Wednesday, 15 May 2013

Aku Ingin Bahagia

BAB 1


“Ayah jangan pukul Fina lagi. Fina janji akan ikut cakap ayah,” rayu seorang gadis bernama Afina sambil menahan kesakitan sampai teresak-esak. Tidak sayangkah ayah padanya. Apa dosa yang dia lakukan pada ayah sampai ayah sanggup memukulnya tanpa ada rasa belah kasihan diri yang kerdil ini. Itulah yang sering difikirkan olehnya setiap hari namun tidak juga jawapan yang diterimanya.
      “Dah berapa kali aku cakap! Jangan pergi sekolah! Kau degil. Lepas tu mulalah nak minta duit, nak bayar itu ini. Kau ingat kita ni berharta ke?” amuk Pak cik Noor sambil memukul anak tunggalnya dengan tali pinggang sekuat hati. Rayuan si anak tidak dihiraukan. Dirinya sekarang telah dikawal oleh nafsu amarah.
 Pak cik Noor masih mahu memukul  Afina biarpun anaknya itu sudah kelihatan sangat menderita menanggung kesakitan. Di saat dia dia mahu mengangkat tangan untuk memukul lagi. Tiba-tiba ada ketukan kedengaran di luar rumahnya.
“Ishh, siapa pulak yang datang waktu aku tengah angin ni?!” rungut pak cik Noor kasar.
 Tali pinggang di tangan di buang ke tepi lalu berluru ke pintu. “Hah, nak apa ketuk rumah aku bagai ni?” Sergahnya sebaik daun pintu terkuak.
“Err, Tuan Haris …”seru Pak cik Noor  tergagap-gagap. Terkejut dengan kedatangan lelaki itu.
 Tuan Haris  memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan tajam sebelum tajam dia mengisyaratkan dengan matanya pada konco-konconya untuk menangkap Pak cik Noor.
“Tuan! Ampunkan saya tuan. Seminggu lagi saya janji akan ganti duit tuan tu. Saya janji tuan,” rayu Pak cik Noor sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.
“Hey, Noor! Kau nak aku tunggu sampai bila? Sampai kau mampus dulu baru kau nak bayar, gitu?!” pekik Tuan Haris  kasar sambil menarik kasar kedua belah pipi Pak cik Noor rapat kepada dia.
“Mak...mak... Fina perlukan  mak…,” rintih  Afina dalam sendu.               
Tuan Haris  yang sedang memarahi Pak cik Noor terdiam sekejap. Bila dia mendengar suara tangisan seorang budak perempuan. Dengan pantas dia menyerbu masuk ke dalam. Dilihatnya seorang gadis yang berusia 15 tahun berkeadaan serabai teresak-esak. Dia tahu gadis itu baru lepas didera. Buktinya? baju sekolah yang tersarung ditubuh budak itu terkoyak sehingga menampakkan separuh badan. Lama dia merenung gadis itu. Serta merta  nafsu lelakinya mengbangkit buas. Dia menghampir gadis itu.
 Afina terkejut bila melihat lelaki asing menghampiri. Dia ketakutan lalu mengesot ke belakang perlahan-lahan sampai menarik baju yang sudah terkoyak untuk menutup bahagian terdedah itu.
“Jangan takut nak, uncle cuma nak tolong kamu,” pujuk Tuan Haris  lembut. Dia membuang kotnya lalu disarungkan pada tubuh gadis yang kelihatan agak lemah itu.
“Jangan menangis. Kamu nampak hodoh bila menangis,” pujuk Tuan Haris  lagi sambil mengusap-usap rambut panjang yang hitam pekat  Afina.
  Afina yang teramat takut tadi terasa selamat dan terus memeluk tubuh Tuan Haris  sambil menangis teresak-esak. Selamatkan saya, pak cik,” pintanya.
“Ya, nak uncle akan bantu kamu,” ujar Tuan Haris  dengan bibir terherot sedikit. Menandakan rancangannya yang baru nak rancang sudah berjaya pada peringkat pertama.
“Terima kasih uncle,” ucap  Afina sebaik meleraikan pelukkan itu.
“Sama-sama. Dah jangan nangis lagi ya, nanti uncle akan berbincang dengan ayah kamu,”pujuk Tuan Haris lagi.  Afina mengangguk lemah.
Tuan Haris  bangkit keluar dari rumah itu seraya menjerit memanggil pak cik Noor. “Noor!” panggil Tuan Haris  tegas. Wajahnya masih terhias dengan senyuman yang miang.
“Ya tuan,” sahut Pak cik Noor dengan nada ketakutan.
“Anak kau umur berapa?” soal Tuan Haris. Dagu dilurut berkali-kali.
“15 tahun tuan? Kenapa tuan?” soal Pak cik Noor kembali. Dia kehairanan.
“Muda lagi. Tapi dah bergetah. Aku suka,” balas Tuan Haris  bersahaja. Senyuman masih meleret panjang.
Pak cik Noor terdiam. Dia sudah faham maksud Tuan Haris  itu. Dulu isterinya tergadai sekarang anak tunggalnya bakal tergadai juga. Tuan Haris  memang merajakan nafsu dari akal. Adakah dia sanggup menjual anaknya demi membayar segala hutang piutangnya. Pak cik Noor berfikir sejenak.
“Noor, aku mahukan anak gadis kau,” tutur  Tuan Haris  terang dan jelas.
Pak cik Noor tersentap. Betul sangkaannya tadi. Dia memandang Tuan Haris  kemudian menunduk.
“Macamana? Nak serahkan anak kau atau hutang akan bertambah?” ugut Tuan Haris , keras.
Mulut Pak cik Noor terkumat kamit. Dia serba salah. Antara anak dan hutangnya mana yang dia mahu utamakan dahulu. Hal ini pernah terjadi tapi isterinya yang jadi mangsa.
“Noor, aku tak suka menunggu lama-lama di tempat yang busuk ini!” sergah Tuan Haris . Dia sudah hilang sabar.
“Baiklah tuan saya setuju. Tapi saya nak minta 50 ribu lagi sebagai tambahan.” Akhirnya terkeluar juga perkataan setuju dari mulut Pak cik Noor. Tapi jauh dari sudut hati kecilnya, dia sedih kerana terpaksa korbankan anaknya. Walaupun dia selalu memukul  Afina,  Afina tetap darah dagingnya.
Tuan Haris  mengherot bibirnya tanda dia menang. “Baiklah, esok kau datang rumah aku. Sekarang aku tak bawa apa-apa sebab aku nak kutip hutang dengan kau. Hrmm... pergi panggil anak kau sekarang,” arah Tuan Haris .
“Sekejap tuan,”  pinta Pak cik Noor kemudian dia masuk ke dalam.
“Fina, mula hari ini kau tinggal dengan bapak angkat kau. Dia akan bela kau dan kau tak perlu risau tentang duit persekolahan lagi, dia akan tangungg semuanya,” jelas pak cik Noor sambil mengemas semua pakaian anak tunggalnya itu.
“Kenapa yah?” soal  Afina kehairanan sambil berjalan menghampiri ayahnya.
“Tak perlu bersoal bagai, bersiap cepat! Aku tahu kau mesti suka, sebab dapat belajar. Itu yang kau selalu inginkan, kan?!” jergah Pak cik Noor menyembunyikan perasaan sedihnya.
 Afina terkejut lalu menunduk.
“Apa yang kau tercegak lagi tu, cepatlah berkemas?!” marah Pak cik Noor.
 Afina terkulat-kulat membantu ayahnya mengemas semua barang miliknya.
 Afina memandang ayahnya lama. Sayu hatinya hendak meninggalkan ayah. Walaupun ayahnya seorang kaki judi. Dia sangat menyayangi ayah. ‘Kenapa ayah perlu kasi aku pada orang ini? Siapa dia? Adakah kerana aku ingin belajar sampaikan ayah sanggup serahkan aku pada orang ini?’ Desis hati kecilnya.
“Tuan!” panggil Pak cik Noor tiba-tiba.
“Apa lagi?” rengus Tuan Haris .
“Bagi saya peluk anak saya sekejap,” pinta Pak cik Noor.
“Emm…,” balas Tuan Haris
Pak cik Noor menghampiri anak gadisnya lalu dirangkul seeratnya. “Semoga hidupmu senang nanti nak,” ujarnya sambil menggosok lembut kepala anaknya.
 Afina turut membalas rangkulan itu. “Ayah….” Tangisnya dalam sendu.
Sebaik kereta Tuan Haris  meluncur pergi. Pak cik Noor tersenyum bahagia. “Yes! akhirnya aku bebas dari hutang malah dapat lagi saguhati. Maafkan ayah Fina, bukan ayah tak sayang kamu. Tapi ayah terpaksa. Ayah ingin hidup lagi,” ucap Pak cik Noor sendirian. Dia ketawa sekuat hati tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang, tidak sampai seminit dia menangis.

“Maafkan abang sayang. Maafkan ayah Fina. Aku sanggup korban kamu berdua demi wang.”Lirik suara hati seorang suami dan ayah. Pandangan didonggak ke langit. Bersama air mata menitis turun.

4 comments:

Unknown said...

huh! geramlah dgn ayh fina ni..dh tahu laki tu jahat msih aje nk srhkan ank die smta2 untk duit..
kak domi smbunglah lgi..hihihi..

Waisya Carissa said...

ape punye bapak la pak noor tu... sanggup dia serahkan anak dia...
lps ni ape la jadi kat fina...

Unknown said...

@karya hati aka adik ziqa..ahahha mencabar diri nak buat heroin penuh dengan rasa dendam..cewah..tq again sbb sudi singgah n drop komen ya dear <3

Unknown said...

@wild chery..hehehehe entah pak cik noor tu pe pnye ayahlah hehehe...tq sudi drop komen