadry tergelak kecil. “Saya tak percaya hal itu. Saya yakin dia masih hidup cuma kita tak tahu dia berada di mana. Saya juga yakin dia akan kembali ke sini. Di sini banyak kenangan buat dia,” tutur Hadry penuh keyakinan.
Haydar hanya memerhati. ‘Abang kau pun sukakan dia ke? Abang, kau tak kenal dengan siapa kau berhadapan sekarang. Aku.. akulah Haydar Firdaus. Adik sepupu yang selalu bermain dengan kau sewaktu kita kecil dulu di Korea. Kau mungkin tak kenal aku abang Hadry tapi aku... aku kenal kau.’
“Lagipun ada orang saya cakap, dia pernah nampak budak ni masa dia nak berlepas ke Paris,” ujar Hadry. Minuman yang dipesan sudah pun siap terhidang di meja. Dia menyisip teh ‘o’ suam sedikit untuk menghilangkan dahaga.

Haydar terus kalih. Dahinya berkerut. Otak sedang mencerna sesuatu maklumat. ‘Nampak Afina? Jadi ini bermakna Afina masih hidup dan dia tak mati kan? Ya Allah syukur padaMu.’
“Baiklah Encik Hadry, saya akan buka balik kes ini. Nanti ada apa-maklumat tentang ni saya akan segera maklumkan kepada encik,” tekad Haydar. Dia berjanji akan jejak di mana Afina.
Hadry senyum. Haydar membalas. ‘Tentang perhubungan darah kita.. biarlah menjadi rahsia dulu.’ Desis Haydar.

Balik dari perbincangan Haydar terus memandu menuju ke sungai Temerloh. Tempat dia selalu keluar dengan perempuannya. Kes Afina akan dibuka. Dia sendiri akan turun padang untuk menyiasat tentang kehilangan gadis itu. walaupun Hadry tidak meminta dia tetap akan siasat. Itulah matlamat utama dia menyertai anggota polis.
Batu besar menjadi tempat pelabuhan duduknya. Dia angkat kakinya sebelah. Sebelah lagi dibiarkan berjuntai turun.
“Fina... di mana awak sembunyikan diri? Muncullah pada saya. Saya tak akan berputus asa untuk mencari awak. Tak kira awak di mana pun saya harap awak jaga cinta kita. Saya akan kahwin dengan awak sorang. Sebab awak perempuan saya,” rintih Haydar sendiri.

“Fina... Dhia Afina... kembalilah ke sisi saya. Saya janji akan menjaga dan akan berikan kebahagian yang awak selalu dambakan. Saya tak akan sia-siakan hidup awak. Maafkan saya Fina...”rengek Haydar pula.

“Fir...”

“.. Fir.. “

“...Haydar Firdaus...”
Haydar pandang sebelah kanannya. Bayangan wajah gadis berusia 15 tahun jelas di pandangannya. Kepala senget sebelah tanda manja sambil menyeru namanya berkali-kali-kali.
“Saya Dhia Afina akan sentiasa di hati awak.”
Bayangan itu bersuara lagi.
Haydar mengukir senyum. Disaat tangannya mahu mencapai wajah itu tiba-tiba bayangan itu ghaib dibawa angin.

“Fina...”  serunya perlahan bersama linangan air mata yang mengalir turun.


No comments: