Bab 5
“Mak Dini kenapa ni?” tanya Rissa sebaik saja melabuhkan punggungnya disebelah Auni yang sedang nyenyak dibuai mimpi lalu dia mengelus lembut rambut Auni.
“Mak Dini nak minta tolong dari ARissa.” pinta Mak Dini bernada sendu sambil merenung ARissa berserta menyesat sisa air matanya dengan menggunakan hujung lengan baju kurung Kedahnya.
“Apa dia? Insya –Allah Rissa akan cuba bantu.”
“Sebenarnya Mak Dini baru dapat panggilan dari adik ipar Mak Dini. Dia cakap adik Mak Dini..”
Mak Dini tak dapat meneruskan bicaranya air matanya yang sudah kering kembali membasahi ruangan pipinya. ARissa menghampiri Mak Dini lantas mengusap lembut belakang wanita itu. Dia mengagak ada khabar buruk tentang adik Mak Dini.
“Bertenang dulu Mak Dini.”
“Adik Mak Dini dah meninggal pagi tadi akibat kanser rahim. Dialah satu-satu saudara yang Mak Dini ada sekarang. Tapi dia sudah pergi buat selama-lamanya.” Akhir terluah juga perkara yang hendak disampaikan Mak dini terlalu sedih lalu memekup mukanya dengan kedua tapak tangannya. ARissa sendiri terkedu bila mendengarnya.
“ Sabar dulu kak. Bawak bertenang.” Ujar Puan Sofeya yang baru muncul dari dapur sambil menatang dulang yang ber isi air dan sedikit kuih muih sebelum mengambil tempat di hadapan mereka.
“Mak Dini nak balik Kedah sekarang.” Adu Mak Dini dalam esakkan.
“Akak nak balik naik apa ni?” Tanya Puan Sofeya lagi.
ARissa menghulurkan secawan air tea kepada Mak Dini selebihnya dia lebih selesa mendiamkan diri. Biar maknya yanga berbicara. Dia kalau bab pujuk memujuk orang dewasa ni memang fail kecuali bab pujuk budak kecil nombor satu pulak. Mungkin dia sendiri berjiwa lebih kepada keanakan.
“Akak dah telefon airport sekejap lagi akak akan ke sana. Akak datang ni pun nak suruh Rissa tolong jagakan Auni. Sebab akak dah berkali-kali telefon Tuan Aysar tapi tidak berjawab. Akak buntu tiba-tiba terlintas pula pada ARissa. Macamana Rissa boleh ke?” Cerita Mak Dini perkara sebenarnya.
“Rissa tak kesah.” Jawab ARissa beria sambil tersengih.
“ Boleh kan mak?” tanyanya lagi sambaila membuat muka comel pada Puan Sofeya
“ Boleh je. Jom kak saya hantarkan ke airport.” Ujar Puan Sofeya seraya bangkit lalu mencubit pipi anaknya itu.
“Apa ni mak!! Sakit lah.” marah ARissa sambil menggosok lembut pipinya.
“Sayang.. jadi tahu malam besok. Bolehlah. Please!!” Shila merengek manja di sisi Aysar yang sedang sibuk menyemak rekod laporan pesakit-pesakitnya.
“Tengoklah nanti. Kalau tak ramai pesakit, I cuba pergi.” jawab Aysar acuh tak acuh.
“Tengok,i cuba pergi?” Shila mengejek kata-kata Aysar namun dia masih menempel di bahu Aysar.
“Alah sepupu sebelah papa you kan ada. You serahkan semuanya pada dia, you selalu macam ni. Setiap kali i ajak you, mesti you tolak, kalau you pergi pun, mesti nak bawa anak you, I nak berdua-duan dengan you pun tak boleh. Tolonglah untuk malam besok je.” sambung Shila lagi. Kali ini berjeda tetapi suaranya dilunakkan sedikit untuk memujuk Aysar agar akur dengan kehendaknya.
“Shila awak mesti faham, yang i ni duda anak seorang!” kata Aysar sambil menekan perkataan duda sebelum menyambung bicaranya lagi.
“Bukannya bujang, boleh bebas ke hulu hilir. Kalau you masih mahukan i. You mesti terima anak I juga!!”
“Yelah sayang, tapi majlis malam besok tak sesuai nak bawak budak-budak. Tak kan you nak bawak Auni pulak. Dan malam besok i akan adakan pertunjukkan fesyen buat kali pertama sayang.” ujar Shila mengalah namun dalam hati dia berdoa agar Aysar tidak akan membawa Auni.
