“Ayah jangan pukul Fina
lagi. Fina janji akan ikut cakap ayah,” rayu seorang gadis bernama Afina sambil
menahan kesakitan sampai teresak-esak. Tidak sayangkah ayah padanya. Apa dosa
yang dia lakukan pada ayah sampai ayah sanggup memukulnya tanpa ada rasa belah
kasihan diri yang kerdil ini. Itulah yang sering difikirkan olehnya setiap hari
namun tidak juga jawapan yang diterimanya.
“Dah berapa kali aku cakap! Jangan pergi
sekolah! Kau degil. Lepas tu mulalah nak minta duit, nak bayar itu ini. Kau
ingat kita ni berharta ke?” amuk Pak cik Noor sambil memukul anak tunggalnya
dengan tali pinggang sekuat hati. Rayuan si anak tidak dihiraukan. Dirinya
sekarang telah dikawal oleh nafsu amarah.
Pak cik Noor
masih mahu memukul Afina biarpun anaknya
itu sudah kelihatan sangat menderita menanggung kesakitan. Di saat dia dia mahu
mengangkat tangan untuk memukul lagi. Tiba-tiba ada ketukan kedengaran di luar
rumahnya.
“Ishh, siapa pulak yang datang waktu aku tengah angin
ni?!” rungut pak cik Noor kasar.
Tali pinggang
di tangan di buang ke tepi lalu berluru ke pintu. “Hah, nak apa ketuk rumah aku
bagai ni?” Sergahnya sebaik daun pintu terkuak.
“Err, Tuan Haris …”seru Pak cik Noor tergagap-gagap. Terkejut dengan kedatangan
lelaki itu.
Tuan Haris memandang lelaki di hadapannya dengan
pandangan tajam sebelum tajam dia mengisyaratkan dengan matanya pada
konco-konconya untuk menangkap Pak cik Noor.
“Tuan! Ampunkan saya tuan. Seminggu lagi saya janji
akan ganti duit tuan tu. Saya janji tuan,” rayu Pak cik Noor sambil
meronta-ronta untuk dilepaskan.
“Hey, Noor! Kau nak aku tunggu sampai bila? Sampai kau
mampus dulu baru kau nak bayar, gitu?!” pekik Tuan Haris kasar sambil menarik kasar kedua belah pipi Pak
cik Noor rapat kepada dia.
“Mak...mak... Fina
perlukan mak…,” rintih Afina dalam sendu.
Tuan Haris yang
sedang memarahi Pak cik Noor terdiam sekejap. Bila dia mendengar suara tangisan
seorang budak perempuan. Dengan pantas dia menyerbu masuk ke dalam. Dilihatnya
seorang gadis yang berusia 15 tahun berkeadaan serabai teresak-esak. Dia tahu
gadis itu baru lepas didera. Buktinya? baju sekolah yang tersarung ditubuh
budak itu terkoyak sehingga menampakkan separuh badan. Lama dia merenung gadis
itu. Serta merta nafsu lelakinya
mengbangkit buas. Dia menghampir gadis itu.
Afina terkejut
bila melihat lelaki asing menghampiri. Dia ketakutan lalu mengesot ke belakang
perlahan-lahan sampai menarik baju yang sudah terkoyak untuk menutup bahagian
terdedah itu.
“Jangan takut nak, uncle cuma nak tolong kamu,”
pujuk Tuan Haris lembut. Dia membuang
kotnya lalu disarungkan pada tubuh gadis yang kelihatan agak lemah itu.
“Jangan menangis. Kamu nampak hodoh bila menangis,”
pujuk Tuan Haris lagi sambil
mengusap-usap rambut panjang yang hitam pekat Afina.
Afina yang teramat takut tadi terasa selamat
dan terus memeluk tubuh Tuan Haris sambil menangis teresak-esak. Selamatkan saya,
pak cik,” pintanya.
“Ya, nak uncle akan bantu kamu,” ujar Tuan
Haris dengan bibir terherot sedikit. Menandakan
rancangannya yang baru nak rancang sudah berjaya pada peringkat pertama.
“Terima kasih uncle,” ucap Afina sebaik meleraikan pelukkan itu.
“Sama-sama. Dah jangan nangis lagi ya, nanti uncle
akan berbincang dengan ayah kamu,”pujuk Tuan Haris lagi. Afina mengangguk lemah.
Tuan Haris bangkit keluar dari rumah itu seraya menjerit
memanggil pak cik Noor. “Noor!” panggil Tuan Haris tegas. Wajahnya masih terhias dengan senyuman
yang miang.
“Ya tuan,” sahut Pak cik Noor dengan nada ketakutan.
“Anak kau umur berapa?” soal Tuan Haris. Dagu dilurut
berkali-kali.
“15 tahun tuan? Kenapa tuan?” soal Pak cik Noor
kembali. Dia kehairanan.
“Muda lagi. Tapi dah bergetah. Aku suka,” balas Tuan
Haris bersahaja. Senyuman masih meleret
panjang.
