Sunday, 14 July 2013

Aku Ingin Bahagia 7

Bab 7
Sebaik turun dari kereta, Alia sengaja melanggar bahu  Afina dan dia sempat memberi amaran pada gadis itu sebelum meninggalkan  Afina. “Petang nanti, jangan harap dapat naik satu kereta dengan aku faham!”
 Afina mengeluh berat. ‘Adakah setiap hari aku terpaksa menghadapi situasi ini? Ah, kenapalah nasib aku sentiasa begini.’
 Afina melangkah masuk ke dalam kelas. Sebaik kaki mencecah lantai kelas, suara ejekan mula kedengaran.
“Tengoklah baju dia tu, baru kan? Aku dah cakap korang tak percaya! Sekarang tengok sendirilah!” sindir Emma, rakan sekelas  Afina juga merupakan anak kepada salah seorang daripada pelanggan ibu  Afina, dengan wajah jijik memandang ke arah  Afina. Dialah kaki gosip di sekolah itu. Dia jugaklah yang menyaksikan kejadian  Afina dan Tuan Haris  di Pasar Raya Ekonomi semalam.
“Aahlah, baju baruu.. semalam baju lusuh kuning macam air longkang je aku tengok. Sekarangg..Fuh! Merelip-relip kau!” tokok Faima, satu geng dengan Emma.
“Wey, tak hairanlah sebab dia sekarang ada bapa ayam yang boleh tanggung dia sekarang! Korang ada ke?” ejek Emma lagi.
 Afina tersentap. ‘Bagaimana mereka boleh tahu dia tinggal dengan Uncle Haris? Siapa yang bagi tahu mereka?’
“Hrmm... memang tak boleh nak elak, mak dia dulu pun pelacur.. sekarang dia pula yang ambil alih. Jaga ayah korang baik-baik wey, aku takut nanti dia jadi perempuan simpanan ayah-ayah korang pula,” sambung Emma lagi, yang lain turut sama mengata.
Haydar terkebil-kebil memandang kawan sekelasnya asyik menghina seseorang. Dia mencuit rakan di sebelahnya. “Mereka cakap pasal siapa?” Soalnya dengan wajah berkerut.
“Itu... budak yang baru melangkah masuk. Memang betul-betul berubah, tengok sekarang gaya berjalan pun dah ala-ala model gitu, maklumlah pakaian, beg serba baru...”  tambah Yasman, ketua kelas itu.
Haydar tersentap. “ Afina?” Sebutnya perlahan.
 Afina memekakkan telinga. Dia melangkah tanpa menghiraukan ejekan itu, bila terpandang wajah Haydar dia tiba-tiba teringat key chain kepunyaan lelaki itu. Dia mengubah langkah, dari menapak ke tempat duduk kepada ke tempat lelaki yang bernama Haydar Firdaus.
“Haydar,hati-hati nanti dia goda kau, masaklah kau!” jerit Emma bila melihat  Afina melangkah ke arah lelaki itu.
Haydar serba salah. “Jangan dekat dengan saya!” Jerit Haydar tiba-tiba, yang lain tergelak.
Langkah  Afina terhenti. Dia memandang wajah Haydar. Key chain di tangannya digenggam kuat. Lalu dimasukkan kembali ke dalam kocek bajunya, tidak jadi memulangkan kembali pada lelaki itu. Hatinya terguris, dia sangkakan lelaki itu tidak seperti yang lain tapi sangkaannya silap!
 Afina berundur semula lalu menuju ke tempatnya. Haydar mengekori setiap langkah  Afina dengan ekoran anak matanya. ‘Jahatnya dia, tak padan dengan muka nonsense tapi pembohong!’
 Afina perasan ada seseorang sedang memerhatinya, dia berpaling. Haydar lantas memandang kearah lain. Malu tertangkap oleh gadis itu.
‘Hah, semuanya sama! Ingat Fina, jangan nak berangan ada yang mahu berkawan dengan kamu.’  Afina cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.
Di kantin sekolah....
“Alia, datuk awak nama Haris kan?” soal seorang pegawas perempuan yang satu kelas dengan Alia.
Alia yang baru mahu menyuap nasi ke mulut berhenti sesaat. “Aah, kenapa? Awak kenal ke dengan datuk saya?”
“Siapa tak kenal Tuan Haris  pemilik syarikat kenderaan dekat Temerloh malah ketua PIBG dekat sekolah kita ni. Hmm... betul ke saya dengar datuk awak jadi bapa ayam pada budak tingkatan 3 yang nama  Afina tu?” jelas pengawas itu sambil melabuh duduk di hadapan Alia.
Alia terpempan. “Awak tahu dari mana ni?” Soalnya.
“Dah kecoh satu sekolah, ada budak sekolah kita nampak datuk awak bawa budak tu pergi shopping. Hrmm... Nampak gayanya awak bakal ada nenek tiri muda dari awaklah ya,” sindir pengawas itu sambil tergelak.
“Kalau awak nak tahu, ayah budak itu kaki judi mak dia pula pelacur. Jadi kami tak hairanlah kalau dia ikut perangai macam mak itu. Melanggan jantan sebab mahukan wang untuk hidup. Yang kami hairan, kenapa dengan datuk awak…” sambung itu lagi teragak-agak dihujung bicaranya.
Alia mendengus geram. ‘Ceh, tak guna punya budak tak sampai seminggu aku masuk sekolah ni, dia dah conteng muka aku!’ Alia bangkit  nasi di depan tak jadi di makan. Dia melangkah dengan laju mencari kelibat  Afina.
“ Afina! sini sekejap!” jerit Alia dari luar kelas.
 Afina yang khusyuk mentelaah buku terkejut, dia menoleh. Terpandang Alia sudah tercegak di depan pintu kelasnya. Alia geram melihat wajah  Afina seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sambil mendengus dia menerjah terus masuk ke dalam kelas itu lalu mengheret tangan  Afina keluar dari kelas itu dengan kasar.
Tiba di atas bumbung bangunan sekolah Alia melepaskan tangannya dengan kasar,  Afina hampir tersungkur.
“Haa… benci betul aku dekat kau!” kau dah buat maruah aku jatuh, tahu tak?!” Pekik Alia sambil mengcekak pinggangnya.
“Apa Kak Lia cakap ni? Fina tak faham...” soal  Afina perlahan. Lengannya digosok sedikit terasa pedih akibat cengkaman kuat dari Alia tadi.
“Kau, memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan? Di rumah kau dah rampas segala yang sepatutnya jadi milik aku, di sekolah pula kau nak jaja cerita yang kau tu perempuan simpanan atuk aku pula! Memang muka tembok betul kau ni. Muka nmpak suci tapi perangai... oh, God! sesuai sangat kau ini anak penjudi dan anak pelacur.”
“Kak Lia!” jerit  Afina dengan mata berair tiba-tiba.
“Kenapa tak betul ke apa yang aku cakap?” Sinis kata-kata Alia sambil tersengih mengejek.
 Afina senyap sambil mengesat air mata yang mengalir dari hujung tubir matanya.
Dalam pertelingkah di antara mereka ada sepasang mata sedang memasang telinga. Haydar baru selesai di kantin sengaja melewati kawasan itu sebelum loceng masuk kelas berbunyi tiba-tiba dia terdengar ada suara pekikan, dia cuba mengintai. Matanya membulat bila melihat  Afina dengan seorang budak perempuan yang dia tidak kenal sedang bertengkar. Dia cuba menyorot di sebalik pintu stor untuk mencuri dengar.
“Aku dan mamy memang dah agak kau ni memang ada niat jahat terhadap atuk aku!” sambung Alia lagi.
“Apa yang Kak Lia cakap ni? Uncle jadikan saya anak angkat dia sebab dia kesaiankan saya!” cantas  Afina, intonasinya berubah menjadi kasar.
“Kau ingat atuk aku tu baik sangat ke nak ambik anak hina seperti kau buat anak angkat. Sedar diri sikitlah. Kau tahu di sebabkan kau atuk bencikan aku tahu!” amuk Alia pula.
“Tuan Haris  sayangkan saya sebab Kak Lia dan mak cik tak pernah ambil peduli tentang dia!” tengking  Afina. Sama-sama menggunakan nada yang kuat. Tak mahu mengalah!
“Tak guna punya budak, nah kau... PANG!”
Satu tamparan yang agak kuat singgah di pipi  Afina.  Afina terpanar dan berundur ke belakang sedikit. Begitu juga dengan Haydar yang sedang menyaksikan perbalahan di antara mereka.
“Rasa kau, itu tak cukup apa yang kau dah rampas segala hak aku! Aku benci kau! Baru dua hari aku sekolah kat sini kau dah conteng maruah aku dengan cerita murahan aku tu. Kau rasa  bangga sangat ke kalau semua warga sekolah tahu, kau tu perempuan simpanan atuk aku! Tuih! Puas hati aku..” amuk Alia sambil melundah ke muka  Afina lalu beredar dari situ.
 Afina menyapu air liur yang melekat di dahinya, pipinya masih terasa pijar. Perlahan-lahan dia berjalan untuk turun sambil mengesat air mata yang merembes keluar. Haydar mengesot ke tepi sedikit untuk mengelak dari di kesan oleh  Afina. Malang nasibnya dia terpijak batang penyapu, lalu jatuh.
 Afina memandang ke belakang. Dia melihat Haydar sedang menepuk dahi sendiri.
Haydar perasan akan itu, cuba menelan air liur bagaikan terlekat dikerongkong. “Err… saya...”
 Afina tidak berkata apa-apa. Dia menyelup poket baju sekolahnya dan mengeluarkan key chain lalu dihulurkan kepada Haydar. “Ini awak punya.  Tercicir semalam,”hulurnya.
Haydar teragak-agak mahu menyambut.  Afina tahu Haydar takut untuk berkawan dengannya, lalu dia meletakkan key chain itu ke dalam tangan Haydar lalu berpaling untuk beredar dari situ.
“Kenapa awak tipu saya?” Laung Haydar sedikit bila  Afina mahu melangkah pergi.
 Afina berpaling semula. Dia ditenung wajah Haydar sebelum bersuara. “Semalam saya ada tanya awak sama ada kenal saya atau tak? Awak tanya saya balik saya ini anak raja ke, anak Datuk, Tan Sri yang perlu diinterview sebelum hendak berkawan tapi awak tak kesah,” sindir  Afina, wajah masih tidak beriak.
Haydar senyap, tidak mampu membahas balik.
“Saya tak kesah sebab awak masih baru di sini dan tak kenal siapa saya lagi. Jadi lepas ini jangan mudah menghulurkan salam persahabatan sekiranya awak tak yakin ingin menjadi seorang kawan yang betul-betul mahu bersahabat,” sinis sekali  Afina bersuara lalu meninggalkan lelaki itu termelongo sendirian.
Petang itu,  Afina balik seorang diri selepas berkali-kali diberi amaran oleh Alia jangan nak naik satu kereta dengannya. Dia malas hendak bertengkar dengan gadis itu jadi dia mengambil keputusan ingin pulang sendiri tidak kiralah dengan apa-apa pun, kerana dia sudah mengingati jalan untuk ke rumah Tuan Haris . Di pertengahan jalan dia tiba-tiba teringatkan arwah ibunya. Memandangkan rumah dia dahulu di Kampung Batu Satu tidak jauh dari sekolahnya jadi dia mengatur langkah ke sana.
Kata-kata  Afina tadi benar-benar menusuk kalbunya. Dia baru sedar yang dia bersalah terhadap gadis itu. Dia cuba mengekori gadis itu. “Ke mana  Afina nak pergi tu?” bebel Haydar sendiri.
 Dengan hati-hati dia mengekori  Afina supaya tidak di kesan oleh gadis itu. Dia ingin meminta maaf dengan gadis itu. Dia yakin  Afina bukan seperti yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya.
 Afina masuk ke kawasan perkampungan rumahnya yang dulu, jiran tetangga yang sibuk bergosip tiba-tiba diam bila melihat kelibat  Afina.
“Hey, anak jahanam buat apa kau ke sini lagi?! Dengar-dengar dah ada bapa ayam senanglah kau ya?  mana ayah kau? Lepas curi duit aku terus lesap!” jergah Mak Cik Faridah bekas jiran dulu, emak kepada Emma.
 Afina berhenti. “Mak cik Faridah…” ujarnya perlahan.
“Eh, hidup lagi. Aku ingat dah mampus macam mak dia dah,” tokok Mak cik Som lalu bangkit, baju di selising ke lengan mendekati  Afina.
“Hey Fina, kau ni kau boleh tak jangan jejakkan kaki kau ke sini lagi? Aku dah naik menyampah tengok muka kau? Tiap kali aku tengok muka kau, aku teringat perangai mak kau yang ketangih jantan! Sampaikan laki aku pun nak kebas!” marah Mak cik Som sambil menenyeh-nenyeh kepala  Afina.
“Mak cik mak saya dah tak de. Ampunkan dia, jangan dihina-hina lagi,”  rayu  Afina cuba melarikan diri dari dipukul oleh wanita itu.
Ewah budak ni sekarang pandai menjawab! Hoi, mak kau tu pelacur! Dekat kubur tu dia tengah diseksa. Apa? Kau ingat jadi pelacur ni mulia sangat ke?” sambung Mak cik Som lagi, kali ini dia memukul  Afina dan menolak gadis itu sampai tersungkur.
“Habis mak cik ingat mak cik duduk mengata orang ni mulia sangat ke?!” jawab  Afina balik cuba melawan.
“Budak ini memang kurang ajar!” Hati Mak cik Som membara di tarik rambut  Afina sekuat hati.
Mak cik Faridah serta yang lain turut terasa lalu menghampiri  Afina untuk membelasah gadis itu secukupnya. Rambut yang terikat rapi menjadi serabai.
“Puas hati aku dapat balas dendam! Dah jom pergi,”ujar Mak cik Som geram, serentak itu juga dia melangkah pergi meninggalkan  Afina diikuti dengan yang lain. Haydar memekup mulutnya terkejut dengan kejadian yang disaksikan dengan kepala matanya sendiri.
 Afina yang terduduk terbaring, air mata menjuntai turun dengan laju. “Mak….” rintihnya
Haydar perlahan-lahan mendekati  Afina, dia menghulurkan sapu tangan kepada gadis itu.  Afina mendongak  lalu mencapai sapu tangan itu. Dia kesat air mata yang keluar dengan sapu tangan itu. Haydar menghulurkan tanganya sekali lagi, kali ini ingin membantu gadis itu untuk bangun. “Awak tak de apa-apa ke?” soalnya.
 Afina tersenyum kelat lalu menggeleng. “Terima kasih.”
“Sama-sama, jom saya hantar awak balik,” pelawa Haydar tersenyum manis.
“Hah?”  Afina kaget.
“Hari ni, saya datang dengan basikal. Jadi saya boleh hantar awak balik rumah,” jawab Haydar lagi dengan senyuman masih melekat di bibir.
Haydar membonceng  Afina ke Sungai Pahang, bukannya ke arah jalan rumah  Afina. Sebaik tiba di tebing dia meletakkan basikalnya di bawah sebatang pokok besar.
“Inilah tempat yang saya suka datang mula-mula saya sampai di Temerloh.” Cerita Haydar tanpa dipinta.
 Afina mengikuti langkah Haydar dari belakang. Haydar memanjat sebuah batu besar lalu mendepakan kedua belah tangannya sambil menyedup angin petang.
“Cantikkan? Tenang je rasa. Tapi tak mustahil air yang tenang tak de buaya tambah-tambah ini sungai.” Lawak Haydar tanpa menoleh kearah  Afina.
 Afina tersenyum pendek. “Awak masih nak berkawan dengan saya?”
