Monday 20 May 2013

Aku Ingin Bahagia


Bab 2
“Okey. Sekarang, ini rumah kamu,” ujar Tuan Haris  lembut sambil menepuk bahu  Afina perlahan, sebaik mereka menapak keluar dari kereta. Rumah kediamannya terletak di  kawasan kampung Temerloh. “Siapa nama kamu, ya?” soal Tuan Haris berbasa-basi.
“Fina, uncle,” jawab  Afina takut-takut sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu. ‘Besarnya rumah. Kerja apa uncle ini. Bagaikan mimpi aku dapat tinggal dekat rumah ni. Tapi bagaimana dengan ayah? Kan bagus kalau ayah dapat tinggal dekat sini jugak.’ Keluh  Afina sendiri. Sebak tiba-tiba bila teringatkan ayahnya.
“Finaa..  apa yang termenung lagi tu? Mari masuk,” ajak Tuan Haris  lalu memeluk bahu gadis itu. ‘Tenanglah dulu wahai hati. Aku perlu yakinkan dia. Lepas tu dia pasti jadi hak aku.’
 Afina mengelak sedikit dari terus dipeluk oleh Tuan Haris.  Dia rasa tidak selesa. Walaupun pak cik itu lebih tua dari ayahnya, mereka tetap bukan mahramnya.
“Imah, tolong angkut beg pakaian budak ini. Awak kemas bilik Alia, kasi pada Fina,” arah Tuan Haris  pada pembantu rumahnya.
“Baik tuan. Mari nak, ikut mak cik naik ke atas,” pelawa Mak cik Imah.
 Afina mengangguk lalu mengekori Mak cik Imah naik ke atas. Tuan Haris  melepaskan lelahnya di sofa yang empuk itu sampai medepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lebar.
“Beruntung betul aku. Tak dapat tebus wang ringgit dapat ganjaran perempuan. Masih dara pulak tu. Kasihan dekat kau Noor, itulah akibat pinjam wang tak nak bayar. Dulu isteri kau sekarang anak kau. Memang tak sayang bini dan anak betul kau ni. Rela jual keluarga sebab mahukan wang.”Bicara Tuan Haris  sendirian.
“Tuan!” Seru anak buahnya.
“Apa? Tak boleh tengok aku senang langsung!” marah Tuan Haris  bila mood senang hatinya di ganggu.
“Anak Tuan. Puan Lisa dan anak bongsunya mahu pulang dalam tempoh seminggu lagi,” jelas salah seorang daripada anak buahnya.
“Lisa? Kenapa tiba-tiba dia nak balik Malaysia? Suami kesayangannya, pergi mana?” soal Tuan Haris sekali gus menyindir bengang.
“Mereka dah berpisah, tuan.”
“Hah? Baguslah tu. Dari dulu lagi aku cakap jangan kahwin dengan mat salleh tu. Tak nak dengar. Sekarang padan muka dia. Mulalah nak balik merengek dekat aku,” rungut Tuan Haris . ‘Eh, jap kalau si Alia pulang jugak maknanya dia mesti nak pakai biliknya. Habis macamana dengan  Afina. Kalau ikutkan aku memang aku nak suruh budak itu tidur sekatil dengan aku. Tapi itu masih awal. Ah, lantaklah si Alia tu nak tidur mana. rumah ni kan banyak bilik.’
“Tuan semuanya dah siap.  Afina sekarang tengah tidur, dia nampak penat,” celah Mak cik Imah tiba-tiba
“Baguslah,” jawab Tuan Haris  ringkas. Fikirannya masih berserabut memikirkan anak sulungnya bakal tinggal di rumah ini lagi. Pasti mengamuk sakan puterinya bila dapat tahu dia membawa balik  Afina ke rumah. ‘Ah! Ini rumah aku suka hati akulah.’
“Tapi tuan....” Mak cik Imah tidak menghabiskan bicaranya
“Tapi apa?” cantas Tuan Haris
“Saya tengok tubuhnya penuh dengan lebam-lebam,” jelas Mak cik Imah. Dia sangat sedih bila terlihat kesan lebam terdapat di segenap tubuh gadis itu semasa  Afina mahu menukar pakaian.
“Ermm, aku tahu itu. Tak pe kau sapu je ubat bila dia sedar nanti.”
“Baiklah, kalau macam tu saya ke dapur dulu ya, tuan.”
Sebaik melihat kelibat Mak cik Imah menghilang ke dapur Tuan Haris  bangkit lalu memanjat anak tangga untuk ke bilik beradunya. Semasa melintasi bilik yang ditempatkan  Afina, Tuan Haris  berhenti. Dia melihat pintu bilik itu terbuka sedikit lalu diintai ke dalam. Nafsunya membuak tiba-tiba bila melihat  Afina yang sedang nyenyak tidur itu tidak sedar kainnya terselak sedikit menampakkan betisnya yang putih itu.
Tuan Haris  menguak sedikit daun pintu itu, kemudian menghampiri gadis itu. Dia melabuh punggungnya ke tilam. Perlahan-lahan dia menggosok betis  Afina yang terdedah itu dengan senyuman bernafsu di dada.
 Afina yang lena terasa seperti ada orang merabanya. Sepantas kilat dia terus bangkit. “Uncle! Apa yang uncle nak buat ni?” sergah  Afina, terkejut lalu menarik kakinya dan menutup bahagian terdedah itu.
Tuan Haris  senyum lembut. “Uncle tak buat apa-apa pun. Uncle cuma kasihankan kamu. Betis kamu yang cantik itu nampak sangat buruk sebab ada kesan calar. Uncle nak sapu ubat saja, tak sangka menganggu kamu tidur pula,” nafi Tuan Haris .
“Tak pelah kamu tidurlah, uncle tak nak ganggu,” sambung Tuan Haris  kemudian dia bangkit untuk keluar dari situ. Sebaik daun pintu tertutup Tuan Haris  melepaskan geram. “Cis! Melepas aku,” rungutnya perlahan.
Bila melihat Tuan Haris  betul-betul keluar dari bilik itu,  Afina dengan pantas turun dari tilam itu dan cepat-cepat mengunci pintu bilik. Dia bersandar ke pintu. ‘Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan uncle itu. Ayah datanglah selamatkan Fina,’rintihnya sebak.
“Oh! Kunci ya, takutlah tu. Tak pe  Afina hari kau belum tiba lagi,” bicara Tuan Haris  sambil tersenyum menyengit.

“Nak, macamana kamu boleh ikut Tuan Haris  ke sini,” soal Mak cik Imah tiba-tiba sambil menyapu luka di belakang  Afina.
“Ayah. Ouch! Sakitnya... err... perlahan sikit mak cik. Ayah yang suruh saya tinggal dengan uncle Haris, ayah cakap uncle Haris akan jadikan saya anak angkatnya,” jelas  Afina jujur sambil mengaduh kesakitan.
Mak cik Imah mengeluh. ‘Sungguh kasihan gadis ini, apalah nasibnya. Ayah sendiri sanggup serahkan anaknya pada buaya darat. Mesti budak ini tidak tahu apa-apa tentang  Tuan Haris.’ Gumamnya.
“Mak cik dah lama kerja sini,”tanya  Afina cuba berbasa basi dengan pekerja bakal ayah angkatnya.
“Agak lamalah jugak,” balas Mak cik Imah dengan tangan masih lagi menyapu ubat di belakang  Afina, penuh hati-hati. Sayu melihat kesan calar itu. Kalau buat report polis harus disoal siasat ni.
Uncle Haris tak isteri dan anak ke, mak cik?” soal  Afina lagi dengan suara menahan sakit. Matanya kekadang terpejam dengan mulut mengigit bantal. Kesakitan yang ditanggungnya amatlah perit.
“Isterinya dah meninggal 10 tahun yang lalu, dia ada dua orang anak. Kedua –duanya perempuan. Anak sulungnya Puan Halisa, yang bongsu Puan Harisa. Mereka dah ada keluarga masing-masing,” cerita mak cik Imah.
“ Oh, kenapa Fina tak nampak mereka pun? Mereka tak tinggal sini ek?”
“Hrm... Puan Halisa jarang balik sini sebab sekarang dia tak duduk Malaysia. Dia menetap di Amerika, ikut suami ke duanya. Dia bercerai dengan suami pertamanya semasa anak bongsunya berusia 2 tahun.  Anak lelakinya ikut suami pertama dia, sekarang merka menetap di Korea. Puan Harisa pula ada kat Singapura. Dia memang menetap dekat sana bersama suami dan anak kembarnya.”
“Patutlah. Mesti Tuan Haris  sunyikan, anak dan cucu tak duduk sekali?”
Mak Cik Imah hanya tersengih. Tuan Haris  kesepian? Kesunyian? Entahlah ada ke kalimah itu dalam hati lelaki itu. Yang dia tahu setiap saat lelaki itu asyik berkepit dengan wanita tidak kira masa.
 “Okey dah siap. Rehatlah dulu, badan kamu masih lemah,” ujar Mak cik Imah sambil menepuk lembut punggung gadis itu.
“Terima kasih mak cik,” ucap  Afina lalu membalikkan tubuhnya kembali dengan perlahan-lahan.
“Sama-sama,” balas mak cik Imah lalu bangkit dan menuju ke pintu seraya memetik suis untuk menutup lampu agar  Afina dapat tidur dengan lena.
“Selamat malam mak cik.” Sempat lagi  Afina mengucapkan selamat malam pada Mak cik Imah sebaik wanita itu  mahu menapak keluar dari bilik itu
“Selamat malam Fina, sebelum tidur baca doa. Mudah-mudahan kamu selamat semasa tidur,” pesan Mak cik Imah dengan wajah redup.
 Afina tersenyum tanpa menyedari sesuatu. Sebaik daun pintu tertutup dia menarik selimut dan terus pejamkan mata.
Mak cik Imah berdiri di depan pintu bilik itu seketika. “Aku harap Tuan Haris  tak masuk ke bilik Fina malam ini. Ya Allah Kau lindungilah gadis ini.” Doanya.

Dia tahu tujuan Tuan Haris  membawa gadis ini bukan mahu menyelamatkan tapi mahu menjadikan gadis itu sebagai perempuan murah. Petang tadi dia tidak sengaja nampak Tuan Haris  masuk ke kamar ini. Apa lagi yang dimahukan selain yang ‘satu’ itu. Sebuah keluhan berat dilepaskan sebelum beredar ke biliknya yang terletak di tingkat bawah.

~~~~~> bersambung, maaf sekiranya tidak sempurna, sesungguhnya aku ini insan yang biasa2 je :) DN

1 comment:

Ruunna Qizbal said...

smbng lagiiii... nak tau apa jadiiii