Friday, 16 November 2012

Luahan Hati Seorang Ibu




“Bonda tak akan terima bini kau Tengku Hisham! Sampai mati pun bonda tak akan restu perkahwinan korang!”
“Suka hati bondalah nak cakap apa? Sham tak peduli, Maria adalah isteri Sham! Selamanya pun akan menjadi isteri Sham! Biarpun bonda tak restu perkahwinan ni, Sham tetap akan hidup dengan Maria buat selamanya!”
“Tengku Hisham! Mulai saat dan detik ini, bonda takkan berdiam diri untuk melihat kebahagian korang berdua! Bonda akan pastikan rumah tangga kamu akan hancur walaupun jasad bonda sudah dimamah bumi!”


       Masih terngiang-ngiang diingatanku, sumpah seranah yang dilemparkan oleh Tengku Hasmah, mentuaku satu ketika dahulu. Benarlah kata orang, jika inginkan sebuah perkahwinan yang aman dan damai, restu ibubapa amatlah penting kerana dengan restu mereka baru kita dapat restu dari Yang Esa. Namun itu semua tidak aku kecapi, perkahwinan kami hanya atas dasar cinta tanpa restu orang tuanya, mungkin kerana aku ini anak kampung yang tiada mempunyai harta mahupun pangkat.

          Tempoh awal perkahwinan, rumah tangga kami sangat bahagia, tiada bergaduhan    mahupun petengkaran. Semua manis rasanya tapi bila usia perkahwinan kami mencecah 4 tahun semuanya bagaikan tsunami yang melanda, tenggelamkan kasih dan cinta kami ke dasar laut dan terkubur terus didasarnya. Hanya satu alasan dia yang dia berikan kepadaku iaitu aku melahirkan anak yang tidak sempurna, tiada lagi dalam keluarganya lahir anak cacat. Itulah alasan yang paling bodoh bagi aku.

         Aku mengesat air mata yang terkeluar dari kelopak mata sambil mengusap lembut kepala si kecil yang terlena di pangkuan. Hasil perkahwinanku dengan seorang lelaki keturunan darah raja yang tidak berdaulat, kami dikurniakan si kecil yang diberi nama Tengku Hazim, namun dia dilahirkan tidak seperti bayi-bayi yang lain. Sindrom down itulah yang paling tepat untuk digelarkan kepada si kecilku walaupun fizikalnya sempurna tapi akalnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan keadaan itulah perhubungan aku dan suami semakin tegang. Apa salah si kecil ini? Dia tidak tahu apa-apa dan dia juga tidak dipinta untuk lahir sedemikian rupa. Kenapa harus pingkirkan dia sedang dia adalah amanah dari Allah untuk aku dan abang Hisham menjaga?

         Apakah ini satu sumpah mentuaku?

           “Maria!
          
        Suara mak Yam dari ruang tamu mengejutkan aku. Memati terus lamunanku, katanya ada panggilan untukku. Aku meletakkan kepala Hazim di bawah dengan berhati-hati takut dia akan tersedar nanti.

          Telefon sudah bertukar tangan, aku mengarah Mak Yam untuk menemani si kecilku. Sebaik salam bersahut, telinga bagaikan bernanah dan hampir luruh jantungku dengan berita yang di sampaikan oleh si pemanggil itu. Tanpa melengahkan waktu aku terus ke bilik untuk bersiap. Aku sempat berpesan pada Mak Yam supaya jaga Hazim kerana aku ingin keluar untuk menguruskan satu perkara penting.
@@@@

Aku merenung wajah abang Hisham yang berlagak tenang, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia sungguh bijak menayang raik wajah tak bersalah walaupun telah ditangkap oleh Pihak Majlis Agama Pahang kerana melakukan perkara terkutuk dengan seorang wanita yang juga bekas tunangnya di salah sebuah hotel di Kuantan baru sekejap tadi. Patutlah akhir-akhir ini dia jarang balik ke rumah. Sebab dah ada perempuan lain rupanya!

       Hatiku bengkak dan terlalu pedih, bila teringat kata-katanya di hadapan Pegawai Agama tadi. Dia mengatakan persetujuan mahu berkahwin dengan bekas kekasihnya dengan riak muka tanpa rasa berdosa. Kalau bukan kerana dia masih suamiku tak ingin aku menjaminnya mahu saja aku tinggalkan dia biar melingkup di penjara.

      Aku menarik nafas sedalam yang mungkin, cuba mengawal emosiku ketika berbicara dengannya nanti.  Abang, kenapa abang lakukan semua ini? Tak cukupkah dengan saya sorang, sampaikan abang sanggup mengkhianati hubungan yang kita bina selama 4 tahun ni? soalku bertubi-tubi dengan nada tergetar sedikit tapi masih lagi dalam kawalan.

     Aku melihat abang Hisham mengeluh kasar sambil meramas-ramas rambutnya yang  hitam pekat itu. Aku naik bengang bila dia masih diam seribu bahasa, seolah dia mahu terlepas dalam masalah ini.

      “Abang! Jawablah. Apa kurangnya saya sampai abang sanggup pergi berzina dengan perempuan di hotel bang? Amukku kasar bila dia cuba untuk melelapkan diri.

      “Abang! Panggilku lagi. Abang Hisham bangkit tiba-tiba.

      “Awak nak tahu sebab apa? soalnya dengan wajah sedikit sinis. Riak mukanya yang tenang tadi kini berubah tegang.

      “Awak tu, dah tak sempurna sebagai wanita! Kau dah tak boleh melahirkan anak untuk aku lagi? Sebab rahim kau dah tak de, kau tak ingat ke? Buat apa aku nak hidup dengan orang yang tak boleh melahirkan zuriat aku?! sindirnya kasar, dari awak kepada kau dan aku.

       Aku tersentak bila abang Hisham mula membangkit peristiwa 2 tahun yang lalu, aku mengaku memang rahimku terpaksa dibuang ketika aku berjuang untuk melahirakan Hazim dulu, kerana  rahimku mengalami masalah dan terpaksa dipotong. Doktor ada cakap peluang untuk aku mendapatkan anak lagi amat tipis.

      “Dengan alasan itu ke, yang membuat abang cari perempuan lain? Abang lupa ke yang kita dah ada anak, Tengku Hazim tu kan anak kita abang? ucapku sebak.

       “Anak? Budak sindrom down macam tu, kau panggil itu anak? Bagi aku budak tu bukan anak tapi mayat hidup yang akan mendatangkan bala pada kehidupan aku kelak! Kau tahukan aku ni pewaris Tengku Holding, kau mahu ke seluruh rakyat negeri ini dapat tahu yang aku ada anak cacat seperti budak itu?!

      “Abang! Bawak mengucap bang, itu anak abang! Darah daging abang! marahku bila dia menghina darah dagingnya sendiri.

                 “Tak! Aku tak akan anggap budak itu darah daging aku. Sebab dalam keturunan keluarga aku tiada yang lahir begitu,

        “Ya Allah abang, Kata-katanya cukup sinis seolah dia menuduh aku mengandungkan anak dari benih orang lain bukan daripadanya.

             “Maria, seminggu lagi perkahwinan aku dengan Puteri Suhaila akan berlangsung dan secara automatiknya jatuh talak satu untuk kau.

          Usai dengan kata-katanya, abang Hisham meninggalkan bilik kami, aku yang masih teresak-esak menangis terkejut dengan lafaz cerai taklidnya itu. Tengku Hazim yang sudah terjaga dari lena mimpinya turut menangis sama.
*****

Hari ini perkahwinan Tengku Hisham dengan Puteri Suhaila telah berlangsung, secara sendirinya perkahwinan aku dengan Tengku Hisham sudah berakhir dan yang tinggal padaku sekarang hanyalah kenangan manis untuk dikenang. Kenapa begitu mudah sekali hatinya berubah dan beralih arah. Ke mana hilangnya janji sumpah setia yang dilafaznya padaku. Apakah hanya kerana aku sudah tidak sempurna lagi sebagai wanita ataupun dia malu kerana mempunyai anak cacat?

       Memoriku masih segar untuk mengingati bayangan wajah bonda Hasmah yang penuh dengan senyuman mengejek semasa terserempak dengannya di Bandar seminggu yang lalu. Sakit hatiku bila dia cakap dia sudah berjaya memusnahkan kehidupanku dan Allah telahpun menyebelahinya. Apakah salah aku menyintai anak lelakinya? Salahkah aku seorang anak yatim berkahwin dengan anak berketurunan raja? Ahh! Serabutnya kepalaku.

         “Mmmama…mmaama, suara si kecil memanggilku, lambat-lambat dengan air liur menitis keluar dari bibir yang merah itu tidakku endahkan. Fikiranku masih lagi pada abang Hisham yang pergi meninggalkan segala tanggungjawab menjaga putera kami atas bahuku seorang.

        “Mmaama.

         “Diamlah Hazim, disebabkan kaulah papa kau tinggalkan aku! Kenapa kau tak mati je masa kau nak lahir? Kenapa? sergahku kasar membuat Hazim terus menangis.

       “Ya Allah, bawak mengucap Maria, itu anak kamu. Darah yang mengalir dalam diri budak itu adalah darah kamu dan Hisham! Kamu mahu salahkan takdir ke Maria? celah Mak Yam, Hazim yang menangis di dukungnya.

       “Mak Yam, Maria dah tak sanggup nak hadapinya. Kenapa semua ini harus berlaku pada Maria? Kenapa abang Hisham sanggup mencurangi Maria, Mak Yam? Kenapa?, Aku tersedu-sedu sambil memekup muka sendiri. Mak Yam menghampiriku lalu memeluk erat bahuku.

        “Sabar Maria, Allah maha mengetahui segala-galanya. Dia sayangkan kamu sebab itu Dia uji kamu. Ingat Maria anak yang cacat ini akan membelamu diakhirat kelak, kerana dia dilahirkan tanpa menanggung sebarang dosa, pujuk Mak Yam. Aku mengangkat muka melihat Hazim sudah berhenti menangis dan tersenyum padaku. Senyumannya membuat esakkanku semakin menjadi-jadi.
Hazim seakan mengerti perasaan yang aku alami sekarang dia yang berada di pangkuan Mak Yam menghampiriku lalu dipeluknya aku, cuba memberi ketenangan kepadaku. Alangkah mulianya hati sikecil ini.

“Maafkan mama Hazim, rintihku sayu.

*******
Bila ada masa terluang, aku selalu membawa Tengku Hazim dan Mak Yam keluar pergi jalan-jalan ke mana-mana. Tapi hari ini aku membawa mereka bersiar-siar di Shopping Complex East Cost Mall di Bandar Kuantan, dulu kami berempat tapi sekarang sudah bertiga. Dan itulah nasibku yang akan kutempuhi dari sekarang dan masa yang akan mendatang kelak.

       Kami singgah di kedai pakaian untuk mencari pakaian baru untuk mereka berdua, aku menyuruh Mak Yam memilih baju yang dia berkenan dihati. Asyik membelek pakaian aku tidak perasan bila masa tangan anakku terlepas dari tanganku.

        “Mana Hazim, Maria?,soal mak Yam.

        Aku baru perasaan yang Hazim sudah tidak bersamaku. Kami tercari kelibat Hazim di sekeliling kedai itu tapi tidak kelihatan, perasaan cemas mulai mencengkam dadaku. Mataku meliar mencari Hazim, semua pengunjung di situ hampIr segenap aku bertanya tapi seorang pun tidak tahu.

       “Mak Yam, mana Hazim ni? Dia dahlah tak macam budak lain apa yang kita nak buat ni? soalku lurus, fikiranku benar-benar buntu.

     “Tepilah budak!

     Mataku terus tertancap pada seseorang yang menjerit marah, tapi tidak kelihatan dengan jelas kerana dihalang oleh pengunjung di situ, aku cuba menyelip dari orang ramai untuk mencari orang itu kerana firasatku mengatakan anak aku yang kena marah.
Mataku tercerlung bila melihat puteraku ditolak kasar oleh seorang wanita yang aku cukup kenal dan disampingnya seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidupku untuk seketika. Marahku tidak terbendung lagi, bila Hazim diperlakukan dengan kasar, sepantas yang mungkin aku terus menuju ke arah mereka.

         “Maafkan anak saya dia istimewa sikit, jadi dia tak pandai nak menilai yang mana baik atau buruk. Tapi dia tak buta untuk mengecam ayah kandungnya,ucapku berbaur pedas.

      Aku nampak wajah pasangan di hadapanku jelas tersentak. Mungkin dia tidak tahu budak itu anak aku. Aku sempat mengerling wajah abang Hisham, dia nampak resah ibarat cacing kepanasan.

       “Dah tahu anak tak betul, jagalah elok-elok, ni tak!, perli wanita yang bernama Puteri Suhaila itu.

      Kata-kata mengejek dari isteri bekas suamiku menambahkan parah dihatiku dan bertambah parah bila dia cuba menyampaikan padaku tentang kehamilan dia dengan isyarat mengusap-usap perutnya yang kian membesar, ku anggarkan kandungannya sudah mencecah 7 bulan.

        “Maaf ya, dia bukan tak betul tapi terlalu istimewa. Oh! tahniah atas kehamilan itu, saya doakan semoga anak kalian sempurna nanti. Jom kita balik Hazim! tempelakku, lalu medukung puteraku terus beredar dari situ. Tak betah untuk terus aku bertahan di situ kerana hati pasti bertambah terluka.
@@@@

3 tahun sudah berlalu, kehidupan yang aku jalani sebagai ibu tunggal sekarang sudah mula sebati dalam diri. Untuk berkahwin lain tidak pernah terlintas langsung di fikiran kerana aku takut kejadian yang sama bakal berulang.

      Ppaapa…

      “Papa! Papa! Hazim tahu tak? Papa dah tak sayangkan Hazim! Buat apa Hazim masih nak ingatkan lelaki yang telah membuang kita semua. 3 tahun dia pergi dan tak pernah sekali pun dia menjenguk Hazim, Hazim masih rindukan dia? Amukku seperti Hazim mengerti semua itu. Walaupun akalnya lambat berfungsi, perasaan rindu belaian dari seorang ayah kuat melekat disudut hatinya, aku yakin hal ini.

       Hazim! panggilku bila melihat Hazim berlari keluar dari rumah.

      Aku mengeluh, pening kepala bila Hazim mula membuat perangai lamanya, semaikn meningkat umurnya, perangainya bertambah memenatkan aku. Kadang-kadang aku gagal untuk memujuk hati agar bersabar dengan kerenahnya. Tapi aku sangat menyayanginya, bila dia menyentuh pasal bekas suamiku hati tiba-tiba meradang. Benci sungguhku pada lelaki yang bernama Tengku Hisham itu.

         “Mariaaaa!

      Aku terkejut bila suara Mak Yam memanggilku dengan kuat sekali. Ada apa? Soalku padanya bila melihat wajahnya sudah dibasahi dengan air mata.

         “Hazim, Maria, anak kamu!

          “Kenapa dengan Hazim, Mak Yam.? soalku dengan perasaan berdebar

           “Dia..dia…”

           “Kenapa? soalku lagi sambil mengoncang kedua bahu wanita tua itu.

            “…dia dilanggar kereta, Maria,

           “Dekat mana? soalku lagi.

             “Luar sana, bagitahu Mak Yam yang sudah terduduk lemah itu.

         Tanpa melengahkan masa, aku terus berlari keluar tanpa bersepatu. Lemah lututku bila terlihat sekujur tubuh anakku terlantar dan dipenuhi dengan darah. Perlahan-lahan aku menghampiri tubuh kecil itu.

       “Haaazimmm, jangan tinggalkan mama,” rintihku sambil memangku tubuh kecil itu yang sudah nyawa-nyawa ikan.

       “Maafkan abang Maria, abang tak sempat nak tekan brek bila kelibat Hazim tiba-tiba muncul di hadapan.”

       Aku lantas mendongak bila terdengar suara abang Hisham meminta maaf. Api amarahku datang dengan tiba-tiba.

          “Jadi kaulah yang langgar anak aku? Kau memang sengajakan? Kau sengaja tak tekan brek sebab kau mahu dia tak wujud kat dunia ni lagikan?! pekikku seperti dirasuk.

              “Bukan macam tu Maria…”

           “Habis tu macam mana? Aku tahulah Hisham, kau mahu bunuh anak saya sebab kau takut aku dan anak aku pergi menuntut hak kami kan? Kami bukannya bodoh untuk buat macam tu Hisham,” cantasku cepat belum sempat dia meneruskan kata-katanya.

         “Abang! Cepatlah abang, anak kita dah nazak ni!”

       Renungan tajamku beralih pada wanita yang sedang memangku bayi perempuan dengan muka gelisah. Srentak itu juga abang Hisham berlari masuk ke dalam keretanya dan meluncur pergi.

         “Hisham! Kau nak ke mana tu, anak aku siapa yang mahu bertanggungjawab! laungku tanpa diendah oleh pasangan itu. Sampai hati mereka!
*****

Ya Allah Mak Yam, Hazim Mak Yam, Dia dah pergi tinggalkan saya, ratapku dalam pelukkan Mak Yam. Berita yang dikhabarkan oleh doktor yang merawat anakku amat terpukul buatku. Pendarahan dalam otak menyebabkan dia tak dapat diselamatkan. Kenapa ujian bertubi-tubi menimpa diriku? Apa dosaku selama ini?

            “Doktor nak bawak anak saya ke mana? soalku yang masih dalam tangisan bila melihat jenazah Hazim ditolak keluar dari bilik itu.

        Bilik bedah, suami Puan telah tandatangannya pada surat kebenaran yang mengatakan anak Puan sebagai penderma jantung, beritahu doktor yang separuh abad itu.

            “Penderma? Soalku dengan mata membuntang marah.

          " Ya, Puan. Maaf kami kena cepat sebelum terlambat."

              “Tak saya takkan benarkan, larangku tegas.
         
              " Mana lelaki yang bernama Tengku Hisham,

                “Dekat bilik ICU.

              Saat itu juga aku menghayun kaki ke bilik ICU untuk mendapatkan Hisham.
Hisham kau memang tak guna! bentakku sambil berlari. Bila melihat kelibat bekas suamiku dan juga isteri barunya.

                “Hisham! Jeritku sampai bergema ruangan itu. Mereka berdua tersentap.

               “Apa yang kau buat ni? Anak aku sudahlah kau bunuh! Sekarang kau mahu curi jantungnya pulak? Kau ni manusia atau binatang? Pekikku.

       “Maria tolonglah, anak abang perlukan jantung Hazim untuk terus hidup, suaranya merintih.

         “Aku tak akan benarkan kau ambik jantung anak aku, semata-mata nak selamatkan anak kau!

        “Tolonglah kak Maria…” Puteri Suhailai turut merayu padaku.

      “Baru sekarang korang nak merayu domba padaku, kenapa dari dulu korang tak pernah nak ambik peduli tentang Hazim? Tempelakku kasar.

       “Untuk selamatkan anak korang konon, tadi masa dia terlantar sakit di jalan kenapa korang tak bawak dia sekali pergi hospital? Kau memang nak dia matikan sebab kau nak amik jantung dia? Sambungku lagi, bila mereka berdua masih membisu.

      “Dan kau lelaki! Sanggup pulak kau mengaku sebagai bapanya, sungguh mulia hati kau, ya Tengku Hisham! 5 tahun budak tu hidup di dunia ini tak pernah kau ambik peduli! Bila mahukan jantung si kecil itu, senang pulak tanda tangan sebagai waris dia untuk menderma organ jantungnya kepada anak kau yang seorang lagi! marahku lagi cuba menyindirnya.

          “Aaaabang…”

         “Abang! Abang apa? Sudahlah Tengku Hisham! Biarlah orang kata aku jahat asalkan anak aku mati dalam keadaan sempurna fizikal walaupun tak sempurna akalnya. Jadi carilah penderma lain sebab aku tak mahu jasad anak aku terseksa kerana korang yang memang tak belas kasihan langsung!”bidasku lalu berlalu dari situ. Hatiku benar-benar puas setelah melepaskan segala amarah yang tersimpan rapi sekian lama di lubuk hatiku selama ini.
***
         “Maafkan mama Hazim, mama mengaku mama memang bukan seorang ibu yang baik, mama betul menyesal kerana pernah memukul Hazim tapi percayalah mama bangga dapat lahirkan Hazim seorang insan yang mulia,tunggu mama di pintu syurga ya sayang. Aduku pada batu nisan Hazim, air mata berderai jatuh tidak mampu kusekat. Mak Yam di sisi tak putus-putus memujukku. Pesannya lupakan segala dendam yang terbuku dihati agar diriku lebih tenang, memang mudah untuk mengucapkan kemaafan dibibir namum dihati amat sukar untuk dikikis.

        Tengku Hisham adalah seorang lelaki yang mengajar aku erti kemanisan dalam melayari kehidupan didunia ini dan dia jugalah yang mengajar aku rasa kebencian membuak-buak dihatiku.

     Sebut tentang abang Hisham, dia telah membongkarkan peristiwa kes tangkap khalwatnya padaku semasa hari pengebumian anak kami, dia mencerita segala-galanya. Dalang disebalik penangkapan itu adalah bondanya sendiri yang telah berpakat dengan menantu kesayangannya untuk memerangkap dia supaya mereka dapat berkahwin tapi bagiku itu cuma alasan dia saja. Kalau dia dah tahu bondanya sendiri jadi tok dalang kenapa dia masih bersetuju untuk mengahwini perempuan dan dia tak akan sanggup tinggalkan kami anak beranak? Ahh! lelaki memang begitu tak pernah cukup dengan seorang.

         Oh! Tak lupa juga soal anakknya, aku dapat tahu dari Mak Yam bahawa budak itu juga telah dipanggil oleh Illah tiga hari selepas pengebumian anakku. Aku bersyukur sebab mereka juga turut merasa apa yang aku rasa tapi rasa kehilangan mereka mungkin sebentar kerana isteri barunya mungkin akan mendapat cahaya mata yang lain memandangkan dia masih mampu untuk melahirkan, lainlah dengan keadaan diri ini yang sudah tidak mempunyai peluang untuk melahirkan anak lagi. Bonda abang Hisham, Tengku Hasmah masih seperti dulu, semasa dia datang menziarahi jenazah Hazim dia bukannya mahu mengucap takziah malah menghina dan mengutuk ku depan tetamu, aku tetap berdoa agar dia diberi hidayah dari Ilahi, walaupun sakit hati.

       Aku cuba memujuk hati agar redha dengan ujian ini dan aku tidak akan menyalahkan takdir sama sekali dengan semua yang terjadi kerana aku tahu Allah ada bersamaku. Mak Yam memeluk lengan kananku ketika melangkah keluar dari tanah perkuburan Islam.
           Ya, rahim ini sudah tiada, tapi dengan rahim inilah aku telah melahirkan seorang insan yang berhati mulia. Aku tersenyum sambil mengusap bahagian bawah perutku dengan perlahan.

           “Mama amat bersyukur kerana Hazim menjadi anak mama, semoga kita dapat berjumpa lagi di alam sana sayang.”
~Sekian~









Sunday, 11 November 2012

Cinta Terlarang Bab 2



BAB 2



“Encik Mukhriz tu, memang kacakkan Riana?” suara Nabilla kawan sekerjanya yang suka berangan nak kahwin dengan anak orang kaya.
“Kacak saja tak guna, kalau perangai macam orang gila talak!” tempelak Riana dengan langkah dilajukan sedikit, takut di hempuk rakan-rakanya. Iyalah kan dah nama ‘kipas susah mati’ encik Mukhriz kalau dikutuk sedikit terus nak naik angin!
“Kenapa kau marah sangat dengan dia, ni?” soal Nabila cuba membela jejak idamannya. Langkah turut dipercepatkan untuk menyaingi langkah Riana diikuti oleh Ain. Nabila hairan semua pekerja perempuan duk tergila-gilakan CEO baru Syarikat Bayu Permai itu kecuali gadis yang bernama Ina Riana.
“Mana taknya, si Riana dapat surat kuning sebagai peringatan. Tulah kau Riana dah tahu nak  cuci tandas, boleh kau tak letak papan amaran. Mahu tak mengamuk boss kita tu!” perli Ain sambil tersengih kambing. Riana tayang muka hodoh.
“Betul ke Riana? Kau nampak apa, wei?” tanya Nabilla bersungguh-sunguh mahu mengetahui.
“Aku nampak semua!” jawab Riana bersahaja.Dalam hatinya sudah tergelak kecil bila melihat wajah Nabila gelabah semacam.
“Apa?Fuh, kau memang beruntung!” sakat Nabila dan Ain serentak lalu meletus ketawa mereka.
“Wei! Bukan itu maksud aku lah! Korang ni memang kureng! Otak kuning!” sangkal Riana dengan wajah tidak puas hati. Niat di hati ingin mengenakan mereka berdua, last-last dia sendiri yang terkena.

Dalam perjalanan ke bilik stor Riana terkenang kembali insiden yang berlaku antara dia dan CEO baru itu. Di mana ketika dia sedang asyik mencuci tandas lelaki, Mukhriz atau CEO baru Syarikat Bayu Permai baru selesai membuang hajat terus keluar menuju ke singki untuk mencuci tangannya. Dia amat panik bila terlihat bayang manusia di cermin, dia sangkakan makhluk halus dengan pantas menjerit.
“Argggh!!Riana tiba-tiba menjerit.
Mukhriz  bagaikan magnet  ada caj negatif  dan positif turut terjerit sama akibat terkejut.
“Stop!” Pekik Riana tiba-tiba  lalu mengambil nafas .
“Awak  tak tengok ke  papan tanda kat luar tadi, tandas sedang dibersihkan?!” soal Riana dengan geram dengan gaya seorang guru sedang mengajar.
“Tapi seingat saya ,awak tak letak tanda pun?” balas Mukhriz dengan mata dijegilkan sedikit. Dia sangat bengang bila ada seseorang wanita memarahinya, sebelum ini tiada siapa yang pernah berani meninggikan suara padanya.
“Eh,ye ke?” Gumam Riana sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tak  payah nak cari alasan! Dah tahu silap masih tak mengaku! Tu zip terbuka, buat malu je!” bebel Riana dengan mulut dimuncungkan tanpa menoleh sedikit pun. Dia melintasi Mukhriz dengan selamba tapi bibirnya mengukir sengih. Dalam hatinya dia gugup sebab takut kena marah dekat CEO tu, salahnya juga sebab terluka letak papan tanda.
“Mana? Hah! Hey awak nampak ke?” jerit Mukhriz sedikit gugup bila melihat Riana berlalu pergi.
“Nampak apa?”soal Riana tak faham. Dia yang berada di ambang pintu keluar terus menoleh pantas dengan kening diangkat sedikit.
“Errr….” Mukhriz tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“ Eh! Betul ke zip dia terbuka? Tak sangka pulak betul, boleh jadi tukang tilik ni. Hehehe…Hrmm tulah berlagak sombong! Sekarang baru tahu siapa Riana yang sebenarnya,?  Padan muka!” ketawa Riana dalam hati.
 Riana tersengih sumbing seorang diri, dan disebabkan insiden itu jugalah dia dapat kad kuning dan berbakul-bakul tazkirah dihadiahkan oleh encik Mukhriz kepadanya dan detik itulah dia tak berada nak ngam dengan lelaki yang bernama Mukhriz  Ilham itu.
“Wey, cakaplah kau nampak apa?”desak Nabila lagi disertai anggukkan dari Ain,
“Rahsia.” balas Riana lantas meninggalkan mereka. Sebenar Riana tidak nampak apa-apa, dia cuba meneka yang zip seluar Ceo baru terbuka tak sangka pula betul. hal itu juga turut dirahsiakan oleh encik Mukhriz kerana Riana ada agenda lain.

Tengah hari itu, Riana menganti tempat Nabila untuk membersihkan anak tangga pejabat.Asyik dia mengemop lantai tiba-tiba dia terbunyi geduk dari atas lantas dia menoleh.
“Sayang! Are you okey?” Tanya Mukhriz cemas bila melihat kekasih pujaan hatinya jatuh  di anak tangga. Mukhriz menghembus nafas lega bila melihat Soraya  menggeleng tanda dia okey, kalau tergolek si  Soraya tu jenuh dia mahu menemani gadis itu berbulan-bulan di hospital.
“Pekerja youlah buat kerja tak betul. Nasib baik I sempat berpaut pada palang, kalau tak berbulan I dekat hospital tau!” Marah Soraya sambil menggosok pungung yang terasa perit itu.
Riana di bawah sudah tersengih-sengih. “Padan muka, tulah dah tahu diri tu pakai highheels, tak baca papan tanda amaran kerja cuci mencuci sedang dijalan! Sekarang amek kau!”gerutu Riana.
 “Hey! Kau kat bawah tu naik atas!” Arah Mukhriz tegas.
“Er..mati aku kali ni.”
 Dengan langkah longlai sambil membimbit baldi dan memegang batang penyapu Riana memanjat anak tangga. Dalam hatinya dup dap gementar!
“Kamu?!Kenapalah Encik Rahim boleh amik kamu kerja? Lalai, cuai! Kalau hari-hari kerja kau macam ni bankruplah syarikat aku,  semua pekerja mintak claim duit perubatan gara-gara tersungkur! Marah Mukhriz membuak-buak, tambahan pula bila Riana tunjuk muka tidak bersalah.
Riana tergaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung tanda dia bosan dengan leteran Mukhriz. Dia naik hairan kerana ini kali pertama dia melihat seorang lelaki suka sangat berleter mengalahkan mulut perempuan. Tuan macho bagaikan nak rak, mulutnya Ya Ampun!
“Saya cakap dengan awak, boleh awak buat bodoh?” teking Mukhriz dengan mata berapi.
“Dah, encik nak saya menjawab ke? Kalau saya menjawab mesti encik akan marah dekat saya lagikan so lebih saya diamkan diri, tak gitu?” sindir Riana dengan wajah tanpa riak.
“Awak ni…” marah Mukhriz semakin naik, bagai dicurah minyak tanah pada api yang tengah menyala hangat.
“Dahlah sayang,  jomlah blah! Dari melayan minah monyet ni baik kita keluar makan,” renget Soraya memujuk Mukhriz.
Riana tersentak bila Soraya memanggilnya ‘minah monyet’. Dengan sengaja dia mencelup mop ke dalam baldi dan mengangkat mop tersebut dengan kasar,  air yang terlekat di bulu mop terpercik mengena muka Soraya. Riana tersenyum puas sambil meneruskan kerjanya. Manakala Soraya sudah mengamuk sakan.
How dare you! Riz!” pekik Soraya sambil menhentak-hentak kakinya.
“Opp! Sory cik  Soraya, saya tak sengaja,” pinta Riana dengan suara sedih, matanya dikelip-kelipkan. Buat muka comey!
“Riana!” jergah Mukhriz sampai bergegar seluruh tingkat itu.
“ Pagi-pagi besok saya nak awak ada dekat  bilik saya, faham!”
“Menurut perintah bos,” balas Riana dengan gugup. Wajahnya ditundukkan, terkejut dengan suara Mukhriz yang bergema itu.

