Bab 21
Usai membuat perbincangan Hadry baru memanggil
pelayan restoran untuk memesan makan untuk mereka berdua. Masa masuk tadi gadis
itu tidak mahu pesan apa-apa lagi selagi perbincangan belum selesai. Hormati
keputusan clientnya Hadry ikutkan saja.
“Cik
Anne nak makan apa?” tanya Hadry. Matanya masih setia menatap wajah Afina.
Afina
mendonggak sedikit kemudian dia mengukir senyum. “Tak kesah,” balasnya pendek
kemudian menatap kembali kertas cadangan lakaran untuk butiknya nanti.
Bergetar
hati lelaki Hadry bila melihat senyuman di wajah gadis itu. Mungkin ini di
namakan cinta pandang pertama. “Kalau macam tu saya pesan tom yam, ya?” Hadry
minta persetujuan.
Afina
mengangguk kecil. Kaki menyimpul silang. Mata masih ralit meneliti dekoran yang
direka oleh pekerja Hadry. Kekadang keningnya naik. Kekadang mulut nipis itu
mengerot ke kiri dan kanan. Tekun Hadry memerhati. Wajah itu nampak comel di
matanya.
“Tak
sangkakan dunia ini kecil saja,” suara Hadry cuba menarik perhatian gadis di
hadapannya itu.
Afina
memanggung wajahnya sambil berkerut. Wajah Hadry di cari. “Apa Encik Hadry
cakap?” soal dia kembali.
Hadry
tergelak kecil. “Tak, maksud saya dunia ini sungguh kecil. Siapa sangka orang
yang akan berurus niaga dengan saya adalah cik Anne yang melanggar saya
semalam. Saya dapatkan rasa semua ini takdir untuk menemukan kita.” Hadry
menjelas.
Afina
kalih ke sebelah bersama senyuman herot. ‘Bukan takdir yang menentukan. Tapi
aku… aku yang rancang semua itu Hadry,’ jawab Afina dalam hati.
“Hmm…
saya suka deko ni. Simple dan menarik. Boleh saya tanya sikit, selain dekat
Kuantan ada lagi tak tempat yang lebih strategik?” soal Afina. Ucapan Hadry
langsung tidak memberi kesan pada hatinya.
“Maksud
Cik Anne?” Hadry meminta pencerahan, keningnya naik sedikit.
Afina
menopang dagu sambil memandang wajah Hadry. “Sebenarnya saya nak cari satu tempat
yang boleh semua orang membeli pakaian dari butik saya. Tak kira orang kampung atau
bandar. Saya perhatikan kawasan sini dah banyak butik dan harganya pun boleh
tahan. Jadi saya fikir mungkin orang yang kurang kemampuan tak mampu nak milik
baju dari butik. Sebab itu saya nak buka butik ni, nak tolong masyarakat
bukannya nak kaut keuntungan. Saya tak nak kacau periuk nasi orang. Kalau boleh
saya tak nak bersaing dengan mereka. Saya nak jual baju-baju saya dengan harga
yang lebih rendah dari dorang.” Afina berjeda seketika.
Terkebil-kebil
mata Hadry mendengar penjelasan itu. ‘Wah,wanita ini sangat menakjubkan! Orang
lain buka butik sebab nak kaut untung tapi dia… buka sebab nak bantu
masyarakat.’
“Encik
Hadry tahu tak dekat kawasan mana?” soal Afina sekali lagi.
“Er…” Hadry tersedar. Dia berdehem sedekit untuk
mengawal rasa hatinya. “Kalau dekat Temerloh macamana?” Tiba-tiba terkeluar
ayat itu dari mulutnya tanpa disedari.
Afina
tersentap. ‘Temerloh?’ Bisik hatinya.
“Makan
encik, puan. Silakan.” Datang si pelayan mempelawa mereka berdua makan sebaik
hidangan siap terhidang. Hadry mengangguk. Afina masih lagi senyap.
“Macamana
Cik Anne? Berminat tak?” soal Hadry meminta kepastian. Hatinya hendak sangat
menyuarakan agar bersetuju saja dengan cadangan dia itu.
“Hmm…
give me time. Saya akan
bincangkan dengan kakak saya macamana nanti.” Afina meminta waktu untuk
difikirkan.
“Baiklah.
Jemput makan,” pelawa Hadry lembut. Dia menyudip tom yam lalu dimasukkan ke
pinggan nasi Afina.
Afina
terkedu seketika. Hairan dengan sikap baik Hadry terhadap dirinya. ‘Tak akan
dah terpikat kot? Mudah sangat.’ Desis Afina.
Usai
menjamu selera, Afina meminta izin untuk mengundurkan diri. Tanpa dia sedari
dompetnya tertinggal di meja itu. Dia melangkah keluar dari gerai dan menuju ke
pantai kembali sementara mahu menunggu Kak Ruby dan Izue dalam perjalanan mahu
ke mari.
Masa
Hadry mahu bangkit untuk membuat pembayaran dia terperasaan dompet kepunyaan Afina
tertinggal di meja. Dia mahu mencapai tiba-tiba… dompet itu terjatuh dan
terbuka. Jelaslah isi di dalam itu di mata Hadry. Hadry tunggu untuk mengambil.
Matanya terbuntang luas.
“Gadis
ni… tak kanlah! Afina… Jangan-jangan… Cik Ana Diana adalah Afina?” Gadis yang
dia tercari-cari selama ini. Dan budak lelaki disebelah dia tu. Dahi hadry
berkerut cuba mengingati sesuatu. “Ya.
itu Haydar. Adik sepupu aku. Tapi apa kaitan dia dengan Afina. Mereka pernah
kenal ke? tapi
macamana Haydar boleh ada dekat Temerloh. Aku perlukan
kepastian.” Hadry bersoal jawab sendiri.
Tanpa berlengah Hadry mencapai Ipadnya
lalu menangkap gambar yang usang itu. Mak cik Imah dan Pak cik Salleh perlu
dicari.
Afina
berpeluk tubuh di persisiran pantai. Seronok melihat kanak-kanak dan pengunjung
di situ bermandi-manda. Ikutkan hati sekarang juga dia nak pergi terjun ke
pantai. Ikut sama mandi. Tanpa dia sedari topi yang tersarung di kepalanya
jatuh ke tanah, ditiup angin pantai.
Haydar
yang kebetulan melewati kawasan itu ternampak topi milik wanita di hadapan dia
terjatuh. Dia bongkakkan sedikit badannya lalu mengambil topi jaring merah itu.
“Saudari, topi saudari terjatuh,” ujar Haydar sambil menepuk sedikit pasir
pantai yang melekat di topi itu. Topi dihulur.
Afina
kalih. Wajah lelaki itu dipandang sekilas sebelum jatuh pada topinya. Serta
merta dia mengagau kepalanya. Ternyata memang topi itu kepunyaan dia. “Terima
kasih,”ucapnya seraya menyambut topi itu.
“Sama-sama.
Lain kali hati-hati,”pesan Haydar sebelum beredar dari situ.
Afina
memerhati kelibat lelaki itu sehingga menjauh dari dia. Topi itu disarung
kembali pada kepalanya. Otak mencerna sesuatu memori. ‘Lelaki itu. Semalam… ya.
Mungkin dia.’ Afina teringat sesuatu pasal lelaki tadi.
Selesai
membuat bayaran, Hadry menuju ke tempat keretanya. Masa dia mahu membuka pintu
keretanya dia ternampak Afina keseorang di pantai. Dengan sebuah senyuman di
bibir dia bergegas ke sana.
Masa
Afina mahu mengatur langkah hendak mengejar lelaki tadi tiba-tiba dia disapa
oleh Hadry.
“Cik
Anne!” panggil Hadry.
Afina
kalih. “Encik Hadry,” ujarnya. Tak sampai sesaat dia kembali menoleh ke sebelah
sana. Kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangan. Dia mengeluh sedikit.
“Nasib
baik jumpa awak. Ni saya nak bagi balik dompet awak yang tercicir dekat meja
makan tadi.” Hadry menghulurkan dompet sederhana besar itu kepada pemiliknya.
Afina
tersentap. “Hah?” Dompet di tangan hadry terus ditarik. Kelam kabut dia membuka
dompet itu.
“Jangan
risau saya tak curi tengok pun. Berdosa kalau kita tengok tanpa izin tuannya,”
sindir Hadry dalam lembut. Dalam hati. ‘Maaf Anne. Opss maaf Afina saya
tertengok isinya tapi bukan sengaja. Allah dah aturkan semuanya. Saya yakin
awaklah gadis yang menangis di depan saya pada 12 tahun yang lalu. Saya yakin
itu.’
