Saturday, 22 June 2013

Aku Ingin Bahagia 4

BAB 4
“Papaaa...”
Panggil  Puan Halisa merangkap anak sulung Tuan Haris meleret sebaik menguak daun pintu.
“Papa!papa!” jerit Puan Halisa berkali-kali bila panggilannya tiada sahutan.
“Lisa!” Jerit mak cik Imah sebaik dia menjenguk dari dapur. Dengan segera dia mendapatkan Halisa lalu memeluk erat wanita.
“Mak cik Imah! Wah, rindu betul dekat mak cik! Mak cik sihat ke?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada pembantu rumahnya.
“Macam nilah mak cik, Lisa. Alia mana?” soal Mak cik Imah sebaik rangkulan mereka terlerai sambil tertinjau-tinjau mencari anak Halisa.
“Biasalah budak sorang tu, mak cik. Jejak saja kaki ke bumi Malaysia terus nak melencung ke tempat lain. Mana papa? Dari tadi duk pekik-pekik tak muncul juga.”
“Kamu ni, macam tak kenal dengan papa sendiri. Masa-masa gini kat syarikatlah. Yang kamu ni pula tak de ribut taufan melanda tup-tup muncul pulak hari ni, ada apa ke?”
Puan Halisa tersenyum tawar. “ Mike tinggalkan saya...” suara Puan Halisa penuh sayu.
Mak cik Imah tersentap. “Betul ke? Macammana boleh jadi macam tu,” soal mak cik Imah sambil mengusap lembut bahu anak majikannya.
“Saya tak tahu, masa tu saya keluar pergi kerja. Bila saya balik dan saya buka pintu bilik, saya tengok dia tidur dengan perempuan lain,” luah Puan Halisa sambil memekup mukanya.
“Saya tak sangka dia sanggup curang di belakang saya. 16 tahun saya hidup dengan dia tak pernah berlaku apa-apa sebab dia janji akan setia dengan saya seorang. Tapi kenapa sekarang dia buat saya macam tu? Dia ingat saya tak de perasaan ke? Dia dah lupa ke janji-janji dia? ataupun ini mungkin hukuman atas balasan apa yang saya telah lakukan pada Hadi dulu,” sambung Puan Halisa berjeda seketika.
“Mom! Lia dah balik!” pekik si anak dara yang masuk tanpa memberi salam terlebih dahulu.
“ Nangis lagi ke? Buat apa nak bazirkan air mata untuk lelaki yang sudah tak setia lagi?!” rengus Alia.
Puan Halisa masih tersendu-sendu menahan tangisan.
“ Haaaa…” Alia mengeluh kasar. “Mom! Pleaselah Lia dah bernanah telinga nak dengar tangisan mom setiap hari.”
“Lia! Kamu diam. Kamu memang tak pernah faham perasaan mamy!” Jergah Puan Halisa dalam sendu.
Mak cik Imah hanya terkebil-kebil bila melihat pertelingkahan anak beranak itu.
“Momm... Lia bukan bermaksud nak biadab. Tapi Lia tak nak mamy terus macam ni. Nampak lemah sangat. Lia tahu mamy seorang wanita yang tabah,” suara Alia semakin mengendur. Dia menghampiri ibunya lalu meraih kedua tangan Puan Halisa, dikucup lama.
Puan Halisa mengusap kelapa anaknya. “Maafkan mamy sayang. Di angkat tubuh kecil anak gadis lalu merapatkan ke dalam pelukannya.
“Lia sayang mom,”luah Alia turut menangis sama.        
“Ya Lisa, apa yang anak kamu cakap itu betul. Jangan terlalu fikir tentang perkara ini. Kamu kena terus hidup,” tambah Mak cik Imah. Dia mengusap lembut bahu anak majikan itu.
Mak cik Imah meminta izin untuk ke dapur mahu memasak makan tengah hari kerana sebentar lagi Tuan Haris  akan pulang. Dia meninggalkan dua beranak itu yang masih berpelukan.
“Mom...janji dekat Lia jangan sedihlah lepas ni,” pinta Alia sebaik meleraikan rangkulan kemas dari ibunya.
Puan Halisa senyum tawar. Diusap lembut ubun-ubun anak gadisnya yang berwarna keperangan itu sebelum berbicara. “Mamy janji dear.”
“Ini baru mamy Lia,” suara Alia riang. Sebuah kucupan singgah di pipi kanan ibunya.
“Dahlah pergi angkat barang-barang kamu masuk bilik sana,” arah Puan Halisa. Pipi anaknya dicubit lembut.
“Okey boss!” Alia buat gaya tabik spring sambil tersengih. Gembira melihat wajah ibunya sudah kembali cerah daripada terus mendung.
Alia menyanyi kecil ketika meniti anak tangga. Bila tiba di biliknya, dia memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam. Sebaik terkuak daun pintu matanya membuntang luas bila melihat ada sekujur tubuh manusia sedang menyarung baju t-shirt panjang ke tubuh.
“Argggggggh!” Alia menjerit kuat.
 Afina yang tidak sedar kedatangan Alia lantas berpaling kemudian dia turut menjerit sama. “Argggggh!”
“Hey! What are you doing here? And who are you?!” Soal Alia kasar dan tegas.
 Afina lantas menekup mulut. Kemudian dia menggelengkan kepala. Tidak faham bahasa yang dituturkan oleh orang dihadapanya.
Alia bengang lalu masuk ke dalam. “Siapa awak? Suka hati masuk bilik aku!” jergah Alia.
“Sa...saya….”  Afina tergagap-gagap.
“Sayang, what happen?” soal Puan Halisa tercungap. Dia dari bawah terkejut bila mendengar anaknya menjerit lantas berkejar ke atas diikuti Mak cik Imah sedang memasak di dapur. Dia juga turut terkejut sampai tinggal masakan di atas dapur.
“Mom! Ada orang yang Lia tak kenal dalam tidur bilik Lia,” adu Alia dengan nada merengek.
 Afina gelisah dan tidak tahu nak buat apa. Dia kalih pada Mak cik Imah.
“Mak cik, siapa budak perempuan  ni?” soal Puan Halisa. Pandangannya masih tidak beralih memandang gadis yang asing baginya.
“Er...” lidah Mak cik Imah kelu. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu perkara sebenar kepada Puan Halisa itu.
“Cakap mak cik, siapa?” soal Puan Halisa lagi kali ini intonasinya keras.
“Sebenarnya dia...”
“Jangan nak bagitahu saya, yang dia ni perempuan simpanan papa?” Syak Puan Halisa sambil menatap tepat ke arah Mak cik Imah.
Mak cik Imah tidak mampu menjawab lantas menundukkan pandangannya ke bawah.
“Oh! No..papa memang tak pernah serik!” keluh Puan Halisa bila mengenang sikap papanya yang masih tidak mahu bertaubat. Cakap dekat orang, dia sendiri sama saja. Bapa borek anak rintik.
“Mom! Lia tak nak dia duduk dalam bilik Lia.Hey! Kaau... keluar sekarang!” jergah Alia kasar. Dia menarik rambut  Afina kasar supaya gadis itu keluar dari biliknya.
“Sakit….” jerit  Afina perlahan. Dia tidak kuat untuk melawan kerana badannya masih lemah.
Puan Halisa hanya melihat saja. Dia juga tak suka ada gadis asing tinggal di dalam rumah itu.
Mak cik Imah tidak berani menghalang berbuatan Alia terhadap  Afina kerana dia tiada hak mahu kuasa untuk membantah.
Alia menarik  Afina keluar dari biliknya kemudian dia menolak gadis itu dengan kasar. Belum sempat  Afina mahu tersandung tubuhnya di sambut oleh sesorang.
“Uncle….”seru  Afina lemah, sebaik dia mendongak.
Tuan Haris  mengangkat tubuh  Afina perlahan-lahan supaya gadis itu dapat berdiri dengan elok. “Fina okey ke?” soalnya, lembut sekali.
 Afina mengangguk.
Sebaik dapat jawapan dari  Afina, Tuan Haris  kalih pandanganya memandang anak dan cucunya yang hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia dengan mata yang cerlung mahu marah.
“Papa siapa budak ni?” Soal Puan Halisa belum sempat Tuan Haris  bersuara.
“Hey Lia! sekali lagi kau buat  Afina macam tadi. Aku tak akan teragak-agak buat kau macam tu juga walaupun kau cucu aku!” ugut Tuan Haris  kasar tanpa mempedulikan pertanyaan dari anaknya.
Alia takut dengan ugutan datuknya lantas menyorok diri di belakang ibunya.
“Papa! Alia tu cucu kandung papa. Sanggup papa cakap macam tu?” Bentak Puan Halisa tidak puas hati.
“Aku peduli apa? Selama ini ada korang pedulikan aku? Tak de kan? Jadi jangan nak bantah apa keputusan aku. Sekarang bilik ini akan jadi bilik  Afina selamanya, anak angkat aku. Jadi bilik anak kau dekat hujung sana,” suara Tuan Haris  sambil memuncungkan mulutnya dan serentak itu dia menarik tangan  Afina untuk beredar dari situ.

Puan Halisa tergamam.

Friday, 7 June 2013

Ustazah versu Engineer ( 7 )


Bab 7

“Along, ibu nak pesan ni,” suara Puan Aminah sebelum majlis akad nikah anaknya. Tangan nyda digengam kemas dengan mata menatap sayu. Terpancar diwajah tuanya wajah kegembiraan.

“Ada apa bu,” balas Nyda dengan sebak. Sedih bila sahnya ijab kabulnya nanti segala tanggungjawab akan terletak semuanya pada suaminya nanti. Ibu yang kandungannya dipandang dengan penuh syahdu.

“Inilah laluan cintamu anakku. Sungguh indah menjadi isteri yang sangat dicintai suami kerana itulah yang menjadi impian setiap wanita. Tetapi ingat, indah bukannya menjanjikan ketenangan dan kebahagian yang kekal, anakku. Ibu berani jamin sekiranya suami isteri saling cinta mencintai kerana Allah semuanya akan bahagia tetapi sekira tidak berlaku seperti apa yang kita mahukan, pasti ada hikmah disebaliknya.”

Nyda cuba menyekat air mata yang ingin keluar dari jubir matanya. Puan Aminah mengemaskan lagi gengaman  pada tangan anaknya sebelum dia menyambung.

“Along, mungkin perkahwinan ini bukan atas pilihanmu sendiri tapi bila ia telah berlaku hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahukan untuk mu. Terlalu banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan kita, cuma apa yang ibu mahu ingatkan perkahwinan bukan matlamat akhir hidup kita tapi ia sebagai satu alat untuk kita rebut keampunan dan keredhaan Ilahi. Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah SWT takdirkan sebagai suamimu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anakku, tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.”

“Ish, susahnya nak jadi isteri ni kan, bu? Kalau begitu gayanya baik along tak payah kahwin,” Nyda mengeluh tapi sempat lagi melawak, cuba menenangkan hatinya sendiri.

“Along… Ibu tak mahu dengar along cakap macam tu lagi. Kahwinkan adalah salah satu dari ibadat sayang.” Puan Aminah memujuk lembut.

“Along tahu bu, along sedih sebab lepas ni mungkin jadual along padat dan mesti susah nak balik jenguk ibu macam dulu lagi,” rintih Nyda dengan sebak tubuh ibunya dirangkul erat. Puan Aminah membalas rangkulan itu. Dia juga sangat berat hati untuk melepaskan anak daranya itu. Apa yang paling membuatkan hati seorang ibu gembira adalah bila melihat anaknya hidup bahagia.

Majlis akad nikah dilangsung selepas solat jumaat berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir  sedang menjamu selera dengan selera. Bermenukan ala kampung sangat menyelerakan semua tetamu yang hadir. Sahabat serta semua kenalan yang dijemput turut bertandang. Sampaikan tak menang tangan mahu melayan. Tulang pipinya sudah mahu patah kerana asyik  senyum dari tadi.

Nyda memerhati sekeliling mencari kelibat Rafa tidak kelihatan di bawah khemah bersama-samanya. Dia melabuh duduk di kerusi yang sedia ada di situ, kerana kakinya naik lenguh. ‘Mana Rafa ni, tak kan pergi tandas tak keluar-keluar lagi kot. Ini tak adil aku sorang je yang kena layan. Kalau tetamu tak tanya pasal dia tak apa. Ini tak asyik duk tanya mana suami-mana suami, naik lenguh bibir aku mahu menjawabnya,’ gerutu nyda.

Asyik dia membebel tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang dari belakang.

“Siapa ya, yang dulu cakap nak kahwin mesti calon suami tu kena ustaz? sindir Nurin teman sekuliah yang pernah belajr di UM dahulu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam yang sudah mempunyai dua cahaya mata, dengan hilaian menyakat. Yang lain turut tumpang sekaki gelakkannya.

“Tuhlah memilih sangat last-last, tersangkut dekat mamat engineer padan muka hohohoho..” tambah Syima pula. Syima baru saja kahwin 4 bulan yang lepas. Diikut Suria yang masih solo, Rina yang baru setahun jadi isteri orang yang kini mengandung 5 bulan sakan memerlinya kecoh satu khemah. Itulah yang pernah di suara Nyda masa zaman belajar dulu, konon-kononnya tak mahu bersuamikan  sebarangan orang kecuali seorang ustaz.

“Nak buat macamana aku ni jenis anak solehah ikut cakap ibubapa,” sela Nyda bersahaja.

“Ingat lain kali jangan gatal-gatal nak cakap macam tu lagi, kan dah kena dek batang hidung sendiri.”  Nasihat Rina pula sambil menggosok lembut kandungannya. Nyda tersengih nipis.

“Wey, tak pelah tersangkut dekat mat engineer yang hensem. Buatnya tersangkut dekat yang tak berapa nak hensem macamna,” sampuk Suria pula dengan memek muka sekali.

“Kau ni, memilih rupa paras rupanya. Tak pe tak hencem yang penting beriman, tak gitu ustazah Nyda,” celah Nurin dengan kening diangkat-angkat kea rah Nyda.

Nyda menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Adus korang ni bab-bab loyar buruk nombor satu ya, tak juga insaf-insaf. Ingat umur semakin lanjut bukan semakin muda.” Suara Nyda sambil tersengih.

Rakan-rakannya hanya memuncungkan mulut.

“Okeylah Nyda nanti kirim salam dekat encik huby kaa,ya. Kami semua dah nak balik ni,” tutur Nurin.

“Eh, tunggulah kejap.” Halang Nyda seraya bangkit dari duduk.

“ Tak dan dah, kami kena gerak dulu sebab ada kenduri lain pulak.”  Ujar Suria pula.

Baiklah kalau macam tu, hati-hati. Balas Nyda. Seorang demi seorang dia memeluk rakan-rakannya itu. Bila kelibat mereka hilang dari pandangan Nyda tersenyum senditi. Teringat memori ketika di universiti dulu. Susah senang sentiasa bersama. Suka duka dikongsi bersama. Merekalah sahabat sejati baginya.

            Waktu berganjak ke waktu senja, bilangan tetamu semakin berkurangan. Dia mengipas wajahnya sedikit dengan menggunakan tapak tangan sendiri. Penat melayan tetamu yang tidak putus-putus datang bertandang maklumlah ayahnya bekas ketua di kampung itu pasti ramai yang hadir .

Memikirkan dia tidak menunaikan solat asar lagi. Nyda bangkit dan melangkah masuk ke dalam untuk ke kamar tidurnya. Sebaik tangannya memulas tombol pintu kamar dia terkejut pabila melihat sekujur tubuh lelaki milik Rafa Naim sedang membuka baju melayu dan kini hanya bertuala saja. Nyda menelan air liur terasa erskat dikerongkong kali pertama melihat lelaki ajnabi bertuala saja.

“Eh, sayangg…” Kenapa pandang abang macam tu? Kot ya kagum dengan badan abang yang tegak ini tutuplah pintu dulu, malu nak tengok orang kalau sayang yang tengok tak pelah sebab dah halal dan bertambah banggalah abang.” Rafa sudah mula dengan loyar buruknya.

“Perasan!” suara Nyda perlahan tapi mampu didengar oleh Rafa.

“Hah, apa sayang cakap? Abang tampan! Itu memang sejak azali lagi,” ujar Rafa dengan bangga. Dalam hatinya sudah tergelak.

‘Ya Allah tak sampai sehari jadi suami aku, berbakul-bakul dosa yang aku dapat sebab dapat suami yang suka loyar buruk.’ Gumam Nyda.

Nyda membuat muka, dia tidak mengendah kata-kata suaminya memandangkan solat asar tidak tertunai lagi. Dia menuju ke almari pakaian dan mengambil pakaian yang sesuai untuk  dipakai nanti. Dia terasa kerana Rafa sedap-sedap lepas tangan membiarkan dia sendirian melayan tetamu.

“Dosa tahu..  buat hati suami terasa.”  Usik Rafa sambil mengawal tawa
.
“Adus!”  keluh Nyda perlahan. “Ya suamiku, nak apa?” soal Nyda dengan nada lembut, tapi dia masih terbongkok mencari pakaian.

“Meh duduk atas katil yang cantik nan indah terhias untuk kita berdua sempena malam pertama kita.” Rafa menepuk sedikit tilam. Dia masih bertuala duduk di tilam sambil tersengih.

Nyda mengalihkan tubuhnya ke belakang. Dia melihat Rafa mengoyang-goyang kakinya dengan senang hati. “Suamiku, malam lambat lagi.. sekarang tetamu dekat luar masih berpusu-pusu. Takkanlah suamiku tak nak pergi melayan mereka. Nanti apa pulak kata diorang, menantu bekas penghulu kampung pemalu bak teruna sunting.” Ujar Nyda dengan wajah cuba member senyuman manis kepada Rafa.

“Hisy, mereka mesti faham sebab mereka pun pernah ada pengalaman seperti ini jugakan? Usik rafa dengan selamba.

“Ya Allahhh…” Nyda beristighfar panjang tetapi perlahan. Tangannya berkali-kali beraup wajah yang menahan marah itu. Rafa sudah tersengih,

“Saya rasa awak tak solat asar lagi, kan? Jadi apa kata awak pergi mandi dan solat dulu, hal lain kita selesai malam nanti.” Nyda sudah naik bengang suaranya bergetar sedikit menahan marah. Penat dirasa belum lagi hilang di tambah melayan perangai loyar buruk suaminya membuatkan dia semakin letih.

“Serius ke ni?” Rafa sudah teruja.

“Ya suamiku,”  balas nyda dengan nada lemah, sambil mengelek tuala dan baju kurung.

“Habis tu yang sayang bawa tuala bagai ni, nak pergi mana pulak tu?”

“Nak ke bilik Nya, nak tumpang mandi dan solat. Takkan lah nak berkongsi bilik air sempit tu dengan awak pula?”

“Eh, tak pe. Jomlah mandi sekali!” ajak Rafa dengan kening di jungkit-jungkit miang.

“ Tak nak !” cantas Nyda laju.

Rafa menjuih mulut.  Bila melihat Nyda mahu membuka pintu dia memanggil isterinya. “Nyda Adlina.”

“Apa lagi?” Soal Nyda serentak memalingkan tubuhnya mengadap Rafa.

“Tu…. “ Rafa menunjuk sesuatu dilantai sambil tersengih panjang.

Automatik mata Nyda mengekori telunjuk suami seraya itu mataa membulat dan mukanya memerah menahan malu dengan pantas dia mengutip pakaian dalamnya dan terus keluar dari sini. Rafa sudah tergelak reaksi yang ditunjukkan isterinya, mengelabah sungguh.

“Adus,  Nyda…. Nyda….”  Sakit perut Rafa mengelakkan isterinya.

“Waa, malunya!” bentak Nyda. Dia mempercepatkan langkah ke bilik sebelah.

“Nya pinjam bilik air jap.” Pinta Nyda sebaik pintu bilik adiknya di selak dari luar.

“Hah! Kenapa dengan bilik air along? Rosak ke? Saol Nya. Dia yang sedang berbaring-baring bangkit duduk bersila bila kedatangan kakaknya ke kamarnya.

“Tak delah, saja nak tumpang mandi.”

“Haaa, mesti malu dengan abang Naim, kan? Buat apa nak malu lagi kan dah jadi suami isteri? Usik Nya dengan kening terangkat-angkat memandang wajah kakaknya.

“Banyak songeh betul budak ni. Dah! Along nak mandi ni.” Bebel Nyda lalu membolos masuk ke bilik air.

“Okeylah, wahai pengantin baru!” laung  Nya dengan hilaian.

“Assalamualaikum .” Rafa memberi sambil mengetuk bilik adik iparnya. Dia ingin mencari Nyda untuk solat asar berjemaah.

“Waalaikumussalam, eh abang Naim kenapa?” soal Nya sebaik membuka pintu. Dia hairan dengan kedatangan Rafa ke biliknya. Keningnya bertaut.

Rafa tersenyum sebelum berbisik sesuatu kepada Nya.  Nya terangguk-angguk sambil tersenyum  tanda dia setuju. Tidak lama kemudian dia keluar dari biliknya dan Rafa masuk ke dalam bilik itu.

“Nya, malam nanti teman along layan pak cu dan mak cu ya. Along rimas dengan abang Naim kamu tu. Kalau alaong dengan dia mesti dia nak bertempek saja kerjanya,” suara Nyda bila kakinya melangkah keluar dari bilik air tanpa menoleh kerana sibuk mengeringkan rambutnya yang panjang mengurai melebihi bahunya dengan sehelai tuala.

“Nya, dengar tak ni?” suaraNyda lagi bila sahutannya tidak bersambut.

“Ustazah…  apa hukumnya mengutuk suami sendiri dibelakang?”

Nyda terkejut bila suara lelaki yang menjawab, bukanya suara Nya. Dengan pantas dia menoleh. “Awak?!”
Rafa memandang Nyda dengan wajah tersenyum.

“Macam mana awak boleh ada kat sini pulak, ni mesti awak sogok Nya kan?” soal Nyda dengan wajah seperti singa betina beranak sulung.

“Ish-ish…  tak baik fitnah suami sendiri ustazah Nyda,” ujar  Rafa sebelum tergelak

“Boleh tak jangan mengejek saya dengan panggilan ustazah lagi!” bentak Nyda sambil mehentak kakinya.

“Opss, ustazah kita dah naik angin.” Rfaa semakin galak mengenakan suaminya.

Tajam mata Nyda menikan suaminya.

“Okey-okey, cepatlah pakai baju nanti kita solat asar sama-sama. Lagipun saya takut tak dan sampai malam  iman saya dah tergugat sebab tengok awak cam ni, terlalu seksi,” sakat Rafa lagi sapa mengenyit mata sebelah.

Spontan mata Nyda jatuh pada badan, dia baru perasaan keadaannya masih berkemban dengan kain batik lantas di tutup dengan tuala.

“Hahaha, awak ni lucu betullah! Gelak besar Rafa bila melihat Nyda mengelabah. “ Saya tunggu awak dalam bilik kita ,ya?” Rafa bangkit dari katil Nya lalu melangkah keluar. Hanya beberapa langkah dia menoleh kembali.

“Sayang, abang terpikatlah dengan tali lalat kepuanyaan sayang, indah sekali tali lalat terletak di tengah dada, hitam pekat.”

Dengan spontan mata Nyda jatuh di dada melihat tali lalatnya yang diperkata oleh suaminya “ Rafa Naimm….!” Nyda menjerit geram tapi di balas hilai tawa kuat oleh Rafa.

Tak guna, Rafa Naim! Jerit Nyda lagi.  Dengan pantas dia berlari ke katil lalu mencapai bantal dan terus membaling ke arah Rafa tapi sasaran tidak mengena. Rafa sempat membolos diri bilik itu namun masih kedengaran hilai tawanya. Nyda mendengus geram!

-----> bersambung..
lepas ini macam-macam loyar buruk Rafa kenakan isterinya..bukan sebab apa..dia buat macam tu sebab mahu meraih cinta si isteri