BAB 4
“Papaaa...”
Panggil Puan
Halisa merangkap anak sulung Tuan Haris meleret sebaik menguak daun pintu.
“Papa!papa!” jerit Puan Halisa berkali-kali bila
panggilannya tiada sahutan.
“Lisa!” Jerit mak cik Imah sebaik dia menjenguk dari
dapur. Dengan segera dia mendapatkan Halisa lalu memeluk erat wanita.
“Mak cik Imah! Wah, rindu betul dekat mak cik! Mak cik
sihat ke?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada pembantu rumahnya.
“Macam nilah mak cik, Lisa. Alia mana?” soal Mak cik Imah
sebaik rangkulan mereka terlerai sambil tertinjau-tinjau mencari anak Halisa.
“Biasalah budak sorang tu, mak cik. Jejak saja kaki ke
bumi Malaysia terus nak melencung ke tempat lain. Mana papa? Dari tadi duk
pekik-pekik tak muncul juga.”
“Kamu ni, macam tak kenal dengan papa sendiri.
Masa-masa gini kat syarikatlah. Yang kamu ni pula tak de ribut taufan
melanda tup-tup muncul pulak hari ni, ada apa ke?”
Puan Halisa tersenyum tawar. “ Mike tinggalkan
saya...” suara Puan Halisa penuh sayu.
Mak cik Imah tersentap. “Betul ke? Macammana boleh
jadi macam tu,” soal mak cik Imah sambil mengusap lembut bahu anak majikannya.
“Saya tak tahu, masa tu saya keluar pergi kerja. Bila
saya balik dan saya buka pintu bilik, saya tengok dia tidur dengan perempuan
lain,” luah Puan Halisa sambil memekup mukanya.
“Saya tak sangka dia sanggup curang di belakang saya.
16 tahun saya hidup dengan dia tak pernah berlaku apa-apa sebab dia janji akan
setia dengan saya seorang. Tapi kenapa sekarang dia buat saya macam tu? Dia
ingat saya tak de perasaan ke? Dia dah lupa ke janji-janji dia? ataupun ini
mungkin hukuman atas balasan apa yang saya telah lakukan pada Hadi dulu,”
sambung Puan Halisa berjeda seketika.
“Mom! Lia dah balik!” pekik si anak dara yang masuk
tanpa memberi salam terlebih dahulu.
“ Nangis lagi ke? Buat apa nak bazirkan air mata untuk
lelaki yang sudah tak setia lagi?!” rengus Alia.
Puan Halisa masih tersendu-sendu menahan tangisan.
“ Haaaa…” Alia mengeluh kasar. “Mom! Pleaselah Lia dah
bernanah telinga nak dengar tangisan mom setiap hari.”
“Lia! Kamu diam. Kamu memang tak pernah faham perasaan
mamy!” Jergah Puan Halisa dalam sendu.
Mak cik Imah hanya terkebil-kebil bila melihat
pertelingkahan anak beranak itu.
“Momm... Lia bukan bermaksud nak biadab. Tapi Lia tak
nak mamy terus macam ni. Nampak lemah sangat. Lia tahu mamy seorang wanita yang
tabah,” suara Alia semakin mengendur. Dia menghampiri ibunya lalu meraih kedua
tangan Puan Halisa, dikucup lama.
Puan Halisa mengusap kelapa anaknya. “Maafkan mamy
sayang. Di angkat tubuh kecil anak gadis lalu merapatkan ke dalam pelukannya.
“Lia sayang mom,”luah Alia
turut menangis sama.
“Ya Lisa, apa yang anak kamu cakap itu betul. Jangan
terlalu fikir tentang perkara ini. Kamu kena terus hidup,” tambah Mak cik Imah.
Dia mengusap lembut bahu anak majikan itu.
Mak cik Imah meminta izin untuk ke dapur mahu memasak
makan tengah hari kerana sebentar lagi Tuan Haris akan pulang. Dia meninggalkan dua beranak itu
yang masih berpelukan.
“Mom...janji dekat Lia jangan sedihlah lepas ni,”
pinta Alia sebaik meleraikan rangkulan kemas dari ibunya.
Puan Halisa senyum tawar. Diusap lembut ubun-ubun anak
gadisnya yang berwarna keperangan itu sebelum berbicara. “Mamy janji dear.”
“Ini baru mamy Lia,” suara Alia riang. Sebuah kucupan
singgah di pipi kanan ibunya.
“Dahlah pergi angkat barang-barang kamu masuk bilik
sana,” arah Puan Halisa. Pipi anaknya dicubit lembut.
“Okey boss!” Alia buat gaya tabik spring sambil
tersengih. Gembira melihat wajah ibunya sudah kembali cerah daripada terus
mendung.
Alia menyanyi kecil ketika meniti anak tangga. Bila
tiba di biliknya, dia memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam. Sebaik terkuak
daun pintu matanya membuntang luas bila melihat ada sekujur tubuh manusia
sedang menyarung baju t-shirt panjang ke tubuh.
“Argggggggh!” Alia menjerit kuat.
Afina yang
tidak sedar kedatangan Alia lantas berpaling kemudian dia turut menjerit sama. “Argggggh!”
“Hey! What are you
doing here? And who are you?!” Soal Alia kasar dan tegas.
Afina lantas
menekup mulut. Kemudian dia menggelengkan kepala. Tidak faham bahasa yang
dituturkan oleh orang dihadapanya.
Alia bengang lalu masuk ke dalam. “Siapa awak? Suka
hati masuk bilik aku!” jergah Alia.
“Sa...saya….” Afina
tergagap-gagap.
“Sayang, what happen?” soal Puan Halisa tercungap.
Dia dari bawah terkejut bila mendengar anaknya menjerit lantas berkejar ke atas
diikuti Mak cik Imah sedang memasak di dapur. Dia juga turut terkejut sampai
tinggal masakan di atas dapur.
“Mom! Ada orang yang Lia tak kenal dalam tidur bilik Lia,”
adu Alia dengan nada merengek.
Afina gelisah
dan tidak tahu nak buat apa. Dia kalih pada Mak cik Imah.
“Mak cik, siapa budak perempuan ni?” soal Puan Halisa. Pandangannya masih
tidak beralih memandang gadis yang asing baginya.
“Er...” lidah Mak cik Imah kelu. Tidak tahu bagaimana
mahu memberitahu perkara sebenar kepada Puan Halisa itu.
“Cakap mak cik, siapa?” soal Puan Halisa lagi kali ini
intonasinya keras.
“Sebenarnya dia...”
“Jangan nak bagitahu saya, yang dia ni perempuan
simpanan papa?” Syak Puan Halisa sambil menatap tepat ke arah Mak cik Imah.
Mak cik Imah tidak mampu menjawab lantas menundukkan
pandangannya ke bawah.
“Oh! No..papa memang tak pernah serik!” keluh Puan
Halisa bila mengenang sikap papanya yang masih tidak mahu bertaubat. Cakap
dekat orang, dia sendiri sama saja. Bapa borek anak rintik.
“Mom! Lia tak nak dia duduk dalam bilik Lia.Hey! Kaau...
keluar sekarang!” jergah Alia kasar. Dia menarik rambut Afina kasar supaya gadis itu keluar dari
biliknya.
“Sakit….” jerit Afina perlahan. Dia tidak kuat untuk melawan
kerana badannya masih lemah.
Puan Halisa hanya melihat saja. Dia juga tak suka ada
gadis asing tinggal di dalam rumah itu.
Mak cik Imah tidak berani menghalang berbuatan Alia
terhadap Afina kerana dia tiada hak mahu
kuasa untuk membantah.
Alia menarik Afina
keluar dari biliknya kemudian dia menolak gadis itu dengan kasar. Belum sempat Afina mahu tersandung tubuhnya di sambut oleh
sesorang.
“Uncle….”seru Afina
lemah, sebaik dia mendongak.
Tuan Haris mengangkat tubuh Afina perlahan-lahan supaya gadis itu dapat
berdiri dengan elok. “Fina okey ke?” soalnya, lembut sekali.
Afina
mengangguk.
Sebaik dapat jawapan dari Afina, Tuan Haris kalih pandanganya memandang anak dan cucunya
yang hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia dengan mata yang cerlung mahu
marah.
“Papa siapa budak ni?” Soal Puan Halisa belum sempat Tuan
Haris bersuara.
“Hey Lia! sekali lagi kau buat Afina macam tadi. Aku tak akan teragak-agak buat
kau macam tu juga walaupun kau cucu aku!” ugut Tuan Haris kasar tanpa mempedulikan pertanyaan dari
anaknya.
Alia takut dengan ugutan datuknya lantas menyorok diri
di belakang ibunya.
“Papa! Alia tu cucu kandung papa. Sanggup papa cakap
macam tu?” Bentak Puan Halisa tidak puas hati.
“Aku peduli apa? Selama ini ada korang pedulikan aku? Tak
de kan? Jadi jangan nak bantah apa keputusan aku. Sekarang bilik ini akan
jadi bilik Afina selamanya, anak angkat
aku. Jadi bilik anak kau dekat hujung sana,” suara Tuan Haris sambil memuncungkan mulutnya dan serentak itu
dia menarik tangan Afina untuk beredar
dari situ.
Puan Halisa tergamam.
No comments:
Post a Comment