Saturday, 30 August 2014

SCK 4

Bab 4
Novel di tangan aku belek-belek mencari bab yang menarik untuk aku baca. Tak sampai seminit tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Aku terus mencapai telefon di kepala katil terus tekup ke telinga.“Waalaikumussalam, kak Lina. Ada apa ya? petang ni ek… hurm… boleh je. Tak pe tak menganggu pun. Okey jumpa nanti. Bye….”
Panggilan itu dari Puan Salina salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Bangsar. Dia meminta bantuan aku untuk melatih pelajarnya. Kak Lina dah sedia maklum tentang aku yang pernah jadi dinobatkan Pemain Bola JaringTerbaik semasa menuntut di sekolah itu. Dia meminta pengetua untuk mengambil aku sebagai tenaga pengajar setiap kali pertandingan bola jaring mahupun bola tampar akan berlangsung.
Belum sempat aku mahu letakkan handset ada satu mesej masuk. Aku buka peti masuk lalu membacanya.
  “sayang, jom pergi Genting Highland naik cable cars sambil berdating” Aku tersenyum seketika sebelum membalas mesejnya.
“Maaf dah terlambat.Saya dah ada org booking utk dating petang nanti.”
“Siapa?!” jgn nak curang pada abg, ya!”  Oit, marah nampak. Ini yang semakin nak menyakat ni. Beruntunglah ada orang sayang.
“Kak Lina dah booking. Dina kena p sek men Bangsar sbb nak latih budak.”
Lima minit aku tunggu Dani membalas mesej aku tapi tak juga berbalas. Merajukkah dia? Haih, nak buat macam mana aku dah berjanji dengan Kak Salina dulu.  Jadi aku kena utamakan orang yang mula-mula kita janji.
Usai solat asar aku bersiap-siap. Aku mengenakan baju t-shirt muslimah berwarna unggu campur hitam dan seluar tracksuit serta tudung berwarna unggu gelap. Ringkas dan selesa. Yang paling penting menutup aurat.  Sebaik keluar bilik aku terus mendapatkan pak su di kereta. Setia menantikan aku untuk berangkat ke sekolah.Tiba di pekarangan sekolah itu pak su sempat memberi pesanan agar aku menelefon dia bila nak balik nanti.
“Maaf  semua, Kak Dina lewat sikit,”ujarku sambil termengah sebaik mendapatkan mereka di padang sudah bersiap sedia untuk berlatih.
“Tak pe kak. Lagipun kami dah warming up dengan abang hensem,” jawab Rina salah seorang pelajar sekolah itu.
“Hah, abang hensem? siapa?” soalku kembali dengan wajah berkerut.
“Tu… dekat sana! Tengah ajar budak laki main bola tampar,” beritahu Sarah pelajar tingkatan 4. Aku lantas menoleh pada lelaki yang ditunjukkan oleh Sarah itu tapi dia membelakangi kami. Hensem sangat ke dia? sampaikan budak-budak ini mengelarkan dia abang hensem?
Aku berjalan perlahan sambil tertinjau-tinjau untuk curi pandang ke arahnya. Pelik! Selain aku dan  Kak Salina ada panggil tenaga pengajar lain ke? Kalau ada pun mesti abang Kimi tapi dia tak datang hari ni menurut Kak Lina cakap isteri abang Kimi sudah melahirkan anak lelaki tambahan pula budak-budak ni gelarkan dia, abang sporting. Habis kalau bukan abang Kimi… siapa, ya? Asyik aku mengelamun tiba-tiba sebiji bola terkena tepat di dahiku. Terpinar mata sebentar.
“Kot ya pun terpikat dengan saya…jangan sampai berangan!” Suara abang hensem itu. Suaranya seakan sudah sebati di cuping telingaku.  Para pelajar sudah terkekek.
“Dani!” jeritku terkejut sambil menggosok dahi. Aku memang tidak menyangka dia turut berada di sini. Dani sudah tersenyum manis.
“Macam mana awak boleh ada kat sini? Tadi awak mesej kata nak pergi Genting Highland,” soalku bila dia tiba betul-betul hadapan.
“Tak jadi pergi sebab gadis jacks saya tak ikut,”jawabnya seraya menggosok kepala aku yang bertudung.  Aku menepis. Tak gemar diperlakuan sedemikan. Nadanya berbaur jauh hati. Aku sengih.
“Ooo… kira marahkan sayalah ni. Merajuk. Sampai tak nak balas mesej saya, ya?”
“ Mestilah merajuk! sebab tu abang datang sini nak suruh orang tu pujuk kita.”
“Hehehe… ngada!”Aku ketawa bila Dani tarik muka masam sambil memeluk tubuh sendiri. Macam budak-budak Dani ni, tak matang langsung!
“Sayang tahu tak, lepas saja sayang mesej kata nak pergi sekolah petang ni. Abang terus ke sini semata-mata nak jumpa gadis jacks abang. Sehari tak jumpa bagaikan bertahun.” Suara Dani. Dari nada yang rajuk sudah bertukar romantik.
“Mengarut betullah awak ni. Miang keladi!” amukku geram. Sikap psikonya dah mula dah.
“Eh, keladi ada miang ke?” soalnya sambil tersengih-sengih. Geramku semakin bertambah.
“Ee… kalau keladi tak de miang. Buluh ada. Miang buluh!”balasku tidak mahu mengalah. Dia tarik muncung lagi.
“Siapa hantar tadi? Faiz ke?” soalnya sudah menukar topik tapi ada nada cemburu kedengaran.
“Pak su la, buat apa abang Iz nak hantar pulak? Diakan kerja,” jawabku acuh tak acuh.
“Nasib baik. Dani tak suka Dina rapat dengan dia. Dia macam berkenan je dekat gadis jacks abang ni,”ujar perlahan.
“Ya Allah! apa yang Dani mengarukkan ni? Dia tu abang sepupu merangkap abang susuan Dinalah!”balasku sedikit tegas.
“Sepupu je… bukan abang kandung!” balasnya sinis.
“Dani! Walaupun kami sepupu tapi kami ni adik beradik susuan. Tak boleh kahwin!  Dina tak suka kalau Dani asyik sebut pasal abang Iz sukakan Dina. Itu semua mengarut! Sebut lagi, kita putus!” marahku lantas menghayun kaki ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang bersiap sedia untuk berlatih bola jaring.
“Dina! Dani gurau je tadi!” laungnya dia sambil berlari mengejarku. Lenganku dipegangnya untuk memalingkan tubuh mengadapnya. Aku merentak kasar lantas memeluk tubuh sendiri. Benci betul aku dengan orang lelaki cemburu tak tentu pasal!
“Maaf ya, Dani janji tak buat lagi.” Rayunya. Aku masih tidak memandangnya.
“Yelah-yelah. Hmm… apa kata kita adakan pertandingan bola tampar, nak? Kalau pasukan Dina menang abang janji akan pergi jumpa dengan Faiz untuk meminta maaf darinya. Tapi… kalau pasukan abang menang. Siaplah Dina!” Aku tersenyum herot.
“Baiklah. Dina setuju,” jawabku dengan berlagak. Yakin yang aku akan memenangi pertandingan itu. jaguh bola tampar ini kot!
Dani mengenyitkan matanya sebelah sebelum dia beredar ke gelangang tapi dia sempat membisikkan sesuatu padaku. “Dina pasti kalah!”  Keningku bertaut kemudian mencemik. Dia ketawa bahagia. Hampeh betul!
Kami membahagikan dua kumpulan yang dicampur antara pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan. Di gelanggang sebelah Dani sedang menunjukkan gaya seorang yang pro dalam bola tampar mahu termuntah aku dengan gelagatnya itu. Perasan habis!
 “Adik-adik kena tolong kak Dina. kita mesti jadi juara, please!”Aku buat muka kesian mereka mengangguk.
Masa disetkan selama setengah jam. Kami memulakan perlawanan ini dengan ghairahnya. Hampir sedikit lagi setengah jam perlawanan antara kumpulan aku dan Dani bakal berakhir . Setakat ini kumpulan Dani mendahului kumpulan aku satu mata. Peluang aku untuk menang ada 10 saat lagi. Aku menjerit menyuruh mereka memberi peluang untuk aku menyerang balas. Tiba-tiba Dani berteriak.
“Dina! Nampak rambut!”  Aku secara automatik terus mengagau rambut di dahi dan saat itu juga bola jatuh di kepala.
Aku berdecit marah. Ceh! Dia tipu aku rupanya.. mana ada rambut keluar tadi? Tatkala itu juga aku mendengar kumpulan Dani bersorak kemenangan kerana masa sudah tamat. Ini bermakna kumpulan Dani menang. Dan aku? Pasrah jelah apa yang Dani nak buat.
“Bersedia untuk dihukum ya, sayang,” liriknya menggoda.
“Yelahh!” balasku geram.  Dani mengarah aku berdiri di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar. Setiap daripada mereka sedang memegang sebiji bola.
“Abang akan memulakan lontaran dulu kemudian baru diikuti oleh yang lain. Nak tak nak Dina kena sambut bola ni  sebab Dina dah tak boleh nak lari,” jelas Dani sambil mengenyit matanya pada aku.
“Betul tu!” jawab mereka serentak. Haih mereka ni dah kena rasuk ke apa? Boleh pulak berpakat dengan lelaki hacks aku nak kenakan aku.
“Dina bersedia, ya,” jerit Dani yang berada betul-betul di hadapan aku. Aku mengangguk geram. Dalam hati sudah berdebar.  Buatnya bola  tu tak dapat ditangkap macam mana? Matilah aku kena hentak dek bola itu!
Dalam kiraan stau, dua dan tiga… Dani melontorkan sesuatu. Aku ingatkan dia mahu melempar bola besar. Tapi… hanya bekas yang berbentuk bulat dilontarkannya. Dengan senang aku berjaya menyambutnya. Selamat tiba digenggaman aku, Dani menyuruh aku membukanya. Dahi masih berkerut sambil membuka bekas itu perlahan-lahan. Sebaik terbuka bekas itu mata aku juga turut terbuka luas. Sebentuk cincin bertahta berlian ada di dalamnya.
 Aku lantas menoleh ke arah Dani. Dia tersenyum sambil mengatur langkah menghampiriku. Serentak itu dia menepuk tangannya sebanyak tiga kali. Telinga aku dapat menangkap suara pelajar menyebut huruf j.a.c.k.s seorang demi seorang sambil mengangkat sebijik bola akhirnya terbentuk Jacks. Mataku terbeliak dengan mulut ternganga luas.
“Kak Dina pandang sini! pandang sini!” jerit Sarah dan Rina serentak. Mataku terus beralih pada mereka berdua sorang di kanan sorang di kiri. Sehelai kain putih terbentang ‘kaulah gadis jacks ku’. Kemudian keluar pula dua orang pelajar lelaki iaitu Amri dan Badrul sambil memetik gitar kemudian mereka menyanyikan sebuah lagu, kalau tak silap aku dari kumpulan Ahdan ‘Permaisuriku’.
Wooohoo woowoo….
Kau yang selalu ku puja, yang selalu ku damba di dalam hatiku, di dalam jiwaku
Kau begitu indah, tak pernahku sangka,
 Hadirnya dirimu merubah diriku begitu memikat,
Kau mampu hapuskan pesona dirimu di dalam benakku
Percayalah sayang, hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau permaisuriku, pujaan hatiku,
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya…..
Mereka mengulang lirik itu berkali disertai tepuk gemuruh oleh pelajar-pelajar yang lain. Nasib baik hanya kami saja yang berada di situ kalau tak pasti dah masuk surat khabar ni!  Dani dah sedepa dekat dengan aku. tiba-tiba dia melutut.
“Sudikah Cik Irdina Awfa menjadi permaisuri hati Dani Rizqi,” ujarnya penuh menggoda.
“Terima! terima!” sorakkan para pelajar mula kedengaran sambil menepuk tangan.
“Hah, Dina apa tunggu lagi? terimalah!” Aku yang masih lagi dalam keadaan terkejut terus berpaling. Kak Salina sudah tersengih di sisiku. Tak perasan aku yang dia juga turut berada di situ.
Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Bingung tiba-tiba. Terjadi secara mendadak dan tak pernah terfikir oleh aku yang Dani nak melamar aku dengan cara begini. Suara sokongan dari pelajar masih tidak berhenti, aku memandang Dani yang masih setia melutut. Pandangan kami bertaut dan akhirnya aku mengangguk perlahan. Bila melihat anggukan dari aku semua pelajar semakin galak bersorak termasuk Cikgu Salina. Cikgu Salina lantas memelukku sambil mencium kedua pipiku.
“Tahniah, Dina!” ucapnya.
 Aku mengukir senyum dalam tangisan kegembiraan. Marahku tadi sudah ada penawarnya. Dani betul-betul gila. Latihan hari ini terpaksa ditunda pada petang esok gara-gara rancang si Dani. Cikgu Salina membatalkan latihan kerana Dani sudah berjanji dengan para pelajar hendak belanja mereka makan pizza yang sudah tersedia terhidang di kantin.
Usai makan bersama, aku dan Dani minta diri untuk pulang memandangkan siang mahu melabuh tirai. Siap bersalaman dan saling mengucap selamat tinggal, aku dan Dani terus bergerak ke tempat kereta Dani. Aku betul-betul gembira.  Inilah pengalaman yang cukup memeranjatkan bagi aku dan tak mungkin aku lupakan saat ni.
“Awak memang dah rancang ke?” soalku sebaik membolos diri ke dalam kereta selepas membuat panggilan kepada pak su bahawa aku pulang dengan Dani.
“Yup! Abang minta bantuan Hafis untuk turut serta bantu abang dalam rancangan ini pagi tadi. Tapi sayang dia tak dapat ikut serta sebab tunangannya ajak dating. Dia siap pesan supaya menyogok para pelajar serta Cikgu Salina untuk melancarkan rancangan ini. Hafis cakap mereka memang sporting habis,” jelasnya berjeda diselangi tawa halus.
“Awak ni…memang tahu! Buat malu saya je tadi,” ujarku sedikit geram sambil memakai tali pinggang keledar.
“ Ingat tak, abang pernah bagitahu Dina yang abang akan melamar Dina dengan cara  akan membuatkan Dina tidak akan melupakannya sampai bila-bila pun?” soalnya dengan nada romantik seraya  menghidupkan  enjin kereta dan terus meluncur pergi.  Aku tersenyum bahagia. Ya… aku pasti tidak akan melupakan saat ini.
“Sayang… sayang tak de lesen kenderaan, ke?” soalnya memecah suasana kesepian seketika.
“Hah?”Dahiku berkerut sedikit terkejut dengan pertanyaan darinya tiba-tiba. 
“Ada,”balasku pendek. Tiba-tiba timbul idea mahu mengenakannya.
“Lesen apa? motor? kereta?” soalnya tiba-tiba bersemangat.
“ Tak lah… lesen Bas Rapid dan Lrt,” ujarku sambil tesengih dengan wajah dibuat comel.
“Nak loyar buruk, ya? Abang tanya betul-betul ni!”  marahnya, mesti dia bengang. Aku ketawa halus. Hah, ambik kau! nak bergurau sangat. Sekali aku betukar jadi tukang karut semua benda nak mengarut!
“Jangan marah.  Dina memang tak de, takut!” jawabku jujur setelah dia memarahi aku.
“Hah, takut? Aduh, kalau macam ni… susahlah abang nanti!”
“Kenapa pulak?” soalku hairan.
“Yelah nanti kita kahwin esok-esok, mesti abang kena pergi hantar dan ambik sayang hari-hari. Penatlah abang kalau macam ni,”balasnya dengan senyuman menghiasi bibirnya.
“Amboi, tak kahwin lagi dah nak berkira! Nahm ambik balik cincin ni, tak jadi kahwin! Tarik balik kata persetujuan tadi,” ugutku dengan wajah dibuat serius. Cincin di jari dilonggarkan sedikit. Sengaja!
“ Janganlah! Abang gurau jelah. Jangan serius sangat,” ujarnya cemas.
“Tak nak! tak kira! tarik balik,” bidasku lagi. Aku memalingkan muka ke tepi sambil tergelak perlahan lucu pulak dapat tengok kegelisahan di wajahnya. Tiba-tiba Dani menekan brek secara mengejut hampir tersungkur aku dibuatnya. Dengan pantas aku menolehnya.
“Apa hal ni?” marahku
“Kalau Dina tarik balik… Dani takkan hidupkan kereta ni. Biar kita mati sama-sama,” ugutnya pulak.  Kecut perut aku tiba-tiba. Ya Allah! gila ke si Dani ni? Aku hanya bergurau saja.Yang dia ambik serius sangat kenapa?
“Dani, saya gurau je. Asyik awak je nak bergurau dengan saya. Sekali sekala biar saya bergurau dengan awak pulak,” suaraku perlahan cuba memujuknya. Dani merenungku dalam. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
“Sayang… abang berhenti sebab lampu bertukar merah kalau nak teruskan juga. Nanti kita bertukar menjadi arwah tau!”
Aku tergamam seketika. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia. Ceh! sekali lagi dia berjaya mengenakan aku. Memang dia ni psiko!
“Sayang… betul ke Faiz dengan sayang, tak boleh kahwin?” soal Dani tiba-tiba. Aku tergelak kecil. Dani..Dani tak habis-habis nak bangkitkan soal aku dan abang Faiz.
“Ya Danikuu…sayang! Kami adik beradik susuan memang tak boleh kahwin. Haram! Bukan setakat abang Iz saja, dengan adik beradik lelaki dia yang lain pun Dina tak boleh kahwin. Kami mahram. Darah yang mengalir dalam badan kami adalah darah yang sama.”
“Kenapa pula macam tu?” soal Dani. Dia kerling aku sekilas.Nada suaranya masih kedengaran tidak puas hati. Aku geleng kepala. Cemburu, tak hingat!
