Thursday, 15 May 2014

Aku Ingin Bahagia

Bab 16


Akhirnya Afina memilih untuk pergi bersama dengan Tuan Haris . Dia terpaksa. Kerana cintakan Haydar Firdaus dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan lelaki itu dari terus menjadi mangsa sepak terajang Tuan Haris .
Afina menyemban wajahnya ke bantal lalu menangis sepuas hati. Dua minggu dia jalani kehidupannya seharian tanpa Haydar di sisinya. Hidupny kembali  suram dan gelap. Perasaan ini sama seperti perasaan yang dialami suatu ketika dahulu. Di mana ibunya dijual menjadi pelacur murahan semata mahu dapatkan wang bagi menanggung belanja persekolahan dia, makan, minum dan pakaian. Kosong!
Sinar keimanan dalam keluarga semakin malap. Wang haram telah mengalirkan dalam badannya menjadi darah daging. Dia tak minta untuk semua itu. Tapi akan daya jalan hidupnya sudah tertulis begitu. Ayah seorang kaki judi. Tak pernah nak solat mahupun menjejak kaki ke masjid. Itulah puncanya. Punca kegelapan dalam sebuah keluarga.
“Fina, mak cik ada sesuatu untuk Fina ni,” ucap mak cik imah dari luar setelah beberapa mengetuk daun pintu bilik afina.
Afina menyeka air mata seketika sebelum dia memanjat turun dari tilam. Ada apa mak cik? Soalnya sebaik daun pintu dikuak dari dalam.
Pandangan mak cik imah jauh ke wajah afina yang nampak sembat dan matanya bengkak. Dia tahu gadis itu sekarang terseksa hidup di rumah ini. Naluri keibuan sangat mengasihi gadis itu. Namun apakan daya dia sendiri masih bergantung hidup dengan Tuan Haris  juga.
“Nah, pak cik kamu bagi surat. Katanya dari kawan kamu.”  Mak cik Imah menyerahkan sepucuk surat kepada Afina.
Afina mengangguk lemah. Sampul surat bertukar tangan. Dia mahu melangkah masuk ke dalam tapi dihalang oleh Mak cik Imah.
“Lepas baca, mak cik harap Fina simpan elok-elok. Jangan sampai Tuan Haris  tahu,” pesan Mak cik Imah bersungguh. Dia takut. Jika Tuan Haris  dapat tahu akan kewujudan surat itu. Afina bertambah terseksa. Tuan Haris  bukan boleh diharap dengan perangai menggila dia itu.
Afina menapak pada kerusi di beranda setelah Mak cik Imah mengundur diri. Surat di tangan dibuka dengan rakus.
Assalamuaikum perempuanku Dhia Afina,
Saya harap awak sentiasa dilindungi Allah. Jika hari ini saya dihalau saya tetap akan jejak awak. Jika hari ini saya dipukul saya tetap berdiri untuk awak. Yakin saya akan datang merampas dari tangan lelaki tua miang itu. Saya akan pastikan awak akan kecapi rasa bahagia bila bersama saya. Saya nak kita bersatu tak kira apa jua sekali pun. Saya akan bawa awak dari sini. Itu janji saya. Datang tau esok jam 10 pagi di sungai. Tempat kita berdua selalu pergi....

Yang tak pernah berhenti mencintaimu....
Haydar Firdaus.

Selesai membaca Afina meremukkan kepingan kertas itu lalu di bawa ke dadanya. Air matanya sekali tumpas.  “Fir... saya akan tunggu awak. Saya nak hidup dengan awak sorang. Bebaskan saya dari rumah jahanam ini,” rintih Afina berkali-kali.

Sungguh dia tekad akan pergi bersama Haydar tak kira ke mana. Cukup umur nanti dia akan kahwin dengan Haydar bukannya dengan Tuan Haris  yang keparat itu. Tuan Haris  mahukan dia kerana nafsu saja. Mungkin bila tiba masanya dia akan dicampak. Dia tak inginkan kehidupan seperti begitu. Dia inginkan seseorang yang boleh menerima dirinya sekarang.


