Thursday, 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia

Bab 16


Akhirnya Afina memilih untuk pergi bersama dengan Tuan Haris . Dia terpaksa. Kerana cintakan Haydar Firdaus dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan lelaki itu dari terus menjadi mangsa sepak terajang Tuan Haris .
Afina menyemban wajahnya ke bantal lalu menangis sepuas hati. Dua minggu dia jalani kehidupannya seharian tanpa Haydar di sisinya. Hidupny kembali  suram dan gelap. Perasaan ini sama seperti perasaan yang dialami suatu ketika dahulu. Di mana ibunya dijual menjadi pelacur murahan semata mahu dapatkan wang bagi menanggung belanja persekolahan dia, makan, minum dan pakaian. Kosong!
Sinar keimanan dalam keluarga semakin malap. Wang haram telah mengalirkan dalam badannya menjadi darah daging. Dia tak minta untuk semua itu. Tapi akan daya jalan hidupnya sudah tertulis begitu. Ayah seorang kaki judi. Tak pernah nak solat mahupun menjejak kaki ke masjid. Itulah puncanya. Punca kegelapan dalam sebuah keluarga.
“Fina, mak cik ada sesuatu untuk Fina ni,” ucap mak cik imah dari luar setelah beberapa mengetuk daun pintu bilik afina.
Afina menyeka air mata seketika sebelum dia memanjat turun dari tilam. Ada apa mak cik? Soalnya sebaik daun pintu dikuak dari dalam.
Pandangan mak cik imah jauh ke wajah afina yang nampak sembat dan matanya bengkak. Dia tahu gadis itu sekarang terseksa hidup di rumah ini. Naluri keibuan sangat mengasihi gadis itu. Namun apakan daya dia sendiri masih bergantung hidup dengan Tuan Haris  juga.
“Nah, pak cik kamu bagi surat. Katanya dari kawan kamu.”  Mak cik Imah menyerahkan sepucuk surat kepada Afina.
Afina mengangguk lemah. Sampul surat bertukar tangan. Dia mahu melangkah masuk ke dalam tapi dihalang oleh Mak cik Imah.
“Lepas baca, mak cik harap Fina simpan elok-elok. Jangan sampai Tuan Haris  tahu,” pesan Mak cik Imah bersungguh. Dia takut. Jika Tuan Haris  dapat tahu akan kewujudan surat itu. Afina bertambah terseksa. Tuan Haris  bukan boleh diharap dengan perangai menggila dia itu.
Afina menapak pada kerusi di beranda setelah Mak cik Imah mengundur diri. Surat di tangan dibuka dengan rakus.
Assalamuaikum perempuanku Dhia Afina,
Saya harap awak sentiasa dilindungi Allah. Jika hari ini saya dihalau saya tetap akan jejak awak. Jika hari ini saya dipukul saya tetap berdiri untuk awak. Yakin saya akan datang merampas dari tangan lelaki tua miang itu. Saya akan pastikan awak akan kecapi rasa bahagia bila bersama saya. Saya nak kita bersatu tak kira apa jua sekali pun. Saya akan bawa awak dari sini. Itu janji saya. Datang tau esok jam 10 pagi di sungai. Tempat kita berdua selalu pergi....

Yang tak pernah berhenti mencintaimu....
Haydar Firdaus.

Selesai membaca Afina meremukkan kepingan kertas itu lalu di bawa ke dadanya. Air matanya sekali tumpas.  “Fir... saya akan tunggu awak. Saya nak hidup dengan awak sorang. Bebaskan saya dari rumah jahanam ini,” rintih Afina berkali-kali.

Sungguh dia tekad akan pergi bersama Haydar tak kira ke mana. Cukup umur nanti dia akan kahwin dengan Haydar bukannya dengan Tuan Haris  yang keparat itu. Tuan Haris  mahukan dia kerana nafsu saja. Mungkin bila tiba masanya dia akan dicampak. Dia tak inginkan kehidupan seperti begitu. Dia inginkan seseorang yang boleh menerima dirinya sekarang.


Pagi itu selepas semuanya keluar dari rumah, Afina menapak ke dapur untuk meminta Haydarin mahu pergi dari sini. Dia sememangnya tidak dibenarkan keluar dari rumah apatah lagi pergi ke sekolah. Segalanya perlu dipantau takut dia lari dengan Haydar lagi.
 “Pak cik tolonglah, tolong biarkan Afina pergi dari sini.  Afina dah tak sanggup hidup di rumah ini lagi,” rayu Afina. Lengan Pak cik Salleh di pegang kemas.
Pak cik Salleh yang baru pulang dari menghantar Tuan Haris  ke pejabat, serba salah dibuatnya. Dia jatuhkan pandangan ke lantai. Bukan dia tak mahu. Dia mahu selamatkan  Afina tapi  dalam masa yang sama dia takutkan Tuan Haris .  
