Bab 13
Penat berlatih sukan, Alia
mencari tempat untuk berteduh. Tangannya mengibas muka yang membahang
kepanasan. Botol mineral dicapai lalu meneguk sedikit untuk menghilangkan
kehausan di kerongkongnya.
“Kak Alia kan, cucu Tuan Haris ?”
Seseorang menyapa Alia dari belakang. Alia kalih ke belakang
dengan wajah berkerut kemudian dia mengangguk perlahan. “Siapa awak?” soal Alia,
gadis hadapannya dipandang sekilas.
“Emma. Kawan sekelas Afina.”
“Uf!” Alia mendengus kasar. “Kalau kawan budak tu baik
kau blah. Aku tak nak ada kaitan dengan dia mahupun kawan-kawan dia faham!” bidas
Alia sombong, dia bangkit untuk meninggalkan gadis itu.
“Kak Lia sekejap. Saya bukan kawan yang akan fikirkan.
Begini saya dan Afina memang tak pernah sebulu sejak dulu lagi. Mak dia keji,
sanggup pisahkan ayah dan mak saya.”
Alia pandang Emma sekilas kemudian dia memandang
kawan-kawanya yang asyik berlatih bola jaring di gelang. “Ada aku kesah pasal budak tu,” balasnya.
“Kak kena ambil kesah. Saya tahu Kak Llia juga tak
sukakan dia kan? Hari tu saya lihat Kak Lia ada tampar dia. Kita sama. Sama-sama bencikan Afina. Dulu
senang saja nak buli dan kenakan dia tapi bila budak baru tu datang. Susah
untuk kenakan dia. Apa yang hebatnya Afina di mata dia saya sendiri tak faham?”
“Budak lelaki?” soal Alia.
Emma mengangguk.
“Haydar Firdaus?”
“Ya, mana akak tahu?”
Alia tersenyum menyenget.
“Haa.. Kak Lia itupun mereka,” suara Emma. Jarinya
lurus menunjuk ke arah Afina dan Haydar yang sedang seronok berlatih badminton
bersama-sama.
Automatik kornea Alia menghala ke situ. Diteliti wajah
Haydar. “Hrmm... boleh tahan juga orangnya.”
“Kak Lia nak tengok saja mereka?” soal Emma cuba
mencucuk aura-aura kejahatan di dalam hati Alia yang sememangnya sudah ada sekelumit
niat jahat.
Alia menjeling sekilas sambil tersenyum menyenget. “Aku
nak biarkan mereka? Hrmm... itu bukan namanya Hana Alia. Kau tunggu dan tengok
saja kat sini,” Alia bertutur dengan bongkak. Tak sampai seminit, dia melaung
memanggil Afina.
“Afina!”
Afina yang mahu menyambut baling dari Haydar di
seberang sana terkejut dan terlepas. Dia menoleh ke sana ke sini mencari siapa
gerangan yang memanggilnya itu bagaikan suara halintar.
“Fina, kenapa?” soal Haydar bila melihat Afina
terhenti dari bermain.
“Saya dengar ada orang panggil nama saya tadi.”
“Perasaan awak je kot. Dahlah mari kita sambung main,”
sangkal Haydar supaya Afina meneruskan permainan.
Afina menurut perintah Haydar. Dia tidak mempedulikan panggilan itu. Alia mendengus geram. Geram
pangilannya di ibarat angin berlalu sepi. Dia mendekati Afina dan Haydar sambil
memeluk tubuh.
“Oii
Fina, pekak ke apa?!”
Afina
terkejut lantas menoleh. “Kak Lia!”
Alia
gigit hujung bibir. “Aku panggil kau macam nak tercabut anak tekak boleh kau
buat bodoh?” marah Alia dengan anak mata dijengilkan sedikit.
Jadi
betullah aku apa yang aku dengar tadi, ada orang panggil nama aku. Orang itu
adalah Kak Lia,gumam Afina.
“Oii!
tak akan dah pekak kot,” herdik Alia kasar.
“Kak
tak baik cakap orang macam tu. Nanti apa yang kakak cakap itu akan kembali
kepada kakak balik,” tegur Haydar dengan bahasa yang lembut.
Alia
menjeling maut kepada Haydar. “Fina pergi ambil persalinan aku dekat dalam
kelas sekarang!” arah Alia.
Afina
blur seketika.
“Kau
dengar ke tak ni? Ee… tengok muka kau ni buat hati bertambah panas ada! Cepat
sikit aku nak salin baju, sekejap lagi nak balik!” tempelak Alia lagi
Belum
sempat Afina berbuat apa-apa. Haydar lebih dahulu bersuara. “Tunggu Fina,”
larangnya sambil memapir menghampiri Afina. “Itu bukan tugas awak, jadi jangan
nak terlalu baik sangat,” tegas Haydar matanya tidak berkelip memandang wajah
sombong Alia itu.
“Hey,
kau siapa nak pandai-pandai atur hidup dia!”
“Kakak
tanya saya siapa dengan Fina? Okey, saya kekasih Afina. Itu jawapan saya
wajarlah kalau saya larang dia untuk buat perkara yang membebankan dia.
Sekarang saya soal kakak balik. Kakak siapa dengan Afina?”
Alia
membuntang biji mata, menahan marah.
“
Kenapa senyap? Tiada jawapan?” sindir Haydar dengan wajah sinis.
‘Er..
bencinya. Lelaki ni memang tak guna. Sama tak berguna macam Afina si bodoh tu!’
“Fina
jom kita balik,” ajak Haydar supaya meninggalkan padang itu.
Afina
mengangguk lalu membontot Haydar dari belakang. Dia sempat lagi meminta maaf
dari Alia.
“Haydar!”
Panggil Alia tiba-tiba.
Haydar
berhenti lalu menoleh ke belakang. “Kenapa? Ada yang tak selesai lagi ke?” Soal
Haydar tenang.
“Kau
pasti akan menyesal nanti sebab terlibat dengan keluarga aku!” Alia memberi
amaran. Dia akan pastikan Haydar menyesal. Untuk menyatakan Afina itu bakal
nenek tiri barunya dia tidak sanggup. Budak 15 tahun itu akan menjadi nenek
barunya tidak kena diejek dek pelajar sekolah ini nanti. Berhubungan dengan Afina,
Haydar bakal menempah maut.
Haydar
tersengih. “Ya, saya akan menyesal. Menyesal sebab biarkan Afina dibuli oleh
perempuan berlagak sombong seperti awak,” balas Haydar dengan sinis yang begitu
menghiris hati Alia, sebelum dia dan Afina kembali melangkah.
Alia
tersentap. ‘Berani sungguh budak lelaki ni,’gerutu Alia.
“Hah,
Kak Lia! tak akan nak biarkan saja mereka. Kita perlu buat sesuatu,” sergah Emma
tetiba.
Alia
masih memerhati susuk tubuh dua orang manusia di hadapanya. “Aku tak biarkan!” balasnya
dengan nada benci.
“Kak
Lia,” panggil Emma seraya membisikkan sesuatu di telinga gadis itu.
Alia
mengukir senyuman jahat. “Aku setuju.”
Afina asyik berbincang kertas latih
tubi untuk persediaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan Haydar tanpa
menghiraukan rakan-rakan sekelas yang lain. Baginya cukuplah ada Haydar seorang
di sampingnya. Dia tidak perlukan kawan-kawan yang lain kerana hanya Haydar
seorang saja yang betul-betul memahami dirinya.
Wajah
Haydar ditatap lembut. Tiba-tiba hatinya sebak bila memikirkan nasib dia dan Haydar.
Masihkah ada peluang untuk dia larikan diri dengan Haydar setelah perjanjian
yang dibuat dengan Tuan Haris bakal
dituntut dua tahun lagi.
Haydar
tidak penat bercoleteh itu perasaan akan dirinya ditatap lama oleh Afina. “Eh, kenapa
tenung saya lama-lama ni? bahaya tahu,” selorohnya.
Afina
senyum. “Kenapa pula bahaya? Bukan luat pun kalau saya tenung lama-lama,” balas
Afina dengan gurauan juga.
Mereka
gelak bersama-sama.
“Fir…”
panggil Afina bila tawanya reda.
“Hrmm…”
balas Haydar pendek. Pandangannya melekat pada wajah Afina yang berwajah redup
itu.
“Awak
sayang saya kan? Awak sanggup tunggu saya?”
Berkerut
dahi Haydar bila Afina tiba-tiba menyoal soal hati dan perasaan. Dia sekadar
mengangguk.
“Andai
kata kita tak dapat lari bersama… awak masih nak tunggu saya?” Sayu saja
kedengaran suara Afina bertutur.
“Fina
jangan cakap macam tu!” Bantah Haydar.
“Fir,
kita tak tahu apa takdir kita nanti. Apa yang saya ingin dengar dari awak… adakah awak sanggup tunggu saya? Sanggup
menerima saya seadanya diri saya?”
Haydar
membisu seketika. Mata mereka berlaga. “Saya
akan,” balasnya penuh keyakinan.
Afina
mengukir senyuman. Sebuah senyuman bahagia.
