Sunday 18 May 2014

Aku Ingin Bahagia 21



Bab 21


Usai membuat perbincangan Hadry baru memanggil pelayan restoran untuk memesan makan untuk mereka berdua. Masa masuk tadi gadis itu tidak mahu pesan apa-apa lagi selagi perbincangan belum selesai. Hormati keputusan clientnya Hadry ikutkan saja.

“Cik Anne nak makan apa?” tanya Hadry. Matanya masih setia menatap wajah Afina.

Afina mendonggak sedikit kemudian dia mengukir senyum. “Tak kesah,” balasnya pendek kemudian menatap kembali kertas cadangan lakaran untuk butiknya nanti.

Bergetar hati lelaki Hadry bila melihat senyuman di wajah gadis itu. Mungkin ini di namakan cinta pandang pertama. “Kalau macam tu saya pesan tom yam, ya?” Hadry minta persetujuan.

Afina mengangguk kecil. Kaki menyimpul silang. Mata masih ralit meneliti dekoran yang direka oleh pekerja Hadry. Kekadang keningnya naik. Kekadang mulut nipis itu mengerot ke kiri dan kanan. Tekun Hadry memerhati. Wajah itu nampak comel di matanya.

“Tak sangkakan dunia ini kecil saja,” suara Hadry cuba menarik perhatian gadis di hadapannya itu.

Afina memanggung wajahnya sambil berkerut. Wajah Hadry di cari. “Apa Encik Hadry cakap?” soal dia kembali.

Hadry tergelak kecil. “Tak, maksud saya dunia ini sungguh kecil. Siapa sangka orang yang akan berurus niaga dengan saya adalah cik Anne yang melanggar saya semalam. Saya dapatkan rasa semua ini takdir untuk menemukan kita.” Hadry menjelas.

Afina kalih ke sebelah bersama senyuman herot. ‘Bukan takdir yang menentukan. Tapi aku… aku yang rancang semua itu Hadry,’ jawab Afina dalam hati.

“Hmm… saya suka deko ni. Simple dan menarik. Boleh saya tanya sikit, selain dekat Kuantan ada lagi tak tempat yang lebih strategik?” soal Afina. Ucapan Hadry langsung tidak memberi kesan pada hatinya.

“Maksud Cik Anne?” Hadry meminta pencerahan, keningnya naik sedikit.

Afina menopang dagu sambil memandang wajah Hadry. “Sebenarnya saya nak cari satu tempat yang boleh semua orang membeli pakaian dari butik saya. Tak kira orang kampung atau bandar. Saya perhatikan kawasan sini dah banyak butik dan harganya pun boleh tahan. Jadi saya fikir mungkin orang yang kurang kemampuan tak mampu nak milik baju dari butik. Sebab itu saya nak buka butik ni, nak tolong masyarakat bukannya nak kaut keuntungan. Saya tak nak kacau periuk nasi orang. Kalau boleh saya tak nak bersaing dengan mereka. Saya nak jual baju-baju saya dengan harga yang lebih rendah dari dorang.” Afina berjeda seketika.

Terkebil-kebil mata Hadry mendengar penjelasan itu. ‘Wah,wanita ini sangat menakjubkan! Orang lain buka butik sebab nak kaut untung tapi dia… buka sebab nak bantu masyarakat.’

“Encik Hadry tahu tak dekat kawasan mana?” soal Afina sekali lagi.

“Er…”  Hadry tersedar. Dia berdehem sedekit untuk mengawal rasa hatinya. “Kalau dekat Temerloh macamana?” Tiba-tiba terkeluar ayat itu dari mulutnya tanpa disedari.

Afina tersentap. ‘Temerloh?’ Bisik hatinya.

“Makan encik, puan. Silakan.” Datang si pelayan mempelawa mereka berdua makan sebaik hidangan siap terhidang. Hadry mengangguk. Afina masih lagi senyap.

“Macamana Cik Anne? Berminat tak?” soal Hadry meminta kepastian. Hatinya hendak sangat menyuarakan agar bersetuju saja dengan cadangan dia itu.

“Hmm… give me time. Saya akan  bincangkan dengan kakak saya macamana nanti.” Afina meminta waktu untuk difikirkan.

“Baiklah. Jemput makan,” pelawa Hadry lembut. Dia menyudip tom yam lalu dimasukkan ke pinggan nasi Afina.

Afina terkedu seketika. Hairan dengan sikap baik Hadry terhadap dirinya. ‘Tak akan dah terpikat kot? Mudah sangat.’ Desis Afina.

Usai menjamu selera, Afina meminta izin untuk mengundurkan diri. Tanpa dia sedari dompetnya tertinggal di meja itu. Dia melangkah keluar dari gerai dan menuju ke pantai kembali sementara mahu menunggu Kak Ruby dan Izue dalam perjalanan mahu ke mari.

Masa Hadry mahu bangkit untuk membuat pembayaran dia terperasaan dompet kepunyaan Afina tertinggal di meja. Dia mahu mencapai tiba-tiba… dompet itu terjatuh dan terbuka. Jelaslah isi di dalam itu di mata Hadry. Hadry tunggu untuk mengambil. Matanya terbuntang luas.

“Gadis ni… tak kanlah! Afina… Jangan-jangan… Cik Ana Diana adalah Afina?” Gadis yang dia tercari-cari selama ini. Dan budak lelaki disebelah dia tu. Dahi hadry berkerut cuba mengingati sesuatu. “Ya. itu Haydar. Adik sepupu aku. Tapi apa kaitan dia dengan Afina. Mereka pernah kenal ke? tapi 
macamana Haydar boleh ada dekat Temerloh. Aku perlukan kepastian.” Hadry bersoal jawab sendiri.
 Tanpa berlengah Hadry mencapai Ipadnya lalu menangkap gambar yang usang itu. Mak cik Imah dan Pak cik Salleh perlu dicari.

Afina berpeluk tubuh di persisiran pantai. Seronok melihat kanak-kanak dan pengunjung di situ bermandi-manda. Ikutkan hati sekarang juga dia nak pergi terjun ke pantai. Ikut sama mandi. Tanpa dia sedari topi yang tersarung di kepalanya jatuh ke tanah, ditiup angin pantai.

Haydar yang kebetulan melewati kawasan itu ternampak topi milik wanita di hadapan dia terjatuh. Dia bongkakkan sedikit badannya lalu mengambil topi jaring merah itu. “Saudari, topi saudari terjatuh,” ujar Haydar sambil menepuk sedikit pasir pantai yang melekat di topi itu. Topi dihulur.

Afina kalih. Wajah lelaki itu dipandang sekilas sebelum jatuh pada topinya. Serta merta dia mengagau kepalanya. Ternyata memang topi itu kepunyaan dia. “Terima kasih,”ucapnya seraya menyambut topi itu.

“Sama-sama. Lain kali hati-hati,”pesan Haydar sebelum beredar dari situ.

Afina memerhati kelibat lelaki itu sehingga menjauh dari dia. Topi itu disarung kembali pada kepalanya. Otak mencerna sesuatu memori. ‘Lelaki itu. Semalam… ya. Mungkin dia.’ Afina teringat sesuatu pasal lelaki tadi.
Selesai membuat bayaran, Hadry menuju ke tempat keretanya. Masa dia mahu membuka pintu keretanya dia ternampak Afina keseorang di pantai. Dengan sebuah senyuman di bibir dia bergegas ke sana.
Masa Afina mahu mengatur langkah hendak mengejar lelaki tadi tiba-tiba dia disapa oleh Hadry.

“Cik Anne!” panggil Hadry.

Afina kalih. “Encik Hadry,” ujarnya. Tak sampai sesaat dia kembali menoleh ke sebelah sana. Kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangan. Dia mengeluh sedikit.

“Nasib baik jumpa awak. Ni saya nak bagi balik dompet awak yang tercicir dekat meja makan tadi.” Hadry menghulurkan dompet sederhana besar itu kepada pemiliknya.

Afina tersentap. “Hah?” Dompet di tangan hadry terus ditarik. Kelam kabut dia membuka dompet itu.

“Jangan risau saya tak curi tengok pun. Berdosa kalau kita tengok tanpa izin tuannya,” sindir Hadry dalam lembut. Dalam hati. ‘Maaf Anne. Opss maaf Afina saya tertengok isinya tapi bukan sengaja. Allah dah aturkan semuanya. Saya yakin awaklah gadis yang menangis di depan saya pada 12 tahun yang lalu. Saya yakin itu.’

