Saturday, 30 August 2014

Simbolik Cinta Kita 2

Bab 2
Hari ini hasil jualan mak su pada hari ini agak laris. Tak sampai tengahhari semua kuih-muih mak su dah habis diborong. Mak su meminta aku menemaninya untuk mencari barang basah buat makan tengahari nanti. Aku ikutkan saja.. Itulah rutin harian hujung minggu aku. Teman mak su menjual kuih dan pergi ke pasar, memandangkan mak su tak de anak perempuan kecuali aku anak saudaranya sebagai peneman. Tapi kalau Farhan si anak bongsu mak su ada, dia rajin juga mengikut. Sekarang dia duduk asrama. Dua minggu sekali baru pulang.
“Hari ni kita nak masak apa mak su?” soalku bila berhenti di sebuah gerai sayuran. Aku sentuh sayur kubis sambil membelek-belek salah satu dari timbunan.
“Kita masak sayur kangkung belacan, nak?” cadang mak su kembali. Di tangannya sudah tergenggam seikat sayur kangkung yang kelihatan layu sedikit.
“Hmmm... sedap jugak tu. Dah lama tak makan sayur kangkung campur belacan dengan ikan bilis. Mak su kita pilih yang segar-segarlah kangkung tu!” rengekku sedikit sambil memaut lengannya kemas, dengan wajah dibuat comel.
“Dinalah yang pilih, mak su nak beli ayam dan ikan bilis sekejap,”ujar mak su kemudian dia meletakkan sayur itu di tempat asalnya. Selepas itu mak su mengatur langkah untuk mencari lauk-pauk pula.
Aku mengambil alih tugas mak su. Kangkung yang berlonggok aku belek. Hati kecil tiba-tiba menjadi gelisah. Seolah ada seseorang sedang memerhatikan gelagat aku. Bila aku toleh ke kiri dan ke kanan tiada orang. Pelik ditambah dengan seram pulak aku rasa.
“Dik, ni ada orang kirim tempe untuk adik,”suara penjual sayur sambil menghulurkan plastik yang berisi tempe sebanyak 3 bungkus.
Aku tercengang seketika. “Hah, siapa pak cik?” soalku dengan wajah berkerut.
“Pak cik pun tak pasti. Katanya suami kamu,” balas pak cik itu sambil tersenyum bermakna. Suami? bila masa pulak aku dah kahwin? 
“Tak payah nak buat muka berkerut-kerutlah, ambik saja. Lagipun dia dah bayar. Rugi pula kalau kamu tak ambik,” pinta pak cik itu beria-ia.
“Err...baiklah.” Aku mengambil dalam keadaan teragak-agak. Nak tolak… pak cik tu cakap memang dia bagi padaku. Jadi terpaksalah aku ambil. Anggap saja rezeki aku untuk hari ini. Agaknya ada orang nak bersedekah tapi tak nak heboh. Bak kata ‘tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu.’
“Dina!Dah siap dah? Mehlah kita balik. Eh, kamu beli apa tu?” soal mak su bila mendapatkan aku.
“Tempe. Ada orang kasi,” balasku pendek.
“Siapa?” Aku mengangkat ke dua bahu tanda aku sendiri tidak tahu.
“Eh, kejap. Bekas mak su tertinggal dekat gerai.” Mak su cuba menahan pergerakkan kami. Aku mengangguk dan membiarkan mak su balik kembali ke gerai di hujung sana.
“Allah!” Aku lantas menoleh ke belakang bila terdengar suara mak su menjerit kuat. Dengan pantas aku berlari mendapatkan mak su.
“Mak su kenapa ni?!” soalku cemas.
“Ada budak langgar mak su,” ujar mak su dengan suara menahan sakit sambil menggosok bahunya.
“Hah, minta maaf sekarang. Kau tu anak melayu sepatutnya hormat orang tua. Bukannya main blah terus!”  Tiba-tiba muncul seorang lelaki sedang menarik baju seorang remaja di hadapan kami. Mataku membuntang bila melihat lelaki di hadapanku kini. Kenapa sejak dua menjak ni takdirku asyik bertembung dengan dia saja. Tak kira di mana-mana. Adakah itu satu kebetulan ataupun telah dirancang?
“Mak cik tak de apa-apa ke?” soal lelaki yang aku gelar psiko tu sebaik budak remaja tadi sudah meninggalkan kami.
“Alahai baiknya. Ke… bermakna ni?” omelku perlahan.
“Eh, Dina! macam mana awak ada dekat sini? tak perasan pulak saya tadi,” suaranya dengan teruja. Tak perasan ke atau sengaja!
“Kawan ke, Dina?”soal mak su sambil mengerling padaku sekilas kemudian menatap wajah mamat psiko tu yang sudah tersenyum lebar.  Sebaik saja aku mahu membuka mulut ingin mengatakan bahawa mamat psiko itu memang gila dia dengan pantasnya mencelah.
“Saya kekasih dia, mak cik. Tapi dia sengaja tak nak mengaku depan  mak cik.” Pintasnya dengan senyuman penuh meleret. Kening diangkat berkali-kali.
Mulutku terlongo. Terkejut bila dia mengaku aku ni kekasihnya.Memang angau sendiri! Ya Allah geramnya aku! Aku tengok lelaki ini besar kecik besar kecik saja di ruangan mataku. Tapi  disebabkan dia sudah menolong mak su tadi, aku cuba tahan kemarahan. Sebuah senyuman palsu terukir dibibirku. Siap kau sekejap lagi!
“Laa… ye ke? Kalau macam tu, jomlah ke rumah. Boleh berkenalan dengan lebih dekat lagi,” pelawa mak su dengan ramah. Alamak mak su sudah salah faham. Ini semua mamat psiko. Dia pula apa lagi tersengih lebarlah. Menyampah!
Aku mahu mencapai beg plastik yang tercampak tadi gara-gara terkejut bila dengar jeritan mak su. Entah macam mana aku boleh terpegang tangan mamat psiko, di mana dia juga mahu mencapai beg plastik tatkala itu juga. Bagaikan satu renjatan elektrik yang berlaku ketika itu. Kami tergamam seketika. Bila fikran kembali waras dengan sepantas kilat aku menarik tangan ini kembali. Dia sudah tersenyum malu manakala aku menjeling maut.
“Tak pasal-pasal dapat dosa hari ni!” bentakku kasar. Dia masih tersengih lagi.
Dup!Dup! Jantungku berdegup kuat. Satu perasaan aneh sudah menjalar dan mengalir di seluruh jantungku. Aku sendiri tak mengerti apakah makna dengupan itu? Sebelum-sebelum ini tidak pernah pula aku rasa begini.
Bila tiba di rumah, mak su memperkenalkan mamat psiko tu pada pak su. Pak su siap mengusikku lagi. Dia tak sangka aku yang nampak sukar bersosial tapi dapat mencari buah hati yang kacak dan baik pulak tu. Bila aku menidakkan pak su dan mak su cakap aku malu. Alahai apa yang aku harus ni?  Aku mengerling mamat psiko itu sekilas, dia tersipu-sipu malu. Dia ni memang tak tahu malu! Mengaku aku ni kekasihnya padahal dia yang pipi tersorong-sorong sorang. Aduh!
Pak su dan mak su asyik bertanyakan soal itu dan ini pada dia sehinggalah terdengar suara azan zuhur berkumandang. Baru mereka berhenti berbicara. Aku tengok dia menghela nafas lega. Nah, padan muka! Nak sangat mengaku aku ini kekasih kau! Pak su tu ustaz pencen. Kan dah bertubi-tubi soalan yang ditanyanya.
Pak su mengajak dia ke surau yang berdekatan dengan rumah kami untuk menunaikan solat zuhur secara berjemaah,“Dina, cuba tengokkan Dani. Dah siap ke belum dia tu?” arah pak su sambil memperbetulkan serban di kepala.
“Baik, pak su.”  Aku bangkit dari menatap majalah dan belum sempat aku mengatur langkah. Dia sudah pun keluar dari bilik abang Faiz dan menapak menghampiri pak su. Mataku tidak berganjak memandang susuk tubuhnya. Bagaikan dipukau. Tenang sekali bila melihat si dia mengenakan baju melayu dan kain pelekat serta berkopiah putih milik abang Faiz itu. Hatiku tercuit sendiri. Segaris senyuman terukir di bibir.
“Aih, tenung bagai nak terkam je mak su tengok!” usik mak su dari belakang aku.
“Eh, mana ada? Dina tengok pak su tu haa.. nampak hensem pulak hari ni,” jawabku dalam gugup cuba menyembunyikan perasaan yang sudah berbunga ini.
“Pak su ke… Dani yang hensem?” usik mak su lagi sambil tersenyum manis. Merah pipi menahan malu. Mak su ni nak mengusik tak berlapis dah.
“Dah Irdina Awfa! Dah jangan nak mengelamun jauh-jauh. Meh tolong mak su dekat dapur ni,”arah mak su. Kakinya sudah menghayun ke dapur. Wah, penuh nama aku di panggil! Ini benar-benar arahan yang patut diikuti. Sesaat kemudian aku turut menghilangkan diri ke dapur.
 Usai menyediakan makanan di meja, mak su menyuruh aku menjemput mereka berdua yang asyik berborak di ruang tamu untuk menjamu selera. Masa melangkah ke meja makan, Dani sempat lagi mengenyitkan matanya sebelah kepada aku. Tercerlung mata melihatnya. Gatal!
“Dani, baca doa makan,” suara pak su sebaik kami semua selesa di tempat duduk masing-masing. Dani nampak sedikit gugup. Aih, tak akan doa makan pun tak reti nak baca? Faillah nak ngorat aku. Heee…
“Bismillahirahmanirrahim Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar ….”
Terlopong mulut aku. Hampir tak percaya. Nampak muka tadi gaya macam orang tak reti tapi bila sekali dia buka mulut fuh… merdunya suara. Tulah Dina jangan menilai orang sekali imbas saja.
“Haih, tak akan dengar orang baca doa dah kenyang kot?” sindir mak su dengan suara berbisik. Aku terus kalih dan menggeleng lelaju.
“Tak delah mak su,” dalihku bersungguh. Sebaik aku berpaling semula, Dani tersengih. Dia perasan ke? Aigoo… malunya.
Usai semua kerja mencuci pinggan mangkuk aku membawa diri ke halaman rumah sambil mencapai Majalah Wanita, meninggalkan tetamu bersama pak su dan mak su. Malas nak melayan mamat psiko tu lama-lama.Takut jadi benda lain!
“Assalamuaikum, sayang…” sapa Dani dari belakang, mengejutkan aku. Dia menghayunkan buaian besi perlahan-lahan.  Aku menoleh sekilas kemudian kembali menatap majalah yang terbantut tadi sebelum membidas balik katanya.
“Eee… awak ni memang tak reti bahasa tahu tak?! Boleh tak jangan panggil saya sa…yang?” marahku.  Dia senyum sambil menapak lalu melangkah naik atas buaian besi untuk melabuh duduk di hadapanku.
 “Romantik apa panggil sayang-sayang. Kita kena biasakan panggilan tu. Senang sikit time kahwin tak terbelit lidah nak menyebutnya, tak gitu?” jenakanya sambil tersengih sumbing.
Aku mengigit bibir, geram. Anak mataku mengekori langkahnya sehingga dia berada tepat di hadapanku. Baju melayu yang tersarung di tubuhnya sudah berganti. Dia menopang dagu di kedua belah kepala lututnya sambil menatap wajahku tidak berkelip. Aku sudah mula naik angin taufan. Nafas kasar mula kedengaran. Seolah asap berkepul-kepul keluar dari hidungku.
“Okey-okey…” Dia mengalah dengan mulut termuncung panjang.
“…hrmm, kalau tak bagi panggil sayang. Saya panggil darling, boleh tak?”sambung dia lagi  semakin miang.
“Ya Allah, awak ni! Memang tak faham bahasa melayu ke?” bentakku. Aku betul-betul bengang. Ingatkan dia dah insaf tapi disambung lagi. Boleh naik darah  aku kalau hari-hari macam ni. Baru aje nak jatuh hati, opss jatuh hati? Tidakkk!
“Aah, tak faham. Sebab tu Spm, bm saya dapat c,” balasnya dengan nada dibuat-buat sedih. Aku memandang wajahnya dengan pandangan tajam. Bengkak hati layan mamat psiko. Padahal dalam hati sudah timbul satu perasaan aneh.
“Macam mana, best tak tempe yang saya hadiahkan untuk awak, tadi?” suaranya bila aku menyepi seketika. Banyak modal betul mamat ni.
“Tempe…? Beri…? Oo… jadi awaklah orangnya yang baik hati bagi tempe percuma dekat saya, ya? Siap cakap awak ni, suami saya lagi?” tembakku dengan nada marah. Bila mengenangkan kejadian tadi malu besar aku dibuatnya. Yelah  sampaikan pak cik kedai pun ingat aku ni dah kahwin. Jatuh saham aku!
“ Ya,”jawabnya pendek. Tapi wajahnya dah tayang senyuman menggoda.
“Hrmm…siaplah awak! saya dah jampi ayat pengasih dekat tempe tu,” usiknya pulak.
“Awakk!”marahku sambil mengacip gigi kejap-kejap, menahan geram.
“Dina, ambik buah ni! Mak su dah siap potong. Kasi dekat Dani, tu!” laung mak su dari dalam rumah.
“Nasib baik mak su panggil. Kalau tak saya cincang-cincang awak sampai lunyai. Ee…” amukku perlahan sambil menjelingnya. Dani membalas dengan flying kiss  serentak itu juga aku menjelir kecil padanya. Dia tergelak sakan mungkin lucu dengan gelagatku.

Berkenalan dengan mamat psiko yang bernama Dani Rizqi tak sampai sebulan. Sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan aku. Membawa satu sinar dalam hidup aku. Aku yang dulu sukar untuk ada lelaki mendekati kini dengan dia aku boleh terima kehadirannya dengan tenang. Kadang kala sikapnya yang agak nakal  membuat aku naik angin dengannya. Tapi hairan aku masih boleh menerimanya. Tambah-tambah bila mendengar celotehnya. Ah! Dina hati kau diserang virus rindu.Virus cinta!
Bila difikirkan kembali  dia tak delah menjengkel. Rupa paras pun kacak. Sedap mata memandang. Yang paling sweet dia tak malu nak berhadapan dengan pak su dan mak su. Sekarang ni susah nak cari lelaki macam dia tu. Oh Allah! Irdina bila hati dah sayang semua nampak indah dan hati mulalah dah pandai nak rindu-merindui… duhai hati yang kekosongan!
“Oii, mengelamun, eh?” sergah Fara seraya menyiku lenganku. Aku terkejut lantas tersengih sumbing padanya.
 “Mana ada!” dalihku. Arr… malunya ditangkap siang-siang oleh si Fara.
“ Tak payah nak ngelat. Tu haa… pakwe kau dah  tersengih-sengih dekat kau dari tadi lagi,”usik Fara sambil menjuih bibir mulutnya. Hah, dari tadi! Biar betul? Kalaulah dia dengar yang Fara sergah aku tadi... mesti dia tahu yang aku sedang syok dekat dia. Malunya… mintak-mintak dia tak dengar.
“Ish, mulut kau tak insuran nyawa, eh!” tempelakku, cuba menutup malu.
“Berhentilah berlakon sapu habuk tu. Fikiran melayang dekat lain. Dah,pergi sana cepat. Kesian pula aku tengok, dari  tadi asyik duk tersengih-sengih je. Aku takut aku yang akan cair nanti,” sakat Fara diselangi tawa menghilai.
“Piraaaah! aku balik dulu, ya Fara,” ujarku seraya menjelir kecil.
“Eh-eh Dina, kirim salam dekat sepupu kau, ya!” jerit Fara sebelum kaki aku melangkah keluar. Aku segera menoleh kembali.
“Hah? sepupu aku ramai wey… yang mana satu?” soalku pelik.Fara menggeleng dan tersengih saja. Aku mencemik lalu mengutuknya.
“Gatal!” Fara mengekek. Aku tayang jari telunjuk seraya memusing berlawanan jam di kepala. Sewel! Kemudian melangkah keluar mendapatkan Dani yang setia menantikan aku.
“Hai, sayang...” sapanya lembut.
“Eee… awak ni memang tak makan saman ya? Saya ni bukan kekasih mahupun pacar awak!” marahku. Dalam hati ya Allah mahu terlompat bahagia suka aku dibuatnya.
“Awak memang bukan kekasih. Tapi… awak bakal isteri saya kerana saya yakin awaklah jodoh saya wahai gadis jacksku yang sering muncul di setiap mimpi dan jagaku,” ujarnya dengan kata-kata penuh romantis.
“Gadis jacks? apa pula tu? Tak pernah dengar pun!” soalku dengan wajah sedikit berkerut.
“Nak tahu?” soalnya kembali. Aku mengangguk laju. Tak sabar pulak nak tahu makna gadis jacks yang sering disebut-sebut olehnya selalu. Dani menghampiriku kemudian dia membisikan sesuatu padaku.
“Ok, tunggu malam nanti, ya darling. Abang akan bagitahu.” Sebaik habis bicaranya dia terus pecut.
“Dani!” marahku sedikit menjerit. Tawanya masih terburai sambil menggamit agar aku mendekatinya.  Ah, Seperti yang aku cakap dia memang suka sangat buat aku geram dengan gurauan murahannya itu!Sabarlah duhai hati. Dah terlanjur terpikat baik teruskan jelah! Nak cari orang sukakan kita memang susah sekarang ni. Bila dah ada depan mata baik terus rembat.
Selepas minum petang Dani menghantar aku pulang ke rumah. Dia beria-ia mahu masuk ke dalam tapi aku keras melarang. Memang ngada-ngada mamat psiko ni. Lama-lama layan perangai gila dia ni. Aku sendiri yang naik gila! Yang tak tahannya masa nak balik boleh dia melaung bagitahu mak su dan pak su. Aku tak bagi dia masuk rumah. Mak su dan pak su apa lagi terus keluar mendapatkanya. Nasib baik aku cepat-cepat halau. Kalau tak berjam pulaklah dia di sini.
“Laa… kenapa tak ajak Dani masuk tadi? Mak su dah berkenan kalau dia jadi suami Dina. Baik…peramah…yang penting pandai ambik hati kami, kan bang?”ujar mak su semasa kami sama-sama melangkah masuk ke dalam dan disertai anggukkan dari pak su.
“Haih, dah kepingin nak menantu ke?” usikku dengan kening dijungkit sedikit. Bahu keduanya dipelukku erat.
“Yelah, kami dah teringin nak cucu sangat ni. Patutlah hari tu beria tak nak kan si Hakim, rupanya dah ada calon. Kalau dah jadi tu Dina, suruhlah dia hantar pinangan,” cadang mak su lagi sambil memicit lembut pipiku.
“Mak suu!”jeritku sedikit, darah sudah naik ke muka. Malunya!

Usai makan malam aku masuk ke bilik. Biasanya aku akan membaca novel atau mendengar radio sebelum beradu. Aku ni jenis orang tidur awal. Jam 10.30 pasti dah terlelap. Padahal kerja masuk pukul 10 pagi. Mana taknya selepas solat subuh, aku perlu tolong mak su menjual nasi dan kuih muih di kedainya sebelum aku dihantar oleh pak su untuk ke tempat kerja.
Malam ini aku teringin sangat nak main game. Dah lama tak main. Jadi aku terus membuka laptop Toshiba, hadiah dari abang Faiz. Macam kanak-kanak saja! Bila laptop terbuka terus aku klik pada game angry birds yang sedia ada pada desktop laptop.
Asyik aku bermain game. Tiba-tiba kedengaran bunyi lagu Monster yang dinyanyikan oleh Bigbang band dari Korea. Itu menanda ada mesej masuk.  Mata masih di skrin laptop, aku mencapai telefon di sebelah dan mengalih pandangan pada skrin telefon pula.
“Hai gadis jacksku, rindu abg x?”~ Dani. Aku tersenyum lebar bila mendapat mesej dari si pencuri kalbuku ini. Dengan pantasku menekan screen touch telefonku untuk membalas mesej itu.
“Tgh men game! Rindu? Oh tak langsung! Jacks?? Wah, panjang pulak mesej aku! Sempat lagi aku mengomel sebelum menekan butang send.  Tak lama kemudian aku mendapat panggilan darinya. Segera aku menyahut panggilan itu.
“Sayang…” sapa Dani di corong sana sebaik aku menyahut panggilan itu.
“Awak ni memang tau! Suka sangat panggil sayang. Kita bukan pasangan bercinta nak bersayang-sayang,” ujarku tegas, dibuat-buat marah.
“Janganlah marah-marah sayang… tunggu sedikit masa lagi. Lepas tu abang akan hantar rombongan meminang, ya. Sebab abang dah tak sabar nak naik pelamin ni,”jawabnya riang ditambah dengan miang.
“Awak jangan nak bergurau dalam bab ni?!” bidasku dengan suara sedikit bergetar.
“Dina… abang akan sentiasa setia dengan Dina. Tiada yang kedua mahupun ketiga… akan abang tetap pilih Dina selagi diri ini masih berkesempatan bernafas kerana abang yakin dengan pilihan hati abang. Jodoh abang cuma kau saja sayang,” ujarnya perlahan tapi penuh bermakna. Sampaikan aku terpempan bila mendengar luahan hati lelakinya itu. Terkejut kerana dilamar oleh mamat yang aku sendiri gelarkan dirinya psiko!
“Dina!Dina!” panggil Dani bila aku membisu.
“Err… ya. Saya masih di sini.”
“Abang dah bincang dengan mak su dan pak su tentang kita. Mereka setuju tapi mereka suruh tanya sayang sebab sayang yang akan kahwin dengan abang nanti. Macam mana sayang, sayang setuju tak? Abang berharap sangat sayang bersetuju. Kita tak payah bercinta sangat. Kita kahwin cepat-cepat ya, sayang. Okeylah, itu saja abang nak cakap. Abang harap jawapan positif yang abang dapat, sebab kaulah gadis jacksku. Salam.”
Klik!  Belum sempat aku menjawab, dia sudah mematikan panggilan itu. Bengang betul aku! Dahlah aku tak tahu lagi makna gadis Jacks tu apa? Boleh pula dia matikan terus panggilan itu. Aku tidak puas hati. Pantas saja aku taip mesej semula dan hantar.
“Amboi tak smpt saya nak jwb awak boleh terus tutup! Sakit hatinyer…  Awk msh blm bgtau, apa makna gadis jacks tu?”
Tak lama kemudian..
“Oit sayang jgnla marah, huhuhu..” Eee… dia ni memang buat aku naik angin! orang tanya lain, dia jawab lain!
“Apa mkne gadis JACKS?!!” mesej aku lagi, kali ini berbaur serius. Siap dengan tulisan besar lagi.
“Er.. mrh ke? kan sy dah gtau tadi.” Aku tergelak bila membaca balasan darinya. Tahu takut!
“Mana da!” balasku pendek tapi masih berbaur marah.
“Oh, ye ke?Sory3..ertinya… jodoh aku cuma kau saja.” Aku menatap skrin handset seketika, tidak mengerti.
“x  fhm?”  Balasku balik. Reda sikit marahku bila dia bagi jawapannya. Nasib kaulah Dani nak bercinta dengan gadis macam aku yang cepat angin cepat sejuk.
“sbg simbolik cinta kita berdualah sayang oii… Ingt tu! simpan dalam hati (jacks)” balas Dani pulak. Aku membaca mesej itu dengan teliti sambil menyebut perkataan itu berulang-ulang kali. Dia memang psiko. Psiko cintakan aku! Sanggup mencipta simbolik cinta semata-mata ingin memiliki hatiku. Memang sah dia gila! Tapi aku suka.
Aku letak tangan pada dada. Cuba bertanya. Adakah aku jua menyintai lelaki yang bernama Dani Rizqi? Degupan jantung yang tidak sekata membuktikannya. Ya aku mengaku. Hatiku jua sayang dan cinta akan lelaki itu.
Aku ketuk dagu. Kalau dia boleh reka simbolik cinta untuk aku kenapa tak aku ciptakan satu untuk dia jugakan?  Bingo!Aku memetip jari-jemari sendiri setelah mendapat jawapannya.  
“Kalau jacks simbolik cinta awak utk sy, simbolik cinta sy utk awk pula Hacks! simpan di hati kemas-kemas tau =). Selesai menaip. Aku membaca bismillah sebelum hantar mesej itu paRayyana.
“Maksudnya?”balas Dani.
“Mksdnya, sy terima cinta awk dan hati aku cuma kau seorang.”balasku dengan sebuah senyuman dibibir.
Tidak lama kemudian Dani membalas balik dengan ucapan terima kasih kerana sudi terimanya sebagai buah hatiku. Aku berdoa agar aku tidak tersalah pilih pasangan. Dengan ini secara rasmi aku dan dia adalah pasangan kekasih dan secara automatiknya termaktublah simbolik cinta antara aku dan Dani iaitu Jacks dan Hacks dalam hati kami masing-masing. Sebagai ikrar perjanjian untuk hidup bersama-sama di dunia dan akhirat dengan izin yang Kuasa. Amin! Mintalah doa aku diperkenankan.

Pagi itu sebelum bertolak ke tempat kerja, aku secara tidak sengaja terdengar perbualan antara mak su dan pak su di ruang tamu. Mereka sedang berbicara pasal aku dan juga Dani.
“ Yang, abang tiba-tiba sedih bila Dani minta izin nak ambik Dina dari kita sebagai isterinya. Abang tak dapat nak terima kalau Dina akan pergi dari hidup kita. Sejak kecil lagi kita bela dia. Jaga dia. Sedar tak sedar dia sudah menjadi anak dara. Masa ibu dan ayah dia meninggal, mereka sempat titipkan amanah untuk abang supaya jaga anak mereka. Ketika itu abang tak teragak-agak nak terima amanah itu. Masa Dina lahir ke dunia lagi hati abang dah berdetik. Aku akan jaga bayi ini dengan sebaik mungkin. Tak sangka kata-kata abang itu menjadi kenyataan. Allah telah memilih kita untuk menjaganya. Patutlah kita tak dikurniakan anak perempuan sebab kita akan jaga bayi perempuan secantik namanya Irdina Awfa.” Pak su meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya kepada isteri tercinta. Mak su di sebelah hanya memegang lembut bahu pak su. Cuba menenangkan hati lara sang suami.
Pak su… janganlah cakap macam tu. Dina tak sanggup mendengarnya…Pak su cakap tadi Dani minta izin untuk menyunting aku? Jadi betullah apa yang dia cakap pada aku tempoh hari. Dia betul-betul datang. Ikhlasnya hati lelaki itu mahu jadikan aku sebagai suri di hatinya. Tapi pak su berat nak lepaskan aku pergi… kalau pak su macam tu aku lagilah berat nak tinggalkan mereka. Aku hidup bahagia sampai sekarang dengan jagaan penuh kasih sayang dari keluarga ini. Mana mungkin aku lupakan semua itu. Kalau pak su berat nak lepaskan aku. Aku rela tak ke mana-mana. Asalkan aku ada untuk mereka.
“Ya bang. Saya pun sama. Saya yang menyusukan dia lagilah terasa. Walaupun dia anak saudara abang. Darah yang mengalir dalam tubuhnya bukan saja darah keturunan abang tapi darah saya ada di dalam tubuhnya sekarang. Setahun saya menyusukan dia. Air susu yang cukup untuk Faiz saya bagi untuk Dina. Dia ibarat anak perempuan kita bang. Tapi kita kena reda kalau sudah sampai jodohnya. Ikutkan hati, kalau dia bukan anak susuan kita dah lama saya nak satukan dia dengan Faiz. Biar dia tak pergi jauh dari kita. Tinggal dengan kita. Tapi Allah tak nak jadikan dia sebagai menantu perempuan kita. Dia nak jadikan Dina itu tetap anak perempuan kita untuk selama-lamanya.”
Air mataku tiba-tiba menitis. Sungguh aku tak terduga begitu kasihnya pak su dan mak su kepadaku. Mereka sayangkan aku. Terlalu sayangkan aku seperti anak mereka. Aku tak pernah rasa terkilan kerana tidak dibesarkan oleh orang tua kandung sendiri dengan adanya kasih sayang pak su dan mak su tak pernah putus untuk aku. Aku tak tahan untuk terus bersembunyi di sini. Aku perlu dapatkan mereka. Mahu memeluk mereka seerat mungkin. Dengan hati membuak sedih aku terus muncul di hadapan mereka.
 “Pak su… mak su…” seruku dengan suara kedengaran serak sedikit seraya berlari mendapatkan mereka. Keduanya aku peluk erat sambil menangis dipangkuan mereka.
Mereka seakan terkejut. “Dina!” sahut mereka serentak.
“Kalau pak su dan mak su tak nak Dina kahwin, Dina tak akan kahwin. Lagipun kami baru kenal tak akan cepat sangat nak kahwin kan? Dina akan tinggal dekat sini selama-lama dengan pak su dan mak su,” ujarku dalam sendu. Dalam masa yang sama cuba menggembirakan hati si tua.
“Apa yang Dina cakap ni? Kami bukan tak nak Dina kahwin. Kami nak tengok Dina bahagia dengan seorang lelaki yang boleh menerima Dina seadanya. Itulah impian kami sebagai seorang tua kepada anak-anaknya. Mak su nak tengok Dina kahwin. Kalau boleh dalam tahun ni juga,” tutur mak su sambil mengusap lembut kepalaku. Sebuah senyuman ikhlas terpancar di wajah itu.
“Terlafaznya akad ijabkabul terlepaslah tanggungjawab kami kepada kamu. Pak su…berat hati nak lepaskan kamu pada mana-mana lelaki. Tapi… tengok kesungguhan Dani untuk dapatkan kesayangan kami ni...” Pak su turut mengusap kepalaku.  
“…pak su rasa dia boleh menyayangi kamu lebih daripada kami menyayangi kamu. Pak su sentiasa berdoa suatu hari nanti ada seseorang boleh jaga kamu seperti kami jaga kamu Dina malah lebih dari kami. Dani... Dia adalah imam kamu. Pak su yakin dia boleh didik kamu nanti,” sambung pak su lagi. Air mataku semakin lebat membasahi wajah. Aku tak sanggup untuk berpisah dengan mereka.
“Assalamualaikum, maaf kalau saya mencelah.”
Kami berpaling ke arah pintu utama yang ternganga luas, serentak. Dani! Dia ada di depan muka pintu. Sejak bila aku sendiri tak tahu. Dani melangkah masuk ke dalam lalu menghampiri kami.
“Bila kami kahwin nanti, saya janji. Saya akan selalu paksa Dina untuk ke sini,” tukasnya sambil tersenyum lebar. Pak su tersenyum nipis sambil mempelawa Dani untuk duduk di sebelahnya.
“Pak su harap kamu akan tunaikan apa yang kamu cakap tadi. Ni datang nak jemput Dina pergi kerja ke?”
“Insya Allah pak su. Ya saya datang nak minta izin dengan pak su dan mak su nak jemput Dina.” Jujur Dani bertutur.
Mak su senyum manis sambil kerling kepada pak su. Pak su membalas senyuman itu. “Kami izinkan saja tapi kalau tuan badan tak bersetuju kami tak boleh buat apa,”ujar mak su sambil meleret pada aku.
“Mak su!” rengekku sedikit.
“Jawab tu tanda dia setujulah,” celah pak su. “Tapi ingat kami bagi lesen ni, kamu berdua jangan salah guna pulak. Jaga diri, maruah dan agama tu. Berdua mesti ada yang ketiga nanti.” Pak su memberi nasihat. Kami mengangguk tanda setuju.
Sebaik aku bersalaman dengan pak su dan mak su, aku membontot Dani untuk masuk ke dalam keretanya. Selesa aku di kerusi hadapan Dani di sebelah tersengih panjang.
“Apa hal?” soalku. Seatbelt sarung ke tubuh.
“Abang gembira hari ni. Gembira sebab Dina sudi jadi buah hati abang,” balas Dani seraya menghidupkan enjin keretanya lalu menuju ke jalan raya.
“Ee… perasaan lelaki ni! siapa cakap kita dah jadian?” Aku cuba mengusik.
“Tak nak mengadu lagi ek? Tak pe… kita tunggu masa dan waktu untuk di satukan ya,” bidas Dani bersahaja. Aku mencemik kecil. Dalam hati aku berdoa agar diberi petunjuk.
Ya Allah jika benar lelaki ini jodoh yang telah tertulis untukku di luh mahfuz lagi satukan kami dalam redhaMu. Jika dia bukan jodohku damaikanlah hati kami setenang mungkin.




Simboli Cinta Kita Prolog dan Bab 1

assalamualaikum... lama daku menyepi..menyepi bukan apa..menyepi cari idea untuk siapakan mss yg tergendala..daku bukan seperti penulis yang lain..ligat menaip askara dikeyboard tanpa henti.tapi daku hanya seorang yang biasa2 saja..tak ingin popular dan dikenali sbagai novelis cukup dikenali sebagai seorang hamba yang hina :)..
 jalan cerita untuk novel ini diubah suai semula untuk melengkapkan jalan cerita yang sedia ada...semoga setelah dioleh dan diedit dapat memuaskan semua :)

Prolog  
“Tepi sikit boleh tak? Aku nak lalu!”
Kedebuk! Tak sempat nak buat apa-apa, badan aku dilanggar dari belakang. Kesemua buku  dari pegangan aku terjatuh ke bawah. Ya Allah apa punya oranglah! Tak menyempat langsung. Tahulah ruang kedai ni sempit lagi padat. Jangan nak dirempuh kalau dah tahu orang di hadapan nak lalui. Siap bawa timbunan buku sampai tak nampak jalan!
“Dah tahu diri tu nipis macam lidi, tak payahlah bawa buku banyak sampai menggunung! Orang berjalan pun susah.” Oh Allah! Bukan saja dia berkasar dengan aku malah nak mengejek lagi saiz badan aku dan siap blah lagi. Bukan nak tolong! Hello aku bukan suka-suki nak bawa, tapi ini kerja aku! Ini rasa nak meletup saja. Jantung dan hati dan tersentak habis.
Aku mengecilkan mata. Menatap belakang tubuh seorang lelaki yang baru berlalu pergi itu, “hey, berhenti!” Jerit aku kuat seraya menunding jari telunjuk lurus ke arahnya. Tak tahan lagi rasa marah yang sedang membuak kini. Nasib baik keadaan kedai ini tak de pelanggan kecuali si dia yang kasar itu.
Lelaki itu menoleh sekilas kemudian dia melangkah pergi lagi. Tak sempat aku nak menangkap gambaran raup wajahnya. Hati mengelegak menahan kemarahan. Aku tunduk membuka kasut sebelah. Bangkit semula dan bersiap sedia untuk berperang. Aku mengangkat naik tangan kanan ke atas dan mata mencari sasaran yang tepat. Sasaran dikenalpasti, aku dengan ringan melayangkan kasut dan melemparkan pada si dia. Yeay! Tepat dan mengena. Hebat juga aku ni. Boleh tukar kerja jadi sniper!
“Aduh!” Lelaki itu menggosok belakang kepalanya. Dia kalih pandang dengan mata yang tajam menikam menembusi sampai ke belakang. Aku tayang muka toya. Seram sejuk juga. Buatnya dia baling balik. Mati kena hempuklah aku!
 Tanpa berkata lelaki itu menunduk, mengambil kasut aku dan terus melangkah keluar dari kedai buku ini. Kepalaku senget sebelah. Ingatkan dia nak balas balik tapi sebaliknya. Alahai…
Sesaat kemudian, “Wey, kasut tu!” Jeritku. Tapi lelaki itu dah menjauh pergi. Hmmm… nampak gayanya berkaki ayam jugalah aku balik rumah nanti. Lelaki yang kasar dan berlagak itu pasti aku kenang perbuatannya sampai seumur hidup! Tak cam wajahnya tak mematahkan rasa geram aku pada perbuatan dia itu tadi. Siaplah kau!




Bab 1
 Buku-buku yang tersusun cantik di rak, aku pandang kosong. Hari-hari mengadap timbunan buku. Rasa dah naik berpinar biji mata aku. Mana taknya hampir 5 tahun aku kerja dekat buku ini. Sebuah kedai buku yang tidak besar dan tidak kecil. Terletak di Jalan TAR. Menjual semua jenis buku. Buku untuk budak-budak sekolah, majalah, novel termasuklah buku-buku agama. Di sinilah punca rezeki aku. Di sini jugalah aku banyak  mengenali pelbagai jenis ragam manusia. Walaupun gajinya tak lumayan tapi cukuplah untuk tampung diri sendiri.
Aku hanya sebatang kara di dunia ini. Hidup pun menumpang kasih sayang dengan keluarga pak su dan mak su. Berkongsi kasih dengan lima orang lagi anaknya yang semuanya lelaki. Aku sangat terhutang budi dengan mereka. Walaupun tak mewah, tapi kasih sayang terlebih mewah. Sehingga aku tak pernah merasakan diri ini tidak beribu dan berayah.
“Dina!Dina!” Aku tersedar dari lamunan sebaik Fara, rakan sekerja melaung memanggil nama aku. Aku kalih ke belakang.
“Apa?”
“Tadi kata nak balik kan? Dah lewat ni, pergila balik.”
Aku kerling jam tangan di pergelangan tangan kiri. Jarum sudah menunjukkan hampir pukul enam setengah petang. “Ya Allah!” Aku tepuk dahi sendiri.
“Apa hal pulak ni?” Fara terkejut dengan telatah aku. Aku tayang wajah suci.
“Betul cakap kau. Aku dah terlebih lewat. Balik dulunya. Kejar tren. Heee…”
“Tahu sangat dengan perangai kau tu. Dah pergilah lagipun shift kau dah habis dari pukul 5 lagikan?” Aku senyum manis dan bangkit lalu ke bilik belakang untuk mengemas apa yang patut. Seketika kemudian aku kembali ke hadapan.
“Aku balik dulu ya Fara, nanti bagitahu Kak Am sekali ya,” ujarku kepada Fara sebaik kelibat Kak Am isteri kepada bos aku Encik Khalid tiada di situ.
“Okey, hati-hati balik tu.” Sempat lagi Fara menjerit memberi pesanan.  Aku yang sudah melangkah keluar dari kedai hanya angkat tangan saja tanpa menoleh kepadanya.
Aku mengagau mencari kad touch and go di dalam beg sandar. Dari tadi lagi duk cari tapi tak jumpa-jumpa. “Ish, mana pula pergi kad ni? pagi tadi elok je ada dalam beg. Time kelam-kabut nilah dia nak buat hilangkan diri pula!” ngomelku sendiri. Mata masih menjenguk ke dalam beg dengan kaki melangkah. Tiba-tiba…
“Aduhh!” Aku terlanggar seseorang dari hadapan.
 “Maaf, saya tak sengaja!” Aku tunduk memohon maaf.
“Dina! Dina kan?” Aku terus mendonggak. Dahi sedikit berkerut. Seorang lelaki yang aku langgar tadi menegur. Seolah dia kenal dengan aku.
“Siapa ya?” soalku kembali. Wajah itu gagal untuk aku mengecam di dalam memori otak ketika ini.
“Amboi, mentang-mentang lama tak jumpa! Dah tak kenal dekat aku ya? Akulah Hafis... yang pernah ngorat kau dulu. Tapi tak sempat, kena penampar abang kau. Eh, abang Faiz dekat mana sekarang, dia sihat tak?”
Aku ketuk dagu seketika. Cuba mengecam figure lelaki itu. “Hafis… Hafis... Haa… ingat-ingat. Oit, tetiba tanya pasal abang Faiz ni mesti rapat gila dengan dia kan?” usikku sambil mengerling sekilas pada orang seorang lelaki di sebelah Hafis yang tidak berkelip memandang aku.
“Hahaha… me…mang rapat gilaaa. Penumbuk sulung yang dia kasi dekat aku masih terkesan lagi,tau!” Aku mencemik.
 Hafis memang begini. Tak sah kalau tak kenakan aku setiap kali bersua muka dengannya. Teringat zaman sekolah dia cuba mengorat aku, tak sempat nak mengayat dah kena penumbuk sulung abang Faiz, anak lelaki sulung pak su. Jadi hubungan kami kekal sebagai kawan baik saja.
“Hai, saya Dani. Kawan pada kawan awak ni,” suara lelaki di sebelah Hafis. Aku curi pandang sekilas. Segak dengan kemeja berwarna unggu terang. Kena dengan kulit tubuhnya yang cerah. Orangnya tak besar dan tak kurus. Rambut nampak berikal sedikit. Wajahnya asyik tersengih macam kucing miang  saja.
Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku. Aku hanya menunduk tanda hormat dan tangannya dibiarkan tanpa disambut. Dia seakan menyedari khilafnya terus memohon kemaafan.
“Er… maaf,” pintanya sambil menggaru belakang kepalanya. Aku senyum herot sekilas sebelum beralih pada Hafis.
“Kau sekarang kerja dekat mana?” soalku pada Hafis.
“ Kerja dekat sana tu, haa.” Hafis berpaling ke belakang sampai menunding jari pada sebuah bangunan empat tingkat, bersebelahan dengan bangunan  complex  Sogo yang tertera tulisan ‘Syarikat Rady Jaya Holdings’.
“Wah, hebat kau sekarang! Syarikat besar jugak tu. Siap jadi pengurus besar lagi, jelesnya aku…” Aku jungkit kening. Hafis sengih panjang sambil menggaru belakang tengkuknya.
“Saya pun kerja dekat sana juga. Tapi kuli aje…” celah kawan Hafis tanpa dipinta. Aku ukir senyum nipis. Tersangatlah nipis. Hmmm… menyibuk aje dia ni. Orang tak tanya pun! Mestilah dia kerja dekat situ. Kan dia kuli si Hafis.
“Eh, Hafis lain kalilah kita borak-borak lagi, aku kejar masa ni,” ujarku sambil kerling jam di tangan. Mamat di sebelah Hafis itu masih setia duk pandang aku. Aku buat tak reti. Bukan aku tak tahu maksud muka miang itu.
“Kalau ya pun baklah nombor telefon dulu,” pinta Hafis pula. Lelaki itu turut mengangguk sama. Aish, memang kaki penyibuk!
“Banyak songeh betulla kau ni. Meh sini telefon kau.” Hafis mencapai telefonnya di kocek seluar lalu menghulurkan kepada aku. Sebaik memasukkan nombor telefon sendiri ke dalam telefonnya, aku meminta izin untuk balik ke rumah memandang senja mahu melabuhkan tirainya.  Masa aku mengatur langkah meninggalkan mereka, kawan si Hafis beria melambai tangan say good bye padaku. Aku buat tak nampak.
Nasib aku baik. Sesampai saja di Stesen Masjid Jamek, Lrt baru saja tiba. Jadi aku tak perlu menunggu 15 minit lagi untuk tren seterusnya. Setiap petang waktu pejabat memang beginilah. Penuh sesak dengan orang yang baru balik dari kerja. Tiba di KL Sentral aku turun dan keluar dari stesten itu untuk mendapatlan bas rapid sebelum sampai ke rumah pak su. Masa naik bas, aku dapat rasakan ada seseorang sedang perhatikan aku. Bila aku berpaling. Tiada sesiapa yang mencurigakan. Tangan dah siap pegang telefon. Kot-kot terjadi sesuatu aku boleh tekan nombor abang Faiz terus. Abang Faizkan pegawai polis.
Tiba di simpang rumah pak su, aku tekan loceng menandakan aku mahu turun di situ.  Turun dari bas tiba-tiba ada seorang pemuda menyapa.
“Cik, boleh saya tanya?”
“Ya?” Aku mengerling sekilas pada lelaki di sebelah dengan wajah berkerut. Macam kenal aje mamat ni. Berbaju kemeja unggu terang. Siapa ek? Aku ni kalau bab mengecam orang memang  fail!
“Ni dekat mana ya?” soalnya sambil tertinjau-tinjau.
“Pantai Permai,” jawabku pendek.
“Alamak saya tersalah turunla ni?” Soal dia balik. Ada nada sedih kedengaran. Kesian pulak aku tengok.
“Awak nak ke mana sebenarnya ni?”soalku pula.
“Err… nak ke Mid, hah! ya nak ke Mid.”
“Oo… Mid. Dah betul. Sepatutnya tadi awak tak perlu turun, awak teruskan aje. Bas tadi akan berhenti dekat Stesen Universiti. Jangan risau awak tunggu bas datang, lepas tu awak turun dekat stesen u, dekat situ awak boleh pilih nak naik teksi atau bas untuk ke Mid,” jelasku berjeda. Harap-harap mamat itu faham.
Mamat itu mengangguk. Itu tandanya dia fahamlah apa yang aku bagitahu. Kalau sesat lagi pandai-pandailah dia tanya orang nanti. Aku teruskan perjalanan masuk ke lorong rumah.
“Assalamualaikum mak su!” laung aku. Kasut dibuka lalu meletakkan di atas rak.
“Walaikumussalam. Dah balik Dina?” soal mak su sebaik menyahut salam dari aku.
“Yup,” balasku pendek seraya melangkah masuk ke dalam sambil melepaskan lelah di sofa. Mak su menghilangkan diri ke dapur semula.
“Pak su ke mana mak su?!” Soalku sedikit kuat agar suara sampai ke telinga mak su.
“Ke mana lagi kalau petang-petang macam ni, ke kebunlah,” jawab mak su mendekati aku sambil menatang dulang.  Mak su melabuh duduk di sebelah aku sambil meletakkan dulang ke atas meja. Air kopi dituangkan kepadaku. Aku menyisip air kopi sedikit sebelum jejemput yang dihidang oleh mak su aku capai lalu disumbat masuk ke dalam mulut.
“Dina tak nak kahwin lagi ke? Umur dah 25 tahun.” Aku tersedak sebaik mak su mengutarakan soalan cepumas itu.
 “Err… laa, Dina dah 25 tahun ke mak su?” jawabku sambil tersengih kambing. Sengaja nak elak.
“Ish, budak ni! boleh pula dia buat lawak,” bebel mak su. Pipi aku ditarik sedikit. “Iyalah sayang, kamu dah 25 tahun! Dah boleh kahwin pun. Nak tunggu abang Faiz kamu lambat lagi. Kamu yang perempuan eloklah kalau kamu kahwin dulu.”
“Alah mak su… Dina bukan tak nak kahwin tapi calonnya tak de lagila nak kahwin. Kalau mak su ada calon… sekarang juga Dina nak langsung,” candaku seraya melentok manja di bahu mak su
“Betul ni Dina?”
Aku tegakkan badan. Badan dipalingkan mengadap mak su. “Betul apa mak su?” soalku kembali. Buat-buat tak faham maksud mak su itu.
“Kamu nak kahwin kalau mak su ada calon?”
“Mak su ada ke?” soalku lagi dengan dahi berkerut seribu.
“Ada. Anak Mak cik Timah dekat belakang rumah kita. Anak sulung dia yang baru balik dari Jepun. Nak ke? kalau nak mak su boleh pergi risik sekarang.”
“Abang Hakim ke? tak naklah! Lagipun buat malu aje orang perempuan yang risik pihak lelaki,” dalihku lembut. Aku bangkit dari duduk. Bersedia nak larikan diri.
“Laa… kenapa tak boleh pula? Sekarang ni orang tak kira dah kalau perigi mencari timbanya. Hakim tu budak baik, lembut, orangnya pun sedap mata memandang, Dina. Kalau mak su tak kahwin lagi, dah lama mak su pergi mengorat.” Mak su berseloroh pula. Aduhai mak su ni! Boleh tahan juga gediknya. Hee…
“ Apa kata, mak su aje yang ambik. Lagipun mak su cakap tadi dia lembutkan. Itu bukan lembut mak su. Tapi terlebih santun!” jawabku seraya mencicit lari masuk ke bilik dengan terkekek ketawa.
“Dina!

 “Tak guna si Fara! Nasib baik aku pakai seluar panjang hari ni. Kalau tak, jangan harap aku nak panjat tangga ni!” Pagi tadi sesampai aku di kedai, Fara mengeluarkan arahan untuk mendera aku. Dahlah tak bagitahu yang stok baru nak sampai. Banyak pula tu nak kena susun. Dia pula entah hilang ke mana. Memang nak kena si anak tu!
“Cik! cik!” Aku berdecit sedikit bila ada seseorang memanggil dari bawah.
“Apa?” soalku geram sambil menjenguk ke bawah. Dalam ramai pekerja dekat bawah, kenapalah aku yang duk panjat tangga ini yang dicarinya. Ish, angin betul aku!
“Nak tanya, novel dekat mana, ya?”   Novel yang ditanya. Aku ingatkan nak cari buku anak sekolah! Muka macho tapi sayang… mat jiwang rupanya ni.
“Tu…dekat rak sana!” laung aku dari atas sini.  Kerja aku dekat atas sini masih belum selesai lagi dek kerana lelaki itu pelanggan aku jadi aku perlu tunjukkan kepada dia. Masa aku mahu turun tangan luruskan ke kiri untuk  menunjukkan arah rak yang mengandungi novel kepada lelaki itu. Entah macam mana tiba-tiba tangan aku tersentuh buku yang masih belum disusun. Serentak itu semua buku tersebut terjatuh dan menghempas dia di bawah.
“Aduhh!”  Alamak! alamak mati aku! Aku terus turun dengan cemas.
“Maaf-maaf… maaf encik, saya tak sengaja.” Aku tunduk berkali-kali bila kaki mencecah lantai. Harap dia tak kenapa-kenapa.
“Tak pe,” jawabnya. 
Aku mengerling sekilas. Boleh dia senyum sedangkan tadi baru kena hempap dekat buku yang agak tebal juga? Dalam terpaksa aku menghulurkan sebuah senyuman nipis sebelum menunduk sedikit untuk mengutip buku-buku yang jatuh tadi untuk di bawa ke rak lain. Bila mana aku mahu melangkah, aku terlanggar tangga dan menyebabkan tangga itu terjatuh dan mahu menimpa lelaki itu.
“Bahaya!” jeritku kuat. Sepantas kilat lelaki itu menoleh dan menangkap tangga itu.
“Fuh! selamat.” Aku menghembus nafas lega. Kalau tak dah jadi arwahlah lelaki tu.
“Awak ni memang membawa virus malapetakalah! Ini dah dua kali awak membawa bala pada saya.Cukup kali ke tiga, kita memang berjodoh,” bebel lelaki itu dengan wajah serius.
“Gila!” bidasku geram. Kenal pun tak. Boleh pulak nak sebut pasal jodoh? Sewel!
“Awak cakap saya gila?” sergah mamat itu sambil bercekak pinggang. Tertelan terus air liur aku.
Lelaki itu berjalan ke rak yang tersusun novel. Dia main capai saja novel-novel yang berada di atas rak itu. Aku agak dalam sepuluh biji dia ambil. Tidak lama kemudian dia kembali mendekati aku.
“Nah, pergi bayar!” arah dia tiba-tiba. Dengan selamba badaknya dia menjatuhkan kesemua novel di tangannya kepada aku.
 “Beratnya,” ngomelku. Sepuluh buah kot! Mahu tak patah tulang tangan aku.
“Awakkan pekerja dekat sini. Jadi sebagai pelanggan, saya berhak nak suruh awak bawakkan untuk saya.” Tokok dia pula sambil menjungkit kening sebelah. Darah sudah berderau naik ke muka menahan marah.
“Awak ingat awak pelanggan… awak boleh buat apa saja ke? Kedai ni ada sediakan raga atau… awak tak nampak? Awak ingat saya ni pekerja yang baik ke? Sorryy… Nah, rasakan!” Dengan sengaja aku jatuhkan kesemua novel yang dia mahu beli di atas kakinya.
“Aduhh!!” jerit lelaki itu menyeringai kesakitan. Padan muka!
“Dina, kenapa tu?!” soal Kak Amnah ataupun Kak Am melaung dari kaunter hadapan. Mungkin terkejut dengar pelanggan dia menjerit kuat. Kalah pontinak!
“Tak de apa-apa Kak Am! Janganlah risau,”jawabku cuba berselindung. Aku menari-narikan kedua belah kening diiringin dengan senyuman sinis pada dia. Itulah siapa suruh cari pasal dengan aku? Lelaki itu masih lagi tersenyum. Pelik betul.
Dia mengalih novel-novel itu ke sebelahnya. “Dah cukup 3 kali! Jadi sekarang secara rasminya awak jadi makwe saya ya, sayang. Nah,ini kad saya. Nanti jangan lupa hubungi,”suara lelaki itu sambil membuat gaya orang sedang bercakap dengan telefon sebaik dia meletakkan kad namanya di atas himpunan novel tadi. Serentak itu dia pun beredar dari situ. Aku terpinga seketika.
“Hey, novel-novel ni!” jeritku sebaik dia sudah menghilangkan diri dari kedai ini.
 “Tak perlu nak terpekik-pekik. Dia dah bayar tadi. Novel tu semua dia hadiahkan untuk Dina,” bagitahu Kak Amnah yang semakin menghampiriku. Aku garu kepala yang bertudung. Bila masa pula dia pergi bayar? Pelik bin ajaib betul lelaki itu.
Aku tunduk mengambil kad namanya dan menatap seketika. Kemudian aku menyerahkan kad itu kepada Kak Amnah. “Kak Am ambillah. Kalau tak nak buang je,”ucapku bersahaja. Kaki mahu mengatur langkah untuk menyusun buku-buku yang belum siap disusun lagi tapi dihalang oleh kak Amnah
 “Kenapa nak buang pula? Sayang tahu Dina. Masuk saja dia terus bayar harga novel yang dia nak beli. Siap cakap simpan duit baki. Beruntung sungguh kalau Dina dapat dia , tau! Dapat baca novel free…tak akan tak nak berkenalan kot?” soal Kak Amnah dengan senyuman melirik padaku. Aku senyum herot.
“Kalau Kak Am nak ambillah, Dina tak mahu! Kalau Kak Am tak nak, Kak Am kasi aje dekat si Fara. Dia tu memang pantang tengok lelaki pelik macam mamat tadi.”
“Amboi, jual mahal tu!”bidas Kak Amnah sambil menggeleng. Sebuah cubitan lembut dia kasi pada lenganku sebelum dia beredar dari situ. Aku mengaduh manja.
“Kak Am ambil ni! buat spare, kot-kot abang Khalid kamu buat hal nanti. Bolehlah akak ngorat dia.  Jangan menyesal ya kalau mamat pelik tu terpikat dekat akak!” laung Kak Amnah sebaik dia tiba di kaunter depan sana.
 Aku mencebir. “Ambillah!” balasku kembali sambil tersenyum.
 Seperti biasa lepas waktu kerja aku akan menuju ke Stesen Lrt Masjid Jamek untuk pulang ke rumah selepas solat Asar di kedai. Masa aku mengatur langkah tiba-tiba…
“Aduhh!!” Aku lantas menoleh bila ada seseorang menjerit mengaduh kesakitan.
“ Encik dah kenapa?” soalku hairan.
“Awak pijak kaki saya! Eh, awak, sayang saya!” Pada mulanya kedengaran agak garang lepas tu cepat saja berubah intonasi.
Aku amati wajahnya. Eee... mamat ni lagi! Jap! kalau tak silap aku, kan? Dia ni juga yang tanya aku nak pergi ke Mid tempoh hari. Yelah memang sah dia! Dia memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke? Baiklah kita tengok siapa yang menang!
“Bila masa saya pijak kaki encik? Setahu saya tadi saya jalan elok je?” soalku sedikit kasar.
“Tadi… sakit tau! Nasib baik tak patah aje. Kalau tak awak kena hantar saya pergi hospital,” rengeknya manja. Aku mencemik, geram.
 “Awak tahu tak, sayang. Awak memang ditakdirkan untuk sayalah. Jumpa sekali dah rasa kuatnya jodoh kita. Buktinya ni dah 4 kali awak sakitkan saya. Biasanya orang cakap 3 kali dah berjodoh. Ini dah lebih 3 kali memang sah awak jodoh saya,” katanya ceria. Aih, tadi sakit. Tetiba guna ayat macam nak mengorat ni. Tak boleh pakai mamat sengal ni.
“Encik ni perasan lebih tau! Kenal tak sampai sehari boleh cakap yang saya ni jodoh awak? Betul ke tak encik ni?!” pekikku, geram.
Eh, bukan ke kita dah kenal? Sayalah Dani, kawan Hafis.” Jujur dia berterus terang. Aku juling ke atas. Hah? Kawan si Hafis ke dia ni? Oo… mamat yang duk tenung aku bagai nak tembus saja. Patutlah miang semacam!
“Kenapa ni Dina?”  Dalam kekecohan kami berdua, Hafis tiba-tiba datang. Aku tarik nafas lega.
“Ni! kawan kau memang perasan habis!”aduku dengan wajah marah.
“ En…  Eh, Dani apahal kau ni?”suara Hafis berbelit-belit.
“Apa kau sebut tadi?”soalku dengan wajah berkerut. Hafis ni cakap berbelit. Pening aku dibuatnya.
“Eh, tak de sebut apa-apalah,” pintas Hafis laju. Aku pandang Hafis tajam.  Dia mengangguk.
“Betul!” Tekad dia menjawab.
“Tak kesahla! Tapi aku nak kau ajar dia Pendidikan Moral sikit. Aku rasa time sekolah dulu dia selalu ponteng kelas ni,” bidasku lancang.
“Pendidikan Moral untuk orang bukan Islamlah sayang,” celah lelaki itu lembut. Ya Allah! Apa kena dengan mamat ni…tapi silap aku jugakan? Pelajar Islam mana masuk kelas Pendidikan Moral. Aigoo….
“Sudahlah!” marahku lantas meninggalkan mereka berdua. Hafis dengan kawannya memang sama-sama sengal dan sewel!
Sebaik menapak tiga langkah ke hadapan, aku kembali menoleh kebelakang. “Hafis! nasihat sikit dekat pekerja kesayangan kau tu! Jangan mudah mengaku cinta pada orang yang tak kenal. Nanti merana!” laungku.
“Saya takkan merana! Sekali saya dah jatuh cinta malah siap kata cinta dekat seseorang itu. Pasti saya akan setia pada orang yang saya  cinta itu!” balas mamat tadi dengan laungan juga.
“Uh!” dengusku lantas melajukan langkah kerana orang awam di sekeliling sudah berbisik sesama mereka.