Petang yang damai dan tenang itu, sengaja aku habis masa
dengan menyajikan pandanganku melihat gelagat-gelagat anak-anak terbiar
berhibur sesama sendiri, bersorak ria bergelak ketawa tanpa menghiraukan
masyarakat sekeliling, yang sentiasa memandang hina terhadap kami. Pada mata
kaca mereka, kami ini ibarat sampah masyarakat membazirkan kehidupan waktu
dengan aktiviti liar yang tidak berguna. Mencuri, merompak, sudah jadi lumrah kehidupan
seperti kami. Di kawasan Lorong Pesta yang
terletak di negeri Selangor agak
terkenal dengan kawasan anak-anak terbiar. Walaupun kehidupan kami
seperti itu tapi hubungan sesama kami agak rapat. Segala hal kami akan dilakukan
bersama-sama. Kadang-kadang aku merasakan agak menyampah dan bosan dengan kehidupan seperti ini. Aku dapat rasakan
bahawa jiwaku ini terlalu kosong dan
ketandusan kasih sayang dari ibubapa.
“Ayah,Bapa,Dady,Abah”
Perkataan itu tidak pernah keluar dari mulutku
langsung dari hari pertama aku lahir ke dunia ini sehinggalah sekarang. Aku
berbintikan nama ibuku sendiri bukannya ayah. Menurut ibuku, dia sendiri tidak
tahu hendak meletak siapa nama bapaku kerana dia tidak tahu aku ini dari benih
siapa yang menghamilkannya. Cukup hinanya diriku ini. Aku ada juga terfikir mahu berhijrah dari
kehidupan seperti neraka ini ke arah yang lebih tenang. Tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya.
“Arghh!!!
serabut dengan kehidupan seperti ini.” Aku mengeluh kasar sambil meramas kuat
dahiku.
Sedang
aku berkelakuan sedemikian, tiba-tiba hati kecilku berbisik ada sepasang mata sedang memerhatikan diriku
yang berpakaian seperti jantan ini. Lantas aku memalingkan tubuhku. Namun sayang pemilik sepasang mata itu sudah
pun berlalu pergi dengan sebuah kereta menyusuri jalan raya.
“Tolong
lepaskan saya. Lepaslah”
Tatkala itu aku terdengar suara gadis terpekik
meminta tolong untuk dilepaskan.
“Hmm..
tak habis-habis, mesti mereka dah dapat mangsa.” Omelku lantas bangkit dari
tempat dudukku sambil menepuk sedikit bontok yang dipenuhi debu lalu menuju ke arah
sekumpulan remaja lelaki yang cuba mengusik seorang gadis yang lengkap
bertudung labuh.
“Hoi,hoi..
dah lah tuh. Dah nak maghrib, takkan korang nak buat kerja terkutuk tu lagi.
Lepaskan dia.” Sergah ku sambil
menaikkan sedikit cap yang menutupi wajah ku ini.
“
Alah kak Z , kami nak rasa yang bertudung pula. Bagilah peluang” rayu salah
seorang dari geng budak lelaki itu.
“Tak
payah nak rayu merayu pujuk memujuk, aku tak mahu aku dah muat. Lepaskan budak tu
sekarang! Sebelum aku karate korang semua.” Ugutku serius.
“Kesian
pulak aku lihat minah yang bertudung labuh ni, air matanya keluar
mencurah-curah. Budak ini tak bersalah apa-apa. Auratnya pun terjaga dengan rapi. Memang dasar
lelaki jalanan.” Kutuk ku didalam hati.
“Aku
kata lepaslah. Sebelum aku panggil geng aku datang.” Marahku lagi dengan muka
serius.
“Tak
sporting betul kak Z ni. Tak pe, kali ni kami lepaskan, tapi ingat lain kali
jangan harap kami nak takut dengan ugutan akak tu. Dah jom blah.”
“Ka..kak
terima kasih banyak-banyak kerana menyelamatkan maruah saya tadi.” Ucap gadis
itu tersedu-sedu selepas kelibat geng remaja tadi sudah beredar dari situ.
Aku
menoleh ke belakang bila mendengar suara sendu gadis itu. Hatiku tiba-tiba
menjadi sebak dan pilu bila melihat air matanya meleleh dipipinya bersama
esakan tangisannya akibat ketakutan yang amat sangat.
“Tak
pe. Hal biasa lah. Aku tolong pun sebab kau kaum aku jugak kan. Rumah kau kat
mana? Berani betul kau jalan sorang-sorang senja-senja begini.” Omel ku berjeda
untuk menyembunyikan perasaan kesianku kepadanya.
“Rumah
saya dekat dengan Jalan Masjid.” Bagitahu gadis itu sambil mengemaskan
tudungnya serabai itu.
“Oo
aku kenal. Dah mari aku teman kan, kau
balik rumah.” Pelawaku ramah.
“Kak
siapa nama?” Tanya gadis itu memecahkan suasana sepi di antara kami ketika
dalam perjalanan ke rumahnya.
“Hah!
Hmm Zana. Panggil Z je. Kau nama apa? Mesti kau ni anak pak imam kan, tak pun anak ustaz sebab bertudung labuh bagai ni kan
.” soalku kembali sambil memandangnya dari atas ke bawah.
“Nama
saya Nurul Ain. Panggil Ain. Kedua-duanya sekali kot akak.” Jawab gadis itu
sambil tersenyum manis kepadaku.
“Beruntung
betul nasib kau.” balasku sahaja lalu memalingkan pandangku ke hadapan semula.
“Kenapa
kak Z cakap macam tu? Semua makluk yang diciptakan Allah ada rahmatnya
masing-masing. Cuma kita je yang mahu mengubahnya atau tak.” Terang gadis yang
bernama Nurul Ain itu sambil berjalan pantas untuk menyaingi langkahku.
“Dah
nama anak pak imam dan ustaz kan, kerjanya asyik nak ceramah je kan.” Rungutku
pada gadis yang bernama Nurul Ain itu.
“Maaflah
kalau akak terasa. Bukan maksud Ain nak ceramah dekat akak. Ain tahu akak
seorang yang baik.” tutur Ain berhemah.
“Bukan
semua dapat terima nasihat kita. Betul kata Abi untuk mendakwah orang bukannya
mudah. Aku perlu tabahkan hati ku dan kuatkan semangat.” Katanya lagi tapi
hanya dalam hati.
“Kita
dah sampai dah kakak.”
“Tak kan terasanya aku.” Pangkahku sambil
tertinjau-tinjau keadaan rumah gadis itu.
‘Eh
kau tinggal dalam kawasan sekolah pondok ke?” soalku lalu memandang wajah
ayunya.
“Aah.. pondok tu kepunyaan datuk saya. Jemput
masuk dululah kak. Bolehlah singgah solat dulu.” pelawa Ain.
“Ceh
terasa aku. Mentang –mentanglah aku tak tahu solat.” cemuhku dalam hati.
“Tak
pelah, aku chow dulu ya. Daa..”
“Akak
terima kasih sebab sudi selamatkan saya!!”
Langkahku
terhenti bila terdengar budak yang
bernama Nurul Ain melaung padaku. Aku tidak menyahut hanya melambaikan tangan
kananku tanpa menoleh ke belakang .
“Ain
siapa budak laki tu.” tanya Umi Khaleja emak kepada Nurul Ain tiba-tiba muncul
dari belakang.
“Ish
..umi ni, bukan laki tapi perempuanlah.” Jawab Ain lembut.
“Perempuan
apa ke bendanya, nampak macam jantan je ummi tengok.” Duga Umi Khaleja seakan
tidak percaya
“Betullah
umi. Tak kan Ain nak tipu umi pula. Dia paling berjasa pada Ain hari ni.” Beritahu
Ain beria-ia sambil memeluk bahu Umi Khaleja yang terpinga-pinga.