Pagi itu selepas semuanya keluar dari rumah, Afina menapak ke dapur untuk meminta Haydarin mahu pergi dari sini. Dia sememangnya tidak dibenarkan keluar dari rumah apatah lagi pergi ke sekolah. Segalanya perlu dipantau takut dia lari dengan Haydar lagi.
 “Pak cik tolonglah, tolong biarkan Afina pergi dari sini.  Afina dah tak sanggup hidup di rumah ini lagi,” rayu Afina. Lengan Pak cik Salleh di pegang kemas.
Pak cik Salleh yang baru pulang dari menghantar Tuan Haris  ke pejabat, serba salah dibuatnya. Dia jatuhkan pandangan ke lantai. Bukan dia tak mahu. Dia mahu selamatkan  Afina tapi  dalam masa yang sama dia takutkan Tuan Haris .  
Afina beralih kepada Mak cik Imah pula bila rayuannya pada Pak cik Salleh tidak berjaya. “Mak cik.. Fina tahu mak cik sayangkan Fina. Kali ini saja mak cik, Fina minta tolong. Fina tak nak terus  hidup dalam gelumang dosa. Haydarinkan Afina lari dari sini. Haydar sedang menanti  Afina sekarang tolonglah, mak cik…”
 Air mata Mak cik Imah semakin lebat. Tubuh  Afina di peluk erat. “Abang, kita tolong Fina ya,” pinta Mak cik Imah sambil memandang sayu kepada suaminya.
Pak cik Salleh masih senyap. Tidak lama kemudian dia angkat dan menjatuhkan wajahnya semula tanda setuju. “Tapi Fina kena janji dengan kami.”  Pak cik Salleh membuat syarat.
Afina berada dalam pelukan Mak cik Imah pantas mendapatkan Pak cik Salleh. “Terima kasih pak cik, Fina janji akan lakukan asalkan Fina dapat lari dari rumah ini,” ujarnya dalam teruja. Air mata yang berjuntai turun diseka kasar.
“Fina kena janji, bila Fina lari dari rumah ini jangan pernah balik ke rumah ini lagi. Kami nak Fina hidup bahagia di luar sana. Janji ya sayang.” Pak cik Salleh membuat perhitungan untuk kebahagian Dhia Afina.
“Fina janji pak cik, mak cik.” Afina membuat kata putus.
 Kedua Pak cik Salleh dan Mak cik Imah memeluk tubuh Afina erat. Terasa berat hati untuk melepaskan gadis itu keluar. Mereka sudah jatuh sayang akan Afina.
“Fina pergi dulu, kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi!” Jerit Afina sambil melambai tangan.
“Hati-hati Afina!” laung mereka berdua.
“Saya harap, Fina selamat nanti,” suara Mak cik Imah. Tubuh Pak cik Salleh dirangkulnya.
“Insya-Allah, semuanya akan selamat.” Pak cik Salleh memujuk untuk menyedapkan hati sang isteri yang masih teresak-esak.  Bahu Mak cik Imah diusap lembut.
Keluar dari rumah itu Afina berlari dengan sekuat hati. Dalam hatinya perasaan gembira sukar untuk digambarkan. Bebas dari sangkar Tuan Haris . Bebas dari genggam lelaki tua miang keladi!
Fir, kebahagian bakal menjadi milik kita nanti. Desis hati Afina sambil tersengih.
Haydar sampai setengah jam dari masa yang dijanjikan. Dia tidak sabar mahu membawa Afina ke Korea bersama. Selepas membuat panggilan kepada ayahnya dua hari yang lepas, dia sangat gembira kerana orang tuanya cukup memahami dan membenarkan Afina tinggal bersama mereka. Kalau tak ada halangan insya-Allah petang nanti orang tuanya akan tiba di Temerloh seperti yang dikhabarkan oleh ayahnya semasa mereka berbual tempoh hari.
“Uish, lamanya Afina ni? Ke... dia tak dapat keluar. Ya Allah Kau permudahkanlah jalan untuk Fina.” Haydar resah menanti. Dia asyik mengelilingi batang pohon yang besar beberapa kali.
“Firdaus!”
Haydar terus kalih ke belakang bila ada seseorang memanggil namanya. “Mak Usu!” Haydar terkejut. Tiba-tiba adik bongsu ayahnya Mak Usu Anis muncul dengan wajah tersugul.
“Kenapa ni mak usu? Apa yang berlaku?” soal Haydar cuak. Dia menghampiri.
Wanita baru berusia 35 tahun tersendu-sendu menahan tangisan membuatkan Haydar semakin bingung. “Mak usu, cakaplah kenapa ni?”soal Haydar sekali lagi. Lembut dan berhemah.
“Firdaus...mak dan ayah kamu...” jawab Mak Usu Anis dalam sendu.
“Kenapa dengan diorang?” Hati Haydar mula bergelora. Tak mungkin mak su dia mahu beritahu berita baik kalau wajah itu penuh dengan air mata.
“Mereka kemalangan,” balas Mak Usu Anis. Air mata yang masih berlinangan di seka dengan hujung baju kurungnya.
“Apa?! Ya Allah...” Haydar meraup wajahnya. Lututnya bagaikan tercabut skru tatkala mendengar berita buruk itu. Hari kegembiraan bertukar menjadi hari kedukaan baginya.
“Fir tunggu apa lagi, cepatlah kita pergi KL tengok mereka,” gesa Mak Usu Anis.
Haydar mengeluh berat. Kelibat Afina masih belum muncul. Dia semakin gelisah. Mana satu harus diutamakan. Di sebelah kanan keluarga sedang menanti. Di sebelah kiri sebuah perjanjian perlu ditunaikan.
‘Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini. Mama, papa tunggu Fir. Fina mana awak? Argh!’ Haydar berperang dengan hatinya sendiri.
“Fir!” Mak Usu Anis masih menanti.
Haydar pandang wajah ibu saudaranya itu sekilas kemudian dia mengangguk.
‘Fina maafkan saya. Saya harap awak selamat. Tapi saya janji saya tetap akan kembali untuk cari awak. Sabar ya Fina. Tunggu kepulangan saya nanti.’ Itulah ikrar Haydar sebelum dia meninggalkan tempat itu.
Sementara itu, Afina masih berlari untuk cepat sampai ke tempat yang dijanjikan. Perjalanan untuk ke sungai itu dia pun berhati-hati. Takut dihidu oleh konco-konco Tuan Haris .
‘Ya Allah aku bersyukur sangat padaMu. Walaupun aku tak pernah dekat denganMu. Engkau sentiasa melindungi aku malah masih memberi jalan keluar untuk aku hidup bahagia dengan orang yang aku sayang. Terima kasih ya Allah.’ Afina sempat lagi berdoa.
Hampir tiba di sungai Temerloh Afina mempercepatkan langkahnya. Perasaan dia tika itu sukar untuk digambarkan. ‘Fir tunggu Fina!’ Laungnya di hati.
Penat berdiri Afina melabuh duduk di batu besar dengan kaki berjuntai terhayun-hayun. Kedua belah tangan ditongkatkan. Wajahnya melilau ke kanan dan ke kiri. Dekat dengan dua jam dia menanti kelibat Haydar tapi masih belum muncul-muncul juga.
“Mana Fir ni? kenapa lama sangat? Hari dah nak petang ni, nanti Uncle Haris balik. Dia dapat tahu aku tak de dekat rumah nanti macam mana. Matila aku. Fir tolonglah cepat sikit,” rungut Afina. Tangan masih ligat membaling anak batu ke dalam sungai dengan kaki terhayun- hayun. Sesekali dia kerling ke kiri dan kanan. Kot-kot Haydar muncul.
“Afina!”
Berdetum suara Tuan Haris  dari arah belakang Afina. Wajahnya menyinga sambil bercekak pinggang.
Afina tersentap terus kalih. “Uncle!” dia terkejut lantas membalikkan tubuhnya. Tiba-tiba perutnya terasa kecut.
Tuan Haris  mendekati Afina dengan wajah bengis menahan marah. “Kau tak serik-serik lagi ke?!” amuk Tuan Haris .
Nampak Tuan Haris menghampiri Afina mahu membuka langkah hendak lari dari situ. Tapi Tuan Haris  lebih cepat bertindak. Lengan Afina ditarik kasar. “Kau nak ke mana? Nak lari lagi?” tempelak Tuan Haris  pula.
“Uncle… tolong benarkan Fina pergi. Fina tak sanggup nak hidup dengan uncle lagi. Tolonglah biar Fina hidup bahagia dengan orang yang Fina cinta,” rayu Afina. Dia meronta sedikit cuba untuk lepaskan lengannya yang sakit dicengkam kuat oleh Tuan Haris .
“Kau ingat aku ni bodoh! Nak lepaskan kau macam tu saja? ini Harislah. Haris tak akan lepaskan perempuan yang dia mahu ke tangan jantan lain. Tambahan lagi jantan tu baru nak kenal dunia!” ujar Tuan Haris  dengan bangga sambil menepuk dadanya sendiri.
“Uncle, Fina masih budak. Fina tak mampu nak bagi apa yang uncle mahukan.” Afina masih merayu dengan tangisan berirama di bibirnya.
“Aku peduli apa? memang kau tak mampu nak bagi. Tapi kalau dipaksa kau mesti mampu.” Tuan Haris  gelak jahat.
“Nasib baik orang aku ternampak kau dekat sini. Kalau tak, Salleh dan isterinya pasti aku bunuh!” ugut Tuan Haris.
“Uncle!” jerit Afina. Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu. dia sanggup membunuh untuk dapatkan aku.
“Mana buah hati kau? aku tak nampak pun. Fina, kalau dia betul-betul sayang dekat kau. Awal tadi lagi sebelum aku datang dia dah bawa kau lari. Tapi cuba kau tengok sekarang. Ada dia datang?!” Sindir Tuan Haris  kasar tanpa menghiraukan pekikan gadis itu. Tubuh Afina diseret kasar untuk di bawa masuk ke dalam kereta anak buahnya. Dia sengaja tidak menelefon Pak cik Salleh. Sebab dia tahu pemandu itu turut terlibat sama dengan Afina untuk melarikan diri daripada genggaman dia.
Usai mesyuarat tadi, dia dikejutkan dengan panggilan dari anak buahnya yang mengatakan bahawa mereka ternampak Afina sedaang berkeliaran di sungai Temerloh. Terus saja dia ke sana. Ternyata benar Afina di situ sedang menanti sang kekasih.
“Dia akan datang. Tapi lambat sikit. Tolonglah uncle… lepaskan Fina bersama Firdaus.” Afina masih memujuk. Dia cuba untuk mengelak daripada masuk ke dalam perut kereta.
Tuan Haris  mendengus kasar. Lengan Afina dilepaskan secara kasar. “Baik. Kita tunggu. 15 minit kalau dia tak muncul juga. Kau Dhia Afina akan menjadi milik aku, Haris seumur hidup!” ujar Tuan Haris . Dia cuba memberi peluang dalam masa dia mengugut. Hati lelakinya kuat menyatakan bahawa budak lelaki itu tidak akan datang.
15 minit berlalu…
“15 minit dah cukup. Mana jantan yang kau duk puja siang malam tu?” perli Tuan Haris . Kata-katanya sangat mendalam. Dia yang duduk bersandar sambil memeluk tubuh di kereta hanya tersenyum herot.
Afina gelisah. Dia masih tertinjau-tinjau kelibat Haydar yang masih belum muncul. Tangannya digesel-gesel. Tanda dia betul-betul gelisah. ‘Fir dekat mana awak? mana janji-janji awak nak bawa saya pergi dari sini. Uncle pun dah bagi peluang tapi mana awak? awak dah khianati janji kita ke? sampai hati awak.’ Rintih Afina dalam hati.
Afina kalih pada Tuan Haris  di sebelah. “Uncle 10 minit lagi,” pinta Afina cuba merayu.
“10 minit ke 100 minit lagi ke. Dia tetap tak akan datang! Dah ikut aku balik.” Tuan Haris  dah bosan menunggu. Hatinya tergelak jahat. Gadis bernama Afina telah menjadi miliknya.
Tuan Haris  mendekati Afina lalu memaut bahu gadis itu ke tubuhnya. “Fina akan jadi milik abang untuk selamanya,” bisik Tuan Haris  ke telinga Afina.
Afina meronta untuk dilepaskan. “Tak. Tak mungkin uncle! cinta saya hanya untuk Firdaus sorang,” bentak Afina.
Baran Tuan Haris  kembali. Gadis itu diheret kasar sekali lagi. Sebaik pintu kereta terbuka dia menolak tubuh kecil Afina masuk ke dalam. “Lantak kaulah, kalau kau nak serahkan cinta kau  pada budak tak guna tu. Tapi jasad kau akan menjadi milik aku selamanya!” ugut Tuan Haris . Dia juga turut membolos masuk. “Bob, gerak sekarang,” arah dia pula.
“Tak nak! Fir… tolong Fina, Fir!” jerit Afina sambil mengetuk tingkap kereta berkali-kali. Seolah Haydar ada di luar. Tak cukup dengan itu dia cuba membuka pintu kereta pula tapi dihalang oleh Tuan Haris . Afina menggelupur sekuat hati. 
Tuan Haris  geram terus menarik tubuh Afina lalu dirangkul sekemas mungkin untuk menghentikan rontaan gadis itu. Afina menangis sekuat hati. Tuan Haris  menggosok kepala Afina dengan lembut. Seakan memujuk anak kecil menangis. Bukan niatnya mahu berkasar dengan gadis itu. Tapi dia takut akan kehilangan gadis itu.
Tiba di pekarangan rumah, Tuan Haris  menarik tangan Afina untuk masuk ke dalam. “Salleh! Imah!” laung Tuan Hari kuat.
Mendengar suara majikan mereka bergema terkonco-konco pasangan suami isteri itu berlari ke hadapan untuk mendapatkan arahan. Puan Halisa dan Alia yang duduk di atas turut terkejut sama dan keluar ke bilik untuk mendapatkan Tuan Haris .
“Salleh! Imah! Kalau korang sayangkan nyawa korang. Mulai detik ini jangan sesekali lepaskan Fina keluar dari kawasan rumah ini tanpa Haydarin daripada aku, faham!” arah Tuan Haris  tegas dan keras.
Afina masih terhinjut-hinjut menahan tangisan. Dia panggung wajah untuk mencari pasangan itu. Pak cik Salleh dan Mak cik Imah hanya mengangguk. Arahan diterima. Sebak rasanya di dalam hati mereka. Sangkakan Afina dah selamat pergi dari sini rupanya tidak. Gadis itu kembali lagi ke sini.
“Apahal ni papa?” sampuk Puan Halisa sebaik tiba di bawah bersama dengan anaknya Alia.
“Kau diam! Aku tahu kenapa Fina lari. Sebabnya kau!” Jawab Tuan Haris  seraya menuding jari tepat ke muka anaknya. “Kau dan anak kaulah punca segalanya. Sekali lagi aku dengar atau aku dapat kesan ada calar di tubuh Afina. Aku tak akan teragak-agak nak halau korang dari rumah ni.” Tuan Haris  memberi amaran.
Puan Halisa dan Alia tergamam sendiri. Wajah mereka masam mencuka. Tidak puas hati dengan sikap Tuan Haris  yang mementing orang luar dari darah daging sendiri.
“Imah, bawa Fina masuk bilik,” arah Tuan Haris . “Sayang masuk mandi dan berehat dulu. Malam nanti kita bincang,”ujar Tuan Haris  kepada Afina. Lembut dan perlahan saja kedengaran.
 Sebelum Afina melangkah pergi Tuan Haris  sempat mengucup dahi gadis itu tanpa rasa segan pada yang memerhati. Afina cuba mengelak tapi tak sempat.
“Meh, Fina,” ajak Mak cik Imah. Lengan Afina dipegang lalu membawa naik ke atas.Afina tidak membantah hanya menurut. Hatinya cukup terluka dengan Haydar.
Tengok Afina menapak naik ke atas Tuan Haris  kembali keluar bersama Pak cik Salleh. Dia masih ada urusan kerja yang harus diselesaikan. Itulah tugas seorang usahawan berjaya. Tak reti duduk diam.
“Mom, Lia benci atuk!” bentak Alia geram.
“Sabarlah sayang. Kita tunggu sedikit waktu lagi. Mamy akan pastikan budak tu berambus dari sini seperti kucing kurap yang tak bertuan,” pujuk Puan Halisa sambil tergelak jahat. Rancangan untuk menghalau Afina dari rumah ini akan diteruskan.
“Tak sabar rasanya Lia nak tunggu saat itu,” tambah Alia turut ketawa.
Masuk saja ke bilik, Afina terus berlari dan menghempas badannya ke tilam. Sekali lagi dia menyemban wajahnya ke bantal dan menangis lagi. “Kenapa Fir buat Fina macam ni mak cik? Dia janji nak bawa Fina pergi. Tapi dia ke mana? kenapa dia tak datang? Dia khianat pada Fina ke mak cik?” rengek Afina bertubi-tubi. Tangan kanan memukul-mukul tilam yang empuk itu.
Mak cik Imah mendekat lalu melabuh duduk di birai katil. Belakang tubuh Afina digosok lembut. “Sabar sayang... mungkin dia ada hal,” pujuknya.
Afina bangkit lalu meyimpul silang. “Dekat tiga jam Fina tunggu dia macam orang gila! Tapi dia tak muncul-muncul juga. Dia bencikan Fina! Fina tahu dia dah tak sayangkan Fina. Kalau dia sayangkan Fina, dia tak akan buat Fina macam ni kan mak cik? Allah pun tak sayangkan Fina. Sebab tu Allah tak pernah nak bagi kebahagian untuk Fina kan?” tonasi suara Afina tidak beralun. Sekejap meninggi sekejap menurun.
Mak cik Imah menyeka air mata yang mengalir turun. Tubuh Afina dirangkul. “Allah tak pernah bencikan Afina malah Allah terlalu sayangkan Fina. Cuma Allah nak uji sedikit. Nak suruh Fina sentiasa ingatkan Dia. Firdaus pun sama. Dia tak benci mungkin dia ada hal sebab tu dia tak datang tadi.” Mak cik Imah memujuk agar gadis itu tidak mempersalahkan takdir.
Afina terus menangis dalam pelukkan Mak cik Imah. Dia menyesal sebab terlalu percayakan Haydar Firdaus. Akhirnya dia sendiri yang merana.

‘Ya Allah kenapa Kau uji aku? Aku tak mampu nak hadap semua ini. Aku tak nak hidup aku terus diselubungi cahaya kemalapan yang tak akan disinari cahaya keimanan dariMu.’

No comments: