Thursday, 5 September 2013

Cerpen { Disaat Kau Kata Cinta}


“Cik Suri tolong turun sekarang! Saya bimbang cik  akan jatuh nanti!” suara Redza tegas berbaur cemas bila melihat anak majikannya itu seronok menyanyi sambil meniti dibenteng tembok tebing jalan raya.

“Kalau cinta jangan kacau, kalau sayang tak perlu marah,  kalau ikhlas tak minta berbalas, serahkan cintamu pada yang punya cinta…”

 Mysuri tidak mengendahkan nasihat pengawal peribadinya.  Dia teruskan dengan aktivitinya menyanyi. Banyak lagu yang terkeluar dari mulutnya tidak terkira, apa yang terlintas di otaknya terus dikeluarkan.

Kekasih yang dulu hilang kini dia telah kembali pulang ,akanku bawa dia terbang damai bersama bintang,  kekasih yang dulu hilang kini dia telah kembali… betapa senang ku dendangkan dan takkan ku lepaskan… wajahmu mengingatkanku dengan kekasihku dulu,  wajahmu mengingatkanku dengan … 

Argh! Mysuri tiba-tiba tergelincir.

“…masa laluku,”  sempat lagi dia menghabiskan nyanyianya ketika dalam pelukan seorang pemuda.

“Sedap nyanyian awak,” puji lelaki yang menyelamatkanya sambil tersenyum manis.

 Mysuri lantas mendongak serentak itu dia menolak kasar lelaki tersebut.

“Hey lepaslah!” rungut Mysuri. Dia cepat-cepat membolos dari terus dipeluk.

Fayyadh mengangkat kedua tangannya dari terus memeluk Mysuri, dia menghulurkan senyuman manis pada gadis itu.

 “Cik tak de apa-apa ke,” tanya Redza sebaik mendapatkan Mysuri.

“Redza awak ke mana? Saya jatuh bukan nak tolong! Tapi dibiarkan mamat ni selamatkan saya,”marah Mysuri dengan pandangnya tidak lekang dari menatap wajah lelaki yang masih manis tersenyum padanya.

“Awak jangan ingat saya nak berterima kasih pada awak tau?! Lagipun bukan saya yang suruh awak selamatkan saya,” sindir Mysuri dengan riak muka menyampah.

 Fayyadh mengangguk tanda dia tak kisah, dia mengisyaratkan kepada kawannya untuk beredar dari situ.

“Redza, laki tu anak musuh papa kan?” soal Mysuri bila kelibat Fayyadh dan kawan sudah jauh ke depan.

“Ya cik Suri, anak ketua kampung sebelah,” jawab Redza.

“Oo, patutlah macam pernah tengok.  Hrmm.. musuh ayah bermakna musuh saya jugak kan?” soal Mysuri lagi dengan jari bermain-main di dagu bujur sirihnya itu.

Redza menggangguk. Mysuri tersenyum jahat.  Serentak itu, dia membongkak tubuhnya beberapa biji anak batu dikutip. Anak batu digenggamnya sekemas mungkin, dibibirnya tersenyum sinis.

“Hey, Fay!” Mysuri memanggil lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.

Fayyadh yang mendengar namanya diseru lantas menoleh ke belakang.

Dengan senyuman jahat, Mysuri melontar anak batu tepat ke arah Fayyadh. Fayyadh tak sempat mengelak dan anak batu itu terkena di dahinya. Setitis darah mengalir keluar.

“Wekss padan muka kau! Redza jom lari,” jerit Mysuri lalu memulakan melangkah seribu tanpa rasa bersalah sedikit pun.

“Tuan Fay! Tak de apa-apa ke? Tak guna punya perempuan” marah Emir. Dia mahu mengejar anak ketua kampung sebelah tapi dihalang oleh Fayyadh.

“Biarkan saja Mir.. saya okey,” larang Fayyadh lembut. Dia  mengesat darah yang mengalir keluar dengan sapu tangannya. Dia tersenyum sendiri bila teringat gelagat gadis lincah bernama Mysuri menjelir kepadanya.

Mysuri seorang anak gadis remaja yang aktif penuh dengan senyuman namun disebalik senyuman itu dia menyimpan  satu perasaan iaitu inginkan kebebasan dalam kehidupan. Dia cemburu dengan kehidupan teman-teman sekolahnya mereka bebas untuk bergerak ke sana sini tanpa pengawasan boleh lepak dengan sesama sendiri tanpa disekat. Sedang dia hanya bebas bila pergi ke sekolah saja bila waktu pulang dia perlu kembali ke sangkar semula. Zaman remaja dihabiskan di rumah yang ibarat sangkar berteman dengan orang gaji papanya sangat sibuk memanjang. Ibu? Hrm dia sudah bergelar yatim sejak dia lahir lagi.

“Aduss, lamanya si Redza ni! Rungut Mysuri bila kelibat Redza belum kelihatan.

“Teman aku sekejap,”

“Mana?”

“Alah jangan macam soal boleh tak? Ikut ajalah,”

“Haa… mesti nak pergi tengok orang buat demo silat kat sekolah sebelah kan?”

“Pandai, pun. Jom.”

Perbualan dari rakan sekolahnya mencuri perhatiannya. Mysuri turut membontot mereka dalam diam. Sebaik terpacak di sekumpulan orang ramai, hatinya sangat teruja bila melihat beberapa budak lelaki sedang mempersembahkan ilmu pertahankan diri. Dia sudah lama ingin belajar ilmu itu tapi dihalang oleh papanya kerana dia anak perempuan.

Ralit dia menonton, tiba-tiba pandangan jatuh pada seseorang. Hatinya berdengup mungkin dia sudah terpikat pada seseorang yang tampak hebat mempersembahkan ilmu persilatan itu. Matanya sedikitpun tidak berkelip, dalam tengah kekhusyukkan itu dia tersentap bila kaki lelaki itu hampir tepat mengena wajahnya. Lututnya lemah tidak mampu menampung tubuhnya dan akhirnya dia terduduk lemah. Semua penonton yang lain sudah bersorak-sorai dengan kehebatan pesilat itu.

“Suri! Awak ok ke?” soal Fayyadh sedikit cemas, bila Mysuri masih tergamam.

Mata Mysuri terkebil-kebil lalu mengangguk laju tanda dia tiada apa-apa
.
Belum sempat Fayyadh mahu mengangkat Mysuri, Redza sudah datang membantu.

“Cik suri! Awak okey tak ni?” Soal Redza cemas. Di tarik tangan Mysuri untuk menjauhi lelaki itu.

Mysuri mengangguk saja. Lidahnya kelu kerana masih lagi terkejut. Dia menoleh ke belakang semula. Tak sampai sesaat dia menoleh ke hadapan kerana hatinya tiba-tiba menjadi tidak tentu arah melihat Fayyadh masih memerhati kearahnya.

Redza perasaan akan kelakuan Mysuri. Dia menoleh memandang Fayyadh di belakang. Lelaki itu masih lagi memandang kearah mereka.

“Itu Fayyadh ke Redza?” Suara Mysuri tiba-tiba.

“Ya, cik Suri. Itu Fayyadh,” balas Redza dengan cuak.

“Kenapa aku boleh tak perasaan tadi?” ujar Mysuri perlahan tapi masih boleh didengar oleh Redza.

Redza lihat ada perubahan di wajah Mysuri.’Aku tak akan biarkan cinta mereka berputik! Tak akan!’ desisnya.


“Cik Suri tolong jangan lari!” Jerit seseorang lelaki.

“Cepat kejar cik Suri, jangan biarkan dia terlepas.” Tokok seorang lagi.

“Alamak mati aku, aku tak nak balik rumah lagi, aku belum puas menikmati kebebasan ini,” rungut Suri sambil tercungap-cungap cuba menyembunyikan dirinya dari ditangkap oleh orang-orang ayahnya.

“Redza, itu cik Suri!”

“Mana? Cepat kejar!” arah Redza.

Kelam kabut semua orang bila anak Tuan Muzir hilang dari kawalan mereka. Redza cuai dengan tugasnya. Dia ditipu hidup-hidup oleh Mysuri. Mysuri mahukan aiskrim dan meminta dia membeli. Kembali saja ke tempat Mysuri gadis itu telah hilang jejak. Tergesa-gesa dia meminta bantuan dari yang lain.

“Alamak, kena sembunyi lagi ni…” gumam Mysuri, sebaik dia mahu melarikan diri terlanggar seseorang, bila didongak terlihat Fayyadh. Mysuuri cemas dia takut Fayyadh akan memberitahu orang-orang ayahnya yang dia ada di sini.

“Cik Suri!”

 Mysuri semakin cemas dia tahu itu suara si Redza yang menjerit memanggilnya. Nasib baik kelibatnya masih belum di kesan.

Tanpa di minta Fayyadh dengan pantas memegang lengan Suri lalu membawa gadis itu lari dari situ.  Sampai di lorong kecil, kedua-duanya melepas lelah.

Mysuri yang menunduk termengah bangkit sedikit. “Terima kasih kerana selamatkan saya.”

Fayyadh tersenyum. “Kenapa awak lari?”

Mysuri kalih ke tempat lain sesaat kemudian wajah Fayyadh pandang dengan air muka suram. “Saya nak bebas. Bebas dari berkurung di rumah. Saya nak jadi macam remaja-remaja di luar sana bebas lakukan apa saja,” ujarnya sebak.

Fayyadh senyap untuk seketika. “Hrm kalau macam tu, jom saya bawak awak ke suatu tempat nak?” Fayyadh mempelawa gadis itu.

Mysuri teragak-agak mahu menerima pelawaan dari lelaki itu. Lelaki yang pernah disakiti dan diejek olehnya, gara-gara sang ayah bermusuhan antara satu sama lain.

“Macamana nak ikut saya atau tak?” Soal Fayyadh sekali bila bila gadis itu masih termenung.

Suri mengangguk perlahan.” Nak… tapi macamana, orang-orang ayah saya masih ada di sini.”

Fay tersenyum nipis. Dia menanggalkan jaket yang dipakainya lalu disarung ke tubuh gadis itu. Kemudian rambut Mysuri yang tersimpul mati dileraikan. Mysuri tergamam. Matanya membulat luas sama seperti mulutnya.

“Dah siap. Saya rasa mereka tak dapat mengecam awak, jom!” Fayyadh menarik lengan Mysuri mendekatinya untuk jalan seiringan.

Mysuri kaku. Jantungnya berdegup bagai nak rak. Sebelum ini dia tak pernah merasa perasaan kacau bilau ini. Dia mencuri pandangan ke arah Fayyadh yang sentiasa berwajah tenang.

Fayyadh perasaan akan kelakuan Mysuri itu. Dia menoleh sambil tersenyum ke arah gadis itu.

“Dup!”

 Jantung Mysuri tersentap tetiba. ‘Alamak kantoi aku. Dia cepat-cepat memandang ke arah lain. ‘Wahai hati janganlah kau tersyok dekat anak musuh ayah ni,’ doa Mysuri dalam hati. Tak sampai seminit dia monolog dia terpandang sekumpulan lelaki yang mengejarnya tadi.

“Alamak, itu mereka!” Suri menjadi kalut dan gelisah.

“Suri,  jangan bimbang. Lagak macam biasa je,” Fayyadh memenangkan Mysuri yang mahu lari dari situ.
Mysuri mula kecut perut bila Redza semakin hampir, dengan sengaja Fayyadh memaut bahu Mysuri hampir padanya lalu membalikkan gadis itu ke dalam pelukkannya.

 Sekali lagi Mysuri tergamam dan kaku. Setiap dengupan jantung Fayyadh  kedengaran teratur dicuping telingannya. Berlainan dengan dengupannya yang berdegup kencang bagaikan mahu pecah pembuluh darahnya.

“Okey, mereka dan pergi,”  bagitahu Fayyadh bila melihat sekumpulan lelaki-lelaki itu sudah menjauhi. Pelukan itu dileraikan.

Mysuri masih lagi tergamam. Fayyadh menggoncang bahu Mysuri bila gadis itu tidak memberi sebarang reaksi. Mysuri lantas tersedar lalu menatap wajah lelaki itu. Pandangan mereka bertaut. Membiarkan hati berbicara sendiri.


Balik saja ke rumah, teruk Mysuri dileteri oleh ayahnya. Leteran itu ibarat masuk angin keluar asap. Fikiran melayang entah ke mana. Kejadian hari ini membuatkan dia terasa bahagia. Tersangatlah bahagia kerana dia baru kecapi kebebasan. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata, gara-gara masih terbayang wajah tenang si Fayyadh. Dia membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan berkali-kali wajah Fayyadh  masih terpapar.

“Ah! Kenapa dengan aku ni? Tak akan dah gila bayang dengan Fay kot?!” Bentak Suri sendiri.

Dia meniarapkan tubuhnya  dengan dagu ditongkat dengan ke dua belah tangan. Kaki di angkat dibiarkan menghayung-hayung. Keluhan demi keluhan dihembusnya. Dia memang dah terkena. Terkena panahan cinta si Fay. Tidak lama kemudian dia bangkit menuju ke meja tulisnya. Kerusi ditarik lalu melabuh duduk di atasnya. Sekeping kertas A4 ditarik seraya mencapai sebatang pen. Dia mendapat satu idea. Idea ingin menulis kata-kata puitis buat lelaki itu.

Dia mengigit hujung pen seketika cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk digarap.

Ke hadapan abang Fay…
Seandai rasa rinduku ini dapat ditukarkan kepada angin,
Akanku tiupkan kepadamu untuk mengkhabarkan
Betapa jiwa ini sangat derita menanggung rindu seorang diri….
Duhai angin bayu sampaikan salam rinduku kepadanya di sana,
Biar aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan..
Andai cintaku ini bersambut datanglah kepadaku…
Dekatilah aku…hampirilah aku…

Suri membaca berkali-kali coretan luahan cintanya kepada Fayyadh. Dia tidak kisah kalau Fay mengatakan dia ibarat perigi mencari timba. Dia suka. Dia dah jatuh cinta. Maka dia akan usaha mendapatkannya!

“Ini kerja gila Suri,” bisik suara hatinya.


“Aku suka dia. ya aku dah jatuh cinta dekat dia. biarlah. Berani buat berani tanggung,” Mysuri berdebat dengan bisikannya sendiri dengan senyuman bangga.

Surat itu dilipat kemas. Masa dan tempat sudah tercatit di dalam surat itu. Dengan lafaz bismillah dia mengucup lembut sampul surat itu. Mudahan cintanya berbalas.



Pada suatu petang yang damai di kediaman ketua kampung, Bendang. Kelihatan Mysuri sedang bersenang lenang di bangku halaman rumahnya.

“Cik Suri ini majalah yang cik Suri minta,” sua Redza sambil menundukkan badannya sedikit.

Mysuri yang asyik mengelamun menoleh ke arah Redza yang menghulurkan senaskah majalah kepadanya. Di lihat lelaki itu sebentar, lama-lama di matanya tergambar wajah Fayyadh yang sedang senyum kepadanya. Dia lantas mengelengkan kepala.

“Kenapa cik Suri?” Soal Redza kehairanan.

Mysuri senyum sambil menggaru kepalanya. “Tak de apa-apalah.” Jawabnya.  Majalah sudah bertukar tangan, Mysuri membelek-belek majalah itu tiada  mood. “Hrm… Redza, saya rasa … saya dah jatuh cinta,” ujarnya perlahan.

“Hah? Apa yang cik cakap ni?” Redza terkedu.

“Saya rasa awak tak pekak kan, saya cakap saya dah jatuh C.I.N.T.A!” balas Suri bengang.

Redza sudah tersenyum sampai ke telinga. Dia sangkakan Mysuri sudah terpikat dengannya.

“Saya jatuh cinta dengan si Fayyadh.”

 Ucapan Mysuri telah menyentapkan hatinya yang baru hendak berbunga kembang. Air mukanya berubah seratus peratus. Dia amat kecewa dengan perkhabaran itu.

“Awak rasa dia suka kat saya tak?” Soal Suri dengan wajah ceria dan bersinar-sinar.

Redza senyap tidak membalas. Dia tenung wajah Mysuri dengan pandangan redup. Hatinya sedih.

“Redza!” Seru Suri sambil mengawang-gawang tangannya ke arah Redza.

“Ya..ya saya dengar.”

“Bagus. Hrm saya nak awak hantar ini pada dia.”

“Hah?” soal Redza terpinga-pinga.

“Bolehlah..bolehlah..” Suri membuat muka comel.

 Redza terkedu terus tanpa bicara.

“Uf, kenapa slow sangat awak ni. Saya nak awak hantar surat ini pada Fay, faham!” Intonasi suara Mysuri tidak seimbang sekejap perlahan sekejap keras. Dia bengang lantas menarik tapak tangan Redza lalu meletak sepucuk surat dengan kasar serentak itu juga dia bangkit lalu beredar dari situ.

Redza menuju ke kampung sebelah dengan menunggang motorsikal. Dia memarking di luar pintu pagar yang sedia ternganga luas.

“Assalamualaikum.” sapanya bila melihat kelibat dua orang lelaki sedang giat berlatih silat.

“Waalaikumussalam.” jawab Fayyadh dan Emir serentak.

“Fay ke belakang,” arah Emir tiba-tiba dia bersiap-siap membuka langkah bila melihat Redza memasuki perkarangan rumah itu.

“Err, sabar...sabar…” Redza mengangkat kedua belah tangannya cuba menenangkan Emir yang bersiap sedia menyerangnya bila-bila saja. “Maafkan saya, dengan kedatangan saya secara mendadak ini.  Saya ke sini ini menyerahkan sesuatu pada Fay.” Jelas Redza berhemat sambil menyuakan sepucuk surat.

Fayyadh  berjalan setapak ke depan lalu menyambut sepucuk surat dari tangan Redza. Dia memandang  Redza sekilas sebelum membuka sampul surat itu. Dia membaca surat itu .Setiap bait kata-kata tulisan tangan itu membuat dia mengukir senyuman lebar.

“Baiklah bagitahu dia, saya akan datang seperti yang dijanjikan,” ujar Fayyadh sebaik selesai membaca isi hati luahan Mysuri, permaisuri hatinya.

Redza yang tidak mengetahui apa isi yang terkandung di surat itu hanya mengangguk kemudian dia meminta diri untuk beredar dari situ.

“Fay, apa semua ni?” Emir menyoal kehairanan.

Fayyadh hanya tersenyum meleret pada Emir sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Hatinya berbunga siapa sangka. Cintanya akhirnya bersambut dalam diam.


“Fay! Panggil Mysuri bila melihat Fayyadh dan Emir setia menunggunya di sebuah bangunan lama. 

Dia yang ditemani Redza sangat gembira kerana berhasil keluar dari rumahnya untuk berjumpa Fayyadh.

Fayyadh dengan segera menghampiri Mysuri dengan senyuman dibibir.

“Saya rindu awak Suri. Dari dulu lagi saya meminati awak secara diam. Disebabkan permusuhan antara orang tua kita, saya hanya lihat awak dari jauh. Dan satu lagi angin kerinduan awak telah sampai kepada saya.. angin bayu awak telah membawa salam kerinduan awak juga pada saya,” luah Fayyadh berjeda tanpa membenarkan Mysuri mencelah

Mysuri tercegang tidak mampu membalas kata. Dia malu lantas menunduk.

“Mysuri…” seru Fayyadh perlahan tubuhnya ditunduk sedikit lututnya menongkat tubuh, lalu mencapai tangan Mysuri satu kucupan singgah di tangan Mysuri. Hati Mysuri sudah berdebar-debar. Lidah usahlah dikata terkelu habis.

“Sudikah Mysuri menjadi permaisuri hati Fay?” Ucap Fayyadh penuh romantik.

Sekali lagi Mysuri terkejut. Dia tidak menyangka begitu mudah Fayyadh meluahkan rasa cinta yang terbuku di hati. Air mata Mysuri mengalir laju kemudian dia mengangguk perlahan-lahan. “Saya sudi Fay.”

Redza tersenyum kelat hatinya bengkak bagaikan dirobek-robek.

“Suri!”

“Fay!”

Tiba-tiba serentak nama mereka berdua dia seru dengan kuat. Fayyadh  dan Mysuri lantas menoleh.

“Ayah!Papa!” Panggil mereka berdua serentak.

“Berani kau keluar dengan anak Fuad ya, Suri! Jergah Tuan Muzir. Dia melangkah laju ke arah anaknya. Tangan Mysuri direntak kasar untuk diheret balik ke rumah.

“Papa Suri cintakan Fay papa, tolonglah fahami hati Suri,”  rayu Suri cuba memujuk hati si ayah yang sentiasa berdendam dengan ayah Fayyadh.

Tuan Muzir berhenti secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang menatap wajah anak gadis suntinya yang satu-satu itu. “Redza bawak Suri balik sekarang!” Arahnya tegas.

Redza berlari mendapatkan Mysuri. Lengan gadis itu dipaut kemas.

“Fay tolong Suri, Fay…. Tolong Suri!” jerit Suri sambil meronta-ronta agar dirinya dilepaskan.

“Suri!” Jerit Fay. Dia mahu mendapatkan gadis itu.

“Fay! Selangkah kau pergi pada perempuan tu, kau bukan lagi anak ayah!” Tuan Fuad melarang dengan tegas dan keras.

“Ayah.. “ suara Fay semakin mengendur. Dari jauh dia hanya dapat melihat Mysuri diheret keluar dari bangunan lama itu.

“Kau memang anak tak berguna! Dah tahu aku dan ayahnya memang tak boleh nak berbaik, kau pergi bercinta dengan dia kenapa?” Jerkah Tuan Muzir sebaik menapak masuk ke dalam rumah kediamannya.

“Papa jahat! Yang bermusuh hanya papa dengan ayahnya bukan Suri dan Fay, kami saling mencinta papa…” Suri memberi kenyataan yang benar.

“Jahanam punya anak."  
"Pang!”

Mysuri jatuh tersungkur bila tamparan kuat singgah di pipinya.

“Tuan Muzir!” Redza sudah menjerit terkejut dengan tindakan serta merta dari majikannya itu.

“Suri mulai sekarang kau jangan lagi ke sekolah aku akan panggil cikgu-cikgu kau untuk datang ke rumah. Redza aku nak kau kawal segala gerak geri suri dan pastikan pintu biliknya sentiasa berkunci, faham!” Tuan Muzir memberi arahan sebelum dia mengangkat kaki dari situ.

Redza mengangguk lemah. Dia menghampiri Suri lalu memapah gadis itu ke bilik. Hatinya terluka bila melihat wajah yang sentiasa ceria dibasahi dengan air mata yang merembes keluar.

Di kediaman Tuan Fuad, Fayyadh melutut di kaki ayahnya. Meminta simpati agar cintanya jangan ditolak.

“Ayah, tolonglah.. ini saja yang Fay mahukan. Restulah perhubungan kami yah,” rayu Fayyadh.

Tuan Fuad masih senyap. Tangan disilang ke belakang. Dia tahu perasaan anaknya tatkala itu. dia juga pernah remaja. Bukan dia melarang anaknya bercinta tapi kenapa di pilih anak abang bekas segurunya yang tidak pernah nak berdamai sejak di kahwin dengan anak tok guru mereka.

“Ayah tak tahu Fay, bagi ayah.. ayah tak kesah kalau Fay nak kahwin dengan anak Tuan muzir. Tapi… Tuan Muzir kasi ke Fay dan Suri bersatu?” Duga Tuan Faud.

Fayyadh senyap tiada jawapan untuk persoalan itu.

“Ayah kenal sangat dengan Tuan Muzir, sekali dia berdendam sampai mati pun dia tidak akan maafkan orang itu,” Tuan Fuad mengeluh. Sejarah lama cuba dikenang kembali.

“Ayah dan dia dahulu sahabat baik. Ibarat belangkas ke mana dia ada si situ ayah ada. Tapi kerana cinta kami bergaduh. Tuan Guru kami melamar ayah menjadi menantunya, Tuan Muzir menyimpan dendam kerana dia turut menyimpan perasaan itu. Dia marahkan Tuan Guru kerana tidak adil. Sampai sekarang dendam itu masih terbuku di hatinya,”

Fayyadh setia mendengar. Baru sekarang dia tahu kenapa ayahnya dan Tuan Muzir bermusuhanan.


Sudah seminggu Mysuri dikurung. Dunianya sudah kegelapan walaupun dia belajar di rumah tapi sepatah haram pun tidak melekat di kepalanya. Makan dan minum tidak diendahkan, menunjuk mogok kepada sang bapa.

“Cik Suri, makanlah sedikit,” pujuk pengasuhnya.

Mysuri masih tidak memberi sebarang reaksi.  Redza yang dari tadi jadi pemerhati tidak sanggup melihat gadis yang dipujanya itu semakin susut. Dia mengambil dulang di tangan pengasuh Mysuri lalu menghampiri katil gadis itu.

“Cik Suri jamahlah sedikit, nanti cik sakit.”  Redza cuba memujuk pula. Dia tahu Suri menjadi  keras hati sejak ibunya meninggal dunia bertambah keras hatinya bila segala kemahuannya tidak dapat dipenuhi oleh si ayah. Anak emak katakan.

“Saya tak nak, biarkan saya mati dari terus terseksa. Biar saya dapat jumpa emak di alam sana!” bentak Suri lemah.

Redza menagis dalam hati, dia sedih melihat keadaan Mysuri itu. Tiba-tiba guruh dilangit kedengaran.

“Redza tolong benarkan saya keluar, untuk sekali ini saja.” Suara Suri tiba-tiba. Anak mata Redza direnung redup.

Redza membisu untuk seketika. “Maafkan saya cik, saya tak boleh,” jawabnya.

“Tolonglah Redza, awak kawan saya kan? Saya nak basah diri saya dengan air hujan, tolonglah” rayu Mysuri sambil memegang lengan Redza.

Redza serba salah dibuatnya. Di sebelah kanan arahan yang perlu di patuh di sebelah kiri rayuan seorang gadis yang dia cintai. Mana satu pilihannya? Demi cintanya terhadap Mysuri dia sanggup langgar janji. Akhirnya dia mengangguk lemah.

Redza memerhati sekeliling ruangan rumah itu. Bila di lihat kelibat Tuan Muzir tiada di rumah dia membuka luas pintu kamar suri.  Sebaik pintu kamarnya  terbuka Mysuri lantas berlari keluar dari rumah dan menuju ke halaman rumahnya. Dia berpusing-pusing sambil menari dengan wajah didongak ke langit.

“Cik Suri maafkan saya, saya terpaksa mengbongkarkan pertemuan sulit cik kepada Tuan Muzir dan Tuan Fuad, kerana saya tak sanggup untuk melihat cik dirampas lelaki lain.” Tutur Redza perlahan hanya dia sahaja yang mendengar.

“Hujan turunlah lagi simbahlah bumi agar dapatku menari-nari denganmu!” jerit Suri kegembiraan berbaur sedih.

“Cik Suri sudahlah tu!” Panggil Redza dari beranda bila hujan turun semakin lebat meyimbah bumi.

“Mengapa aku dilahirkan di dunia ni Redza? Aku ingin kebebasan sama seperti remaja yang lain. Kenapa aku tak dapat rasa semua itu? Aku perlukan cinta seorang lelaki yang aku sayang tapi kenapa ada yang menghalang?!” tutur Suri kuat-kuat sambil memusingkan badan 360 darjah.

Redza berlari mendapatkan Suri. Teringin sekali dia merangkul tubuh gadis itu tapi perhubungan mereka terbatas. Dalam hujan yang lebat dia turut sama menitis air mata, sedih melihat gadis yang dicintainya itu meraung-raung inginkan kebebasan.

“Fay! Di saat kau kata cinta padaku ada yang menghalang! Kenapa?” Jerit suri berkali-kali tapi suaranya ditenggelami dengan suara hujan.

‘ Cik Suri maafkan saya… saya akan bantu cik keluar dari sini, itu janji saya cik,” tekad Redza, dia tidak sanggup lagi melihat gadis itu menderita.


“Tolonglah Fay, selamatkan Suri. Dia perlukan kau dalam hidupnya.”

Fayyadh senyap. Emir hanya memerhati sahaja. Ingin dilarang agar Fay jangan teruskan perhubungan dengan Suri lagi takut pergaduhan besar bakal tercetus lagi. Hati Emir tidak senang dengan kedatangan Redza secara mendadak ini. ‘Pasti ada sesuatu yang berkaitan dengan anak dara Tuan Muzir,’ tebak hatinya.

“Apa yang harus saya buat Redza. Ayah Suri dan ayah saya memang tak pernah berdamai. Belum tentu perhubungan kami dapat direstui oleh mereka.”

“Kita bawa lari cik Suri. Saya yakin lepas ini pasti Tuan Muzir akan tercari-cari dan dia akan restunya. Sebab saya tahu Tuan Muzir sangat sayangkan cik Suri. Cik Suri satu-satunya anak dia yang ada.”

“Awak jangan nak cadang bukan-bukan Redza. Kalau hal ini dapat dikesan oleh Tuan Fuad dan Tuan Muzir bencana besar akan muncul nanti!” bantah Emir kasar.

“Baiklah saya setuju dengan cadangan awak itu Redza,” ujar  Fayyadh tiba-tiba.

Mata Emir bulat mebuntang. “Apa yang awak mengarut ini Fay?! Jangan buat kerja gila!” Marah Emir bahu Fayyadh ditarik untuk memalingkan lelaki itu memandangnya.

Fayyadh tersenyum. “Awak akan lakukan benda yang sama sekiranya awak mencintai seseorang Emir.” Ujar Fay lembut.

Emir tersentap. Tidak mampu membalas kata.


“Cik Suri!” panggil Redza sebaik tombol pintu dibuka.

Mysuri yang leka termenung lantas menoleh kearah suara itu.

“Jom kita lari,” ucap Redza seraya menghampiri gadis itu. Dia menarik tangan Mysuri tiba-tiba. Badan Mysuri terdorong sedikit.

“Kita  nak ke mana Redza?”

Redza berpaling ke belakang. “Kita lari. Lari dari rumah ini.”

Suri berhenti melangkah seraya menjerit tiba-tiba. “Apa awak mengarut ni?!”

“Cik sayangkan Fay kan?” Soal Redza.

Suri mengangguk.

“Cik cintakan diakan? “Soal Redza lagi

Suri mengangguk lagi.

“Cik Suri mahu kahwin dengan dia kan?” Redza bertanya lagi.

Kali ini Mysuri hanya menatap wajah Redza dengan redup tidak lagi mengangguk. “Kahwin? Boleh ke Redza? Ayah kasi ke nanti?”

“InsyaAllah dia akan restu, tapi cik Suri kena janji.”

“Janji apa?” cantas Mysuri laju.

“Kita kena lari sebelum Tuan Muzir balik dari istana. Fay sudah menunggu di luar sana,”

“Apa? Fay ada kat sini?” Soal Mysuri agak terperanjat.

Redza mengangguk. Jom kita pergi sebelum tuan muzir balik ujar Redza lalu mengatur untuk keluar dari situ.

“Hey, tunggu!”

Panggil seseorang dari belakang. Redza kecut perut. Mysuri berdebar-debar. Redza lantas berpaling sambil menghulurkan senyuman manis kepada orang kanan Tuan Muzir.

“Pak Cik Seman…” sapanya lembut.

“Kamu nak bawak Suri ke mana?” soal Pak cik Seman cuak, wajah dua orang di hadapan di pandang dari atas sampai bawah.

“Err.. Tuan Muzir benarkan saya bawa cik suri keluar bersiar-siar hari ini,” bohong Redza dalam nada gugup.

“Aik, Tuan Muzir tak de bagitahu aku pulak hal ini?” Soal pak cik Seman curiga.

“Saya baru telefon dia pagi tadi. Saya kesian tengok cik Suri asyik berkurung, jadi saya meminta izin dengan untuk membawa cik Suri keluar,” tukas Redza.

“Oooo, baik pergilah. Tapi ingat jangan buat kerja bodoh dengan kau sekali kena!” Pak cik Seman memberi amaraan tegas.

Redza mengangguk teragak-agak.

Mereka keluar dengan keadaan tergesa-gesa dari rumah itu, tiba di suatu lorong. Fayyadh ditemani oleh Emir sudah melambai kearah mereka berdua.

Melihat kelibat Fayyadh  di hadapan Mysuri mendahului langkah Redza. Dia berlari untuk mendapatkan Fayyadh di hadapan.

“Fay… saya rindukan awak..” ucap  Mysuri sebaik sebaik berhadapan dengan Fayyadh.

“Saya pun sama..” Ujar Fayyadh pula.

Pandangan mereka bertaut. Masing-masing menanggung perasaan rindu membuak-buak. Redza yang hanya jadi pemerhati kalih ke arah lain tidak sanggup untuk melihat adegan itu.

“Kita lari dari sini?” Pinta Fayyadh.

“Ke mana Fay? Lagipun  kita masih muda untuk nikah.”

Fayyadh senyap untuk seketika. Betul juga kata Mysuri itu. Mereka masih terlalu muda untuk bernikah. Dia baru berumur 19 tahun dan Mysuri pula baru berusia 17 tahun mustahil untuk mereka nikah dalam seusia itu.

“Fay…” seru Mysuri perlahan.

“Cik Suri, Fay saya rasa baik korang lari secepat mungkin sebelum Tuan Muzir dapat kesan, celah Redza.

“Hrm betul tu Fay. Apa kata kita ke rumah mak cik saya di Gua Musang buat sementara waktu,” cadang Emir. Memandangkan masa semakin suntuk.

“Baiklah, jom kita ke stesen bus.” Arah Fayyadh. Tangan Mysuri dipegang erat.

Mereka berempat mahu menuju ke Stesen Bas Kota Bharu. Sebaik mereka mahu melangkah masuk ke dalam kereta, kereta yang dinaiki oleh Tuan Muzir melewati kawasan itu.

“Bukan ke itu Suri dan Redza, Min?” tanya Tuan Muzir kepada pengawal keselamatannya.

“Aah tuan,”

“Berhenti sekarang,” arah Tuan Muzir. Dia terus menapak keluar sebaik kereta berhenti.

“Suri!” Laung Tuan Muzir nyaring. Membuatkan langkah mereka berempat berhenti serentak.

“Ayah?” seru Mysuri terkejut.

“Tuan Muzir? Redza juga sama.

Mereka sangat terkejut.

“Kau orang nak ke mana?” Soal Tuan  Uzir dengan mata membulat merah.

Fayyadh  menapak sedepa di hadapan Mysuri.

“Kau?” Tuan Muzir semakin marah bila melihat anak musuhnya turut ada di situ.

“Min!” panggil Tuan Muzir.

“Ya tuan.” Terkonco-konco Al-Amin mendapatkan majikannya.

“Panggil yang lain untuk tangkap anak fuad!” Arah Tuan Muzir seraya mendekati mereka berempat.

Redza mendahului yang lain. Dia menapak mendekati majikannya. “Tuan..”

“Dush!”

Belum sempat dia bersuara sebiji tumbukan melayang tepat ke mukanya dari Tuan Muzir

“Jahanam kau Redza, dari kecil aku bela kau, bila besar kau belot pada aku ya?!” amuk Tuan Haris, yang lain hanya jadi pemerhati. Mysuri ingin menyelamatkan Redza tapi di halang oleh Fayyadh.

Redza memegang hujung bibirnya yang berdarah itu sebelum memaling wajahnya untuk menatap wajah Tuan Muzir yang bengis seperti singa itu. “Tuan… demi kebahagiaan cik Suri saya rela lakukan apa saja untuknya.

“Kau.. sia-sia aku bela kau. Mulai ini sekarang nyah kau dari rumah aku?!” Tuan muzir menyinga. Dia menolak tubuh Redza sampai tersungkur kemudian dia menghampiri Mysuri anaknya yang dihalang oleh Fayyadh.

“Oo, nak tunjuk herolah ni. Pergi berambuslah!” Marah Tuan Muzir serentak menghadiahkan tumbukan kuat di perut Fayyadh sampai terkeluar air dari mulut remaja itu.

“Fay!” Jerit Mysuri. Dia mahu tunduk untuk mendapatkan buah hatinya tapi lengannya sempat dicengkam oleh Tuan Muzir.

“Kau memang anak tak boleh nak di harap! Aku suruh jangan dekat dengan anak musuh aku, kau tak dengar?! “Jergah Tuan Muzir kuat.

“Papa…” suara Mysuri dalam sendu.

“Dah balik! Min kau bawa suruh masuk rumah. Aku nak ajar budak ini cukup-cukup.”

Emir panik. Hendak menyelamatkan Fayyadh dia tidak mampu kerana orang-orang Tuan Muzir terlalu ramai. Dalam pasrah dia melarikan diri untuk memberitahu Tuan Fuad.


“Fay dibelasah teruk, tuan! Jerit Emir kuat sambil termengah-mengah.

Tuan Fuad terkejut besar. “Apa kau cakap? Anak aku dibelasah? Macamana dia boleh ke situ?”

“Tuan kita kena cepat sebelum terlambat. Hal lain kita selesaikan kemudian,” Emir berbicara dengan penuh lembut. Dia bimbang jika terlambat nyawa Fayyadh akan melayang nanti.

Tuan Fuad mengikut kata Emir, dia mengarah semua orangnya bergerak ke rumah Tuan Fuad.


“Muzir!!”

 Laung Tuan Fuad sebaik tiba di tempat kejadian. Matanya merah menyaga bila melihat anaknya sudah lemah dan tidak mampu berdiri lagi.

Tuan Muzir yang asyik menendang Fayyadh berhenti lalu dikalih memandang Tuan Fuad.

“Kau? berani kau datang rumah aku, ya?” Soal Tuan Muzir sinis.

“Lawan kau adalah aku bukannya budak hingusan itu Muzir,” temepelak Tuan Fuadn dengan panas hati bila melihat Fayyadh longlai di tanah.

“Kau ingat aku nak lepaskan dia senang-senang ke Fuad? Jangan harap!” Tuan muzir mecengkam kolar baju t-shirt Fayyadh untuk mendirikan lelaki itu.

Dalam kekecohan Tuan Fuad memberi isyarat kepada anak buahnya supaya anak Tuan Muzir ditangkap. Tuan Muzir tidak menyedari akan hal itu kerana terlalu ghairah mahu memukul Fayyadh.

“Muzir kita berdamai..perkara yang lepas biarkan berlalu.” Tuan Fuad  ingin berdamai di sayangkan abang segurunya.

“Haha.. kau ingat senang aku nak lupa?”

“Itu hal lama muzir, tuan guru adil dia jadikan kau ketua kampung, dia juga bagi aku jawatan ketua kampung. Apa lagi yang kau tak puas hati?”

“Boleh kau tanya?” Soal Tuan Muzir sinis.

Tuan Fuad mengeluh berat. Tak guna pujuk orang yang hatinya keras macam konkrit. Bila melihat Mysuri sudah berada dalam gengaman orangnya dia menjerit sedikit. “Muzir lepaskan anak lelaki aku kalau tak anak gadis kau mati di tangan aku!”

“Suri!” jerit Tuan Muzir.

“Papa tolong Suri papa…” Mysuri merintih.

Tuan Muzir senyap. Wajah Mysuri ditatap sekilas kemudian memberi isyarat supaya Fayyadh di bebaskan. “Sekarang lepaskan anak aku,” pinta Tuan Muzir.

Seperti yng dijanjikan Tuan Fuad membebaskan Mysuri. Tak sampai seminit Fayyadh berada di samping ayahnya. Tuan Muzir merampas pistol ditangan orangnya lalu mengacu pistol tepat ke jantung Fayyadh.

“Bam!”

Satu das di lepaskan oleh Tuan Muzir. Semuanya tergamam.

Hahaha! Fuad kau ingat aku sesenang nak biarkan anak lelaki kau hidup?Aku tahu selagi anak kau hidup anak aku terus tergila-gila kan dia,” gelak Tuan Muzir senang hati.

“Abang Fay!” Jerit Mysuri tangannya kemas digenggaman orang-orang Tuan Muzir . Dia meraung untuk dibebaskan. Dia mahu pergi kepada Fayyadh yang sudah jatuh menimpa bumi. “Sampai hati papa….” Akhirnya dia terduduk lemah.

“Tak guna kau Muzir, kau bunuh anak aku!” marah Tuan Fuad. Pistol di pinggang diambil lalu menghala kearah Tuan Muzir yang leka ketawa.

Mysuri dapat menangkap tindakan Tuan Faud yang sudah  memacu pistol kearah ayahnya, dengan pantas dia berlari untuk menbentang dirinya menyelamatkan ayahnya dari di tembak.

“Papaa!!” jerit Mysuri

“Bam!”

Tuan Fuad melepaskan tembakan.

Suri!” jerit Tuan Muzir lalu berlari mendapatkan anaknya. Tubuh Mysuri di ratapi. “Suri… bangun Suri…”

Tuan Fuad turut terkedu. Dia tidak puas hati Tuan Muzir masih lagi selamat. Dia mengacu pistol kea rah Tuan Muzir semula tapi tiba-tiba siren polis kedengaran.

 Pihak polis tiba tepat pada masanya, semua yang berada di situ ditahan untuk siasatan.

Mysuri sudah terkulai lemah dalam pelukkan Tuan Muzir, matanya memandang Fayyadh yang nyawa-nyawa ikan. Mysuri menghulurkan tanganya untuk mencapai tangan kekasihnya itu tetapi jarak antara mereka jauh, keadaan mereka pula lemah. Hanya mata saja yang bertaut, sebuah senyuman kali terakhir terukir dibibir mereka sebelum nafas mereka tercabut. Maka persaksikan kedua cinta mereka bersatu dengan sebuah kematian.

Tuan Muzir dan Tuan Fuad meraung kuat dipeluknya mayat anak masing-masing sebelum mereka berdua ditahan pihak polis untuk keterangan selanjutnya.



p/s---> DN says..cinta itu tidak semestinya bersatu dalam ikatan perkahwinan :)...dendam juga tidak menguntungkan..tak mau dendam..dendam..terus tersenyum walaupun tidak bersatu :)

Tuesday, 3 September 2013

Aku Ingin Bahagia 12

Bab 12

“Afina!”
Jerit Puan Halisa dari bawah bagai halilintar bergema seluruh banglo mewah itu.
 Afina yang sedang menyiapkan kerja sekolah terkejut teramat. Rasa mahu luruh segala organ dalamannya ketika itu. Dia mengeluh kecil. “Apa lagi Mak cik Lisa nak? Aku dah penat melayan kerenah dia dan Kak Lia tu,” keluh Afina seraya menutup buku latihan matematiknya lalu keluar dari bilik untuk mendapatkan Puan Halisa.
“Ya, mak cik ada apa?” Soal Afina sebaik dia berdiri betul di hadapan Puan Halisa yang sedang membelek-belek melihat kuku yang baru diwarnainya dekat laman luar rumah. Alia yang duduk di sebelah menjeling tajam.
“Nah, tolong warna kuku kaki aku ni!” sua Puan Halisa. Kakinya dilunjurkan ke depan sedikit memberi ruang untuk Afina duduk di sebelahnya.
Tanpa rela Afina duduk bersimpul lalu mencapai pewarna kuku untuk mencalit pewarna yang berwarna pink ke atas kuku kaki Puan Halisa. Dengan hati-hati dia mencalit, takut tercomot nanti. Sedang leka Afina mewarna kuku kaki Puan Halisa. Alia mencuit sedikit lengan ibunya. Puan Halisa lantas kalih kemudian dia menjongket keningnya sedikit. Alia menjuih hujung bibirnya kea rah Afina. Puan Halisa mengangguk tanda faham. Mereka tersengih jahat.
Puan Halisa mengesotkan sedikit kakinya. Habis tercomot kakinya dengan warna yang Afina sedang mencalit itu. Dia memang sengaja. “Oii! Kau tak reti buat kerja ke?” Sergah Puan Halisa. Kakinya menendang bahu Afina dan kepala Afina ditunjalnya dengan kasar.
Afina jatuh tersungkur. Dia bangkit sambil memegang kepalanya itu. Rasa berdenyut tiba-tiba.
“Oh my, habis kuku kaki aku yang cantik ni, dahlah malam nanti aku ada majlis. Tak guna-tak guna,” sergah Puan Halisa dan menunjal berkali-kali kepala Afina.
“Maafkan Fina mak cik, Fina…” belum sempat Afina meneruskan kata-katanya Puan Halisa mencantas dengan kasar.
“Mak cik?” marah Puan Halisa lagi dagu Afina diragut dan dicengkam kasar. “Kau dengar sini. Mulut kau yang kotor tu tak layak nak panggil aku mak cik, faham!”
Afina mengangguk lemah.  Tak betah dia terus bertahan untuk duduk di situ.  Dia bangkit dan berlalu dari situ. Tuan Haris  ke luar Negara atas urusan perniagaan jadi Puan Halisa dan Alia bermaharajalela di rumah itu. Afina menjadi mangsa penderaan mereka berdua.  Cubitan demi cubitan pasti singgah di badan Afina. Mereka tidak boleh melihat Afina bersenang sedikit, api amarah mereka terus membara dengan tiba-tiba.

Petang itu habis mejanya bersepah, buku cerita berkisar Wanita Penghuni Syurga yang dihadiahkan oleh Haydar kepadanya tiada di situ. “Ish mana pergi buku ni? Aku tak nyanyok lagi kot, aku memang letak atas meja ni. Ya Allah panasnya hati. Sabar.. sabar Fina, tak baik marah-marah nanti syaitan menguasai.” Afina cuba menenangkan dirinya sendiri.
Dia memicit dahinya sedikit cuba mengingati di mana dia letak buku itu selepas dia baca semalam. “Aku memang letak atas meja tu. Jap. Tadi Kak Lia masuk bilik ni, haa mungkin dia yang ambil.” Afina meneka sendiri.
Sesaat kemudian dia keluar untuk ke bilik Alia. Dia mengetuk beberapa kali bilik Alia. Alia yang bermalas-malasan di katil terus melaung kuat. “Masuk! Tak kunci pun.”
Afina memulas tombol pintu itu dengan sekelumit rasa resah. “Kak Lia..” serunya perlahan.
“Uf, kau! apa hal masuk bilik aku ni?” rengus Alia tanpa mempedulikan Afina di depan pintu kamarnya.
Afina menapak masuk menghampiri katil bujang Alia. “Er.. Kak Lia ada nampak buku saya tak?”
Alia yang sedang baring itu terus bangkit dan duduk bersila. “Apa? Hello! kau nak tuduh aku curi buku kau ke? Tolong sikit aku bukan papa sangat nak curi-curi buku orang ni,” bidas Alia kasar.
Afina mengigit bawah bibirnya. Matanya melilau sekeliling mencari bukunya. Dia yakin Alia mengambil buku itu. Masa matanya jatuh di katil Alia dia nampak seakan bukunya di celah bantal tidur Alia.
Alia perasaan akan berubahan di wajah Afina terus dia memasukkan sedikit buku itu ke dalam. “Hah, buat apa kat sini lagi? Blah lah!” Alia menghalau Afina dari situ. Dia tidak mahu terkantoi dengan Afina.
“Itu buku Fina!” Afina menunding jarinya ke arah bantal tidur Alia. “Fina tahu itu buku Fina, Kak Lia,” suaranya lagi.
“Kau jangan nak menuduh aku ya, Fina! Keluar!” Alia bangkit lalu turun dari katilnya dia menolak tubuh Afina untuk ke luar dari biliknya.
Afina menstastikkan badannya. Dia keras di situ, dia mahu buku itu. Itu bukunya. Miliknya. Dia berlari ke katil Alia lalu mengangkat bantal, ternyata memang bukunya di bawah bantal itu. “Haa memang betul ini buku Fina. Kenapa Kak Lia tipu Fina?” soal Afina, buku itu dicapainya.
Alia menahan geram. Nafasnya tidak teratur marahkan Afina. Sepantas kilat dia menyambar buku yang kini berapa dalam pegangan Afina. “Bak sini buku tu!”
“Tak nak! Ini hak Fina!” bantah Afina.
Alia berhenti berebut. “Haydar Firdaus! Siapa dia? Kekasih kau ke?” tebak Alia dengan wajah sinis.
“Siapa dia tiada mengena dengan Kak Lia!” balas Afina kasar.
“Jahanam punya budak!” Alia dengan kasar menolak tubuh Afina. Afina tidak dapat mengimbang tubuhnya terus tersungkur. Dahinya terkena bucu katil dan darah merah mengalir sedikit.
Hati Alia masih bengkak. Matanya mencari sesuatu. Dia belum puas mengerjakan Afina itu. Sebilah gunting di capai di laci mejanya. Dia menarik rambut panjang milik Afina lalu menggunting sesuka hati.
“Kak Lia.. jangan Kak Lia... sakit!”Afina melaung kuat.
Alia ketawa bagai nak gila. “Ambil kau.” Dia rakus menggunting rambut Afina.
Mak cik Imah terdengar pekikan dari Afina terus berlari naik ke atas untuk mendapatkan gadis itu. “Cik Lia!” jerit Mak cik Imah terus menerpa ke arah mereka berdua.
“Cik Lia sudahlah, kesiankan Fina,” rayu Mak cik Imah.
“Mak cik jangan masuk campur. Kalau tak dengan mak cik sekali saya gunting!” tegas Alia memberi amaran.
“Kalau cik tak hentikan semua ni, mak cik akan telefon Tuan Haris  dan bagitahu semuanya pada datuk cik,” ugut Mak cik Imah dengan harapan Alia makan pujuk.
Serta merta pergerakkan Alia kaku bila Tuan Haris  disebut. Dia lupa Afina merupakan perempuan datuknya yang gatal itu. Bila melihat Alia senyap. Mak cik Imah meluru mendapatkan Afina yang teresak menangis. Habis rambut gadis itu bertebaran di lantai. Dia membangunkan Afina lalu membawa gadis itu keluar. Afina bangkit tapi sempat mencapai buku yang dicarinya.
“Argh!!” Alia tiba-tiba menjerit seperti orang tidak waras. Gunting di tangan dicampak ke bawah. “Mak cik bersihkan bilik ni!” Arahnya kasar bila Mak cik Imah dan Afina keluar dari biliknya.
“Mak cik.. kenapa mereka semua suka sakitkan Fina, mak cik? Afina merengek dalam tangisan. Air matanya dikesat berkali-kali.
Mak cik Imah memeluk tubuh Afina. Bahu gadis itu ditepuk lembut. “Mereka tak puas hati sebab Tuan Haris  sayangkan Fina, jadi  mereka sengaja cari pasal dengan Fina, sabar ya nak.”
Afina tarik rambutnya ke depan sedikit. Rambut yang panjang mengurai kini menjadi panjang pendek. Tidak sekata. Hatinya semakin sedih bila melihat rambutnya begitu. Darah di dahi dibiarkan mengalir turun. Rambut adalah mahkota wanita. Rambut juga membezakan seseorang itu sama ada lelaki ataupun perempuan. Sampai hati Kak Lia menghukumnya begini.
“Mak cik... boleh betulkan rambut Fina tak? Afina malu nak pergi sekolah dengan rambut macam ni,” pinta Afina dalam sendu.
Mak cik Imah mengangguk. Dia bangkit untuk mencari gunting dan juga sikat rambut. Plaster juga tidak terkecuali. Dia mengesat dahi Afina yang berdarah itu dengan tisu lalu melekatkan plaster di situ sebelum dia menyuruh Afina membelakanginya. Rambut gadis itu di sikat perlahan-lahan untuk memperelokkan apa yang tak elok. Agak teruk juga rambut Afina dikerjakan oleh Alia. Mak cik Imah terpaksa memotong rambut Afina sampai ke para bahu agar kelihatan elok sedikit. Sayang rambut panjang yang hitam berkilat itu terpaksa dipotong.
Afina memerhati rambutnya di lantai. Di mengambil segumpal lalu dibawa ke dakapannya. “Selamat tinggal rambutku.. mak, Fina tak boleh nak jaga seperti yang mak pinta,” rengek Afina seperti budak kecil. Walaupun dia tahu rambut akan kembali tumbuh tapi tiada lagi kesan sentuhan ibunya yang sentiasa membelai rambutnya ketika dia mahu ke sekolah. “Mak..Fina rindu mak.”
Mak cik Imah hanya mampu mendengar.

Waktu rehat, Haydar mengajak Afina makan di bawah pokok jauh dari manusia yang membenci mereka. Dia lebih selesa berada di bawah pohonan dari bercampur dengan yang lain asyik bergosip tentang dia dan juga Afina.
“Gaya rambut baru eh,” soal Haydar. Air kotak milo dihulurkan kepada Afina.
Afina senyum pendek lalu menyambut air kotak itu. “Terima kasih Fir.”
“Sama-sama,” balas Haydar seraya melabuh duduk di sebelah Afina. Dia meminta Afina memanggil nama panggilan manjanya iaitu Fir. Hanya orang tertentu saja yang boleh memanggilnya begitu. Afina salah seorang orang yang istimewa baginya.
“Fir, kenapa Fina kena tempuh semua ini Fir? Jahat sangatkah Fina sampaikan Allah pun bencikan Fina. Fina dah tak sanggup untuk hidup menderita lagi! Fina benci semua ini!” suara Afina agak kuat sedikit. Matanya menatap wajah  Haydar.
Haydar tersentak. Tiba-tiba Afina melenting. Baru dia sedar gadis itu sedang menanggung derita. Plaster di dahi bukti Afina didera lagi. Tapi dia tidak mahu menyentuh soal itu sebab Afina tidak suka membangkitkan persoalan itu.
“Fina sabar, Fir tahu Fina menderita. Fir juga turut menderita bila tengok Fina macam ni.” Haydar cuba memujuk sang kekasih.
“Fir tak faham. Fir bolehlah cakap sabar-sabar... sebab bukan Fir yang lalui semua ini,” tempelak Afina.
“Fina ada solat tak? Ada minta doa dari Allah? Minta perlindungan dari Dia?” soal Haydar bertubi-tubi, nadanya masih lembut. Nak pujuk Afina kena guna cara halus bukannya cara kasar. Lagipun masa Pendidikan Islam, ustazah ada menegur dan membebel pada siapa yang tidak menutup aurat dan bertanyakan siapa yang tak solat. Afina salah seorang daripada mereka yang tidak solat dan juga menutup aurat. Dia tidak mahu terus jadi begitu. Dia mahu Afina seperti pelajar perempuan Islam yang lain.
Kini giliran Afina pula tersentak  dan terus diamkan diri. Sepanjang hayatnya kali terakhir dia menunaikan solat adalah ketika darjah enam. Itu pun disebabkan ada ujian PAFA. Perkara Asas Fardu Ain. Selepas itu dia tidak pernah langsung menyentuh telekung mahupun sejadah lagi. Sebab di rumahnya haram nak ada. Al-Quran lagilah. Sejak di bangku sekolah lagi dia tergagap-gagap mahu menyebut kalimah-kalimah Allah dan ayahnya sendiri marah kalau dia membaca ayat-ayat suci al-Quran. Memekak saja katanya!
Afina menitis air mata. Dia sangat berdosa. Dia lupa pada Pencipta yang SATU itu. Sebab itu kehidupannya tak pernah nak senang. Makan pun hasil duit haram, macamana hidupnya nak berkat. Betapa jahilnya dia tentang agama.
“Fina, solat adalah perisai bagi orang Islam. Amalan pertama yang akan disoal bila kita dibangkitan di akhirat nanti. Solat juga membezakan kita dengan orang kafir. Orang yang tidak solat akan dibenci sesama makhluk malah mereka semakin menjauh dengan kita. Hati akan menjadi keras, sempit, wajah juga kelihatan kelam bahkan hati kecilnya menjadi hitam sebab itu kehidupan di dunia ini dia rasa begitu terseksa dan banyak musibah saja.” Haydar menyambung tazkirahnya.
Afina masih lagi membisu. Dia mengenggam air kotak itu sampai remuk.
“Fina, Fir tahu Fina tahu semua itu. Ustazah pun ada bagitahu juga. Fir sayangkan Fina lebih dari seorang kawan. Sebagai kawan yang lebih dari sekadar kawan Fir tak nak Fina jauh terpesong. Fina tentu dah baligh, jadi jagalah aurat Fina tu. Rambut tu kalau terdedah bebas akan mengundang bahaya. Lagipun Fir tahu rambut Fina jadi macam tu sebab seseorang kan?”  tebak Haydar. Tepat sekali tekaannya.
Afina tercengang lalu menjatuhkan pandangnnya. Haydar turut mengeluh.
“Kalau Fina pakai tudung tak nampak sangat rambut Fina tu sengaja gunting. Tambahan pula Fina tampak sopan dan ayu jika bertudung.” Haydar menyambung nasihatnya lagi. Dia tidak mahu Afina terleka dengan arus dunia sekarang. Dia mahu Afina menjadi hamba Allah yang menurut perintah.
“Fir, Fina rasa tak layak untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Darah daging yang mengalir dalam tubuh Fina sekarang semuanya dari sumber haram, masihkah ada peluang untuk Fina berubah? Fina rasa diri Fina sangat hina di sisi masyarakat apatah lagi di sisi Allah,” keluh Afina air matanya cuba di tahan.
“Fina, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tidak mahu mengubahnya begitu juga dengan kita. Kalau kita sendiri tidak mahu berubah macamana Allah mahu bantu kita. Pohonlah padaNya,”  ujar Haydar lagak seorang ustaz, membesaar di Negara orang tidak bermakna dia lupa fitrahlah. Keluarganya sangat menekan bab agama dalam pendidikan.
“Fir.. kehidupan Fina sekarang sangat sukar. Fir tak akan faham.”
“Apa yang Fir tak faham? Fina tinggal dengan ayah angkatkan? Macam ni, Fina berubah secara perlahan-lahan. Bincang dengan dia elok-elok dia mesti faham sebab dia pun Islam jugakan?” cadang Haydar.
“Bagi Fir memang senang tapi bagi Fina...” kata-kata Afina terhenti di situ tidak sanggup meneruskan bicaranya.
“Bagi Fina apa?”sampuk Haydar.
“Dia bukan ayah angkat seperti yang lain. Dia anggap Fina lebih dari itu,” jawab Afina senada.
“Maksud Fina?” soal Haydar dengan nada terkejut.
“ Dia mahu Fina jadi isterinya.”
“Apa?” Terbeliak mata Haydar memandang Afina. Dia tidak percaya. “Dalam seusia sekarang?”
“Tak. Kami dah janji akan kahwin lepas peperiksaan SPM nanti.”
“Ini bermakna dua tahun lagi?! Biar betul Fina. Fina nak ke kahwin dengan orang tua tu?”
“Apa yang boleh Fina lakukan hanya itu yang Fina mampu. Asalkan maruah Fina tak tergadai sudah.”
“Tergadai? Dia ada buat sesuatu pada Fina ke?”
Afina mengeluh berat. “Tak sempat. Fina ugut mahu bunuh diri kalau dia cuba apa-apakan Fina.”
“Kenapa boleh jadi macam ni, kenapa Fina tak lari keluar dari rumah itu?” Desak Haydar resah.
“Hrmm... susah. Sebab Fina dah jadi hamba abdinya. Ayah dah jual Fina padanya. Jadi dari jadi hamba nafsunya lebih baik Fina minta dia kahwini Fina. Kami tak akan jerumus dalam lembah zina.”
“Fina sanggup kahwin dengan dia?” soal Haydar sekali lagi.
“Sanggup atau tidak rela atau pasrah itulah ketentuan jalan hidup saya. Saya kena hadapinya,” jawab Afina tenang.
“Fir tak benarkan!” bantah Haydar tegas.
Afina mengeluh lembut. “Awak tak benarkan? Hrm... sudahlah Fir tak guna semua itu. Fir bawak Fina lari pun kita tak akan selamat. Tuan Haris  ada pengaruh besar di sini.”
“Lari? Haydar berfikir sejenak. “Yaa... kita lari sama-sama. Kita balik Korea. Pasti dia tak dapat  jejak Fina lagi,” cadang Haydar bersungguh-sungguh.
“Jangan janji benda yang tak pasti Fir. Nanti kita sama-sama kecewa,” tolak Afina lembut.
“Tak ini pasti satu kenyataan, Fir akan bawa Fina bersama Fir.” Haydar buat kata janji. Dia memang tekad mahu membawa Afina dalam kehidupannnya nanti.
Afina senyum pendek. “Terima kasih Fir. Fina harap ia akan menjadi satu kenyataan.” Hati kecilnya berdoa agar dia dapat dibebaskan dari genggaman Tuan Haris  itu.