Afina beralih kepada Mak cik Imah pula bila rayuannya pada Pak cik Salleh tidak berjaya. “Mak cik.. Fina tahu mak cik sayangkan Fina. Kali ini saja mak cik, Fina minta tolong. Fina tak nak terus  hidup dalam gelumang dosa. Haydarinkan Afina lari dari sini. Haydar sedang menanti  Afina sekarang tolonglah, mak cik…”
 Air mata Mak cik Imah semakin lebat. Tubuh  Afina di peluk erat. “Abang, kita tolong Fina ya,” pinta Mak cik Imah sambil memandang sayu kepada suaminya.
Pak cik Salleh masih senyap. Tidak lama kemudian dia angkat dan menjatuhkan wajahnya semula tanda setuju. “Tapi Fina kena janji dengan kami.”  Pak cik Salleh membuat syarat.
Afina berada dalam pelukan Mak cik Imah pantas mendapatkan Pak cik Salleh. “Terima kasih pak cik, Fina janji akan lakukan asalkan Fina dapat lari dari rumah ini,” ujarnya dalam teruja. Air mata yang berjuntai turun diseka kasar.
“Fina kena janji, bila Fina lari dari rumah ini jangan pernah balik ke rumah ini lagi. Kami nak Fina hidup bahagia di luar sana. Janji ya sayang.” Pak cik Salleh membuat perhitungan untuk kebahagian Dhia Afina.
“Fina janji pak cik, mak cik.” Afina membuat kata putus.
 Kedua Pak cik Salleh dan Mak cik Imah memeluk tubuh Afina erat. Terasa berat hati untuk melepaskan gadis itu keluar. Mereka sudah jatuh sayang akan Afina.
“Fina pergi dulu, kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi!” Jerit Afina sambil melambai tangan.
“Hati-hati Afina!” laung mereka berdua.
“Saya harap, Fina selamat nanti,” suara Mak cik Imah. Tubuh Pak cik Salleh dirangkulnya.
“Insya-Allah, semuanya akan selamat.” Pak cik Salleh memujuk untuk menyedapkan hati sang isteri yang masih teresak-esak.  Bahu Mak cik Imah diusap lembut.
Keluar dari rumah itu Afina berlari dengan sekuat hati. Dalam hatinya perasaan gembira sukar untuk digambarkan. Bebas dari sangkar Tuan Haris . Bebas dari genggam lelaki tua miang keladi!
Fir, kebahagian bakal menjadi milik kita nanti. Desis hati Afina sambil tersengih.
Haydar sampai setengah jam dari masa yang dijanjikan. Dia tidak sabar mahu membawa Afina ke Korea bersama. Selepas membuat panggilan kepada ayahnya dua hari yang lepas, dia sangat gembira kerana orang tuanya cukup memahami dan membenarkan Afina tinggal bersama mereka. Kalau tak ada halangan insya-Allah petang nanti orang tuanya akan tiba di Temerloh seperti yang dikhabarkan oleh ayahnya semasa mereka berbual tempoh hari.
“Uish, lamanya Afina ni? Ke... dia tak dapat keluar. Ya Allah Kau permudahkanlah jalan untuk Fina.” Haydar resah menanti. Dia asyik mengelilingi batang pohon yang besar beberapa kali.
“Firdaus!”
Haydar terus kalih ke belakang bila ada seseorang memanggil namanya. “Mak Usu!” Haydar terkejut. Tiba-tiba adik bongsu ayahnya Mak Usu Anis muncul dengan wajah tersugul.
“Kenapa ni mak usu? Apa yang berlaku?” soal Haydar cuak. Dia menghampiri.
Wanita baru berusia 35 tahun tersendu-sendu menahan tangisan membuatkan Haydar semakin bingung. “Mak usu, cakaplah kenapa ni?”soal Haydar sekali lagi. Lembut dan berhemah.
“Firdaus...mak dan ayah kamu...” jawab Mak Usu Anis dalam sendu.
“Kenapa dengan diorang?” Hati Haydar mula bergelora. Tak mungkin mak su dia mahu beritahu berita baik kalau wajah itu penuh dengan air mata.
“Mereka kemalangan,” balas Mak Usu Anis. Air mata yang masih berlinangan di seka dengan hujung baju kurungnya.
“Apa?! Ya Allah...” Haydar meraup wajahnya. Lututnya bagaikan tercabut skru tatkala mendengar berita buruk itu. Hari kegembiraan bertukar menjadi hari kedukaan baginya.
“Fir tunggu apa lagi, cepatlah kita pergi KL tengok mereka,” gesa Mak Usu Anis.
Haydar mengeluh berat. Kelibat Afina masih belum muncul. Dia semakin gelisah. Mana satu harus diutamakan. Di sebelah kanan keluarga sedang menanti. Di sebelah kiri sebuah perjanjian perlu ditunaikan.
‘Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini. Mama, papa tunggu Fir. Fina mana awak? Argh!’ Haydar berperang dengan hatinya sendiri.
“Fir!” Mak Usu Anis masih menanti.
Haydar pandang wajah ibu saudaranya itu sekilas kemudian dia mengangguk.
‘Fina maafkan saya. Saya harap awak selamat. Tapi saya janji saya tetap akan kembali untuk cari awak. Sabar ya Fina. Tunggu kepulangan saya nanti.’ Itulah ikrar Haydar sebelum dia meninggalkan tempat itu.
Sementara itu, Afina masih berlari untuk cepat sampai ke tempat yang dijanjikan. Perjalanan untuk ke sungai itu dia pun berhati-hati. Takut dihidu oleh konco-konco Tuan Haris .
‘Ya Allah aku bersyukur sangat padaMu. Walaupun aku tak pernah dekat denganMu. Engkau sentiasa melindungi aku malah masih memberi jalan keluar untuk aku hidup bahagia dengan orang yang aku sayang. Terima kasih ya Allah.’ Afina sempat lagi berdoa.
Hampir tiba di sungai Temerloh Afina mempercepatkan langkahnya. Perasaan dia tika itu sukar untuk digambarkan. ‘Fir tunggu Fina!’ Laungnya di hati.
Penat berdiri Afina melabuh duduk di batu besar dengan kaki berjuntai terhayun-hayun. Kedua belah tangan ditongkatkan. Wajahnya melilau ke kanan dan ke kiri. Dekat dengan dua jam dia menanti kelibat Haydar tapi masih belum muncul-muncul juga.
“Mana Fir ni? kenapa lama sangat? Hari dah nak petang ni, nanti Uncle Haris balik. Dia dapat tahu aku tak de dekat rumah nanti macam mana. Matila aku. Fir tolonglah cepat sikit,” rungut Afina. Tangan masih ligat membaling anak batu ke dalam sungai dengan kaki terhayun- hayun. Sesekali dia kerling ke kiri dan kanan. Kot-kot Haydar muncul.
“Afina!”
Berdetum suara Tuan Haris  dari arah belakang Afina. Wajahnya menyinga sambil bercekak pinggang.
Afina tersentap terus kalih. “Uncle!” dia terkejut lantas membalikkan tubuhnya. Tiba-tiba perutnya terasa kecut.
Tuan Haris  mendekati Afina dengan wajah bengis menahan marah. “Kau tak serik-serik lagi ke?!” amuk Tuan Haris .
Nampak Tuan Haris menghampiri Afina mahu membuka langkah hendak lari dari situ. Tapi Tuan Haris  lebih cepat bertindak. Lengan Afina ditarik kasar. “Kau nak ke mana? Nak lari lagi?” tempelak Tuan Haris  pula.
“Uncle… tolong benarkan Fina pergi. Fina tak sanggup nak hidup dengan uncle lagi. Tolonglah biar Fina hidup bahagia dengan orang yang Fina cinta,” rayu Afina. Dia meronta sedikit cuba untuk lepaskan lengannya yang sakit dicengkam kuat oleh Tuan Haris .
“Kau ingat aku ni bodoh! Nak lepaskan kau macam tu saja? ini Harislah. Haris tak akan lepaskan perempuan yang dia mahu ke tangan jantan lain. Tambahan lagi jantan tu baru nak kenal dunia!” ujar Tuan Haris  dengan bangga sambil menepuk dadanya sendiri.
“Uncle, Fina masih budak. Fina tak mampu nak bagi apa yang uncle mahukan.” Afina masih merayu dengan tangisan berirama di bibirnya.
“Aku peduli apa? memang kau tak mampu nak bagi. Tapi kalau dipaksa kau mesti mampu.” Tuan Haris  gelak jahat.
“Nasib baik orang aku ternampak kau dekat sini. Kalau tak, Salleh dan isterinya pasti aku bunuh!” ugut Tuan Haris.
“Uncle!” jerit Afina. Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu. dia sanggup membunuh untuk dapatkan aku.
“Mana buah hati kau? aku tak nampak pun. Fina, kalau dia betul-betul sayang dekat kau. Awal tadi lagi sebelum aku datang dia dah bawa kau lari. Tapi cuba kau tengok sekarang. Ada dia datang?!” Sindir Tuan Haris  kasar tanpa menghiraukan pekikan gadis itu. Tubuh Afina diseret kasar untuk di bawa masuk ke dalam kereta anak buahnya. Dia sengaja tidak menelefon Pak cik Salleh. Sebab dia tahu pemandu itu turut terlibat sama dengan Afina untuk melarikan diri daripada genggaman dia.
Usai mesyuarat tadi, dia dikejutkan dengan panggilan dari anak buahnya yang mengatakan bahawa mereka ternampak Afina sedaang berkeliaran di sungai Temerloh. Terus saja dia ke sana. Ternyata benar Afina di situ sedang menanti sang kekasih.
“Dia akan datang. Tapi lambat sikit. Tolonglah uncle… lepaskan Fina bersama Firdaus.” Afina masih memujuk. Dia cuba untuk mengelak daripada masuk ke dalam perut kereta.
Tuan Haris  mendengus kasar. Lengan Afina dilepaskan secara kasar. “Baik. Kita tunggu. 15 minit kalau dia tak muncul juga. Kau Dhia Afina akan menjadi milik aku, Haris seumur hidup!” ujar Tuan Haris . Dia cuba memberi peluang dalam masa dia mengugut. Hati lelakinya kuat menyatakan bahawa budak lelaki itu tidak akan datang.