“Yang nak buat pertunjukan fesyen tu you kan? Bukan I. Jadi masa you buat show nanti, anak I tak akan kacau you, dia duduk dengan I je. Tak gitu.” Perli Aysar sambil meleraikan pautan Shila pada bahu sasanya.
“Apalah. Tak guna betul. Malulah aku nanti bila reporter dapat tahu yang aku ada kekasih seorang duda beranak satu. Tak nak aku! Dahlah aku baru je nak menceburi bidang ni. kalau bukan kau cinta pertama aku tak hingin aku kejar kau walaupun kau sudah menduda. Kalau nak kata aku tak cantik berlambak lelaki kat luat sana mengejar aku. Kenapa kau buta untuk menilai cinta aku Aysar.” Shila membebel sambil mengutuk Aysar didalam hatinya. Namun dicubanya untuk memaniskan wajahnya untuk Aysar yang digilainya sejak bangku sekolah lagi.
“Okey, yang penting jangan lewat esok, i nak you mesti sampai KL sebelum jam 10 malam.”
“Haah Shila...” Aysar mendengus kasar. Perbualan antara dia dan shila tiba-tiba menyapa di telinganya.
Dia mencampak fail ditangannya ke tepi lalu dia membawa tangan kanannya ke dahi. Dia pening dengan sikap shila semakin hari semakin suka mendesak dirinya melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Bila dia difikir-fikirkan mahu sahaja dia membiarkan shila pergi sendiri majlis itu. Tapi memandangkan shila adalah sepupu sebelah mamanya dan bakal akan menjadi isterinya tidak wajar dia berbuat demikian akhirnya dia memaksakan diri untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam besok. Bagi Aysar Shila memang tak dapat dinafikan dia seorang gadis yang sempurna tidak ada cacat cela di setiap wajahnya, badannya pun cun ramai tergila-gilakannya. Tetapi sayang semuanya itu, tidak dapat mengetuk hati nuraninya untuk jatuh cinta dengan gadis yang bernama Shila Natasya itu. Walaupun sudah bertahun-tahun gadis itu menagih cinta darinya.
“Hai Auni, selamat petang sayang” sapa ARissa tersenyum sebaik sahaja melihat Auni menggeliat sambil menggosot kedua belah matanya.
“Hah! kak Rissa...” jerit Auni riang lalu melompat turun dari sofa dan meluru ke arah ARissa yang berada di hadapannya yang sedang menonton televisyen.
“Euww air liur basi. Dah pergi basuh dekat dapur sana.” arah ARissa dengan nada bergurau sambil menunding jarinya tepat pada bahagian dapur rumahnya.
“Okey, mama cantik.” Jawab Auni laju lalu berlari ke arah dapur.
DINGDONG
“Macam-macam budak ni. Eh sapa pulak yang datang ni. Kacau daun betul.” Bebel ARissa lalu berlari laju ke biliknya untuk mendapatkan tudung lalu turun untuk membuka pintu.
Alangkah terkejutnya ketika dia membuka daun pintu rumahnya terpancul susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali.
Emir? Macamana awak tahu alamat saya ni? soal ARissa sambil berkerut dahinya.
Emir Naufal tersenyum gembira. Betapa seronoknya dia bila dapat melihat gadis pujaannya berada di hadapan yang ayu bertudung.
Hello!!! Sergah ARissa sambil melambai-lambai ke arah muka Emir Naufal
“Err..” Emir Naufal tersedar dia termalu sendiri.
“Saya tanya mana dapat alamat rumah ni?”tanya ARissa lagi dengan sengaja membulatkan matanya.
“Risya yang bagi.” jawab Emir Naufal ketakutan. Bukannya dia taK tahu perangai ARissa Farhana yang sorang ni sukar diramal. Kadang-kadang baik dan periang kadang-kadang boleh jadi mereng.
“Kak Auni dah cuci muka!” laung Auni dari dalam yang semakin menghampiri mereka berdua.
“Sapa tuh Rissa cantiknya?” tanya Emir Naufal sambil mencuit pipi gebu auni. Auni menyembunyikan dirinya ke belakang ARissa dia tidak suka bila orang yang di tak kenali cuba menyentuhnya.
“Oit sama garang.” usik Emir Naufal seraya melepaskan tawanya.
ARissa turut ketawa dengan tindakkan Auni yang sengaja itu.
“Adik sepupu saya.” jawabnya ringkas.
“Apa hal datang?” Soalnya lagi bernada tegas.
“Marah nampak?” Duga Emir Naufal.
“Mana de? Apa hal?”
“Nak bincang sesuatu boleh?” Tanya Emir Naufal lagi untuk meminta kepastian?