Waktu petang yang santai, Puan Halisa keluar menghirup udara segar di halaman rumahnya. Sebuah Majalah Wanita dibeleknya dengan kaki berlunjur silang ke meja. Itulah aktivitinya setiap petang jika dia tidak ke mana-mana. Bersenang lenang di rumah sendiri tanpa gangguan dari sesiapa.
“Fina!” Jeritnya, mata masih menatap helaian majalah tersebut.
Afina dari dalam rumah terkonco-konco mendapatkan Puan Halisa. “Ada apa puan?”
“Aku nak jus oren lepas tu isi air suam dalam bekas, aku nak kau lap kaki aku. Cepat sikit,” arah Puan Halisa.
“Baik puan,” balas Afina seraya melangkah masuk ke dalam. Jus oren yang memang sedia ada di peti sejuk di capainya lalu mengisi ke dalam gelas berkaca kemudian dia berlari ke hadapan. Sesaat kemudian dia muncul balik dan dia menarik sebuah bekas sederhana kecil untuk mengisi air suam ke dalam mengundang pertanyaan di benak Mak cik Imah.
“Fina nak buat apa dengan bekas tu?” soal Mak cik Imah cuak.
“Puan Lisa nak suruh saya cuci kakinya mak cik,” balas Afina sambil memasukkan air suam ke dalam bekas itu.
“Hah, cuci? aik pergi salon hari-hari tak bersih lagi ke?” soal Mak cik Imah lagi.
Afina jongket bahu. “Entahlah mak cik. Itu yang dia pinta saya terpaksa akur nanti tak pasal-pasal kena penampar percuma,” seloroh Afina dalam duka.
Mak cik Imah senyum dalam sedih. Dilihat susuk tubuh Afina semakin kurus dia tahu Afina menderita hidup di sini tambah-tambah jika Tuan Haris  tiada di rumah. “Bertahanlah Fina, mungkin satu keajaiban akan berlaku padamu nanti nak. Allah itu maha Adil, Dia tidak akan membebankan hambaNya sekiranya kau tak mampu memikulnya nak,” ucap Mak cik Imah sendiri sebaik Afina melangkah keluar dari situ.
Afina duduk terbongkok mencuci kaki Puan Halisa, kulit wanita itu sangat lembut bak sutera. Dia amat berhati-hati ketika mencuci takut terkasar. Puan Halisa yang enak menyedup jus oren memandang Afina dengan wajah sinis. Dia memang sengaja mengenakan Afina. Dia tidak boleh tengok Afina duduk tenang di rumah itu. Seolah ada yang mencucuk-cucuk fikirannya.
“Adus, sakitlah bodoh!” marah Puan Halisa. Kakinya di angkat dari bekas itu.
Afina lantas memohon maaf. Dia tidak sengaja mengosok kuat. “Maafkan Fina, puan.”
“Habis calar kulit kaki aku. Tak reti buat kerja betul kau ni?!” Puan Halisa tiba-tiba bangkit. Dia menolak sedikit badan Afina. Bekas yang berisi air suam dan bekas kakinya diangkat mahu mencurahkan ke atas badan Afina tapi di halang oleh sesorang.
“Lisa!”
Jergah Tuan Haris  dari belakang. Puan Halisa terkejut lantas kalih ke belakang. Tidak tahu pula yang ayahnya mahu pulang hari ini.
“Papa...”
“Jangan pernah sakiti dia.” Tuan Haris  memberi amaran. Afina didekatinya. Hatinya panas bila melihat kejadian tadi. Baru balik dari oversea yang tidak hilang penat lagi, anak sulungnya membuat perangai.
“Kenapa papa selalu bela dia dari saya anak papa ni?” marah Puan Halisa tidak puas hati. Bekas di tangan di letak ke bawah.
“Kau anak aku, dia bakal isteri aku!” Jawab Tuan Haris  selamba, bahu Afina di tarik semakin dekat dengannya.
“Apa isteri?!” Puan Halisa mengulang balik ucapan Tuan Haris  tadi dengan nada terkejut.
“Ya, mulai sekarang kalau kau apa-apakan dia lagi. Kau dan anak kau tu aku halau dari sini,” tutur Tuan Haris  seraya membawa Afina masuk ke dalam.

“Papa!” jerit Puan Halisa sedikit. Matanya tidak terlepas memandang kelibat mereka berdua. Apa? isteri? no way! Gadis itu jadi mak tiri aku! Jangan haraplah. Aku akan musnahkan rancangan gila papa tu!gerutu Puan Halisa.

celoteh cik penulis :)..mcmner setakat ini best tak hohoho..minta doa supaya cik penulis gigih siapkan mss :)
INSYAALLAH e-nobel ini akan silih ganti dengan e-novel AKKM ..