Monday, 9 July 2012

Sesal tAK Peduli kAMu PART 1




PART 1

“Myra! Jangan turun bawah tuh, bahaya!”
Tegahan dari lelaki yang merampas segalanya hak aku, tidakku endahkan. Semakin dia melarang semakin aku sengaja mencari pasal dengannya.
“ Myra! Dengar cakap abang. Minggu depan Myra dah nak UPSR kan?Naik sekarang, sebelum abang bagi tahu ayah!”
“Uh! Nak mengugut aku lah tu. Ingat aku takut ke?” Omel ku dalam hati.
“Suka hati Myralah, nak turun bawah pun.  Kau peduli apa? Lagipun kau bukannya abang Myra. Myra tak suka kau larang-larang Myra.” herdikku dengan kasar lalu melangkah setapak ke dalam lubuk.
“Myra kat lubuk tu bahaya. Naik sekarang!” larang Yusuf  lagi, kali ini tegas bunyinya. Dia tahu Emyra sukar untuk menerima kehadiran dirinya dalam keluarga itu. Namun dia bertekad mahu menjaga Emyra sebagai adiknya dengan sebaik mungkin.
Aku masih tidak  mempedulikan nasihatnya.  Aku cukup benci akan dirinya. Aku mengeluarkan lidahku sedikit, lalu ku jelirkan kepadanya. Aku dapat menangkap wajahnya pada masa itu cukup bimbang akan diri ini.
“Pergi balik lah kau. Aku benci kau. Dasar perampas!” herdikku lagi. Kali ini suaraku betul-betul bergema.
“Wei Emy, abang kau dah marah tu. Baik kau balik sekarang. Nanti kalau terjadi apa-apa kami tak nak tanggungjawab tahu?”  
Ahmad antara geng sepermainanku, selain daripada Duad dan Amid. Dia turut bersetuju dengan abang Yusuf  untuk menyuruh aku pulang.
“Ye lah, Emy. Pergilah balik la. Nanti abang Yusuf  kau bagitahu  ayah kau macam mana? Bukan setakat kau je yang kena. Kami pun turut  tumpang sekaki.” Tiba-tiba Amid tumpang  bersetuju dengan Ahmad. Dia yang selama ini selalu membela diriku.
“Alah, aku nak tangkap ikan jugak.” Aku merengek manja untuk menagih simpati dari mereka bertiga
“Hoi! Kau tu perempuan. Bukan macam kami. Budak perempuan, kena sopan tahu!” Tiba-tiba Daud bersuara lantang. Dia dari dulu lagi suka sangat cari pasal dengan aku. Tapi kadang-kadang dia boleh jadi rakan sepermainan yang baik sekali.
“Kenapa korang ni? Asyik nak marah aku je?  Dari dulu lagi, aku selalu ikut korang ke mana sahaja. Lastik burung la, jolok sarang lebah bagai. Bukannya korang tak biasa dengan ayah aku. Alah tak payah nak pedulikan dia tu. Nanti dia penat dia diam lah. Dah jom masuk.”
“Suka hati kau lah Emy. Kau memang keras hati dari dulu lagi. Dah lah geng, jom kita main tempat lain.” marah Daud lagi.
Aku hanya mencebik bila Daud mengutuk diriku. Ahmad dan Amid hanya menjungkit bahu. Tanda tak nak masuk campur.
“ Kalau korang tak nak masuk suka hatilah, setakat lubuk ni aku sorang masuk pun tak pe!”  Laungku bila melihat mereka yang selalu bermain dengan aku berlalu pergi.

Salah satu sebab mengapa geng kampung aku beredar tadi? Adalah dia. Mereka selalu mengadu padaku yang abang Yusuf  suka bagi tazkirah free dekat mereka. “Nak jadi ustaz lah tu.”  Aku kembali menatap wajah abang Yusuf  yang 4 tahun tua dari aku. Meluat sungguh bila melihat wajahnya masih tenang bila aku berkasarnya dengannya.
“Dia ni memang tak de perasaan nak marah ke?” ejekku perlahan sebaik sahaja turun lubuk itu . Airnya mencecah ke pehaku kerana ketinggianku yang tak seberapa nak tinggi ini.
15 minit aku terbongkok tertinjau-tinjau disebalik air yang keruh itu, mahu mencari ikan. Sekali sekala aku sempat menoleh ke arah abang Yusuf yang masih setia menanti ku. Dia berteduh dari panas terik dibawah sebuah pohon yang berada di situ.
“Geram betullah. Kenapa dia tak nak balik rumah lagi? Nak tunggu aku ke? Ok, kita tengok siapa yang akan mengalah nanti.”
 Sedang aku berbebel tiba-tiba kaki ku tersangkut didalam tanah yang berselut, menyebabkan imbangan badanku tidak stabil sekali gus aku dapat rasakan kesakitan  di ibu jari membuatkan aku panik dan terus terjatuh. Yang hairannya aku tidak menjerit meminta tolong. Mungkin aku sudah tahu siapa yang akan menyelamatkanku nanti.
~~~~~~~~~~~~~~
“Myra! Myra!”
Sayup-sayup aku mendengar namaku dipanggil. Terasa pipi ku ditampar lembut. Berat sekali kelopak mataku mahu terangkat . Bila aku fikiran betul-betul waras aku melihat wajah abang Yusuf begitu dekat denganku. Lantasku menolok dirinya sehingga dia jatuh  terjelepok ke tanah.
“ Nasib baik Myra tak de apa-apa? Risau abang tadi bila tengok Myra mahu tenggelam dalam lubuk tu. Tulah dari tadi abang dah cakap tapi Myra degil.”  berjeda Yusuf menasihati adiknya itu sebaik bangkit dari jatuhnya sambil menyapu belakang punggungnya.
“Dah lah mari kita balik. Abang rasa kaki Myra terpijak kaca, tu sampai berdarah . Meh abang gendong ,ya?”
“Tak payah lah nak tunjuk baik hati sangat.” bentak ku cuba untuk berdiri tetapi kaki ku masih sakit dan tidak seimbangan. Sekali lagi  aku hendak  terjatuh namun sempat disambar oleh abang Yusuf. Lalu aku dicempungnya . Berdasarkan saiz tubuhku yang kecil senang  baginya untuk memcempungku. Aku meronta untuk diturunkan , namun rontaanku tidak diendahkannya.
Aku memasamkan wajahku dari menatap wajah lembutnya itu. Sebaik sampai di perkarangan rumah kami. Aku melihat ayah sudah memcekak pinggang. Aku tahu mesti kalau tak rotan batang penyapu akan hinggap dikulit betisku nanti.
“Kau kenapa ni Myra? Kau pergi tangkap ikan lagi ke, hah?” Jergah ayah memekakkan telinganku.
“ Err, Myra..”  Aku tergagap-gagap mahu mencari alasan.
“Tak ayah, tadi masa kami lalu dekat tali air sana. Myra terjatuh dia terpijak benda tajam. Myra tak boleh nak jalan. Jadi saya gendong dia.”  Bagitahu abang Yusuf cuba menyembunyikan perkara sebenar,  sambil menurunkanku.
Aku terpempan bila terdengar tutur kata dari abang Yusuf sekejap tadi. Selalunya dia akan bercakap jujur. Dia juga yang cakap tak baik tipu emak dan ayah.
“Dah lah pergi masuk mandi sekarang, dah dekat waktu maghrib. Lepas tu pergi mengaji pula.” arah ayah sebelum bertolok ke surau dengan motorsikal usangnya itu.
“Kau jangan ingat, aku akan terima kau sebagai abang aku. Sebab kau selamatkan aku tadi.”  Bisik ku sebelum melangkah masuk  ke dalam rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah Tok Man di mana semua kanak-kanak kampungku akan berkumpul untuk mengaji Muqadam mahupun  al-Quran di situ. Kerana dia merupakan bekas ustaz sekolah kami. Sementara menanti giliran aku membelek-belek kuku kerana bosan menunggu. Tanpa disedariku Tok Man memukul papan lantai rumahnya dengan sebuah rotan untuk mengejutkanku.
“BAMM!”
“Mak kau!” Aku melatah terkejut beruk.
“Ya Allah! Emyra orang lain sibuk mengulang bacaan, kau asyik duk tilik kuku. Ada apa dekat jari kau, tuh? Cepatlah baca!” Marah Pak Man sambil merenung mukaku seperti singa kelaparan.
“Tok ni, terkejut Myra tahu. Boleh mati Myra kalau hari-hari macam ni.” Ujar sambil melurut dadaku dengan muka tak bersalah.
“Dah baca sekarang” suara Tok Man tegas.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ …..
“Er… alamak, adus susah pulak nak sebut”  
Selepas membaca satu ayat dari surah al- Aalaq aku terdiam dan tersengih-sengih pada Tok Man.
“Ya Allah.. kamu ni Emyra dah seminggu masih duk baca surah tu. Kawan-kawan  kamu semuanya dah nak masuk al-Quran, kamu tahu tak? Tengok abang kamu tu dah masuk 3 kali khatam al-Quran.  Boleh tolong tok mengajar kawan-kawan kamu. Kamu ni. Muqadam tak khatam lagi. Hmm nak jadi apa kamu ni?” bebel Pak Man membingitkan telingaku.
“Alah tok, dia tu dah besar, memang patut khatam pun. Myra ni baru darjah 6 tok.” jawabku geram dan cuba membela diri.
“Hah! Tok tegur sikit menjawab. Dah pergi dekat abang kamu tu , suruh dia ajar kamu. Hmm macam-macamlah kamu ni Myra. Dah pergi. Tapi ingat selagi kamu tak mahir surah ni. Jangan nak beralih pada surah lain pula.” pesan Tok Man berjeda penuh dengan kata-kata amaran sebaik sahaja aku bangkit dari duduk .
Aku mengatur langkahku dengan hati yang geram. Bila berada betul-betul dihadapan abang Yusuf. Dia tersenyum manis. Ramai budak-budak lain yang sedang mengaji dengannya mengalihkan pandangan dan tersengih-sengih memandang ke arahku. Aku tayang muka poyo.
“Tok suruh aku mengaji dengan kau. Bukan aku yang terhengeh-hengeh nak mintak kau ajar, ya.” Beritahuku dengan wajah masam mencuka bila tiba giliranku. Tapi dia? Masih lagi tersenyum manis, tanpa bicara. Geram!

~~~~~~~~~~~~~~~~
Masih terbayang-bayang wajahnya semasa mengajarku mengaji semalam, tersenyum-senyum. Memang sah dia nak memperlekehkan aku yang tak sepintar dia, panas betul hatiku. Yang aku tak puas hati dia asyik senyum, senyum dan tersenyum je. Tak de perasaan nak marah ke bengang pun tak. Ke dia memang tak de perasaan.
“Hoi Emy, jom lastik burung nak tak?”sergahan dari Ahmad yang  entah muncul dari mana mematikan aku dari berfikir tentang abang tiri aku itu.
“Terkejut aku. Nasib baik jantung aku terhenti tadi.” Marahku balik.
“Alah kata nak jadi jantan, sekali jergah dah nak pengsan. Boleh blah lah.” perli Daud.
“Kau ni kenapa Daud? Asyik nak marah-marahkan aku je. Kalau kau tak suka cakap jelah, wei! Tak payah nak sindir-sindir.” Bentakku pada Daud.
“Sebabnya, abang kau bagi tahu bapak aku pasal aku ajak kau pergi mandi sungai. Kau tahu seminggu aku kena berkurung kau tak tak?” Daud membuka hal perkara sebenar. Membuatkan aku lagi bengang dengan abang Yusuf.
“Hah! Kau biar betul Daud.”
“Buang masa aku nak tipu kau.”
Aku betul-betul tak sangka tindakan abang Yusuf  sungguh keterlaluan. Dendam kesumat aku padanya semakin membara.
“Dah-dah. Kau nak join kitorang tak ni Emy?” Ahmad cuba meleraikan pertelingkahan antara aku dan Daud.
“Aku pasti aku akan balas dendam nanti.” Tekad hatiku.
“Eh, Emy. Tuh! Tuh burung. Cepatlah lastik tunggu apa lagi.” Beria-ia Amid menyuruh aku melastik seekor burung terkukur yang sedang menguis-nguis kakinya tanpa menyedari yang kami mahu membunuhnya.
“Syhhh! Diamlah sikit. Nanti dia lari pulak.” Amukku dalam bisikan, geram.
Sedang aku mahu menfokuskan pandangan pada sasaran entah dari mana bergema suara seorang memanggil namaku.
“Myra! Myra! Ayah suruh balik. Myra kat mana.”
“Jahanam betul lelaki ni. Memang tak sah kalau tak ganggu hidup aku. Siaplah kau.” Aku terhendap-hendap disebalik  dahan pokok mencari sesuatu. Akhir apa yang aku cari ketemui.
“Padan muka, aku nak kau rasa apa yang rasa selama ni. Wahai Yusuf  yang tampan, aku nak wajah  kau yang tenang tu bertukar jadi kulit si kadok ha!ha!ha.”
“Weii.. Emy. Kau nak buat apa tu?” tanya Ahmad tidak aku pedulikan.
“Kau nak lastik sarang tebuan ke, hah?” Kali ini Amid pula bertanya dengan suara yang agak kuat sedikit.
“Korang diam sikit boleh tak ? Nanti dia dengar. Habislah rancangan aku.”
“Suka hati kau lah Emy, nak buat apa.  Yang penting kitorang tak nak masuk campur. Dah lah kitorang blah dulu.” Ahmad sudah memarahiku. Dia tak puas hati bila aku masih berdegil dengan tindakanku.
“Korang ni memang dasar pengecut, tahu tak!” Marahku dangan suara perlahan tapi ditekan sedikit pada akhir kataku,  geram.
“Siaplah kau wahai abang tiri kesayanganku.”

“Gila si Emy tuh, dia nak bunuh abang dia sendiri ke? Kalau kena sengat dek tebuan tu mahu sebulan terlantar kat hospital.” Suara Amid sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari hutan itu.
“Dia tuh memang keras kepala dari dulu lagi. Segala hal dia yang betul.” Tambah Daud pula. Ahmad hanya menjungkit bahu.
“Hah! Kamu bertiga ada nampak Myra tak?” soal Pak cik Husin dengan riak wajah bengis. Menakutkan mereka bertiga.
“Errr… pak cik kami tak..”
“Si Emy nak lastik tebuan. Dia nak kenakan abang Yusuf pak cik.” Suara Daud laju sahaja.
“Apa yang korang bertiga cakap ni? Dekat mana dia sekarang?” Pak cik Husin bertambah marah.
“Err… dekat hutan sana pak cik.” Beritahu Daud siap menunjukkan tempat keberadaan Emyra sekarang.
“Tak habis-habis dengan perangai jantannya. Memang nak kena budak bertuah ni.” Bebel Pak cik Husin lalu memasuki hutan tersebut.
“Hoii.. Daud kenapa kau bagitahu  pak cik Husin, hah? Pasti Emy kena teruk lepas ni.” Marah Ahmad.
“Entahlah kau ni Daud, bukan nak tolong kawan makan kawan adalah.” Tambah Amid pula.
“Korang nak ke kalau pak cik Husin pukul korang sebab terlibat sama? Lepas itu,  pak cik Husin bagitahu mak bapak kita korang nak?” Daud bermain kata-kata menyebabkan temannya termakan dan terangguk-angguk seperti burung belatuk.
“ Sikit lagi, bersedialah wahai abangku yang tersayang.”
 “Myraaa! Ini kerja kau  rupanya, ya?”  jerkah pak cik Husin sambil menarik telinga anak daranya itu.
“Adus! Adus! Sakit yah. Sakit.. “jeritku sekuat hati.
Sasaranku terlepas yang menjadi mangsa telinga kiriku. Rasa macam mahu putus sahaja.Yusuf yang berada di situ turut terkejut bila terdengar suara pak cik Husin. Tergesa-gesa dia menuju ke arah adik dan ayah tirinya itu.
“Kenapa ni yah?” Soal Yusuf kehairanan
“Mari balik Myra, kau ni memang nak kena ajar. Yusuf kau pun balik sama. Pak cik Husin mengarah kedua anaknya balik. Dalam hatinya sudah menahan marah pada anak gadisnya itu.
~~~~~
Sampai di rumah aku dirotan. Bertalu-alu betisku dirotan. Sakitnya hanya aku yang tanggung. Hatiku menjerit memanggil nama ibuku.
“Kenapa kau buat macam ni Myra? Kau tak sayang abang kau ke?”
“Dia bukan abang Myra. Keluarga Myra hanya ibu dan ayah je. Dia orang asing ayah.” Bentakku sambil melaung pada ayah.
“Dia abang kau Myra. Abang kau. Lepas mak kau meninggal mak cik Anis dan Yusuf dah jadi keluarga kita. Kau nak dia mati baru kau nak mengaku yang mereka berdua ni keluarga kau?” Soal pak cik Husin dalam nada amukan.
“Biar mereka mati yah. Senang sikit hidup Myra. Tak perlu berebut ayah. Dia sebabkan dia dan  mak cik Anis, Myra kehilang semuanya. Myra nak dia mati ayah. Kenapa ayah tak habis-habis nak bela dia?” bentakku dalam tangisan. Dan senyap seketika sebelum menyambung marahku lagi.
“Ayah dah tak sayang Myra. Dia adalah perampas. Perampas  ayah dari Myra. Myra tak suka dia. Dia dasar peram….”
PANGGGG!
Satu tamparan hebat hinggap dipipi ku. Aku tersungkur jatuh. Bibirku dapat ku rasa satu cecair merah mengalir. Aku terdiam. Lidah ku terkelu. Buat kali pertamanya ayah kandungku sendiri sanggup memukul anak sendiri.
“Ya Allah, abang. Jangan.” Ibu tiriku menghalang ayah dari terus memukulku.
“Ayah sudah lah tuh. Myra masih kanak-kanak lagI.” Yusuf juga turut terkejut sama dengan tindakan ayah tirinya itu.
“Di sebabkan dia masih budaklah, ayah nak ajar dia hormat kau sebagai abang, mak kau sebagai ibu dia. Kalau dibiarkan lama-lama dia semakin kurang ajar.” Suara ayah semakin kuat.
“Abang , bawak mengucap bang.” Mak cik Anis masih menggosok lembut bahu ayah.
“Emyra kau dengar sini! Kau tu anak ayah! Derhaka kalau kau tak hormat ayah sebagai ayah kau. Jadi ayah nak kau hormati mak cik Anis dan abang Yusuf sebagai keluarga kita nak. Tolonglah.” Pak cik Husin yang dari tadi bersuara lantang sudah semakin sayu. Air mata jantannya sudah kelihatan menitis turun. Lalu berlalu ke kamarnya. Diikuti oleh mak cik Anis yang setia itu.
Hatiku dilanda banjir kesedihan. “Kenapa ayah nak bela sangat mereka ? Apakah aku ni bukan anak kandungnya?” desisku dalam hati.
“Myra! Myra tak de apa-apa ke? “tanya Yusuf lembut, sambil menyapu darah yang mengalir dibibirku.
Aku menepis tangannya. “Tak usah nak tunjuk kau sayang dekat aku lah. Kau gembirakan sebab ayah dah lempang aku sebab kau dan mak kau kan”? Amuk ku terus meninggalkannya terkesima.
“Tak guna.” Aku  menghempaskan badanku ditilam sambil mengosok perlahan bibirku. Hatiku masih membara.
“Cik!cik!”
“Ceh kau pun nak perli aku juga ke wahai cicak-cicak. Memang tak sayang nyawa, ya kau ni. Siap kau. Mana lastik aku ni? Dah jumpa pun.”
“Siap lah kau. Ambik kauu...” Aku melastik cicak-cicak yang berada di pintu bilikku. Tanpaku sedari pintu itu dikuak dari luar.
“Myra, aduss sakitnya.”  Yusuf sudah mengadus sakit sambil menggosok lembut mata kanannya.
“Kenapa ni Yusuf? Myra kau nak butakan abang ke, hah? Jergah pak cik Husin kebetulan dia mahu melihat anak daranya itu. Tapi lain pulak jadinya.
“Err.. Myra tak sengaja yah.” Beritahuku jujur.
“Tak sengaja? Habis yang kau simpan lastik dalam rumah kenapa? Kau ni memang tak serik-serik, ya. Mari sini.”
“Yah, Myra memang tak sengaja yah. Ampunkan Myra yah. Sakit yah.” Aku mengadu kesakitan. Kerana sekali lagi ayah memukul betisku. Habis merah dirotan.
“Malam ni kau tidur dekat kandang kambing. Tak de makan malam.” Ayah memberi amaran sebelum keluar untuk ke surau.
~~~~~~~~
“Kenapa susah sangat ayah nak percayakan aku? Baik sangat ke anak tiri dia tu? Sampai sanggup buat aku macam ni. Benci! Benci!” Bentakku dengan penuh amarah dihati.
 Aku merenung langit yang terbentang indah dengan bulan dan bintang. Hatiku tiba-tiba teringatkan arwah ibu yang pergi meninggalkanku ketika aku berusia 9 tahun. Setahun kemudian ayah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Kata ayah, aku perlukan seorang ibu. Semua itu mengarut. Aku hanya ada seorang ibu tak de yang kedua. Disebabkan mereka kasih sayang ayah berpaling tadah.
 “Myra, mari makan abang ada bawakan nasi kari ikan kegemaran    Myra ni.”
Suara abang Yusuf  yang tiba-tiba muncul, menganggu kenanganku pada arwah ibu. Aku memandangnya penuh dengan kebencian. Tiba-tiba aku mendapat satu idea jahat.
 “Baiknya abang, terharu rasanya Myra. Aku tersenyum buat-buat padanya dengan cepatku mengamil pinggan nasi yang berlauk kari ikan itu ku curahkan ke kepalanya. Aku tersenyum puas bila melihat dia wajahnya jelas kaget dengan tindakkan ku.
“Tak baik membazir Myra.” kata Yusuf sambil mengutip pinggan itu lalu meninggal adik tirinya dengan perasaan sebal.
~~~~~~~~~~~~~~`
Setahun sudah berlalu walaupun keputusan UPSR aku sekadar 3 A 2B, aku tetap dapat memasuki sebuah sekolah elit disebabkan pengetua sekolah itu kawan karib ayahku. Amid, Daud dan Ahmad tidak lagi menjadi geng aku. Mereka meninggalkan aku kerana aku ini terlalu bijak untuk menjadi sahabat mereka . Alasan mereka benar-benar mengarut. Mula-mula menjejak kaki di sekolah itu aku kesorangan dan dipulaukan semua budak sekolah tidak kira senior mahupun yang satu batch denganku, kata mereka aku masuk sekolah itu atas ehsan dari pengetua bukan usaha aku sendiri. Aku betul-betul bersendirian tanpa teman dan kawan. Tapi bila mereka mendapat tahu yang aku ni adik pada si Yusuf, ramai kakak-kakak senior nak jadikan aku adik angkat mereka  Dasar perempuan gedik. Itu istilah ku bagikan kepada mereka.
“Myra makan sorang-sorang ke? Jomlah makan dengan akak.” Lembut sekali suara  Farah salah seorang fan club abang Yusuf muncul dihadapanku mempelawaku makan bersama, aku mengherot bibirku ke kiri akibat menyampah.
“ Myra, boleh bagi surat ni pada abang Yusuf tak?”
“Wah wanginya. Boleh. Boleh blah! Dasar perempuan gedik.” Herdikku lalu merampas kasar surat itu dari tangannya lantas ku mengoyak surat itu. Aku melihat anak matanya merah berapi dengan tindakkanku yang kurang sopan itu.
“Hey, Myra jaga mulut kau sikit!” marah si Farah lalu menarik tudung ku. Tudung sekolah ku hampir tercabut lantas aku menampar pipinya sekuat hati. Bila dia mahu balas balik ada tangan menghalangnya.
“Yusuf.”
“Kenapa ni Farah? Myra?”
“Adik awak kurang ajar.” adu si Farah. Aku mencebik. Lantas membela diri.
“Aku ke,kau yang kurang ajar? Kau yang tergila-gilakan dia, kenapa nak babitkan aku?”
“Sudahlah tu Farah, Myra ikut saya ke bilik pengetua.” Arah Yusuf tegas.  Dia sudah lali dengan sikap adik tirinya itu. Selalu buat hal ikut kepala sendiri.
“Myra, kali ni kes apa pulak.” tanya pengetua lembut.
“Ni, budak ni pengetua, kurang ajar.” Adu Farah bersungguh aku hanya buat bodoh sahaja.
“Sudahlah tu salam.” Arah pengetua. Tapi aku masih mematungkan diri.
“Myra salam.” Ujar pengetua lagi. Aku memandang dengan perasan benci kepada Farah sebelum bersalaman dengan dia.
 “Myra, Myra sekarang dah besar. Jangan bawak perangai budak-budak kat sekolah ni. Jagalah prestasi sekolah ni sikit.” Nasihat pengetua selaku rakan baik ayah selepas Farah keluar dari bilik itu.
“Saya tak minta pun nak masuk sekolah ini, cikgu.” Jawabku, biadap.
“Myra!” jergah abang Yusuf.
“Sudahlah tu Yusuf, bawak adik kamu ke kelasnya.”
