Bab 26
Haydar menolak basikal perlahan-lahan. Afina di sebelah
dikerling. Kehangatan pelukkan gadis itu menyentap jantungnya. Tak ingat halal
dan haram ingin juga dia memeluk gadis itu. Kehadiran gadis yang bernama Ana
Diana sedikit sebanyak menghiburkan hati lelakinya yang lama kesepian. Gadis
itu seakan ada sesuatu istimewa berbanding gadis-gadis lain. Gelagat dan tingkah
lakunya persis perempuannya, Dhia Afina. Jangan-jangan gadis itu adalah
perempuan?! Haydar tersentap sendiri.
Afina yang ralit memandang air sungai terus berpaling
ke sebelah. Bila terasa dirinya diperhatikan oleh lelaki di sebelahnya.
Pandangan mereka saling bertaut, lama. Afina cepat menepis perasaan resah itu,
“ Ada apa Haydar?” soalnya. Perjalanan masih diteruskan.
“Err… tak de apa-apalah. Saya lihat awak seolah saya
dapat melihat perempuan saya.” Jujur Haydar berkata. Dia memang sengaja.
Afina berlagak seperti biasa. Dalam hatinya hanya
Allah yang tahu. Betapa terkejutnya dia. “Ya ke? Mesti dia cantikkan? Awak
cakap dia seperti saya. Sayakan cantik!” ujar Afina sambil ketawa. Memuji diri
sendiri.
Haydar senyum. ‘Itu bukan Afina. Afina aku, seorang
yang pemalu.’ Gumamnya.
“Haydar, Ana mari makan buah rambutan. Pak usu ambil
dekat dalam kebun sana,” panggil Pak Usu Husin sebaik melihat mereka berdua
baru masuk di perkarangan rumahnya.
Mendengar saja buah rambutan laju saja Afina berlari
ke wakaf. Haydar di sebelah terkejut. Kemudian dia tersengih. Afina mengambil
buah rambutan dibawa ke genggamannya. Hendak dibuka tak tahu. Jadi dia hanya
pandang saja buah itu.
Haydar sampai di wakaf lalu menongkat basikal. Dia
pelik tengok Afina ralit menatap buah. “Eh! Ana kenapa pegang saja buah tu? Tak
akan tak reti nak makan kot?” Usik Haydar sambil tersengih.
Afina kalih kemudian dia mengangguk sedih. Haydar
ketawa kuat. Afina tarik muncung panjang.
Pak Usu Husin pantas dongakkan pandangannya pada gadis itu. Naluri
seorang ayah mula memberi reaksi. Wajah tua itu mengukir senyum. Sebiji
rambutan gading dibuka lalu disua pada gadis di sebelahnya. Tanpa ucapan terima
kasih Afina terus mencapai buah dari tangan Pak Usu Husin lalu di masukkan ke
dalam mulut. Sebaik buah itu masuk ke mulut. Kemanisan dan keenakkannya
dihayati oleh Afina. Sedapnya tidak terkata. Sampai mata terpejam rapat.
Maklumalah duduk di luar Negara dia tak pernah sentuh langsung buah tempatan
yang menjadi kegemaraannya.
“Amboi! Makan rambutan sambil terpejam mata? Kelakar!”
Haydar cuba mengusik. Tawanya sekali lagi terburai. Lucu bila terlihat memek
muka gadis itu. Pak Usu Husin pula asyik mengopek buah rambutan. Sebiji, sebiji
untuk gadis itu.
“Dah lama tak makan rambutan. Rasa macam pertama kali
aje makan. Sedap!” Jawab Afina. Sebiji rambutan dicapai lagi. Dia makan buah
itu sampai berpuluh biji. Berhenti bila dia bersedawa kenyang.
“Alhamduillah. Terima kasih pak cik,”ucapnya.
“Baru nak ucap terima kasih? Rambutan dekat dengan
sekilo habis dimakan. Tak ingat dah dekat orang yang tolong kupas.” Haydar
jungkit kening. Afina menjilat jari-jarinya buat tak tahu.
“Hmmm… tak pelah Haydar. Biasalah orang Bandar mana
makan buah kampung ni. Sekali rasa memang tak ingat dunia dah.” Pak Usu Husin
tolong menjawab bagi pihak Afina. Dia bangkit untuk membuang kulit buah
rambutan.
Afina mengesat mulut yang terasa berlengas. Haydar
tersenyum nakal. Sebiji rambutan yang belum dibuka diambil.
“Jangan reti makan saja. Cara nak kupas pun kena tahu
juga.” Afina jungkit kening tanda tak mengerti.
“Ini cara nak kupas. Kepit dengan ibu jari. Tak reti
sangat. Ambil dan gigit. Haa… kan dah terbuka. Senangkan? Lain kali buat
sendiri. Jangan asyik duk menyusahkan orang tua lagi.”
Afina mencemik. “Tak nak saya, nanti hitam kuku dan
gigit. Lagipun bukan saya yang suruh. Tapi pak usu awak yang baik hati nak
tolong bukakan untuk saya. Nak harapkan awak…? Sampai kebulur pun awak tak akan
buka!” Afina tergelak sebelum merampas buah yang sudah dikupas di tangan Haydar.
“Sayang nak takut hodoh ke Cik Ana. Nak suruh saya
kopakkan, awak tu... Siapa pada saya?” Haydar berseloroh.
S”ayakan perempuan awak!” Jawab Afina pantas. Sesaat
kemudian dia tersedar. Terus tekup mulut. Dia melompat turun dari wakaf dan
laju berlari naik rumah.
Haydar terkejut. Kaku sekejap.
Balik dari surau Afina terus berlari mendapatkan
buaian . Dia berhayun-hayun perlahan. Telekung sembahyang masih tersarung di
badan. Dia suka dengan buaian itu. Tempat dating
perkata kali dengan Haydar. Sukar untuk dilupakan. Dia akui tinggal di sini,
sedikit sebanyak dapat menenangkan hidupnya. Selalu dia asyik mengeluh resah.
Jiwa kacau. Otak pun serabut saja.
Di atas rumah, Haydar tercari-cari kelibat Afina.
Peristiwa petang tadi membuat dia keliru. Tengok Afina tak de dia turun. Pandangan
dihala pada pohon beringin. Perasaan akan kelibat Afina di sana. Dia turut ke
sana juga. Dia berhenti melangkah. Wajah ceria gadis itu diperhati. Hatinya
mula tak senang duduk. Tangan kanan dibawa ke dada kiri. Jantung berdegup
kencang bak puting beliung.
Afina yang seronok berbuaian turut merasakan dengupan
jantung tidak teratur. Dia berhenti menghayun. Perlahan-lahan dia kalih ke
belakang. Wajah Haydar dipandang. Riak yang dipamer oleh lelaki itu sukar untuk
dia tafsirkan.
“Seronok berbuai?” Tegur Haydar seraya menapak
mendekati Afina. Dia melabuh duduk di wakaf.
Afina hanya mengangguk. Dia serba tak kena. Hatinya
resah. Takut rahsia akan terbongkar nanti. ‘Ya Tuhan, selamatkan hambaMu ni,’
doanya dalam hati.
“Ana, saya nak tanya sesuatu. Petang tadi…”
“Haydar!” Mak Usu Anis dari atas rumah menjerit
memanggil anak saudaranya. Dia tidak suka melihat Haydar terlalu rapat dengan
gadis asing itu.
Haydar mengeluh. Tak sempat dia hendak buka mulut. “Ya,
mak usu!”
“Naik, mak usu ada sesuatu nak cakap.”
“Ya. Haydar melompat turun dari wakaf. Esok kita
sambung.” Haydar berkata pada Afina sebelum dia melangkah pergi.
Afina mengangguk. Nafas lega dihembus perlahan.
Selamat dia dari terus disoal siasat. Tak boleh dimain dengan pegawai polis ni.
Selagi tak cukup bukti. Selagi itu disoalnya.
“Mak usu tak suka Haydar rapat sangat dengan Ana tu. Betul
ke dia datang sini nak cari ayah kandungnya? Kita tak kenal asal usul dia, Fir.
Mak usu risau kalau dia ada niat tak baik dengan kamu. Bila dia nak balik ke
rumah dia? Keluarga dia tak report pasal kehilangan dia ke?” Terkam Mak Usu
Anis dengan soalan bertubi-tubi sebaik Haydar naik ke rumah.
Haydar melepas lelah di kerusi. Tangan kanan naik ke
atas dahi. “Mak usu, saya dengan ana tak de apa-apa. Saya cuma tolong dia saja.
Kebetulan kejadian yang menimpa dia saya ada. Lagipun saya seorang pegawai
polis. Sudah menjadi amanah dan tanggungjawab saya untuk bantu dia. Mak usu kan
tahu, dalam hati saya hanya ada Afina sorang. Tiada penganti.”
Mak Usu Anis bangkit. Dia melabuh duduk pula di
sebelah anak saudaranya. “Mak usu bukan apa fir. Dekat surau tadi ada orang
cakap pasal kamu berdua. Diorang nampak kamu berpelukkan atas jambatan gantung
sana petang tadi. Mak usu tak nak macam tu, kamu berdua bukan mahram yang bebas
berpeluk di mana-mana.” Nasihat Mak Usu Anis.
Haydar membetulkan kedudukannya. Wajah Mak Usu Anis
dipandang sebelum mengeluh. “Maafkan Fir,
mak usu. Kejadian tadi diluar jangkaan Fir. Ana terpeluk Fir sebab dia rindukan
tunangnya. Kami memang tak de apa-apa hubung istimewa. Fir pun tak akan ada
hati dengan dia. Fir masih waras lagi nak buat perbuatan tak senonoh itu.”
“Jadi, memang betullah apa yang orang kampung duk
bercerita tu? Ish, kalau tak fikirkan kamu anak saudara mak usu. Dah lama mak
usu halau budak tu. Datang sini tak sampai seminggu dah nak conteng arang!”
Afina baru hendak melangkah naik ke rumah tidak
menjadi sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mak Usu Anis itu. Dia
berselindung di sebalik pintu sebelum mengesot sedikit untuk bersandar di
dinding rumah. Tangan kanan naik ke mulut. Menahan sendu. Hatinya pilu dan
sedih. Ingatkan kedatangan dia di sini dapat diterima dengan baik. Tapi
sebaliknya. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah. Dia sangat terasa
dengan kata-kata wanita itu. Dia tahu dalam dirinya sudah tiada ciri-ciri
muslimah. Tapi tak bermakna dia perempuan murahan. Tak sanggup untuk mendengar
kata hinaan, dia berlari turun bersama tangisan.
“Mak usu!” Haydar menjerit sedikit. “Ana bukan gadis
macam tu. Kita baru kenal dia, tak boleh nak hukum dia macam tu.” Dia cuba
membela gadis itu.
Pak Usu Husin baru balik dari surau terserempak dengan
Afina. Dia menegur gadis itu tapi tidak disambut. Pak Usu Husin pelik. Dia
mengikut langkah Afina yang teresak-esak di wakaf.
“Ana, kenapa ni?” Soalnya sebaik melabuh duduk di
sebelah gadis itu.
Air mata yang masih menitis turun segera diseka
sebelum berpaling. Wajah ayahnya ditatap dengan penuh kehibaan. “Pak cik...
hina sangat ke orang macam Ana ni? Kedatangan Ana di sini... Menyusahkan pak
cik sekeluarga ke? Maaflah....”
“Eh, kenapa kamu cakap macam tu pula Ana? Hina atau
tidak kita, hanya Allah yang berhak tentukan. Siapa kita dipandangan manusia
tidak menjamin apa-apa kebahagiaan Ana. Yang penting siapa kita dipandangan
Allah. Pak cik senang kamu di sini,”
pujuk Pak Usu Hussin. Melihat anak tunggalnya bersedih. Naluri seorang ayahnya
juga turut sedih sama. Ikutkan hatinya mahu saja dirangkul gadis itu dalam
pelukkannya.
Afina mendongak ke kaki langit yang terbentang cantik.