“Hmm...” ARissa mengherot bibirnya ke kiri dan kanan sebelum mengatakan persetujuan.
“Baiklah. Tapi kita bincang dekat taman permainanlah mak saya tak de ni? Auni jom keluar main. Ajak ARissa ceria sambil mendukung Auni.
“Kita naik kereta saya ya.” Pelawa Emir Naufal. ARissa terkejut sambil mulutnya sedikit terlopong bila terpandang kereta switf milik Emir Nufal sebelum mengangguk. Kagum dia seketika. Tidak hairanlah kerana Emir Naufal anak orang berada.
Jam menunjukkan pukul 5 petang Aysar bersiap-siap untuk pulang lagipun dia mahu memberitahu anaknya tentang rancangnya malam kerana tak sempat bagitahunya semalam. Sebelum melangkah keluar Aysar sempat lagi meninggal pesan pada pembantunya agar menelefon Waiz untuk menggantikan tempatnya. Bila sampai di rumahnya Aysar kehairanan tidak nampat kelibat Auni dan Mak Dini di rumah.
“Kemana pula mereka ni? Tingkap semua terkunci. Mungkin ke taman kot.” Ujar Aysar sendiri sambil menekan remote kontrol kunci keretanya.
“Adus penatnya. Badan ni pun dah lama tak cukup rehat. Sempat lagi ni kalau aku lelapkan mata sekejap.” Keluh Aysar lalu menjatuhkan tubuh ke sofa yang empuk itu.
“Apa hal awak datang cari saya ni Emir?” Tanya ARissa sebaik melabuhkan pungungnya ke kerusi batu yang terdapat di taman permainan sambil memandang Auni yang nampak seronok berbuaian seorang diri.
“Macam ni tadi saya ada bincang dengan Risya pasal nak raikan kejayaan kumpulan kita.” Emir Naufal memulakan bicaranya sambil merenung wajah ARissa.
“Kejayaan apa?” Tanya ARissa sambil menjungkit sebelah keningnya.
“Kejayaan mencipta produk. Kan kumpulan kita dapat nombor satu. Awak tak tahu ke?”
“Ooo tahu-tahu. Habis kenapa?” Soalnya lagi sambil mengimbas kembali yang mana mereka diminta membentuk sebuah kumpulan dan mencipta satu produk bagi subjek pendidikan seni. Kumpulan mereka menciptan satu produk yang berbentuk perhiasaan yang diberbuat dari tin-tin kosong.
“Saya cadang nak ajak awak dan Risya bercuti sambil berhibur dekat resort pak cik saya di Pantai Melawi nak tak?” Cadang Emir Naufal bersungguh mengajak gadis pujaannya itu.
“Bila tuh?”
“Dua minggu lagi cuti sekolah dah nak mula kan? Apa kata kita pergi time tuh. Boleh.” Emir Nufal masih menagih jawapan yang positif dari ARissa.
“Kak Auni penatlah.”Rengek Auni sambil melompat naik untuk duduk di riba ARissa.
“Pantai melawi ya. Dua minggu dari sekarang. Okey!! Baik punye rancangan tuh.” jawab ARissa bersuara riang sambil mengelus lembut rambut Auni yang panjang tanpa sebarang ikatan mahupun sangkulan.
Emir Naufal mengeluh kelegaan akhirnya rancangannya berjaya.
“Adik sepupu awak ni, rapat memang dengan awak ke Rissa? Tanya Emir Naufal seperti orang bodoh.
“Aah memang rapat gila.adik sepupu kak Rissa katakan? jawab ARissa sambil mengucup geram kedua belah pipi Auni.
“Bukan kakak tapi mama?” Jawab Auni tiba-tiba yang dari tadi asyik dok gigit jarinya tanganya.
“Mama?” Soal Emir jelas terkejut.
“Err... si Auni memang dia suka sangat panggil saya mamanya.” jelas ARissa sambil menutup perasaan gugup di dalam hatinya.
“Owh macam tu ke?” Emir Naufal kembali ceria.
“Eh, dah lewat dah ni emir. Jom pulang.” Ajak ARissa menukar topik. Dia takut Auni akan bercakap yang bukan-bukan lalu bangkit dari duduknya sambil mengangkat Auni.
“Aah lah jom. meh nak saya hantarkan ke? Pelawa Emir Nuafal sekali lagi.
Tak payah lah rumah saya dekat je. Awak tu yang jauh
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ARissa memerhatikan Auni asyik memasamkan mukanya. Dia syak ada sesuatu yang tak kena pada ARissa.
“Auni sakit ke?” tanya ARissa sambil melepaskan peganganya pada Auni lalu melutut di hadapan Auni.