“Myra abang minta sangat.  Kalau Myra tak nak hormat abang sebagai abang, abang tak kesah. Tapi abang harap sangat Myra hormat orang tua. Berdosa Myra. Dan jangan sakitkan hati ayah, Myra. Ayah sangat sayangkan Myra. Tapi kalau sikap Myra macam ni. Tak  mustahil ayah akan jatuh sakit.” bebel Yusuf berjela sambil menasihati adiknya selepas keluar dari bilik pengetua.
“Diam lah kau.” pangkasku lantang lalu meninggalkan dia di belakang.
~~~~~~~~~~~~~~~
“Hai, si cantik yang ganas.”
 Ada sekumpulan lelaki cuba menyekat laluanku. Salah seorang dari mereka mencuit daguku.
“Korang siapa, hah? Ke tepilah!” Aku menjerit kuat sambil menepis tangan kasarnya.
“Amboi ganasnya. Memang adik si pendekar terhandal.”
Kata-kata itu membuatkan hatiku semakin panas. Aku memandangnya seperti mahu telan lelaki dihadapan aku itu hidup-hidup.
“Oii, mulut kau tu jaga sikit. Jangan cuba kaitkan aku dengan si Yusuf tu.”
“Owhh, bingitnya telinga. Abang tahu sayang memang tak suka kan si Yusuf tu. Sebab tu abang rasa kita ni serasi kalau berpasangan.”
“Ee gelinya. Siapa korang ni.” Soalku lagi, bengang dengan tindak-tanduk diorang berempat.
“Hai sayang, takkan tak kenal abang kot. Alah, ini abang Imran, yang pernah sayang reject macam SAMPAH tuh!”
Aku terkejut bila perkataan sampah itu dipekiknya. Aku berfikir sejenak. “Siapa dia?”
“Dia ke? Si Imran samseng kampung sebelah yang pernah ajak aku jadi kekasihnya.”
Sedang aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, dua orang dari geng si Imran menghampiriku. Mereka mengunci pergerakkan ku. Aku meronta-ronta tapi apa dayaku mereka berdua lebih kuat.
“Abang Yus, abang Yus, adik abang Yus di ganggu Imran dan gengnya.”
“Apa?”
 Yusuf yang sedang khusyuk berlatih silat Cekak Hanafi yang dipelajarinya sejak kecil lagi terkejut bila mendapat khabar dari juniornya. Dia tergesa-gesa menuju ke tempat adik tirinya itu.
“Hoi, apa yang korang cuba buat tu? Lepaskan adik aku sekarang.” Sergah Yusuf  sambil  merenung ke arah aku.
Aku mengigil ketakutan. Pakaianku serabai lengan baju kiri koyak. Aku lihat abang Yusuf membuka langkah ilmu silatnya. Tanda bersedia mahu berlawan.  Hatiku bergetar hebat. Buat kali pertamanya aku begitu terpesona dengannya. Entah macamana perasaan aneh ini menular dalam diriku. Lamunanku terganggu dengar suara Imran menyuruh gengnya lari.
“Myra tak de apa-apa ke?” soal Yusuf lembut.
Aku hanya menggeleng dengan air mata berlinangan, masih terkejut. Ketika aku mahu bangkit untuk melangkah pulang abang Yusuf mendekatiku lalu membalut tubuhku dengan baju silatnya berwarna hitam itu. Dia dengan single putihnya.
“Terima kasih” ucapku perlahan dengan sekilas pandangan.
“Sama-sama.”balasnya sambil tersenyum. Lalu kami meneruskan perjalanan pulang tanpa sebarang suara.
“Myra, abang nak cakap sikit.” tegur Yusuf tiba-tiba, lembut memecahkan kebisuan antara kami.
Aku memandangnya seketika sebelum mengalih pandanganku ke hadapan. Aku tak berani menatap lama wajah. Hatiku terasa sesuatu yang aneh.
“Myra kan perempuan. Kan elok berpakaian sopan dan bertudung. Kalau asyik pakai tshirt lengan pendek dan seluar track tak mustahil kejadian tadi akan berulang lagi.”
Aku terkesima lantas berpaling mengadapnya. Aku hairan kenapa aku tak marah bila dia berkata begitu malah hati kecilku terasa hiba.
“Percayalah cakap abang.” kata Yusuf lagi lalu meninggalkan adik tirinya ke hadapan.
 Aku memerhatikan setiap langkahnya yang semakin menjauhiku.
“Adakah aku mulai sayang padanya?” Tanyaku pada hatiku sendiri.
~ bersambung~

No comments: