Saturday, 13 July 2013

Aku InGIN Bahagia 6

Bab 6
“Pak cik, cepat jalan!” arah Alia sebaik membolos masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta di hempas kuat bagaikan mahu tercabut.
“Hah?”  Pak cik Salleh terpana. Dia yang sedang membaca surat khabar tersentap habis. “Err... tapi Cik Alia,  Afina masih belum datang?” ujar Pak Cik Salleh lembut, sambil melipat surat khabar dan diletak pada kerusi sebelahnya. Dia memang tak suka dengan sikap Alia yang sangat kurang ajar itu.
“Peduli apa aku! Cepatlah!” tengking Alia sambil mengibas mukanya dengan tapak tangan sendiri.
“Tak boleh macam tu Cik Alia... nanti Tuan Haris  marahkan saya,” bantah Pak Cik Salleh masih berlembut
“Kuatkan econ sedikit, aku panas ni!” arah Alia dengan kasar. “Jangan banyak soal boleh tak?! Kalau tak nak gerak, kau keluar sekarang! Biar aku pandu sendiri!” gertak dia pula.
“Hrmm... baiklah cik.” Pak cik Salleh dalam serba salah lalu dia terus memandu. ‘Kasihan  Afina.’
 Afina yang baru keluar terkejut bila melihat kereta yang dipandu Pak cik Salleh pagi tadi bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Dengan cepat dia berlari mengejar kereta itu sambil melaung memanggil Pak cik Salleh. Pak cik Salleh seakan mendengar ada orang memanggil namanya terus mengintai melalui cermin sisi. Bila terlihat  Afina mengejarnya dia memperlahankan kereta untuk berhenti.
Alia perasaan Pak cik Salleh mahu berhentikan kereta lalu ditoleh ke belakang terlihat  Afina sedang mengejar kereta ini. Dia mendengus marah.
“Pak cik nak buat apa ni?” soal Alia dengan kasar.
“ Afina ada dekat belakang cik,” jawab Pak Cik Salleh.
“Jalan terus!” Bantah Alia tanpa ada rasa bersalah di hati nuraninya.
“Tapi cik...”  Pak cik Salleh pening dengan sikap cucu Tuan Haris  sekali gus dia simpati pada  Afina terpaksa berjalan kaki untuk balik ke rumah Tuan Haris  yang agak jauh jugak dari sekolah lebih kurang 3km.
“Tak de tapi-tapi.. aku cakap jalan. Jalan sajalah! Itu pun susah nak faham ke?! Sayang sangat dekat budak tu, tak faham betul aku!” bebel Alia geram.
“Pak cik!” jerit  Afina sambil termengah-mengah. Dia yang berlari dari sekolah hinggalah ke selekoh. Berhenti kerana kudratnya tiada daya lagi mahu mengejar kelajuan kereta yang dipandu oleh Pak cik Salleh.
“Kesian dekat  Afina, Cik Alia. Nak jalan kaki jauh sangat...” suara Pak cik Salleh perlahan.
“Pandai-pandai dialah nak balik nak apa? Bas dan teksi kan melambak! Tahan jelah,” bidas Alia sambil memeluk badan sendiri.
Pak Cik Salleh hanya menggeleng dengan sikap kurang ajar Alia itu. Dari cermin dia memandang  Afina semakin lama semakin jauh dari pandangan.
“Adus, penatnya. Dahlah cuaca panas terik,” keluh  Afina sebaik melabuh duduk di bus stop yang sarat dengan pelajar-pelajar lain.
“Hai!”
 Afina mendonggak sedikit, seorang budak lelaki sebaya dengannya datang menyapa dengan senyuman manis di bibir. ‘Eh, bukan ke budak baru masuk kelas aku tadi’
“Tunggu siapa?” Soal Haydar mahu beramah mesra dengan gadis di hadapannya yang memakai lencana sekolah sama dengan lencana sekolah yang dia baru daftar tadi.
“Bas,” jawab  Afina pendek.
“Ooo, hrmm... saya baru pindah sini dan tak berapa nak kenal sangat dengan kawasan ini. Awak boleh jadi kawan saya tak?” Pinta Haydar lalu melabuh duduk di sebelah  Afina.
 Afina senyap tidak menjawab apa-apa.
“Er... maksud saya,awak  boleh tak jadi penunjuk arah pada saya. Maklumlah saya ni kan masih baru dan tak berapa nak kenal dengan tempat ini. Ini hari pertama saya di Malaysia.” terang Haydar panjang lebar takut gadis itu salah faham terhadapnya.
“Awak tak kenal saya ke?” Soal  Afina tiba-tiba, keluar dari topik.
“Hah?” Haydar bingung seketika, tak faham. “Awak sangat popular dekat sini ke, sampaikan saya perlu kenal baru boleh jadi kawan awak?” soal Haydar sambil tersengih.
“Betul awak tak tahu siapa saya?” Soal  Afina lagi untuk memastikan sama ada budak lelaki itu betul-betul tidak mengenalinya.
Haydar menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Pelik betul budak perempuan ni? Dia anak datuk Bandar ke? Anak raja? Atau anak Tan Sri sampai aku perlu tahu latarbelakang dia dulu baru boleh berkawan. Macam tu ke?’
“Err... awak anak bangsawan ke? Atau menteri? Tan Sri? anak Raja? kena interview dulu baru boleh berkawan dengan awak?” Tanya Haydar teragak-agak dengan wajah cuak.
 Afina tergelak kecil. “ Aah, saya anak Raja. Raja Kapur. Tak delah, saya  Afina. Dhia  Afina...”  Afina memperkenalkan diri.
Haydar pelik dengan perangai gadis di sebelahnya. “Haa..okey saya Haydar... Haydar Firdaus. Panggil je Haydar.”
Sampai di kediaman Tuan Haris,  Alia sempat mengugut Pak Cik Salleh. “Kalau atuk tanya mana  Afina, pak cik cakap dia nak balik naik bas. Siap pak cik! Kalau bagitahu perkara yang sebenar. Tak mustahil saya akan pastikan pak cik tak akan dapat kerja dengan atuk saya lagi,” tukas Alia kasar lalu turun dari kereta san menghempas pintu kereta tanda dia benar memaksudkan apa yang dia kata.
Pak cik Salleh mengucap panjang. Dia keluar dari kereta terus ke dapur untuk mendapatkan isterinya Mak cik Imah.
“Hai abang, kenapa muka tu? Tuan Haris  buat hal lagi ke?” Soal Mak cik Imah, tangannya masih ligat mengacau kuah kari kepala ikan.
“Bukan Tuan Haris  tapi cucunya. Pening kepala abang mahu melayan kerenahnya. Tak padan dengan kecil tapi pandai memeras ugut,” keluh Pak Cik Salleh sambil melabuh duduk di kerusi. Saji dibuka sedikit cuba mengintai menu yang telah dimasak oleh isterinya.
Mak cik Imah menoleh memandang suaminya.“Alia ke? Dia ugut siapa?” soalnya bertubi-tubi.
“Siapa lagi cucu Tuan Haris  yang tinggal dekat sini kalau bukan dia. Bolehnya dia ugut abang. Hrmm... kesian dekat  Afina,” jawab Pak cik Salleh sambil mengeluh kecil.
“Laa, ya ke? Eh sebut pasal  Afina, mana dia tak nampak pun?” Mak cik Imah tertinjau-tinjau mencari kelibat  Afina. Biasanya  Afina akan membantu dia memasak.
“Itulah yang buat abang risaunya. Tadi masa abang pergi jemput diorang  Cik Alia keluar dulu, dia suruh abang tinggalkan  Afina. Abang tak sampai hati, abang pujuk supaya tunggu  Afina. Ditengkingnya abang supaya tinggalkan  Afina. Masa pertengahan jalan abang terlihat  Afina berlari dari belakang abang cuba berhenti, dia marahkan abang sampai dia siap pesan jangan bagitahu Tuan Haris . Kalau tak abang akan hilang pekerjaan. Nak tunjuk samseng tapi penakut juga.” Berjeda cerita Pak Cik Salleh.
“Hah? Jadi  Afina tak balik lagi laa ni? Ya Allah kesiannya budak itu. Yang abang tercegat dekat sini lagi kenapa? Pergilah cari dia. Nanti Tuan Haris  balik tengok  Afina tak de mahu mengamuk nanti,” ujar Mak Cik Imah.
“Aah, tak terfikir pula abang. Baiklah kalau macam tu abang keluar dulu,” mohon Pak cik Salleh seraya bangkit dari duduk dan terus keluar.
“Seronok tak tinggal dekat Korea?” soal  Afina cuba mengorek kehidupan Haydar yang baru menjadi kawannya tidak sampai 10 minit.
“Hrmm... seronok. Mungkin saya di besarkan di sana walaupun lahir dekat sini. Tapi babah saya cerita Malaysia lagi best, macam-macam ada tak seperti di Korea. Saya sangat teruja sampaikan saya minta nak belajar di Malaysia, jadi babah dan mamy  hantar saya tinggal dengan Mak Usu saya di sini untuk saya merasa kehidupan di bumi Malaysia. Tak sabar rasanya nak tempuhi suasana di sini, cara menyambut Ramadhan, Hari Raya dan banyak lagilah yang saya nak kumpul...” Haydar teruja menceritakan perihalnya kepada  Afina. Gadis itu hanya mendengar sambil tersenyum tipis.
“Eh, maaflah terlebih over pulak saya ni. Hrmm... awak pun macamana? Mesti seronokkan tinggal sini?”
 Afina hanya mengigit bibir. Lidahnya kelu untuk mencerita perjalanan hidupnya. Dia takut, takut akan kehilangan teman yang baru terjalin sebentar tadi bila latar belakang keluarganya dibongkarkan.
“Haydar!” Laung seorang lelaki di dalam kereta, sambil melambai tangan ke arah Haydar.
“Okeylah, Pak Usu saya dah datang.  Saya balik dulu.” pinta Haydar, bangkit dari duduk. Setapak melangkah dia kembali menoleh. “Seronok dapat berbual dengan awak, harap esok kita dapat jumpa lagi. Saya pergi dulu  Afina.” Ucapnya lagi, dia sempat melambai tangan kepada  Afina sebelum melangkah pergi.
 Afina mengulum senyuman nipis. ‘Seronok dapat berbual dengan aku? Ah, sebabnya kau tak tahu aku anak siapa!’ bisik hati kecilnya sambil memandang susuk tubuh Haydar dari belakang.  Sebaik hilang kereta yang di naiki Haydar dari pandangannya, dia kalih ke tepi terlihat sebentuk key chain yang terukir Haydar Firdaus terdampar di bawah kakinya. Dia mencapai. “ Ini Haydar punya.”
Pak Cik Salleh sengaja lalu di kawasan sekolah untuk mencari  Afina, sambil mengerling kearah Tuan Haris  dibelakang. Takut diketahui Tuan Haris  tentang kejadian tadi. Semasa dia mahu mencari  Afina di sekolah Tuan Haris  tiba-tiba telefon  untuk menjemput dia di pejabat kerana dia mahu membawa  Afina keluar. Untuk mengelak dari kena marah Pak Cik Salleh berbohong mengatakan  Afina ada kelas tambahan, dan mahu menjemput gadis itu sekarang.
“Fina!” Panggil Pak Cik Salleh sebaik membuka pintu kereta.
 Afina menoleh. “Pak cik!”  Afina lantas bangkit lalu menghampiri Pak Cik Salleh. Mengapa pak cik tinggal Fina tadi?” rengek  Afina dengan nada sebak.
“Apa? Tinggal? Salleh betul ke apa yang  Afina cakap?” terjah Tuan Haris  tiba-tiba keluar dari perut kereta.
 Afina terkejut bila melihat Tuan Haris  ada sama. “Err..uncle...”
“Tuan... saya... saya..”  Pak Cik Salleh sudah kecut perut. Bukan dia tak tahu perangai Tuan Haris , sama baran dengan cucunya itu. Buatnya dia dibuang kerja macam mana? Di mana lagi harus dia mencari rezeki untuk menyara dirinya dan isteri dengan usia dia semakin lanjut kalau bukan bekerja dengan  Tuan Haris .
Uncle bukan macam tu, Fina yang minta Pak cik Salleh ambil lewat sikit sebab Fina ada hal tadi.”   Afina berbohong untuk menyelamatkan Pak cik Salleh dari dimarahi.
Tuan Haris  memandang Pak cik Salleh dengan pandangan yang tajam. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka berdua. “Hrmm... Fina masuk kita pergi cari baju sekolah kamu,” arah Tuan Haris  sambil mempersilakan  Afina masuk untuk duduk di sebelahnya.
Pak cik Salleh mengeluh perlahan. Dia sangat berterima kasih pada  Afina kerana baru menyelamatkan situasi. Bila Tuan Haris  memanggilnya dia terus membolos masuk ke dalam kereta lalu meluncur ke jalan raya untuk pergi ke kedai seperti dipinta Tuan Haris .
Tiba di Pasar Raya Ekonomi di bandar Temerloh, Pak cik Salleh memarking kereta di depan bangunan itu. Dia keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Tuan Haris  dan  Afina.
“Salleh kau tunggu dekat sini, aku dan Fina masuk ke dalam sekejap.”
“Baiklah tuan.”
Sebaik menapak masuk ke dalam bangunan itu  Afina asyik mengikut bontot Tuan Haris  saja. Bagaikan mimpi dia dapat masuk ke Pasar Raya ini. Sepanjang hayatnya belum pernah dia masuk ke sini maklumalah dia tidak mampu untuk membeli pakaian-pakaian di sini waima harga di Pasar Raya ini tidaklah mewah sangat.
“Nah, Fina cuba pakai yang ni, padan tak dengan kamu?” sua Tuan Haris .
 Afina menyambut lalu di letakkan ke tubuhnya sendiri. “Fina rasa padan uncle.”
“Baiklah. Dik bagi yang ini tiga pasang,” arah Tuan Haris  kepada pekerja kedai itu.
  Afina melongo sesaat. “Dua? Tak banyak ke uncle, sepasang dah cukup Fina rasa.”
“Takpe kamu boleh ganti-ganti pakai,” ujar Tuan Haris  sambil menarik duit di dalam dompetnya.
Secara spontan  Afina memeluk tubuh Tuan Haris  dengan senyuman penuh di wajah. “Terima kasih uncle, Fina sayang uncle.”
Tuan Haris  hanya menepuk lembut bahu  Afina. ‘Ini baru langkah pertama, langkah-langkah yang lain bakal menyusur nanti,’ bisik Tuan Haris  di dalam hati kecilnya.
Dalam situasi kemesraan itu, ada sepasang mata secara tidak sengaja memandang. Matanya membuntang luas dengan mulut ternganga seketika. Selepas itu senyuman jahat terukir di bibir.
‘Siaplah kau Fina, aku akan pastikan hal ini menjadi topik yang paling meletop dekat sekolah esok.’











6 comments:

Unknown said...

dah habis,jahatnya alia

Unknown said...

@nurul nuqma..trimas! sudi bace...aah kali ini kita buat jahat2 hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ok sat....
arghh!!! rce nk mnjerit pulak...
jaatnyaaa cucu diaaa...
" nk tunjuk samseng tp takut2"
hahahaah....
tp yg last tu...sapekah???
apekah???
ish2....emo2 ni...kekekeke...
opps maaf kak domi...

Unknown said...

@ziqa..emo2 akk izinkan lebih akan menjadi terlebih emo ahaha