BAB 6
Kringggg!!!
Loceng
sekolah berbunyi nyaring, menandakan
waktu belajar sudah tamat untuk hari itu. Semua pelajar sudah sibuk memikul beg
masing-masing untuk pulang ke rumah. Itulah keadaan di sekolah Swasta Firas setiap
kali waktu pulang, segala peraturan tidak dihiraukan lagi asalkan dapat pulang
ke rumah itu yang paling seronok.
Arissa
masih lagi di dalam kelas. Dia sedang mengemaskan segala buku-buku di mejanya. Dia sengaja
keluar lewat kerana malas nak berebut-berebut dengan pelajar lain. Batrisya terlebih
dahulu keluar dari kelas kerana dia ada hal di bilik guru. Sebaik semuanya
selesai Arissa memikul beg sekolahnya dan
terus menuju ke pintu. Tak sempat kakinya mencecah keluar dari bilik
darjah, Emir Naufal tiba-tiba menjerit memanggilnya.
“Rissa!
Tunggu!”
Arissa
lantas menoleh. “Apa hal?” tanya Arissa cuak dengan kening dijungkitkan
sedikit.
“ Jom
study group sama-sama petang ni. Dekat taman rumah awak.”ujar Emir
Naufal dengan senyuman manis di wajah. Dia sengaja membuat alasan untuk belajar
bersama-sama padahal dia mahu berjumpa dengan gadis itu.
Arissa
mengerutkan dahinya sedikit sambil menggaru lembut dagunya . “Hrm baiklah jumpa
petang nanti. Pepe hal telefon aku.” Jawab Arissa. Kemudian dia terus melangkah
pergi.
“Yes!”
Emir naufal menarik tangan kanan ke belakang sedikit tanda dia sudah berjaya
untuk berjumpa dengan gadis pujaan hatinya itu.
Arissa mempercepatkan lagi langkahnya bila
tertengok Batrisya yang sedang menunggunya di bawah garaj sudah melambai-lambai
ke arahnya.
“
Kenapa lambat? soal Batrisya. Sebaik arissa tiba di hadapannya.
“Emir
sekat aku tadi. Dia minta nak study group petang nanti dekat taman rumah
aku. Datang tahu!” jelas Arissa sambil mengagau ke dalam beg untuk mencari anak
kunci skuternya.
“Yelah
tu nak study. Padahal nak mengorat kau.”perli Batrisya sambil kening
dijungkit-jungkit. Arissa menjuihkan bibirnya sedikit, tidak ambik kisah pasal
Emir Naufal itu.
“Wei
tadi kau nak suruh aku teman kau kan? Teman pergi mana?”
“Klinik
doktor duda anak satu!”
“Aishh
dah ada apa-apa ke ni?” usik Batrisya tersengih-sengih.
“Kau
jangan nak mengarut boleh tak Risya! Aku bagi hirup sup helmet kang.” tempelak
Arissa lalu menghulurkan topi keledar pada batrisya. Batrisya hanya mencemik
lalu memanjat naik atas skuter.
Arissa
membonceng sahabatnya itu ke klinik Aysar seperti yang dipinta Aysar malam tadi.
Sebaik sahaja mereka sampai, Arissa memarking skuternya betul-betul di
hadapan klinik itu. Bila tiba di muka pintu, Arissa berhenti melangkah kerana
hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Mana taknya setiap kali dia berjumpa dengan
Aysar pasti perang mulut akan tercetus.
“Jomlah
masuk.” ajak Batrisya lalu menolak badan Arissa agar masuk ke dalam. Bila pintu
terkuak Arissa menjenguk sedikit ke dalam, sepi saja. Hanya bunyi penghawa
dingin sahaja yang kedengaran. Tidak ada seorang pesakit pun ketika itu. Arissa
menoleh ke sebelah bila Batrisya mencuit bahunya.
“Apa?”
Soal Arissa.
“Tu.”
Batrisya menjuihkan bibirnya ke kiri. Kelihatan seorang jururawat yang pernah
merawatnya dulu sedang melambai tangan ke arah mereka. Arissa terus bergerak ke
kaunter.
“Nak
jumpa Dr Aysarkan? Dia pesan suruh masuk bilik dia kalau awak dah sampai,”
bagitahu jururawat itu.
Arissa
mengangguk. “Terima kasih ya. Batrisya jom ikut aku.” ajak Arissa dan menarik
tangan Batrisya
“Tak
mahu aku! Kau masuklah sorang. Dia nak jumpa kau bukan aku,” tolak Batrisya lalu
menarik tangannya kembali.
