Friday, 7 June 2013

Aku Ingin Bahagia 3

Bab 3
Seperti yang dijanjikan Pak Cik Noor datang ke rumah yang agak mewah itu. Dengan berlagaknya dia menyerbu masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang empuk sambil menyilangkan kaki lagak seperti tuan rumah tanpa di suruh. Orang-orang Tuan Haris melarang dia mengugut. Katanya Tuan Haris sayangkannya sebab anaknya ada dalam gengaman Tuan Haris.
“Hai, Noor. Awal kau datang?” sinis soalan Tuan Haris yang berada di anak tangga. Bunyi kekecohan di bawah memaksanya keluar  dari kamar beradu.
 Pak cik Noor mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan kedatangannya adalah satu iaitu wang!
“Maafkan kami tuan, kami dah berusaha menghalang tapi....”
“Tak pe, kamu semua keluar dulu. Ini urusan aku dengan dia,” sampuk Tuan Haris terlebih dahulu,  dia yang masih segak walaupun usia sudah mencecah angka 50-an sedang meniti anak tangga sampai ke bawah.
“Baik tuan.” Patuh si pekerja lalu keluar dari ruangan itu.
“Mana wang yang aku minta semalam?” tanya pak cik Noor tanpa berselindung sebaik Tuan Haris selesa di sofa yang bertentangan dengannya.
“Ha!ha!ha!ha!”  Tuan Haris gelak besar sebelum menyindir sinis pak cik Noor. “ aku ingat kau datang nak jenguk  anak dara. Tapi aku silap, kau datang nak tuntut wang kau rupanya.”
Kali ini giliran pak cik Noor ketawa sinis. “Bagi aku wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku semakin derita!”
“Menderita bagi kau, bagi aku ia adalah anugerah yang paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau,” sinis sekali sindiran tuan Haris. Pak cik Noor memandang dengan wajah bengang.
Selesai mengenakan baju, Afina keluar dari bilik bercadang untuk menolong mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu Afina terdengar suara ayahnya di bawah. Hatinya sangat riang. “Ayah datang, pasti nak jumpa aku,” ujar Afina teruja, dengan pantas dia berlari turun ke bawah.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku dah serah anak aku dekat kau, sekarang mana duit aku!” jerit pak cik Noor seraya bingkas bangun dari duduknya. Tuan Haris hanya senyum dan berlagak tenang saja.
Afina yang berada di anak tangga yang paling bawah sangat terkejut . “Ayah!” suara Afina dengan air mata mengalir keluar. Apa yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak duit?  Ini bermakna Fina....”
“Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual mak kau dekat Tuan Haris!” cantas pak cik Noor belum sempat anaknya menghabiskan bicara.
Afina tersentap. Lemah lututnya tapi dia cepat-cepat memaut tiang tangga. “Apa yang ayah cakap ni?” ujar Afina dalam sendu.
Tuan Haris masih tersenyum. Seronok pula dia menyaksikan drama sedih secara live  di depan mata, selalunya dia hanya menonton di televisyen sahaja.
Afina bangkit lalu meluru mendapatkan ayahnya . “Ayah hanya bergurau je, kan? Ayah tak akan jual Fina, kan? Fina kan anak ayah....” Afina merayu sambil mengoncang tubuh pak cik Noor.
Pak cik mendengus kasar. “Hey, Fina! Kau dengar sini. Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris, faham! Pekik pak cik Noor lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.
“Hoi, Noor! Dia sekarang dah jadi milik aku. Jangan sesekali kau berani sentuh dia!” marah Tuan Haris lalu menghampiri Afina.
“Fina tak de apa-apa ke sayang?” soal tuan Haris begitu lembut dan penuh kehalusan.
“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya!” marah Afina sambil meronta sedikit. “Ayah....jangan buat Fina macam ni, Fina masih kecik lagi, yah....” rayu Afina dengan tangisan semakin menjadi-jadi, dia merangkak perlahan-lahan untuk mendapatkan ayahnya.
“Aku nak duit aku sekarang!” minta pak cik Noor entah ke berapa kalinya.
“Ayahh... Fina tak nak tinggal sini.. Fina nak duduk rumah kita. Fina janji, Fina tak nak pergi sekolah lagi, ya.” Rayu afina lagi sambil menggeleng dan mengangguk kepalanya. Di paut kemas betis pak cik Noor, agar ayahnya ada rasa simpati.
Tanpa membuat masa Tuan Haris duduk semula lalu mencapai buku cek yang sedia ada di kocek kemejanya untuk mengisi jumlah wang yang dijanjikan semalam. “Nah, sekarang kau boleh pergi! Dan jangan pernah jejakkan kaki kau ke sini lagi!” ujar tuan Haris berbaur ugutan keras.
Pak cik tersenyum lebar. “Baiklah aku janji.”  ujar pak cik Noor sambil mencium kepingan cek itu. Dia menepis anaknya dengan kaki lalu beredar dari situ dengan hilai seperti di rasuk syaitan.
Afina lantas bangun untuk mengejar ayahnya. “Ayah!Tunggu Finaa....” 
Belum sempat dia membuka langkah tuan Haris pantas mencengkam lengannya. “Kau nak ke mana? Sekarang kau hak aku. Tiada siapa lagi boleh selamatkan kau!”
Masuk sahaja ke bilik Afina menyemban wajahnya ke bantal. Melimpah-limpah air matanya keluar dari takungan. Jika ditadah satu baldi pun belum tentu lagi cukup untuk menadah air matanya.  Mengenangkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Keluar dari mulut buaya masuk mulut singa. Apalah nasibnya. Bertubi-tubi ujian ditimpa padanya. Kadang kala terbit juga di hati yang masih tidak matang untuk menyalahkan takdir. Kenapa harus dia yang terpilih.
“Mak cik Imah yang mendengar segala-galanya turut membontoti Afina ke atas. Dia menguak daun pintu lalu melabuh duduk di sisi gadis itu.
“Sabar Fina, mak cik faham perasaan kamu,” pujuk mak cik Imah sambil mengelus rambut Afina yang panjang mencecah punggung itu.
Afina lantas bangkit lalu memeluk erat tubuh si tua itu. “Mak cik.... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak balik....” Raung afina tersendu-sendu.
“Mak cik faham. Tapi buat masa sekarang Fina kena sabar dulu, jangan buat Tuan Haris marah. Mak cik takut dia akan apa-apakan Fina nanti,” nasihat mak cik Imah sebagai orang tua yang sudah lama makan garam dalam kehidupan. Dia yang tidak mempunyai anak walaupun sudah lama kahwin tidak jemu untuk memujuk Afina.
“Kenapa harus Fina mak cik Imah? Kenapa? Allah tak sayang Fina ke?” soal Afina sambil merenung wajah tua itu.
“Finaa.. kenapa cakap macam tu? Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu, sabar ya,” mak cik Imah masih memujuk.
“Fina dah tak tahan lagi. Fina rasa nak mati je..., dulu mak yang terpaksa tanggung dosa ayah. Sekarang. Sekarang Fina pulak! Kenapa ayah begitu kejam mak cik Imah?  Kenapa Allah tak cabut nyawa dia biar dia mati?! Tak perlu Fina lalu semua itu,” amuk Afina, kesal dengan sikap ayahnya.
Mak cik Imah diam. Dia membiarkan Afina melepaskan rasa yang terbuku di hati kecilnya. Dia juga simpati baru berusia 15 tahun sudah dianayai ayah kandung dan darah daging sendiri. Ke manakah sifat kemanusiaan yang ada pada diri si ayah itu?
Afina teresak-esak dalam pelukkan mak cik Imah akhirnya terlena. Mak cik Imah meletakkan kepala Afina ke bantal perlahan-lahan agar gadis itu tidak tersedar. Lama dia menatap wajah suci itu. ‘Sabarlah nak, moga Allah akan melindungimu yang tidak berdosa.’ Doa mak cik Imah sebelum melangkah keluar.
Tuan Haris dari tadi tidak duduk diam. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Serabut memikirkan tentang Afina. Nafsunya berkocak setiap melihat wajah gadis itu. “Apa yang aku perlu lakukan supaya Afina sukakan aku, ya? Aku tak boleh paksa dia secara kasar sebab dia masih terlalu muda. Hrmm, aku harus cari jalan. Haa.. aku tahu.” Tuan haris memetik jarinya menandakan dia sudah mempunyai idea.
Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Bilik Afina.  Dengan langkah ibarat tidak mencecah bumi, tuan Haris perlahan-lahan menghampiri Afina yang sedang nyenyak tidur. Di tatap gadis itu seperti mahu ngap sahaja!
Dengan penuh bernafsu, dia mengelus lalu mencium rambut Afina yang panjang mengurai itu. Dielusnya pipi Afina dengan penuh ghairah. Bila bibirnya mahu melabuh di bibir nipis Afina. Gadis itu terjaga. Terkantoi berbuatannya.
Afina terkejut lalu menolak tuan Haris dengan kasar.“Apa yang uncle cuba lakukan ni?! Pekik Afina lalu mengesot ke sedikit. Di tarik kain selimut untuk menutupi tubuhnya dari diratap oleh lelaki miang itu.
“Err.. Fina jangan salah faham. Uncle cuma nak tengok muka Fina kot-kot ada yang cedera,” dalih tuan Haris sambil menegakkan badanya. Dalam hati udah menyumpah sebab tak dapat apa yang dia inginkan.
Uncle tipu! Uncle nak apa-apakan Fina, kan?! Soal Afina dengan pekikan dalam ketakutan.
“Ya Allah Finaa.. Fina. Sampai hati Fina fitnah uncle macam tu. Demi Allah! Uncle sanggup bersumpah, tak terlintas langsung di hati uncle nak lakukan berbuatan terkutuk tu,” selindung tuan Haris bersumpah bagai semata-mata mahu meraih simpati gadis muda itu.
“Kalau macam tu, kenapa uncle tak benarkan Fina ikut ayah balik?” Tempelak  Afina.
“Hrmm, sebenarnya Fina kena bersyukur sebab uncle bawa Fina ke rumah uncle. Uncle tahu perangai ayah Fina macammana. Dia ada cakap mahu jual Fina dekat rumah pelacuran. Uncle sanggup tawarkan diri dan sanggup bayar berapa saja yang ayah Fina mahukan supaya Fina tak dijual ke sana. Uncle kesiankan Fina. Fina masih muda masih punyai masa depan yang cerah, Uncle ambil Fina nak jadikan Fina sebagai anak angkat, sebab uncle nak Fina berjaya seperti remaja-remaja lain,” berjeda helah tuan Haris untuk menipu gadis yang naïf itu.
Afina merenung wajah tua itu lama sebelum dia bersuara. “Betul ke uncle? Uncle tak tipu Fina? Duga Afina masih ragu-ragu.
“Buat apa uncle nak tipu. Uncle sedar usia uncle sudah lanjut, kubur kata mari rumah kata pergi. Lagipun anak-anak uncle semuanya tinggalkan uncle. Fina di sini sekurang-kurangnya boleh temankan uncle, tak delah uncle sunyi sangat.” Tuan Haris masih bermain kata-kata dengan Afina. Hatinya sudah melonjak riang bila melihat wajah Afina termakan dengan kata-kata ‘alim’nya.
Air mata yang menitis disekat laju seraya itu dia memeluk tubuh tuan Haris. “Terima kasih uncle kerana mahu menolong Fina,” ujar Afina dalam tangisan tanpa ada rasa curiga lagi. Dia sangat gembira kerana ada lagi insan yang masih sayangkan dirinya ini.

Tuan Haris membalas pelukkan itu dengan erat. Diusap lembut belakang gadis sambil menggaris senyuman jahat. ‘Akhirnya...’

Tuesday, 21 May 2013

Ustazah Versus Engineer 6


Bab 6
Semperna cuti penggal pertama persekolahan, Puan Aminah dan Encik Kholid  memutuskan mahu melangsungkan majlis kesyukuran perkahwinan anak sulung mereka. Bagi mereka tidak elok bertunang lama-lama. Biasalah dalam tempoh pertunangan, macam-macam boleh terjadi berdarah manis katakan.
Nyda menatap hambar dulang hantaran yang diubah suai oleh ibu dan adik-adiknya. Jiwanya bercampur gaul, gelisah, tidak tenteram semuanya ada. Dia masih teragak-agak untuk teruskan majlis perkahwinan yang tinggal hanya tiga hari lagi bakal berlangsung. Kalau dibatalkan mesti mengamuk sakan orang tuanya.Yelah nak letak muka dekat mana kalau kad kenduri sudah diedar. Alih-alih majlis tak menjadi gara-gara pengantin perempuan larikan diri tak mahu kahwin.

“Nyda… Nyda ….” Panggil Puan Aminah tapi tidak didengar oleh anaknya itu.

“Along!” Pekik Mya mengambil alih dari ibunya bila si kakak masih tidak memberi sebarang reaksi.

“Hah? Ya, nape?”  soal Nyda bila tersedar dari lamunan.

“Jauh mengelamun, sabarlah 3 hari lagi nanti bolehlah peluk puas-puas,” usik Mya sambil memeluk dirinya sendiri.

“Ish, budak ni ke sini pulak!” marah Nyda lalu melempar gabus yang sudah dipotong ke arah adiknya.

“Tak kena,” ejek Mya sambil menjelir kecil.

“Sudah-sudah. Ini haa.. tolong ibu gunting reben ini, layan kerenah Mya entah bila nak siapnya, ujar Puan Aminah , sempat lagi dia membebel pada anak perempuan bongsunya.

“Apa pulak Mya? Along tu yang tak nak tolong!” rungut  Mya, yang sudah menarik mucung panjang.

Nyda senyum mengejek ke arah adiknya. Suka tengok bila Mya tarik muncung, nampak sangat comel dia mendekati ibunya lalu mencapai gunting. “Ibu, ibu yakin ke dengan keputusan ni?” Suaranya tiba-tiba. Matanya melekat pada reben yang hendak diguntingnya itu. Untuk menatap wajah ibunya terasa lemah.

“Kamu masih takut lagi, ke?” Soal Puan Aminah kembali.

Nyda tersenyum tawar. Mya ketawa mengekek terasa lucu dengan pertanyaan kakaknya itu. Nyda menjeling tajam. Mya buat selamba.

“Along, pernikahan adalah satu fitrah yang sangat istimewa Allah campakkan ke dalam hati setiap manusia.Orang gila pun mahu kahwin inikan pula kita yang normal, nak.Ibu rasa along tak masalah kesihatan untuk mengecualikan along dari berkahwinkan?” soal Puan Aminah lagi.

Nyda memandang wajah ibunya dengan wajah yang redup. Terasa berat pula mulutnya untuk bertutur.

“Mestilah tak de masalah kesihatan bu, kitakan adik beradik ramai. Sure lepas ni anak along berderet,” sakan Mya mengenakan kakaknya diselangi hilaian kuat. Nyda bengang lantas mencubit lengan adiknya itu. Mya apa lagi menjerit kecoh satu rumah.

Puan Aminah hanya menggeleng tapi dalam hatinya dia berdoa agar urusan majlis kesyukuran anak sulungnya nanti berjalan dengan lancar.

 Malam itu tidur Nyda tak lena.  Semua serba tak kena.  Dikalih ke kiri kemudian ke kanan tapi matanya tetap berdegil untuk pejam. Ini semua akalnya masih berputar ligat memikiran majlis perkahwinannya nanti. Dalam perkiraan dia sendiri, Nyda mengambil keputusan mahu berjumpa dengan Rafa. Dia harus selesaikan masalah itu sebelum mereka sudah bergelar suami isteri nanti.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Tidak elok untuk dia hubungi Rafa lalu dia mengambil inisiatif  menghantar sms saja. Telefon dicapai lalu menaip text kepada tunangannya itu yang berbunyi.

Salam, kalau awk free esok blh dtg rmh sy x? utk bincangan hal kita wasalam.

Tidak sampai 5 minit dia mendapat respon dari pihak sana.

“Tak.  Insya- Allah sy free.”

Selesai membaca dia meletak telefon di sebelah lalu menarik kain selimut ke para dada. Hati sedikit tenang berbanding tadi kerana esok dia akan selesaikan segala yang tersarat di fikirannya.



            "Awak betul-betul ke nak kahwin dengan saya ke?" Soal Nyda kepada Rafa yang ditemani oleh adik ke dua Nya dan juga suami yang tidak berapa jauh dari dia dan juga Rafa sedang berbincang di kerusi batu halaman rumahnya.

“Laa.. betullah. Kalau tak saya tak hantar rombongan bagai,” balas Rafa dengan wajah tenang. Dia memandang pakaian yang dipakai oleh Nyda lama kemudian menggaris sebuah senyuman tanpa disedari oleh gadis itu

“Awak tak menyesal?” Duga Nyda lagi.

“Nak menyesal apanya? Kitakan tak cuba lagi, mana nak tahu menyesal atau tidak,” Rafa menjawab selamba dengan muka tersengih-sengih.

“Boleh tak serius sikit? Awak tu dah matang buat cara matang,” ujar Nyda geram. ‘Nampak macho tapi perangai ya Allah mengalahkan adik aku yang darjah 6!’

“Wah, garangnya ustazah!” Rafa masih lagi mengusik gadis itu. Dia suka bila gadis itu marah. ‘Bila dia marah semakin banyak dia akan bercakap dengan aku.’

“Okeylah macam ni, tujuan saya panggil awak saya secara jujurnya mengaku segala kelemahan pada awak sebelum kita kahwin. Saya nak awak fikir secara mendalam untuk meneruskan niat awak untuk menikahi saya sebab kita baru kenal dan masing-masing belum tahu perangai dan hati budi masing-masing.”

Rafa mengangguk matanya ralit melihat wajah ayu itu tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap.Tapi baginya sedap memandang. Dan jubah yang pakai gadis itu, yang juga hadiah darinya pernah muncul di mimpinya berkali-kali. Itu menyakinkan dia bahawa jodoh dia dan Nyda amat kuat.

“Pertama, saya ni cepat naik angin dan mudah reda. Tapi naik angin bertempatlah, dan pantang kalau ada orang yang mulakan dulu. Kedua saya tak suka diarah atau diperintah tapi saya suka mengarah dan memerintah, mungkin sebab itu saya sesuai jadi guru kot. Ketiga, saya tak suka didesak dan dipaksa-paksa sebab saya tak suka mendesak dan memaksa orang.”

“Hrmm, apa lagi ya. Oh, satu perkara yang awak perlu pertimbangankan! Saya ni suka membebel tapi tak suka dibebel dan pantang bagi saya bila saya bercakap  buat bodoh. Pantang betul!  Sakit hati tau, kita syok-syok duk becerita boleh buat tak dengar. Sebab apa saya cakap macam tu, ramai kawan-kawan saya duduk bercerita pasal itu.”

“Saya tak kesah, lagi suka adalah. Buktinya tengok sekarang awak tengah bebel saya tadah je,” celah Rafa sambil tersengih.

‘Eh, dia ni tak de perasaan ke apa?’ gumam Nyda sambil melihat Rafa dengan wajah berkerut.

‘Alahai ustazah Nyda aku sudah lama berpaut padamu, segala perangaimu sudah kutahu sebelum kau memberitahuku sekarang. Masa aku pergi merisik mak cik Aminah dan pak cik Kholid telah mendedah segala-galanya. Mereka nak aku tahu siapa anak mereka sebelum kami bersatu nanti. Hrmm, satu lagi yang kau tertinggal tentang sikap mu yang suka tidur,kan?Aku tak kesah sebab hatiku sudah terikat kemas padamu. Menerima segala kelemahan pasangan membuatkan hidup kita menjadi sempurna.’
Masing-masing diam sambil monolog  sendirian.
‘Hmm tak makan hati betul dia ni. Baiklah dah dia nak sangat kahwin dengan aku, terpaksa aku lakukan hal ini.’
“Nya,  datang sini sekejap,” Nyda memanggil adiknya Nya seorang peguam syariah kepada mereka.

“Mana surat yang along suruh kamu buat tu,”

“Ni dia.” Nya menyerahkan sampul surat yang berwarna coklat bersaiz A4 kepada kakaknya lalu meninggalkan mereka berdua.

“Ini surat perjanjian hitam putih yang dibuat oleh saya, kalau awak nak tambah, tambahlah ,” ujar Nyda sambil menunjukkan satu dokumen perjanjian kepada Rafa.

“Perjanjian?” Rafa agak terkejut.

“Ya, saya nak buat perjanjian, saya takut akan terjadi apa-apa suatu hari nanti.  Awak baca dulu kalau setuju tanda tangan dekat tepi tu.” Arah Nyda serius.

       “ Wah, siap ada cop penguam, nah!” ujar Rafa berbau sindiran. “Hrmm, saya tak nak tanda tangan.” tolak Rafa tiba-tiba.

“Nyda, awak tu ustazah. Pengetahuan tentang agama lebih tinggi berbanding saya. Kan berdosa buat perjanjian sebelum kahwin.” Tegur Rafa, kali ini riak wajahnya nampak serius.

“Encik Rafa Naim yang haram tu sebelum kahwin. Ini saya nak awak sebut masa nak akad nikah nanti. Saya tahu Islam tidak mengiktiraf perjanjian pra-perkahwinan melainkan jika perjanjian itu dipersetujui selepas pernikahan. Jika perjanjian itu dimasuki selepas pernikahan, disahkan, maka keadaan kedua-dua itu berbeza ya, Encik Rafa Naim.” Perli Nyda sebelum meneruskan lagi hujjahnya.

“Contoh paling mudah ialah lafaz taklik yang dilafazkan suami selepas pernikahan adalah sah dan mengikat kerana suami sudah mempunyai hak sebagai seorang suami selepas akad nikah tersebut sah.[1] Dalam sebuah hadis yang berbunyi, Rasulullah saw menegaskan: Kaum muslimin hendaklah memenuhi syarat-syarat di antara mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1352]. Oleh itu jika isteri meletakkan syarat yang bertentangan dengan syari’at Islam, maka suami tidak boleh mematuhinya.”

 “Tapi jika syarat yang selari dengan syari’at Islam dan hendaklah dipatuhi oleh suami ialah apabila isteri mensyaratkan pemberian nafkah. Syarat ini adalah selari dengan syari’at Islam kerana memberi nafkah kepada isteri ialah kewajipan suami berdasarkan firman Allah: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. [al-Thalaq ayat 65. Jadi macamana Encik Rafa nak terima atau tidak?” Nyda mengakhirnya hujjah dan faktanya dengan soalan kepada bakal suaminya nanti.

Rafa berfikir sejenak. Wah, ustazah ni siap bagi dalil segala! Tak mampu aku nak lawan balik. “Nanti bagi saya baca dulu,” pintanya lalu menatap isi dokumen itu.

“Baiklah, baca betul-betul, kalau awak tak puas hati kita boleh bincang sekarang. Bila dah kahwin nanti, perjanjian ini boleh masuk mahkahmah sebab ada cop peguam,” jelas Nyda lagi sambil menatap wajah Rafa yang masih menekur khusyuk membaca isi perjanjian.

"1.Mesti terima buruk baik perangai masing-masing.
2.Wajib bagi nafkah setiap bulan walaupun isteri berkerja.
3.Setiap kali waktu raya mesti berlaku adil, balik kampung mengikut giliran.
4.Saling bantu membantu antara satu sama lain.
5.Sekiranya si suami berpoligami, pastikan isteri pertama tidak diabaikan."

Selesai membaca Rafa mendongak pandangannya memandang Nyda. “Hrmm, saya rasa syarat-syarat awak tak delah berat sangat. Saya boleh terima semuanya. Cuma….”

“Cuma apa?” Pintas Nyda laju, dengan harapan lelaki itu mahu membatalkan niat untuk meneruskan perkahwinan mereka.

“Awak memang nak saya kahwin dua ke?” Soal Rafa kembali. Dia hairan begitu mulia wanita ini sampaikan mahukan suami sendiri berkahwin lebih.

“Encik Rafa, kalau saya letak syarat awak tak boleh madukan saya selagi saya mampu lahirkan zuriat untuk awak. Itu bermakna saya tak boleh terima takdir saya nanti, tipulah kalau saya kata saya boleh terima dengan ikhlas kalau suami nak duakan saya. Saya pun manusia biasa, ada hati dan perasaaan. Tapi bila saya tengok ibu angkat saya, dia boleh terima dengan seikhlas hati kenapa saya tak boleh? Lagipun cintakan Allah lebih utama kan?”

“Dan satu lagi lepas kita kahwin nanti saya tak  boleh mengakui awak itu hanya milik saya seorang sebab awak itu milik Allah. Allah juga mengizinkan wanita lain untuk turut sama memiliki seorang lelaki selama mana lelaki itu dapat menjalankan kewajipannya dengan adil dan saksama. Dalam Islam juga, si suami berhak berpoligami walaupun tanpa keizinan isterinya.” Sambung Nyda lagi. ‘Hrmm, nampak gayanya dia boleh terima syarat-syarat aku ni, yelah aku aku pun bukan zalim sangat nak letak syarat-syarat pelik. Buatnya dilarang agama naya aku nanti. Nak tak nak aku akan berusaha untuk menerima dirinya dalam hatiku nanti.’

Rafa membisu sambil memandang sekilas pada pasangan di sebelahan sana, iaitu bakal adik iparnya nanti, nampak sangat bahagia sambil bermain dengan anak-anak mereka. Kemudian dia kembali memandang Nyda. ‘Sekarang memang aku boleh cakap aku mahu setia pada dia seorang. Tak akan curangi dia. tapi rencana Allah di masa akan datang siapa yang tahu kan? Aku harap Allah kuatkan iman kuagar tidak menyakiti wanita ini. Dia berusaha untuk ikhlaskan dirinya untuk menerima aku yang dia tidak suka keranaMu, tak akan aku tak boleh berusaha agar tidak menyakitinya suatu hari nanti.’ Doa Rafa dalam hati.

*Watak baru utk hero n heroin*

~~~~> to my beloved frend @zaimah asrar yg asyik duk mintk2 nk smbgn cite ni..nah terimalah buah tangan dari DN