“Maafkan saya. Terima kasih sebab kembalikannya,” pohon Afina. Rasa bersalah pula terhadap lelaki itu. ‘Dah lah dia kembalikan. Ada hati nak tuduh dia ada buka dompet aku.’

“Nasib baik saya yang jumpa. buatnya orang lain, tak ke haru?” Seloroh Hadry.

“Saya tahu awak orang baik Encik Hadry. Kalau tak… tak sampai dompet ni ke tangan saya semula,” canda Afina juga.

“Tak payahlah ber-encik dengan saya. Panggil je Adry atau pun Hadry.” Hadry berbasa-basi.

Afina tergelak kecil. Boleh tahan juga nak mengorat aku. “Baiklah en…opss Adry. Dan awak jangan ber-cik dengan saya juga. Seganlah. Saya panggil nama,  awak panggil pangkat. Tak secocok gitu,” usik Afina pula. Tawa mereka bersatu.

“Hmm… so buka butik dekat Temerloh ya. Boleh jumpa saya selalu.” Hadry ubah topik.
 Afina menyelit rambut yang panjang mengurai ke celah telinga. “Hmm… insya-Allah nanti saya fikir. Doa-doakan hati saya terbuka nak beli dekat situ nanti,” balasnya bersama senyuman manis. Hadry terpukau sesaat.
Pon!pon!

“Eh, itu  Izue dan Kak Ruby. Okeylah Adry saya balik dulu. Apa-apa hal nanti kita contact,” ujar Afina. Memohon diri untuk kali kedua sebaik Izue membunyikan hon.

“Yang itu pasti,” balas Hadry dengan sebuah senyuman menawar. Langkah Afina diperhati. ‘Afina… awak akan jadi milik saya nanti.’

Masa saja dalam kereta Kak Ruby yang duduk di sebelah Izue tersengih. Afina kerut dahi sambil menaikkan keningnya.

“Amboi, bukan main lagi Encik Hadry melayan Anne ya,” seloroh Kak Ruby. Izue mengangguk.

“Biasalah kak, Anne kan customer dia. Mesti dia layan lebih,” jawab Afina tanpa perasaan. Dia merenung di luar tingkap. Lelaki yang membantu dia tadi menjadi persoalan. Siapakah dia? hatinya berdetik bahawa itulah Haydar. Lelaki yang dia cintai.. dulu kini dan mungkin selamanya. ‘Tapi kalau betul dia. Adakah dia juga sama seperti aku? sama menanti dan menunggu?’ Getus hatinya sendiri.

Asyik mengelamun tiba-tiba Samsung tab dia berbunyi, tanda ada mesej masuk. Sambil mengeluh sedikit dia mencapai telefon itu di sebelahnya. ‘Kacau betul!’ngomel dia sebelum menarik skrin tab itu.

# Semoga selamat dalam perjalanan. Saya harap awak bersetuju untuk buka butik di Temerloh.

Sebaik membaca mesej yang dihantar oleh Hadry itu, dia meletakkan kembali tab dia tanpa membalas.

Kak Ruby perasaan akan situasi itu terus bertanya. “Siapa Anne?”

“Hadry,” balas Afina acuh tak acuh.

“Laa… nape tak balasnya?” soal Kak Ruby cuak. Tak faham dengan sikap gadis itu. Kata nak balas dendam tapi bila si Hadry bagi respon positif tak layan pula.

“Saja,” jawab Afina pendek. Aktiviti yang tergendala gara-gara mendapat mesti dari Hadry di teruskan kembali. Biarkan dulu lelaki itu. Nak mulakan rancangank tak perlu nampak sangat.
Kak Ruby menggeleng. Faham sangat dengan perangai Afina tu. Kalau dah itu katanya tak payah paksa-paksa. Memang tak makan saman!

Sampai di rumahnya dekat Temerloh. Hadry menjerit memanggil Mak cik Imah tanpa memberi salam seperti selalu. Briefcase dan kot dicampakkan ke sofa. Tali leher dilonggarkan sedikit. Ipad dicapai. Langkahnya terus diatur masuk ke dapur.

