Tuesday, 21 May 2013

Aku Ingin Bahagia (3)


BAB 3
Seperti yang dijanjikan Pak cik Noor datang ke rumah yang agak mewah itu. Dengan berlagaknya dia menyerbu masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang empuk sambil menyilangkan kaki. Lagak seperti tuan rumah tanpa di suruh. Orang-orang Tuan Haris  melarang dia. Dia buat tak tahu mahu siap mengugut lagi. Katanya Tuan Haris  sayang dia sebab anaknya ada dalam gengaman Tuan Haris .
“Hai, Noor. Awal kau datang?” sinis soalan Tuan Haris  yang berada di anak tangga. Bunyi kekecohan di bawah memaksanya keluar  dari kamar beradu.
 Pak cik Noor mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan kedatangannya adalah satu iaitu wang!
“Maafkan kami tuan, kami dah berusaha menghalang tapi....”
“Tak pe, kamu semua keluar dulu. Ini urusan aku dengan dia,” sampuk Tuan Haris  terlebih dahulu,  dia yang masih segak walaupun usia sudah mencecah angka 50-an sedang meniti anak tangga sampai ke bawah.
“Baik tuan.” Patuh si pekerja lalu keluar dari ruangan itu.
“Mana wang yang aku minta semalam?” tanya Pak cik Noor tanpa berselindung sebaik Tuan Haris  selesa di sofa yang bertentangan dengannya.
“Ha!ha!ha!ha!”  Tuan Haris  gelak besar sebelum menyindir sinis Pak cik Noor. “ Aku ingat kau datang nak jenguk  anak dara ka. Tapi aku silap, kau datang nak tuntut wang kau rupanya.”
Kali ini giliran Pak cik Noor ketawa sinis. “Bagi aku wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku semakin derita!”
“Menderita bagi kau, bagi aku ia adalah anugerah yang paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau,” sinis sekali sindiran Tuan Haris . Pak cik Noor memandang dengan wajah bengang.
Selesai mengenakan baju,  Afina keluar dari bilik bercadang untuk menolong Mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu  Afina terdengar suara ayahnya di bawah. Hatinya sangat riang. “Ayah datang, pasti nak jumpa aku,” ujar  Afina teruja, dengan pantas dia berlari turun ke bawah.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku dah serah anak aku dekat kau, sekarang mana duit aku!” jerit Pak cik Noor seraya bingkas bangun dari duduknya. Tuan Haris  hanya senyum dan berlagak tenang saja.
 Afina yang berada di anak tangga yang paling bawah sangat terkejut. “Ayah!” suara  Afina dengan air mata mengalir keluar. “Apa yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak duit?  Ini bermakna Fina....”
“Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual mak kau dekat Tuan Haris !” cantas Pak cik Noor belum sempat anaknya menghabiskan bicara.
 Afina tersentap. Lemah lututnya tapi dia cepat-cepat memaut tiang tangga. “Apa yang ayah cakap ni?” ujar  Afina dalam sendu.
Tuan Haris  masih tersenyum. Seronok pula dia menyaksikan drama sedih secara live  di depan mata, selalunya dia hanya menonton di televisyen sahaja.
 Afina bangkit lalu meluru mendapatkan ayahnya . “Ayah hanya bergurau je, kan? Ayah tak akan jual Fina, kan? Fina kan anak ayah....”  Afina merayu sambil mengoncang tubuh Pak cik Noor.
Pak cik mendengus kasar. “Hey, Fina! Kau dengar sini. Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris , faham!” Pekik Pak cik Noor menekankan perkataan jual lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.
“Hoi, Noor! Dia sekarang dah jadi milik aku. Jangan sesekali kau berani sentuh dia!” marah Tuan Haris  lalu menghampiri  Afina.
“Fina tak de apa-apa ke sayang?” soal Tuan Haris  begitu lembut dan penuh kehalusan.
“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya!” marah  Afina sambil meronta sedikit. “Ayah...jangan buat Fina macam ni, Fina masih kecik lagi, yah....” rayu  Afina dengan tangisan semakin menjadi-jadi, dia merangkak perlahan-lahan untuk mendapatkan ayahnya.
“Aku nak duit aku sekarang!” minta Pak cik Noor entah ke berapa kalinya.
“Ayah... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak duduk rumah kita. Fina janji, Fina tak nak pergi sekolah lagi, ya,” rayu  Afina lagi sambil menggeleng dan mengangguk kepalanya. Di paut kemas betis pak cik Noor, agar ayahnya ada rasa simpati.
Tanpa membuat masa Tuan Haris  duduk semula lalu mencapai buku cek yang sedia ada di kocek kemejanya untuk mengisi jumlah wang yang dijanjikan semalam. “Nah, sekarang kau boleh pergi! Dan jangan pernah jejakkan kaki kau ke sini lagi!” ujar Tuan Haris  berbaur ugutan keras.
Pak cik Noor tersenyum lebar. “Baiklah aku janji,”  ujar Pak cik Noor sambil mencium kepingan cek itu. Dia menepis anaknya dengan kaki lalu beredar dari situ dengan hilai seperti di rasuk syaitan.
 Afina lantas bangun untuk mengejar ayahnya. “Ayah!Tunggu Finaa....” 
Belum sempat dia membuka langkah Tuan Haris  pantas mencengkam lengannya. “Kau nak ke mana? Sekarang kau hak aku. Tiada siapa lagi boleh selamatkan kau! Dah masuk bilik sekarang!” gertak Tuan Haris.
“Fina benci ayah! Fina benci uncle!” pekik Afina seraya berlari naik ke atas.
Masuk sahaja ke bilik  Afina menyemban wajahnya ke bantal. Melimpah-limpah air matanya keluar dari takungan. Jika ditadah satu baldi pun belum tentu lagi cukup untuk menadah air matanya.  Mengenangkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Keluar dari mulut buaya masuk mulut singa. Apalah nasibnya. Bertubi-tubi ujian ditimpa padanya. Kadang kala terbit juga di hati yang masih tidak matang untuk menyalahkan takdir. Kenapa harus dia yang terpilih untuk jalani hidup sederita ini?
Mak cik Imah yang mendengar segala-galanya turut membontoti  Afina ke atas. Dia menguak daun pintu lalu melabuh duduk di sisi gadis itu.
“Sabar Fina, mak cik faham perasaan kamu,” pujuk mak cik Imah sambil mengelus rambut  Afina yang panjang mencecah punggung itu.
 Afina lantas bangkit lalu memeluk erat tubuh si tua itu. “Mak cik.... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak balik!” raung  Afina tersendu-sendu.
“Mak cik faham. Tapi buat masa sekarang Fina kena sabar dulu, jangan buat Tuan Haris  marah. Mak cik takut dia akan apa-apakan Fina nanti,” nasihat Mak cik Imah sebagai orang tua yang sudah lama makan garam dalam kehidupan. Dia yang tidak mempunyai anak walaupun sudah lama kahwin tidak jemu untuk memujuk  Afina.
“Kenapa harus Fina Mak cik Imah? Kenapa? Allah tak sayang Fina ke?” soal  Afina sambil merenung wajah tua itu.
“Finaa.. kenapa cakap macam tu? Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu, sabar ya,” Mak cik Imah masih memujuk.
“Fina dah tak tahan lagi. Fina rasa nak mati je. Dulu mak yang terpaksa tanggung dosa ayah. Sekarang. Sekarang Fina pulak! Kenapa ayah begitu kejam Mak cik?  Kenapa Allah tak cabut nyawa dia biar dia mati?! Tak perlu Fina lalui semua ini,” amuk  Afina, kesal dengan sikap ayahnya.
Mak cik Imah diam. Dia membiarkan  Afina melepaskan rasa yang terbuku di hati kecilnya. Dia juga simpati baru berusia 15 tahun sudah dianayai ayah kandung dan darah daging sendiri. Ke manakah sifat kemanusiaan yang ada pada diri si ayah itu?
 Afina teresak-esak dalam pelukkan Mak cik Imah akhirnya terlena. Mak cik Imah meletakkan kepala  Afina ke bantal perlahan-lahan agar gadis itu tidak tersedar. Lama dia menatap wajah suci itu. ‘Sabarlah nak, moga Allah akan melindungimu yang tidak berdosa.’ Doa Mak cik Imah sebelum melangkah keluar.
Tuan Haris  dari tadi tidak duduk diam. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Serabut memikirkan tentang  Afina. Nafsunya berkocak setiap melihat wajah gadis itu. “Apa yang aku perlu lakukan supaya  Afina sukakan aku, ya? Aku tak boleh paksa dia secara kasar sebab dia masih terlalu muda. Hrmm... aku harus cari jalan. Haa.. aku tahu.” Tuan Haris  memetik jarinya menandakan dia sudah mempunyai idea.
Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Bilik  Afina.  Dengan langkah ibarat tidak mencecah bumi, Tuan Haris  perlahan-lahan menghampiri  Afina yang sedang nyenyak tidur. Di tatap gadis itu seperti mahu ngap sahaja!
Dengan penuh bernafsu, dia mengelus lalu mencium rambut  Afina yang panjang mengurai itu. Dielusnya pipi  Afina dengan penuh ghairah. Bila bibirnya mahu melabuh di bibir nipis  Afina. Gadis itu terjaga. Terkantoi berbuatannya.
 Afina terkejut lalu menolak Tuan Haris  dengan kasar.“Apa yang uncle cuba lakukan ni?!” pekik  Afina lalu mengesot ke sedikit. Di tarik kain selimut untuk menutupi tubuhnya dari diratap oleh lelaki miang itu.
“Err... Fina jangan salah faham. Uncle cuma nak tengok muka Fina kot-kot ada yang cedera,” dalih Tuan Haris  sambil menegakkan badanya. Dalam hati sudah menyumpah sebab tak dapat apa yang dia inginkan.
“Uncle tipu! Uncle nak apa-apakan Fina, kan?!” Soal  Afina dengan pekikan dalam ketakutan.
“Ya Allah Finaa,Fina. Sampai hati Fina fitnah uncle macam tu. Demi Allah! Uncle sanggup bersumpah. Tak terlintas langsung di hati uncle nak lakukan berbuatan terkutuk tu,” selindung Tuan Haris  bersumpah bagai semata-mata mahu meraih simpati gadis muda itu.
“Kalau macam tu, kenapa uncle tak benarkan Fina ikut ayah balik?” tempelak Afina.
“Hrmm...sebenarnya Fina kena bersyukur sebab uncle bawa Fina ke rumah uncle. Uncle tahu perangai ayah Fina macamana. Dia ada cakap mahu jual Fina dekat rumah pelacuran. Uncle sanggup tawarkan diri dan sanggup bayar berapa saja yang ayah Fina mahukan supaya Fina tak dijual ke sana. Uncle kesiankan Fina. Fina masih muda, masih punyai masa depan yang cerah. Uncle ambil Fina nak jadikan Fina sebagai anak angkat, sebab uncle nak Fina berjaya seperti remaja-remaja lain,” berjeda helah Tuan Haris  untuk menipu gadis yang naïf itu.
 Afina merenung wajah tua itu lama sebelum dia bersuara. “Betul ke uncle? Uncle tak tipu Fina?” duga  Afina masih ragu-ragu.
“Buat apa uncle nak tipu. Uncle sedar usia uncle sudah lanjut, kubur kata mari rumah kata pergi. Lagipun anak-anak uncle semuanya tinggalkan uncle. Fina di sini sekurang-kurangnya boleh temankan uncle, tak delah uncle sunyi sangat.” Tuan Haris  masih bermain kata-kata dengan  Afina. Hatinya sudah melonjak riang bila melihat wajah  Afina termakan dengan kata-kata ‘alim’nya.
Air mata yang menitis disekat laju seraya itu dia memeluk tubuh Tuan Haris . “Terima kasih uncle kerana mahu menolong Fina,” ujar  Afina dalam tangisan tanpa ada rasa curiga lagi. Dia sangat gembira kerana ada lagi insan yang masih sayangkan dirinya ini.

Tuan Haris  membalas pelukkan itu dengan erat. Diusap lembut belakang gadis sambil menggaris senyuman jahat. ‘Akhirnya...’

~~~~> Apakah nasib yang bakal ditempuhi Afina nanti? nak tahu? tunggu ya..maaf sekiranya ada bahasa kasar yang tidak sesuai :) DN

Monday, 20 May 2013

Aku Ingin Bahagia


Bab 2
“Okey. Sekarang, ini rumah kamu,” ujar Tuan Haris  lembut sambil menepuk bahu  Afina perlahan, sebaik mereka menapak keluar dari kereta. Rumah kediamannya terletak di  kawasan kampung Temerloh. “Siapa nama kamu, ya?” soal Tuan Haris berbasa-basi.
“Fina, uncle,” jawab  Afina takut-takut sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu. ‘Besarnya rumah. Kerja apa uncle ini. Bagaikan mimpi aku dapat tinggal dekat rumah ni. Tapi bagaimana dengan ayah? Kan bagus kalau ayah dapat tinggal dekat sini jugak.’ Keluh  Afina sendiri. Sebak tiba-tiba bila teringatkan ayahnya.
“Finaa..  apa yang termenung lagi tu? Mari masuk,” ajak Tuan Haris  lalu memeluk bahu gadis itu. ‘Tenanglah dulu wahai hati. Aku perlu yakinkan dia. Lepas tu dia pasti jadi hak aku.’
 Afina mengelak sedikit dari terus dipeluk oleh Tuan Haris.  Dia rasa tidak selesa. Walaupun pak cik itu lebih tua dari ayahnya, mereka tetap bukan mahramnya.
“Imah, tolong angkut beg pakaian budak ini. Awak kemas bilik Alia, kasi pada Fina,” arah Tuan Haris  pada pembantu rumahnya.
“Baik tuan. Mari nak, ikut mak cik naik ke atas,” pelawa Mak cik Imah.
 Afina mengangguk lalu mengekori Mak cik Imah naik ke atas. Tuan Haris  melepaskan lelahnya di sofa yang empuk itu sampai medepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lebar.
“Beruntung betul aku. Tak dapat tebus wang ringgit dapat ganjaran perempuan. Masih dara pulak tu. Kasihan dekat kau Noor, itulah akibat pinjam wang tak nak bayar. Dulu isteri kau sekarang anak kau. Memang tak sayang bini dan anak betul kau ni. Rela jual keluarga sebab mahukan wang.”Bicara Tuan Haris  sendirian.
“Tuan!” Seru anak buahnya.
“Apa? Tak boleh tengok aku senang langsung!” marah Tuan Haris  bila mood senang hatinya di ganggu.
“Anak Tuan. Puan Lisa dan anak bongsunya mahu pulang dalam tempoh seminggu lagi,” jelas salah seorang daripada anak buahnya.
“Lisa? Kenapa tiba-tiba dia nak balik Malaysia? Suami kesayangannya, pergi mana?” soal Tuan Haris sekali gus menyindir bengang.
“Mereka dah berpisah, tuan.”
“Hah? Baguslah tu. Dari dulu lagi aku cakap jangan kahwin dengan mat salleh tu. Tak nak dengar. Sekarang padan muka dia. Mulalah nak balik merengek dekat aku,” rungut Tuan Haris . ‘Eh, jap kalau si Alia pulang jugak maknanya dia mesti nak pakai biliknya. Habis macamana dengan  Afina. Kalau ikutkan aku memang aku nak suruh budak itu tidur sekatil dengan aku. Tapi itu masih awal. Ah, lantaklah si Alia tu nak tidur mana. rumah ni kan banyak bilik.’
“Tuan semuanya dah siap.  Afina sekarang tengah tidur, dia nampak penat,” celah Mak cik Imah tiba-tiba
“Baguslah,” jawab Tuan Haris  ringkas. Fikirannya masih berserabut memikirkan anak sulungnya bakal tinggal di rumah ini lagi. Pasti mengamuk sakan puterinya bila dapat tahu dia membawa balik  Afina ke rumah. ‘Ah! Ini rumah aku suka hati akulah.’
“Tapi tuan....” Mak cik Imah tidak menghabiskan bicaranya
“Tapi apa?” cantas Tuan Haris
“Saya tengok tubuhnya penuh dengan lebam-lebam,” jelas Mak cik Imah. Dia sangat sedih bila terlihat kesan lebam terdapat di segenap tubuh gadis itu semasa  Afina mahu menukar pakaian.
“Ermm, aku tahu itu. Tak pe kau sapu je ubat bila dia sedar nanti.”
“Baiklah, kalau macam tu saya ke dapur dulu ya, tuan.”
Sebaik melihat kelibat Mak cik Imah menghilang ke dapur Tuan Haris  bangkit lalu memanjat anak tangga untuk ke bilik beradunya. Semasa melintasi bilik yang ditempatkan  Afina, Tuan Haris  berhenti. Dia melihat pintu bilik itu terbuka sedikit lalu diintai ke dalam. Nafsunya membuak tiba-tiba bila melihat  Afina yang sedang nyenyak tidur itu tidak sedar kainnya terselak sedikit menampakkan betisnya yang putih itu.
Tuan Haris  menguak sedikit daun pintu itu, kemudian menghampiri gadis itu. Dia melabuh punggungnya ke tilam. Perlahan-lahan dia menggosok betis  Afina yang terdedah itu dengan senyuman bernafsu di dada.
 Afina yang lena terasa seperti ada orang merabanya. Sepantas kilat dia terus bangkit. “Uncle! Apa yang uncle nak buat ni?” sergah  Afina, terkejut lalu menarik kakinya dan menutup bahagian terdedah itu.
Tuan Haris  senyum lembut. “Uncle tak buat apa-apa pun. Uncle cuma kasihankan kamu. Betis kamu yang cantik itu nampak sangat buruk sebab ada kesan calar. Uncle nak sapu ubat saja, tak sangka menganggu kamu tidur pula,” nafi Tuan Haris .
“Tak pelah kamu tidurlah, uncle tak nak ganggu,” sambung Tuan Haris  kemudian dia bangkit untuk keluar dari situ. Sebaik daun pintu tertutup Tuan Haris  melepaskan geram. “Cis! Melepas aku,” rungutnya perlahan.
Bila melihat Tuan Haris  betul-betul keluar dari bilik itu,  Afina dengan pantas turun dari tilam itu dan cepat-cepat mengunci pintu bilik. Dia bersandar ke pintu. ‘Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan uncle itu. Ayah datanglah selamatkan Fina,’rintihnya sebak.
“Oh! Kunci ya, takutlah tu. Tak pe  Afina hari kau belum tiba lagi,” bicara Tuan Haris  sambil tersenyum menyengit.

“Nak, macamana kamu boleh ikut Tuan Haris  ke sini,” soal Mak cik Imah tiba-tiba sambil menyapu luka di belakang  Afina.
“Ayah. Ouch! Sakitnya... err... perlahan sikit mak cik. Ayah yang suruh saya tinggal dengan uncle Haris, ayah cakap uncle Haris akan jadikan saya anak angkatnya,” jelas  Afina jujur sambil mengaduh kesakitan.
Mak cik Imah mengeluh. ‘Sungguh kasihan gadis ini, apalah nasibnya. Ayah sendiri sanggup serahkan anaknya pada buaya darat. Mesti budak ini tidak tahu apa-apa tentang  Tuan Haris.’ Gumamnya.
“Mak cik dah lama kerja sini,”tanya  Afina cuba berbasa basi dengan pekerja bakal ayah angkatnya.
“Agak lamalah jugak,” balas Mak cik Imah dengan tangan masih lagi menyapu ubat di belakang  Afina, penuh hati-hati. Sayu melihat kesan calar itu. Kalau buat report polis harus disoal siasat ni.
“Uncle Haris tak isteri dan anak ke, mak cik?” soal  Afina lagi dengan suara menahan sakit. Matanya kekadang terpejam dengan mulut mengigit bantal. Kesakitan yang ditanggungnya amatlah perit.
“Isterinya dah meninggal 10 tahun yang lalu, dia ada dua orang anak. Kedua –duanya perempuan. Anak sulungnya Puan Halisa, yang bongsu Puan Harisa. Mereka dah ada keluarga masing-masing,” cerita mak cik Imah.
“ Oh, kenapa Fina tak nampak mereka pun? Mereka tak tinggal sini ek?”
“Hrm... Puan Halisa jarang balik sini sebab sekarang dia tak duduk Malaysia. Dia menetap di Amerika, ikut suami ke duanya. Dia bercerai dengan suami pertamanya semasa anak bongsunya berusia 2 tahun.  Anak lelakinya ikut suami pertama dia, sekarang merka menetap di Korea. Puan Harisa pula ada kat Singapura. Dia memang menetap dekat sana bersama suami dan anak kembarnya.”
“Patutlah. Mesti Tuan Haris  sunyikan, anak dan cucu tak duduk sekali?”
Mak Cik Imah hanya tersengih. Tuan Haris  kesepian? Kesunyian? Entahlah ada ke kalimah itu dalam hati lelaki itu. Yang dia tahu setiap saat lelaki itu asyik berkepit dengan wanita tidak kira masa.
 “Okey dah siap. Rehatlah dulu, badan kamu masih lemah,” ujar Mak cik Imah sambil menepuk lembut punggung gadis itu.
“Terima kasih mak cik,” ucap  Afina lalu membalikkan tubuhnya kembali dengan perlahan-lahan.
“Sama-sama,” balas mak cik Imah lalu bangkit dan menuju ke pintu seraya memetik suis untuk menutup lampu agar  Afina dapat tidur dengan lena.
“Selamat malam mak cik.” Sempat lagi  Afina mengucapkan selamat malam pada Mak cik Imah sebaik wanita itu  mahu menapak keluar dari bilik itu
“Selamat malam Fina, sebelum tidur baca doa. Mudah-mudahan kamu selamat semasa tidur,” pesan Mak cik Imah dengan wajah redup.
 Afina tersenyum tanpa menyedari sesuatu. Sebaik daun pintu tertutup dia menarik selimut dan terus pejamkan mata.
Mak cik Imah berdiri di depan pintu bilik itu seketika. “Aku harap Tuan Haris  tak masuk ke bilik Fina malam ini. Ya Allah Kau lindungilah gadis ini.” Doanya.

Dia tahu tujuan Tuan Haris  membawa gadis ini bukan mahu menyelamatkan tapi mahu menjadikan gadis itu sebagai perempuan murah. Petang tadi dia tidak sengaja nampak Tuan Haris  masuk ke kamar ini. Apa lagi yang dimahukan selain yang ‘satu’ itu. Sebuah keluhan berat dilepaskan sebelum beredar ke biliknya yang terletak di tingkat bawah.

~~~~~> bersambung, maaf sekiranya tidak sempurna, sesungguhnya aku ini insan yang biasa2 je :) DN