15 minit berlalu…
“15 minit dah cukup. Mana jantan yang kau duk puja siang malam tu?” perli Tuan Haris . Kata-katanya sangat mendalam. Dia yang duduk bersandar sambil memeluk tubuh di kereta hanya tersenyum herot.
Afina gelisah. Dia masih tertinjau-tinjau kelibat Haydar yang masih belum muncul. Tangannya digesel-gesel. Tanda dia betul-betul gelisah. ‘Fir dekat mana awak? mana janji-janji awak nak bawa saya pergi dari sini. Uncle pun dah bagi peluang tapi mana awak? awak dah khianati janji kita ke? sampai hati awak.’ Rintih Afina dalam hati.
Afina kalih pada Tuan Haris  di sebelah. “Uncle 10 minit lagi,” pinta Afina cuba merayu.
“10 minit ke 100 minit lagi ke. Dia tetap tak akan datang! Dah ikut aku balik.” Tuan Haris  dah bosan menunggu. Hatinya tergelak jahat. Gadis bernama Afina telah menjadi miliknya.
Tuan Haris  mendekati Afina lalu memaut bahu gadis itu ke tubuhnya. “Fina akan jadi milik abang untuk selamanya,” bisik Tuan Haris  ke telinga Afina.
Afina meronta untuk dilepaskan. “Tak. Tak mungkin uncle! cinta saya hanya untuk Firdaus sorang,” bentak Afina.
Baran Tuan Haris  kembali. Gadis itu diheret kasar sekali lagi. Sebaik pintu kereta terbuka dia menolak tubuh kecil Afina masuk ke dalam. “Lantak kaulah, kalau kau nak serahkan cinta kau  pada budak tak guna tu. Tapi jasad kau akan menjadi milik aku selamanya!” ugut Tuan Haris . Dia juga turut membolos masuk. “Bob, gerak sekarang,” arah dia pula.
“Tak nak! Fir… tolong Fina, Fir!” jerit Afina sambil mengetuk tingkap kereta berkali-kali. Seolah Haydar ada di luar. Tak cukup dengan itu dia cuba membuka pintu kereta pula tapi dihalang oleh Tuan Haris . Afina menggelupur sekuat hati. 
Tuan Haris  geram terus menarik tubuh Afina lalu dirangkul sekemas mungkin untuk menghentikan rontaan gadis itu. Afina menangis sekuat hati. Tuan Haris  menggosok kepala Afina dengan lembut. Seakan memujuk anak kecil menangis. Bukan niatnya mahu berkasar dengan gadis itu. Tapi dia takut akan kehilangan gadis itu.
Tiba di pekarangan rumah, Tuan Haris  menarik tangan Afina untuk masuk ke dalam. “Salleh! Imah!” laung Tuan Hari kuat.
Mendengar suara majikan mereka bergema terkonco-konco pasangan suami isteri itu berlari ke hadapan untuk mendapatkan arahan. Puan Halisa dan Alia yang duduk di atas turut terkejut sama dan keluar ke bilik untuk mendapatkan Tuan Haris .
“Salleh! Imah! Kalau korang sayangkan nyawa korang. Mulai detik ini jangan sesekali lepaskan Fina keluar dari kawasan rumah ini tanpa Haydarin daripada aku, faham!” arah Tuan Haris  tegas dan keras.
Afina masih terhinjut-hinjut menahan tangisan. Dia panggung wajah untuk mencari pasangan itu. Pak cik Salleh dan Mak cik Imah hanya mengangguk. Arahan diterima. Sebak rasanya di dalam hati mereka. Sangkakan Afina dah selamat pergi dari sini rupanya tidak. Gadis itu kembali lagi ke sini.
“Apahal ni papa?” sampuk Puan Halisa sebaik tiba di bawah bersama dengan anaknya Alia.
“Kau diam! Aku tahu kenapa Fina lari. Sebabnya kau!” Jawab Tuan Haris  seraya menuding jari tepat ke muka anaknya. “Kau dan anak kaulah punca segalanya. Sekali lagi aku dengar atau aku dapat kesan ada calar di tubuh Afina. Aku tak akan teragak-agak nak halau korang dari rumah ni.” Tuan Haris  memberi amaran.
Puan Halisa dan Alia tergamam sendiri. Wajah mereka masam mencuka. Tidak puas hati dengan sikap Tuan Haris  yang mementing orang luar dari darah daging sendiri.
“Imah, bawa Fina masuk bilik,” arah Tuan Haris . “Sayang masuk mandi dan berehat dulu. Malam nanti kita bincang,”ujar Tuan Haris  kepada Afina. Lembut dan perlahan saja kedengaran.
 Sebelum Afina melangkah pergi Tuan Haris  sempat mengucup dahi gadis itu tanpa rasa segan pada yang memerhati. Afina cuba mengelak tapi tak sempat.
“Meh, Fina,” ajak Mak cik Imah. Lengan Afina dipegang lalu membawa naik ke atas.Afina tidak membantah hanya menurut. Hatinya cukup terluka dengan Haydar.
Tengok Afina menapak naik ke atas Tuan Haris  kembali keluar bersama Pak cik Salleh. Dia masih ada urusan kerja yang harus diselesaikan. Itulah tugas seorang usahawan berjaya. Tak reti duduk diam.