“Tolonglah.
Aku takut nanti dia marahkan aku macamana?,” rengek Arissa dengan riak muka
meminta simpati dari sahabatnya itu.
“Kau
marahlah dia balik. Macamlah tak biasa!” bidas Batrisya sambil
tersengih-sengih.
“Tak
pernah. Aku nikan budak baik.” balas Arissa dengan mulut termuncung menandakan
dia sedang protes dengan tuduhan Batrisya itu.
“Okeylah
aku masuk. Tapi kau masuk dulu lepas tu aku menyusur nanti. Serius aku memang
dah tak tahan dari tadi lagi, tapi kau je yang tak faham seret aku ke hulu ke
hilir.” putus Batrisya, namun sempat lagi dia melawak.
“Eeuww…
pengotor betul kau ni!” marah Arissa seraya memicit hidungnya tanda busuk.
Batrisya tergelak sendiri.
“Ya
Allah selamatkanlah hambaMu ini.” Sempat lagi Arissa berdoa sebelum dia mengetuk
pintu bilik Aysar.
Sebaik sahaja dengar suara Aysar mengarah dia masuk, Arissa cuba
menelan air liur terasa bagaikan tersekat di kerongkongnya. Saat Arissa
memasuki ruangan bilik itu, dia terhidu bauan yang begitu harum sekali. Arissa
tercari-cari mana datang bauan itu. Dia tersenyum kecil bila melihat bunga
kekwa segar tersusun rapi di dalam pasu yang tegak terpacak di sudut tepi belakang Aysar.
“Duduk.”
arah Aysar tanpa tanpa memandang ke arah gadis yang baru memasuki biliknya.
Elok saja Arissa duduk di kerusi badan dia diserang
sejuk dan panas secara serentak, jantungnya kembali mengepam kuat. Dia asyik menoleh
ke arah pintu menanti kemunculan kelibat Batrisya.
“Mana
si Batrisya ni? Perut aku dan kecut
sebab takut!” rungut Arisya perlahan.
“Sekejap
ya,” pinta Aysar dia masih lagi khusyuk menulis laporan pesakit. Arissa
mengangguk sambil bermain jari jemarinya sendiri. Dia kaku, begit juga dengan
mulutnya bagaikan terkunci terus. Selalunya dia tidak begini.
Waiz yang baru sahaja menapak keluar dari biliknya
ternampak kelibat Batrisya hendak memasuki bilik Aysar. Dia tersenyum nakal lantas menarik tangan
Batrisya yang berlapit lengan panjang uniform sekolah cuba menghalang Batrisya
daripada memasuki bilik Aysar.
“Mak
kau!” latah Batrisya sambil melurut dadanya, terkejut.
“Jangan
kacau orang nak berpacaran. Jom temankan saya pergi makan, saya laparlah.”
tutur Waiz dengan nada bergurau sambil menekan sedikit perutnya.
“Dr.
waiz rupanya. Hrm, tak bolehlah. Sebab Arissa suruh saya temankan dia dekat
dalam.”jelas Batrisya lurus.
“Adus
lurus bendul sungguh budak ni! Ujar Waiz sambil menepuk lembut dahinya. “Alah
tak pelah, jangan kacau dorang. Jomlah.” ajak Waiz lalu menarik Batrisya keluar dari klinik itu.
Batrisya tidak terkata apa-apa.
“ Terima
kasih sebab sudi datang.” ucap Aysar sebaik kerjanya selesai. Dia membetulkan
kedudukannya lalu memandang Arissa di hadapan dengan menopang dagu.
“Sama-sama.
Kenapa suruh saya datang sini ya, doktor? Doktor nak cakap sesuatu tentang Auni ke? soal
Arissa cuba menyembunyikan rasa takutnya.
“Bijak
pun awak. Ya, pasal Auni. Terima kasihlah sebab tolong jagakan dia semalam.
ujar Aysar dengan muka yang serius sambil menatap segenap wajah gadis itu.
Serentak itu juga dia membuka laci
mejanya. Sampul surat yang berisi wang ringgit sebanyak 200 dicapainya lalu
diletakkan di hadapan Arissa.
“Nah,
ambik ni! Saya tak suka termakan budi orang. Kalau tak cukup cakap, nanti saya akan tambah.”
Arissa
bagaikan orang terkena pukau menurut sahaja kata Aysar. Dia mengambil sampul
surat tanpa bertanya sepatah pun kemudian membuka sampul itu. Matanya membulat
besar sebaik terlihat wang di dalam sampu itu.