Indra melangkah keluar dari MayBank  setelah selesai proses menyimpan wang terus membolos tubuhnya ke dalam kereta Honda Accordnya yang berwarna silver itu. Ketika dalam perjalanan ke Restorennya yang terletak di Pantai Dalam dia terpandang seorang wanita terduduk sambil menggosok kaki. Dengan segera dia memberi isyarat untuk berhenti. Bila kereta elok terparking di tepi jalan terus dia keluar dari keretanya.
“Mak cik, sakit cedera ke?” soal Indra.
“Aah nak, beg mak cik kena ragut pencuri, dia seret mak cik sampai terjatuh. Hmm budak-budak sekarang memang jahat. Padahal dalm beg tu tak de duit pun.”
Indra hanya mendengar bebelan dari wanita tua itu. Hatinya terdetik  dan tersentuh bila melihat wajah tua itu, tiba-tiba dia terkenang ibunya yang sudah mengadap Ilahi. Kerana tidak pernah mengecapi kasih sayang seorang ibu, dia amat prihatin terhadap wanita yang bergelar ibu.
“Lutut mak cik berdarah ni, jom saya hantar pergi klinik,” pelawa Indra ikhlas.
“Tak payahlah nak, sikit je ni. buat membazir pergi klinik, balik  rumah mak cik cumur ubat gamak elok lah nanti,”tolok wanita tua itu.
“Eh, tak boleh macam tu mak cik,” pujuk Indra lagi. Indra mengangkat wanita tua itu perlahan-lahan untuk dibawa masuk ke dalam keretanya.
Naluri keibuan Mak cik Salmi tersentuh bila melihat keluhuran hati anak muda itu. Tiba-tiba dia terkenangkan anak lelakinya yang mungkin sebaya pemuda ini. Air matanya mengalir keluar cepat-cepat dikesat. Terkenang dosa lalu, dia sangat menyesal kerana curang dengan bekas suami malah sanggup meninggalkan anak lelaki mereka kepada suaminya dulu semata-mata mahu hidup mewah.

“Adus sakitnya kepala aku! Kerja stress, tak kerja pun stress! Dunia, dunia,” keluh Riana sendiri ketika menunggu bas untuk pulang dari ke rumah. Jarak rumahnya dengan Syarikat Bayu Permai yang terletak di Bangsar lebih kurang 15 minit jika naik bas. Nak ada kenderaan sendiri entah bila dia sendiri tidak tahu. Gajinya hanya cukup untuk bayar bil air dan api serta makan, nasib baik rumah tak kena bayar sebab rumah itu memang milik maknya.
‘ Hmm nasib aku, dilahirkan dalam keluarga miskin.’
Riana sambil mengelap peluh yang memercik di dahi kerana dia terpaksa berjalan sedikit untuk sampai ke rumahnya yang bersebelahan dengan Pantai Hill Park. Sebaik kakinya menjejak kawasan rumahnya dia kaget melihat ada susuk tubuh seorang lelaki terbongkok-bongkok cuba membuka kunci rumahnya. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk mencari kekuatan dalam diri, sebatang kayu digapainya.
“Oii!! Pencuri kau nak mencuri eh,” sergah Riana kuat, tapi dalam hatinya dia kecut perut. Takut sih!
Indra yang tertungkus lumus cuba membuka mangga kunci itu terkejut sampaikan anak kunci ditangan terlucut dan jatuh ke bawah.
“Baik kau pergi sebelum aku pukul kau!”ugut Riana lagi, kayu ditangan digengam kemas.
Indra lantas berpaling. Matanya terkebil-kebil melihat gadis yang berjaya mencuri hatinya berapa di hadapan. Sebuah senyum meleret di bibir merahnya. Bibir yang tak pernah dinodai oleh sebarang rokok.
“Kau!” Jerit Riana sambil merunding jari tepat ke arah Indra.
Indra mengangguk bangga. Tak sangka dia telah membantu ibu kepada gadis tersebut. Ini bermakna ada jalan untuk dia meraih cinta gadis itu.
“ Riana, kau dah balik nak?” sapa mak cik Salmi dari belakang. Dia yang berada di dalam kereta terus keluar bila terdengar anak gadisnya terpekik.
“Mak!” jerit Riana bila melihat maknya berjalan terjongkat jongket.
“Mak kenapa?”soalnya cemas sambil memimpin maknya.
“Mak awak kena ragut. Apa punya anaklah awak ni, sanggup biarkan mak awak yang tua ni keluar sorang-sorang!” sakat Indra pura-pura marah. Dia paling suka bila melihat wajah gadis itu menahan marah. Sungguh comey!
“Hello cik abang! Awak ingat saya nak sangat ke mak saya keluar? Kalau boleh saya nak ikat mak saya kat batang pokok tu. Biar dia tak boleh keluar!” bidas Riana geram lalu memeluk tubunya sendiri bila maknya sudah masuk ke dalam.
“Wah kejamnya awak, takutnya saya,” sindir Indra dengan nada dibuat-buat takut.
“Awak tak kenal perangai mak saya, suka sangat pergi menjual kuih dekat Pantai Dalam sana. Dah berbuih mulut saya suruh dia duduk rumah. Biar saya yang cari duit tapi degil!”
Dalam tak sedar Riana sudah membuka cerita keluarganya pada Indra. Indra tersengih kerana dia dapat tahu perihal keluarga Riana.
“Riana! Mak tak ajar cakap kasar dengan orang,” laung Mak Salmi dari dalam.
“Uff, mak ni! Mak tak dengar ke dia fitnah Riana,” balas Riana dengan laugan juga.
“Tak soh nak peduli cakap Riana ni Indra, meh lah masuk rumah mak cik dulu. Boleh minum-minum air,” Pelawa mak cik Salmi yang berada betul di pintu masuk.
“Baik mak cik ,” Balas Indra sopan.
Indra tersenyum manis pada Riana di sebelahnya sambil mengenyitkan matanya sebelah pada gadis itu.
Mata riana membulat. “Miang!” Itulah yang terkeluar dari mulutnya.
“Riana apa yang termenung lagi, naik cepat buat air untuk Indra ni.” arah makcik Salmi terus masuk ke dalam.
Dengan hati yang bengkak Riana menghentak kakinya sebelum melangkah masuk.
“Geramnya!! getus Riana. Bila matanya terpandang Indra enak duduk di kerusi rotan yang usang sambil tersenyum-senyum padanya dia menghantar jelingan maut pada lelaki itu sebelum menghayun kaki ke dapur.
“Buat macam rumah sendirilah Indra, rumah mak cik tak de apa-apa yang menarik. Biasalah rumah orang susah. Takut Indra tak selesa pulak,”
“Eh, kenapa cakap macam tu mak cik? Sama saja bagi saya,”
“Kamu duduklah, mak cik nak pergi bukak daun pisang nak buat lepak pisang untuk jualan esok,” pinta mak cik Salmi sebelum melangkah ke bucu sudut yang penuh dengan timbunan daun-daun pisang.
“Baik mak cik .”
Indra memandang sekeliling rumah itu tiba-tiba matanya tertarik pada satu gambar. Gambar bayi perempuan yang tidak memakai apa-apa kecuali pampes lantas dicapainya.
“Mak cik gambar siapa ni? comeynya!” tanya Indra sambil menayangkan frame gambar itu pada mak cik Salmi.
Riana yang baru keluar dari dapur terus menoleh pada Indra yang sedang menilik sebuah gambar. Dia tidak ambik kisah dengan tindakkan Indra. Buat sakit hati kalau melayan mamat tu, baik dia buat bodoh lagi bagus.
“Mana? Oh, yang tu ke? si Riana masa kecil, dia dulu tak suka pakai baju. Kalau pakaikan mulalah merengek, penat mak cik melayan kerenah dia,” ngomel mak cik Salmi.
Mata Riana membuntang. Dia sangkakan Indra melihat gambar lain rupa-rupa Indra sedang menilik gambarnya sewaktu kecil dulu.
“Mak!” marah Riana lantas merampas gambar itu dari tangan Indra. Dia malu!
“Awak seksi time tu, saya suka,” bisik Indra perlahan takut di dengari oleh mak cik Salmi.  Dalam hati sudah kembang kuncup. Riana lantas menoleh dengan hati yang marah.
“Miang!” Marah Riana dengan suara ditahan sedikit, giginya rapat terkacip.

“Mak cik! Indra balik dulu ya, kuih tu nanti suruh Riana hantar dekat restoren saya, mesti ramai yang beli,” ujar Indra menawar satu bisnes kepada mak cik Salmi.
“Yelah Indra, nanti mak cik suruh Riana hantar sebelum dia pergi kerja.”
Riana mengeluh sambil memeluk tubuh sendiri. Badan disandar ke daun pintu untuk menghantar Indra keluar.
“Awak ni ngada-ngada tau!”
“Saya ngada-ngada dengan awak je,  dengan orang lain tak! jangan cemburu tau,” balas Indra menggoda.
“Kalau tak kerana awak tolong mak saya tadi, tulang awak saya patah-patah, buat sup!” tempelak Riana, geram.
“Wah ganasnya awak..ee, takutnya,” sakat Indra bila melintasi Riana. Riana menjeling, kalau ikutkan hatinya mahu di cubit-cubit lengan lelaki itu. nasib baik bukan mahramnya.
“Ana!”panggil Indra, cuba menyakat gadis itu, sebaik pintu kereta dibuka.
Kaki Riana yang baru setapak masuk ke dalam terhenti dan menoleh semula. “Ee.. tak faham bahasa ke, aku dah bilang jangan panggil Ana lah, bentak Riana perlahan.
Apa?” soal Riana dingin.
“Hati saya sudah terbang,” laungnya sedikit.
“Hah?” Kening Riana bertaut, tanda tak faham
“Terbang tinggi dan terus hinggap di hati awak, dan bersarang dekat dalam tu! jangan dilepas, ya,” ucap Indra diselangi tawa yang lebat.
 Dia lantas membolos diri ke dalam keretanya bila melihat mulut Riana pot pet memarahinya. Sebaik enjin kereta dihidupkan dia terus meluncur keluar dari perkarangan rumah itu. Hatinya berbunga. Mekar berkembang dengan cantiknya. Perasaan cinta sudah bercambah tunggu masa untuk  dituai. Dia yakin hatinya memang terpaut pada gadis yang bernama Riana itu.