“Mom, Lia benci atuk!” bentak Alia geram.
“Sabarlah sayang. Kita tunggu sedikit waktu lagi. Mamy akan pastikan budak tu berambus dari sini seperti kucing kurap yang tak bertuan,” pujuk Puan Halisa sambil tergelak jahat. Rancangan untuk menghalau Afina dari rumah ini akan diteruskan.
“Tak sabar rasanya Lia nak tunggu saat itu,” tambah Alia turut ketawa.
Masuk saja ke bilik, Afina terus berlari dan menghempas badannya ke tilam. Sekali lagi dia menyemban wajahnya ke bantal dan menangis lagi. “Kenapa Fir buat Fina macam ni mak cik? Dia janji nak bawa Fina pergi. Tapi dia ke mana? kenapa dia tak datang? Dia khianat pada Fina ke mak cik?” rengek Afina bertubi-tubi. Tangan kanan memukul-mukul tilam yang empuk itu.
Mak cik Imah mendekat lalu melabuh duduk di birai katil. Belakang tubuh Afina digosok lembut. “Sabar sayang... mungkin dia ada hal,” pujuknya.
Afina bangkit lalu meyimpul silang. “Dekat tiga jam Fina tunggu dia macam orang gila! Tapi dia tak muncul-muncul juga. Dia bencikan Fina! Fina tahu dia dah tak sayangkan Fina. Kalau dia sayangkan Fina, dia tak akan buat Fina macam ni kan mak cik? Allah pun tak sayangkan Fina. Sebab tu Allah tak pernah nak bagi kebahagian untuk Fina kan?” tonasi suara Afina tidak beralun. Sekejap meninggi sekejap menurun.
Mak cik Imah menyeka air mata yang mengalir turun. Tubuh Afina dirangkul. “Allah tak pernah bencikan Afina malah Allah terlalu sayangkan Fina. Cuma Allah nak uji sedikit. Nak suruh Fina sentiasa ingatkan Dia. Firdaus pun sama. Dia tak benci mungkin dia ada hal sebab tu dia tak datang tadi.” Mak cik Imah memujuk agar gadis itu tidak mempersalahkan takdir.
Afina terus menangis dalam pelukkan Mak cik Imah. Dia menyesal sebab terlalu percayakan Haydar Firdaus. Akhirnya dia sendiri yang merana.

‘Ya Allah kenapa Kau uji aku? Aku tak mampu nak hadap semua ini. Aku tak nak hidup aku terus diselubungi cahaya kemalapan yang tak akan disinari cahaya keimanan dariMu.’

Wednesday, 18 September 2013

Aku Ingin Bahagia 13

Bab 13
Penat berlatih sukan, Alia mencari tempat untuk berteduh. Tangannya mengibas muka yang membahang kepanasan. Botol mineral dicapai lalu meneguk sedikit untuk menghilangkan kehausan di kerongkongnya.
“Kak Alia kan, cucu Tuan Haris ?”
Seseorang menyapa Alia dari belakang. Alia kalih ke belakang dengan wajah berkerut kemudian dia mengangguk perlahan. “Siapa awak?” soal Alia, gadis hadapannya dipandang sekilas.
“Emma. Kawan sekelas Afina.”
“Uf!” Alia mendengus kasar. “Kalau kawan budak tu baik kau blah. Aku tak nak ada kaitan dengan dia mahupun kawan-kawan dia faham!” bidas Alia sombong, dia bangkit untuk meninggalkan gadis itu.
“Kak Lia sekejap. Saya bukan kawan yang akan fikirkan. Begini saya dan Afina memang tak pernah sebulu sejak dulu lagi. Mak dia keji, sanggup pisahkan ayah dan mak saya.”
Alia pandang Emma sekilas kemudian dia memandang kawan-kawanya yang asyik berlatih bola jaring di gelang.  “Ada aku kesah pasal budak tu,” balasnya.
“Kak kena ambil kesah. Saya tahu Kak Llia juga tak sukakan dia kan? Hari tu saya lihat Kak Lia ada tampar dia.  Kita sama. Sama-sama bencikan Afina. Dulu senang saja nak buli dan kenakan dia tapi bila budak baru tu datang. Susah untuk kenakan dia. Apa yang hebatnya Afina di mata dia saya sendiri tak faham?”
“Budak lelaki?” soal Alia.
Emma mengangguk.
“Haydar Firdaus?”
“Ya, mana akak tahu?”
Alia tersenyum menyenget.
“Haa.. Kak Lia itupun mereka,” suara Emma. Jarinya lurus menunjuk ke arah Afina dan Haydar yang sedang seronok berlatih badminton bersama-sama.
Automatik kornea Alia menghala ke situ. Diteliti wajah Haydar. “Hrmm... boleh tahan juga orangnya.”
“Kak Lia nak tengok saja mereka?” soal Emma cuba mencucuk aura-aura kejahatan di dalam hati Alia yang sememangnya sudah ada sekelumit niat jahat.
Alia menjeling sekilas sambil tersenyum menyenget. “Aku nak biarkan mereka? Hrmm... itu bukan namanya Hana Alia. Kau tunggu dan tengok saja kat sini,” Alia bertutur dengan bongkak. Tak sampai seminit, dia melaung memanggil Afina.
“Afina!”
Afina yang mahu menyambut baling dari Haydar di seberang sana terkejut dan terlepas. Dia menoleh ke sana ke sini mencari siapa gerangan yang memanggilnya itu bagaikan suara halintar.
“Fina, kenapa?” soal Haydar bila melihat Afina terhenti dari bermain.
“Saya dengar ada orang panggil nama saya tadi.”
“Perasaan awak je kot. Dahlah mari kita sambung main,” sangkal Haydar supaya Afina meneruskan permainan.
Afina menurut perintah Haydar. Dia tidak mempedulikan panggilan itu. Alia mendengus geram. Geram pangilannya di ibarat angin berlalu sepi. Dia mendekati Afina dan Haydar sambil memeluk tubuh.
“Oii Fina, pekak ke apa?!”
Afina terkejut lantas menoleh. “Kak Lia!”
Alia gigit hujung bibir. “Aku panggil kau macam nak tercabut anak tekak boleh kau buat bodoh?” marah Alia dengan anak mata dijengilkan sedikit.
Jadi betullah aku apa yang aku dengar tadi, ada orang panggil nama aku. Orang itu adalah Kak Lia,gumam Afina.
“Oii! tak akan dah pekak kot,” herdik Alia kasar.
“Kak tak baik cakap orang macam tu. Nanti apa yang kakak cakap itu akan kembali kepada kakak balik,” tegur Haydar dengan bahasa yang lembut.
Alia menjeling maut kepada Haydar. “Fina pergi ambil persalinan aku dekat dalam kelas sekarang!” arah Alia.
Afina blur seketika.
“Kau dengar ke tak ni? Ee… tengok muka kau ni buat hati bertambah panas ada! Cepat sikit aku nak salin baju, sekejap lagi nak balik!” tempelak Alia lagi
Belum sempat Afina berbuat apa-apa. Haydar lebih dahulu bersuara. “Tunggu Fina,” larangnya sambil memapir menghampiri Afina. “Itu bukan tugas awak, jadi jangan nak terlalu baik sangat,” tegas Haydar matanya tidak berkelip memandang wajah sombong Alia itu.
“Hey, kau siapa nak pandai-pandai atur hidup dia!”
“Kakak tanya saya siapa dengan Fina? Okey, saya kekasih Afina. Itu jawapan saya wajarlah kalau saya larang dia untuk buat perkara yang membebankan dia. Sekarang saya soal kakak balik. Kakak siapa dengan Afina?”
Alia membuntang biji mata, menahan marah.
“ Kenapa senyap? Tiada jawapan?” sindir Haydar dengan wajah sinis.
‘Er.. bencinya. Lelaki ni memang tak guna. Sama tak berguna macam Afina si bodoh tu!’
“Fina jom kita balik,” ajak Haydar supaya meninggalkan padang itu.
Afina mengangguk lalu membontot Haydar dari belakang. Dia sempat lagi meminta maaf dari Alia.
“Haydar!” Panggil Alia tiba-tiba.
Haydar berhenti lalu menoleh ke belakang. “Kenapa? Ada yang tak selesai lagi ke?” Soal Haydar tenang.
“Kau pasti akan menyesal nanti sebab terlibat dengan keluarga aku!” Alia memberi amaran. Dia akan pastikan Haydar menyesal. Untuk menyatakan Afina itu bakal nenek tiri barunya dia tidak sanggup. Budak 15 tahun itu akan menjadi nenek barunya tidak kena diejek dek pelajar sekolah ini nanti. Berhubungan dengan Afina, Haydar bakal menempah maut.
Haydar tersengih. “Ya, saya akan menyesal. Menyesal sebab biarkan Afina dibuli oleh perempuan berlagak sombong seperti awak,” balas Haydar dengan sinis yang begitu menghiris hati Alia, sebelum dia dan Afina kembali melangkah.
Alia tersentap. ‘Berani sungguh budak lelaki ni,’gerutu Alia.
“Hah, Kak Lia! tak akan nak biarkan saja mereka. Kita perlu buat sesuatu,” sergah Emma tetiba.
Alia masih memerhati susuk tubuh dua orang manusia di hadapanya. “Aku tak biarkan!” balasnya dengan nada benci.
“Kak Lia,” panggil Emma seraya membisikkan sesuatu di telinga gadis itu.
Alia mengukir senyuman jahat. “Aku setuju.”

      Afina asyik berbincang kertas latih tubi untuk persediaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan Haydar tanpa menghiraukan rakan-rakan sekelas yang lain. Baginya cukuplah ada Haydar seorang di sampingnya. Dia tidak perlukan kawan-kawan yang lain kerana hanya Haydar seorang saja yang betul-betul memahami dirinya.
Wajah Haydar ditatap lembut. Tiba-tiba hatinya sebak bila memikirkan nasib dia dan Haydar. Masihkah ada peluang untuk dia larikan diri dengan Haydar setelah perjanjian yang dibuat dengan Tuan Haris  bakal dituntut dua tahun lagi.