Duit? Mereng ke apa si duda
ni tiba-tiba kasi aku duit, gumam Arissa. “Apasal bagi saya duit?” tanya Arissa
dengan wajah cuak.
“Kenapa
lembap sangat awak ni? Itu untuk upah awak semalam sebab tolong jagakan anak
saya. Kan saya dah bagitahu tadi, saya
tak suka termakan budi orang. Kenapa tak cukup ke? jelas Aysar sambil menyoal
kembali.
“Lah,
ya ke. Kenapa tak cakap awal-awal nak kasi duit? Kalau tahu dari awal tak perlu saya memperbodohkan
diri menghadap doktor supaya saya dipermalukan seperti ni!” marah Arissa lantas
bangkit dari duduk. Intonasi suaranya sudah berubah. Dia sudah menjadi dirinya
yang sebenar. Pantang dirinya dipermalukan.
" Doktor dengar sini, saya jaga Auni sebab mak
cik Dini yang minta tolong! Bukannya saja-saja
rajin. Lagipun saya tak hadap dengan harta benda doktor yang bersepah tu.
kenapa doktor sangka saya miskin sangat ke?!” Sambung Arissa lagi sambil
memandang tepat ke dalam anak mata Aysar. Nafasnya turun naik menahan marah.
Aysar hanya mendengar dia tidak menjawab sepatah pun.
Dia memerhatikan Arissa dari atas hingga ke bawah sambil tersenyum sinis.
“Habis
kalau bukan nak dapatkan duit aku, kenapa kau baik sangat dengan Auni? Hello! Budak zaman sekarang ni ramai yang
berperangai macam kau. Sanggup membodek kanak-kanak yang kaya semata-mata nak
dapatkan habuan kan?” sembur Aysar sinis.
“Hei
doktor! Jaga mulut sikit. Jangan buat saya hilang rasa hormat dekat
awak nanti! Suka hati doktorlah cakap apa pun, tapi jangan hina niat baik saya
berkawan dengan Auni.” balas Arissa balik.
“Satu
lagi wang ni tak berguna buat saya.” Arissa melemparkan kesemua wang yang
diberikan Aysar kepadanya betul-betul ke muka Aysar dengan wajah yang penuh
dengan kebencian lalu dia menghayun kaki menuju ke pintu. Belum sempat dia mahu
memulas tombol pintu dia mengalih badanya mengadap Aysar kembali.
“Oh,
ya doktor! Saya nak ingatkan doktor jangan pernah menilai semua perempuan yang
rapat dengan Auni adalah sama. Untuk pengetahuan Dr.Aysar di sini Kelantan
bukan Kuala Lumpur yang senang-senang jual body sebab dahayakan wang
haram!” tempelak Arissa sambil tersenyum sinis lalu terus menghilangkan diri di
sebalik pintu.
Aysar
tergamam dan terkejut bagaikan tidak
percaya dia telah dihina dan dipermalukan oleh seorang gadis yang baru mencecah
usia 18 tahun.
Arissa
melangkah dengan hati yang sedih. Dia ingatkan tujuan Aysar mengajaknya datang
ke klinik itu berbincang pasal Auni tapi sebaliknya. Dia betul-betul bengang
dengan lelaki yang sudah duda dan beranak satu itu.
“Batrisya,
jom kita balik!”
Suara
Arissa sebaik sahaja Batrisya dan Waiz melangkah masuk ke dalam klinik itu lalu
melangkah laju ke luar dari klinik itu. Waiz dan Batrisya terpinga-pinga dan
saling berpandangan.
“Err..
saya balik dulu, ya.” Pinta Batrisya lantas mengejar Arissa.
Waiz
hanya mengangguk dia hairan kenapa dengan Arissa. Bila lihat wajah gadis itu
tadi Waiz yakin ini semua kerja sepupunya. ‘ Aysar.. Aysar… bilalah ego kau nak
hilang, aku sendiri pun tak tahu.’ Waiz berkata sendiri
“Arissa!
Tunggulah aku. Kenapa ni? Macamana tadi? Maaflah aku nak masuk tadi tapi
Dr.Waiz tarik aku pergi makan.”
“Hei,
Arissa! Cakaplah, jangan diam terus.” desak Batrisya bila Arissa masih senyap.
Arissa
yang menahan tangisannya dari tadi terus berhenti. Lalu memaling tubuhnya
mengadap Batrisya. "Risya mujur kau tak masuk tadi. Kalau tak, pasti aku bertambah malu," luah Arissa sambil
mengesat air matanya yang menitis turun ke pipi.