“Assalamualaikum!
Hari ini kami akan buat spotcheck, kami terima aduan ada pelajar bawa
video lucah dekat sekolah.”
Tiba-tiba
guru disiplin bersama pengawas sekolah itu masuk ke dalam kelas untuk membuat
pemeriksaan secara mendadak. Terkulat-kulat pelajar dalam kelas bila sebut
pasal spotcheck.
“Sila
berdiri dekat luar sekarang,” arah guru displin.
Afina
dan Haydar bangkit untuk keluar sama seperti pelajar lain. Aktiviti menggeladah
beg secara besar-besaran dilakukan. Habis semua benda di dalam beg sekolah
pelajar disepahkan. Tiba-tiba guru disiplin menjerit sambil mengangkat beg
sekolah berwarna coklat pekat.
“Ini
beg siapa?”
Haydar
dan Afina saling bertatapan. “Itu beg saya,” jawab Haydar.
“Oo,
jadi awaklah budak tu. Mari ikut saya ke bilik pengetua,” tegas saja suara guru
disiplin yang lain senyap. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri.
“Cikgu
salah faham. Ada orang fitnah saya!” nafi Haydar cuba membela diri.
“Nak
cakap banyak dekat bilik pengetua nanti,” sindir guru disiplin. Lengan Haydar diheret
kasar untuk pergi bersama-samanya. Afina terkebil-kebil.
“Padan
muka, pasti kena gantung sekolah. Senang sikit kerja aku nak jalan,” Emma
tersenyum puas. Ada sesuatu yang dia sembunyikan.
Afina
perasan akan kelakuan Emma itu. Dia yakin gadis itulah pembawa wabak fitnah.
“Saya
tak bersalah cikgu! Saya tak bawa semua tu!” Haydar mempertahankan diri.
“Kalau
awak tak bawa kenapa benda kotor ni ada dalam beg awak?” soal guru disiplin
keras sekali tona suaranya.
“Saya
tak tahu!” balas Haydar kasar.
“Hrmm…pencuri
tak akan mengaku dia pencuri begitu juga dengan pesalah dia tak akan mengaku
bersalah,” sinis sekali jawapan guru disiplin itu.
“Demi
Allah saya tak bawa!” Haydar bersumpah.
“Jangan
nak main sumpah-sumpah kalau tak sumpah itu akan makan diri awak nanti,” marah guru
disiplin dengan mata terjengil.
“Sudah-sudah.
Jangan nak bertengking dekat sini. Hrmm.. macam nilah telefon penjaga awak
suruh mereka datang sekarang,” arah Tuan Pengetua berhemah, berdepan dengan
remaja dia perlu bijak.
Haydar
kacip gigi ketat-ketat. Ini kali pertama dalam hidup dia dituduh sebagai budak
jahat. Ilmu agama yang dibekal oleh orang tuanya masih kuat, tak mungkin dia akan buat perkara kotor apatah lagi membawa
benda-benda itu mesti dia difitnah tapi siapa yang busuk hati itu?
15
minit kemudian mak saudara Haydar, Puan Anis penjaga di sini datang ke sekolah
untuk menyelesaikan masalah Haydar. Tuan Pengetua dan guru disiplin telah
membuat kata sepakat terpaksa mengantung sesi persekolahan Haydar selama dua
minggu sebagai hukuman kepada remaja itu.
Puan
Anis mengeluh dan terpaksa akur dengan keputusan pihak sekolah. Dia menatap
wajah anak saudaranya dengan hiba, dia tahu Haydar bukan anak yang jahat. “Maafkan
Haydar cikgu, saya harap masalah ini tidak diperbesarkan lagi,” suara Puan Anis
cuba memujuk pengetua agar Haydar tidak digantung sekolah.
“Maafkan
kami puan tapi ini jalan yang terbaik. Tidak adillah kalau dia tidak didenda,
apa kata pelajar lain malah pihak kami khuatir pelajar lain semakin berani
membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” berjeda Tuan Pengetua, tidak
makan dengan pujukan Puan Anis itu.
“Hrm…
baiklah. Kalau macam tu kami pulang dulu, ya. Terima kasih cikgu.” Puan Anis meminta
Haydar untuk pulang. Tangan Haydar dipegang lembut cuba menenangkan hati remaja
itu.
“Haydar,
cikgu harap selepas ini kamu tak buat hal lagi. Kamu budak cerdik, cikgu tahu
itu,” Tuan Pengetua sempat berpesan. Dia tahu Haydar budak cerdik berdasarkan
sijil-sijil yang dibawa oleh bapanya semasa membuat pendaftaran dulu.