Haydar yang asyik dengan ketenangan air sungai menoleh  Afina. Di tatap wajah redup itu sejenak. “Kenapa, tak boleh ke?”
“Awak tak malu?” soal  Afina cuba menduga Haydar, wajah lelaki itu ditatap.
“Kenapa, awak tak pakai baju ke?” balas Haydar sambil tersengih.
“Haydar! Saya serius ni...” getus  Afina geram.
“Hrmm... cuaca sangat terang tapi tiba-tiba mendung ke hari nak hujan atau ada orang yang sedang bersedih sekarang ni,” Haydar cuba mengubah topik berbualan.
“Haydar….”
“Dah!  Afina mulai sekarang awak sahabat saya dunia akhirat.” Ikrar Haydar, dia mencapai tangan   Afina itu lalu memaut jari kelingking  Afina dengan jari kelingkingnya menjadi satu.

 Afina terpempan kemudian mengoret senyuman.

Saturday, 13 July 2013

Aku InGIN Bahagia 6

Bab 6
“Pak cik, cepat jalan!” arah Alia sebaik membolos masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta di hempas kuat bagaikan mahu tercabut.
“Hah?”  Pak cik Salleh terpana. Dia yang sedang membaca surat khabar tersentap habis. “Err... tapi Cik Alia,  Afina masih belum datang?” ujar Pak Cik Salleh lembut, sambil melipat surat khabar dan diletak pada kerusi sebelahnya. Dia memang tak suka dengan sikap Alia yang sangat kurang ajar itu.
“Peduli apa aku! Cepatlah!” tengking Alia sambil mengibas mukanya dengan tapak tangan sendiri.
“Tak boleh macam tu Cik Alia... nanti Tuan Haris  marahkan saya,” bantah Pak Cik Salleh masih berlembut
“Kuatkan econ sedikit, aku panas ni!” arah Alia dengan kasar. “Jangan banyak soal boleh tak?! Kalau tak nak gerak, kau keluar sekarang! Biar aku pandu sendiri!” gertak dia pula.
“Hrmm... baiklah cik.” Pak cik Salleh dalam serba salah lalu dia terus memandu. ‘Kasihan  Afina.’
 Afina yang baru keluar terkejut bila melihat kereta yang dipandu Pak cik Salleh pagi tadi bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Dengan cepat dia berlari mengejar kereta itu sambil melaung memanggil Pak cik Salleh. Pak cik Salleh seakan mendengar ada orang memanggil namanya terus mengintai melalui cermin sisi. Bila terlihat  Afina mengejarnya dia memperlahankan kereta untuk berhenti.
Alia perasaan Pak cik Salleh mahu berhentikan kereta lalu ditoleh ke belakang terlihat  Afina sedang mengejar kereta ini. Dia mendengus marah.
“Pak cik nak buat apa ni?” soal Alia dengan kasar.
“ Afina ada dekat belakang cik,” jawab Pak Cik Salleh.
“Jalan terus!” Bantah Alia tanpa ada rasa bersalah di hati nuraninya.
“Tapi cik...”  Pak cik Salleh pening dengan sikap cucu Tuan Haris  sekali gus dia simpati pada  Afina terpaksa berjalan kaki untuk balik ke rumah Tuan Haris  yang agak jauh jugak dari sekolah lebih kurang 3km.
“Tak de tapi-tapi.. aku cakap jalan. Jalan sajalah! Itu pun susah nak faham ke?! Sayang sangat dekat budak tu, tak faham betul aku!” bebel Alia geram.
“Pak cik!” jerit  Afina sambil termengah-mengah. Dia yang berlari dari sekolah hinggalah ke selekoh. Berhenti kerana kudratnya tiada daya lagi mahu mengejar kelajuan kereta yang dipandu oleh Pak cik Salleh.
“Kesian dekat  Afina, Cik Alia. Nak jalan kaki jauh sangat...” suara Pak cik Salleh perlahan.
“Pandai-pandai dialah nak balik nak apa? Bas dan teksi kan melambak! Tahan jelah,” bidas Alia sambil memeluk badan sendiri.