Pak cik Noor terdiam. Dia sudah faham maksud Tuan
Haris itu. Dulu isterinya tergadai
sekarang anak tunggalnya bakal tergadai juga. Tuan Haris memang merajakan nafsu dari akal. Adakah dia
sanggup menjual anaknya demi membayar segala hutang piutangnya. Pak cik Noor berfikir
sejenak.
“Noor, aku mahukan anak gadis kau,” tutur Tuan Haris terang dan jelas.
Pak cik Noor tersentap. Betul sangkaannya tadi. Dia
memandang Tuan Haris kemudian menunduk.
“Macamana? Nak serahkan anak kau atau hutang akan
bertambah?” ugut Tuan Haris , keras.
Mulut Pak cik Noor terkumat kamit. Dia serba salah.
Antara anak dan hutangnya mana yang dia mahu utamakan dahulu. Hal ini pernah
terjadi tapi isterinya yang jadi mangsa.
“Noor, aku tak suka menunggu lama-lama di tempat yang
busuk ini!” sergah Tuan Haris . Dia sudah hilang sabar.
“Baiklah tuan saya setuju. Tapi saya nak minta 50 ribu
lagi sebagai tambahan.” Akhirnya terkeluar juga perkataan setuju dari mulut Pak
cik Noor. Tapi jauh dari sudut hati kecilnya, dia sedih kerana terpaksa
korbankan anaknya. Walaupun dia selalu memukul Afina, Afina
tetap darah dagingnya.
Tuan Haris mengherot
bibirnya tanda dia menang. “Baiklah, esok kau datang rumah aku. Sekarang aku
tak bawa apa-apa sebab aku nak kutip hutang dengan kau. Hrmm... pergi panggil
anak kau sekarang,” arah Tuan Haris .
“Sekejap tuan,” pinta Pak cik Noor kemudian dia masuk ke dalam.
“Fina, mula hari ini kau tinggal dengan bapak angkat
kau. Dia akan bela kau dan kau tak perlu risau tentang duit persekolahan lagi,
dia akan tangungg semuanya,” jelas pak cik Noor sambil mengemas semua pakaian
anak tunggalnya itu.
“Kenapa yah?” soal Afina kehairanan sambil berjalan menghampiri
ayahnya.
“Tak perlu bersoal bagai, bersiap cepat! Aku tahu kau
mesti suka, sebab dapat belajar. Itu yang kau selalu inginkan, kan?!” jergah Pak
cik Noor menyembunyikan perasaan sedihnya.
Afina terkejut
lalu menunduk.
“Apa yang kau tercegak lagi tu, cepatlah berkemas?!” marah
Pak cik Noor.
Afina
terkulat-kulat membantu ayahnya mengemas semua barang miliknya.
Afina memandang
ayahnya lama. Sayu hatinya hendak meninggalkan ayah. Walaupun ayahnya seorang
kaki judi. Dia sangat menyayangi ayah. ‘Kenapa ayah perlu kasi aku pada orang
ini? Siapa dia? Adakah kerana aku ingin belajar sampaikan ayah sanggup serahkan
aku pada orang ini?’ Desis hati kecilnya.
“Tuan!” panggil Pak cik Noor tiba-tiba.
“Apa lagi?” rengus Tuan Haris .
“Bagi saya peluk anak saya sekejap,” pinta Pak cik Noor.
“Emm…,” balas Tuan Haris
Pak cik Noor menghampiri anak gadisnya lalu dirangkul
seeratnya. “Semoga hidupmu senang nanti nak,” ujarnya sambil menggosok lembut
kepala anaknya.
Afina turut
membalas rangkulan itu. “Ayah….” Tangisnya dalam sendu.
Sebaik kereta Tuan Haris meluncur pergi. Pak cik Noor tersenyum
bahagia. “Yes! akhirnya aku bebas dari hutang malah dapat lagi saguhati.
Maafkan ayah Fina, bukan ayah tak sayang kamu. Tapi ayah terpaksa. Ayah ingin
hidup lagi,” ucap Pak cik Noor sendirian. Dia ketawa sekuat hati tanpa
menghiraukan orang yang lalu lalang, tidak sampai seminit dia menangis.
“Maafkan abang sayang. Maafkan ayah Fina. Aku sanggup
korban kamu berdua demi wang.”Lirik suara hati seorang suami dan ayah.
Pandangan didonggak ke langit. Bersama air mata menitis turun.
4 comments:
huh! geramlah dgn ayh fina ni..dh tahu laki tu jahat msih aje nk srhkan ank die smta2 untk duit..
kak domi smbunglah lgi..hihihi..
ape punye bapak la pak noor tu... sanggup dia serahkan anak dia...
lps ni ape la jadi kat fina...
@karya hati aka adik ziqa..ahahha mencabar diri nak buat heroin penuh dengan rasa dendam..cewah..tq again sbb sudi singgah n drop komen ya dear <3
@wild chery..hehehehe entah pak cik noor tu pe pnye ayahlah hehehe...tq sudi drop komen
Post a Comment