“Maafkan
saya. Terima kasih sebab kembalikannya,” pohon Afina. Rasa bersalah pula
terhadap lelaki itu. ‘Dah lah dia kembalikan. Ada hati nak tuduh dia ada buka
dompet aku.’
“Nasib
baik saya yang jumpa. buatnya orang lain, tak ke haru?” Seloroh Hadry.
“Saya
tahu awak orang baik Encik Hadry. Kalau tak… tak sampai dompet ni ke tangan
saya semula,” canda Afina juga.
“Tak
payahlah ber-encik dengan saya. Panggil je Adry atau pun Hadry.” Hadry
berbasa-basi.
Afina
tergelak kecil. Boleh tahan juga nak mengorat aku. “Baiklah en…opss Adry. Dan
awak jangan ber-cik dengan saya juga. Seganlah. Saya panggil nama, awak panggil pangkat. Tak secocok gitu,” usik
Afina pula. Tawa mereka bersatu.
“Hmm…
so buka butik dekat Temerloh ya. Boleh jumpa saya selalu.” Hadry ubah topik.
Afina menyelit rambut yang panjang mengurai ke
celah telinga. “Hmm… insya-Allah nanti saya fikir. Doa-doakan hati saya terbuka
nak beli dekat situ nanti,” balasnya bersama senyuman manis. Hadry terpukau
sesaat.
Pon!pon!
“Eh,
itu Izue dan Kak Ruby. Okeylah Adry saya
balik dulu. Apa-apa hal nanti kita contact,” ujar Afina. Memohon diri untuk
kali kedua sebaik Izue membunyikan hon.
“Yang
itu pasti,” balas Hadry dengan sebuah senyuman menawar. Langkah Afina
diperhati. ‘Afina… awak akan jadi milik saya nanti.’
Masa
saja dalam kereta Kak Ruby yang duduk di sebelah Izue tersengih. Afina kerut
dahi sambil menaikkan keningnya.
“Amboi,
bukan main lagi Encik Hadry melayan Anne ya,” seloroh Kak Ruby. Izue
mengangguk.
“Biasalah
kak, Anne kan customer dia. Mesti dia layan lebih,” jawab Afina tanpa perasaan.
Dia merenung di luar tingkap. Lelaki yang membantu dia tadi menjadi persoalan.
Siapakah dia? hatinya berdetik bahawa itulah Haydar. Lelaki yang dia cintai..
dulu kini dan mungkin selamanya. ‘Tapi kalau betul dia. Adakah dia juga sama
seperti aku? sama menanti dan menunggu?’ Getus hatinya sendiri.
Asyik
mengelamun tiba-tiba Samsung tab dia berbunyi, tanda ada mesej masuk. Sambil
mengeluh sedikit dia mencapai telefon itu di sebelahnya. ‘Kacau betul!’ngomel
dia sebelum menarik skrin tab itu.
#
Semoga selamat dalam perjalanan. Saya harap awak bersetuju untuk buka butik di
Temerloh.
Sebaik
membaca mesej yang dihantar oleh Hadry itu, dia meletakkan kembali tab dia
tanpa membalas.
Kak
Ruby perasaan akan situasi itu terus bertanya. “Siapa Anne?”
“Hadry,”
balas Afina acuh tak acuh.
“Laa…
nape tak balasnya?” soal Kak Ruby cuak. Tak faham dengan sikap gadis itu. Kata nak
balas dendam tapi bila si Hadry bagi respon positif tak layan pula.
“Saja,”
jawab Afina pendek. Aktiviti yang tergendala gara-gara mendapat mesti dari Hadry
di teruskan kembali. Biarkan dulu lelaki itu. Nak mulakan rancangank tak perlu nampak
sangat.
Kak
Ruby menggeleng. Faham sangat dengan perangai Afina tu. Kalau dah itu katanya tak
payah paksa-paksa. Memang tak makan saman!
Sampai di rumahnya dekat Temerloh. Hadry
menjerit memanggil Mak cik Imah tanpa memberi salam seperti selalu. Briefcase
dan kot dicampakkan ke sofa. Tali leher dilonggarkan sedikit. Ipad dicapai.