Pak Cik Salleh hanya menggeleng dengan sikap kurang ajar Alia itu. Dari cermin dia memandang  Afina semakin lama semakin jauh dari pandangan.
“Adus, penatnya. Dahlah cuaca panas terik,” keluh  Afina sebaik melabuh duduk di bus stop yang sarat dengan pelajar-pelajar lain.
“Hai!”
 Afina mendonggak sedikit, seorang budak lelaki sebaya dengannya datang menyapa dengan senyuman manis di bibir. ‘Eh, bukan ke budak baru masuk kelas aku tadi’
“Tunggu siapa?” Soal Haydar mahu beramah mesra dengan gadis di hadapannya yang memakai lencana sekolah sama dengan lencana sekolah yang dia baru daftar tadi.
“Bas,” jawab  Afina pendek.
“Ooo, hrmm... saya baru pindah sini dan tak berapa nak kenal sangat dengan kawasan ini. Awak boleh jadi kawan saya tak?” Pinta Haydar lalu melabuh duduk di sebelah  Afina.
 Afina senyap tidak menjawab apa-apa.
“Er... maksud saya,awak  boleh tak jadi penunjuk arah pada saya. Maklumlah saya ni kan masih baru dan tak berapa nak kenal dengan tempat ini. Ini hari pertama saya di Malaysia.” terang Haydar panjang lebar takut gadis itu salah faham terhadapnya.
“Awak tak kenal saya ke?” Soal  Afina tiba-tiba, keluar dari topik.
“Hah?” Haydar bingung seketika, tak faham. “Awak sangat popular dekat sini ke, sampaikan saya perlu kenal baru boleh jadi kawan awak?” soal Haydar sambil tersengih.
“Betul awak tak tahu siapa saya?” Soal  Afina lagi untuk memastikan sama ada budak lelaki itu betul-betul tidak mengenalinya.
Haydar menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Pelik betul budak perempuan ni? Dia anak datuk Bandar ke? Anak raja? Atau anak Tan Sri sampai aku perlu tahu latarbelakang dia dulu baru boleh berkawan. Macam tu ke?’
“Err... awak anak bangsawan ke? Atau menteri? Tan Sri? anak Raja? kena interview dulu baru boleh berkawan dengan awak?” Tanya Haydar teragak-agak dengan wajah cuak.
 Afina tergelak kecil. “ Aah, saya anak Raja. Raja Kapur. Tak delah, saya  Afina. Dhia  Afina...”  Afina memperkenalkan diri.
Haydar pelik dengan perangai gadis di sebelahnya. “Haa..okey saya Haydar... Haydar Firdaus. Panggil je Haydar.”
Sampai di kediaman Tuan Haris,  Alia sempat mengugut Pak Cik Salleh. “Kalau atuk tanya mana  Afina, pak cik cakap dia nak balik naik bas. Siap pak cik! Kalau bagitahu perkara yang sebenar. Tak mustahil saya akan pastikan pak cik tak akan dapat kerja dengan atuk saya lagi,” tukas Alia kasar lalu turun dari kereta san menghempas pintu kereta tanda dia benar memaksudkan apa yang dia kata.
Pak cik Salleh mengucap panjang. Dia keluar dari kereta terus ke dapur untuk mendapatkan isterinya Mak cik Imah.
“Hai abang, kenapa muka tu? Tuan Haris  buat hal lagi ke?” Soal Mak cik Imah, tangannya masih ligat mengacau kuah kari kepala ikan.
“Bukan Tuan Haris  tapi cucunya. Pening kepala abang mahu melayan kerenahnya. Tak padan dengan kecil tapi pandai memeras ugut,” keluh Pak Cik Salleh sambil melabuh duduk di kerusi. Saji dibuka sedikit cuba mengintai menu yang telah dimasak oleh isterinya.
Mak cik Imah menoleh memandang suaminya.“Alia ke? Dia ugut siapa?” soalnya bertubi-tubi.
“Siapa lagi cucu Tuan Haris  yang tinggal dekat sini kalau bukan dia. Bolehnya dia ugut abang. Hrmm... kesian dekat  Afina,” jawab Pak cik Salleh sambil mengeluh kecil.
“Laa, ya ke? Eh sebut pasal  Afina, mana dia tak nampak pun?” Mak cik Imah tertinjau-tinjau mencari kelibat  Afina. Biasanya  Afina akan membantu dia memasak.
“Itulah yang buat abang risaunya. Tadi masa abang pergi jemput diorang  Cik Alia keluar dulu, dia suruh abang tinggalkan  Afina. Abang tak sampai hati, abang pujuk supaya tunggu  Afina. Ditengkingnya abang supaya tinggalkan  Afina. Masa pertengahan jalan abang terlihat  Afina berlari dari belakang abang cuba berhenti, dia marahkan abang sampai dia siap pesan jangan bagitahu Tuan Haris . Kalau tak abang akan hilang pekerjaan. Nak tunjuk samseng tapi penakut juga.” Berjeda cerita Pak Cik Salleh.
“Hah? Jadi  Afina tak balik lagi laa ni? Ya Allah kesiannya budak itu. Yang abang tercegat dekat sini lagi kenapa? Pergilah cari dia. Nanti Tuan Haris  balik tengok  Afina tak de mahu mengamuk nanti,” ujar Mak Cik Imah.
“Aah, tak terfikir pula abang. Baiklah kalau macam tu abang keluar dulu,” mohon Pak cik Salleh seraya bangkit dari duduk dan terus keluar.
“Seronok tak tinggal dekat Korea?” soal  Afina cuba mengorek kehidupan Haydar yang baru menjadi kawannya tidak sampai 10 minit.
“Hrmm... seronok. Mungkin saya di besarkan di sana walaupun lahir dekat sini. Tapi babah saya cerita Malaysia lagi best, macam-macam ada tak seperti di Korea. Saya sangat teruja sampaikan saya minta nak belajar di Malaysia, jadi babah dan mamy  hantar saya tinggal dengan Mak Usu saya di sini untuk saya merasa kehidupan di bumi Malaysia. Tak sabar rasanya nak tempuhi suasana di sini, cara menyambut Ramadhan, Hari Raya dan banyak lagilah yang saya nak kumpul...” Haydar teruja menceritakan perihalnya kepada  Afina. Gadis itu hanya mendengar sambil tersenyum tipis.
“Eh, maaflah terlebih over pulak saya ni. Hrmm... awak pun macamana? Mesti seronokkan tinggal sini?”
 Afina hanya mengigit bibir. Lidahnya kelu untuk mencerita perjalanan hidupnya. Dia takut, takut akan kehilangan teman yang baru terjalin sebentar tadi bila latar belakang keluarganya dibongkarkan.
“Haydar!” Laung seorang lelaki di dalam kereta, sambil melambai tangan ke arah Haydar.
“Okeylah, Pak Usu saya dah datang.  Saya balik dulu.” pinta Haydar, bangkit dari duduk. Setapak melangkah dia kembali menoleh. “Seronok dapat berbual dengan awak, harap esok kita dapat jumpa lagi. Saya pergi dulu  Afina.” Ucapnya lagi, dia sempat melambai tangan kepada  Afina sebelum melangkah pergi.
 Afina mengulum senyuman nipis. ‘Seronok dapat berbual dengan aku? Ah, sebabnya kau tak tahu aku anak siapa!’ bisik hati kecilnya sambil memandang susuk tubuh Haydar dari belakang.  Sebaik hilang kereta yang di naiki Haydar dari pandangannya, dia kalih ke tepi terlihat sebentuk key chain yang terukir Haydar Firdaus terdampar di bawah kakinya. Dia mencapai. “ Ini Haydar punya.”
Pak Cik Salleh sengaja lalu di kawasan sekolah untuk mencari  Afina, sambil mengerling kearah Tuan Haris  dibelakang. Takut diketahui Tuan Haris  tentang kejadian tadi. Semasa dia mahu mencari  Afina di sekolah Tuan Haris  tiba-tiba telefon  untuk menjemput dia di pejabat kerana dia mahu membawa  Afina keluar. Untuk mengelak dari kena marah Pak Cik Salleh berbohong mengatakan  Afina ada kelas tambahan, dan mahu menjemput gadis itu sekarang.
“Fina!” Panggil Pak Cik Salleh sebaik membuka pintu kereta.
 Afina menoleh. “Pak cik!”  Afina lantas bangkit lalu menghampiri Pak Cik Salleh. Mengapa pak cik tinggal Fina tadi?” rengek  Afina dengan nada sebak.
“Apa? Tinggal? Salleh betul ke apa yang  Afina cakap?” terjah Tuan Haris  tiba-tiba keluar dari perut kereta.
 Afina terkejut bila melihat Tuan Haris  ada sama. “Err..uncle...”
“Tuan... saya... saya..”  Pak Cik Salleh sudah kecut perut. Bukan dia tak tahu perangai Tuan Haris , sama baran dengan cucunya itu. Buatnya dia dibuang kerja macam mana? Di mana lagi harus dia mencari rezeki untuk menyara dirinya dan isteri dengan usia dia semakin lanjut kalau bukan bekerja dengan  Tuan Haris .
Uncle bukan macam tu, Fina yang minta Pak cik Salleh ambil lewat sikit sebab Fina ada hal tadi.”   Afina berbohong untuk menyelamatkan Pak cik Salleh dari dimarahi.
Tuan Haris  memandang Pak cik Salleh dengan pandangan yang tajam. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka berdua. “Hrmm... Fina masuk kita pergi cari baju sekolah kamu,” arah Tuan Haris  sambil mempersilakan  Afina masuk untuk duduk di sebelahnya.
Pak cik Salleh mengeluh perlahan. Dia sangat berterima kasih pada  Afina kerana baru menyelamatkan situasi. Bila Tuan Haris  memanggilnya dia terus membolos masuk ke dalam kereta lalu meluncur ke jalan raya untuk pergi ke kedai seperti dipinta Tuan Haris .
Tiba di Pasar Raya Ekonomi di bandar Temerloh, Pak cik Salleh memarking kereta di depan bangunan itu. Dia keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Tuan Haris  dan  Afina.
“Salleh kau tunggu dekat sini, aku dan Fina masuk ke dalam sekejap.”
“Baiklah tuan.”
Sebaik menapak masuk ke dalam bangunan itu  Afina asyik mengikut bontot Tuan Haris  saja. Bagaikan mimpi dia dapat masuk ke Pasar Raya ini. Sepanjang hayatnya belum pernah dia masuk ke sini maklumalah dia tidak mampu untuk membeli pakaian-pakaian di sini waima harga di Pasar Raya ini tidaklah mewah sangat.
“Nah, Fina cuba pakai yang ni, padan tak dengan kamu?” sua Tuan Haris .
 Afina menyambut lalu di letakkan ke tubuhnya sendiri. “Fina rasa padan uncle.”
“Baiklah. Dik bagi yang ini tiga pasang,” arah Tuan Haris  kepada pekerja kedai itu.
  Afina melongo sesaat. “Dua? Tak banyak ke uncle, sepasang dah cukup Fina rasa.”
“Takpe kamu boleh ganti-ganti pakai,” ujar Tuan Haris  sambil menarik duit di dalam dompetnya.
Secara spontan  Afina memeluk tubuh Tuan Haris  dengan senyuman penuh di wajah. “Terima kasih uncle, Fina sayang uncle.”
Tuan Haris  hanya menepuk lembut bahu  Afina. ‘Ini baru langkah pertama, langkah-langkah yang lain bakal menyusur nanti,’ bisik Tuan Haris  di dalam hati kecilnya.
Dalam situasi kemesraan itu, ada sepasang mata secara tidak sengaja memandang. Matanya membuntang luas dengan mulut ternganga seketika. Selepas itu senyuman jahat terukir di bibir.
‘Siaplah kau Fina, aku akan pastikan hal ini menjadi topik yang paling meletop dekat sekolah esok.’