~~~~~~~~~~~~~~
Selesai dari tazkirahnya tadi. Nasrul pulang
ke rumahnya yang beberapa tapak dari pondok untuk merehatkan dirinya. Perjalanan
dari Pahang ke Selangor dari petang tadi amat memenatkan badannya. Menjadi
rutin setiap petang jumaat dia pulang ke rumah orang tuanya selepas habis
kerja. Dia seorang pensyarah di KIPSAS negeri Pahang dan menjadi ustaz separuh
masa di pondok milik ayahnya sendiri. . Sofa yang empuk di ruang tamu rumahnya
menjadi tempat beraduannya. Tanpa disedari dia terlelap seketika.
“Ahmad Nasrullah kalau nak tidur, kat bilik sana.” Abi
Khalid menegur dengan lembut anak lelaki tunggalnya itu. Dia tahu anaknya itu
sangat kepenatan.
“Ya
Allah maaf abi. Nasrul tak sedar bila masa Nasrul terlelap.” Nasrul meminta maaf bila terdengar suara abinya.
“Tak
pe abi faham. Sudahlah pergi tidur, pagi esok Abi nak Nasrul jadi imam untuk
solat qiamulail.”
“Insya
Allah abi.” ujar Nasrul pandangan masih disusuk tubuh abi Khalid yang sudah
dimamah usia itu sehingga hilang kelibat.
“
Siapa dia? Sampai terbawa dalam mimpiku . Ya Allah kenapa aku ni. Hebat sungguh
godaan syaitan yang dilaknatMu.” keluh Nasrul sambil meraup mukanya
berkali-kali.
~~~~~~~~~
“Zana
kau buat lagi? Cepatlah, nanti pak cik kau marah kalau kau lambat.” Sergahan dari
ibu mengejutkan lamunanku. Semenjak ibuku berkahwin dengan seorang lelaki
bernama Roy si ketua pengedar dadah. Kehidupan kami anak beranak menjadi lebih
haru biru. Lelaki itu merangkap bapak tiri aku sering kali mengugut aku. Kalau
aku mahu mengambil barang edaran dengan uncle John rakan kongsinya, ibu
aku pasti dikerat-keratnya.
“Ibu
jelah pergi, Zana malaslah nak amik benda dia tu. Dia tak mahu pergi ambik
sendir. Bijak sungguh dia. Kalau tertangkap nanti, bukan dia yang kena tapi Zana
dan ibu yang kena.”
“Kau
cakap apa Zana . Tak terdengar telinga
aku. Hoiiii! Anak zina uncle John dah nak sampai. Baik kau pergi ambik. Kalau tak
aku bunuh mak kau sekarang juga.” Laungan bapak tiriku membingitkan teling
serta hatiku.
“Dasar
jantan tak guna. Benci betul aku dengan jantan tak guna tu.” gerutuku dalam
hati.
“Hello,
amoi manyak punya cantik maa. Mana bapaknya? Soal Uncle John dengan longat
bahasa chinanya sebaik terlihat kelibatku menghampirinya.
“Pergi
mampus! Mana bendanya uncle.” Jawabku kasar sambil menadah tangan.
“Ayooo,
manyak punya marah budak ni woo.”
“Suka
hati unclelah.” Jawabku malas bila melihat uncle John cuba bergurau
denganku.
Setelah mendapatkan benda itu, dengan malas aku
mengatur langkah untuk pulang ketika dipertengahan jalan ke lorong rumahku aku
terjumpa dompet seseorang.
“Wah,
ada rezeki jatuh dari langit lah! Mintak-mintak banyak.” kataku sendiri tersenyum riang sambil membuka
dompet milik entah dari siapa.
“Wow..
banyak gila. Mesti orang kaya ni. Eh jap,
macam nak kenal je budak perempuan ni. Lah minah tudung labuh semalam ke?
Kontai aku nak amek.” Tiba-tiba rasa bersalah terbit dihati kecilku.
~~~~~~
“Ding!Dong!”
“Ain oo Ain?” Laungku selepas beberapa kali
menekan loceng rumah yang berdekokan kayu kayan yang cantik itu.
“Assalamuaikum
anak? Nak cari siapa ni?” Sapa seorang mak cik dalam lingkungan 40-an dengan
lembut dan riak mukanya tersenyum.
“Tak
elok anak gadis melalak memanggil orang?” sambung Umi Khaleja lagi. Dia yang
sedang menyiram pokok-pokok tersentap
bila terdengar suara seseorang yang bergema di hadapan rumahnya.
“Er..
maaf mak cik.” ujarku sambil menunduk sedikit wajahku kerana tersipu malu
sendiri.
Umi
Khaleja hanya tersenyum manis. Dia hairan macamana anak gadis tunggalnya boleh
berkawan dengan anak gadis dihadapnya ini.
“Ya,
anak nak cari Ain ke? Masuklah dulu. Sekejap ya, nanti umi panggilkan.”
“Wah
sejuknya mata melihat wajah makcik ini. Kalaulah ibu aku seperti dia pasti hidup
aku tak jadi macam ni.” Desis hatiku sambil melangkah masuk ke rumah yang
tenang ini.
“Lama
pulak si Ain ni? Naik lenguh kaki aku.” Bebelku sambil melabuhkan punggung ke
kerusi batu yang terletak di sudut tepi rumah itu.
ALLAHUAKBARALLAHUAKBAR…
Tatkala
telingaku menangkap kalimah itu hati kecilku tersentuh bagaikan ada satu suara
yang berbisik.
“Lunaknya
suara tok bilal ni?” ucapku tiba-tiba tapi hanya kedengaran oleh aku sahaja.
“Assalamuaikum
kak Z . Maaf, Ain terlambat sikit. Ain ada kerja kat pondok tadi, sibuk menyuruh
anak-anak pondak pergi solat jemaah. Meh
masuk akak.” Sapa Ain begitu teruja dengan kedatangan gadis yang pernah
menyelamatkan maruahnya.
Sapaan Ain mematikan lamuananku terhadap suara
lemak merdu gerangan si muazan itu.
“Tak
pe. Aku datang ni pun, nak kembalikan dompet kau semula.”
“Ya
Allah syukurlah. Terima kasih akak. Seminggu Ain duk mencari ke mana hilang
dompet Ain. Terima kasih akak.”
Aku
melihat Ain menadah tangan lalu melurut kembali. Selepas itu memelukku
erat-erat.
“Er
…” lidahku kelu.
“Jom
kak, kita solat asar sama-sama dekat pondok tu.”
Ajakan Ain itu membuatkan aku serba salah dah
dua kali dia ajak aku solat. Mana taknya solat pun aku tak tahu macam nak solat. Apatah lagi
dengan bacaan solat.
“Akak..akak
sebenarnya…” Aku cuba mencari peluang untuk melepaskan diri.
“Tak
pe. Ain faham. Nanti Ain tolong ajar.” Pelawa Ain mesra.
Ain meninggalkan aku bersendirian di ruang
tamu untuk ke dapur sebaik sahaja pulang
dari solat asar. Sedang asyik
memerhatikan keadaan sekeliling aku disapa oleh suara sesorang.
“Anak
ni, nama siapa?” Tanya Umi Khaleja sebaik melabuhkan duduknya di sofa dengan
badan masih membaluti kain sembahyang.
“Zana
umi” jawabku perlahan.
“Ya
Allah .. betul ke?”
Aku melihat wajah Umi Khaleja amat terkejut
bila aku memberitahu namaku. Aku mengangguk mengiakan.
“Kalau
umi nak tegur sikit boleh tak? Soal Umi Khaleja lagi. aku masih mengangguk.
“Maksud
untuk nama Zana itu, tidak elok sayang. Maksudnya penzina.” Beritahu Umi
Khaleja tenang.
Tersentap
aku bila Umi Khaleja memberi maksud namaku sebenar. Rupa-rupa namaku memang
sesuai untuk diriku ini. Anak si penzina.
“
Zana tak tahu umi. Zanaa…” beritahuku
cuba menahan sebak.
“Tak
pe, umi faham. Apa kata umi bagi nama baru nak tak?”
Persoalan
dari Umi Khaleja itu memaksaku untuk menatap wajah tenang itu.
“Haa,
bagaimana kalau ummi panggil Umaira je? Maksudnya pun sedap. Kemerah-merahan
sesuai sangat dengan wajah tuannya. Ujar Umi Khaleja dengan senyuman masih
belum hilang.
“Umaira…”
sebutku perlahan
“Kalau
Maira nak tahu. Umaira itu gelaran Nabi kita SAW untuk isterinya yang bernama Siti
Aisyah.” Jelas Umi Khaleja yang sudah
memanggil diriku dengan panggilan Maira.
“Assalamuaikum”
Wa’alaikumussalam,
masuklah abang. Eh, Nasrul pun ada sekali ? Eloklah boleh kita makan sama-sama.
Maira pun makan sekali ya.” Ajak Umi
Khaleja sambil memandang kearahku.
Aku
mengalih pandangku pada mereka dihadapanku kini sambil tersenyum manis. Aku
terpegun melihat makhluk ciptaan Allah.
Sungguh tampan sekali. Hatiku bergetar kencang. Namun sayang, dia tidak
sesekalipun toleh ke arahku apatah lagi mahu membalas senyumanku.
“Umi
makanan dah siap dihidang marilah.” laung Ain dari dapur.
“Siapa
anak ini? Abi tak pernah tengok pun sebelum ini.” Soal Abi Khalid bila semuanya
duduk di meja makan.
Belum
sempat aku menjawabnya. Ain sudah pun menjawab bagi pihakku.
“Kawan
Ain, abi. Dia nak tinggal kat sini, nak belajar agama. Bolehkan abi?” kata-kata
Ain membuatku terkedu.
“Laa
macam tu ke? Kenapa tak boleh. Abi alu-alukan, tak kira sesiapa pun asalkan ada
niat mahu belajar agama. Abi raikan. Mak ayah kamu tak marah ke? Soal Abi
Khalid kembali. Menyebabkan lidahku kelu untuk berbicara.
“Aah,
Maira ibu bapa kamu dah tahu ke tentang hal ini?” Soal Umi Khaleja pula.
“Ah
Maira? Ain tak silap dengar ke umi? Tanya Ain sambil memandang ke arahku. Dia
keliru bila uminya memanggil Maira.
Umi dah tukar nama. Umaira sedapkan nama itu.
Sesuai sangat dengan empunya diri tambah-tambah bertudung pulak tu. Semakin
cantik. “Umi Khaleja memuji diriku.
“Memang
sesuai sangat. Betul tak abang?” Ain turut memujiku. Siap bertanyakan abangnya
sekali.
“Hah?
Hmm..”
Nasrullah yang khusyuk menatap skrin telefon
bimbitnya terkejut lantas mengangkat kepala sedikit untuk melihat gadis yang
dia tidak kenali itu sekilas pandang, lalu menjatuhkan pandanganya kepada
telefonnya kembali.
“Abi tak kesah kalau Umaira nak tinggal dan
duduk kat sini tapi kalau ibu bapa Umaira tak izinkan. Abi terpaksa suruh Umaira
balik rumah.” Abi Khalid bersuara tiba-tiba.
“Se..sebenarnya
mak saya balik kampung. Jadi dia tak kesah kalau saya nak kemana-mana.” jawabku
gugup kerana telah menipu kedua orang tua yang baik hati lagi soleh ini.
“Tak
pelah macam tu. Eh, apa lagi jemputlah makan! Jangan malu-malu. Nasrul baca
doa.” Pelawa Abi Khalid dengan selingan gurauan.
“Kak.
Itulah orang yang akak tanya tadi.” Bisik
Ain ke telinagku sambil meletak pinggan mangkuk disinki untuk dicuci olehku.
“Hah?
Siapa?” Tanyaku tidak mengerti maksud Ain dengan menoleh sedikit mukaku untuk
menatap wajahnya sekilas.
“Alah
akak ini. Abang Nasrullah yang akak tanya pada Ain tadi. Siapa ustaz yang bagi
tazkirah pendek masa Asar tadi, pasal wanita solehah hanya untuk lelaki yang
soleh itu.” jelas Ain sedikit geram.
“Ooo
… jadi dia jugalah yang mengimami solat kita tadi. Beruntung siapa dapat kahwin
dengan dia kan?” Ujarku perlahan.
“Hah?
Apa akak cakap?” Ain tidak mendengar bicaraku dan memintaku mengulangnya
kembali.
“Er..
tak de apa-apalah.”
~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah
sebulan aku menjadi salah seorang warga Pondok Wardah ini. Setiap dua minggu
sekali anak-anak pondok dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Anak-anak
pondok lelaki dan perempuan memang diharamkan sesama sekali berjalan berdua-dua
malah untuk memandang muka antara satu lain juga memang sukar. Abi Khalid begitu
teliti dengan pergaulan anak didiknya. Di pondok ini hanya mengajar ilmu agama
sahaja , ilmu akademik tidak diajar. Hanya tiga orang ustaz yang akan mengajar
kami. Selain Abi Khalid, Ustaz Hafiz dan Ustaz Fauzi. Manakala ustaz Nasrullah
akan mengambil setiap malam Sabtu dan pagi Ahad sahaja untuk sesi kuliahnya
disebabkan dia sibuk mengajar diKIPSAS sebagai pensyarah bahasa Arab.
Bila
tiba kuliah ustaz Nasrullah hatiku berbunga mekar. Setiap hari aku akan menghitung
hari.
“Siapa
yang tak mahu dah kacak pandai ilmu agama pulak.” Beranganku sendiri.
Seperti
biasa waktu peang-petang begini Umi Khaleja dan Abi Khalid akan membebaskan
anak-anak pondok dengan membuat aktiviti masing-masing. Ada yang bersukan dan ada
juga yang berborak sesama sendiri. Aku tidak minat untuk menyertai mereka
semua. Bagiku bersendirian melayan perasaan lagi elok dari bercampur dengan
mereka semua.
“Umaira,
kenapa tak main bersama mereka semua?” Sapa Umi Khaleja yang datang lalu
menyentuh belakangku.
Aku
kalih mukaku mengadap Umi Khaleja sambil mengeluh lembut.
“Ish
tak baik mengeluh sayang. Ada masalah ke?”
“Umi..
Umaira banyak dosa. Umaira tak seperti umi sangkakan. Umaira jahat umi.” beritahuku
dengan air mata yang mengalir keluar tiba-tiba.
Umi Khaleja jelas terkejut aku menangis
tiba-tiba dia menarik badanku ke pangkuannya erat sekali pelukan itu. Pelukkan
seorang ibu.
“Syhh,
jangan menangis cuba cerita apa masalah
Maira pada umi.” Umi Khaleja memujukku.
Kali
ini, aku tekad tidak mahu menipu lagi. Aku tidak sanggup untuk menipu orang
sebaik Umi Khaleja dan Abi Khalid. Aku
menceritakan kisah hidupku dari kecil sehingga sekarang. Sepanjang
penceritaanku Umi Khaleja hanya mengusap lembut bahuku. Cuba bagi semangat
untukku terus hidup dengan tenang.
“Kalau
macam tu. Eloklah Maira pergi jumpa ibu Maira. Dia pasti rindukan Maira nak.”
Umi
Khaleja tersenyum manis bila melihat gadis disebelahnya itu mengangguk tanda
setuju untuk pulang ke rumah. Dia cukup kasihankan anak gadis itu. Dia tidak
menyangka wajah yang lembut itu menyimpan rahsia sangat berat.
Dengan
hati berbunga bahagia aku pulang ke diaman asalku untuk mengkhabarkan berita
gembira pada ibu. Akhirnya impianku untuk keluar dari kehidupan nereka
betul-betul tercapai. Sebaik aku membuka pintu rumah hatiku tersentap , bila
aroma bau yang tidak menyenangkan semerbak. Keadaan rumah lintang pukang.
Hatiku tiba-tiba diserang resah dan tidak tenteram. Aku berlari ke bilik ibu untuk
mendapatkan ibu. Bila sampai betul-betul di depan kamar ibu lututku bergetar
bila terlihat ibu mati dalam keadaan yang cukup mengaibkan dengan mata yang
terbeliak dagingnya dimakan ulat. Aku menangis disamping jasad ibu.
“Ibu
maafkan Maira kerana terlambat datang untuk menjemput ibu.” rintihku dalam
tangisan.
Aku
mengambil keputusan untuk meminta bantaun Umi Khaleja dan Abi Khalid bagi
menguruskan jenazah ibu. Semasa dalam perjalanan ke rumah umi aku diganggu oleh
geng anak-anak liar, bukan orang lain, geng budak liar aku juga.
“Hoi!
geng tengok-tengok awek bertudung lah. Cun gila. Hai cik adik boleh
berkenalan.”
Aku mengeluh dengan sikap mereka yang masih
tidak mendapat hidayah lagi dari Allah. Aku sempat berdoa dalam hati agar
hati-hati mereka disinari cahaya iman suatu hari nanti. Namun belum sempat aku
aminkan doaku. Mereka sudah bertindak kasar padaku. Mereka menolakku jatuh ke
tanah.
“Hey…
Apa korang buat ni.? Ini aku lah. Woiii!” aku menjerit. Namun sia-sia sahaja. Rayuanku
tidak dipedulikan habis pakaianku dirobek mereka. Aku meminta pertolongan
dariNya agar aku diselamatkan. Namun sudah terlambat. Maruahku sudah dinodai
oleh manusia-manusia keji.
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Umi
dah sebulan kak Maira pergi kenapa dia tak datang-datang lagi.” keluh Ain
sambil tertinjau-tinjau menanti kelibat Umaira.
“Mungkin
dia sedang berkhidmat untuk ibunya. Ibu dia
lebih berhak dari kita Sabarlah sehari dua nanti dia akan kembali jugak. Umi
Khaleja cuba memujuk anak gadisnya itu. Dia sendiri juga merindui anak gadis
itu.
“Betul
juga tuh. Harap-harap kak Maira tetap pendiriannya. Rindunya pada kak Maira
ni.” Rintih Ain yang masih setia berdiri dip agar pintu rumahnya.
“Umi!
Itu macam kak Maira.” Jerit Ain pantas meluru mendapatkan seorang gadis yang
jalannya terhuyung- hayang.
“Ya
Allah! Kak Maira kenapa ni?” Soal Ain cemas.
Tetapi badanku tidak dapatku tamping lagi. aku
betul-betul lemah kerana sudah lama aku tidak makan. Akhirnya aku pengsan dalam
pelukan Ain.
“Dia
sedang hamil empat minggu.” Kata seorang doktor perempuan bila selesai membuat
pemeriksaan ke atasku.
“Hamil?”
sebut Umi Khaleja perlahan namun sempat ditangkap oleh pendengaranku. Aku
melihat Ain tercengang.
“Ya
Allah, apa lagi ujian yang Kau kirim kan pada ku?” rintihku dengan linangan air
mata.
“Sabar
Maira. Sabar.” Umi Khaleja cuba memujukku. Dia mengusap lembut bahuku.
“Umi..
Maira dah tak de tempat hendak dituju.
Ibu Maira.. sudah meninggal..
ujarku dengan suara bergetar sebak.
“Jangan
bimbang, umi dan Ain akan jaga Maira…..”
kata-kata Umi Khaleja terhenti sekejap
“
…. dan kandungan ini.” Sambungnya lagi
seraya menyentuh lembut perutku.
“Maira
tak nak anak ini lahir umi. Maira nak gugurkan.” Ucapku dengan suara yang sudah
berubah nada benci.
“Jangan
Maira! Maira perlu tahu, berdosa besar kalau kita bunuh anak yang tak berdosa
ini.” Umi Khaleja memberi amaran tegas kepadaku.
“Kak
jangan bimbang. Ain akan sentiasa bersama akak. Kita akan besarkan anak itu
sama-sama. Bagi didikan agama yang secukup padanya. Insya-Allah, mungkin dia akan
menjadi seorang yang soleh ataupun solehah.”
Kata-kata
semangat dari Ain dan juga Umi Khaleja betul-betul menghidupkan jiwaku yang
telah mati. Air mataku menitis lagi tapi kali ini menitis kegembiraan.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku meninggalkan kamar tidur Ain lalu melewati ke
ruang tamu. Untuk menenangkan fikiranku
yang terlalu kusut untuk dileraikan. Aku memaku diriku ke luar jendela dengan
memeluk tubuh.
“Apa yang akan terjadi dengan hidup aku nanti?
Perut ini akan membuncit sekejap lagi. Macam mana aku nak hadapinya sendiri.
Kenapa perkara ini berlaku padaku. Aku baru nak berubah tapi sudah terjadi macam
ni. Aku tak kuat ya Allah aku tak mampu untuk diuji begini. Aku malu. Daripada
terus begini baik aku mati sahaja.” luah demi luahan aku lepaskan bersama titisan
air mata yang sedang mengalir laju.
“Dah dekat maghrib tak elok termenung. Amallah
sangat termenung tu, ia salah satu tabiat yang digemari oleh syaitan yang
dilaknat Allah. Daripada awak termenung, lebih baik awak mengaji atau pun buat
aktiviti-aktiviti yang berfaedah”
Lamunanku dimatikan. Lantasku membawa tubuhku
menoleh ke belakang. Mukaku panas menahan malu kerana ditegur oleh lelaki yang
ku minati secara senyap.
“Maafkan saya ustaz.” jawabku pendek sambil menatap wajahnya yang sudah duduk menatap
surat khabar.
“Minta maaf pada saya tak de guna. Minta ampun dengan Pencipta
baru betul.” ujar Nasrul dingin.
Bibirku ku kemam. Tak dapat membidas setiap kata-katanya.
Ideaku mati. Siapalah aku hendak dibandingkan dengan dia yang berilmu tinggi.
Impianku hendak bersuamikan lelaki macam dia terkubur terus disebabkan kandung
ini.
“Saya minta ke pondok dulu ya, ustaz.” Aku
meminta izin untuk ke pondok.
“Assalamuaikum.” Hatiku berdebar hebat dan tidak
keruan bila berdua-duaan dengan dia. Aku melangkah keluar sebaik sahaja memberi
salam kepadanya. Namun salamku tidak ada respon
darinya.
“Abang ada nampak kak Maira tak? Tadi ada kat
bilik, tiba-tiba hilang pulak.” tanya Ain sambil tercari-cari kelibat Umaira.
“Dia ke pondok.” jawab Nasrul ringkas.
“ Ain abang nak minta tolong Ain ni!” Nasrul
sempat lagi memanggil adiknya sebelum sempat adiknya itu mahu keluar untuk ke
pondok
“Apa dia?” soal Ain dengan wajah berkerut.
“Tolong nasihatkan kakak angkat Ain tu. Jangan
asyik termenung sahaja tak elok. Lepas tu jaga aurat sikit. Beritahu dia jangan
sesuka hati nak selising lengan baju depan orang mahram padanya.” Ucap nasrul
memberi nasihat yang amat berguna terselit sindiran.
“Abang ni…. dia baru nak belajarkan. Yang abang
gatal-gatal nak tengok kenapa.” perli Ain sambil tersengih membuatkan Nasrul
merenung tajam ke arah adiknya.
“Akak, pesan seorang ustaz ni. Dia kata tak guna kita
berpakaian lengkap, tapi masih selising lengan baju, tetap nampak aurat.” Ain bersuara tiba-tiba kepadaku sebaik sahaja
aku keluar dari bilik air yang baru selesai mengambil wudhuk.
“Siapa Ain?” Soalku pantas ingin mengetahui siapa
orang yang menegurku.
Alah tak kan kenal ustaz Ahmad Nasrullah. Ustaz
kesayangan kakak kan.” ujar Ain tersengih sambil menaikkan keningnya
berkali-kali.
“Ya Allah mesti kejadian petang tadi. Aku terlupa
nak jatuhkan balik lengan bajuku selepas amik wudhuk tadi. Patutlah dia tak
pandang tadi. Ampunkan aku ya Allah.”
“Hah beranganlah tuh.” Sergahan berbaugurauan
dari Ain lantas mengejutkanku. Secara spontan tanganku telah mencubit pehanya.
“Auchhhhh....”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~````
Fikiranku semakin kusut. Aku tahu pasti perutku
ini akan membesar dalam tempoh beberapa bulan ni. Hari ni cukup 2 bulan usia
kandunganku.
“Ya Allah, macamana kalau anak-anak pondok yang lain
dapat tahu. Mesti mereka akan pandang hina dekat aku. Ah, macamlah aku tak
biasa kena hina! Tapi macam dengan reputasi pondok ni. Mesti masyarakat akan
memandang serong. Apa yang harusku buat ni?” Rungutku sendirian sambil mengusap
perutku.
Sedang aku mengeluh sendiri aku terpandang pisau
ditanganku yang ku gunakan untuk mengupas epal. Tiba-tiba ada satu bisikan yang
mendorongku untuk membunuh diri. Tanpa berfikir panjang aku mengelar urat
lenganku. Aku cuba bertahan dari kesakitan dibenakku hanya nampak satu jalan
iaitu mati.
“Maira!”
Aku terdengar seseorang menjerit memanggil namaku
sebelum mataku terpejam rapat.
“ Maira.. kenapa Maira buat benda terkutuk ni.”
Soal Abi Khalid lagaknya seperti seorang polis.
“Maira tak nak maruah umi dan abi tercemar
disebabkan Maira.” Terangku sejujurnya.
“Umi tak nak Maira lakukannya lagi.” kata Umi
Khaleja pula sambil memelukku.
“ Tak berbau syurg,a kalau kita membunuh diri Maira.
Abi nak Maira ingat tuh.” Ujar Abi Khalid tegas.
“Habis bagaimana dengan kandungan ni abi, umi?
Takkan Maira nak lahirkannya tanpa seorang ayah. Maira tak nak anak ini lahir,
mempunyai nasib yang sama seperti Maira. Maira tak nak.” Ucapku dengan amukan.
“Maira sabar dulu. Nanti abi dan umi akan cari
ikhtiarnya. Abi Khalid cuba menenangkanku sambil melurut janggutnya yang sudah
berwarna putih itu.
Titisan air matku semakin berlagu. Aku juga turut
melihat Ain tidak terkutik dari tadi dia asyik mengesap air matanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Abi nak Nasrul kahwin dengan Maira hujung minggu
ni.” Kata Abi Khalid tegas sebagai perintah yang wajid ikuti.
“Apa maksud abi ni? Jihad Nasrul untuk mendakwah
pada masyarakat tak sempurna lagi abi. Soal Nasrul kembali. Dia terkejut dengan
rancangan Abinya secara tiba-tiba.
“Abi tahu, Nasrul suka berjihad. Kahwin itu pun
dikira berjihad. Mendidik isteri dan anak-anak adalah satu amanah yang paling
besar yang dikurniakan Allah untuk kita sebagai kaum lelaki Nasrul.” Pujuk Abi
Khalid dengan harapan anaknya itu bersetuju untuk dikahwinkan.
“Umi…” Nasrul cuba menraih simpati dari Umi
Khaleja.
“Cukup Nasrul. Abi tak mahu dengar apa-apa alasan
dari Nasrul. Lagipun kamu dah cukup umur nak kahwin. Tahun depan umur kamu dah
nak masuk 29. Kamu masih nak kat tak bersedia lagi ke?” marah Abi Khalid.
“Nasrul terus membisu. Dia menunduk memandang
lantai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Majlis perkahwinan aku dan ustaz Nasrul terlalu
ringkas tiada majlis persandingan hanya majlis akad nikah sahaja. Perkahwinan
kami hanya keluarga abi dan umi serta beberapa orang ustaz yang tahu. Perkahwinan ini dirahsiakan atas permintaanku
sendiri. Aku tak mahu ustaz Nasrul dipermalukan disebabkan aku.
Malam itu aku tiba-tiba haus. Aku melewati kamar abi
dan umi. Tanpaku sengaja aku tedengar perbualan antara abang Nasrul dan ibubapanya.
“Kenapa abi buat Nasrul macam ni? Nasrul tak
yakin dapat bimbing dia abi, umi. Kan ada hadis Nabi yang berbunyi. Kalau
kita nak cari isteri mesti berketurunan baik.
Diakan anak tak tahu asal usul tambahan pula anak yang dikandung tu pun
tak tahu anak siapa. Macamana Nasrul nak hadapi dia.”
Hatiku bagaikan dihiris sembilu bila kalimah itu
menutur dari bibir ustaz Nasrul. Memang aku gilakanya. Tapi tak guna jika aku
sorang yang mencintainya.
“Abi tahu semua tu. Nasrul perlu ingat jika
seorang lelaki itu dapat membimbing isterinya ke arah yang benar dan diredhai
Allah. Apatah lagi membelanjakan hartanya untuk keluarganya besar pahalanya.
Tak kesahlah stastusnya yang paling penting dia mahukan ilmu agama. Abi yakin
kamu boleh lakukannya. Buat masa ni abi nak Nasrul pertahankan dia. Ajar dia
ilmu agama. Dia perlukan bimbingan. Dia perlukan seorang guru dan suami, orang
itu adalah kamu Nasrul. Ingat kalau bukan jodoh kamu dan dia pasri kamu berdua
tak kahwin malam ni, tengok majlis berjalan dengan lancar walaupun tak
sempurna. Maknanya Allah sengaja pilih kamu untuk menjaganya. Berjela Abi
Khalid menasihati anak lelakinya itu. Sebagai seorang ayah sudah menjadi
tanggungjawabnya untuk memastikan Nasrul tidak mempersia-siakan Umaira.
“Ya Nasrul. Umi percaya yang Nasrul dapat jaga dia
sebaik mungkin. Jadikan dia seorang muslimat sejati.” Tambah Umi Khaleja pula.
Nasrul mengeluh perlahan. Abi Khalid mendekati
anaknya.
“Sabarlah mungkin ada himakhnya. Pergilah jumpa
dia. Dia sekarang hak kamu.”
Bila terdengar abi Khalid menyuruh ustaz Nasrul
pergi berjumpa denganku. Aku cepat-cepat berlari memasuki kamar dan berlagak
tidak tahu apa-apa. Walaupun hatiku sudag dirobek. Aku cuba menguatkan diri
untuk menghadapi ustaz Nasrullah yang kini sudah bergelar suamiku yang sah
kini.
“ Abang Umaira tak nak minta lebih dari itu,
abang." Aku bersuara sebaik sahaja dia menerpa masuk ke bilik. Aku
melihatnya membuka songkak di kepalanya dan
melabuhkan punggung atas tilam kami.
" Kalau abang jijik untuk sentuh badan Maira, pandang muka Maira, tak ingin mencintai dan menyayangi diri ini, Maira tak kisah. Tapi satu sahaja Maira pinta dari diri abang yang sudah bergelar suami Maira. Tolong ajari ilmu agama pada Maira. Maira berharap sangat untuk menjadi muslimat yang sejati disisi Allah.” Pintaku berjeda sambil menatap susuk tubuh sasanya yang sudah berbaring membelakangiku.
Nasrullah terkesima dengan kata-kata dari isterinya. Dia tahu isterinya itu tidak bersalah dalam hal ini. Namun dia cuma insan biasa. Susah untuk dirinya menerima gadis itu sebagai isteri. Berstatuskan anak luar nikah dan kesuciannya telah diragut oleh lelaki yang bukan bergelar suami. Macammana dia dapat terima itu semua. Setiap lelaki pasti inginkan isteri keturunan yang baik, maruah terjaga. Yang paling penting bagi dirinya, dia tak mahu keturunannya lahir dari rahim perempuan keturanan anak luar nikah.
" Kalau abang jijik untuk sentuh badan Maira, pandang muka Maira, tak ingin mencintai dan menyayangi diri ini, Maira tak kisah. Tapi satu sahaja Maira pinta dari diri abang yang sudah bergelar suami Maira. Tolong ajari ilmu agama pada Maira. Maira berharap sangat untuk menjadi muslimat yang sejati disisi Allah.” Pintaku berjeda sambil menatap susuk tubuh sasanya yang sudah berbaring membelakangiku.
Nasrullah terkesima dengan kata-kata dari isterinya. Dia tahu isterinya itu tidak bersalah dalam hal ini. Namun dia cuma insan biasa. Susah untuk dirinya menerima gadis itu sebagai isteri. Berstatuskan anak luar nikah dan kesuciannya telah diragut oleh lelaki yang bukan bergelar suami. Macammana dia dapat terima itu semua. Setiap lelaki pasti inginkan isteri keturunan yang baik, maruah terjaga. Yang paling penting bagi dirinya, dia tak mahu keturunannya lahir dari rahim perempuan keturanan anak luar nikah.
“Abang
dah tidur ke?” Tanyaku pada dirinya lalu
melabuhkan punggungku dibirai katil.
“Ah
macam mana nak hidup macam ni, cakap pun tak mahu apatah lagi memandang.
Sakitnya hati bila kahwin dengan orang yang terpaksa menyudikan dirinya untuk
berkahwin dengan diriku ini.” Keluh hati kecilku.
“Abang
saya minta izin nak tidur dibilik Ain ya.” pintaku dengan harapan dia tidak
tidur lagi.
Nasrullah
yang tidak dapat melelapkan matanya terus memusingkan badannya ke arah isterinya lalu memaut kasar lengan
Umaira.
“Jangan
nak mengarut.” Marah Nasrul kasar. Membuatkan aku yang berada sisinya terkejut
dengan tindakan spontannya itu.
“Abi,
umi, Nasrul kena seminar dua minggu dekat Johor. Jadi kuliah Nasrul nanti, abi
suruh ustazah Qatrunnada’ gantikan ya. Nasrul bersuara tiba-tiba memecahkan
suasana sepi itu ketika kami semua sedang menjamu sarapan pagi.
Aku
hanya memdiamkan diri. Bila nama ustazah Qatrunnada’ meniti dibibir suamiku
hatiku terusik pilu.
Ain
melihat berubahan pada wajah kakak
iparnya itu. Hatinya juga terusik sedih. Dia tahu antara abang dia dan kakak
iparnya masih tidak serasi sebagai suami isteri.
“Nasrul
tak nak bawak maira sekali ke?” Tanya Umi Khaleja tiba-tiba.
Pertanyaan
cepucemas dari umi memaksaku untuk memandang suamiku dihadapan. Mata kami
bertentangan seketika.
“Tak!” hanya satu patah perkataan sahaja terpancul
dari mulut Nasrul
“Laa…
kenapa tak bawak? Boleh pergi bulan madu terus macamana abinya?” Umi Khaleja
tersenyum manis ke arahku. Riak mukaku merah menahan malu.
“Elok
benar tu Nasrul. Bawaklah isteri kamu tu.”
Perkataan
bulan madu telah mencincang-cincang lenyai hatiku. Bagiku tiada istilah bulan
madu bagi perkahwinan kami. Hendak berbulan madu pandang pun tak ingin.
“Tengoklah
macamana nanti.” jawab Nasrul dengan nada suara dingin.
Aku
membuka pintu kamar bilik kami. Aku melihat suamiku sedang mengemaskan pakaianya. Aku mengambil tempat
dibirai katil yang bertentangan dengannya, aku tahu dia tak mahu aku mendekati
mahu pun menyentuh dirinya.
“Nak
saya bantu?” Perlawaanku tidak diendahkan.
“Abang
janganlah risau, saya tak akan ikut abang. Pasal umi dan abi tu saya sudah ada
jawapan untuk menolak permintaan mereka itu.” ujar ku lembut cuba meraih
pandanganya ke arahku. Namun sia-sia. Ustaz Nasrul masih tidak menunjukkan
reaksi mahu berbicara denganku.
“Abang
pergilah dengan hati yang tenang. Saya akan sentiasa doakan abang.”
Perbicaraanku tidak dijawab kembali hatiku sedih. Lantasku bangkit dan menuju
kebilik air.
Nasrul
memandang isterinya itu. Dia tahu isterinya sedih kerana dia tidak mempedulikan
sebaik sahaja dia melihat kelibat iseteri muncul dari bilik air dia meneruskan
kembali dengan tugasnya.
“Ini
berus dan ubat gigi.” ujarku sambil meletakknya di tepi suamiku yang masih
tekun berkemas. Aku tidak betah duduk berdua-duaan dengannya lalu aku terus
keluar dari bilik itu.
“Ya
Allah, ampunkan hamba mu yang hina ni. Maafkan aku Umairah. Bagilah masa
untukku.” Doa Nasrul sebaik isterinya keluar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Wah
bagusnya ustazah Qatrunada’ sama hebat
dengan ustaz Nasrulkan. Jika digandingkan mereka nampak hebat. Kalau
dikahwinkan pula mahu tak bahagianya. Betul tak kak Maira.”
“Hah
ya.ya” Airmataku mahu menitis tapiku
tahan kan agar ia tak terkeluar dihadapan mereka.
Semua
anak-anak pondok berharap agar ustaz Nasrul dan ustazah Qatrunada’ disatukan.
Mereka berdua memang sesuai jika dipadankan sama-sama keluaran ijazah dari
Kaherah. Keluarga mereka pun sangat rapat.
Dia diminta untuk mengajar di pondok sebelum mendapat panggilan kerja.
“Maira
kan?
Bila
namaku diseru aku segera menoleh ke belakang. Aku kaget bila ustazah
Qatratunnada’ menyapaku.
“Iya,
saya ustazah. Pengisian kuliah ustazah tadi sangat hebat. Pujiku sambil
merenung wajah ayu itu/
“Tapi
tak sehebat awak yang berjaya mencuri hati si jejak penjihad.” Ujar
Qatratunnada’ berbaur sindiran cemburu.
Aku terpinga tidak mengerti maksud itu
“Maafkan
saya, bukan niat saya mahu cemburukan awak. Tapi saya tak sangka awak wanita
yang sangat hebat. Sebab berjaya mencuri hati Nasrul yang dingin itu.”
Penjelasan
darinya menyebabkan mulutku sedikit terlopong.
“Jika
ditakdirkan satu hari nanti rombongan dari abang Nasrul datang meminang ustazah.
Adakah ustazah mahu menerimanya.” Soalku tiba-tiba cuba menebak hatinya.
“Hah!
Apa yang kamu mengarut ni Maira?” Qatratunnada’ jelas kebingunggan.
“Macam
ni lah ustzah. Saya rasa sudah masanya untuk saya berterus terang tentang
kedudukan perkahwinan kami. Seperti yang ustazah sedia maklum hanya keluarga
abang Nasrul dan keluarga ustazah saja yang tahu tentang hal ini. Semua anak-anak pondok kat sini tidak mengetahuinya.
Yang mereka tahu saya memang sudah bersuami tapi suami saya dah meninggal.”
Aku mula menceritakan perjalanan hidupku pada
ustazah Qatratunnada’. Dia kelihatan betul-betul terkejut bila mengetahui hal
sebenarnya.
“Macamana
ustazah, nak terima atau tidak?” Pelawaku lagi.
“Tapi Nasrul bukan seperti itu Maira.
Percayalah.”
“Tak
pe, saya sanggup bermadu dengan ustazah. Nanti bolehlah ustzah ajarkan saya
ilmu-ilmu agama lagi.” aku cuba menghiburkan hatinya walaupun hati ini sudah
sedia sedih.
“Abi,
umi Maira ada nak minta tolong sesuatu ini.” pintaku lambat-lambat cuba untuk
memujuk Abi dan Umi.
“Tolong
pinangkan ustazah Qatrunnada’ untuk abang Nasrul.” Akhirnya terluah jua.
“Ya
Allah Maira. Apa yang kamu cakapkan ni.” Marah Umi dengan nada masih lagi
terkawal.
“Tolonglah
umi abi, lakukan demi abang Nasrul. Selama ni banyak dan sanggup berkorban
cintanya demi menyelamatkan maruah saya.
Tak salahkan kalau kita lakukannya. Lagipun Abang Nasrul dan Ustazah
Qatratunnada’ saling suka sama suka. Kita je tidak tahu.” Luahku berjela
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri mereka.
“Apa
maksud kamu ni, Maira abi tak faham? Soal Abi Khalid lagi. Dia seakan tidak
percaya hal ini akan terjadi.
“Abi,
umi. Seorang lelaki soleh hanya untuk wanita solehah sahaja. Tapi saya , saya
bukan sperti itu. Saya tak layak untuk abang Nasrul. Tolonglah makbulkan
permintaan saya umi, abi. Rayu aku lagi sambil menatap wajah kedua-duanya.
Masing-masing resah.
“Bagaimana
dengan Nasrul ? Dia dah tahu ke?” duga Umi Khaleja cuba permain kata denganku.
“Dia
tahu. Dia kata ikut suka hati saya? Kalau saya sanggup bermadu dia rela.”
Tipuku dengan tenang. Aku buat semua ini demi kebahagian suamiku sendiri.
“Maira
kehidupan bermadu bukan yang kamu bayangkan. Nabi Muhammad saw sendiri
berkawhin ramai lepas isteri pertamanya wafat. Inikan pula kita sebagai manusia biasa. Umi
Khaleja cuba memaksaku agar aku tidak meneruskan rancanganku.
“Maira
faham umi. Tapi Maira tak nak seksa batin suami Maira sendiri. Maira seorang
yang cukup hina dan jijik. Mana mungkin lelaki sebaik abang Nasrul mahukan bayi
yang tak berbapak ini sebagai anaknya. Dan mana mungkin dia mahu keturanannya
lahir dari rahim anak zina seperti Maira umi abi.” jelasku lagi dengan air mata
tertumpah keluar.
“Maira,
Allah jadikan hambnya itu ada hikmahnya. Jangan salahkan takdir.” Ujar Abi
Khalid yang dari tadi asyik ke hulu ke hilir kini mengambil tempat betul-betul
dihadapanku.
“Maira
tak salahkan takdir, tapi Maira merelakan jika takdir Maira memang tertulis begini.”
.
“Assalamuaikum,
umi. Wah! hantaran siapa ini umi? Cantiknya. Hah ini mesti Ain punya kan?
Nasrul yang baru pulang dari Johor sempat lagi mahu mengusik adiknya.
Ain
senyap tapi matanya merenung tajam ke arah abangnya. Dia betul geram dengan
sikap abangnya itu.
“Bukan
untuk Ain. Tapi untuk abang dan isteri ustazah abang nanti .” bentaknya
tiba-tiba
“Ya
Allah. Ain umi tak pernah ajar anak umi berkasar dengan abang sendiri.” Tegur
Umi Khaleja. Dia juga turut terkejut bila Ain meradang tiba-tiba.
“Apa
maksud Ain tadi umi? Nasrul tak faham?” Tanya Nasrul keliru.
Aku
yang sedang khusyuk mengadu kepada Penciptaku terhenti bila pintu kamarku
terkuak dengan kuat.
“Eh,
bila abang sampai?” Tanyaku lalu cepat-cepat bingkas bangun untuk menyalami
tangan suamiku.
“Apa
maksud kau ni? Siapa kau nak atur-atur hidup aku, hah?” Sergah Nasrul lali
menarik kembali tangannya.
“Apa
yang abang cakap ni?” soalku kembali. Tidak faham maksudnya.
“Boleh
awak tanya saya balik, selepas awak buat benda yang mengarut tu pada saya.”
Marah Nasrul lagi.
Aku
senyap seketika sebelum berbicara.
“Itu
impian abang selama ini kan? Mahukan
seorang isteri yang solehah, terpelihara maruah dan akhlak serta agamanya. Mahu
membimbinganya ke arah jalan yang diredhai Allah. Ingin menuju ke syurga
bersama-sama isteri abang yang solehah tu kan? Aku bermain kata-kata dengannya.
Aku dapat melihat dahinya berkerut
sambil memikirkan sesuatu.
“Macam
mana awak boleh tahu, hal ini? Jangan-jangan awak … Awak memang dah baca dairi
saya kan?” Soalnya kasar.
“Maafkan
saya abang. Saya tak sengaja terbaca. Saya hanya ingin penuhi impian abang tu.
Yang saya mampu hadiahkan hanya ustazah Qatrunnada yang solehah kepada abang.”
Jelasku setenang mungkin takut dapat
mengundang amarah darinya.
Nasrul
mengigit bibirnya kuat. Bergetar tanganya menahan marah.
“Baiklah
itu yang awak mahukan? Saya akan turuti, tapi ingat, Maira saya bukannya
seorang suami yang boleh berlaku adil dalam kehidupan bermadu nanti. Saya takut
saya akan melukakan hati isteri-isteri saya nanti.” Kata-katanya terhenti
seketika.
“Maira
dengar sini. Mulai detik ini selepas terjadinya akad nikah antara saya dan Qatrunnada’
awak dan saya bukan suami isteri lagi
Nasrullllllll!
Aku terdengar pekik abi disebalik pintu kamar
kami.
~~~~~~~~~~~~~~~
Tinggal
sehari lagi perkahwinan abang Nasrul dan ustazah Qatrunnada. Semua anak-anak
pondok bersuka ria kerana impian mereka mahu sudah terjadi. Bagaimana dengan hatiku
ini. Aku betul-betul sengsara. Kandunganku sudah mencecah 3 bulan. Tak lama
lagi bayi ini akan lahir tanpa seorang bapa selepas abang Nasrul mentakhlikkan
aku. Jiwaku semakin resah memikirkan siapa yang akan ajari aku ilmu agama
selepas ini.
“Kak
okey tak ni?” soal Ain tiba-tiba. Aku tersenyum kelat padanya.
“Sabarlah
akak. Ini semua dugaan dariNya. Insya-Allah Ain yakin suatu hari nanti akak
pasti menjadi seorang wanita muslimah. Percayalah kak.” Ain cuba memujukku.
“Layak
ke akak ,Ain. Sedang akak ni anak zina. Mengandung anak luar nikah pulak tu.”
Aku mengadu padanya.
“Akak,
Allah itu tidak pandang rupa, pangkat atau keturunan kita. Tapi Allah hanya
pandang hati kita yang ikhlas. HambaNya yang sentiasa meminta doa dan
keampunan.” Ain bertazkirah dengan semangat. Aku tahu dalam dirinya sama
seperti abang Nasrul suka berdakwah demi menegakkan agama Islam.
“Akak
harus ingat, Allah memberi kesusahan dan kesedihan kepada kita sebenaryna Dia
mahu uji keimanan kita kepada Nya.” sambung Ain lagi.
Aku
hanya mengangguk. Berbicara dengan Ain mahu pun Umi Khaleja sungguh menenangkan
jiwaku yang resah ini.
Hari
yang dinanti telah tiba. Umi melarangku melakukan kerja-kerja persiapan majlis
perkahwinan itu dengan alasan aku sedang mengandung. Umi mengarahku agar masuk
ke bilik dan berehat. Aku hanya mengangguk mematuhi arahan itu. Sebaik sahaja
aku membuka pintu jelas terhampar baju melayu yang berwarna putih sama dengan
baju yang dipakainya pada majlis akad nikah kami suatu ketika dahulu di atas
katil yang bersaiz queen itu. Aku tahu abang Nasrul sedang mandi ketika
ini. Aku memegang lembut baju melayu itu sambil memerhatikan sekeliling ruang
kamar itu.
“Selepas
solay Isya’ nanti aku akan kehilangan semuanya. Seorang suami yang soleh,
sebuah keluarga yang bahagia. Aku tak ingin kehilangannya. Aku tak tahu kemana
ku ingin bawa diri ini dan anak yang aku kandungkan selepas ini.” rintihku
sambil mengosok lembut perutku yang terisi janin yang berusia 3 bulan.
Khayalanku
terhenti tatkala abang Nasrul menguak pintu bilik mandi, dia nyata terkejut
bila terlihat aku yang terduduk elok dibirai katil. Hatiku tergetar hebat bila
melihat badan sasanya hanya dibaluti tuala sahaja. Aku menekur pandanganku ke
lantai. Aku terasa kedinginan tubuhnya yang baru selesai mandi menghampiriku.
Dia mencapai baju melayu lalu menyarungkan ketubuhnya tanpa menoleh ke arah ku.
Dia nampak segak berpakaian begitu. Nampak kacak. Sudah keberapa kali aku
terjatuh cinta dengan dirinya itu. Aku memandang dirinya yang sedang menilit
dicermin. Laluku bangkit menghampirinya.
“Abang
izinkan Umaira butangkan baju abang buat kali terakhir.” pintaku.
Dia
hanya memandangku tanpa bersuara. Tanganya yang masih memegang butang
dijatuhkan diganti dengan tanganku. Dalam keadaan sebegini hatiku bagaikan mahu
keluar dari badanku.
Akad nikah diadakan disurau pihak lelaki
kerana atas permintaan anak-anak pondok memandang rumah pengantin perempuan
jauh sedikit dari rumah pengantin lelaki. Aku mengambil tempat disisi umi yang
sentiasa menyuruhku agar bersabar. Bila aku terlihat kelibat suamiku yang mulai
memasuki masjid ini hatiku pedih. Aku mengambil keputusan mahu mengangkat kaki
dari situ.
“Umi
Maira nak ke tandas sekejap.” Bisikku pada telinga Umi Khaleja. Semua itu
alasan ku cipta sendiri. Aku tidak sanggup menyaksikan perkahwinan suamiku
dengan orang lain.
“Menurut
borang ni. encik Nasrul sudah ada isteri ya. Mana isteri pertama? Eloklah kalau
isteri pertama ada sekali masa akad nikah.” Tok Kadi meminta Umaira ada sekali.
Abi Khalid meminta isterinya mencari menantunya tampil disisi Nasrul.
“Nanti
Ain panggilkan Ain.” Pelawa Ain lantas keluar dari masjid dan terus ke
rumahnya.
“Ustaz!
Ustaz! Ada orang kemalangan kat luar pondok ni.” pekik salah seorang dari anak
pondok lelaki dengan tercungap-cungap.
Semua
tetamu yang berada disitu turun ke bawah dan menuju ke tempat kemalangan itu.
“Umi
kak Maira dah pergi.” Beritahu Ain sekuat hati dengan tangisan.
Nasrulluh melangkah perlahan-lahan ke arah orang
ramai yang mengelilingi jasad yang terbaring itu. dia melihat darah mengalir di
atas jalan raya itu. Semasa dia mahu melangkah untuk menghampiri jasad itu dia
terpijak sesuatu. Dia mengambil topi sudu sekeping yang ada kesan darah. Dia
juga turut memandang sebuah beg galas yang terburai. Banyak-banyak lombokan
pakaian Umaira yang terkeluar dia terpandang pada sekeping foto. Dia mengamit
wajah seorang gadis tomboy bertopi sudu
tersenyum lebar sambil mengaya peace
disamping seorang perempuan yang agak
seksi.
“Gadis
ini. Tak jangan-jangan….”
Aku
rasa aku tidur cukup lama. Aku tidak mahu bangkit lagi tapi terganggu dengan
suara garau entah dari siapa asyik menyeru namaku agar aku bangkit dari tidur.
Semakin lama semakin menggamit ditelingaku
“Maira!
Maira bangunlah sayang ampunkan abang. Berilah peluang untuk abang bahagiakan Maira.
Maira mahu jadi isteri yang solehankan. Bagilah abang jadi pemimpin Maira tu.”
Kata-kata
itu sentuh menyentuh hati kecilku ini. Tanpaku sedari air mataku keluar dengan
sendiri tanpaku pinta namun mataku masih berat untuk membukakanya seolah-olah
ada gam yang meletak dimataku.
“Abang
tahu, Maira mendengar kata-kata abang. Bangunlah sayang.”
Aku
dapat merasakan dia mengesat airmataku dan sebuah kucupan lembut didahiku.
Dengan izinNya aku dapat membuka mata.
Dengan perlahan-lahanku angkat kelompak mataku. Mata kami bertentangan. Nasrullah
bagaikan terkaku. Lantas dia terus
memeluk tubuh Umaira erat mungkin sambil menangis. Aku terpinga sendiri.
“Maafkan
abang sayang…..”
~~~~~~~~~~~~~~
Dua
hari aku sedar dari dunia koma. Umi, Ain dan abi serta anak-anak pondok tak
putus-putus mendoakan keselamatan aku. Sebaik sahaja mereka keluar muncul ustaz
Nasrulullah beserta ustazah Qatratunnada’ datang bersama-sama. Mereka memang
secocok. Aku berharap mereka berbahagia.
“Apa
khabar hari ni, Maira?” tanya Nasrul sambil tersenyum manis
“Alhamduillah
ustaz, saya rasa okey sikit.” Balasku cuba membalas senyuman itu.
“Maaf
Maira, baru sekarang ustazah sempat datang menjenguk. Maklumlah sibuk dengan
majlis perkahwinan.”
“Hah?”
Hatiku tiba-tiba diragut sedih. Bila
soal itu dibangkitkan. Aku kalih pandangku pada ustaz Nasrul. Dia hanya
tersenyum padaku.
“Aah,
dorang sibuk nak buat persiapan berbulan madu.” Jawab Nasrul bagi pihak
Qatratunnada’ sambil tersengih-sengih. Dia tahu isterinya itu tidak mengetahui
hal sebenarnya.
“Diorang?
Maksud ustaz dan ustazah apa?” soalku betul-betul keliru.
“Maaf terlewat sikit.”
Ustaz hafiz tiba-tiba muncul disebalik pintu. Aku
bertambah keliru.
“Apa
yang berlaku sebenarnya ni, Maira keliru tolong jelaskan.” Rayuku. Mereka
bertiga ketawa membuat aku lagi nterpinga-pinga.
Bencinya!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“
Apabila meninggal seseorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam
syurga hadis riwayat tarmizi… “ seseorang wanita apabila ia mengerjakan
sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa dibulan ramadhan, menjaga
kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah syurga dari
mana-mana pintu yang ia suka.”[1]
Okey cukup tazkirah abang pada malam ni, jom kita tidur sayang.”
Nasrul
menamatkan tazkirahnya sambil menutup kitabnya lalu diletakkan di meja lampu
disebelah kepala katil mereka. Dia memperbetulkan selimut kami. Dia membawa
tubuhku ke dalam dakapanya.
“Abang
Maira tahu, Maira tak sekaya Khadijah, tak sebijak Aisyah, tak setabah Fatimah
tak secantik Zulaikha namun didiklah dirinya agar menjadi seperti mereka
sebagai bidadari peneman abang di syurga nanti.” Bisikku padanya. Aku
mengangkat wajahku untuk memandang suamiku. Dia mengangguk dan tersenyum manis.
“Insya
Allah kita sama-sama lakukannya ya sayang.”
Sebuah kucupan lembut hinggap diubun-ubunku.
Aku tidak putus-putus bersyukur pada Yang Satu kerana telah menyatukan kami. Kini
diri ini cukup bahagia disamping dia tercinta. Moga cinta kami kekal hingga ke
syurga.
No comments:
Post a Comment