Haydar tidak penat bercoleteh itu perasaan akan dirinya ditatap lama oleh Afina. “Eh, kenapa tenung saya lama-lama ni? bahaya tahu,” selorohnya.
Afina senyum. “Kenapa pula bahaya? Bukan luat pun kalau saya tenung lama-lama,” balas Afina dengan gurauan juga.
Mereka gelak bersama-sama.
“Fir…” panggil Afina bila tawanya reda.
“Hrmm…” balas Haydar pendek. Pandangannya melekat pada wajah Afina yang berwajah redup itu.
“Awak sayang saya kan? Awak sanggup tunggu saya?”
Berkerut dahi Haydar bila Afina tiba-tiba menyoal soal hati dan perasaan. Dia sekadar mengangguk.
“Andai kata kita tak dapat lari bersama… awak masih nak tunggu saya?” Sayu saja kedengaran suara Afina bertutur.
“Fina jangan cakap macam tu!” Bantah Haydar.
“Fir, kita tak tahu apa takdir kita nanti. Apa yang saya ingin dengar dari awak…  adakah awak sanggup tunggu saya? Sanggup menerima saya seadanya diri saya?”
Haydar membisu seketika.  Mata mereka berlaga. “Saya akan,” balasnya penuh keyakinan.
Afina mengukir senyuman. Sebuah senyuman bahagia.
“Assalamualaikum! Hari ini kami akan buat spotcheck, kami terima aduan ada pelajar bawa video lucah dekat sekolah.”
Tiba-tiba guru disiplin bersama pengawas sekolah itu masuk ke dalam kelas untuk membuat pemeriksaan secara mendadak. Terkulat-kulat pelajar dalam kelas bila sebut pasal spotcheck.
“Sila berdiri dekat luar sekarang,” arah guru displin.
Afina dan Haydar bangkit untuk keluar sama seperti pelajar lain. Aktiviti menggeladah beg secara besar-besaran dilakukan. Habis semua benda di dalam beg sekolah pelajar disepahkan. Tiba-tiba guru disiplin menjerit sambil mengangkat beg sekolah berwarna coklat pekat.
“Ini beg siapa?”
Haydar dan Afina saling bertatapan. “Itu beg saya,” jawab Haydar.
“Oo, jadi awaklah budak tu. Mari ikut saya ke bilik pengetua,” tegas saja suara guru disiplin yang lain senyap. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri.
“Cikgu salah faham. Ada orang fitnah saya!” nafi Haydar cuba membela diri.
“Nak cakap banyak dekat bilik pengetua nanti,” sindir guru disiplin. Lengan Haydar diheret kasar untuk pergi bersama-samanya. Afina terkebil-kebil.
“Padan muka, pasti kena gantung sekolah. Senang sikit kerja aku nak jalan,” Emma tersenyum puas. Ada sesuatu yang dia sembunyikan.
Afina perasan akan kelakuan Emma itu. Dia yakin gadis itulah pembawa wabak fitnah.
“Saya tak bersalah cikgu! Saya tak bawa semua tu!” Haydar mempertahankan diri.
“Kalau awak tak bawa kenapa benda kotor ni ada dalam beg awak?” soal guru disiplin keras sekali tona suaranya.
“Saya tak tahu!” balas Haydar kasar.
“Hrmm…pencuri tak akan mengaku dia pencuri begitu juga dengan pesalah dia tak akan mengaku bersalah,” sinis sekali jawapan guru disiplin itu.
“Demi Allah saya tak bawa!” Haydar bersumpah.
“Jangan nak main sumpah-sumpah kalau tak sumpah itu akan makan diri awak nanti,” marah guru disiplin dengan mata terjengil.
“Sudah-sudah. Jangan nak bertengking dekat sini. Hrmm.. macam nilah telefon penjaga awak suruh mereka datang sekarang,” arah Tuan Pengetua berhemah, berdepan dengan remaja dia perlu bijak.
Haydar kacip gigi ketat-ketat. Ini kali pertama dalam hidup dia dituduh sebagai budak jahat. Ilmu agama yang dibekal oleh orang tuanya masih kuat, tak mungkin dia akan  buat perkara kotor apatah lagi membawa benda-benda itu mesti dia difitnah tapi siapa yang busuk hati itu?
15 minit kemudian mak saudara Haydar, Puan Anis penjaga di sini datang ke sekolah untuk menyelesaikan masalah Haydar. Tuan Pengetua dan guru disiplin telah membuat kata sepakat terpaksa mengantung sesi persekolahan Haydar selama dua minggu sebagai hukuman kepada remaja itu.
Puan Anis mengeluh dan terpaksa akur dengan keputusan pihak sekolah. Dia menatap wajah anak saudaranya dengan hiba, dia tahu Haydar bukan anak yang jahat. “Maafkan Haydar cikgu, saya harap masalah ini tidak diperbesarkan lagi,” suara Puan Anis cuba memujuk pengetua agar Haydar tidak digantung sekolah.
“Maafkan kami puan tapi ini jalan yang terbaik. Tidak adillah kalau dia tidak didenda, apa kata pelajar lain malah pihak kami khuatir pelajar lain semakin berani membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” berjeda Tuan Pengetua, tidak makan dengan pujukan Puan Anis itu.