“Mak! mak! ini… cuba tengok ni,” suara Hadry kalut.

Mak cik Imah yang sedang memasak mengucap panjang. Terkejut. “Ya Allah Adry… kamu ni dah kenapa? salam tak bagi. Terus terjah tunjuk alah tu pada mak. Mak nak reti nak tengok.”

“Mak tengokla. Adry percaya mak terkejut punya,” ujar Hadry.  Belakang tubuh Mak cik Imah dirangkul lembut sambil menunjukkan ipadnya kepada wanita separuh abad itu.

“Apa…?” ngomel Mak cik Imah. Dia mematikan api di dapur lalu mencapai ipad itu. Matanya membulat besar. “Fi…Fina… Afina. Ini Afinakan Adry? Mana Adry dapat gambar ni?” soal Mak cik Imah tergagap-gapap akibat terlalu terkejut.

Hadry membalikkan tubuh wanita itu mengadap dia. “ Jadi betullah apa yang Adry agakkan. Memang sah budak dalam gambar ini Afina kan? Kalau mak nak tahu, Adry dah jumpa dengan dia secara empat mata. Dan tak lama lagi dia akan kembali ke rumah ini semula,” jelas Hadry.

Dahi Mak cik Imah berkerut. “Apa yang Adry cuba nak bagitahu mak ni? mak tak faham.”

Hadry tersenyum bahagia. Tangan Mak cik Imah di tarik untuk melabuh duduk di kerusi. Ipad di tangan wanita itu diambil lalu ditatap lembut. “Dia merupakan client Adry dari Rusia. Adry sendiri tak tahu hal ini. Kalau tak kerana dompet dia tak tertinggal dan terjatuh sampai sekarang kita tak tahu dia di mana,” ujar Hadry masih berkias-kias.

“Maksud Adry? Ish, main pusing-pusing pulak budak ni, cuba cerita betul-betul. Mak tak faham,” bebel Mak cik Imah semakin pening dengan cerita Hadry. Paha lelaki itu ditepuk perlahan.

Hadry tergelak kecil. “Okey, Adry akan cerita satu persatu. Mak jangan pening-pening ya?” pujuk Hadry sambil tersengih. Mak cik Imah angguk kecil.

“Hmm… siang tadi Adry ada bagitahu mak yang Adry akan berjumpa seseorang kan? Dialah yang Adry jumpa. Afina. Tapi belum Adry tak tahu lagi dia siapa. Tak sengaja dompet dia tertinggal dan di situlah Adry baru tahu dialah yang kita duk cari.  Dia tak tahu yang Adry tahu pasal dia. Lagipun dia dah tukar nama kepada Ana Diana atau panggilan manjanya Anne. Sekarang kami berurus niaga. Nanti Adry akan bawa dia jumpa mak,” jelas Hadry serba ringkas pasal bertemuan dia dengan Afina.

“Syukur alhamduillah, dia selamat rupanya. Cepat bawa dia Adry, mak tak sabar nak jumpa ni,” gesa Mak cik Imah. Jelas riak di wajahnya tidak sabar mahu ketemui gadis itu.

“Sabarlah mak. Sekarang Adry tengah mengatur strategi nak pikat dia,” jawab Hadry dengan senyuman penuh bermakna.

“Baguslah kalau macam tu,”sambung Mak cik Imah.

Hadry simpul senyum. ‘Ya aku akan dapatkan dia tak kira apa caranya,’desis Hadry.



akan aku cara jalan untuk satukan hatimu dngn hatiku 



Dendam dan Dendam saja dalam hati saya

misi mencari kekasih yang hilang

7 comments:

Anonymous said...

Best2.harap2 hadry akan berjaya pikat afina,tp harap2 afina pun teruskan dendam dia tu,barulah thrill

Unknown said...

Best nak lagi.

Unknown said...

@Anonymous hehehe dendam tetap dendam..br syok ahaha

Unknown said...

@baby mio.. sat ya,, tgh nk garap bab 22 ni :)

dulcetvelvet.blogspot.com said...

nak lagi please.. Best :)

Unknown said...

@ Azlina Afisya
trimas sudi follow cite ni :)... insya Allah dlm masa terdekat ni ya

Unknown said...

Cant wait. Palli palli.