“Tak! Kak Rissa dan abang tadi ada apa-apa ke?” Marah Auni namun sempat menyoal ARissa lantas memeluk tubuhnya dan mengembungkan mulutnya sendiri.
“Hah? Ha!ha!ha! Adus sakitnya perut akak. Akak ingatkan Auni sakit tadi. Nak tanya benda ni. Kenapa akak tak sesuai dengan dia ke?” ARissa menyoal Auni kembali untuk menduga anak kecil itu sebelum bangki untuk berdiri.
“Tak sesuai langsung!!!” lancang jawapan dari Auni membuat mata ARissa membulat ternyata terkejut.
“Amboi mulut Auni. Boleh tersentap jantung akak tahu.” kata ARissa cuba mengusik si kecil itu.
“Sebab kak Rissa sesuai jadi mama Auni.”Jawab Auni sambil melaung lalu berlari meninggalkan ARissa terkedu sendiri.
Auni!!!
“Rissa ajak Auni mandi dan solat lepas tu turun makan, mak dah siap masak ayam masak merah kesukaan kamu.” Kedengaran suara Puan Sofeya bergema dari bawah.
“Okey madam!!” jawab ARissa sedikit menjerit dari biliknya.
“Jom Auni kita mandi buih nak. Tapi rumah akak tak de kolam macam rumah Auni tahu.” Adu ARissa berpura-pura sedih.
Auni hanya tersenyum menampakkan giginya tersusun cantik.
“Mari akak gendong kamu. Wah berat jugak kamu ni ye. Tak padan dengan kecil.” Omel ARissa berbaur jenaka.
Selepas selesai makan Auni dan Rissa berkejaran dari dapur ke ruang tamu. Puan Sofeya hanya menggelengkan kepada dengan telatah anak daranya yang sorang tu.
“Hmm, bilalah nak matang budak Rissa ni.” bebelnya sendiri.
Jom main game.” ajak ARissa seraya tangannya pantas membuka suis on pada televisyen.nya
“Nak-nak .” jawab Auni sambil terlompat riang.
Aysar tersedar dari tidurnya dengan serta merta. Dia kebingungan bila memandang sekeliling keadaan rumahnya gelap. Bila fikiran kembali waras lantas dia memandang jam tangannya.
“Ya Allah lamanya aku tidur. Betul kata orang-orang tua kalau tidur lepas asar akal kita boleh jadi sewel.” Bebelnya sendiri.
“Alamak Maghrib dah nak habis dah ni.” omelnya lagi lalu terus bangkit dari tidurnya dan menuju ke bilik air .
Selesai sahaja dia membersihkan tubuhnya serta menunaikan solat. Dia ke dapur untuk menghilangkan hausnya semasa dia melewati peti ais dia terpandang sekeping nota yang ditinggalkan Mak Dini untuknya.
Tuan maaf Mak Dini terpaksa pulang ke Kedah dengan segera. Mahu menziarahi jenazah adik Mak Dini. Banyak kali Mak Dini call Tuan satu pun tak dapat. Jadi Mak Dini hantar Auni ke rumah ARissa untuk dijagakan. Nanti Tuan pulang Tuan boleh lah jemput Auni di rumah ARissa ya.
~MAK DINI.~
Alangkah terkejut Aysar bila membaca nota itu. Hatinya diragut hiba pada Mak Dini gara-gara dia tidak menjawab panggilan dari pengasuhnya itu. Jika tidak dia sendiri akan membawa Mak Dini balik kedah hari ini juga. Dia tergesa-gesa ke hadapan untuk mendapatkan handphonenya.
“La patutlah, aku tak dengar satu pun panggilan.tak de battery rupanya. Kenapa lah aku tak tergerak nak ke dapur awal-awal.” Keluhnya kesal.
“Alamak Shila. Aku perlu bagitahu dia, yang aku tak dapat pergi ke majlisnya.”
Sebaik sahaja Aysar mahu menekan telepon rumah untuk mendail nombor shila. Shila terlebih dahulu meneleponnya
“Sayang you ada kat mana sekarang!!” jerit Shila di corong sana.
“Shila i minta maaf tak dapat pergi ke sana. Mak dini balik kedah adik dia meninggal.” Kata Aysar lembut cuba memujuk Shila.
“What? Aysar you dah janji kan.”
\Please Shila. Kali ni je. lain kali i akan akan bawak you keluar. Kita berdua je. I promise. Pujuk Aysar sementara dia mendengar rungutan Shila dari sana.
“Baiklah janji tahu. Just only we. Okey bye.”