“Apa
yang dia dah buat pada kau?” tanya Batrisya ingin tahu. Badan Arissa
dirangkulnya lembut cuba menenangkan Arissa.
Arissa
menggeleng. “ Biarlah. Aku tak mahu
kenangkan kejadian tadi lagi. Jom balik.”
“Baiklah.
Aku tak nak paksa.”
Waiz
masuk ke bilik Aysar. Dia mahu mendengar kejadian tadi dari mulut Aysar sendiri.
Jenuh dia berfikir apa yang sudah Aysar buat pada Arissa sampaikan gadis itu
keluar dalam keadaan marah. Dia begitu yakin pasti Aysar telah berkata sesuatu
yang menyakitkan hati Arissa.
"Aysar."
seru Waiz sebaik menapak masuk ke dalam. Kerusi di hadapan Aysar di tarik
sedikit sebelum dia melabuh duduk.
“Hah!
Waiz kau nak apa datang bilik aku ni?” soal Aysar bila melihat Waiz tiba-tiba
masuk ke biliknya,
“Ceh!
Ayat, skemanya. Hmm, kenapa tadi? Aku tengok muka budak tu sedih tadi. Kau buat sesuatu ke?”
“Entah. Aku pun tak tahu. Aku cuma bagi dia duit je, dia
tiba-tiba meradang pelik betul aku.”jawab Aysar dengan nada geram.
“Duit?
Untuk apa pulak? Kau ada hutang dengan dia ke? Desak Waiz bertubi-tubi.
“Amboi,
mulut kau! Muka aku ni macam orang suka berhutang ke?” tempelak Aysar. Waiz
tersengih sumbing.
“Macam
ni, semalam kak Dini hantar Auni ke rumah budak tu sebab dia nak balik kedah
nak melawat jenazah adiknya. Jadi aku bagi duit kat dia sebab aku tak nak
termakan budi. Itu pun salah ke?” Jelas Aysar. Dia menceritakan semula
kedudukan kejadian yang sebenarnya itu kepada sepupunya. Waiz yang mendengarnya
hanya mampu mengelengkan kepala saja.
“Memang
patut pun dia meradang. Kau ni pun, bukan semua benda kat dunia ni kita dapat
beli dengan duit ringgit tahu. Aku percaya Auni tak salah menilai dia untuk
dijadikan mama barunya. Sebab Auni pandang dia dengan mata hati, bukan macam
kau hanya pandang serong je dekat dia. Cubalah kau buka hijab dekat pandangan
kau tengok dia betul-betul. Bagi aku dia okey je.”
Aysar
mengeluh kecil sambil meraup mukanya beberapa kali.
“Aku
hanya cakap apa yang aku lihat dari pandangan aku je. Tapi terpulang atas
engkau nak terima atau tidak. Sebagai sepupu kau, aku nasihatkan daripada kau
pilih Shila untuk dijadikan isteri kau
baik kau amik Arissa. Walaupun masih muda tapi dia ada naluri keibuan terhadap
anak kau.” Sambung Waiz lagi.
Aysar
masih menyepi.
“Sorylah
ganggu masa kau. Aku keluar dulu.” Waiz mengundur diri bila melihat Aysar
seperti orang tengah buntu.
Aysar
termangu sendirian. Kata-kata Waiz tadi membuatkan dia rasa tidak puas hati.
Kenapa sepupunya itu menyebelahi orang yang bukan dari kerabatnya sendiri.
Kenapa perlu ungkit pasal perkahwinanmya dan Shila dengan Arissa.
Kenapa
ini semua harus terjadi? Kenapa Auni boleh berjumpa dengan budak hingusan itu.
Kalau tak pasti Auni tak akan bising mahukan seorang mama dan tak akan minta
untuk aku kahwini dia. Tak! aku tak mungkin kahwin dengan budak yang kurang
ajar macam tu. Tidak kira apa pun!
Aysar
sudah tekad dihatinya untuk tidak mengahwini Arissa walaupun anaknya akan
kecewa. Gambar arwah isterinya dipegang sambil mengosok lembut. Abang tak akan
menduakan sayang. Tapi demi anak kita abang terpaksa berkahwin dengan Shila
untuk mengantikan tempat sayang hanya seorang ibu bukannya pemaisuri hati
abang. Tutur Aysar dengan penuh kesyahduan.
wah dah lama bobonor DN tak update e-novel ni.kalau tak silap tahun lepas last update harap-harap terhibur dengan bab kali ini :)
2 comments:
Geram.
@baby mio
kan.kan... geram bangat dgn dr aysar kn hehe
Post a Comment