“Terima
kasih cikgu, saya terima hukuman ini tak bermakna saya yang bersalah,” jawab Haydar
berbaur sinis sebelum menapak keluar dari bilik pengetua.
Tuan
Pengetua terkedu. “Betul ke tindakan aku ini?” Dia bersoal sendiri.
“Fir,
awak okey tak?”soal Afina sebaik Haydar menapak masuk ke dalam kelas.
Haydar
mendengus, hatinya bengkak bila dituduh sebagai pengedar video lucah. Wajah Afina
di sisi direnung lembut sebelum dia mengangguk tanda dia tak de apa-apa.
“Alhamduillah,
baguslah kalau macam tu. Saya risau tadi takut awak kena rotan ke apa nasib baik tak.” Afina memanjat kesyukuran
lelaki yang dia sayangi terselamat. “Saya tahu cd itu bukan awak yang punya. Mesti
ada orang nak sabotaj awak,”
Kata-kata
Afina membuatkan Haydar menyedari sesuatu anak matanya lantas mencari kelibat
seseorang. ‘Emma atau Yasman? Hanya mereka berdua saja asyik cari pasal dengan
aku dan Afina. Aku yakin salah seorang dari mereka atau kedua-duanya sekali
terlibat dalam hal ini,’duga Haydar di benaknya sekarang.
“Fir!Fir!
awak dengar tak ni?” Panggil Afina berkali-kali bila Haydar tidak menjawab
persoalannya.
“Maaf.
Fina tanya apa tadi?” soal Haydar kembali. Tangan giat mengemas segala
peralatannya untuk di masukkan ke dalam beg. Dia perlu cepat, emak saudaranya
sudah sedia menunggu di kereta.
“Saya
tanya awak nak pergi mana? Siap berkemas barang lagi?” Sekali lagi wajah gadis
itu di pandang. Sedih dihatinya bukan kerana kena gantung sekolah tapi sedih
memikirkan bagaimana nanti keadaan Afina jika dia tiada di sekolah ini selama
dua minggu pasti Afina terus dibuli.
Afina
masih menanti jawapan dari Haydar. Haydar memikul begnya sambil mengeluh. “Saya
kena gantung sekolah dua minggu.”
“Apa?
Gantung? Awak tak salah Fir, kenapa awak kena gantung pula?”
“Fina,
hanya awak seorang yang percayakan saya tapi cikgu.. pengetua semua tak
percaya. Haa…” Haydar mengeluh kecil sebelum menyambung bicara.
“…awak jangan risau saya okey saja. Awak tu..
awak kena jaga diri bila saya tak de dekat sekolah nanti jangan biar Emma terus
buli awak faham?” berjeda Haydar menasihati buah hatinya.
Afina
tersentap, matanya tiba-tiba berair. “Betul ke? Habislah saya nanti,” keluh Afina
kesayuan.
“Fina
dengar sini, awak kena kuatkan semangat. Lawan balik. Fir akan cuba datang ke
sekolah untuk memerhatikan Fina dari jauh.”
Haydar buat kata janji. Perjanjian mahu memastikan Afina tenang berada
di sekolah ini ketika dia tiada.
“Terima
kasih Fir, saya akan cuba,” janji Afina.
“Macam
nilah gadis Fir. Hrmm… Fir terpaksa balik dulu. Ingat pesanan Fir tu, ya.” Haydar
sempat berpesan buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar tanpa
menghiraukan rakan sekelas yang lain.
Afina
mengangguk lemah susuk tubuh Haydar dari belakang dipandang dengan penuh
syahdu.
“So
sad, angel penyelamat dah kena halau macam anjing kurap!” tiba-tiba Emma
datang tanpa diundang menyampuk dengan bahasa kasar.
Afina
lantas kalih ke arah gadis itu, sakit hati bila mendengar kata-kata Emma itu. “Saya
tahu Haydar tak bersalah dan saya tahu siapa yang buat?”Afina cuba menduga hati
Emma.
Emma
pandang wajah Afina sambil tersengih sinis. “Kenapa kau nak tuduh aku yang buat
ke?”
“Siapa
yang makan cili dia terasa kepedasannya,” bidas Afina pantas.
Mata
tajam menikam Afina, rambut gadis itu direntak kasar. “Eh, perempuan mulut tu
jaga sikit! Hutang kau dengan aku tak terlunas lagi,” ugut Emma sebelum pergi
dari situ.
Afina
menggosok sedikit rasa mahu tersiat kulit kepalanya. ‘Fir, macamana Fina nak
hadapi semua ini sendiri,’ rintih Afina.
No comments:
Post a Comment