Langkahnya terus diatur masuk ke dapur.
“Mak!
mak! ini… cuba tengok ni,” suara Hadry kalut.
Mak
cik Imah yang sedang memasak mengucap panjang. Terkejut. “Ya Allah Adry… kamu
ni dah kenapa? salam tak bagi. Terus terjah tunjuk alah tu pada mak. Mak nak
reti nak tengok.”
“Mak
tengokla. Adry percaya mak terkejut punya,” ujar Hadry. Belakang tubuh Mak cik Imah dirangkul lembut
sambil menunjukkan ipadnya kepada wanita separuh abad itu.
“Apa…?”
ngomel Mak cik Imah. Dia mematikan api di dapur lalu mencapai ipad itu. Matanya
membulat besar. “Fi…Fina… Afina. Ini Afinakan Adry? Mana Adry dapat gambar ni?”
soal Mak cik Imah tergagap-gapap akibat terlalu terkejut.
Hadry
membalikkan tubuh wanita itu mengadap dia. “ Jadi betullah apa yang Adry agakkan. Memang sah budak dalam gambar ini Afina kan? Kalau mak nak tahu, Adry dah jumpa
dengan dia secara empat mata. Dan tak lama lagi dia akan kembali ke rumah ini
semula,” jelas Hadry.
Dahi
Mak cik Imah berkerut. “Apa yang Adry cuba nak bagitahu mak ni? mak tak faham.”
Hadry
tersenyum bahagia. Tangan Mak cik Imah di tarik untuk melabuh duduk di kerusi.
Ipad di tangan wanita itu diambil lalu ditatap lembut. “Dia merupakan client
Adry dari Rusia. Adry sendiri tak tahu hal ini. Kalau tak kerana dompet dia tak
tertinggal dan terjatuh sampai sekarang kita tak tahu dia di mana,” ujar Hadry masih
berkias-kias.
“Maksud
Adry? Ish, main pusing-pusing pulak budak ni, cuba cerita betul-betul. Mak tak
faham,” bebel Mak cik Imah semakin pening dengan cerita Hadry. Paha lelaki itu ditepuk
perlahan.
Hadry
tergelak kecil. “Okey, Adry akan cerita satu persatu. Mak jangan pening-pening
ya?” pujuk Hadry sambil tersengih. Mak cik Imah angguk kecil.
“Hmm…
siang tadi Adry ada bagitahu mak yang Adry akan berjumpa seseorang kan? Dialah
yang Adry jumpa. Afina. Tapi belum Adry tak tahu lagi dia siapa. Tak sengaja dompet
dia tertinggal dan di situlah Adry baru tahu dialah yang kita duk cari. Dia tak tahu yang Adry tahu pasal dia. Lagipun
dia dah tukar nama kepada Ana Diana atau panggilan manjanya Anne. Sekarang kami
berurus niaga. Nanti Adry akan bawa dia jumpa mak,” jelas Hadry serba ringkas
pasal bertemuan dia dengan Afina.
“Syukur
alhamduillah, dia selamat rupanya. Cepat bawa dia Adry, mak tak sabar nak jumpa
ni,” gesa Mak cik Imah. Jelas riak di wajahnya tidak sabar mahu ketemui gadis
itu.
“Sabarlah
mak. Sekarang Adry tengah mengatur strategi nak pikat dia,” jawab Hadry dengan
senyuman penuh bermakna.
“Baguslah
kalau macam tu,”sambung Mak cik Imah.
Hadry
simpul senyum. ‘Ya aku akan dapatkan dia tak kira apa caranya,’desis Hadry.
akan aku cara jalan untuk satukan hatimu dngn hatiku |
Dendam dan Dendam saja dalam hati saya |
misi mencari kekasih yang hilang |
7 comments:
Best2.harap2 hadry akan berjaya pikat afina,tp harap2 afina pun teruskan dendam dia tu,barulah thrill
Best nak lagi.
@Anonymous hehehe dendam tetap dendam..br syok ahaha
@baby mio.. sat ya,, tgh nk garap bab 22 ni :)
nak lagi please.. Best :)
@ Azlina Afisya
trimas sudi follow cite ni :)... insya Allah dlm masa terdekat ni ya
Cant wait. Palli palli.
Post a Comment