“Hrm… baiklah. Kalau macam tu kami pulang dulu, ya. Terima kasih cikgu.” Puan Anis meminta Haydar untuk pulang. Tangan Haydar dipegang lembut cuba menenangkan hati remaja itu.
“Haydar, cikgu harap selepas ini kamu tak buat hal lagi. Kamu budak cerdik, cikgu tahu itu,” Tuan Pengetua sempat berpesan. Dia tahu Haydar budak cerdik berdasarkan sijil-sijil yang dibawa oleh bapanya semasa membuat pendaftaran dulu.
“Terima kasih cikgu, saya terima hukuman ini tak bermakna saya yang bersalah,” jawab Haydar berbaur sinis sebelum menapak keluar dari bilik pengetua.
Tuan Pengetua terkedu. “Betul ke tindakan aku ini?” Dia bersoal sendiri.
“Fir, awak okey tak?”soal Afina sebaik Haydar menapak masuk ke dalam kelas.
Haydar mendengus, hatinya bengkak bila dituduh sebagai pengedar video lucah. Wajah Afina di sisi direnung lembut sebelum dia mengangguk tanda dia tak de apa-apa.
“Alhamduillah, baguslah kalau macam tu. Saya risau tadi takut awak kena rotan ke apa  nasib baik tak.” Afina memanjat kesyukuran lelaki yang dia sayangi terselamat. “Saya tahu cd itu bukan awak yang punya. Mesti ada orang nak sabotaj awak,”
Kata-kata Afina membuatkan Haydar menyedari sesuatu anak matanya lantas mencari kelibat seseorang. ‘Emma atau Yasman? Hanya mereka berdua saja asyik cari pasal dengan aku dan Afina. Aku yakin salah seorang dari mereka atau kedua-duanya sekali terlibat dalam hal ini,’duga Haydar di benaknya sekarang.
“Fir!Fir! awak dengar tak ni?” Panggil Afina berkali-kali bila Haydar tidak menjawab persoalannya.
“Maaf. Fina tanya apa tadi?” soal Haydar kembali. Tangan giat mengemas segala peralatannya untuk di masukkan ke dalam beg. Dia perlu cepat, emak saudaranya sudah sedia menunggu di kereta.
“Saya tanya awak nak pergi mana? Siap berkemas barang lagi?” Sekali lagi wajah gadis itu di pandang. Sedih dihatinya bukan kerana kena gantung sekolah tapi sedih memikirkan bagaimana nanti keadaan Afina jika dia tiada di sekolah ini selama dua minggu pasti Afina terus dibuli.
Afina masih menanti jawapan dari Haydar. Haydar memikul begnya sambil mengeluh. “Saya kena gantung sekolah dua minggu.”
“Apa? Gantung? Awak tak salah Fir, kenapa awak kena gantung pula?”
“Fina, hanya awak seorang yang percayakan saya tapi cikgu.. pengetua semua tak percaya. Haa…” Haydar mengeluh kecil sebelum menyambung bicara.
 “…awak jangan risau saya okey saja. Awak tu.. awak kena jaga diri bila saya tak de dekat sekolah nanti jangan biar Emma terus buli awak faham?” berjeda Haydar menasihati buah hatinya.
Afina tersentap, matanya tiba-tiba berair. “Betul ke? Habislah saya nanti,” keluh Afina kesayuan.
“Fina dengar sini, awak kena kuatkan semangat. Lawan balik. Fir akan cuba datang ke sekolah untuk memerhatikan Fina dari jauh.”  Haydar buat kata janji. Perjanjian mahu memastikan Afina tenang berada di sekolah ini ketika dia tiada.
“Terima kasih Fir, saya akan cuba,” janji Afina.
“Macam nilah gadis Fir. Hrmm… Fir terpaksa balik dulu. Ingat pesanan Fir tu, ya.” Haydar sempat berpesan buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar tanpa menghiraukan rakan sekelas yang lain.
Afina mengangguk lemah susuk tubuh Haydar dari belakang dipandang dengan penuh syahdu.
“So sad, angel penyelamat dah kena halau macam anjing kurap!” tiba-tiba Emma datang tanpa diundang menyampuk dengan bahasa kasar.
Afina lantas kalih ke arah gadis itu, sakit hati bila mendengar kata-kata Emma itu. “Saya tahu Haydar tak bersalah dan saya tahu siapa yang buat?”Afina cuba menduga hati Emma.
Emma pandang wajah Afina sambil tersengih sinis. “Kenapa kau nak tuduh aku yang buat ke?”
“Siapa yang makan cili dia terasa kepedasannya,” bidas Afina pantas.
Mata tajam menikam Afina, rambut gadis itu direntak kasar. “Eh, perempuan mulut tu jaga sikit! Hutang kau dengan aku tak terlunas lagi,” ugut Emma sebelum pergi dari situ.

Afina menggosok sedikit rasa mahu tersiat kulit kepalanya. ‘Fir, macamana Fina nak hadapi semua ini sendiri,’ rintih Afina.