Subhanallah indah sekali ciptaan Allah. “ Ana nak minta maaf sekali lagi pada
pak cik dan mak cik… Kalau kedatangan Ana ke sini telah menconteng arah ke muka
mak cik dan pak cik. Ana tak terniat pun peluk Haydar petang tadi. Ana tak
sengaja. Maafkan Ana...”
“Pasal hal itu ke kamu sedih?” Soal Pak Usu Husin. Afina
mengangguk langsung tak toleh. Pandangannya masih lagi pada kaki langit.
“Bukan pak cik tak nak percaya cakap kamu Ana. Di sini
kampung bukannya Bandar yang bebas berpelukkan tak kira walaupun dengan suami
sekali. Tak sama, nak. Lagipun mulut orang kita tak boleh nak ikat ataupun
tutup macam mulut tempayang.”
Afina membisu. Ada betulnya cakap ayahnya itu. Dia
tidak boleh samakan suasana kampung dengan Bandar. Lain kali dia perlu
berhati-hati ketika berdua-duaan dengan Haydar. Dia perlu mengawal perasaan dan
emosinya ketika berhadapan dengan lelaki itu.
“Esok, ada pasar siang dekat tepi sungai. Ana, nak
pergi tak?” Soal Pak Usu Husin. Dia cuba menghibur hati gadis yang berduka itu.
Afina kalih kemudian dia mengangguk laju.
“Nak!”jawabnya dengan nada teruja. Sudah lama benar dia tidak berkunjung ke
pasar siang itu. Setiap hari ahad seawal subuh sehinggalah ke pukul dua belas
tengahari pasar itu beroperasi. Macam-macam ada dekat situ. Bukan setakat
lauk-pauk, pakaian pun ada terjual sama. Bila teringat zaman remajanya. Dia dan
Haydar selalu juga keluar berdating dekat situ. Saja nak cuci mata.
“Okey… esok kita ke sana dalam pukul lapan. Ana cakap
saja apa yang Ana nak beli, pak cik belanja.” Pak Usu Husin senyum. Seronok
pula tengok wajah gadis itu tiba-tiba berubah ceria. Memang tak syak lagi. Gadis
itu memang anaknya. Dia kenal bagaimana reaksi dan tingkah laku anaknya. Mustahil
seorang ayah tidak mengenal gerak geri anak sendiri.
Mata Afina semakin membulat dan bersinar. Tanpa
terlintas di fikirannya. Tubuh tua itu dipeluk sesaat sebelum dia melompat
turun dari wakaf. “Terima kasih pak cik! Tak pernah Ana rasa kasih sayang
seorang ayah. Ana nak naik dulu, dah ngantuk. Selamat malam.” Dia berlalu
pergi.
Pak Usu Husin terkedu seketika sebelum menjatuhkan
pandangan. “Maafkan ayah Fina. Ayah mengaku…dulu ayah sangat kejam dengan Fina.
Percayalah sayang… mulai hari ini Fina akan ayah jaga… sampai mati... Alia
arwah isteriku, abang janji…abang akan jaga anak kita dengan baik. Esok akan bermula kisah baru dalam kami.”Desis
hati sang tua.
Pagi itu seperti yang
dijanjikan Pak Usu Husin kepada Afina, dia telah mengajak isteri dan anak
saudara isteri turut serta ke pasar siang. Mengguna kereta Vios silver milik Haydar yang dipandu oleh dia sendiri,
mereka singgah di rumah Suria sebelum bertolak ke pasar siang. Dapat tahu saja
suaminya mahu pergi ke pasar siang, Mak Usu Anis segera menghubungi Suria.
Meminta gadis itu ikut serta. Niatnya mahu merapatkan anak tunggal abangnya
dengan gadis itu.
Di dalam kereta Afina hanya membisu. Menjawab bila
ditanya. Itupun hanya sepatah. Dia tidak senang dengan kewujudan Suria dalam
kereta itu. Kata-kata Mak Usu Anis malam tadi pun dia masih terasa. Inikan pula
nak mengadap wajah mereka yang tidak sukakan dia. Haydar di hadapan mengerling
sekilas pada cermin pandang belakang. Dia seakan menyedari perubahan pada Afina.
Gadis itu seakan cuba mengelak dari bercakap dan bertembung dengannya. ‘Mungkin
Ana terasa hati dengan dia petang semalam.’ Desis hati kecilnya.
Sampai di pasar siang, Haydar terpaksa memarking
keretanya di belakang klinik memandangkan sudah ramai orang datang berkunjung.
Mereka perlu berjalan beberapa meter sebelum sampai ke pasar itu. Nak sampai di
tapak kedai yang berderet, Mak Usu Anis sudah menarik tangan suaminya dan Suria
untuk terjah kedai yang menjual pakaian. Hanya Haydar dan Afina di belakang.
“Ana.” Haydar menyeru.
Afina kalih sambil jungkit kening. “Ya.” Pendek saja
bicaranya.
“Kenapa awak macam nak lari saja dari bertembung
dengan saya? Saya ada buat awak sakit hati ke? Ke…awak masih marahkan saya
pasal semalam tu…” Haydar bertanya dengan wajah cuak.
Afina mengeluh lembut. “Tak delah. Perasaan awak saja
tu. Pasal semalam tu… bukan salah awak pun. Saya yang sepatutunya
dipersalahkan. Saya yang peluk awak. Maaflah… dengan perbuatan biadap saya tu
awak dipersalahkan,” jawab Afina senada.
Haydar tercegang seketika. Matanya membulat. “A…awak
ada dengar pasal ini semalam?”
Afina mengangguk. “Bukan sengaja dengar tapi tak
sengaja dengar. Haydar, lepas kita balik dari pasar… temankan saya buat report
ya? Awak jangan risau. Petang nanti saya akan bermalam di balai polis sampai
kakak saya datang jemput. Saya juga nak minta maaf sepanjang saya tinggal dekat
rumah awak, saya ada menyusahkan awak sekeluarga.” Pinta Afina sebelum
melangkah setapak demi setapak menjauhi Haydar. Dia sudah tekad akan keluar
dari rumah itu walaupun terpaksa tidur di balai. Ingatkan boleh bermanja dengan
lelaki cinta pertamanya dua tiga hari lagi sebelum menelefon Kak Rubiah. Tapi
tidak menjadi selepas kejadian semalam sudah heboh satu kampung. Siapalah yang
gatal jual cerita!
Afina singgah di kedai yang menjual tudung. Berderet
jenis tudung digantung. Pelbagai jenis corak dan warna. Semuanya ada dijual di
situ. Afina memegang salah satu tudung sarung. Berwarna hijau pucuk pisang.
Beropol-ropol bagai. Menarik perhatiannya.Wajahnya sudah tersenyum lembut. Dia
cuba bayangkan dia memakai tudung. Menutup auratnya. Pasti dia bertambah
cantik. Menampakkan ciri-ciri wanita muslimah. Dia sudah berangan sendiri.
“Ambillah kalau dah berkenan. Pak cik bayar.” Pak Usu
Hussin mencelah. Dia dari hujung sana, ternampak Afina seorang diri sedang
memegang sehelai tudung terus dia mendekat. Yang lain entah ke mana perginya.
“Eh, pak cik! Tak delah… Ana saja tengok. Tak niat nak
beli pun.” Afina senyum. Dia melangkah keluar dari gerai itu diikuti oleh Pak
Usu Husin.
“Tak salah kalau beli pun. Aurat tu wajib di tutup
sayang. Kita orang Islam… perintah Allah wajib kita tunaikan.” Lembut Pak Usu
Husin menasihati. Afina gigit bibir.
“Saya tahu pak cik. Tapi… saya masih belum bersedia
lagi.” jujur Afina.
Pak Usu Husin mengeluh sedikit. “Ana… belum bersedia
ataupun tidak. Bukan satu alasan yang patut diberikan. Kita sebagai mukallaf di
bumi Allah. Segala tanggungjawab dan larangan yang sudah diperintah oleh Allah
kepada kita…Harus kita tunaikan sayang. Syurga bagi hamba yang mentaatiNya.
Itulah janjiNya kepada kita…. Ayah sayang kamu. Ayah tak nak kamu jauh tersasar
dari Islam. Ayah tak nak kamu jadi seperti ayah. Ayah nak kamu berubah sayang.
Berubahlah kerana Allah anakku.” Tengok wajah gadis di hadapannya menunduk
sedikit, menahan sebak. Dia menyeru lembut.
“Dhia Afina….”
“Ya, ayah,” balas Afina. Sesaat kemudian dia
mengangkat wajahnya. Matanya cerun pada wajah tua itu. “Apa yang pak cik cuba
buat ini?!” Afina sudah menjerit terkejut.
“Ayah tahu, Afina anak ayah. Anak ayah sudah kembali. Kini
ada depan mata ayah,” suara Pak Usu Husin. Dia cuba menyentuh bahu gadis itu.
Afina menepis kasar sebelum tersenyum sinis. “Pak cik
jangan nak melawak pada saya. Siapa anak pak cik?”
“Fina… ayah tahu Fina anak ayah. Sejak Fina berkunjung
ke rumah itu… ayah sudah menganggak Fina yang ayah duk cari. Perangai dan sikap
Fina ayah sudah hafal. Apa yang Fina suka… Apa yang Fina tak suka… Ayah boleh baca. Kalau ya
bukan Fina anak ayah… Fina tak akan menyahut bila ayah panggil nama Afina.
Maafkan ayah, sayang. Maafkan ayah sebab buat Fina terseksa dulu.” Pak Usu
Husin mula merintih rayu. Memohon agar anaknya sudi memaafkan dirinya.
Badan Afina mengigil. Dia cuba menahan sendu. “Saya
rasa pak cik sudah gila! Saya bukannya anak pak cik. Ayah saya tak akan buat
macam tu pada anaknya!” amuk Afina.
“Maafkan ayah. Ayah tahu… Ayah berdosa dulu sayang.
Ayah bersyukur sangat pada Allah… Dia temukan kita setelah bertahun lamanya
ayah mencari kamu. Kita bina hidup baru ya sayang. Ayah berjanji akan menjaga
kamu. Ayah nak tebus segala dosa-dosa ayah pada kamu dan juga ibu kamu… Ayah
akan lakukan apa saja asalkan kamu bahagia, nak.”
“Senang pak cik cakap… Siapa yang menanggung seksa
bila ayah sendiri sanggup jual anaknya kepada lelaki jahat? Kalau pak cik saya
bahagia… Saya nak minta izin dari pak cik. Lepaskan saya. Izinkan hakim untuk
menjadi wali kepada saya semasa majlis akad nikah saya nanti. Saya tak sanggup
nak lihat ayah yang begitu kejam menjadi wali kepada saya!” tempelak Afina.
Sesaat kemudian dia berpaling kemudian berlari dari
situ. Dia tak mahu mengaku lelaki itu sebagai ayah. Lelaki yang pernah
menjudikan nasib hidupnya. Lelaki itu juga yang membawa dia ke lembah hinaan.
Lelaki itu juga telah membuat dia jauh tersasar dari mengecap rasa bahagia.
“Fina!” jerit Pak Usu Husin. Dia mengejar anaknya yang
sudah jauh ke hadapan. Tiba-tiba…
Entah dari mata datang sebuah kereta dari arah
bertentang telah merempuh tubuh tuanya. Pak Usu Husin tidak sempat mengelak.
Akhirnya dia melayang dan terhumban jatuh ke tanah. Darah banyak tersembur
keluar dari mulut. Organ dalaman tercedera teruk. Tangan masih lagi ada tenaga
untuk diangkat. Memohon agar anaknya mendekati.
Afina menoleh ke belakang. Dia terkejut. Jantungnya
berhenti berdegup buat sesaat dua. Ayah dilanggar. “Allah…” Lututnya lemah. Satu badan sudah mengigil
ketakutan. Dia tahu… Ayahnya terlibat dalam kemalangan itu sebab mahu mengejar
dia.
“Ayah….” Afina menangis. Sekujur wajah ayah ditatap
dengan air mata penuh dikelopak. Bila mana dia mahu melangkah, tangannya
direntak dari arah belakang.
“Anne!” satu suara memanggil namanya.
2 comments:
Best.. nak lagi
best... sambung lagi..
Post a Comment