“Bye.” kata menamaatkan perbualan antara mereka sambil mengeluh lega sebaik meletak telepon di gagangnya.
Selepas satu jam bermain game mereka berdua berhenti seketika sambil menikmati buah kiwi yang dihidangkan oleh Puan Sofeya.
“Macam mana best tak game ni? akak baru beli tahu. Kawan kakak kata best, terus akak paksa mak akak beli.” Kata Arissa penuh bangga sambil membetulkan gulungan tuala yang dibelit dikepalanya dari tadi lagi.
“Suka, tapi kalau kat rumah mana papa kasi main, dia kata tak berfeadah buang masa je.” adu Auni dengan memek muka agak kecewa.
“Papa Auni tu memang, sebenarnya dia dengki dengan Auni. Sebab dia tak boleh main. Tu yang dia tak bagi Auni mainnya.” Ujar Arissa lagi dengan nada geram pada Aysar sebenarnya.
“Ishh.. tak baik Arissa kutuk-kutuk papa Auni. Dah cukuplah tu, mak nak tengok drama pulak,hari ni dah episode last.” marah Puan Sofeya sambil menasihati anaknya.
Arissa hanya menayang giginya yang tersusun putih. Sebelum bersuara.
“Auni tidur sini jelah. Temankan akak. Papa auni tak de call. Mungkin dia suruh Auni tidur dengan akak ni.”
“Elok jugaAuni tidur sini. Nanti pagi-pagi aunty suruh kak Arissa bangun pagi hantar kamu ya.” kata Puan Sofeya tersengih sambil mengerling anaknya dengan pandangan memerli.
“Ahh...alah”. keluh Arissa. Dia yang terkenal dengan perangai suka bangun lewat terpaksa akur awal esok pagi dia mesti bangun untuk menghantar Auni sekiranya Auni tidak pulang malam ini.
“Eh siapa pula yang datang ni.” rungut Puan Sofeya kerana dia yang asyik dengan drama melayunya tadi terganggu. Dia berjalan menuju ke arah pintu utama sambil menoleh jam dinding rumahnya.
“ Laa dah pukul 10 malam dah. Mungkin papa Auni.”
Sebaik sahaja Puan Sofeya membuka pintu seraya menjenguk keluar dia tersenyum manis pada Aysar yang sedang berdiri tegak di luar pagar pintu rumahnya.
“Hah.. Dr Aysar masuklah. Pintu tu tak berkunci. Auni ada dia sedang tidur. Nanti saya ambil barang-barang Auni ye. Ke nak saya kejutkan. “
“Tak payahlah kak, saya akan angkat dia nanti. Takut dia menangis kalau terjaga nanti.” ujar Aysar lembut dan terus ke ruang tamu. Aysar tergamam sedikit kerana baju Arissa terselak sehingga menampakkan bahagian perutnya.
“Cis, tak guna punya perempuan! Tidur Ganas bukan main, tak ingat dunia ke? kutuk Aysar perlahan seraya menarik baju Arissa untuk menutup perutnya.
Aysar mengangkat Auni perlahan-lahan supaya anaknya tidak tidak terbangun. Saat Aysar cuba bangun untuk berdiri Arissa tiba-tiba membuka matanya dan memandang Aysar tidak berkelip seperti orang sedang mamai. Aysar juga terkedu bila melihat Arissa begitu. Namun dimatikan dengan kehadiran Puan Sofeya tiba-tiba di situ dengan menghulurkan beg Auni,. Arissa yang masih mamai tadi terus bangun berdiri sebelum bersuara
“Mari biar Rissa hantar Auni kehadapan ye mak.”
Puan Sofeya yang jelas terpinga hanya mengangguk.
Sebaik sahaja sampai di pintu kereta Honda Civic milik Aysar . Arissa dengan pantas meluru ke arah Aysar dan terus kucup pipi Auni. terkedu Aysar seketika.
“Budak ni mamai ke apa?” Soal aysar tapi hanya dalam hatinya sahaja.
“Okey, bye doktor saya masuk dulu.” Arissa bersuara tiba-tiba sambil melambai tangannya pada Aysar.
“Oh ye Arissa. Nanti besok awak datang ke klinik saya ye. saya ada nak bagi sesuatu, datang tau.” Pesan Aysar sebelum memasukkan tubuhnya ke perut keretanya.
“ Hah?”Arissa yang kehairanan dengan permintaan Aysar sebentar tadi hanya mengangguk lalu memerhatikan kereta Aysar yang meluncur laju di atas jalan.
3 comments:
best2
syukran teman seanimeku hahaha
CEPATLAH SAMBUNG
Post a Comment