“Dani, pak su dan mak su bela Dina masa Dina umur setahun lebih. Masa tu abang Iz baru berumur dua tahun. Kami masing-masing masih menyusu badan. Dua-dua tak hisap susu botol. Masuk botol saja terus muntah. Nak tak nak mak su susukan Dina sekali. Berkongsi susu dan kasih sayang. Susu ibukan berasal dari darah. Jadi susu yang Dina hisap mengalir masuk ke badan bertukar menjadi darah daging Dina. Penghulu kita nabi Muhammad saw pun anak susuan kepada Halimatun Saadiah. Dalam Quran sendiri ada menyebut pasal halal haram anak susuan ini. Nak jadi anak susuan mesti ada syaratnya. Pertama mestilah kanak itu berumur tidak lebih dari dua tahun ke atas. Kedua mesti menyusu lebih daripada lima kali kenyang. Kenyangnya bersyarat pula. Bukan sekaligus. Tapi mesti berasingan. Contoh menyusu hari ni, esok dan hari berikutnya. Lebih atau cukup lima kali dah dikira anak susuan.  Itulah apa yang kawan Dina cakapkan. Nak tahu lebih lanjut nanti Dani buat rujukan sendiri ya.” Aku kenyit mata kepada Dani di sebelah sebelum menyambung bicara.
Dan diharamkan juga kamu mengahwini ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara perempuan kamu. An-nisa 23.
“Mak su ada cakap, elok juga kalau dia jadikan Dina sebagai anak susuan dia. Senang pada Dina dan juga anak-anak dia. Maklumlah anak mereka semuanya putera.  Tak perlu tutup aurat bila dalam rumah. Batasan kami seperti batasan adik beradik kandung. Boleh bersentuhan dan bergurau sendiri seperti adik sendiri. Wuduk pun tak batal bila bersentuhan. Kahwin pun haram. Ada faham!”
“Oo, baru Dani faham. Tapi kan… cara Faiz pandang Dina pelik semacam aja abang tengok.” Masih curiga lagi ke? Aduh, susah juga dengan dia ni sorang!
“Dani… jangan nak mula ya! Abang Iz tengok tu sebab dia nak jaga Dina. Sejak kecil lagi kami memang dah rapat. Macam kembar.”
“Yelah-yelah. Maaf. Hmm… nak buang rasa cemburu tu, apa kata Dina tukar panggilan awak kepada panggilan abang…?” Dah mula dah miang buluh dia.
 “Tak nak! kita belum kahwin lagi,” bentakku keras.
“Degil!” Bebel Dani. Aku mencebir. Sesuka hati dia aja cakap aku degil. Menyampah!

 “Kenapa tak pakai cincin yang abang bagi?” soalnya bila kami masuk ke ruangan Berjaya Times Square. Aku, Dani keluar untuk berdating di hujung minggu dan Farhan ada sekali sebagai bodyguard aku.
“Tak nak, buat serabut aje!” jawabku laju.
“Nasib baik Farhan ada hari ni. Kalau tak dah lama abang terkam Dina,” ugutnya sambil membuat gaya orang mahu terkam. Aku menjelir  dan lantas berlari mendapatkan Farhan di depan.
Sedang kami berjalan sambil mata melilau memandang itu ini Farhan tiba-tiba bersuara. “Kak Didi, An nak main roller coaster kat atas tu.” Farhan menunjukkan ke arah taman tema Cosmo World yang berada di tingkat empat. Farhan sejak kecil lagi suka panggil aku Kak Didi. Sedap bunyi katanyalah.
Aku dan Dani berpandangan seketika kemudian mengangguk setuju. Alang dah bawa dia sebagai peneman bagilah peluang untuk dia bersuka ria.  Kami mengatur langkah ke tingkat empat. Sebaik masuk ke dalam tema itu Dani membeli tiket dan memberi kepada Farhan. Aku mengalah terlebih dulu. Tak mahu naik apa-apa permaian yang ada di situ. Sebabnya permainan di situ semuanya menggerunkan.
Aku ingatkan Dani nak turut serta join si Farhan tapi alih-alih dia memilih untuk jadi peneman aku. Alahai dia ni… Farhan bersorak sakan bila rollercoaster mula bergerak. Aku yang tukang tengok terasa nak termuntah. Entah macamalah si Farhan yang menaikinya. Aku tengok budak tu relaks saja tak de gaya orang takut ataupun gayat. Tak padan dengan nampak lembut! Aku melambai-lambai ke arah Farhan bila rollercoaster itu melintasi hadapan kami. Si Farhan pun beria melambai ke arah kami. Siap mendabik dada lagi.
Tak lama kemudian Dani menciut lembut bahu aku. Aku kalih dengan kening dijungkitkan.
“Jom keluar… boringlah,”rengeknya manja.
“Ngada!” balasku. Dia ketawa lalu melangkah keluar. Aku membontotinya.
Sebaik keluar dari situ kami memasuk satu ruangan lain tapi masih di tempat permainan itu juga. Tempat khas untuk budak-budak dan mak budak. Sungguh cantik tempat itu, bercahayakan malap macam taman fantasi saja aku tengok. Ramai juga kanak-kanak yang bermain dekat situ. Kalau aku ada anak nanti aku pasti akan membawa anak aku ke sini. Sempat lagi kot aku berangan!
Ralit aku melihat kanak-kanak bersorak ria menaiki crazy train  yang siap buat gaya kereta api bergerak. Aku tergelak sendiri kerana lucu. Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki bersama ibu yang menaiki crazy train itu melambai ke arah aku. Aku membalas balik sehingga kereta api itu bergerak pergi. Aku menoleh pada Dani di sebelah. Aku lihat dia tersengih sambil memegang handsetnya. Aku tahu dia telah menangkap gambar-gambar aku secara curi.
“Dani awak tak pernah bawa saya jumpa keluarga awak. Mereka tak sukakan saya ke?” tanyaku. Hati kecil ada juga terdetik. Sepanjang aku bersama dengan Dani yang hampir lima bulan. Mana tahu kan kot-kot keluarganya tak berkenan dengan aku.
Dani terbatuk sedikit sebelum bersuara. “Bukan macam tu sayang. Hmmm…buat masa sekarang ni keluarga abang ada krisis sikit. Jadi tak sesuailah nak bawak sayang jumpa mereka. Tapi jangan risau tahu, abang dah bincang pasal kita dengan mereka. Mereka setuju sangat dengan pilihan abang ni.” Dani tayang sengih memanjang.
“Saya bukan apa. Saya takut mereka tak sukakan saya. Tak guna juga kalau kita kahwin tapi tak dapat restu dari keluarga awak. Kalau boleh rumah tangga kita nanti dapat restu dari kedua belah pihak.”
“Sayang jangan risau. Bila semuanya dah selesai abang janji, abang akan bawak sayang jumpa keluarga abang. Tak pun sayang jumpa saja mereka masa akad nikah, kan senang.” Dani bercanda. Senang aje dia cakap. Dia tak pelah lelaki. Aku ni yang perempuan. Bakal menantu. Mesti akan terperap dekat rumah mengadap mentua setiap waktu. Haru!
“Ikut awaklah. Saya tak kisah. Yang penting restu dari mereka dan mereka sukakan sayang!”
“Mestilah mereka akan sukakan sayang abang ni. Sayang abangkan cantik. Aku mencemik. Cantiklah sangat!
“Kita nak ke mana lagi ni?” soalku bila kami keluar dengan jalan seiring.
“Kita tunggu An sekejap, lepas tu kita pergi makan ya.” Aku hanya mengangguk.  
Farhan keluar kami terus ke tingkat 10 untuk ke Food Court, sebaik sampai di atas sana. Kami semua mengeluh penat, rupa-rupanya Food Court sudah berpindah di LG sebab apa kami sendiri tak tahu. Lepas itu kami turun kembali dengan escalator untuk ke tingkat LG untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong lapar.
Selesai makan kami melangkah keluar dari Food Court, tiba-tiba ada seorang gadis yang agak cantik dan nampak seperti orang berada datang menegur Dani.
“Dani! Tak sangka dapat jumpa kau dekat sini? Kau macam mana sekarang?”
“Lah…kau Rissa. Sayang… sekejap ya,” pinta Dani lalu membawa perempuan yang entah dari mana muncul menjauhi kami sedikit.
Dari sini aku memerhatikan Dani dan seorang perempuan yang aku tidak kenali berbual-bual. Mereka nampak sangat mesra betul. Panas hati aku tiba-tiba. Rasa nak pergi jergah je perempuan itu dan cakap kat dia Dani milik aku okey.  Lebih kurang 15minit berbual-bual Dani menghampiri kami semula.
“Siapa tu?” soalku ada aura cemburu sebaik Dani berada di hadapanku.
“Kekasih lama,” jawabnya selamba. Mataku sudah tercerlung memandangnya.
 “Tak delah sepupu abang,” jawabnya pantas mungkin takut bila aku memandangnya begitu.
“Jangan jeles… dia dah kahwin dengan doktor lagi tu! Siap ada anak express lagi. Dia dari Kelantan saja melawat keluarga mentua dekat sini.” Bersungguh-sungguh Dani menjernihkan keadaan.
“Tak nampak pun suami dan anak dia?” tebakku dengan wajah masam.
“Ada… tapi tak sempat nak jumpa. Mereka nak cepat. Dahla.. jom kita shopping. Abang belanja sayang dan An hari ni,” ujarnya dan ditambah cuba memprovok aku. Dengan hati sedikit panas aku terus meninggalkannya dari belakang. Dia menjerit memanggil aku. Aku buat tak mau layan!
Dekat tiga jam kami dekat situ, selepas mendapat barang yang dikehendaki Dani menghantar aku dan Farhan ke rumah. Bimbang juga keluar lama-lama takut dimarahi pak su.  Walaupun ada Farhan sebagai peneman. Pak su tetap bertegas dalam bab pergaulan antara lelaki perempuan. Kalau dah kahwin lain ceritalah.
“Dani… saya tak cemburu kalau awak keluar dengan mana-mana perempuan yang ada pertalian darah dengan awak. Tapi saya paling benci… kalau awak keluar dengan wanita lain selain dari saudara mara awak,” suaraku sebaik Farhan sudah berlalu masuk ke dalam rumah.

Dahinya berkerut sesaat kemudian meletus tawanya. “Wah, bahagianyaaaa! Akhirnya gadis jacks ku dah pandai nak cemburu. Ini bermakna dia dah jatuh cinta denganku!” jerit Dani sambil ketawa besar. Aku cepat-cepat menutup jari telunjukku ke mulut sendiri sebagai isyarat supaya diam. Malulah aku kalau ada orang yang dengar mesti mereka tahu aku ni cemburu! Wah, bikin malu aja!

Simbolik Cinta Kita 3

“Dina, malam lusa mak su hajat nak buat majlis syukur untuk Fazlee. Dia dapat kerja sebagai pengurus hotel dekat Pahang,” suara mak su memecah suasana sepi pada malam itu.  Aku yang duduk bersila menonton rancangan berita di TV 3 bawah mak su terus kalih belakang.
“Fazlee dah dapat kerja ke, mak su?” soalku kembali. Tak silap aku Fazlee baru dua bulan bergelar Ijazah Sarjana Muda Perhotelan dari UTM . Sekarang ni pun dia duduk dekat Johor buat kerja sambilan. Tup-tup mak su bagitahu dia dapat kerja sebagai pengurus sebuah hotel di negeri Pahang. Rezekinya memang murah. Tidak perlu menganggur terlalu lama untuk mendapat pekerjaan.
“Aah,” balas mak su ringkas sambil membelai rambutku yang semakin panjang mencecah punggung.
“Oo…”jawab aku balik. Juga ringkas.
“Oo… je?” soal mak su sambil tersengih bermakna. Aku pelik bila melihat muka mak su asyik tersenyum saja.
“Habis tu?” soalan dibalas dengan soalan. Dahi sudah berkerut.
“Ajaklah si Dani sekali,”ujar mak su. Senyumannya semakin melebar.
“Buat apa mak su?” bantahku.
“Ingat mak su tak tahu ke? sejak dua tiga hari ni… tangan tu asyik pegang telefon aje…” usik mak su sambil menepuk sedikit bahuku.
“…lepas tu tersengih-sengih. Nampak sangat tengah dilamun cinta. Dulu tak nak mengaku,  kawanlah konon. Tengok sekarang apa yang jadi? asyik berSMS aje kerjanya ya,” sambung mak su lagi. Aku tergamam sekejap. Pipi sudah memerah malu. Rupa-rupanya segala perwatakan aku dapat dihidu oleh mak su.
“Err… mana ada. Mak su saja  kan?”dalihku.
“Jangan nak mengelak lagi. Suruh keluarga dia datang boleh kenal-kenal,” pinta mak su.
“Insya-Allah mak su, Dina akan ajak nanti,”balasku dengan senyuman nipis.
“Jangan tak ajak pulak ,ya!” Mak Su sudah memberi amaran.
“Baiklah puan! Aku mengangguk laju. Tidak lama kemudian aku melentok manja di paha mak su.
“Bestnya… abang Faiz dah jadi pegawai polis, Fazlee pulak dapat jadi Pengurus Hotel. Lepas ni Faizal bakal jadi doktor, Faizur mungkin akan masuk U dan akhirnya Farhan mungkin jadi chef terkenal. Mak su dan pak su memang patut dianugerahkan sebagai ibubapa mithali ini. Pandai didik anak-anak,” ujarku riang.
“Ada-adalah Dina ni.Tulah dulu mak su dan pak su suruh sambung belajar tak nak. Kalau tak pasti Dina dah jadi peguam. Tak perlu jadi kuli orang,”balas mak su seraya menarik hidungku. Aku terkekek.
“Peguam pun kuli orang juga mak su. Dina bukan tak nak. Tapi tak sanggup berjauhan mak su dan pak su, nanti demam rindu!” Aku cuba membela diri sambil tersengih.
Aku masih ingat lagi peristiwa 3 tahun yang lalu, ketika aku dapat surat tawaran sambung belajar dari Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Perundangan. Ikutkan hati memang aku nak pergi tapi masa tu pak su lebih memerlukan duit untuk menyara anak-anaknya.  Jadi aku korban pelajaranku demi mereka dengan menyembunyikan surat tawaran itu. Apabila pak su dapat tahu hal itu dia sangat marah dan kecewa dengan tindakan bodoh aku itu.
 Hal ini terbongkar dua minggu selepas tarikh pendaftaran. Itupun mak su terjumpa surat tawaran aku di dalam almari pakaian ketika dia mahu meletak pakaian aku di dalamnya. Hampir dua hari juga pak su tidak bercakap denganku. Dia kecewa sangat. Dia bukan marahkan aku tapi marahkan dirinya kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanah oleh ke dua orang tua aku.
Aku sendiri? Sedih dan kecewa kerana telah buat pak su dan mak su susah hati. Nasib baik ada abang Faiz menjadi pembela. Dialah yang memujuk pak su dengan mengatakan bahawa aku ada alasan sendiri untuk tidak menyambung belajar. Akhirnya pak su mengalah dan meminta maaf dariku. Aku tahu pak su tak boleh marahkan aku lama-lama kerana dia sangat sayangkan aku lebih dari anak-anaknya. Dia merajuk mungkin dia kecewa dengan sikap aku yang tidak pernah nak berbincang dengan dia dulu tentang hal itu. Dan sampailah sekarang pak su memang tak pernah berhenti untuk menyuruh aku sambung belajar. Maaflah pak su, otak Dina sudah beku untuk belajar. Lagipun kehidupan aku sekarang sangat selesa bekerja di kedai buku walaupun gajinya tidak mewah.
“Yelah tu, nanti kalau dah kahwin dengan Dani takkan masih nak berkepit dibawah ketiak mak su, pak su lagi.” Suara mak su mematikan lamunan  aku. Mata terus membulat serta merta dan darah menyerbu naik ke muka bila mak su menyebut soal kahwin.
“Mak su!” rengekku manja lalu mengemaskan lagi pautan ke pinggangnya.
“Malulah tu,” sakat mak su. Aku hanya tersenyum bahagia.

Sejak bergelar pengarang jantung kepada mamat psiko si Dani, aku sangat bahagia. Seolah-oleh hati yang kosong kini telah terisi dengan cinta dan kasih sayang darinya. Ibarat seorang puteri yang lama kesepian telah dijemput oleh sang putera rajanya. Betullah kata pepatah cinta itu penawar segala penyakit rindu.
Kami juga seperti pasangan kekasih yang lain, ada kalanya berdating tapi dating kami tak seperti pasangan lain sebab setiap kali dia nak berdating dengan aku. Dia kena datang ke rumah pak su untuk minta izin. Selepas mendengar takzirah dari pak su berbakul-bakul barulah dia boleh bawak aku keluar itu pun dengan syarat pukul 10 malam pasti sudah sampai di depan rumah pak su. Haha… nasib kaulah Dani sebab bercinta dengan aku yang ada pengawal peribadi. Tapi bagus juga dengan cara pak su. Keselamatan aku terjamin!
“Dani…mak su ajak datang rumah malam nanti.” Aku memulakan bicara. Bila kami selesa di bangku masing-masing. Dani datang ke kedai untuk menjemput aku makan tengahari bersama. Hafis tak ikut serta. Katanya dia sudah berjanji dengan tunang untuk makan bersama.
“Hah, buat apa ? Nak suruh abang bawak rombongan merisik ke?” gurau Dani. Muka yang tenang sudah bertukar miang.
“Ish, awak ni. Jangan nak mengarut boleh tak? Mereka nak buat kenduri kesyukuran  untuk Fazlee sebab dia dah dapat kerja. Dan satu lagi, mak su pesan bawa mak ayah awak sekali. Diorang nak kenal lebih dekat lagi dengan ahli keluarga awak,”  berjeda aku seketika.
Keningku bertaut rapat bila melihat wajahnya sudah berubah monyok. “Kenapa ni?” soalku.
“Err… kalau abang datang sorang boleh tak?”soalnya dengan wajah masih moyok. Mahu tergelak aku bila mendengar jawapan darinya.
“Laa… ingatkan apa tadi? Hrmm... awak ni. Mak su dan pak su cuma berpesan aja. Kalau mak dan ayah awak tak dapat datang, tak pelah. Janganlah risau sangat.” Aku cuba memujuknya.  Tak sampai sesaat dia kembali tersenyum manis dengan wajah seolah cuba menahan sakit sambil memicit kepalanya berkali-kali.
“Dani… awak sihat tak ni? kalau tak sihat tak payah datanglah malam nanti,” soalku, cemas.
“Tak delah. Sakit kepala sikit je. Ni mesti tak cukup tidur,” adunya perlahan.
“Janganlah macam tu. Kerja-kerja juga. Kesihatan kena jaga tahu,” marahku. Marah manja gitu. Siapa yang tak khuatir bila orang yang kita kasih sakit, kan?
“Yalah sayang… abang tahu tu. Cepatlah makan nanti nak masuk kerja pulak.” Aku mengangguk lalu menghabiskan makanan yang masih tersisa itu. Sering kali juga Dani paksa aku agar memanggil dia abang. Baru romantik katanya. Tapi aku… aku lebih suka memanggil namanya. Nanti kahwin, lainlah ceritnya.
Tetamu yang diundang sudah memenuhi ruangan rumah kami, dicampur dengan anak-anak pak su dan mak su serta saudara mara yang jauh sudah sampai pagi tadi memang menggamit suasana. Ada dari Kedah, Perak, Melaka dan juga ada dari Pantai Timur. Nak buat macam mana adik beradik mak su dan pak su ramai. Ini pun ada yang tak datang. Kalau semuanya datang nampak gayanya pak su memang kena besarkan rumah ini.
Anis, anak abang Fuad anak saudara mak su dari Perak merengek mahu tidur. Jadi aku menawarkan diri untuk mendodoikannya memandangkan isteri abang Fuad, Kak Mastura sibuk menolong mak su di dapur. Aku mengendong Anis yang berusia 8 bulan itu ke kamar. Sebaik meletakkan Anis di katil aku terus mencubit dan mencium pipi gebu dengan rakus budak itu. Anis pada lagi terus terkekek ketawa.  Memang sungguh montel budak ini. Dahlah tak banyak ragam. Ini yang aku paling suka!
“Haih, dah teringin nak ada anak sendiri ke?”
Aku lantas menoleh bila ada suara yang aku cukup kenal cuba menyakat. Aku mencebik kepada Dani yang tercegat di depan pintu kamar sambil tersengih sumbing. Dia nampak segak malam ini walaupun hanya berbaju melayu dan berkain pelekat. Aku suka bila dia pakai macam tu. Tenang sekali wajahnya.
“Dani tengok ni… Anis sungguh comel! geram Dina nak cium,” ujarku.  Dani melangkah menghampiriku lalu melabuh duduk di sisi. Dia meminta untuk mengendong Anis. Sebaik Anis beralih tangan, budak itu mula merengek.
“Alamak Dina! nak buat macam mana ni?” soalnya cemas dan kelam kabut.
“Nak jadi bapa budak macam mana ni? kalau pegang sikit dan kalut ribut,” sergah abang Fuad yang masuk ke kamar aku tanpa kami sedari sambil mencempung anak sulungnya yang sudah terlena.  Aku ketawa saja. Baru tahu nak jaga seorang anak memang susah!
Abang Fuad meletak Amni di atas katil. Kemudian terus berdiri mahu mengambil Anis dari Dani tapi dihalang olehku. “Tak pe abang, biar Dina yang ulitkan Anis.”
“Tak pe ke?” soalnya lagi. Aku mengangguk laju untuk menyakinkan dia yang aku boleh jaga anaknya.
“Dani memang tak pandai nak jaga budak kecik ni bang. Tapi… kalau bab nak buat budak pandailah,” gurau Dani sambil matanya melirik padaku.  
Aku mengigit bibir geram dengan mata membulat. Tiba-tiba meletus terus ketawa mereka berdua. Aku terus menggeleng. Itulah lelaki kalau bab itu memang cepat!
“Kalau macam tu, abang ke depan dulu ya. Hah, Dani jangan nak lama-lama dekat sini! nanti kena tangkap kering oleh pak su nanti, padan muka kamu,” usik abang Fuad sebelum melangkah keluar dari bilikku. Bergema suara tawanya.
Dani memandangku lama. “Bagus jugakan kena tangkap kering tak perlu keluarkan banyak duit,” ujarnya, keningnya dikenyitkan sebelah padaku.
“Dani!” marahku. Anis dipangkuan ditepuk lembut. Rusing juga takut tersalah tertepuk kuat. Tak pasal-pasal budak ini jadi mangsa kang!
“Gurau jelah. Hrmm… cantik juga bilik Dina. Bilik ini nanti akan jadi bilik kita berdua kan?” soalnya Dani sambil mengerling ke arahku.
“Perasan! siapalah nak kahwin dengan orang tu, Anis kan,” kataku pada Anis yang tidak tahu apa-apa itu.
“Yelah, siapalah yang nak kahwin dengan kita ni. Oh ya! terlupa pula, Anis kan ada untuk kahwin dengan uncle Dani kan?” gurau Dani sambil mengagah Anis digendonganku. Terus ketawa budak itu.
“Macam-macam,” bebelku.
Dani melabuh duduk di katilku sambil memerhati sekeliling ruangan bilikku. “Eh, itu novel yang abang bagi dekat Dina kan?” soalnya bila matanya tertancap pada sebuah rak buku yang terletak di sudut bilik itu.
“Aah, ada seorang mamat psiko yang bagi,”jawabku  sambil menjatuhkan Anis yang sudah terlena di sebelah Amni. Aku mengambil bantal peluk kemudian meletakkan bantal itu di tengah-tengah mereka. Risau Anis ditindih oleh kakaknya nanti.
“Tapikan bagus juga mamat tu sebab selamat duit saya, tak kena keluarkan duit untuk beli novel lagi,” sambungku lagi dibalas tawa halus oleh Dani.
“Dina, demi Dina abang sanggup bagi apa saja. Kalau Dina minta emas permata abang tak dapat bagilah sebab abang bukan hartawan. Sekiranya hati abang yang Dina pinta… rela abang bedah untuk diberikan padamu. Sebagai bukti cinta abang hanya untuk Dina!”
“Hah, baguslah. Bedahlah hati awak tu, boleh saya buat hati pedas nanti! Dah lama mengidam nak makan hati manusia ni.Nak tunjuk bukti konon. Itu bukti yang paling bodoh pernah Dina dengar! Kalau hati dibedah.. mati adalah!” tempelakku, geram dengan kata-kata falsafah cintanya yang tidak munasabah langsung bagiku.
Tawa Dani semakin galak sampaikan Anis hampir tersedar. Aku memarahi Dani supaya perlahankan suaranya. Dia pantas memekup mulutnya. Hatiku sudah tergelak bila dia nampak gelabah semacam. Betul kata abang Fuad, Dani memang nampak gelabah bila terdengar budak kecil menangis. Alahai… Daniku sayang!
“Dina…” panggilnya lembut selepas Anis kembali lena. Aku menjungkit kening, tangan masih ligat menepuk peha Anis.
“Bilik awak dah nampak sempurna tapi ada satu yang kurang,” katanya dengan wajah serius. Aku terpinga-pinga sambil memandang sekeliling bilik itu, cari apa yang kurang. Nak kata ada lubang, mustahil. Kalau tak pasti aku mengetahuinya dulu dari Dani.
“Apa?” soalku tidak puas hati. Dani tersenyum. Aku semakin bengang. Bila aku mahu menyebut namanya, dia sudah bersuara.
“Gambar kita berdua.” Aku mengeluh. Ingatkan apalah tadi. Dia ni memang suka sangat buat aku tertanya-tanya sendiri.
“Baiklah, nanti kita kahwin saya akan letak gambar kita dua di setiap sudut bilik ini. Puas hati?” ujarku dengan intonasi rendah dan tinggi. Dani tidak membalas tapi hanya tawa saja yang menghiasi bibirnya.
“Okeylah sayang… dah lama benar abang dalam bilik ni. Abang keluar dulu, ya? Takut nanti mereka ingat kita sedang buat apa, sebab tak keluar-keluar lagi,” gurau Dani lantas mempercepatkan langkahnya.
“Daniii!” jeritku lalu menggapai bantal lantas mencampak. Dani lebih lincah mengelak. Dia ketawa lalu menghilang dari kamarku. Anis kembali menangis mungkin terkejut dengan jeritan dari aku. Aku kembali menepuk pehanya perlahan. Tapi hati masih panas dengan gurauan bodoh Dani itu.
Aku keluar dari bilik dan terus ke dapur untuk turut serta membantu yang lain sebaik doa selesai diaminkan.
“Anis dah tidur ke?” tanya kak Mastura sebaik aku melabuh duduk di sisinya. Aku mengangguk dan meminta dia ke kamar untuk menengokkan anaknya. Biar kerja di sini aku pula yang buat. Abang Faiz serta adik-adiknya yang lain sudah masuk ke dapur untuk mengangkat makanan kepada para tetamu. Di belakang mereka ada Dani turut serta mahu mengangkat makanan sudah tersengih-sengih. Masa dia mahu  menyambut dulang dari tangan aku, dia sempat mengenyitkan matanya.
Semua yang ada di dapur tergelak besar. Dia ni memang tak tahu malu betul. Tak faham aku dengan sikap nakalnya itu. Padahal dia tu tetamu buatlah macam tetamu. Ini tak! Dia nampak lebih dari tuan rumah. Mesti kes nak tunjuk baik depan mak su dan pak su. Nak jadi calon menantu mithalilah tuh!
Usai mengemas sisa makanan dan minuman yang ditinggalkan oleh tetamu, Dani meminta diri untuk pulang ke rumah. Kasihan juga aku dengannya.  Dari tadi dia tidak berhenti membantu kami membersihkan rumah ini. Nasib baik aku tak meminta untuk memcuci pinggan mangkuk. Kalau tak… belum tentu dia boleh balik lagi. 
 “Abang pulang dulu ya, Dina. Dah lewat sangat ni. Esok abang kerja. Tapi kalau Dina bagi abang tidur sini, abang sanggup sekang mata tolong bereskan pinggan mangkuk dekat dapur tu.”Sempat lagi dia bergurau. Aku membuat muka, geram.
“Gatal ya! Nah, ambik ni! Mak su ada tapau lauk-pauk untuk keluarga awak.”
“Eh, dapat juga ke?” soalnya dengan senyuman mengada.
“Yelah, sebab awak dah tolong kami tadi. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak… amik balik!” ugutku. Dani sudah tarik muka.
“Dina… mak su tak bagi tapaukan sekali ke?” soalnya sambil menyambut bekas itu di tanganku.
“Hah?” Dahiku berkerut tidak mengerti maksudnya.
“Tapaukan awak untuk abang angkut balik rumah,” jawabnya sambil mengetawakan aku. Ceh tak guna.Terkena gua!
“Ee… miang ya. Dahlah balik cepat –cepat. Tak kuasa nak layan awak. Battery dah habis!”
“Halau nampak? tak pelah abang faham,” ujar Dani ada nada rajuk kedengaran  seraya  melangkah ke tempat keretanya terparking.  Aku tergelak kecik.
“Assalamualaikum, hati-hati ya wahai hacks,”laungku bila badan Dani sudah separuh masuk ke dalam kereta sambil melambaikan tangan.
“Wa’alaikumussalam gadis jacksku,”balasnya dengan jeritan kecil, wajah yang rajuk sudah bertukar ceria.
“Dina.” Sebaik menjatuhkan tangan abang Faiz datang menegur.
 “Ada, apa abang?”
“Dina, abang tak berapa berkenan Dina rapat dengan dia.”
“Kenapa pulak abang? Pak su dan mak su okey je Dina berkawan dengan dia. Ke abang ada tahu apa-apa pasal dia?” desakku semakin tidak sabar.  Abang Faiz kan polis mana tahu kot-kot dia kenal Dani lebih dari aku, siapa sangkakan?
Abang Faiz mengeluh lembut. “Hmmm… abang bukan nak masuk campur soal Dina dengan dia.Tapi Dinakan baru kenal dengan dia. Abang nak Dina selidik keluarganya dulu sebelum Dina menyesal nanti,” nasihat abang Faiz, tegas bunyinya.
Abang Faiz tak lama di situ. Habis saja bicaranya dia terus menghilang diri ke dalam. Meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tak pernah abang Faiz berkata sedemikian kepadaku sebelum ini. Aku naik buntu tiba-tiba.